program persediaan kerjaya

3
Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu Jalan Pahang 44000 Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. No. Tel : 03-60641224 KERTAS KERJA PROGRAM PERSEDIAAN KERJAYA TINGKATAN 6 STPM “Membantu Persiapan Pelajar Melangkah Ke Alam Pekerjaan” 1.0 PENGENALAN Institusi Pengajian Tinggi, sebagai sebuah gedung ilmu, merupakan sektor penting untuk mendidik modal insan bermutu tinggi yang dapat melahirkan minda kreatif dan inovatif di kalangan para pelajarnya. Modal Insan adalah penting dalam menjana ekonomi dan memenuhi tuntutan industri di negara ini. Mahasiswa atau pelajar, biar apa pun yang dipanggil adalah aset negara yang paling berharga. Kemahiran Insaniah ditafsirkan sebagai kemahiran seseorang dalam membina perhubungan baik dengan diri sendiri dan orang lain, iaitu kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal. Ia merupakan kebolehan seseorang menguasai kemahiran dalam membina hubungan dengan diri sendiri dan membina hubungan dengan persekitaran, khususnya melalui aktiviti komunikasi. Masalah pengangguran di kalangan para graduan selalu dijadikan ukuran terhadap kualiti dan keberkesanan sesebuah institusi dan kaedah seseorang pelajar itu dididik di sekolah atau di Institusi Pengajian Tinggi. Salah satu punca yang dikesan bagi isu ini adalah kerana graduan tidak mempunyai kemahiran asas yang diperlukan oleh majikan seperti kemahiran berkomunikasi dan penampilan diri. Sehubungan itu, melalui Program Persediaan Kerjaya yang di anjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling para pelajar akan diberi pengetahuan,pendedahan dan kemahiran asas dalam menyiapkan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan. 2.0 OBJEKTIF 1. Memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam persiapan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Upload: danish

Post on 18-Jan-2016

37 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Hala tuju selepas STPM

TRANSCRIPT

Page 1: Program Persediaan Kerjaya

Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu BharuJalan Pahang 44000 Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. No. Tel : 03-60641224

KERTAS KERJAPROGRAM PERSEDIAAN KERJAYA TINGKATAN 6 STPM

“Membantu Persiapan Pelajar Melangkah Ke Alam Pekerjaan”

1.0 PENGENALAN

Institusi Pengajian Tinggi, sebagai sebuah gedung ilmu, merupakan sektor penting untuk mendidik modal insan bermutu tinggi yang dapat melahirkan minda kreatif dan inovatif di kalangan para pelajarnya.

Modal Insan adalah penting dalam menjana ekonomi dan memenuhi tuntutan industri di negara ini. Mahasiswa atau pelajar, biar apa pun yang dipanggil adalah aset negara yang paling berharga.

Kemahiran Insaniah ditafsirkan sebagai kemahiran seseorang dalam membina perhubungan baik dengan diri sendiri dan orang lain, iaitu kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal. Ia merupakan kebolehan seseorang menguasai kemahiran dalam membina hubungan dengan diri sendiri dan membina hubungan dengan persekitaran, khususnya melalui aktiviti komunikasi.

Masalah pengangguran di kalangan para graduan selalu dijadikan ukuran terhadap kualiti dan keberkesanan sesebuah institusi dan kaedah seseorang pelajar itu dididik di sekolah atau di Institusi Pengajian Tinggi. Salah satu punca yang dikesan bagi isu ini adalah kerana graduan tidak mempunyai kemahiran asas yang diperlukan oleh majikan seperti kemahiran berkomunikasi dan penampilan diri.

Sehubungan itu, melalui Program Persediaan Kerjaya yang di anjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling para pelajar akan diberi pengetahuan,pendedahan dan kemahiran asas dalam menyiapkan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

2.0 OBJEKTIF

1. Memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam persiapan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

2. Mempelajari teori dan amali  kemahiran etika, sosial etiket dan komunikasi;

3. Mengenalpasti kesilapan yang sering berlaku semasa di dalam sesi temuduga.

4. Mengetahui apakah ciri ciri dan personaliti yang dicari oleh majikan.

3.0 SASARAN

28 orang pelajar tingkatan 6 STPM tahun 2014

Page 2: Program Persediaan Kerjaya

4.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 18 Februari 2014 (Selasa)Tempat : Bilik Mesyuarat SAMT Kuala Kubu Bharu

Tentatif : 2.30 petang – 4.30 : Ceramah dan LDKKandungan Kursus- Penulisan Resume- Persiapan & Sesi Temuduga- Etika Sosial & Komunikasi Korporat- Tatarias  Diri  & Imej Korporat

5.0 PENGURUSAN/JAWATANKUASA PELAKSANA

Program ini dikelolakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Penceramah Jemputan dan Unit Pra Universiti SAMT Kuala Kubu Bharu.

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk lampiran 1

7.0 PENUTUP

Kemahiran ini tidak dapat dapat dibina dalam sekelip mata. Ianya boleh dibina melalui keyakinan diri pelajar tersebut disamping perkongsian pengetahuan dan pengalaman seperti di dalam program ini. Para graduan yang dapat menepati kehendak pasaran dan industri akan dapat membantu menaikkan imej dan martabat sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi tersebut di mata masyarakat, negara dan persada dunia.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………… ……………………………….

Disahkan oleh:

………………………………………