5544 2360 penjenamaan diri - careercounselling4u.uitm.edu.my · dan menimba pengalaman dari mereka,...

2
Mac 2018 Writer : Khairudin Mohd Thani | [email protected] | 03-5544 2360 Edited by: Nurain Atan Career & Counselling Centre, UiTM Shah Alam Apa itu penjenamaan diri? Kebiasaannya apabila bercakap tentang penjenamaan atau branding, kita akan terfikir tentang nama syarikat, produk yang terkenal ataupun tentang tokoh dan ikon negara. Penjenamaan diri boleh ditakrian sebagai bagaimana seseorang memasarkan diri dan kerjaya mereka sebagai satu jenama. Penjenamaan diri juga boleh dibangunkan oleh seap individu dan sebaiknya dipersiapkan sebelum mula melangkah ke alam pekerjaan. Penjenamaan diri penng untuk mereka yang hendak menonjolkan diri dalam usaha mendapatkan pekerjaan ataupun untuk mendapat peluang kenaikan pangkat . Dua Kaedah Membina Penjenamaan Diri 1. Penjenamaan diri dengan cara tradisional Penjenamaan diri secara tradisional dilakukan dengan cara bersemuka dengan tokoh profesional untuk menimba ilmu dan menimba pengalaman dari mereka, membina jaringan hubungan dengan menghadiri program-program kerjaya, berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling dan membuat jaringan baru dalam pelbagai bidang berkaitan. 2. Penjenamaan diri dengan cara atas talian (on-line) Penjenamaan diri juga boleh dibuat secara atas talian dan ianya semakin popular seiring dengan teknologi moden sekarang yang memudahkan komunikasi dan capaian internet dimana saja anda berada. Antara capaian utama yang popular untuk penjenamaan diri dalam dunia kerjaya ialah LinkedIn. Majori syarikat-syarikat besar menggunakan LinkedIn sebagai medium untuk mencari bakal pekerja yang berpotensi. Tip Menggilap Penjenamaan Diri Apa sahaja yang anda tulis tentang diri anda secara atas talian seper akaun kerjaya mahupun media sosial akan mencerminkan peribadi anda. Oleh itu, amatlah penng untuk anda kelihatan profesional supaya boleh menarik minat majikan untuk mengam- bil anda bekerja. Paskan anda meletakkan gambar profil yang kelihatan profesional dengan latarbelakang yang dak menggangu penglihatan, pengenalan diri yang menarik, meletakkan pengalaman kerja jika ada atau- pun pengalaman lahan prakkal. PENJENAMAAN DIRI 1 2

Upload: phamdan

Post on 03-Mar-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Mac 2018 Writer : Khairudin Mohd Thani | [email protected] | 03-5544 2360

Edited by: Nurain Atan Career & Counselling Centre, UiTM Shah Alam

Apa itu penjenamaan diri?

Kebiasaannya apabila bercakap tentang penjenamaan atau branding, kita akan terfikir tentang nama syarikat, produk yang terkenal ataupun tentang tokoh dan ikon negara. Penjenamaan diri boleh ditakrifkan sebagai bagaimana seseorang memasarkan diri dan kerjaya mereka sebagai satu jenama.

Penjenamaan diri juga boleh dibangunkan oleh setiap individu dan sebaiknya dipersiapkan sebelum mula melangkah ke alam pekerjaan. Penjenamaan diri penting untuk mereka yang hendak menonjolkan diri dalam usaha mendapatkan pekerjaan ataupun untuk mendapat peluang kenaikan pangkat .

Dua Kaedah Membina Penjenamaan Diri

1. Penjenamaan diri dengan cara tradisional

Penjenamaan diri secara tradisional dilakukan dengan cara bersemuka dengan tokoh profesional untuk menimba ilmu dan menimba pengalaman dari mereka, membina jaringan hubungan dengan menghadiri program-program kerjaya, berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling dan membuat jaringan baru dalam pelbagai bidang berkaitan.

2. Penjenamaan diri dengan cara atas talian (on-line)

Penjenamaan diri juga boleh dibuat secara atas talian dan ianya semakin popular seiring dengan teknologi moden sekarang yang memudahkan komunikasi dan capaian internet dimana saja anda berada. Antara capaian utama yang popular untuk penjenamaan diri dalam dunia kerjaya ialah LinkedIn. Majoriti syarikat-syarikat besar menggunakan LinkedIn sebagai medium untuk mencari bakal pekerja yang berpotensi.

Tip Menggilap Penjenamaan Diri

Apa sahaja yang anda tulis tentang diri anda secara atas talian seperti akaun kerjaya mahupun media sosial akan mencerminkan peribadi anda. Oleh itu, amatlah penting untuk anda kelihatan profesional supaya boleh menarik minat majikan untuk mengam-bil anda bekerja.

Pastikan anda meletakkan gambar profil yang kelihatan profesional dengan latarbelakang yang tidak menggangu penglihatan, pengenalan diri yang menarik, meletakkan pengalaman kerja jika ada atau-pun pengalaman latihan praktikal.

PENJENAMAAN DIRI

1

2

Antara tip terbaik untuk mendapatkan kerja melalui akaun media sosial seperti LinkedIn ialah dengan berhubung terus dengan pegawai sumber manusia di syarikat yang anda suka melalui LinkedIn. Cara ini lebih berpotensi untuk anda mendapatkan kerja berbanding cara biasa dengan memohon jawatan melalui iklan jawatan kosong. Ini kerana anda akan dapat mempromosikan diri secara peribadi kepada pegawai sumber manusia tersebut dengan syarat profil anda di LinkedIn adalah yang terkini dan penuh dengan maklumat yang boleh menarik minat majikan.

Kongsikan akaun media sosial anda dengan kawan-kawan anda untuk menambah jaringan hubungan, promosikan akaun kerjaya anda kepada syarikat yang berpotensi serta buat inisiatif untuk menulis blog. Semua ini akan mengukuhkan lagi penje-namaan diri dan menonjolkan diri anda berbanding orang lain. Apabila profil LinkedIn anda mantap, maka anda sudah mula boleh meneruskan fasa seterusnya untuk mendapatkan kerja.

Antara saluran lain yang boleh digunakan secara berkesan dan meluas ialah dengan menggunakan Facebook, Twitter, Instagram, laman web, blog dan YouTube. Penggunaan media social secara profesional akan memudahkan lagi capaian syarikat kepada diri anda. Sebaiknya asingkan isu personal anda kerana ianya boleh memberi persepsi negatif terhadap diri anda. Elakkan menaikkan status di media sosial yang menggambarkan anda dalam keadaan tertekan, penuh emosi, ketidakpuasan hati yang melampau dan sebagainya.

Akhir sekali, anda juga boleh membina penjenamaan diri dengan menyertai program sukarelawan anjuran syarikat yang berkaitan seterusnya membina jaringan hubungan yang tersendiri dan secara terus dengan pihak syarikat.

5

6

3

4

Kesimpulan

Penjenamaan diri perlulah dilakukan secara berterusan dan seiring dengan perkembangan kerjaya anda. Sebaiknya anda perlu kerap menyertai program berkaitan kerjaya untuk meningkatkan kemahiran diri dan pada masa yang sama anda dapat mengemaskini profil kerjaya anda setiap kali ada penambahbaikan untuk penjenamaan diri. Penambahbaikan berterusan ini bukan sahaja membantu penjenamaan diri malah ia juga membuka lebih peluang dalam peningkatan kerjaya anda.

Rujukan

https://www.entrepreneur.com/article