profesionalisme

120
[PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM] PIM 3113 PENDAHULUAN ~ 1 ~

Upload: syahrul-haniff

Post on 20-Nov-2015

57 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Profesinalisme guru pendidikanciri-ciri sahsiah sertya cara penyampaian ilmu oleh imam 4 mazhab, sahabat.definisi ilmu

TRANSCRIPT

profesionalisme guru pendidikan islam

[profesionalisme guru pendidikan islam]PIM 3113

[profesionalisme guru pendidikan islam]PIM 3123

PENDAHULUAN

1.0PENDAHULUAN

Pendidikan merupakan suatu perkara yang penting dizaman pemodenan ini. Penekanan kepada penguasaan ilmu telah menjadi dasar dan merupakan keperluan kepada setiap individu. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, pendidikan bermaksud perihal atau perbuatan mendidik. Pendidikan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Hal ini kerana melalui pendidikan kehidupan manusia dapat berubah dari segi budaya, ekonomi, politik dan sosial. Oleh itu, pelbagai usaha yang telah diwujudkan oleh Negara untuk membantu memperbaiki mutu pendidikan di negara kita. Selain itu, terdapat beberapa pandangan tokoh ilmuan mengenai pendidikan. Antaranya ialah Syed Muhamad Qutb, beliau menyatakan pendidikan merupakan proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Menurut beliau tujuan pendidikan ialah memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani kea rah kesempurnaan. Menurut Al-Ghazali pula pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek, latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia. Berdasarkan definisi pendidikan yang dinyatakan oleh ahli falsafah pendidikan mempunyai tujuan untuk kesempurnaan manusia. Oleh itu, pendidik mempunyai peranan yang penting dalam membantu merealisasikan tujuan pendidikan itu supaya objektif serta matlamat yang ditetapkan dapat disempurnakan dan mencapai kejayaan yang diharapkanKesimpulannya, pendidikan merupakan salah satu keperluan kepada manusia. Pendidikan dapat membantu membangunkan manusia kearah yang lebih bertamadun. Oleh itu, kaedah penyampaian ilmu yang bersesuaian dapat membantu merealisasikan harapan Negara yang telah digariskan dalam falsafah pendidikan Negara iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dalam semua aspek.

TUGASAN PROJEK DAKWAH (KUMPULAN)

KERTAS KERJA

2.0KERTAS KERJA PROJEK DAKWAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAKJALAN BAKAM, 98009 MIRI,SARAWAK

KERTAS KERJA PROJEK DAKWAH PIM3113

DUNIAKU DAKWAHKU

ANJURAN :PISMP-PENDIDIKAN ISLAM AMBILAN JANUARI 2012SEM 6 SESI 2014

21 JULAI 12 SEPTEMBER 2014

1.0PENDAHULUANProgram dakwah yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mempersiapkan diri guru pelatih dalam mengaplikasikan peranan mereka sebagai daie yang menjadi tunjang kepada rujukan masyarakat terutamanya yang berkaitan dengan hal ehwal keagamaan. Fokus utama yang dirancang ialah untuk mendekatkan kumpulan sasaran iaitu murid sekolah dengan kecintaan kepada Rasul iaitu dengan mengenali nama-nama Rasul.

2.0MATLAMATTugasan projek ini diharap dapat memberi peluang kepada semua peringkat murid bagi mendekatkan diri mereka dengan perkara yang berfaedah serta dapat membantu murid untuk menambah ilmu pengetahuan mereka mengenai keindahan agama Islam. Matlamat utama program dakwah ini dilaksanakan adalah diharap dapat menyediakan golongan guru yang mantap aqidahnya, sempurna ibadahnya, kental jiwa dan emosinya, mulia sahsiahnya, berketrampilan serta cergas jasmaninya.

3.0OBJEKTIF3.1Untuk memenuhi tuntutan kerja kursus PIM3113.3.2Membentuk murid yang cintakan akan keindahan Islam.3.3Melatih guru pelatih untuk menguruskan projek atau aktiviti yang dijalankan di sekolah.

4.0SASARAN4.1Semua murid yang beragama Islam Tahun 1 Tahun 6

5.0 TEMPOH MASA 5.1 21 Julai 11 September 2014

6.0JAWATANKUASA PELAKSANAPenasihat: Ustaz Noor Hisyam bin KasimPengerusi: Mohd Ishak bin BahariNaib Pengerusi: Szuhady bin PenieSetiausaha: Syahrul Haniff bin SarmanBendahari: Mohd Azlan bin Che Mat Nor

7.0ANGGARAN BELANJAWANPERKARAHARGA / KOSJUMLAH

Warna PosterRM 16.00RM 16.00

Berus LukisanRM 1.80 x 4RM 7.20

Papan LapisRM 80.00RM 80.00

Kertas PasirRM 1.60 x 5RM 8.00

Sarung TanganRM 6.00RM 6.00

Paku tekanRM 2.00 x 4RM 8.00

Tali RM 0.40 x 13 meterRM 5.20

Spray ClearRM 6.00 x 4RM 24.00

Cat warnaRM 15.00 X 3RM 45.00

Berus CatRM 4.00 X 2RM 8.00

JUMLAH BESARRM 207.40

8.0 SUMBER KEWANGAN 9.1 Panatia Pendidikan Islam

9.0PENUTUPAdalah diharapkan Projek Dakwah ini akan dapat mencapai kejayaan yang diharapkan hasil daripada pemuafakatan semua.

Disediakan oleh,Disahkan oleh,

................................ ................(SYAHRUL HANIFF BIN SARMAN) (USTAZ NOOR HISYAM BIN KASIM)Setiausaha Projek DakwahKetua Panitia Pendidikan Islam

Diluluskan oleh,(ENCIL WILFRED MAC)Guru Besar SK Senadin, Miri

SKOP TUGASAN

Jadual Tugasan Projek

MINGGUSKOP TUGASAN

21 25 Julai Membeli segala barang-barang keperluan yang akan digunakan dalam tugasan projek.

28 Julai 1 Ogos Memotong papan lapis mengikut saiz yang dikehendaki.

4 8 Ogos Menggosok permukaan kepingan papan lapis yang telah dipotong.

11 15 Ogos Mengecat permukaan papan lapis dengan pilihan warna yang dikehendaki.

18 22 Ogos Melakar corak pada permukaan papan lapis yang telah dipotong.

25 29 Ogos Menulis nama-nama Rasul pada permukaan papan lapis yang dipotong dengan menggunakan kreativiti tertentu.

1 5 September Melapiskan spray clear pada permukaan papan lapis yang telah siap ditulis.

8 11 September Menggantung papan nama-nama Rasul yang telah siap dihasilkan di laluan pejalan kaki menuju ke surau sekolah.

LAPORAN

PROJEK DAKWAH

3.0 LAPORAN PROJEK DAKWAH DUNIAKU DAKWAHKUPENGAJIAN AGAMA 4 AMBILAN JANUARI 2012SEMESTER 2 TAHUN 3

Semasa menjalani praktikum selama 2 bulan yang bermula 14 Julai hingga 12 September yang lalu di Sekolah Kebangsaan Senadin, Miri kami Guru Pelatih Pengajian Agama Islam Institut Pendidikan Guru telah melaksanakan satu projek keagamaan untuk menceriakan lagi suasana surau disamping menjadikan projek yang kami jalankan ini sebagai satu usaha dakwah kami di sekolah berkenaan. Ahli kumpulan kami yang menjalankan projek ini terdiri daripada 4 orang semuanya. Antaranya ialah:-1. Mohd Ishak bin Bahari2. Syahrul Haniff bin Sarman3. Szuhady bin Penie4. Muhammad Azlan bin Che Mat NorTugasan projek yang dijalankan ini adalah sebagai memenuhi tuntutan forma kerja kursus yang telah ditetapkan dalam PIM 3113 yang meminta untuk kami menjalankan aktiviti dakwah. Hal ini kerana, sebagai seorang bakal guru yang bakal berhadapan dengan masyarakat di luar sana, kami mempunyai tanggungjawab untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat untuk mengenal dan mencintai akan keindahan Islam. Tanggungjawab yang dipikul oleh kami sebagai bakal seorang Daie atau pendakwah bukanlah suatu tugas yang mudah. Sebagai langkah permulaan, diharapkan projek yang dijalankan ini akan memberikan gambaran kepada kami untuk menjalankan aktiviti dakwah kepada masyarakat di luar sana apabila kami bergelar seorang guru kelak. Hal ini kerana, dalam menjalankan aktiviti dakwah kita memerlukan komitmen yang begitu tinggi bermula daripada aspek perancangan, pelaksanaan dan juga hasil yang dicapai.Sebagai langkah permulaan, kami telah mengusulkan kertas kerja dan duduk berbincang bersama Guru Panatia Pendidikan Islam SK Senadin iaitu Ustaz Noor Hisyam bagi membincangkan aktiviti dakwah yang sesuai dijalankan di sekolah berkenaan. Pelbagai lontaran idea telah dikeluarkan oleh kami bagi mencari aktiviti atau projek yang bersesuaian dengan tugasan dakwah ini. Setelah berhempas pulas memerah idea, kami telah sebulat suara untuk menjalankan projek bagi menghasilkan papan tanda Nama-nama Rasul yang akan di letakkan di laluan pejalan kaki menuju ke surau sekolah berkenaan. Rasional kami memilih projek ini adalah kerana hasil usaha kami ini nanti akan dapat terus ditatap dan dimanfaatkan oleh seluruh warga SK Senadin daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Hal ini kerana penghasilan tugasan projek ini bersifat kekal selagi mana papan tanda tersebut masih lagi di letakkan di laluan pejalan kaki tersebut.Melalui perbincangan telah yang dijalankan, segala kos untuk menghasilkan tugasan projek ini adalah ditanggung oleh dana yang diperolehi daripada Panatia Pendidikan Islam. Penghasilan tugasan projek ini adalah disasarkan kepada seluruh murid-murid SK Senadin yang beragama Islam untuk mewujudkan rasa cinta dalam diri mereka kepada Rasul. Dalam masa yang sama juga, mereka dapat mengenali satu persatu nama-nama Rasul yang perlu mereka ketahui bermula daripada Nabi Adam sehinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan utusan terakhir yang disampaikan oleh Allah kepada umat manusia. Disamping itu, nama-nama Rasul ini juga terkandung dalam sukatan pelajaran pendidikan Islam. Dalam masa yang sama, murid dapat mengulang kaji pelajaran mereka mengenai tajuk pelajaran tersebut melalui pembelajaran di luar bilik darjah. Keadaan ini akan memberikan lagi keseronokan kepada mereka disamping memberikan pengalaman melalui pembelajaran.Sebagai langkah permulaan dalam penghasilan projek ini, kami telah membahagikan tempoh masa dengan membuat jadual tugasan supaya projek ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang diberikan. Kerjasama daripada setiap ahli daripada kumpulan kami adalah amat penting bagi menjamin kelancaran dalam penghasilan tugasan projek ini. Tugas projek kami dimulakan dengan membeli segala kelengkapan yang diperlukan dalam penghasilan projek ini. Antaranya adalah seperti papan lapis, cat, berus cat, paku tekan, tali dan sebaginya. Setelah proses ini selesai, maka bermulalah tugas kami untuk memotong papan lapis tersebut mengikut saiz yang dikehendaki. Kami harus bijak memanfaatkan masa terluang kami untuk menyelesaikan tugas tersebut. Hal ini kerana, dalam masa yang sama juga kami memikul tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kami kepada anak didik warga SK Senadin, Miri.

Setelah proses pemotongan selesai dijalankan, maka tugas diteruskan dengan mengecat permukaan papan lapis tersebut dengan menggunakan cat warna yang dipilih. Lakaran corak juga telah diaplikasikan oleh kami dengan memilih untuk menggunakan warna yang bersesuai supaya ianya nampak lebih menarik. Saya berpeluang untuk menunjukkan bakat saya pada permukaan papan lapis tersebut dengan menulis satu persatu nama-nama Rasul. Proses terakhir mengecat ini diakhiri dengan melapiskan spray clear pada permukaan papan lapis tersebut supaya ianya tahan lama dan sebagai kemasan kepada hasil kerja kami. Kami telah menggantungkan papan nama tersebut disepanjang laluan pejalan kaki menuju ke surau.

Akhir sekali diharapkan agar hasil usaha yang dijalankan oleh kami ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dan ditatap oleh satu generasi ke generasi yang lain. Kami juga mengharapkan agar segala titik peluh kami ini menjadi medium untuk kami menyampaikan dakwah dan dapat diterima oleh seluruh warga SK Senadin.

REFLEKSI

PROJEK DAKWAH

4.0 REFLEKSI PROJEK DAKWAH

SYAHRUL HANIFF BIN SARMAN(920623-10-5143)

Assalamualaikum w.b.tAlhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT atas rahmat yang dilimpahkan atas nikmat kesihatan dan kesempatan untuk menyelesaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan ini. Serta tidak lupa selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga juga para sahabat baginda yang mulia. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya kepada pensyarah pembimbing bagi subjek ini iaitu Ustaz Firdaus bin Abdullah dalam usaha untuk membantu kami memahami setiap apa yang terkandung dalam kursus PIM 3113 (Profesionalisme Guru Pendidikan Islam) ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya, semua sahabat serta individu-individu yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung kerana turut sama memberi dorongan dan idea kepada saya. Terima kasih diucapkan..Melalui tugasan ini, pelbagai input baru telah berjaya saya perolehi. Percambahan pemikiran yang saya rasakan terbatas sebelum melaksanakan tugasan ini, mampu menjalar kepada tahap pemikiran yang kreatif serta kritis dalam menjana penghasilan tugasan yang lebih cemerlang. Tugasan ini meminta saya untuk merancang aktiviti yang berbentuk dakwah serta melaksanakannya seperti apa yang telah dirancang. Perkara utama yang kami tekankan untuk melaksanakan aktiviti dakwah ini adalah kumpulan sasaran yang akan mengikuti dakwah yang kami rancang.Tugasan kerja projek dakwah ini bertujuan untuk memberikan gambaran awal kepada guru pelatih Pendidikan Islam yang mengikuti kursus Profesionalisme semasa mereka menuntut di semester 6. Sebagai seorang bakal guru yang akan berhadapan dengan dunia profesion perguruan, tugasan ini dapat memberikan input serta pengalaman yang berguna kepada kami untuk mengelola dan menganjurkan aktiviti dakwah yang akan memberikan gambaran kepada masyarakat akan penghayatan Islam yang sebenar serta menanam kecintaan dalam jiwa mereka. Fokus tugasan projek yang laksanakan ini adalah dalam lingkungan murid-murid tahun 1 hingga tahun 6 di SK Senadin. Setelah projek dakwah yang dirancang selesai dijalankan, saya melihat terdapat beberapa penambahbaikan yang saya rasakan perlu semasa projek ini dilaksanakan. Antaranya ialah kekangan masa kami dalam menyiapkan tugasan projek dakwah ini. Kami perlu mencari alternatif lain supaya kekangan masa yang dihadapi oleh kami dapat diatasi. Saya merasakan cara yang boleh dilaksanakan ialah dengan menyelesaikan tugasan projek ini pada hari minggu. Hal ini memudahkan kepada kami untuk fokus kepada tugasan projek ini kerana pada hari persekolahan kami diamanahkan untuk mengajar murid-murid. Hal ini sedikit sebanyak memberikan impak dalam pengahsilan tugasan projek yang telah dirancang oleh kami.Namun begitu, untuk menyelesaikan keseluruhan tugasan ini sememangnya bukan mudah bagi diri saya. Saya perlu bijak menguruskan masa saya dengan pelbagai tugasan yang lain. Hal ini kerana, dalam tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan tugasan kerja kursus ini, saya sedang menjalani praktikum. Tempoh ini sememangnya begitu mencabar bagi diri saya dengan bebanan tugas untuk menyiapkan persediaan mengajar. Namun begitu, saya berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan tugasan ini kerana saya anggap ia adalah lumrah kepada diri saya yang bergelar sebagai penuntut ilmu.Antara kebaikan yang saya peroleh hasil kerja kursus ini ialah memupuk sikap bersungguh-sungguh dalam diri saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan lebih sempurna. Selain itu, hasil daripada tugasan ini adalah mengeratkan hubungan persahabatan semasa pelaksanaan tugasan ini, kami sering bekerjasama dan saling memberikan sokongan antara satu sama lain. Tidak hairanlah jika tugasan ini berjaya saya sempurnakan dengan jayanya, kerana perumpamaan Melayu yang berbunyi, seperti aur dengan tebing, dapat disamakan dengan ukhwah antara kami yang saling bantu membantu antara satu sama lain sehingga terhasilnya tugasan ini dengan jayanya. Akhir sekali, sebagai bakal pendidik, saya harus mempersiapkan diri saya dengan pelbagai ilmu dan kemahiran sebagai bekalan kepada diri saya untuk berhadapan dengan masyarakat luar. Hal ini kerana guru merupakan individu yang sentiasa menjadi rujukan serta orang paling dekat dengan masyarakat. Selain itu, projek yang dirancang juga dapat melatih sifat kepimpinan serta memberikan pengalaman yang berguna untuk mematangkan pemikiran guru pelatih yang terlibat dalam menjayakan program ini untuk membuat keputusan. Saya berharap ilmu yang saya perolehi ini akan dapat diterapkan pada masa yang akan datang. Semoga hasil tugasan yang kami jalankan ini mampu menjana kecemerlangan saya dan rakan-rakan sebagai bakal pendidik yang akan mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna. Sekian,terima kasih.

TUGASAN INDIVIDU

KAJIAN TENTANG PENDIDIK DAN PENDIDIKAN DALAM AL-QURAN DAN HADIS

5.0DEFINISI PENDIDIK

Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, pendidik ialah guru, pengasuh, wali, pemimpin pengelola, pelatih, penyelenggara, pengajar dan pemelihara. Mengikut istilah yang digunakan oleh sarjana-sarjana Islam guru atau pendidik ialahmurabbi, muallim, muaddib, ustaz, mudarris, mursyid atauulama. Semua istilah-istilah yang digunakan berasal daripada Bahasa Arab dan pada dasarnya istilah-istilah tersebut mempunyai maksud yang sama iaitu memberi pengajaran atau pendidikan. Namun terdapat beberapa pandangan yang berbeza mengenai penggunaan istilah tersebut. Ini bergantung kepada bidang ilmu yang dipelajari. Istilah Ustaz atau Mudarris, dalammasyarakat Melayu,UstazdanMudarris dikhususkan kepada mereka yang mengajar pelajaran agama Islam di sekolah, madrasah, masjid,pondokdan sebagainya. IstilahMuallimjuga bermaksud pengajar, lebih menjurus kepada seorang pengajar (tidak terhad kepada guru sekolah) yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya, dan kadang kala digunakan dalam ertikata pemimpin. Berbeza denganMurabbi, seorangMuallim lebih menumpukan kepada ilmu akal. Sementara Murabbi membawa maksud yang luas, melebihi tahapMuallim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Justeru,Murabbilebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekaligus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya.Guruialah segolongan orang yang menjalankan tugas ikhtisas sebagai pendidik dan pemimpin. Mereka boleh mencorakkan masa depan masyarakat dan dapat menentukan untung nasib sesebuah bangsa. (AhmadMohd.Salleh.2003). Guru adalah salah satu faktor yang sangat penting dalam pendidikan dan pengajaran, kerana gurulah yang akan bertanggungjawab dalam membentuk peribadi seorang murid (H Syamsul Bahri Tanrere, 1993)Oleh itu para guru atau pendidik mestilah sedar akan tanggungjawab mereka dan sentiasa menjaga nama baik mereka sebagai pendidik dan pemimpin masyarakat dengan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab secara ikhlas dan jujur.

5.1Pendidik Dalam IslamPendidik di dalam islam adalah meliputi hal keduniaan dan akhirat sama ada pendidik itu menyampaikanIlmu Fardhu AinatauIlmu Fardhu Kifayah. Sebagaimana menurut Imam Ghazali bahawa ilmu itu dibahagikan kepadaFardhu AindanFardhu Kifayah. Sistem pendidikan Islam memperimbangkanantara kepentingan individu dengan kepentingan ummah melalui konsep IlmuFardhu Ain dan Fardhu Kifayah.Demikian juga dalam kaedah fiqih terdapat konsepmaslahah ummah (kepentingan ummah) danmaslahah ammah(kepentingan awam) di samping pengakuan Islam terhadapmaslahah fardiataukhassah(kepentingan individu). (Ghazali Basri, Jurnal Pendidikan Islam, Desimber 1987). Hal ini juga dapat dilihat di dalam kitabAdab Al Muallimindi mana Ibnu Sahnun telah membahagikan kurikulum pendidikan diAl-Kuttabkepada kurikulum wajib (ijbari) dan kurikulum pilihan(ikhtiyari). Bagi kurikulum wajib para pendidik akan mengajarkan al-Quran, Hadis Nabi dan Fiqih sementara bagi kurikulum pilihan pelajaran yang diajarkan ialah; Ilmu Hitung, Syair, al-Gharib (kata-kata sulit), Bahasa Arab dasar dan Kaligrafi serta Ilmu Nahu.Menurut Imam Ghazali illmu Fardhu Kifayah itu terbahagi kepada ilmu Syariah dan bukan Syari`ah. Ilmu Syari`ah ialah ilmu-ilmu yang diperolehi dari Nabi s.a.w. Sementara ilmu bukan Syari`ah pula ialah ilmu-ilmu yang terpuji, iaitu ilmu-ilmu yang ada hubungan dengan kepentingan duniawi dan untuk kemaslahatan ummah, seperti ilmu kedoktoran dan sebagainya yang mana ilmu berkenaan menjadi keperluan bagi sesebuah negara.Seorang pendidik haruslah memahami bahawa Islam adalahad-Dinbukan sekadar aqidah dan peribadatan seperti sembahyang puasa menunaikan zakat dan haji tetapi suatu sistem yang lengkap yang mencakupi sama ada dari segi hubungan manusia sesama manusia atau di antara manusia dengan tuhannya dan hubungan manusia dengan alam sekelilingnya yang berbentuk spiritual atau material. Pendidik bukan sahaja berperanan untuk memberi kesedaran kepada diri sendiri, malahan juga untuk masyarakat tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan hukum Allah s.w.t. Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada ahli-ahli ilmu. Rasulullah s.a.w bersabda:Ulama ialah pewaris para nabi.Kedua-dua nas di atas jelas membuktikan bahawa Islam memberi penghormatan kepada ahli ilmu. Mereka mempunyai sifat ketakwaan kepada Allah s.w.t hasil daripada ilmu yang diwarisi daripada para nabi a.s. Tugas menyampaikan amalan keilmuan ini terletak pada pendidik. Melalui ilmu sahajalah kita dapat menimbulkan kesedaran manusia terhadap Allah dan dapat membezakan sesuatu yang hak dan batil.

5.2Sifat-Sifat Pendidik Menurut IslamPendidik dalam pendidikan Islam adalah sebagai moderator bagi anak-anak untuk mengikuti gaya Islamiah yang tercermin pada diri Nabi Muhammad s.a.w (Dr. GamalZakaria, 2002) Para pendidik wajiblah membentuk keperibadiannya yang luhur. Pendidik adalahqudwah (kepemimpinan) dan jugauswah(model) yang baik yang sering ditonton oleh anak-anak didiknya maka seorang pendidik tidak akan menganjurkan sesuatu jika ia sendiri tidak melaksanakannya kerana ia menyedari tentang kemurkaan Allah (dosa) jika ia sendiri tidak melaksanakan apa yang ia ucapkan. Oleh itu para pendidik perlulah menghiasi diri dengansifat-sifat yang terpuji sesuai dengan sifatnya yang paling mulia di dalam Islam. Dr. Abdul Halim al Muhammady menyenaraikan lapan sifat yang wajib dimiliki oleh pendidik, iaitu:1. Sifat Zuhud (mendidik kerana mencari keredaan Allah). Sifat Zuhud bermakna menyampaikan pelajaran bukan kerana balasan kebendaan atau penghormatan masyarakat, tetapi kerana mencari keredhaan Allah. Namun Ini bukan bermakna kita tidak boleh menerima ganjaran dari usaha itu. Kemuncak matlamat kerja yang dilakukan seharusnya tidak diukur dengan pencapaian kebendaan kerana itu akan membahayakan peningkatan diri dan pencapaian orang yang berada di bawah didikannya.2. Kebersihan diri. Sebagai pendidik hendaklah menjauhkan diri dari kekotoran sifat-sifatmazmumahseperti bersifat angkuh, riak, hasad, pemarah dan dari kekotoran syara yakni melakukan perkara-perkara dosa besar dan yang diharamkan oleh Islam.3. Keikhlasan dalam bekerja, termasuklah juga sifat dedikasi.4. Mempunyai sifathalim,iaitu sifat lemah lembut, sopan santun, tidak lekas berang.5. Menjaga kehebatan dan kehormatan diri, yakni tidak melibatkan diri dengan suasanayang boleh menjatuhkan peribadi dan maruahnya sama ada dari segi pakaian , perbuatan dan percakapan.6. Perlu merasa dirinya sebagai bapa dalam menghadapi muridnya.7. Hendaklah memahami tabiat murid-muridnya dan.8. Mempunyai ilmu pengetahuan yang luas (Dr.AbdulHalim Al-Muhammady, Jurnal Pendidikan, Disember 1986).

5.3Pendidikan Menurut Pandangan TokohPendidikan merupakan suatu yang penting dalam kehidupan manusia. Tanpa pendidikan maka kita tidak mampu untuk membangunkan potensi yang ada pada diri kita. Terdapat beberapa pengertian pendidikandaripada beberapa orang tokoh yang mengutarakan buah fikiran mereka mengenai pendidikan. Pendidikan menurut M.J Langeveld merupakan usaha dari manusia kepada manusia untuk membimbing menjadi dewasa. Tujuan dari pendidikan ini adalah untuk mengajarkan kepada anak-anak mengenai kehidupan supaya mampu untuk berdikari, bertanggung jawab, dan berupaya untuk memimpin.Menurut John Dewey beliau mendefinisikan pendidikan sebagai proses membentuk kecenderungan asasi berupa aqliah dan perasaan terhadap alam serta sesame manusia. Dr. John Par berpendapat pendidikan sebagai suatu seni atau proses menyampai atau memperoleh ilmu pengetahuan dan tabiat melalui tunjuk ajar atau pengkajian. Manakala menurut Langgulung Hassan (1987) mendefinisikan pendidikan sebagai satu bentuk interaksi manusia. Pendidikan adalah satu bentuk interaksi manusia. Pendidikan adalah suatu pendidikan sosial yang dimungkinkan berlakunya melalui suatu jaringan hubungan kemanusiaan. Jaringan-jaringan ini bersama dengan hubungn dalam peranan individu di dalamnya yang membentuk watak pendidikan masyarakat.Dalam kitab Tazkirat as-Sami, Ibnu Jamaah (1241-1331 M) memandang pendidikan dari kaca mata falsafah. Menurut beliau lagi, tujuan asas pendidikan adalah membina akhlak dan jiwa. Orang yang istimewa ialah orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya dengan betul, iaitu orang yang berpegang kepada prinsip bahawa mencari ilmu adalah untuk mencari keredhaan Allah semata-mata. Untuk itu, dalam mencari ilmu haruslah dijauhkan daripada tujuan yang buruk atau jahat. Untuk kebaikan manusia, Ibnu Jamaah menganjurkan supaya manusia mencari ilmu bukanlah untuk mencari penghormtan, kekayaan dan kemasyhuran sehingga lupakan Tuhan (Haron Din dan Sobri Salomon, 1988)Secara kesimpulannya dapat disimpulkan bahawa pendidikan merupakan suatu proses yang berterusan untuk membentuk manusia ke arah kehidupan bermakna di dunia dan akhirat. Disebabkan antara fungsi pendidikan ialah penyampaian ilmu yang menyeluruh kepada manusia, maka ilmu yang diterima akan menentukan nilai dan keyakinan yang akan dianuti oleh seseorang sehingga membina keazamannya. Keazaman yang dimilikinya berdasarkan kepada nilai-nilai pendidikan inilah yang akan menggerakkan seseorang untuk bertindak melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

PENDIDIK DAN PENDIDIKAN MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

6.0PENDIDIK DAN PENDIDIKAN MENURUT AL-QURAN DAN HADIS

6.1Pendidik dan Pendidikan Menurut Al-QuranAl-Quran telah diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Jibrail a.s untuk dijadikan panduan bagi umat manusia. Al-Quran juga diturunkan untuk mendidik manusia khususnya masyarakat Islam dalam menjalani kehidupan di dunia dengan sebaik mungkin kerana mereka yakin adanya hari pembalasan kelak. Al-Quran juga mengajak manusia supaya sentiasa memerhati serta merenungi tanda-tanda kekuasaan Allah yang ada di langit dan di bumi. Alam ini merupakan bahan untuk berfikir, sebagai lembaran buku pengetahuan di samping menjadi bukti bagi kesatuan pentadbiran dan peraturan (Muhammad Shadid 1994).Secara umumnya, proses pendidikan terhadap manusia berlaku sejak azali lagi apabila Allah SWT menciptakan Nabi Adam as seperti firman-Nya dalam Surah Al-Baqarah ayat 31:- Maksudnya: Dan dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, Kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang benar orang-orang yang benar!"Ayat ini jelas menggambarkan bagaimana Allah SWT mengajar Nabi Adam segala nama benda yang terdapat di dalam dunia ini yang bakal dihuninya. Tujuan pengajaran ini ialah untuk kemudahan Nabi Adam dan zuriatnya tinggal di dunia sehingga hari kiamat (Ashraf 1985; Kamarul Azmi dan Ab. Halim, 2007). Menurut Mahyuddin (2001), al-Asma ialah nama-nama sesuatu benda atau perkara yang mana dengan mengenali atau mengetahui nama sesuatu perkara atau benda merupakan kunci atau asas kepada pembentukan ilmu kepada seseorang manusia. Oleh yang demikian, manusia dipertanggungjawab sebagai khalifah atau pemimpin untuk memakmurkan bumi ini kerana manusia dibekalkan dengan akal yang berpotensi untuk berfikir dan mencari ikhtiar bagi mengatur kehidupan mereka di dunia ini (Ashraf 1985).Sehubungan dengan itu, paradigma pendidikan dalam al-Quran juga tidak lepas dari tujuan Allah menciptakan manusia itu sendiri iaitu penyerahan diri secara ikhlas kepada Pencipta yang terarah kepada tercapainya kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Zariyyat ayat 56:- Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.Di samping itu, Islam adalah agama yang amat mementingkan dan menggalakkan umatnya menuntut ilmu. Bahkan al-Quran telah memainkan peranan yang cukup penting dalam pembinaan tamadun Islam agar umatnya terus belajar dan belajar serta sering menyelidiki sesuatu perkara. Perkara ini dibuktikan di dalam wahyu yang pertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w dalam firman Allah dalam Surah al-Alaq ayat 1-5:- Maksudnya: Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.Ayat ini memberi isyarat dan perintah yang amat jelas dalam bidang pendidikan. Perkataan iqra (bacalah) yang disebutkan oleh malaikat Jibrail as berulang-ulang kali kepada Rasulullah saw menegaskan supaya umat manusia belajar, mengkaji dan mencari ilmu. Jika diteliti secara lebih mendalam, ayat ini mendidik dan mengajak orang yang beriman supaya menjadi orang yang berilmu (Mohd.Yusuf 2002). Petunjuk awal ini jugalah yang telah mendorong Rasulullah saw menjadikan aspek pembinaan peribadi cemerlang fizikal, mental dan spiritual mendahului segala agenda lain yang bersifat duniawi, material dan pembangunan fizikal (Zainuddin Jaafar 2003).Berdasarkan ayat ini juga, ulama membuat kesimpulan bahawa belajar atau mencari ilmu itu adalah wajib terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan agama Islam (Mohd. Yusuf 2002). Kejadian Allah yang sangat luas memerlukan kajian yang mendalam, memerlukan manusia menggunakan akalnya dan memperoleh pengetahuan yang tinggi. Penguasaan ilmu adalah amat dituntut oleh Islam. Justeru itu, Islam mewajibkan setiap umatnya, lelaki atau perempuan menuntut ilmu. Kewajipan ini juga bertujuan supaya umat Islam itu tergolong dalam umat Islam yang cerdas dan terhindar dari kejahilan. Inilah ayat-ayat pertama yang diturunkan oleh Allah SWT dan ia merupakan rahmat Allah yang terbesar untuk umat manusia. Dalam ayat-ayat permulaan ini, Allah SWT telah memerintahkan Nabi Muhammad saw supaya membaca dan memperhatikan bukti kebesaran Allah SWT di muka bumi ini serta ayat ini jugalah yang telah menjadi landasan terciptanya pendidikan Islam bagi sekalian umat Islam (Syahrul Reza 2008). Selain daripada perintah secara langsung dari Surah al-Alaq, minda dan kesedaran manusia selalu dirangsang dengan pertanyaan daripada firman-firman Allah yang berbentuk apakah engkau tidak berakal?, apakah engkau tidak berfikir? dan seumpamanya. Menurut Mahyuddin (2001), dalam al-Quran perkataan akal diulang sebanyak 49 kali yang kebanyakannya diungkapkan dalam bentuk perbuatan (fiil mudhari). Dalam ilmu bahasa Arab, ungkapan dalam bentuk ini membawa maksud selalu menggunakan akal dan berfikir. Ini menunjukkan bahawa al-Quran sering merangsang dan menggalakkan manusia supaya menggunakan akal atau berfikir.Sehubungan dengan itu, manusia juga dilahirkan dalam keadaan yang suci bersih dan tidak mengetahui apa-apa. Pendidikan awal adalah amat penting bagi mencorakkan kehidupan seseorang itu yang bermula dari peringkat kanak-kanak lagi. Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nahl ayat 78:- Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.Di samping itu, Allah juga telah menegaskan dalam firmanNya Surah al-Zumar ayat 9 tentang perbezaan di antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, firmanNya yang bermaksud: Maksudnya: Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui Dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. Dalam ayat ini, jelas menunjukkan bahawa Allah memberikan penghargaan yang cukup tinggi terhadap orang yang berakal, berfikiran dan berilmu pengetahuan. Dalam ayat ini, perkataan ulul al-bab dapat diertikan sebagai orang yang berakal atau orang yang mempunyai hati, yakni orang yang mempunyai hikmah dan kebijaksanaan, yang terdiri daripada para ulama, golongan cendekiawan dan intelektual serta sesiapa sahaja yang menggunakan hati dan akal untuk memerhati dan memikirkan semua kejadian di muka bumi ini (Mahyuddin 2001).Sehubungan dengan itu, dalam al-Quran terdapat juga galakan supaya manusia sentiasa berusaha untuk memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan. Sebagai contohnya, firman Allah SWT dalam Surah al-Mujadalah ayat 11:- Maksudnya: Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berilmu beberapa darjat.Janji ganjaran di sisi Allah ini merupakan insentif terpenting bagi umat manusia mencari dan menyebar ilmu yang mana telah mewujudkan satu budaya ilmu yang universal. Dalam sejarah, umat Islam bersikap terbuka terhadap khazanah ilmu tamadun-tamadun lain tetapi kritis tentang menyebatikan khazanah ilmu tersebut dengan nilai-nilai dan tuntutan Islam. Insentif inilah yang telah menjadi pendorong kepada pemimpin-pemimpin Islam untuk menjadi pelopor dan penaung kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan memberikan hak kepada setiap lapisan masyarakat untuk memperkembangkan minat dan kecenderungan mereka terhadap ilmu pengetahuan walaupun tidak semua yang melibatkan diri secara aktif (Wan Mohd. Nor 1990).Menurut Ibn Khaldun (2000), Allah telah memberikan darjat yang tinggi kepada manusia dan membezakan manusia daripada makhluk lain ciptaanNya melalui kemampuan manusia untuk berfikir supaya manusia dapat mengatur segala tindak-tanduknya dengan baik. Al-Ghazali (1939) menyifatkan ilmu pengetahuan adalah ilmu yang mampu meninggikan martabat manusia serta memberi input yang berkesan untuk membina kekuatan pada jiwa manusia. Kekuatan inilah yang akan mematahkan keinginan hawa nafsu dan membawa manusia menghampirkan diri (taat) kepada Maha Pencipta. Jelasnya, ilmu pengetahuan bukan sahaja menduduki hierarki terpenting dalam pembangunan manusia dan pembinaan masyarakat secara keseluruhan bahkan menjadi medium utama untuk menggerak manusia melaksanakan fungsi manusia sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Oleh yang demikian, potensi yang dibekalkan oleh Allah SWT kepada manusia ini perlu dibangun, dididik dan dilatih secara seimbang bagi melayakkan mereka memikul tanggungjawab mengurus dan memimpin umat manusia, di samping merancang dan mengatur untuk membangun dan memakmurkan alam ini sesuai dengan kejadiannya sebagai makhluk berakal (Mahyuddin 2001).Al-Quran menjelaskan bahawa manusia memiliki potensi untuk meraih ilmu dan mengembangkannya dengan izin Allah SWT. Oleh yang demikian, terdapat banyak ayat al-Quran yang memerintahkan manusia untuk menempuh dan menggunakan pelbagai cara untuk mewujudkan hal tersebut. Selain itu, terdapat banyak lagi ayat al-Quran yang menunjukkan tentang kelebihan ilmu dan betapa tingginya kedudukan orang yang mempunyai ilmu pengetahuan. Umum mengetahui bahawa pengutusan Nabi Muhammad saw adalah merupakan era baru dalam arena pendidikan, ini termaktub dalam firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 151-152:- Maksudnya: (Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan kitab (Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku).Pendidikan pada era Rasulullah saw ini agak berbeza dengan yang sebelumnya kerana ia bersumberkan wahyu. Aktiviti pembetulan akidah dan pembersihan kebudayaan yang dijalankan oleh baginda di Mekah adalah proses pertama ke arah pembentukan sebuah tamadun Islam yang syumul. Program peningkatan tamadun umat Islam ini diteruskan oleh Nabi Muhammad saw di Madinah dengan memperbanyakkan lagi institusi pendidikan. Baginda telah menjadikan masjid-masjid di sekitar Madinah sebagai pusat pendidikan dan pembelajaran di samping kegiatan-kegiatan lain (Ismail 1999).Tajul Ariffin (2002) menyatakan, untuk menjana kekuatan sesebuah bangsa dan negara, kekuatan agama hendaklah dibina dan dikembangkan di semua peringkat pendidikan. Manakala untuk mencapai matlamat memiliki warganegara yang baik, asas-asas pembinaan manusia haruslah bersepadu dan bermula dengan pembinaan akidah yang benar dan kukuh. Pendapat ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Araf ayat 172:- Maksudnya: Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun temurun) dari (tulang) belakang mereka dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil bertanya dengan firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi, Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid ini).Dalam Surah As Shafaat ayat 102 Allah berfirman:- Maksudnya:Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata, Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah bagaimana pendapatmu! Dia (Ismail) menjawab, Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang Diperintahkan (Allah) kepadamu; Insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar.Ayat ini mengajarkan kepada kita tentang makna kaedahpendidikan kepada anak. Yang mana ayat ini mengisahkan dua hamba Allah iaitu bapa dan juga anak, Ibrahim dan putranya Ismail AS terlibat dalam suatu perbincangan yang mengagumkan. Kisah tersebut mengajarkan kepada kita bahawa metodedialogis(berdialog) dalam mengajarkan anak sangat didukung oleh ajaran Islam. Kesimpulan ini pula menolak tanggapan bahawa Islam menggunakan unsur pemaksaan dan juga kekerasan terhadap umatnya.Dalam Surah Luqman ayat 13 ayat telah berfirman:- Maksudnya:Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.Melalui ayat tersebut dapat kita ketahui kandungannya sepertimana yang berikut. Orang tua wajib memberi pendidikan terhadap anak-anaknya. Sebagaimana tugasnya, mulai dari melahirkan sampai akil baligh. Tanggungjawab pertama adalah penanaman akidah dan akhlak. Pendidikan akidah dan akhlak harus diutamakan sebagai kerangka dasar/landasan dalam membentuk peribadi anak yang soleh (Kompetensi Profesional). Dalam mendidik hendaklah menggunakan pendekatan yang bersifat kasih sayang, sesuai makna seruan Lukman kepada anak-anaknya, yaitu Yaa Bunayyaa (Wahai anak-anakku), seruan tersebut menggambarkan sifat kasih sayang/sentuhan kelembutan dan kemesraan, tetapi dalam bentuk ketegasan dan disiplin, bukan berarti mendidik dengan keras.Firman Allah dalam Surah al-Kahf ayat 66 berkaitan dengan pendidik:- Maksudnya:Musa berkata kepada Khidhr Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu(QS. 18: 66).Daripada ayat ini dapat diambil beberapa isi pentingnya sebagai yang berikut:-i. Kaitan ayat ini dengan aspek pendidikan bahawa seorang pendidik hendaklah membimbing anak didiknya. Dalam hal ini menerangkan bahawa peranan seorang guru adalah sebagai fasilitator, tutor, pendamping dan yang lainnya. Peranan tersebut dilakukan agar anak didiknya sesuai dengan yang diharapkan oleh bangsa, Negara dan agamanya.ii. Memberi tahu kesulitan-kesulitan yang akan dihadapi dalam menuntut ilmu. Hal ini perlu, kerana zaman akan selalu berubah seiring perubahan waktu. Jika kita tidak mengikutinya, maka akan menjadikan anak yang tertinggal.

Dalam Surah asy-Syuaraak ayat 214:- Maksudnya:Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat( QS. 26: 214).Ayat ini mengajarkan kepada Rasul SAW dan umatnya agar tidak pilih kasih, atau memberi kemudahan kepada keluarga dalam hal pemberian peringatan dan pendidikan. Seorang guru harus memberikannya secara seimbang, tidak membezakan mana yang kaya dan mana yang miskin (menganggap semuanya sama). Guru wajib menegur kepada anak didik siapapun yang melanggar atau tidak sesuai dengan kaedah yang telah diajarkan.Firman Allah s.w.t dalamSurah Abasa ayat 1-3:- Maksudnya:Dia (Muhammad ) bermuka masam dan berpaling.Karena telah datang seorang buta kepadanyaTahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya dari dosaQS. 80: 1 3)Daripada ayat ini kita dapat mengambil beberapa pesanan yang terkandung di dalamnya seperti setiap insan berhak memperoleh pendidikan, tanpa mengenal ras, suku bangsa, agama mahupun keadaan peribadi dan perekonomiannya. Sebagai seorang pendidik kita harus bijak dalam berhadapan dengan anak didik kita dan tidak membeza-bezakan hanya kerana keadaan fizikal yang tidak sempurna. Dalam Surah al-Ankabut ayat 19-20 firman Allah s.w.t:- Maksudnya:Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian mengulanginya (kembali). Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah.Katakanlah: Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi.Sesungguhnya AllahMaha Kuasa atas segala sesuatu.Ayat di atas memerintahkan kepada kita untuk bermusafir, dengannya seseorang akan menemukan banyak pengalaman berharga baik melalui ciptaan Allah yang terhampar indah dan beraneka ragam, mahupun daripada peninggalan lama yang masih tersisa. Hal ini mengisyaratkakn kepada kita bahawa pengalaman merupakan kunci kepada tolok ukur perkembangan dalam setiap perubahan yang dilakukan. Selain itu daripada pengalaman yang kita lakukan mahupun daripada pengalaman orang lain selayaknya dijadikan sebagai kunci kepada kita untuk menuju yang lebih baik.Pembelajaran, penelitian, dan percubaan (eksperimen) dengan menggunakan akal adalah langkah kepada kita untuk mencari kesimpulan bahawa tidak ada yang kekal di dunia ini, dan bahawa di sebalik peristiwa dan ciptaan itu, wujud satu kekuatan dan kekuasaan Yang Maha Besar. Pemikiran ini adalah tujuan akhir daripada semua yang dilakukan oleh setiap manusia.Dalam Surat al-Alaq ayat 1-5:- Maksudnya:Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan-mu yang Menciptakan. Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhan-mulah Yang Maha Mulia. Yang Mengajar (manusia) dengan pena. Dia Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.(QS. 80: 1 5).Ayat diatas dikaitan dengan pendidikan adalah kerana perkataan Iqra` boleh diertikan dengan membaca atau mengkaji sebagai aktiviti intelektual dalam erti yang luas yang digunakan untuk memperoleh berbagai pemikiran idea dan pemahaman. Tetapi segala pemikirannya itu tidak boleh tersasar daripada Aqidah Islam, kerana iqra` haruslah dengan bismi rabbikaKata al-qalam adalah simbol transformasi ilmu pengetahuan dan teknologi, nilai dan keterampilan dari satu generasi ke generasi berikutnya. Kata ini merupakan simbol abadi sejak manusia mengenal membaca dan menulis sehingga kehari ini. Proses pemindahan budaya dan peradaban tidak akan terjadi tanpa peranan penting tradisi tulismenulis yang dilambangkan dengan al-qalam.Firman Allah s.w.t dalam Surah At-Taubah ayat 122:- Maksudnya:Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan diantara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.(QS. 09: 122).Ayat ini memberi anjuran tegas (tahdid) kepada umat Islam agar terdapat sebahagian daripada umat Islam untuk mendalami ilmu agama. Dikatakan juga bahawa yang dimaksud kata tafaqquh fi al-din adalah menjadi seorang yang mendalami ilmunya dan selalu memiliki tanggungjawab dalam pencarian ilmu Allah. Menurut tafsir ini dalam sistem pendidikan Islam tidak terdapat pengertian penamatan dalam pencarian ilmu pengetahuan kerana Islam menyarankan kepada umatnya untuk menimba ilmu pengetahuan daripada buaian sehinggalah ke liang lahad. Kita disarankan untuk mencari serta mendalami ilmu pengetahuan kerana dengan ilmu itu kita dapat memajukan diri kita serta menjaga kemaslahatan umat secara bersama untuk membangunkan sesuatu bangsa yang berjaya.Surah al-Baqarah ayat 31 Allah s.w.t telah berfirman:- Maksudnya:Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman:Sebutkanlah kepadaKu nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar.(QS.02: 31)Proses pendidikan terhadap manusia terjadi pertama kali ketika Allah SWT selesai menciptakan Adam as, lalu Allah SWT mengumpulkan tiga golongan mahluk yang diciptakan-Nya untuk diadakan Proses Belajar Mengajar (PBM). Tiga golongan mahluk ciptaan Allah dimaksud yaitu Jin, Malaikat, dan Manusia (Adam Alaihissalam) sebagai makhluknya, sedangkan Allah SWT bertindak sebagai penciptanya. Setelah selesai Proses Belajar Mengajar maka Allah SWT mengadakan ujian kepada seluruh makhluknya (jin, malaikat, dan manusia) dengan cara bertanya dan menyuruh menjelaskan seluruh benda pelajaran yang diberikan, dan ternyata Adam lah (dari golongan manusia) yang berjaya dalam ujian tersebut.

6.2PENDIDIK DAN PENDIDIKAN MENURUT AL-SUNNAH

Pendidikan dalam Islam mempunyai martabat yang sangat tinggi dan penting sekali dan ia menjadi entiti yang tidak dapat dipisahkan dengan Islam kerana merupakan tuntutan dan kewajipan. Sebagai contoh, Rasulullah saw sendiri amat menggalakkan masyarakat Islam untuk mendalami ilmu pengetahuan. Banyak daripada program-program pembangunan yang dilaksanakan oleh Baginda bertujuan untuk membangunkan bidang keintelektualan Islam. Hasil galakan daripada Rasulullah saw, maka dalam jangka masa yang singkat sahaja umat Islam telah melalui transformasi baru dalam bidang ilmu pengetahuan. Mereka bukan sahaja mahir dalam ilmu pengetahuan fiqh, tafsir, tauhid dan sebagainya malah telah menerokai bidang-bidang baru seperti sains, matematik, astronomi, perubatan dan sebagainya. Perkembangan dalam pelbagai bidang keilmuan ini semakin bersemarak khususnya pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiah di Baghdad dan Kerajaan Bani Umayyah di Andalus (Ismail 1999).Dari sudut pandangan Islam, mencari ilmu dan mengajarkannya adalah satu kewajipan yang sangat mulia, maka oleh yang demikian mencari ilmu adalah satu kewajipan bagi setiap muslim. Lebih tegas lagi, Islam mewajibkan bagi setiap umat Islam untuk menuntut ilmu sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh ibn Majah yang bermaksud:- Menuntut ilmu itu adalah kewajipan ke atas setiap orang Islam. Sabda Rasulullah saw ini menunjukkan bahawa kewajipan menuntut ilmu bukanlah eksklusif kepada golongan tertentu sahaja bahkan kewajipan tersebut adalah ke atas seluruh umat Islam. Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka berusaha untuk mengubahnya sendiri, dan di antara cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan ilmu yang boleh didapati daripada proses pendidikan.Terdapat juga beberapa hadis yang menunjukkan tentang kepentingan pendidikan kepada umat Islam. Sebagai contohnya, dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:-Tiap-tiap kanak-kanak itu dilahirkan dalam keadaan suci, maka ibu bapanyalah yang menjadikan ia Yahudi atau Nasrani atau Majusi. Hadis ini menerangkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang cukup penting dalam pendidikan awal seperti membentuk asas-asas perkembangan diri seseorang anak. Melentur buluh biarlah dari rebung, peribahasa ini membawa analogi bahawa untuk mendapatkan keberkesanan dalam pendidikan seseorang itu mestilah bermula daripada masa kanak-kanak. Ini bertepatan dengan beberapa sabda Rasulullah saw yang bermaksud:- Suruhlah anak-anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka ketika berumur sepuluh tahun (jika masih tidak bersolat).Sejarah juga telah membuktikan kepada kita bahawa kemajuan sesuatu bangsa adalah bergantung kepada pencapaian ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh tamadun tersebut. Kedudukan istimewa manusia di muka bumi ini seperti yang dinyatakan dengan jelas oleh Allah s.w.t, terletak kepada kelebihannya dalam ilmu pengetahuan. Rasulullah s.a.w juga telah mengangkat tinggi orang-orang yang berilmu pengetahuan dan menyuruh umatnya uintuk menuntut ilmu tanpa mengira tempat, masa dan bahasa. Antara sabda nabi yang berkaitan dengan kelebihan menuntut ilmu ialah:-Ilmu itu hidupnya (jiwanya) dan Islam tiang agamanya.Sesiapa yang berbicara tentang ilmu bererti memuji Tuhan. Sesiapa yang berusaha mencari ilmu bererti menyembah Tuhan. Sesiapa yang mengajar ilmu, Allah menyempurnakan pahalanya, dan sesiapa yang mempelajari ilmu dan mengamalkannya, Allah akan menunjukkan hal-hal yang belum diketahuinya. Sesungguhnya malaikat-malaikat menghantarkan segala sayap bagi orang yang menuntut ilmu dan redha dengan apa yang dituntutnya.Sesiapa yang berjalan dalam keadaan jalan menuntut padanya akan ilmu, nescaya memudahkan Allah Taala baginya jalan ke syurga dan sesungguhnya orang yang berilmu memohon ampun baginya oleh orang-orang yang di dalam tujuh petala langit dan mereka yang ada di dalam bumi sehingga segala ikan yang di dalam air. Menghidupkan Allah Taala akan hamba-hambaNya pada hari kiamat, kemudian Dia membezakan para ulamak, maka Dia berfirman kepada mereka: Wahai para ulamak, sesungguhnya aku tidak menghantar ilmu-Ku pada kamu kerana hendak menyeksa kamu tetapi demi memuliakan kamu pergilah kamu sekalian ke syurga-Ku, maka sesungguhnya kau telah mengampuni bagi kamu.Ilmu ada khazanah-khazanah dan anak kuncinya pertanyaan dan tanyakanlah olehmu sekalian, maka sesungguhnya bertanya tentang ilmu itu diberi pahalanya empat orang: Pertama, orang yang bertanya. Kedua, orang yang kena tanya. Ketiga, orang yang mendengar pertanyaan dan jawapan dan keempat orang yang kasih kepada ketiga-tiga orang tersebut. Demi sesungguhnya engkau berpagi-pagi maka engkau menuntut satu bab daripada ilmu lebih baik daripada bahawa engkau sembahyang sunat seratus rakaat.Berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, rata-rata memberikan dorongan kepada manusia supaya senantiasa berusaha memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang boleh didapati daripada proses pendidikan. Pendidikan mempunyai kuasa untuk mengubah minda, pandangan dan cara hidup seseorang. Tegasnya, ilmu pengetahuan memainkan peranan yang cukup penting sebagai asas kekuatan sesuatu bangsa atau tamadun. Malah telah berlaku beberapa kali dalam sejarah bagaimana sesuatu bangsa yang kuat tetapi tidak ditunjangi dengan budaya ilmu yang baik, akan memeluk dan menganut nilai-nilai dan ciri-ciri tamadun lain yang ditaklukinya (Wan Mohd. Noor 1990).Dari perspektif al-Sunnah, kita boleh mengambil contoh daripada beberapa tindakan Rasulullah saw sebaik sahaja beliau diangkat menjadi Rasul. Ia boleh dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa pertama ketika beliau berada di Kota Mekah dan yang kedua ketika beliau berada di Kota Madinah. Di Kota Mekah baginda telah menyeru kepada agama Allah di samping mendidik mereka yang telah menyahut seruan dakwah Islam. Walaupun secara zahirnya usaha dakwah pada peringkat awal ini kelihatan kurang berjaya sehingga membawa kepada penghijrahan Rasulullah saw ke Kota Madinah, namun secara hakikatnya ia telah membuktikan kejayaan besar Baginda ke atas orang-orang jahiliyah. Ini kerana Rasulullah saw berjaya mendidik sebilangan para sahabat dalam tempoh tersebut dan membentuk mereka menjadi sebuah kelompok yang mempunyai keistimewaan dari sudut akidah, budi pekerti serta matlamat hidup (Muhammad Shadid 1992). Selain itu, baginda juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas bimbingan dan didikan kepada golongan musabiqun al-awwalun di rumah Abi bin Abi al-Arqam. Nabi Muhammad saw selaku nabi yang terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT telah menggunakan pendekatan pendidikan bagi membangunkan Islam sekaligus mencapai matlamat pengutusannya.Selepas dakwah baginda mendapat tentangan daripada penduduk Quraisy di Kota Mekah, Rasulullah saw telah berhijrah ke Kota Madinah demi keselamatan dan kelangsungan Islam yang baru melalui proses awal perkembangannya ketika itu. Di Kota Madinah, selain daripada menubuhkan kerajaan Islam yang pertama, antara aspek pembangunan yang ditekankan oleh Rasulullah saw adalah pembangunan dalam bidang pendidikan. Sebagai langkah awal beliau telah melantik beberapa orang individu dalam kalangan sahabat baginda untuk menjadi guru, antaranya Abu Ubaidah al-Jarrah dan Ubadah bin al-Samit untuk mengajarkan al-Quran kepada masyarakat Islam (Awang Yahya 2004). Pada peringkat ini, pendidikan tidak terfokus kepada persoalan akidah semata-mata malah menyentuh soal kekeluargaan dan masyarakat, peraturan serta tindak tanduk dalam hidup di samping melaksanakan syariat Islam dalam segenap aspek kehidupan. Maka dengan itu, bidang atau skop pendidikan menjadi bertambah luas selaras dengan meluasnya tujuan serta beragamnya suruhan serta laranganNya (Muhammad Shadid 1992).Di samping itu, Rasulullah saw juga telah memperluaskan fungsi dan peranan masjid sebagai tempat untuk mendapatkan pendidikan. Dalam hubungan ini masjid tidak dilihat sebagai tempat untuk beribadat semata-mata tetapi dilihat juga peranannya yang sepadu dalam pembangunan dan perkembangan ummah. Masjid telah dijadikan sebagai pusat pembentukan muslim yang bertaqwa atau dalam erti kata lain masjid dianggap sebagai pusat pendidikan Islam yang terkemuka. Baginda juga telah memilih beberapa orang daripada kalangan orang-orang mukmin yang dilatih khas untuk menjalankan tugas-tugas pendidikan.Selain itu, Rasulullah saw juga telah mengeluarkan arahan tentang pendidikan. Arahan tersebut dinyatakan oleh baginda setahun selepas peristiwa hijrah ke Kota Madinah. Baginda telah naik ke mimbar masjid dan berkata (al-Kattani t.th.; Awang Yahya 2004):Apatah halnya orang-orang mukmin tidak mengajarkan ilmu agama kepada jiran tetangga mereka dan mereka pula tidak belajar. Didiklah anak-anak kamu dengan sopan santun dalam tiga perkara: Kasihkan nabi kamu, kasihkan kaum keluarganya dan membaca al-Quran; tidak juga memberi nasihat supaya orang lain pergi belajar. Maka hendaklah kamu ketahui, kaum muslimin hendaklah mengajar jiran tetangga mereka dan mengajarkan ilmu agama dan memberi nasihat dan menyuruh berbuat perkara yang baik dan melarang perkara yang jahat. Dan mereka itu pula hendaklah belajar dan jiran tetangga itu hendaklah mempelajari agama dan memberi nasihat. Kalau mereka tidak berbuat demikian saya akan jatuhkan hukuman ke atas mereka.Salah satu lagi contoh daripada tindakan Rasulullah saw yang menunjukkan baginda amat menitikberatkan soal pendidikan umat Islam adalah seperti yang berlaku selepas peristiwa perang Badar (sekitar abad kedua Hijrah) (Amir A. Rahman 1990). Tentera-tentera Islam telah berjaya menawan seramai 70 orang puak Quraisy. Kebanyakan daripada tawanan perang ini merupakan mereka yang tahu membaca dan menulis. Golongan ini telah diberi pilihan untuk membebaskan diri mereka dengan syarat membayar harga tebusan diri dengan menjadi guru menulis dan membaca kepada umat Islam di Madinah. Menurut laporan sejarah, dengan perhatian yang cukup tinggi yang telah diberikan oleh Rasulullah saw maka dalam masa yang singkat golongan tawanan Quraisy tersebut berjaya mengajar seramai 4000 orang Islam sebelum mereka dibebaskan (Shalaby 1954).

PENDIDIKAN ANAK ( )[1]Maksudnya :Menceritakan kepada kamiAl-Qanabi dari Malik dari Abi Zinad dari AlAraj dari Abu Hurairah berkata Rasulullah saw bersabda: Setiap bayi itu dilahirkan atas fitrah maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasroni sebagaimana unta yang melahirkan dari unta yang sempurna, apakah kamu melihat dari yang cacat?. Para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana pendapat tuan mengenai orang yang mati masih kecil? Nabi menjawab: Allah lah yang lebih tahu tentang apa yang ia kerjakan.(H.R. Abu Dawud)Hadis di atas menerangkan bahawa setiap anak dilahirkan atas fitrahnya yaitu suci tanpa dosa, dan apabila anak tersebut menjadi yahudi atau nasrani, dapat diketahuilah bahawa agama yang dianutinya adalah warisan daripada kedua ibu bapanya. Ibu bapa harus mendidik anaknya tentang sesuatu hal yang baik yang harus dilaksanakan dan mana yang buruk yang harus ditinggalkan sehingga anak itu bisa membesar dalam pendidikan yang baik dan benar.Dalam proses pendidikkan anak ini, adakalanya ibu bapa bersikap keras dalam mendidik anak. Contohnya, pada umur tujuh tahun ibu bapa mengingatkan anaknya untuk mendirikan solat dan ketika anak itu mencapai umur sepuluh tahun, ibu bapa boleh memukulnya dengan tujuan mendidik ketika anak tersebut tidak mengerjakan solat.Ketika anak tersebut dipelihara oleh ibu bapanya dijadikan sebagai seorang muslim maka anak tersebut harus menjalankan kewajiban-kewajibannya sebagai seorang muslim. Salah satunya adalah berbakti kepada kedua ibu bapanya seperti firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Ankabuut yang bermaksud:-Dan kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapaknya.(Q.S Al-ankabuut).Alangkah indahnya jika firman Allah tersebut kita baca berulang-ulang kali dan kita renungkan sedalam-dalamnya sehingga Allah berkenan mengurniakan cahaya hidayahnya kepada kita, mengurniakan kesanggupan untuk kita memperbaiki diri. Boleh jadi kita kini mula mengabaikan kedua ibu bapa kita. Boleh jadi saat ini mereka sedang memerah keringat, membanting tulang mencari wang untuk untuk menyara persekolahan anak-anak mereka untuk melihat anak mereka berjaya. Sementara kita sendiri mulai malas untuk belajar dan tidak pernah menyesal ketika mendapatkan keputusan yang tidak memberangsangkan. Bahkan, dalam solat lima waktunya atau tahajudnya mereka tidak pernah lupa untuk menyertakan doa untuk kebaikan semua 7anak-anaknya. Sememangnya ibu bapa memainkan peranan yang cukup besar dalam proses mendidik anak-anaknya. Jika anak-anak tersebut tidak mengenal agama (mengenal Allah) maka itu merupakan kelalaian kedua ibu bapa mengasuh anak-anaknya mengikut acuan yang benar berdasarkan apa yang disarankan oleh Al-Quran dan Sunnah.

ETIKA MENJAWAB PERTANYAAN KETIKA DALAM PEMBICARAAN PENTING : (). : : : : : . : . : . : ( ). : : ( ). : : ( (Artinya: Muhammad bin Sinan menceritakan kepadaku, beliau berkata, Falih menceritakan kepadaku dan Ibrahim bin Mundzir menceritakan kepadaku, beliau berkata, Muhammad bin Falih menceritakan kepadaku, beliau berkata, Bapakku menceritakan kepadaku, beliau berkata, Hilal bin Ali menceritakan kepadaku dari atho bin Yasar dari Abi Hurairah beliau berkata,pada suatu hari Nabi SAW dalam suatu majlis sedang berbicara dengan sebuah kaum, datanglah kepada beliau orang badui dan bertanya, kapan kiamat datang? maka Rasulullah meneruskan pembicaraannya. Maka sebagian kaum berkata, beliau dengar apa yang diucapkan dan beliau tidak suka apa yang dikatakannya. Sebagian lagi berkata, beliau tidak mendengarnya. Setelah beliau selesai dari pembicaraannya beliau berkata, dimana orang yang bertanya tentang kiamat?. Saya ya Rasulullah. Beliau bersabda,Ketika amanat disia-siakan maka tunggu saja kedatangan kiamat. Orang itu bertanya lagi, Bagaimana menyia-nyiakan amanat?. Beliau bersabda: Ketika sesuatu perkara diserahkan kepada selain ahlinya maka tunggulah datangnya kiamat ( kehancurannya ).(HR. Bukhori).Berdasarkan kepada hadis di atas memberikan pelajaran pada kita iaitu kita janganlah memotong pembicaraan orang lain ketika hendak bertanya tentang suatu ilmu kerana memotong pembicaraan orang lain untuk tujuan apapun tidak dibenarkan sama sekali. Hal ini termasuk juga menganggu guru ketika guru sedang mengajar dengan mengajukan soalan sebelum guru membuka ruang kepada penyoalan. Memotong perbicaraan guru termasuk bahagian adab terhadap guru, perkara ini dapat mengurangi keberkatan ilmu yang ia perolehi.Disamping itu hadis di atas juga memberikan gambaran kepada kita tentang profesionalisme kerja, segala sesuatu harus diserahkan kepada yang mahir dalam bidang tersebut atau orang yang pakar terhadapnya. Ini kerana menyerahkan sesuatu kepada selain ahlinya hanya akan menyebabkan kehancuran semata-mata. Begitu juga dalam pendidikan, kepakaran dan kemahiran guru diperlukan dalam rangka menunjang mutu pendidikan agar tujuan pendidikan yang dirangka akan dapat dicapai.

KEUTAMAAN MAJLIS ILMU` : : : : : : : : ( ). Ismail menceritakan kepadaku, beliau berkata, Malik menceritakan kepadaku, dari Ishak bin Abdullah bin Abi Tholhah sesungguhnya Abu Marrah budak dari Aqil bin Abi Thalib memberikan khabar kepadaku Dari Abi Waqid Al Laitsi r.a., dia berkata : Pada suatu waktu Rasulullah saw sedang duduk di masjid kemudian datanglah tiga rombongan manusia, yang dua kelompok menghadap rasulullah saw, sedang yang satunya melihat tempat lapang dalam majlis itu, maka duduklah mereka. Sedangkan yang lain duduk di belakang mereka, sedangkan kelompok ketiga pergi dan berpaling. Setelah itu Rasulullah saw bersabda: Adakah belum aku beritahukan kepadamu tentang tiga kelompok manusia tersebut ?. adapun kelompok pertama adalah mencari keredhaan Allah swt, maka Allah redha pula kepada mereka, adapun yang lainnya mereka malu kepada Allah, maka Allahpun malu kepada mereka. Sedangkan yang satunya lagi mereka berpaling dari keredhaan Allah, maka Allahpun berpaling dari mereka.(HR. Bukhori)Hadis di atas menceritakan tentang keutamaan ketika di majlis ilmu, bahkan dalam hadis lain Rasulullah menyifatkan majlis ilmu dengan sebutan Riyadhul Jannah (taman surga). Dimanapun kita berada apabila kita lewat atau melihat halaqatul ilmi (majlis talim) maka sebaik-baiknya kita berhenti sejenak dan menyertakan diri kita didalamnya dengan tujuan mencari redha Allah swt, jika perkara itu yang kita lakukan maka Allahpun akan redha terhadap kita. Kesimpulannya hadis ini adalah adalah untuk merangsang para pencinta ilmu agar mencintai majlis talim yang yang dianjurkan di sekolah, kampus ataupun dimana-man tempat-tempat sekalipun.

PENTINGNYA PENDIDIKAN AGAMA : : : : : ( .(Maksudnya: Hamid bin Abdirrahman berkata, aku mendengar Muawwiyah berkata, aku mendengar Rasulullah saw Bersabda: Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah menjadi orang yang baik, maka Allah akan memberikan kepadanya pengetahuan dalam Agama, sesungguhnya aku adalah orang yang memohon sementara Allah adalah sang pemberi, umat ini tidak akan pernah berhenti menegakkan perintah Allah, dan tidak akan medhoroti mereka, orang-orang yang menentangnya sampai datang hari kiamat.(HR. Bukhori)Hadis di atas menerangkan kepada kita bahwa kehendak Allah untuk menjadikan kita menjadi lebih baik, itu bergantung dengan kefahaman kita mendalami agama. Ilmu agama adalah ilmu yang berkaitan dengan akhlak, maka semakin tinggi kefahaman seseorang terhadap masalah agama maka akan semakin baik pula akhlak dan perilakunya yang menjadi tunjang kepada dirinya untuk takut kepada Allah semata-mata. Dewasa ini kita sering melihat seseorang yang dalam pengetahuan agamanya namun dia makin tenggelam dalam kesesatan, itu disebabkan seseorang itu salah dalam mengaplikasikan ilmunya. Dia hanya pandai berbicara namun malang sekali dalam pengamalannya. Imam Ali Karramallahu Wajhah pernah berkata, Bahwa yang dikatakan orang Alim bukanlah orang yang banyak ilmunya, namun yang dinamakan orang alim adalah orang yang biasa mengamalkan ilmunya. Rasulullah memberikan peringatan kepada kita dengan sabdanya barangsiapa makin tambah ilmunya namun tidak bertambah hidayahnya, maka ia semakin bertambah jauh dari Allah swt. Bahkan Allah dengan tegas mengatakan bahwa yang disebut ulama hanyalah orang yang takut kepadaNya semata. Jadi hadis di atas harus dipahami bahwa orang yang dapat mengamalkan ilmu agamanya itulah orang yang dikehendaki Allah menjadi baik.

ANALISIS CIRI-CIRI SAHSIAH DAN CARA PENYAMPAIAN ILMU OLEH:-

RASULULLAH S.A.W KHADIJAH AISHAH KHULAFA AR-RASYIDIN PARA IMAM MAZHAB.

7.0ANALISIS SAHSIAH RASULULLAH, PARA SAHABAT DAN PARA IMAM MAZHAB SEBAGAI PENDIDIK

7.1RASULULAH S.A.WBaginda diutuskan sebagai rasul terakhir.Rasulullah s.a.w merupakan pendidik yang terulung dalam Islam. Kita perlu mencontohi sahsiah baginda s.a.w dalam usaha memajukan pendidikan negara selaras dengan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab yang bermaksud Terjemahan: Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.Rasulullah s.a.w dipilih Allah sebagai sebaik-baik dan semulia-mulia rasul walaupun baginda diutuskan sebagai rasul terakhir.Kebenaran Nabi s.a.w sebaik-baik rasul dirakamkan Allah s.w.t dalam firman-Nya yang bermaksud:- Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (Surah al- Anbiya, ayat 107)Ayat ini jelas menunjukkan pengiktirafan Allah SWT khusus kepada Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat bagi sekalian alam, yang tidak diberikan kepada nabi dan rasul yang lain.Rasulullah s.a.w juga sebaik-baik dan semulia-mulia rasul kerana akhlak Baginda ialah akhlak al-Quran itu sendiri.Tiada keindahan dan kemuliaan akhlak yang lebih baik daripada keindahan akhlak al-Quran.Allah SWT berfirman yang bermaksud:- Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. (Surah al-Qalam, ayat 4)Rasulullah s.a.w memiliki peribadi yang terpuji yang menjadi gambaran akan betapa tingginya kemuliaan Rasulullah dalam urusan pergaulan baginda dengan insan sekeliling. Sifat keperibadian dan kemuliaan nabi menjadi contoh dan taudalan kepada masyarakat sekekliling yang menggambarkan akan akhlak yang dibentuk berpandukan wahyu daripada Allah s.w.t. Ini selari dengan beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah ketika ditanya mengenai akhlak Nabi Muhammad SAW. Maka Saidatina Aisyah menjawab: Sesungguhnya akhlak Baginda ialah al-Quran) (Riwayat Muslim)Imam Ibn Katsir menjelaskan, ini menunjukkan Nabi SAW sebagai manusia yang patuh semua perintah dan larangan Allah SWT dalam al-Quran dengan penuh sabar dan berakhlak. Jika al-Quran memerintahkan sesuatu maka Rasulullah SAW menurutinya.Jika al-Quran menegahnya maka Rasulullah SAW meninggalkannya.Inilah peribadi Nabi Muhammad SAW yang telah dibentuk oleh Allah SWT daripada akhlak yang mulia seperti sifat malu, kemuliaan hati, keberanian, pengampunan, kelembutan dan seluruh akhlak yang cantik.Rasulullah SAW sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya diberikan akhlak yang baik dan Allah SWT memperbaiki akhlak Baginda.Daripada Aisyah, beliau berkata: Rasulullah SAW pernah berdoa: Ya Allah seperti mana Engkau telah memperelokkan penciptaanku, maka perelokkanlah akhlakku. (Riwayat Imam Ahmad) Sebagai umat Islam kita wajib meyakini Rasulullah SAW adalah sebaik-baik dan semulia-mulia insan yang diutuskan sebagai rahmat bagi sekalian alam.Baginda juga membawa sehebat-hebat ajaran iaitu ajaran al-Quran untuk sekalian umat manusia.Antara sahsiah beliau yang dapat kita contohi ialah bijaksana. Baginda merupakan seorang yang bijak dalam menguruskan peluang dalam berdakwah. Walaupun terdapat golongan yang menentang keras usaha dakwah Rasulullah s.a.w namun terdapat juga pihak yang menyokongnya. Sebagai contoh Abu Talib memberikan perlindungan kepada Rasulullah s.a.w. oleh itu, Rasulullah s.a.w bebas menjalankan dakwahnya di Mekah. Di kesempatan itu juga baginda s.a.w mengambil peluang untuk meluaskan ajaran Islam. Sebagai contoh beliau sentiasa menyambut bangsa arab dari luar Mekah yang menunaikan haji untuk menyampaikan risalah Islam. Oleh itu, pada masa itu, agama Islam menjadi satu fenomena walaupun belum ramai yang dapat menerima ajaran tersebut. Selain itu, Rasulullah s.a.w juga menjalankan kempen dakwah secara berterusan dengan membuat pertemuan dengan suku kaum aus dan khazraj. Suku kaum tersebut sering bertelagah walaupun hidup dalam negeri yang sama. Hasil daripada usaha baginda s.a.w kaum tersebut menerima Islam dan hidup dalam keadaan aman dan harmoni di dalam Negara yang dikenali sebagai Madinah. Oleh itu, sebagai seorang pendidik kita haruslah bijak dalam menyampaikan ilmu. Sebagai contoh kita perlu merancang kaedah dan strategi yang sesuai dalam menyampaikan ilmu. Oleh itu, ilmu yang disampaikan dapat diterima dengan mudah dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Selain itu, Rasulullah s.a.w juga merupakan seorang yang efektif dalam menguruskan sesuatu. Hal ini kerana pengurusan yang efektif merupakan kunci kejayaan dakwah Rasulullah s.a.w. Sebagai contoh baginda s.a.w menyampaikan ajarannya secara beperingkat dan fokus utama diberikan semasa peringkat awal dakwahnya adalah pemantapan akidah. Hal ini menunjukkan baginda s.a.w seorang yang teliti dan efektif dalam merancang sesuatu. Rasulullah s.a.w telah meninggalkan wasiat utama kepada kita sebagai umat Islam untuk dijadikan panduan kepada kita dalam kehidupan seharian. Rasulullah s.a.w telah berpesan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Malik Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, tidak akan sesat selamanya jika kamu berpegang teguh kepada keduanya, ia adalah al-quran dan as-sunnah. Selain itu, Rasulullah s.a.w menggunakan komunikasi yang efektif dalam menyampaikan ajarannya. Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w sentiasa memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada orang yang berbicara dengannya. Baginda s.a.w tidak pernah membelakangi orang yang yang sedang bercakap dengannya. Hal ini menunjukkan Rasulullah s.a.w mementingkan. Baginda s.a.w juga berkomunikasi dengan bahasa yang sesuai mengikut peringkat umur orang yang didekatinya. Sebagaimana hadith yang disampaikan oleh Saidatina Aisyah r.a Rasulullah s.aw apabila berbicara sangat jelas yang mana kalau sesiapa yang ingin membilangnya, pasti dia boleh melakukannya. Selain itu, Rasulullah s.a.w juga amanah dalam menyampaikan ilmu. Baginda tidak pernah menyembunyikan kebenaran dan hak. Lantaran itu baginda pernah berpidato pada suatu hari: baginda memuji Allah Taala dan kemudian menyebut tentang suatu kaum dan memuji mereka dan berkata; "Mengapakah sebahagian kaum tidak mengajar jiran-jiran mereka? Dan menyedarkan mereka? Tidak menyuruh berbuat baik dan tidak pula mencegah dari kemungkaran? Dan mengapa pula sebahagian kaum yang lain tidak belajar dari jirannya? Dan tidak juga mengambil peringatan dari mereka? Demi Allah Taala, sesuatu kaum mestilah mengajar jirannya,memberi peringatan kepada mereka, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, atau nescaya akan dipercepatkan azab di dunia lagi. Di samping itu, Rasulullah s.a.w sentiasa mendekatkan diri dengan pengikutnya. Baginda s.a.w sentiasa menjaga hubungan baik dengan pengikutnya. Sesetengah pemimpin pada masa kini bersikap tidak mengambil berat dan bergaul dengan orang bawahan. Menjaga hubungan baik dengan pengikutnya banyak member manfaat kepada Rasulullah s.a.w. oleh itu, baginda s.a.w dapat berbincang dan mendengar pandangan para sahabatnya dalam menyelesaikan suatu masalah atau persoalan. Secara tidak langsung juga Rasulullah s.a.w dapat dijadikan suri teladan kepada para pengikutnya apabila baginda s.a.w sentiasa mendekatkan diri dengan pengikutnya. Kaedah pengajaran bermaksud metod atau cara yang diikuti untuk memudahkan kefahaman kepada murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia juga merupakan langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berurutan untuk mencapai objektif pembelajaran. Rasulullah s.a.w juga sangat teliti dalam menyampaikan langkah pengajaran. Hal ini untuk memastikan pendengar dapat menerima isi pelajaran yang disampaikan. Kaedah pertama yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w ialah syarahan dan khutbah. Kaedah ini dijalankan dengan cara Rasulullah s.a.w memberi maklumat mengenai sesuatu topik berserta huraian dan contohnya. Kebiasaannya baginda s.a.w menyampaikannya di masjid dan rumah. Manakala khutbah pula disampaikan setiap hari jumaat. Sebelum Rasulullah s.a.w wafat baginda sempat menyampaikan khutbah wida yakni khutbah terakhir baginda.Seterusnya, kaedah dialog dan perbincangan. Kaedah ini berorientasikan interaksi dua hala antara guru dan murid. Sebagai contoh baginda pernah berdialog dengan sekumpulan pemuda bani Al-Marith Bin Kaab. Dialog tersebut bertujuan supaya mereka menerima Islam dengan prinsip yang betul. Selain itu, antara bukti penggunaan kaedah dialog oleh Rasulullah s.a.w ialah melalui hadith yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud Pada suatu keitka, sedang Rasulullah s.a.w dikelilingi oleh para sahabat dalam sebuah majlis ilm, tiba-tiba datang seorang lelaki yang berpakaian putih, lalu duduk di sisi Rasulullah s.a.w dia merapatkan lututnya ke lutut nabi dan meletakkan dua tangannya keatas riba nabi, sambil bertanya tetntang islam, iman dan hari kiamat. Tiap-tiap soalan dijawab oleh Rasulullah dengan baik dan sempurna dan tentant hari kiamat dinyatakan alamat-alamatnya. Selepas nabi selesai menjawab, lelaki itu menghilangkan diri. Sehubungan dengan peristiwa itu, Rasulullah menjelaskan kepada para sahabat bahawa lelaki tersebut adalah jibril yang datang untuk menerangkan pengajaran agama. Kaedah yang ketiga ialah soal jawab. Rasulullah s.a.w menggunakan kaedah ini untuk menguji kefahaman dan pengetahuan. Sebagai contoh Rasulullah s.a.w bersoal jawab dengan malaikat Jibril mengenai rukun iman, rukun islam, ihsan dan hari kiamat. Baginda bersoal jawab dengan tujuan untuk mengajar orang ramai. Baginda juga kerap bersoal jawab dengan para sahabat. Rasulullah s.a.w juga menggunakan kaedah imla dalam pengajarannya. Kaedah ini memerlukan murid untuk menulis apa yang diajar terhadapnya. Murid akan mencatat setiap kata-kata yang diungkapkan oleh gurunya. Kaedah ini juga berlaku semasa malaikat Jibril mengajarkan ayat al-quran kepada Rasulullah s.a.w. kemudian Rasulullah mengajarkan ayat al-Quran tersebut kepada para sahabat. Para sahabat mendengar ayat tersebut dan terus menghafalnya. Kaedah yang berikutnya ialah perdebatan. Kedah ini digunakan untuk menjawab persoalan dengan hujah-hujah yang logik dengan bukti. Di dalam al-Quran juga telah diceritakan mengenai perdebatan nabi Ibrahim dengan Namrud. Perdebatan tersebut dinyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 258:- Terjemahan: Apakah kamu tidak memperhatikan orang[163] yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) Karena Allah Telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). ketika Ibrahim mengatakan: "Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan," orang itu berkata: "Saya dapat menghidupkan dan mematikan".[164]Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, Maka terbitkanlah dia dari barat," lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.Dalam menyampaikan pengajaran, Rasulullah s.a.w juga menggunakan gaya atau isyarat dengan anggota badan seperti tangan, muka, mulut dan sebagainya. Sebagai contoh baginda menjawab pertanyaan tentang orang yang memelihara anak yatim, baginda bersabda yang bermaksud:-Aku dan orang yang memelihara anak yatim seperti dua ini ( sambil diisyaratkan ibu jari dan jari tengah)Baginda juga pernah menjelirkan lidahnya ketika ditanya oleh Sufyan Bin Abdullah Al-Bajali tentang apa yang paling ditakuti. Baginda mengisyaratkan lidahnya sebagai benda yang paling ditakuti dalam usaha berpegang kepada jalan yang lurus. Di samping itu, dalam menyampaikan ajaran Islam, Rasulullah juga banyak menggunakan kaedah bercerita. Hal ini dapat dilihat dengan jelas kerana dalam al-Quran banyak kisah-kisah mengenai nabi dan juga umat terdahulu. Bercerita merupakan perbuatan mengesahkan rangkaian sesuatu peristiwa. Cerita juga disampaikan untuk mendidik manusia. Hal ini kerana terdapat pengajaran dan teladan yang tersirat di sebalik cerita tersebut. Antara ayat al-quran yang menerangkan hal ini ialah, surah An-Nisa ayat 64 Terjemahan: Dan (Kami Telah mengutus) rasul-rasul yang sungguh Telah kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan rasul-rasul yang tidak kami kisahkan tentang mereka kepadamu. dan Allah Telah berbicara kepada Musa dengan langsung[381].[381] Allah berbicara langsung dengan nabi Musa a.s. merupakan keistimewaan nabi Musa a.s., dan Karena nabi Musa a.s. disebut: Kalimullah sedang rasul-rasul yang lain mendapat wahyu dari Allah dengan perantaraan Jibril. dalam pada itu nabi Muhammad s.a.w. pernah berbicara secara langsung dengan Allah pada malam hari di waktu Mi'raj.Baginda juga pernah menggunakan lukisan untuk mengajar kaum muslimin. Baginda pernah menggunakan ranting kayu untuk menggaris diatas tanah dalam mentafsirkan ayat al-quran, surah Al-Anam ayat 153 Terjemahan: Dan bahwa (yang kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, Maka ikutilah Dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain)[152], Karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalannya. yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa.Baginda s.a.w menggunakan kaedah lukisan untuk menjelaskan lagi penerangan kepada para sahabat. Cara yang digunakan oleh Rasulullah ialah dengan menggunakan ranting kayu untuk menggaris di atas tanah dalam mentafsirkan ayat Al-Quran.Baginda juga menunjukkan dengan tingkah laku dalam menyampaikan ilmu kepada kaumnya.Kaedah tunjuk cara merupakan kaedah di mana seseorang menunjukkan bagaimana sesuatu perbuatan itu dilakukan. Hal ini kerana Rasulullah s.a.w juga merupakan ikutan kepada umatnya. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 21, Terjemahan: Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.Kesimpulannya, Rasulullah s.a.w merancang kaedah pengajarannya dengan teliti dan bersesuaian dengan pihak yang bakal menerima dakwah tersebut. Baginda s.a.w juga menggunakan sukatan khas daripada Allah S.W.T iaitu al-Quran dalam menyampaikan risalah dakwah kepada umat Islam.

7.2SAIDATINA KHADIJAH R.A

Siti Khadijah merupakan isteri pertama Rasulullah s.a.w. beliau merupakan seorang yang terkenal dengan sifat peribadinya yang dermawan. Beliau juga merupakan ahli perniagaan yang dikagumi oleh bangsa arab Quraisy. Nama sebenar beliau ialah Siti Khadijah Binti Khuwailid Bin Assad Bin Abdul Uzza Bin Qusai. Saidatina Khadijah berketurunan Quraisy dari Bani Naufal. Beliau juga merupakan wanita pertama yang memeluk agama Islam.beliau merupakan seorang wanita yang sangat hebat kerana mempunyai peribadi yang tulus dan suci. Antara peribadi Saidatina Khadijah yang dapat kita contohi ialah memiliki sifat dermawan. Seperti yang kita ketahui beliau merupakan tokoh perniagaan yang yang berjaya. Namun demikian, beliau memliki kehidupan yang sederhana. Beliau lebih prihatin terhadap golongan yang tidak berkemampuan seperti fakir miskin anak yatim. Beliau juga sanggup menjadikan rumahnya sebagai pusat penyebaran ilmu. Oleh itu, penyebaran Islam semakin berkembang dengan bantuan Siti Khadijah. Selain itu, antara sahsiah khadijah yang dapat kita contohi ialah jujur. Beliau sangat jujur dalam menjalankan perniagaannya. Sebagai seorang pendidik sikap jujur diperlukan dalam menyampaikan ilmu. Guru yang jujur juga akan menyampaikan ilmu dengan bersungguh-sungguh. Guru yang jujur akan sentiasa memikirkan cara untuk meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. oleh itu, sikap jujur perlu ada dalam diri seorang pendidik untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara. Saidatina khadijah juga merupakan seorang yang cerdas. Hal ini terbukti apabila beliau merupakan seorang tokoh pernigaan yang berjaya dan disegani dalam kalangan masyarakat Quraisy. Kecerdasan amat diperlukan oleh seorang pendidik. hal ini kerana untuk memastikan keperluan murid dipenuhi di dalam bilik darjah. Di samping itu, beliau juga merupakan cekal dan tabah dalam menghadapi dugaan dalam hidup. Sebagai contoh beliau sentiasa bersama-sama Rasulullah s.a.w dalam menghadapi ancaman ketika baginda s.a.w menyampaikan risalah Islam. Beliau juga setia bersama baginda s.a.w walaupun umat Islam dipulaukan selama tiga tahun. Seorang pendidik haruslah mempunyai sikap tersebut dalam menyampaikan ilmu. Hal ini kerana dalam bidang pendidikan terdapat banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi oleh seorang pendidik. Siti Khadijah sentiasa menyokong kuat Rasulullah s.a.w dalam menggerakkan urusan dakwah. Beliau pembela paling setia dan sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga, harta dan perasaannya demi kejayaan perjuangan Rasulullah. Wanita yang diberi gelaran Ummul Mukminin (Ibu bagi mukmin) adalah seorang yang hebat untuk dijadikan Ibu Mithali bagi setiap individu Muslim.Selain itu beliau sanggup menghadapi saat suka duka dan susah senang bersama Rasulullah. Perkara ini dapat disaksikan dalam peristiwa pemulauan dilakukan oleh kafir Musyrikin terhadap Bani Hasyim dan Bani Mutalib selama tiga tahun. Dengan adanya sokongan daripada Khadijah, Rasulullah menjadi bersemangat dalam menyampaikan ajaran kepada masyarakat Arab jahiliah dan bersabar dalam menempuhi pelbagai dugaan dan ujian.Beliau juga sanggup memberikan segala kemewahan yang dimiliki untuk digunakan oleh Rasulullah untuk berdakwah. Beliau sanggup meninggalkan segala kemewahan demi keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya. Sejuta jasa ditaburnya untuk memberikan perlindungan dan pembelaan kepada suaminya dalam melaksanakan tugas kerasulannya. Seperti yang kita ketahui beliau merupakan tokoh perniagaan yang yang berjaya. Namun demikian, beliau memliki kehidupan yang sederhana. Beliau lebih prihatin terhadap golongan yang tidak berkemampuan seperti fakir miskin anak yatim. Beliau juga sanggup menjadikan rumahnya sebagai pusat penyebaran ilmu. Oleh itu, penyebaran Islam semakin berkembang dengan bantuan Siti Khadijah. Kesimpulannya, sebagai seorang bakal pendidik kita haruslah mencontohi peribadi saidatina Khadijah. Hal ini kerana saidatina Khadijah merupakan salah seorang ummul mukminin dan menjadi tulang belakang dalam perjuangan dakwah Rasulullah s.a.w.

7.3 AISYAH R.A

Saidatina Aisyah adalah isteri Rasulullah s.a.w yang termuda dalam kalangan isteri baginda s.a.w. Beliau terkenal dan tergolong sebagai ilmuan dalam bidang Quran, hadith, fikah dan sejarah. Beliau merupakan penyumbang terbesar dalam hal-hal berkaitan wanita. Nama sebenar beliau ialah Aisyah Binti Abu Bakar dan dilahirkan di Makkah. Beliau mendapat gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Beliau wafat pada tahun 58 Hijrah ketika berusia 67 tahun. Beliau dimakamkan di Baqi, madinah. Antara sahsiah beliau yang boleh dicontohi ialah beliau bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Beliau telah menunjukkan minatnya terhadap ilmu sejak kecil lagi. Beliau juga merupakan antara wanita yang banyak menghafal hadith nabi Muhammad sehingga para ilmuan meletakkan beliau di tangga kelima setelah Abu Hurairah, Ibnu Umar, Anas Bin Malik dan Ibnu Abbas. Hal ini kerana aisyah mempunyai daya ingatan yang tajam. Beliau dapat mengingati segala pertanyaan yng diajukan kepada baginda s.a.w dengan mudah. Bahkan beliau juga dapat mengingati jawapan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w kepada pertanyaan tersebut. Setelah baginda s.a.w wafat, Saidatina Aisyah menjadi tempat rujukan para sahabat. Saidatina Aisyah juga merupakan seorang cekal dan tabah. Beliau tidak pernah mengeluh mengahadapi cabaran dalam kehidupan seharian. Sifat ini perlu dicontohi oleh pendidik pada masa kini kerana sebagai seorang pendidik kita bakal menepuhi pelbagai cabaran dalam mengharungi bidang pendidikan. Beliau juga sangat rajin dalam mengulang kaji pelajaran. Hal ini terbukti apabila beliau selalu ke masjid untuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. setelah itu beliau akan menyemak semula jawapan yang diberikan oleh Rasulullah dan mengulang kaji pelajaran yang disampaikan. Beliau juga meluangkan masa sehari dalam seminggu untuk menyampaikan kuliah untuk mengajar kaum wanita. Beliau juga mudah untuk mempelajari sunnah Rasulullah s.a.w kerana beliau hidup bersama-sama baginda s.a.w. Saidatina Aisyah telah menjadikan rumah beliau sebagai pusat untuk menuntut ilmu. Rasulullah juga menyampaikan dakwah kepada para sahabat di rumah Aisyah. Sehinggakan setelah wafatnya Rasulullah saw, beliau telah menjadi tempat rujukan para ilmuan Islam yang hebat dan terkenal, kebanyakkannya lelaki yang berkaitan dengan hukum.Saidatina Aisyah menjadi rujukan dalam pelbagai bidang ilmu berkaitan dengan Islam. Beliau juga sering dijadikan tempat rujukan bagi para sahabat. Beliau juga adalah seorang yang pakar dalam bidang hadis. Beliau banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah iaitu tidak kurang daripada 1210 hadis di samping menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain. Dari sudut sumbangan kewanitaan pula, beliau memberi fatwa tentang agama terutamanya yang berkaitan dengan kewanitaan. Bahkan, beliau merupakan seorang pejuang Islam yang bersama-sama Rasulullah dalam beberapa peperangan menentang musuh Islam. Secara keseluruhannya, Saidatina Aisyah merupakan seorang hebat dalam bidang pendidikan. Beliau menjadi idola kepada wanita islam kerana seorang yang sangat berjaya dalam kehidupan. Beliau juga seorang yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang anak, isteri dan ilmuan dalam kalangan umat Islam. oleh itu, para pendidik masa kini haruslah mengambil iktibar daripada perjuangan saidatina Aisyah dalam menuntut ilmu.

7.4SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Zaman khulafa ar-rasyidin dipimpin oleh empat orang sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khatab, Uthman Bin Affan dan Ali Bin Abi Talib. Khulafa Ar-Rasyidin ialah orang yang meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w. Mereka menyambung usaha-usaha yang telah dilakukan oleh baginda s.a.w semasa hidupnya.Khalifah yang pertama memimpin selepas Rasulullah s.a.w ialah Khalifah Abu Bakar. Nama penuhnya ialah Abdullah Bin Abu Kuhafah Al-Tamimi. Beliau memerintah selama 2 tahun. Abu Bakar berasal daripada keluarga bangsawan Quraisy. Beliau merupakan seorang yang mulia akhlaknya, murah hati dan lemah lembut. Beliau sanggup mengorbankan harta benda dan kekayaan untuk agama di samping bijaksana dalam menyelesaikan masalah umatnya. Antara sahsiah khalifah Abu Bakar As-Siddiq yang boleh dicontohi ialah bercakap benar. Beliau sangat mementingkan kejujuran dan kebenaran dalam perkataan dan perbuatannya. Hal ini menyebabkan beliau telah mendapat gelar as-siddiq yang bermaksud benar. Menurut beliau benar dalam perbuatan dan percakapannya adalah amanah daripada Allah s.w.t dan beliau wajib menjalankan tanggunjawab tersebut. Sebagai seorang pendidik kejujuran sangat penting kerana kita akan berusaha untuk mendidik dan mencurahkan ilmu dengan bersungguh-sungguh sekiranya sentiasa benar dalam perbuatan dan percakapan. Selain itu, ketaatan beliau kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w dapat dijadikan contoh oleh seorang pendidik. Hal ini dapat dibuktikan dalam ucapan baiahnya semasa dilantik menjadi khalifah iaitu taatilah saya selama saya taat kepada Allah dan rasul-nya. Jika saya menderhakai Allah dan rasulnya maka janganlah ikuti saya. Melalui ucapannya, menunjukkan beliau seorang yang sangat taat pada Allah s.w.t dan rasul-nya. Semasa pemerintahannya juga beliau sentiasa mementingkan kerjasama daripada semua pihak dalam mentadbir kerajaannya. Hal ini kerana menurut beliau juga kita tidak dapat mentadbir kerajaan secara bersendirian. Rasulullah s.a.w juga mengamalkan amalan kerjasama dalam pentadbirannya. Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w bekerjasama dengan Salman al-Farisi dalam mengatur strategi untuk perang khandak. Semasa zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq (11-13 H) beliau bukan sahaja memelihara keutuhan Negara daripada kebinasaan akibat daripada tindakan liar orang munafiq dan musuh-musuh Islam, malahan beliau memberikan perhatian berat terhadap perkembangan ilmu pengetahuan. Beliau tidak hanya mengajak umat Islam mempelajari dan menghayati Al-Quran dan as-sunnah tetapi juga bertindak mengumpul dan menulis semula ayat-ayat Al-Quran dalam sebuah mashaf (Abdullah Ishak, 1989). Sungguhpun amalan tersebut tidak dilakukan semasa hayat Rasulullah dan tidak pula diwasiatkan oleh baginda Rasulullah semasa hayatnya, tetapi beliau dengan beraninya mengorak langkah dan berpegang kepada ijmak para sahabat untuk mengumpulkan al-Quran.Kesanggupan yang ditunjukkan oleh beliau nini adalah semata-mata bagi menjamin keselamatan dan kesempurnaan Islam dan perkembangan ilmu pengetahuan serta pendidikan bersumberkan kitab suci al-Quran.

7.5UMAR BIN AL-KHATAB

Khalifah umar al-khatab merupakan khalifah yang kedua selepas Khalifah Abu Bakar. Nama penuh Saidina Umar ialah Umar bin Al-Khatab bin Naufal bin Abdul Uzza bin Rabah bin Abdullah. Beliau dilahirkan pada tahun 583 masihi. Beliau berketurunan bani adi iaitu salah satu bani dalam kabilah quraisy. Bani quraisy merupakan keturunan yang dipandang mulia dan dipandang tinggi. Beliau mendapat gelaran al-faruk yang bermaksud dapat membezakan antara yang hak dan batil. Sewaktu kecil beliau pernah mengembala kambing dan berniaga. Beliau merupakan seorang yang berani, tegas dan berterus terang dalam menyatakan