professional ethics

16
1.0 PENGENALAN Berdasarkan subjek Professional Ethics (Etika Profesional, OUM3203), tugasan ini akan membincangkan tentang salah satu contoh masalah etika yang berlaku dalam pengurusan pada masa kini. Berkaitan dengan masalah etika tersebut, tugasan ini juga akan membincangkan tentang ciri-ciri masalah etika yang telibat. Antaranya ialah ia mempunyai kesan yang berlarutan, keputusan etika yang mempunyai pelbagai alternatif, keputusan etika mempunyai hasil yang pelbagai, keputusan etika yang di buat mempunyai kesan yang tidak menentu, dan kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi peribadi. Selain itu, tugasan ini turut membincangkan tentang jalan penyelesaian atau teori etika yang digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah etika tersebut. Antara teori- teori etika tersebut ialah Teori Hukum Alam, Teori Universalism, Teori Utilitarianism, Teori Pengagihan keadilan dan Teori Kebebasan Individu. 1.1 LATAR BELAKANG Saya bertugas di sebuah institusi pendidikan rendah dan antara masalah etika yang sering saya perhatikan termasuklah tidak menjalankan tugas yang telah ditetapkan serta mengharapkan individu lain untuk menyiapkan kerja sendiri. Hal ini dapat dilihat dalam setiap pengurusan program yang dijalankan yang melibatkan para murid dan guru walaupun di peringkat menengah. Dalam hal ini, antara pihak yang terlibat

Upload: nurul-izzati

Post on 19-Feb-2016

249 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

professional ethics, problems in administration

TRANSCRIPT

Page 1: Professional Ethics

1.0 PENGENALAN

Berdasarkan subjek Professional Ethics (Etika Profesional, OUM3203), tugasan ini

akan membincangkan tentang salah satu contoh masalah etika yang berlaku dalam

pengurusan pada masa kini. Berkaitan dengan masalah etika tersebut, tugasan ini juga akan

membincangkan tentang ciri-ciri masalah etika yang telibat. Antaranya ialah ia mempunyai

kesan yang berlarutan, keputusan etika yang mempunyai pelbagai alternatif, keputusan etika

mempunyai hasil yang pelbagai, keputusan etika yang di buat mempunyai kesan yang tidak

menentu, dan kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi peribadi. Selain itu, tugasan

ini turut membincangkan tentang jalan penyelesaian atau teori etika yang digunakan untuk

menyelesaikan masalah-masalah etika tersebut. Antara teori-teori etika tersebut ialah Teori

Hukum Alam, Teori Universalism, Teori Utilitarianism, Teori Pengagihan keadilan dan Teori

Kebebasan Individu.

1.1 LATAR BELAKANG

Saya bertugas di sebuah institusi pendidikan rendah dan antara masalah etika yang

sering saya perhatikan termasuklah tidak menjalankan tugas yang telah ditetapkan serta

mengharapkan individu lain untuk menyiapkan kerja sendiri. Hal ini dapat dilihat dalam

setiap pengurusan program yang dijalankan yang melibatkan para murid dan guru walaupun

di peringkat menengah. Dalam hal ini, antara pihak yang terlibat adalah sesama guru sendiri.

Seorang guru A sedang menjalankan suatu program yang telah diluluskan untuk peringkat

sekolah, namun ada seorang guru B yang tidak menjalankan tugas yang telah ditetapkan

dalam kertas kerja program tersebut. Hal ini menyukarkan guru A dalam proses melancarkan

perjalanan program tersebut. Selain itu, antara masalah etika professional yang timbul

daripada hal ini termasuklah sikap sesetengah pihak, contohnya guru C, yang cuba

mengganggu perjalanan program tersebut. Cubaan mengganggu ini termasuklah

mengarahkan guru A untuk menjalankan tugas lain yang bertembung masa dengan perjalanan

program tersebut. Oleh itu, jika guru A terpaksa melakukan hal di luar program tersebut,

siapakah yang akan memastikan kelancaran program tersebut jika guru B enggan

bekerjasama walaupun namanya sudah disertakan dalam kertas kerja tersebut? Cubaan

mengganggu juga datang daripada pihak lain yang ingin menggunakan kemudahan yang

sama yang sedang digunakan oleh guru A dalam program tersebut. Pihak atasan telah

menyedari akan masalah-masalah ini. Walaupun teguran dan tindakan yang sewajarnya telah

Page 2: Professional Ethics

diambil tetapi secara tidak langsung juga telah menimbulkan ketidakpuasan hati antara guru-

guru yang terlibat.

2.0 CIRI-CIRI MASALAH ETIKA

Pada kebiasaannya, keputusan yang dibuat akan mengakibatkan kesan yang

berpanjangan pada kedua-dua pihak, mahupun yang membuat keputusan atau yang menerima

keputusan tersebut. Hal ini kerana keputusan yang dibuat bukan hanya melibatkan satu pihak

sahaja, malah kadang-kadang lebih daripada itu. Implikasi daripada keputusan yang dibuat

juga boleh memberi kesan kepada pihak yang lebih luas seperti masyarakat setempat. Oleh

itu, ciri-ciri masalah etika yang akan dibincangkan dalam tugasan ini adalah akibat yang

berpanjangan, alternatif yang pelbagai, hasil yang bercampur, akibat yang tidak pasti dan

implikasi peribadi. Kesemua ciri-ciri ini adalah berhubungkait dengan masalah-masalah etika

yang telah dikenalpasti tadi.

2.1 KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMPUNYAI AKIBAT YANG

BERPANJANGAN

Antara ciri-ciri masalah etika yang dapat dikenalpasti adalah kebanyakan keputusan

etika mempunyai akibat yang berpanjangan. Akibat perbuatan guru B yang seolah-olah lepas

tangan daripada menjalankan tugas yang telah ditetapkan, guru-guru yang lain akan

mengambil kesempatan melakukan hal yang sama untuk program lain. Selain itu, hal ini juga

mengakibatkan guru A berasa tawar hati untuk mengurus sebarang program pada masa

hadapan. Jika guru A tidak menjalankan program tertentu, sudah tentu pihak yang menerima

akibat seperti murid tidak akan menerima kebaikan mahupun pengajaran yang mereka

mungkin dapat diperoleh daripada program yang telah dirancang.

2.2 KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMPUNYAI JALAN ALTERNATIF YANG

PELBAGAI

Pada kebiasaannya, masalah-masalah etika dalam pengurusan hanya mempunyai jalan

penyelesaian “ya” atau “tidak” sahaja. Dalam erti kata lain, kebanyakan keputusan yang

dibuat hanyalah berdasarkan dua pilihan itu sahaja. Keputusan yang elok seharusnya dibuat

dengan mengambil kira alternatif yang lain. Keputusan yang elok juga perlu dibuat mengikut

Page 3: Professional Ethics

urutan pembuatan keputusan yang betul. Bermula dengan mengenalpasti masalah yang

timbul. Masalah yang timbul perlu dikaji terlebih dahulu untuk mengenalpasti faktor kepada

masalah tersebut. Setelah faktor kepada masalah tersebut dikenalpasti, langkah seterusnya

adalah pengenalpastian jalan-jalan penyelesaian yang bersesuaian ataupun langkah alternatif

yang ada dan diperlukan bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Langkah alternatif adalah

wajar dikenalpasti kerana langkah-langkah inilah yang akan membantu individu tersebut

dalam membuat keputusan dengan bijak dan tanpa memberi kesan yang negatif kepada pihak

lain. Setelah langkah alternatif dikenalpasti, setiap langkah tersebut perlu ditimbangtara dari

aspek segala kelebihan dan kekurangan yang mungkin akan timbul daripada setiap satunya.

Dalam kes saya, pihak atasan atau pentadbir perlu berbincang dengan guru-guru yang

terlibat supaya kata sepakat dapat dicapai dan tidak menyebabkan guru-guru bermasam muka

sesama sendiri. Selain itu, guru C perlu memikirkan langkah penyelesaian alternatif yang

tidak mengganggu perjalanan program guru A. Guru C tersebut boleh mengubah masa

programnya atau mencari kemudahan seperti tempat lain untuk jalankan programnya.

Disebabkan oleh tindakan guru C, guru A menganggap tindakan itu sebagai tidak beretika

kerana guru C tidak menghormati guru A.

2.3 KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMBUAHKAN HASIL YANG PELBAGAI

Kebanyakan keputusan yang dibuat masa kini membuahkan hasil yang berbeza pada

masa hadapan. Hal ini selari dengan pernyataan bahawa banyak keputusan yang dibuat tidak

membuahkan hasil yang sama dengan hasil yang dijangkakan. Dalam hal antara guru A dan

guru B, sesetengah pihak mungkin memikirkan perkara positif terhadap guru B yang tidak

menjalankan tugas yang telah ditetapkan seperti guru B mungkin sibuk dengan hal lain yang

lebih penting. Namun begitu, ketidakprihatinan guru B terhadap tugasnya telah

menjadikannya seorang yang tidak boleh dipercayai dalam menjalankan tugas yang telah

diberi dan diamanahkan. Jika hal ini berterusan, guru B tidak akan maju dalam khidmatnya di

sekolah berkenaan hanya disebabkan oleh kegagalannya untuk menjalankan tugas yang telah

diamanahkan.

2.4 KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMPUNYAI KESAN YANG TIDAK PASTI

Setiap keputusan yang telah dibuat kebiasaannya adalah pilihan yang telah dinilai dan

mempunyai risiko yang rendah. Hal ini kerana, jalan-jalan penyelesaian alternatif yang telah

Page 4: Professional Ethics

dikenalpasti dan ditimbangtara tadi telah dinilai dengan sebaik-baiknya. Sebagai contoh,

tindakan sebuah kilang untuk memasang jaring pada hujung paip yang mengeluarkan sisa

kumbahan dilihat dapat sebagai jalan penyelesaian untuk mengelakkan bahan sisa pepejal

mencemari sungai atau laut. Namun begitu, walaupun dengan pengunaan jaring, pencemaran

air tetap tidak dapat dielakkan kerana hanya sisa pepejal yang ditapis, tetapi sisa cecair yang

telah bercampur dengan air kumbahan terlepas ke dalam sungai atau laut.

Seperti yang dinyatakan dalam kes saya tadi, mungkin guru B berasa selamat kerana

tidak menjalankan tugasnya pada masa itu. Akan tetapi, guru B tetap akan disenaraikan lagi

untuk menjalankan tugas yang lain pada masa akan datang. Oleh itu, guru B dinasihatkan

supaya tidak mengelak untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan kerana kepercayaan

pihak lain akan berkurangan terhadapnya dan seterusnya akan sampai ke pengetahuan pihak

atasan. Jika pihak atasan telah mengetahui hal ini berlarutan, guru B mungkin akan dipanggil

untuk memberikan penerangan tentang sikapnya yang lebih suka mengelak daripada

menjalankan tugasnya itu.

2.5 KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMPUNYAI IMPLIKASI PERIBADI

Ada pendapat yang menyatakan bahawa kebanyakan keputusan yang dibuat adalah

tanpa mengambilkira kepentingan peribadi suatu pihak. Hal ini adalah tidak benar sama

sekali. Ini kerana walaupun keputusan dibuat setelah menimbangtara setiap pilihan alternatif

yang ada berdasarkan masalah tersebut, pilihan untuk menjaga kepentingan suatu pihak yang

lain akan termasuk juga dalam pilihan alternatif tersebut. Oleh yang demikian, keputusan

yang dibuat bolehlah dikatakan hampir semuanya adalah berdasarkan kepentingan suatu

pihak tertentu.

Hal ini akan berlaku kepada guru B yang tidak amanah dalam menjalankan tugasnya.

Jika guru B meneruskan sikapnya yang selalu mengelak daripada melakukan tugas yang telah

ditetapkan, guru-guru lain yang ingin membuat program tidak akan memasukkan namanya

sebagai salah seorang ahli jawatankuasa program tersebut. Walaupun guru B mungkin

mementingkan halnya yang lain dan mendapat pengiktirafan daripada pihak lain, bagi pihak

yang telah menjalankan program bersamanya, mereka lebih mengenali sikap guru B yang

sebenar dan kepercayaan mereka terhadap guru B semakin menghilang.

3.0 TEORI ETIKA

Page 5: Professional Ethics

Tugasan ini membincangkan tentang ‘etika’ yang merangkumi maksud, ciri-ciri,

permasalahannya serta teori yang digunapakai untuk menyelesaikan masalah etika yang

berlaku. Secara umumnya, etika bermaksud prinsip tingkah laku seseorang yang diterima

oleh masyarakat setempat. Tujuan etika adalah supaya dapat mengawal atau mendorong

seseorang untuk berkelakuan baik dan diterima umum. Lawrence dan Weber (2011) secara

umum merujukkan ‘etika’ kepada tanggapan baik atau buruk. Etika professional yang sedang

dibincangkan dalam tugasan ini pula bermaksud nilai-nilai murni yang telah ditetapkan oleh

sekumpulan orang yang terlatih dalam bidang yang sama untuk mengawal kemajuan tugas

suatu individu atau tahap penggunaan sumber mereka. Antara faktor yang mempengaruhi

etika suatu individu ialah pengaruh daripada keluarga, rakan sebaya, latar belakang dan

pengalaman seseorang, nilai moral suatu individu, dan faktor yang lazim; faktor situasi

apabila seseorang itu tiada pilihan lain.

3.1 ANALISIS MASALAH ETIKA

Secara umumnya, masyarakat di dunia memerlukan satu sistem analitikal yang selari

untuk mengelaskan sama ada suatu perbuatan itu benar atau tidak. Namun, memandangkan

dunia ini terdiri daripada pelbagai agama, bangsa, dan kepercayaan, wujudnya kepelbagaian

dalam setiap aspek itu. Oleh itu, wujudlah pernyataan seperti ada perkara yang menjadi

kesalahan besar pada suatu masyarakat tetapi tidak pada masyarakat yang lain. Contohnya,

agama Islam melarang penganutnya untuk meminum minuman keras tetapi ada agama lain

yang tidak menghalang penganutnya untuk berbuat demikian. Hal ini membuktikan bahawa

tiada satu pun cara yang betul-betul sesuai untuk ditetapkan sebagai suatu etika secara global

yang merangkumi agama, bangsa, dan kepercayaan.

Walaubagaimanapun, terdapat 5 teori yang boleh dijadikan panduan dan seterusnya

membolehkan suatu keputusan tentang etika dibuat. Teori yang diperkatakan ialah Teori

Undang-undang Abadi (Semula Jadi), Teori Etika Klasik Teleologi: Utilitarianisme, Teori

Etika Klasik Deontologi: Universalisme, Teori Pengagihan Adil dan Teori Kebebasan

Peribadi. Perenggan yang seterusnya akan menerangkan tentang teori-teori ini dengan lebih

lanjut serta kaitannya dengan kes yang sedang dibincangkan.

3.2 TEORI UNDANG-UNDANG ABADI (SEMULA JADI)

Page 6: Professional Ethics

Ahli falsafah Thomas Aquinas dan Thomas Jefferson percaya kepada kewujudan

suatu undang-undang yang terbentuk dari kehendak Tuhan yang dikenali sebagai “Undang-

undang Abadi” ( atau Undang-undang Semula Jadi). Teori etika ini berkait rapat dengan

agama dan kepercayaan. Hal ini menerangkan bahawa sebarang tindakan yang dilakukan

akan ditentukan sama ada ia betul atau salah adalah bergantung kepada pegangan agama dan

kepercayaan suatu masyarakat atau kaum. Hukuman untuk setiap kesalahan yang dilakukan

oleh penganutnya telah ditetapkan oleh agamanya dan mereka harus mematuhi setiap hukum

tersebut. Keistimewaan yang telah diperoleh daripada teori ini ialah ia diterima oleh setiap

individu yang menganut agama mereka sendiri dan ia diterima pakai sepanjang zaman.

Namun begitu, setiap perkara pasti ada kekurangan mereka yang tersendiri. Dalam hal ini,

tidak semua teori yang telah ditetapkan boleh diterima pakai oleh semua agama. Hal ini

kerana setiap agama mempunyai pegangan, pemahaman, dan kepercayaan masing-masing;

justeru mereka mempunyai set moral, etika, dan nilai murni yang berbeza.

Sebagai seorang penganut Islam, saya percaya bahawa guru B telah melakukan

ketidakadilan kepada guru A tersebut. Guru B telah melakukan kesalahan yang bertentangan

dengan ajaran Islam iaitu berkelakuan tidak amanah dalam melakukan tugas yang telah

ditetapkan kepadanya. Menurut Islam, apabila suatu individu itu melakukan kesalahan,

individu lain haruslah menegurnya dengan mengikuti langkah yang telah ditetapkan dalam

Islam dalam menegur seseorang yang melakukan kesalahan. Langkah pertama, kita haruslah

menasihatinya secara lembut dan bijaksana tanpa memaksanya supaya individu tersebut tidak

terasa hati dengan orang yang menegurnya. Selain daripada tidak terasa hati, individu

tersebut haruslah dinasihati supaya dia dapat berfikir tentang kesalahannya sendiri. Langkah

menasihati ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Namun, jika ia tidak berhasil, gunakanlah

orang tengah iaitu seseorang yang pembuat salah ini hormati atau seseorang yang rapat

dengannya untuk menegurnya.

Walaupun cara di atas telah dilakukan dan masih tiada apa-apa perubahan, maka cara

yang lebih keras boleh dilakukan iaitu dengan cara membawanya ke muka pengadilan. Hal

ini selari dengan hadis Rasulullah S.A.W dari riwayat Muslim dan Ibn Majah:-

“Barang siapa diantara kamu melihat suatu kemungkaran maka hendaklah ia merubahnya

dengan tangannya, dan jika ia tak mampu maka dengan lisannya, dan jika ia tak mampu juga

maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman”

(http://www.mail-archive.com/[email protected]/msg00322.html : 4

November 2015). Oleh itu, dengan menggunakan panduan ini, guru-guru lain sepatutnya telah

menegur sikap guru B yang seolah-olah lepas tangan terhadap tugasnya itu.

Page 7: Professional Ethics

3.3 TEORI ETIKA KLASIK TELEOLOGI: UTILITARIANISME

Istilah ‘teleologi’ berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘hasil keputusan’

atau ‘kesan’. Sistem teleologi ini berfokus kepada hasil yang didapati berbanding niat

seseorang itu. Istilah teleologi; yang juga digelar sebagai Utilitarianisme; bergantung kepada

hasil kesan daripada tindakan seseorang. Dalam erti kata lain, jika tindakan individu itu betul,

maka ia akan membawa kebaikan. Manakala jika tidak, ia akan membawa bencana kepada

ahli masyarakat yang lain. Suara majoriti adalah pilihan yang digunakan dalam menentukan

keadilan pengagihan dalam teori ini. Dalam mengutamakan suara majoriti, teori ini masih ada

kelemahan kerana ia mengabaikan dan mengeksploitasi suara minoriti. Oleh itu, tiada

keseimbangan dalam penerimaan kebaikan atau kelebihan oleh suara minoriti berbanding

suara majoriti.

Berdasarkan teori ini, guru C tidak sepatutnya cuba mengganggu perjalanan program

yang sedang dijalankan oleh guru A kerana ia tidak memberi apa-apa kebaikan kepada guru

A mahupun peserta program guru A. Kebaikan hanya akan diperoleh guru C serta peserta

program guru C sahaja. Akan tetapi, sekiranya guru C itu membiarkan guru A dengan

programnya dan menjalankan programnya sendiri dengan menggunakan sumber yang

berlainan dengan guru A, guru C bukan sahaja akan dihormati oleh guru A, malah peserta

yang terlibat juga tidak akan memandang serong guru C. Dengan penggunaan teori ini, jelas

sekali keputusan yang sepatutnya diambil ialah membiarkan guru A dengan perjalanan

programnya dan mengambil jalan alternatif untuk menjalankan programnya dengan sumber

yang lain supaya tidak bercanggah atau bertembung dengan sumber program guru A.

3.4 TEORI ETIKA KLASIK DEONTOLOGI: UNIVERSALISME

Istilah ‘deontologi’ juga berasal daripada Greek yang bermaksud ‘tugas’ atau

‘kewajipan seseorang individu’. Teori ini berlawanan dengan Teori Utilitarianisme; iaitu

suatu tindakan tidak boleh bergantung kepada hasil kerana hasil adalah tidak jelas dan tidak

menentu semasa keputusan untuk bertindak dibuat. Berdasarkan teori ini, jika niat individu

tersebut adalah positif, maka hasil daripada tindakkanya itu akan menjadi baik. Begitu juga

jika sebaliknya. Teori ini juga menganggap bahawa setiap orang adalah tidak mudah

dipengaruhi antara satu sama lain, tidak kelam-kabut, dan semua orang akan diberi peluang

yang sama rata. Oleh itu, teori ini menyatakan bahawa jika niat seseorang itu adalah baik,

Page 8: Professional Ethics

maka hasil yang diperolehnya adalah baik dan semestinya ia baik untuk semua pihak. Namun

begitu, kelemahan teori ini adalah kelemahan kita sebagai manusia yang tidak mampu untuk

menilai niat seseorang itu sama ada ia baik atau tidak. Selain itu, kepelbagaian dan perbezaan

perasaan, nilai, moral, dan pemikiran yang berbeza memustahilkan seseorang itu untuk

memberikan layanan yang sama rata kepada orang lain.

Berdasarkan hal ini, guru C tidak sepatutnya mencuba untuk mengganggu perjalanan

program guru A kerana guru A terlebih dahulu menjalankan programnya dengan sumber

yang ada. Hal ini kerana menurut teori ini, semua pihak berhak untuk menjalankan

programnya tanpa gangguan daripada pihak lain bagi menjayakan projek yang sedang

dirancangnya. Oleh itu, semua pihak yang terlibat akan menjalankan halnya dengan gembira

tanpa rasa tidak puas hati terhadap sesiapa.

3.5 TEORI PEMBAHAGIAN ADIL

Selaras dengan namanya, teori ini menekankan pengagihan yang adil dan sama rata

berdasarkan keadilan dan nilai murni masyarakat itu. Oleh itu, teori ini mementingkan

kerjasama antara masyarakat berdasarkan kesamarataan, keperluan, kebolehan, dan

sumbangan suatu individu. Namun begitu, ia masih kurang berkesan kerana ia menidakkan

kelebihan seseorang. Contohnya, walaupun individu tersebut tidak banyak menyumbang

tetapi ia mempunyai kelebihan berbanding dengan seseorang yang banyak menyumbang

tetapi tidak mempunyai kelebihan. Oleh itu, pembahagian yang adil tidak dapat dilakukan.

Hal ini sama seperti kes guru C yang cuba mengganggu program guru A. Guru C

sepatutnya membiarkan guru A dengan programnya kerana cubaan mengganggu itu hanya

akan menyekat guru A dari mempamerkan kelebihannya. Oleh itu, teori ini membuktikan

bahawa guru C telah cuba untuk membuat keputusan yang tidak tepat.

3.6 TEORI KEBEBASAN PERIBADI

Teori yang dicadangkan oleh Robert Nozick (1974) ini adalah berdasarkan kepada

kebebasan dan hak individu tersebut. Menurutnya, undang-undang dan nilai masyarakat yang

menahan kebebasan individu sepatutnya disangkal. Tambahnya lagi, seseorang itu berhak

untuk melakukan apa sahaja dengan kelebihan yang dimilikinya. Akan tetapi, teori ini

mempunyai kelemahan iaitu ia mempunyai pandangan yang sempit tentang kebebasan yang

akan memberikan kesan yang negatif kepada orang lain.

Page 9: Professional Ethics

Berdasarkan teori ini, guru C mempunyai hak untuk menggunakan mana-mana

sumber untuk menjalankan programnya. Namun begitu, ia memberi kesan negatif iaitu

dengan mengganggu program guru A.

4.0 MASALAH MENURUT UNDANG-UNDANG

Undang-undang didefinisikan sebagai satu set dokumen bertulis yang mengandugi

peraturan yang telah digubal dan telah diwartakan ke dalam suatu masyarakat. Tujuan

undang-undang adalah untuk mengawal tingkah laku individu dalam suatu masyarakat.

Berdasarkan kepada cubaan mengganggu oleh guru C, mengikut undang-undang, dia tidak

bersalah selagi tiada bukti kukuh untuk membuktikannya. Jadi, mengikut undang-undang,

guru C tidak melakukan sebarang kesalahan. Namun, dari aspek etika, 4 daripada 5 etika

yang dibincangkan sebelum ini menyatakan bahawa guru C telah melakukan kesalahan. Oleh

itu, hal ini membuktikan bahawa terdapat percanggahan antara undang-undang dan etika.

5.0 PENYELESAIAN MASALAH

Kesimpulan yang dapat dilihat setelah meneliti kesemua teori etika dan hukum

undang-undang adalah perbuatan yang dilakukan oleh guru B dan C terhadap guru A adalah

perbuatan yang salah dan tidak beretika. Hal ini kerana mengikut Teori Undang-undang

Abadi (Semula Jadi), Teori Etika Klasik Teleologi: Utilitaranisme, Teori Etika Klasik

Deontologi: Universalisme dan Teori Pembahagian Adil jelas menunjukkan bahawa

perbuatan tersebut adalah bertentangan dengan teori-teori tersebut walaupun mengikut Teori

Kebebasan Peribadi dan undang-undang menyatakan ia tiada masalah dengan perbuatan guru

B dan C tersebut.

Oleh itu, saya membuat keputusan untuk memberitahu pihak atasan walaupun saya

akan mungkin akan merosakkan hubungan saya dengan guru B dan guru C dalam pergaulan

saya sesama rakan sekerja. Saya berbuat demikian kerana saya merasakan ketidakadilan

kepada guru A yang bertungkus-lumus dengan programnya manakala guru B tidak

menjalankan tugasnya yang telah ditetapkan dan guru C pula cuba mengganggu perjalanan

programnya. Saya berpegang kepada semua teori yang telah dinyatakan walaupun Teori

Kebebasan Peribadi telah memihak kepada guru B dan C ini. Namun begitu, dengan majoriti

4 teori yang berpihak kepada guru A yang telah dijadikan sebagai mangsa keadaan, saya

berpegang kepada teori-teori tersebut. Justeru itu, walaupun saya mungkin terpaksa

Page 10: Professional Ethics

bermasam muka dengan guru B dan guru C selepas ini, saya tetap mengambil keputusan itu

kerana saya tahu jika tiada sesiapa yang menegur perbuatan mereka, mereka akan

mengulangi perbuatan yang sama kepada guru-guru yang lain. Hal ini kerana saya risau

dengan masa hadapan guru-guru tersebut yang mungkin akan dipulaukan pada masa hadapan

disebabkan oleh sikap mereka yang tidak beretika itu.

(2970 perkataan)