prinsip perkembangan

18
Topik 2 Latihan 1 Gunakan peta minda untuk menyenaraikan prinsip perkembangan Perkembangan Rohani(Berka itan dengan Tuhan) Perkembangan Sosial (Perubahan dalam berhubung dengan orang lain) Perkembangan Emosi (Perubahan Personaliti Individu) Prinsip perkembang an Perkembangan Kognitif (Perubahan Pemikiran) Perkemba ngan Fizikal (Perubah an tubuh)

Upload: dbc2704

Post on 06-Jun-2015

4.606 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PRINSIP PERKEMBANGAN

Topik 2Latihan 1

Gunakan peta minda untuk menyenaraikan prinsip perkembangan

Perkembangan Rohani(Berkaitan dengan Tuhan)

Perkembangan Sosial (Perubahan dalam berhubung

dengan orang lain)

Perkembangan Emosi

(Perubahan Personaliti Individu)

Prinsip perkembanga

n

Perkembangan Kognitif

(Perubahan Pemikiran)

Perkembangan

Fizikal (Perubahan tubuh)

Page 2: PRINSIP PERKEMBANGAN

Latihan 2

Pada pendapat anda, antara faktor baka dan persekitaran yang manakah penyumbang yang utama dalam pertumbuhan dan perkembangan diri anda?

Pertumbuhan dan perkembagan tidak berlaku serentak. Terdapat 5 prinsip yang berkaitan dengan pertumbuhan dan perkembagan ini ;-

Prinsip Pertumbuhan dan perkembangan

Pertumbuhan dan perkembangan berlaku dari umum ke khusus. Contohnya ialah perkembangan semasa bayi menangis dan kemudiannya berfokus kepada sebab yang khusus kenapa bayi itu menangis iaitu kerana lapar atau ketidakselesaan fizikal seperti membuang air kecil dan sebagainya.

Pertumbuhan dan perkembangan yang ditunjukkan merupakan peningkatan kerumitan (complexity). Contohnya pertumbuhan dari otot kasar ke otot halus. Contoh perkembangan ialah bila kanak-kanak belajar menyelesaikan masalah harian menggunakan startegi-strategi yang canggih.

Pertumbuhan dan perkembangan yang berlaku kepada setiap individu ialah pada kadar yang berbeza. Contoh pertumbuhan ialah pencapaian ketinggian seseorang individu berbeza pada peringkat umur yang sama . Maka adalah menjadi kebiasaan terdapat murid mempunyai kadar ketinggian yang berbeza di dalam bilik darjah.

Pertumbuhan dan perkembangan yang mengikut tertib. Contoh pertumbuhan ialah kematangan kepala mendahului tangan dan kaki. Perkembangan pula ialah bila seseorang individu membuat sesuatu sebelum meneruskan yang lain. Contohnya bayiakam mengalami proses merangkak dan duduk sebelum mereka mula berjalan.

Pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara beransur-ansur. Di dalam permainan badminton, seseorang murid yang tidak dapat melakukan servis dengan betul, akhirnya dapat juga menguasai kemahiran tersebut walaupun ia mengambil masa.

Oleh yang demikian, jelas bahawa perkembangan dan pertumbuhan itu adalah satu proses yang kompleks dan berlaku dalam jangkamasa yang lama secara beransur-ansur dan dipengaruhi oleh persekitaran manusia itu sendiri, cara hidupnya dan faktor baka keluarga. Begitu juga halnya dengan diri saya contohnya dari segi pertumbuhan saya dipengaruhi oleh baka seperti rambut yang lurus adalah kerana ibu dan ayah saya mempunyai rambut yang lurus.

Manakala perkembangan saya pula dipengaruhi oleh keadaan keluarga, rakan-rakan dan persekitaran itu sendiri. Contohnya saya meminati permainan bola tampar kerana sejak saya di bangku sekolah rendah lagi saya telah didedahkan dengan permainan ini dan saya melibatkan diri secara aktif. Maka secara tidak langsung perkembangan ini hasil dari proses pembelajaran di sekolah yang dikelilingi oleh guru-guru dan rakan-rakan yang menjadikan permainan itu seronok. Sekaligus menimbulkan minat saya dalam sukan bola tampar dan mengusai teknik permainannya sehingga sekarang.

Page 3: PRINSIP PERKEMBANGAN

Latihan 3.

Diantara berikut yang manakah strategi yang sesuai untuk membina sikap ketekunan?

A. Kekalkan bilik darjah dalam keadaan satu dimensi.

B. Labelkan keputusan ujian yang baik ,buruk atau atas sederhana, bawah sederhana supaya murid lebih peka dengan pencapaian mereka.

C. Puji kebolehan lebih dari usaha.

D. Menegaskan idea bahawa setiap murid mempunyai kemampuan dan kelemahan yang berbeza

Jawapan: D, C, B, A

Latihan 4

Apakah perbezaan antara Pelbagaian Kecerdasan oleh Gardener dan Teori Kecerdasan Emosi oleh Goleman?

Teori Kecerdasan Pebagai Oleh Howard Gardener (1983)

Howard Gardener (1983, 1993 – dipetik dari Santrock: 2001) percaya terdapat lapan jenis kecerdasan iaitu seperti verbal,logikal,spatial,muzikal,kinestatik,interpersonal,Intrapersonal dan naturalis.

A)Verbal/LingustikKebolehan penguasaan, pembetukan dan memproses bahasa.Pemikiran simbolik dan penaakulan abstrak tergolong dalam kategori ini seperti kuga kebolehan untuk menghasilkan corak verbal konsepsi (corak kata-kata yang menghasilkan idea-idea).Membaca, menulis dan perkembangan penulisan simbolik dan kemahiran berbahasa –metafora, perumpamaan dan analogi adalah contoh kecerdasan verbal.

B)Logikal/MatematikalKebolehan berfikir secara logical, induktif dan kesatu tahap deduktif, mutlak; mengenali corak-corak geometrid an juga corak numerical; dan boleh mengamati konsep abstrak. Kanak-kanak yang memiliki kecerdasan ini selalu bertanya :mudah memahami pemaianan yang melibatkan startegi-strategi yang canggih. Contoh seperti permainan chess, mencipta dan menggunakan format eksperimental untuk menguji ide-ide mereka. Mereka terpegun dengan computer atau teka-teki yang melibatkan kebolehan logic dan penaakul.

Page 4: PRINSIP PERKEMBANGAN

C)SpatialKebolehan mengesan imej .kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini berfikir menggunakan imej dan selalunya mereka dapat menjumpai objek-objek yang hilang kerana mereka mempunyai ingatan visual yang kuat.Mereka perasan objek yang diubah atau disusun semula.Mereka mulai melukis diusai yang muda, suka akan bentuk, garisan dan warna.

D)MuzikalKebolehan menghasilkan dan menghayati muzik.kanak-kanak ini perlu muzik bila belajar,mereka selalu menyanyi ,menghasilakan bunyi mengikut rima dan bersiul.Mereka mempunyai pendengaran yang tajam ,dapat membezakan nuansa dalam muzik dan dapat mengenalpasti bunyi-bunyi yang ada dipersekitaran.

E)KinestatikAnugerah pergerakan badan sama-ada sisitem otot kasar atau otot halus. Kanak-kanak ini suka bergerak.Mereka selalu mengeliat, menghayun dan ada kalanya terjatuh dari kerusi bila dikehendaki duduk dalam jangkamasa yang lama.Kanak-kanak ini mahir dalam menghasilkan dan mentafsir gerak isyarat(gesture) dan berkominikasi dan membaca gerak-geri orang lain.F)InterpersonalBerkaitan dengan kebolehan untuk memahami dan berkominikasi dengan orang lain serta untuk memudahkan hubungan dan proses kumpulan.Ungkapan “mereka boleh mengerjakan bilik ini” dengan tepat menghuraikan kebolehan ganjil mereka untuk memahami orang lain.Kerap juga kanak-kanak ini amat empatik dan mereka boleh menimbang tara perbezaan antara orang atau kumpulan.Mereka mudah mengean getaran dan perasaan orang lain.kanak-kanak ini seronok dengan pembelajaran koperatif.

G)IntrapersonalBerkaitan dengan kebolehan untuk agak melindungi daripada rakan sebaya; mempunyai rasa kendiri yang kuat; mempunyai kebolehan kepimpinan merujuk kepada hal-hal membuat keputusan yang barangkali tidak digemari oleh orang lain.Rasa tekanan rakan sebaya.Kanak-kanak ini mungkin yang dihuraikan sebagai “orang persendirian” .Mereka mungkin ada pemberian kuat, rasa kebijaksanaan dalaman, atau pra kognisi. Kanak-kanak ini perlu pengalaman pembelajaran dimana mereka dapat berfokus pada rasa dalaman mereka dan aktiviti yang membolehkan mereka berkerja sendiri.

H)NaturalisKebolehan memerhati corak dalam alam semulajadi dan memahami alam semulajadi dan system buatan manusia.Ia ada hubungkait dengan pengakuan dan apresiasi tentang alam semulajadi disekeliling kita. Ia termasuk kebolehan seperti mengenal dan menjeniskan pelbagai flora dan fauna serta pengetahuan kita dengan alam semulajasi.

Manakala Danial Goleman pula dalam bukunya Emotional Intelligence mencadangkan bahawa kemahiran peribadi seperti kesedaran diri dan empati mempengaruhi darjat kejayaan dalam hidup atau lebihdikenali sebagai IQ.selain itu ia berhujah bahawa kecerdasan emosi boleh diajar dengan manfaat yang besar kepada hidup kita.Kecerdasan emosi memberikan satu kerangkan luas untuk melihat dan menilai pengalaman personal dan interpersonal.Dalam bukunya berjudul Self

Page 5: PRINSIP PERKEMBANGAN

Science:Subject is Me (edisi kdua) oleh Karen MaCown et.al [san Mateo,Six seconds, 1998] menerangakan cara-cara guru membantu murid mengembagkan dan menguruskan kecerdasan emosi

a)Kesedaran diriSalah satu kemahiran emosi asa melibatkan hal kebolehan untuk mengenal perasaan dan memberikan nama kepadanya. Ia juga penting untuk menyedari hubungan anatara pemikiran ,perasaan dan tindakan.Apakah pemikiran yang mencetuskan persaan itu?Apakah persaan disebalik tindakan tersebut?

b)Mengurus emosiPenting menyedari hal disebalik perasaan.Kepercayaan dan kesan asa keatas ke bolehan untuk bertindak dan bagaimana hal-hal itu dilakukan.Ram,ai orang secara berterusan memberikan mesej negatif. Harapan boleh menjadi asset ynag berguna.Tambahan pula mencari cara untuk menguruskan kemarahan ,ketakutan ,kebimbangan dan kesedihan adalah penting; misalnya belajar cara untuk mententeramkan seseorang ketika terganggi.Memahami emosi menjadi perkara utama dan cara mendaptkan masa untuk mengadili jika hal yang hendak diperkatakan itu atau dilakukan dalam marah adalah terbaik untuk dilakuka.Berkebolehan untuk menyalurkan emosi kearah positif adalah kecenderungan utama.

c)EmpatiMengukur sesuatu situasi dan kebohan untuk bertindak sesuai memerlukan pemahaman perasaan orang lain yang terlibat dan kebolahan untuk mengambil kira perspektif mereka. Adalah penting untuk berkebolahan mendengar mereka tanpa dipengaruhi oleh emosi peribadi.

d)BerkomunikasiMengembangkan hubungan kualiti mempunyai kesan positif pada semua yang terlibat. Apakah perasaan yang disampaikan kepada orang lain?Semangat dan optimisme adalah berjangkit seperti pesimisme dan negativity.Berkebolehan untuk menyatakan perhatian peribadi tanpa rasa marah atau kepasifan adalah asset utama.

e)BekerjasasamaMengetahui cara hendak memimpin dan bila hendak menurut adalah penting untuk bekerjasama secara berkesan. Kepimpinan berkesan bukan dibina pada dominasi tetapi dalam seni membantu orang lain bekerjasama berdasarkan matlamat umum.Mengenal nilai sumbangan orang lain dan menggalakkan penyertaan mereka selalunya membawa kebaikan daripada memberi arahan atau merungut.Pada masa yang sama terdapat keperluan untuk bertanggungjawab dan mengenal akibat keputusan dan tindakan lalu menuruti komitmen

f)Menyelesaikan konflik

Dalam menyelesaikan konflik terdapat keperluan untuk memahami mekanisme yang wujud. Orang dalam konflik lazimnya terperangkap dalam lingkaran emosi yang perpektual diri yang dalamnya pokok konflik jarang-jarang menjadi isu utama. Kebanyakan resolusi konflik menuntut penggunaan kemahiran emosi yang lain .

Page 6: PRINSIP PERKEMBANGAN

Oleh yang demikian daripada penjelasan di atas, jelas bahawa Gardner mangandaikan lapan jenis kecerdasan iaitu verbal/lingustik kepada kecerdasan naturalis. Sebaliknya, Coldman mengemukan kecerdasan emosi yang terdiri daripada domain seperti kesedaran diri dan empati.

Latihan no.5

Bagaimana anda sebagai seorang guru boleh menyatupadukan pelbagai kecerdasan dalam pengajaran anda?

Sebagai seorang kelas, kita sentiasa akan menemui yang mempunyai pelbagai kebolehan.Terdapat variasi dalam perbezaan individu yang harus menjadi perhatian kepada guru kelas seperti anda dan saya. Yang ketara ialah perbezaan kebolehan atau kecerdasan , kadar pencapaian, jantina, gaya pembelajaran dan keeetnikan dan budaya.

Jenis-jenis Perbezaan Individu.

Murid-murid yang diajar didalam kelas mempunyai sifat yang berbeza dari satu individu ke satu individu:

a)Fizikal: Murid-murid boleh berbeza dari segi jantina ,rupa,saiz badan dan sebagainya

b)Kognitif: Murid-murid berbeza dalam kebolehan berfikir,untuk membuat penaakulan

c)Sosial: Sesetengah murid bersosialisasi sementara yang lain suka bersendiri

d)Emosi: Murid-murid boleh jadi beremosi ,sensitive,riang,murung

e)Rohani: Sistem kepercayaan murid berbeza

Kesan-kesan Perbezaan Individu

Oleh yang demikian kesan perbezaan individu ini sedikit sebanyak memberi kesan perbezaan individu sehingga sesetengah murid belajar lebih cepat daripada yang lain.Sesetengah murid mendekati tugas pembelajaran secara berbeza, bagaimana tepat mereka mengingati maklumat, bagaimana rela mereka menghubungkaitkan pelbagai idea, dan bagaimana kreatif mereka dalam mengaplikasikan perkara-perkara yang dimuridi mereka terhadap situasi dan masalah (Ormrod, 1995)

Implikasi Terhadap Guru

Page 7: PRINSIP PERKEMBANGAN

Pengetahuan tentang individu ini penting bagi seorang guru kerana dia dapat merancang atau melaksnakan pengajaran dan pembelajaran berkesan di dalam bilik darjah.Guru-guru harus cuba untuk menangani perbezaan individu dikalangan murid.Beberapa pendekatan seperti berikut;

a) Anda sebagai guru boleh mengembangkan urutan arahan yang mengambil kira urutan sebagai sebahagian proses arahan .Ini ialah pendekatan yang digunakan oleh Bernice McCarthy,pemaju sistem 4MAT .

b) Pendekatan kedua adalah untuk menyediakan kumpulan , sama ada antara kealas atau dalam lingkungan kelas sendiri, supaya dapat mengurangkan variability berhubung dengan latar belakang,pencapaian ,kebolehan atau beberapa ciri lain.Contoh pendekatan arahan ialah kumpulan bilik darjah,pembelajaran koperatif dan arahan yang memberikan ciri khusus kepada sesuatu.

c)Guru boleh mengubahsuai keadaan dalam lingkungan arahan berlaku.Ini ialah pendekatan yang digunakan dalam pembelajaran masteri.

Oleh yang demikian dalam menggabungkan kepelbagaian kecerdasan ini terhadap murid yang mempunyai sifat yang berbeza.Guru boleh menggunakan Teori kecerdasan pelbagai dari Howard Gardener (1983,1993 –dipetik dari Santrock:2001).

a)Verbal/linguisticMerangkumi kecerdasan membaca,menggunakan perbendaharaan kata, tulisan kreatif,puisi,perbahasan,berjenaka dan bercerita.Guru boleh membaca buku cerita kepada murid-muridnya .Secara tidak langsung menimbulkan minat murid untuk membaca dan mengetahui cerita tersebut.Selain itu membuat perbincangan mengenai penulis buku yang dibacakan tersebut.Membawa murid-murid melawat perpustakaan dan kedai-kedai buku, atau pameran buku.Seterusnya meminta murid-murid membuat ringkasan dan bercerita semula buku-buku yang telah dibaca.

b)Logikal/MatematikalMerangkumi kecerdasan mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah matematik mudah dan kompleks,menaakul dan memikirkan secara kritis untuk membuat keputusan serta menyelesaikan masalah.Guru boleh bermain logic dengan murid untuk mencari situasi yang menggalakkan kanak-kanak berfikir dan membina kefahaman tentang nombor.Selain itu juga guru membawa murid-murid ke makmal computer, muzium sains dan pameran elektronik.

c)SpatialMerujuk kepada kecerdasan menepati ruang, melukis ,membentuk corak ,mewarna,mencipta, membina gambaran mental serta mengamati dunia visual.Guru boleh menyediakan pelbagai bahan kreatif yang boleh digunakan oleh murid-murid.Guru juga boleh memberi peluang kepada murid-murid meneroka ‘maze’ dan membentuk carta.Selain itu juga murid-murid juga boleh dibawa melawat muzium atau galeri seni serta pameran seni untuk membuka minda mereka dan memberi pengetahuan dan pengalaman mengenai alam seni.Guru juga boleh membawa murid-murid bersiar –siar sambil melihat alam sekitar.Apabila aktiviti tersebut tamat , guru boleh meminta mereka menerangkan apa yang telah dilihat hasil daripada lawatan tersebut.

Page 8: PRINSIP PERKEMBANGAN

d)MuzikMerangkumi kecerdasan mengenalpasti bunyi vocal ,bunyian alam sekitar,dan menyanyi serta mencipta lagu ,kepekaan terhadap ritma dan melodi muzik.Guru perlu menyediakan pita rakaman yang boleh digunakan oleh murid-murid.Memberi peluang murid bermain peralatan muzik seperti recorder.Sekiranya berpeluang guru juga boleh membawa murid-murid ke konsert muzik seperti persembhan okestra.Seterusnya mengalakkan murid mencipta lagu mereka sendiri dengan bantuan guru.

e)Kinestetik Merupakan kecerdasan gerak badan ,gimnastik,kawalan fizikal tubuh badan,kawalan anggota sukan,permainan dan mereka –cipta gaya menari.Guru boleh menyediakan peluang-peluang aktiviti-aktiviti fizikal untuk murid-murid dan menggalakkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.Selain bersukan guru juga boleh melibatkan murid dalam aktiviti kesenian seperti tarian.

f)InterpersonalMerupakan kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat bekerjasama kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan.Dalam hal ini, guru boleh menggalakkan murid-murid bekerja dalam kumpulan.Tujuannya adalah untuk membantu murid-murid membina kemahiran komunikasi dan keyakinan diri.Guru juga boleh menyediakan permainan kumpulan seperti kuiz, perbahasan (kumpulan pencadang dan pembankang) dan forum.untuk membina sahsiah diri juga guru harus menggalakkan murid menyertai persatuan dan kelab untuk membina keupayaan interpersonal ini.

g)IntrapersonalMerupakan ilmu pengetahuan, dan kefahaman seseorang terhadap agama ,refleksi pemikiran kendiri dan mendisplinkan diri serta kesedaran terhadap perasaan diri.Guru boleh menerapkan murid-murid mempunyai hobi dan minat.Guru juga perlu menjadi seorang pendengar yang baik dalam menyelami perasaan murid-murid dan mendengar apa jua masalah yang dihadapi oleh mereka dan menyelesaikannya.Menggalakkan murid-murid menggunakan imaginasi mereka berdasarkan pengalaman mereka.Selain itu mereka menyediakan diari sendiri atau buku skrap mengenai catatan dan pengalaman masing-masing contohnya pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

h)NaturalisKebolehan memerhati corak dalam alam semulajadi dan memahami alam semulajadi dan sistem buatan manusia.Ia ada hubungkait dengan pengakuan dan apresiasi tentang alam semulajadi disekeliling kita. Ia termasuk kebolehan seperti mengenal dan menjeniskan pelbagai flora dan fauna serta pengetahuan kita dengan alam semulajadi.Aktiviti yang boleh dijalankan adalah membawa murid ke Muzium sains,planetarium,Pusat sains dan sebagainya.Bertujuan untuk memberi pengetahuan dan melihat sendiri alamsekitar ciptaan tuhan,barang buatan manusia yang telah diceritakan oleh guru ,ibubapa dan,mediamassa sebelum ini.Membina pusat pembelajaran naturalis dalam bilik darjah seperti sudut perpustakaan mini.Guru juga melibatkan murid dalam aktiviti luar darjah seperti menikmati alam semulajadi untuk melihat flora dan fauna.Seterusnya membuat klasifikasi tentang apa yang telah dilihat.

Page 9: PRINSIP PERKEMBANGAN

Latihan no.6

Bandingkan pengukuhan semula keperluan dan teori motivasi.

Motivasi aialah aspek pengajaran dan pembelajaran yang amat penting .Murid-murid yang bermotivasi untuk belajar sentiasa akan berminat kesekolah dan mengambil sikap positif dalam pembelajaran.Motivasi juga merupakan peransangan yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu kearah mencapai matlamat tertentu termasuk mengubah sikap ,minat dan tingkahlakunya.

Page 10: PRINSIP PERKEMBANGAN

Jenis-jenis Motivasi

Terdapat dua jenis motivasi: motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsic:

a)Motivasi ekstrinsik Diasaskan oleh ahli-ahli behavouris dan melibatkan insentif luaran seperti memberi ganjaran dan denda ,misalnya seorang murid belajar bertungkus lumus kerana dia mahu memperoleh gred baik atau mahu mengelakkan daripada didenda oleh ibubapanya.

b)Motivasi intrinsicDiasaskan oleh mazhab kognitif menekankan faktor-faktor seperti azam diri , rasa ingin tahu ,cabaran dan usaha. Ia berdasarkan andaian bahawa persepsi dan pemikiran kita tenatng aktiviti atau peristiwa atau sumber-sumber intrinsic , mempengaruhi cara kita memberi respon.Contohnya Ali bertungkus lumus disekolah kerana dia rasa bahawa dia berkebolehan berbuat demikian .Disini jelas bahawa Ali bekerja keras kerana kepercayaan atau pandangan akan kecekapannya sendiri dan bukan kerana sebarang ganjaran.

Berikut ialah perbandingan mengenai pengukuhan semula keperluan dan teori motivasi kognitif daripada ahli teori motivasi yang terdiri daripada Skinner,Maslow dan Weiner adalah seperti dibawah:-

Teori Ahli Teori Idea UtamaPeneguhan Skinner Individu memberi respon kepada peristiwa

persekitaran dan peneguhan ekstrinsikKeperluan Maslow Individu berusaha memenuhi keperluan

seperti kepuasan kendiri ,penentuan diri,pencapaian,penggabungan dan pengaruh.

Kognitif Weiner Tindakan individu dipengaruhi oleh kepercayaan dan artibut mereka khususnya tentang kemajuan dan kegagalan.

Latihan no.7

Apakah perbezaan antara motivasi luaran dan dalaman?

a)Motivasi ekstrinsik Motivasi ekstrinsik boleh didefinisikan sebagai tingkahlaku yang disebabkan oleh faktor fakltor luaran seperti ganjaran, hukuman atau tekanan sosial. Diasaskan oleh ahli-ahli behavouris dan melibatkan insentif luaran seperti memberi ganjaran dan denda ,misalnya seorang murid belajar bertungkus lumus kerana dia mahu memperoleh gred baik atau mahu mengelakkan daripada didenda oleh ibubapanya.

Page 11: PRINSIP PERKEMBANGAN

b)Motivasi intrinsicMotivasi intrinsic berlaku apabila manusia melakukan sesuatu yang menbawa kepada kepuasan diri atau keseronokan.Diasaskan oleh mazhab kognitif menekankan faktor-faktor seperti azam diri , rasa ingin tahu ,cabaran dan usaha. Ia berdasarkan andaian bahawa persepsi dan pemikiran kita tenatng aktiviti atau peristiwa atau sumber-sumber intrinsic , mempengaruhi cara kita memberi respon.Contohnya Ali bertungkus lumus disekolah kerana dia rasa bahawa dia berkebolehan berbuat demikian .Disini jelas bahawa Ali bekerja keras kerana kepercayaan atau pandangan akan kecekapannya sendiri dan bukan kerana sebarang ganjaran.

Latihan no.8

Bagaimanakah guru dapat meningkatkan motivasi murid dalam pengajaran dan pembelajaran?

Guru dapat meningkatkan motivasi murid dalam pengajaran dan pembelajaran melalui cara-cara seperti dibawah;

a)Suasana pengajaran dan pembelajaran Guru-guru harus menyediakan suasana yang kaya dan kondusif bagi murid-murid untuk pembelajaran mereka.Harus terdapat pelbagai jenis sumber supaya mereka dimotivasikan untuk belajar.

b)Pembelajaran Koperatif dan KolaboratifMurid-murid yang bekerjasama akan meningkatkan tahap motivasi kerana keperluan sosial ,emosi murid serta keperluan akademik mereka diambil kira.Strategik ini akan membantu murid berkembang sebagai satu kumpulan.

Page 12: PRINSIP PERKEMBANGAN

c)Pengukuhan SemulaPengukuhan positif atau negative boleh digunakan untuk memotivasikan murid untuk belajar. Misalnya tugasan-tugasan baik murid boleh dipamerkan dalam bilik darjah untuk menggalakan murid lain melalukan tugasan yang baik.

Kesan motivasi terhadap pengajaran dan proses pembelajaran(sebelum,semasa,dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran)

a)Guru-guru harus mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa,selamat dan terjamin, agar murid-murid mempunyai tahap azam kendiri dan rasa bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri.

b)Guru-guru harus berpegang pada kepercayaan bahawa setiap orang kanak-kanak boleh belajar dengan baik disekolah, tanpa mengambil kira latar belakang mereka yang berbeza-beza.Dengan kepercayaan ini, guru-guru akan berikhtiar untuk berkerja keras, murid-murid juga akan dimotivasikan untuk belajar dan mendapat pencapaian yang baik.

c)Guru-guru tidak harus menekankan motivasi luaran seperti ganjaran luaran yang tidak akan membawa hasil yang diinginkan.

d)Guru-guru harus sentiasa menggunakan motivasi dalaman dalam pengajaran mereka.Bahan-bahan dan aktiviti pembelajaran haruslah berkaitan dengan minat dan rasa ingin tahu murid.Umpamanya guru boleh menghubungkaitkan murid dengan kehidupan murid,menggunakan nama murid ,membina bahan pembelajaran yang jelas dan menarik ,dan sebagainya .Permainan dan teka silang kata boleh digunakan untuk mencetuskan minat dalaman.

e)Aktiviti pembelajaran harus distrukturkan dengan cara mudah supaya murid dapat mengikutinya.Aktiviti harus distrukturkan mengikut tahap pengetahuan atau kemahiran murid.

f) Guru-guru harus juga selalu melayani keperluan murid, termasuk keperluan untuk azam sendiri. Guru-guru boleh menugaskan murid untuk melakukan tugas penting seperti mengedar dan mengutip buku dan kertas, menjaga sudut bacaan dan lain-lain lagi.

Page 13: PRINSIP PERKEMBANGAN

Latihan no.9

Kenal pasti beberapa perbezaan individu dalam kalangan murid anda.

Sebagai seorang guru kelas, kita sentiasa akan menemui yang mempunyai pelbagai kebolehan.Terdapat variasi dalam perbezaan individu yang harus menjadi perhatian kepada guru kelas seperti saya. Yang ketara ialah perbezaan kebolehan atau kecerdasan , kadar pencapaian, jantina, gaya pembelajaran dan keetnikan dan budaya.

Jenis-jenis Perbezaan Individu.

Murid-murid yang diajar didalam kelas mempunyai sifat yang berbeza dari satu individu ke satu individu:

a)Fizikal: Murid-murid boleh berbeza dari segi jantina ,rupa,saiz badan dan sebagainya

b)Kognitif: Murid-murid berbeza dalam kebolehan berfikir,untuk membuat penaakulan

c)Sosial: Sesetengah murid bersosialisasi sementara yang lain suka bersendiri

d)Emosi: Murid-murid boleh jadi beremosi ,sensitive,riang,murung

e)Rohani: Sistem kepercayaan murid berbeza

Kesan-kesan Perbezaan Individu

Page 14: PRINSIP PERKEMBANGAN

Oleh yang demikian kesan perbezaan individu ini sedikit sebanyak memberi kesan perbezaan individu sehingga sesetengah murid belajar lebih cepat daripada yang lain.Sesetengah murid mendekati tugas pembelajaran secara berbeza, bagaimana tepat mereka mengingati maklumat, bagaimana rela mereka menghubungkaitkan pelbagai idea, dan bagaimana kreatif mereka dalam mengaplikasikan perkara-perkara yang dimuridi mereka terhadap situasi dan masalah (Ormrod, 1995)