prinsip stilistik

Upload: auniathirah15

Post on 22-Feb-2018

346 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Prinsip Stilistik

    1/11

  • 7/24/2019 Prinsip Stilistik

    2/11

    PENDEKATAN STILISTIK

    Fokus dan penekanan terhadap aspekkebahasaan Stilistikatau sylistics adalah ilmu tentang stail

    atau gaya yang dihubungkan denganpemakaian atau penggunaan bahasa

    Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistikdan diperluas dalam bidang kesusasteraanyangmenggunakan bahasa sebagai wahanapengucapan.

    Kesan penerapan daripada disiplin linguistiktercerminnya ilmu gaya yang membezakan gayasastera dan gaya bukan sastera.

  • 7/24/2019 Prinsip Stilistik

    3/11

    Stalistik dari Sudut Sastera

    Kajian terhadap keseluruhan karyayangberpusat kepada penggunaan bahasa.

    Cabang linguistik gunaan atau terapan.

    Karya sastera ditandai kelainan dalampenggunaan gaya bahasanya untukmenimbulkan kesan artistik.

    Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182)-stilistik meneliti penggunaan bahasa yangmenyimpang daripada norma dan berusahamenemukan fungsi estetik.

  • 7/24/2019 Prinsip Stilistik

    4/11

    Prinsip StilistikPertamamenganggap dan mengiktiraf bahasasebagai punca kegiatan berkreatif denganmerujuk kepada kemampuan berbahasasebagai satu anugerah dan bakat seseorang

    penulis.Analisis karya sastera merupakan suatu

    huraian tentang bakat dan kebolehanmengarang bagi seseorang pengarang.

    Analisis itu tidak sahaja dalam lingkunganpengaplikasian bahasa tetapi menjangkauikepersisan bakat berbahasa penulisnya.

  • 7/24/2019 Prinsip Stilistik

    5/11

    Kedua,pendekatan stilistik membincangkan

    aspek tema seperti yang sering dibicarakandengan menggunakan pendekatan struktural.

    Namun, penelitian menggunakan pendekatanini merujuk kepada aspek bahasa yang

    melibatkan ayat-ayat yang membinakeseluruhan karya.

    Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yangmudah difahami, mudah dimengerti, banyakmaksud dan mempunyai makna simbolik.

  • 7/24/2019 Prinsip Stilistik

    6/11

    Ketiga,penggunaan pendekatan stilistikberhasil memperlihatkan gaya keperibadian

    seseorang penulis. Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai

    penelitian sesuatu gaya istimewa dalameksposisi dan pembentukan satu penyusunandiksi serta struktur kalimat yangmencerminkan keperibadian atau idiosinkrasipenulisnya.

    Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaanini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya

    pengalaman, pendidikan, sikap dankeperibadian penulis

  • 7/24/2019 Prinsip Stilistik

    7/11

    Keempat, melalui pendekatan stilistik huraianterhadap pemilihan diksi, pembentukan

    perkataan dan ayat dapat dilakukan.

    Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagaigenre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori

    perkataan dan ayat yang digunakan. Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan

    dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidangsosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai

    oleh pengkaji atau peneliti.

  • 7/24/2019 Prinsip Stilistik

    8/11

    Kelima, pendekatan stilistik membantu

    mereka memahami makna perkataan yangsukar serta ayat yang kompleks yang digunakanoleh pengarang.

    Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa

    daerah atau tempatan dapat memperkayaperbendaharaan kata di samping merupakansatu gaya atau stail bagi seseorang penulis.

  • 7/24/2019 Prinsip Stilistik

    9/11

    Keenam, pendekatan stilistik jugamenekankan penelitian tentang penghasilansesebuah karya.

    Semasa berkarya, seseorang penulis didorongoleh pelbagai keadaan dan rangsangan yang

    berlaku di sekelilingnya. Penelitian yang dilakukan dengan

    menggunakan pendekatan stilistik ini akanmenemukan gagasan bahawa terdapat unsur-

    unsur bahasa yang mendorong seseorang ituberkreatif.

  • 7/24/2019 Prinsip Stilistik

    10/11

    Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakanuntuk menganalisis proses penghasilan

    sesebuah karya, juga digunakan untukmenghuraikan penerimaan dan penghargaanpembaca atau khalayak terhadap sesebuahkarya.

    Aspek bahasa dapat menjelaskan kesanpenggunaan sesuatu bahasa sama ada dapatdifahami, menimbulkan keseronokan ataumemberi kecelaruan dan kekaburan tanggapankesan daripada penggunaan penanda dan

    petanda bahasa yang digunakan untukmengungkapkan pemikiran, mesej atauidealisme pengarang.

  • 7/24/2019 Prinsip Stilistik

    11/11

    Sekian, terima kasih