prinsip penyediaan soalan subjektif

18
Prinsip Penyediaan Soalan Subjektif: 1. Soalan menepati sukatan pelajaran 2. Arahan dan tindakan soalan jelas. 3. Soalan dan jawapan hendaklah padat. 4. Taburan soalan perlu ssetara mengikut aras kesukaran. 5. Menentukan perkara yang ingin diberi markah dengan menyediakan PMM. 6. Menggunakan soalan yang berjawapan pendek. Prinsip Penyediaan Soalan Objektif. 1. Mempunyai pilihan jawapan 2. Arahan soalan jelas dan tepat. 3. Jawapan yang disediakan mestilah ringkas. 4. Soalan yang mempunyai stimulasi/ rangsangan mestilah jelas dan berkaitan dengan soalan. Kelebihan soalan objektf: 1. Membolehkan semua tajuk atau bidang kemahiran diuji. 2. Soalan cepat dan mudah diperiksa. 3. Soalan boleh diperiksa secara objektif. (Penggubal soalan tidak perlu ada untuk periksa soalan). 4. Kebolehpercayaan soalan tinggi. 5. Sesuai untuk pengujian sumatif. 6. Kemudahtafsiran soalan yang tinggi. Kelebihan soalan subjektif: 1. Mudah dan cepat dibina . Penggubalan soalan yang mudah.

Upload: tang-lai-fun

Post on 29-Sep-2015

124 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Prinsip penyediaan soalan subjektif

TRANSCRIPT

Prinsip Penyediaan Soalan Subjektif:1. Soalan menepati sukatan pelajaran2. Arahan dan tindakan soalan jelas.3. Soalan dan jawapan hendaklah padat.4. Taburan soalan perlu ssetara mengikut aras kesukaran.5. Menentukan perkara yang ingin diberi markah dengan menyediakan PMM.6. Menggunakan soalan yang berjawapan pendek.

Prinsip Penyediaan Soalan Objektif.1. Mempunyai pilihan jawapan2. Arahan soalan jelas dan tepat.3. Jawapan yang disediakan mestilah ringkas.4. Soalan yang mempunyai stimulasi/ rangsangan mestilah jelas dan berkaitan dengan soalan.

Kelebihan soalan objektf:1. Membolehkan semua tajuk atau bidang kemahiran diuji.2. Soalan cepat dan mudah diperiksa.3. Soalan boleh diperiksa secara objektif. (Penggubal soalan tidak perlu ada untuk periksa soalan).4. Kebolehpercayaan soalan tinggi.5. Sesuai untuk pengujian sumatif.6. Kemudahtafsiran soalan yang tinggi.

Kelebihan soalan subjektif:1. Mudah dan cepat dibina . Penggubalan soalan yang mudah.2. Mengurangkan tekaan atau skor nasib.3. Pengujian soalan tahap/ aras kognitif tinggi.4. Menguji tahap kemahiran berbahasa murid dan pengembangan idea.5. Dapat meningkatkan pengelolaaan idea dan pendapat murid.6. Mampu menguji tahap kognitif murid.7. Sesuai untuk tujuan pengujian formatif.

2 tujuan ujian formatif :- merupakan ujian berbentuk formal atau tidak formal yang membolehkan guru mengesan penguasaan dan kemajuan murid dalam bilik darjah.- mengesan penguasaan dan kemahiran murid serta merta untuk memperbaiki kelemahan dengan segera.- menguji tajuk-tajuk kecil sepanjang proses P&P.-membolehkan pengayaan, pemulihan dan pengukuhan dibuat bagi meningkatkan tahap penguasaan dan kebolehan murid.

Konsep-konsep Pengujian Formatif:1. Ujian formal dan tidak formal untuk kesan penguasaan murid.2. Kesan serta merta kekuatan dan kelemahan murid.3. Pengujian dilaksanakan secara individu dan berkumpulan.4. Tidak ada senarai semak tentang rekod prestasi murid.5. Dapat lakukan tindakan semerta tentang sikap murid ( buat pemulihan, pengayaan dan pengukuhan.)

2 tujuan Ujian sumatif:1. Ujian formal yang berfungsi untuk kesan pencapaian murid dalam sesuatu tahap persekolahan.2. Mengesan pencapaian murid berdasarkan keseluruhan / beberapa topik pembelajaran dan pemeringkatan gred murid.3. Bertujuan dalam penggredan dan pensijilan berdasarkan prestasi murid.

Konsep Pengujian Sumatif:1. Mengesan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu secara peratusan.2. Memberi pemeringkatan terhadap pencapaian pelajar.3. Membuat ujian formal.4. Dilaksanakan selepas selesai seseuatu proses pembelajaran.5. Pengujian secara menyeluruh.6. Mengandungi rekod dan profile.7. Ada pensijilan hasil pencapaian murid.Tujuan pelaksanaan ujian kefasihan (lisan/ bacaan dijalankan):

1. Menentukan setakat mana murid boleh kuasai kemahiran dan bahan isi pelajaran yang telah dipelajari.2. Berfungsi untuk uji kebolehan umum berbahasa seseorang murid.

Ciri-ciri ujian kefasihan:1. Dapat mengetahui penguasaan kemahiran BM secara meneyluruh.2. Dapat menempatkan murid mengikut kumpulan dan tahap pengetahuan murid.3. Digunakan dalam sesi temuduga (sektor awam dan swasta)

Aspek-aspek yang ditekankan dalam pengujian lisan.1. Kefahaman murid terhadap sesuatu konsep.2. Pengetahuan fakta murid3. Pemikiran peringkat tinggi.4. Kecekapan mendengar5. Penggunaan bahasa yang tepat. - sebutan jelas dan bermakna6. Gaya persembahan/ kelancaran berbahasa seseorang murid. - tidak gugup ketika menyebut7. Pertuturan dan sikap murid.8. Nada dan intonasi suara murid.

Kontrak Pembelajaran merupakan satu persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dan pelajar secara individu atau berkumpulan berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.

Fungsi kontrak pembelajaran adalah untuk :1. membolehkan murid mengenal pasti dan merekod objektif dan matlamat pembelajaran.2. merekod jangka masa pelaksanaan dan hasil.3. merekod bukti yang menunjukkan pencapaian objektif.4. murid berpeluang menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat.5. menghasilkan kerja yang terancang.6. membantu murid membuat refleksi sepanjang proses kerja berlangsung.

Prinsip-prinsi penilaian kontrak pembelajaran adalah seperti berikut:1. Penilaian objektif tugasan- guru menentukan objektif dan murid menetapkan pelaksanaan-guru menyarankan beberapa set objektif dan pelajar memikirkan mana-mana yang sesuai.-pelajar merangka beberapa objektif dan memilih yang paling sesuai berdasarkan persetujuan guru.

2. Penilaian Hasil pembelajaran- pelajar bertanggungajwab terhadap strategipembelajaran ; seperti dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll.- jenis atau bentuk hasil pembelajarantelah ditentukan oleh guru.

3. Penilaian- pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem penggredan keseluruhan proses pelaksanaan tugasan- guru menentukan sistem penggredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan- gred akhir dibincang dengan persetujuan guru --- murid; berdasarkan kriteria- penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru sebagai pemantau penilaian bagi jamin kesahan dan kebolehpercayaan.

Prinsip pelaksanaan dan pentadbiran ULBS:1. Pentaksir menyediakan ruang tempat untuk ujian dijalankan.2. Murid pekak dan bisu dikecualikan.3. Pentaksir memberi penerangan dan peraturan kepada murid. Menjelaskan perkara-perkara yang murid perlu lakukan.4. Murid diberi bahan rangsangan.5. Pentaksir menanyakan soalan berkaitan bahan rangsangan.6. Pentaksir mendengar murid menjalankan aktiviti lisan dengan teliti.7. Murid rendah pencapaian dibimbing oleh pentaksir bagi meningkatkan pencapaian.

Kemahiran menulis merupakan satu kemaahiran simbol bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bahasa untuk lahirkan perasaan dan buah fikiriran individu.

Contoh-contoh kemahiran menulis adalah :1. Penulisan esei2. laporan projek, kerja kursus dan portfolio3. latihan ujian bertulis4. Huraian, tafsiran data jadual dan graf.

Aspek-aspek yang diuji dalam kemahiran menulis:1. penyusunan idea2. perbendaharaan kata3. keupyaan murid mengaplikasi, mentafsir, menilai data.4. mempertahankan dan menyokong hujah5. menyebarkan idea6. membuat rumusan dan cadangan.

Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian murid dalam satu jangka masa yang ditetapkan.

Peringkat Penyediaan Portfolio:1. Perancangan portfolio dimana murid menentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri dan jenis portfolio.2. Murid mengenalpasti isi kandungan yang perlu ada dalam portfolio seperti maklumat diri, senarai semak isi kandungan, bahan pengajaran, gambar dan refleksi.3. Murid membuat pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio - sama ada benar-benar diperlukan atau tidak.

Peringkat pembinaan portfolio:1. Portfolio kerja harian2. Portfolio kerja terbaik3. Portfolio dokumen

Peringkat penilaian portfolio:1. penilaian portfolio menggunakan kaedah secara keseluruhan kumpulan atau individu termasuk kriteria yang dirangkumkan untuk penilaian.2. menggunakan skala/ senarai semak.

Ciri-ciri penilaian portfolio:1. dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian dengan teliti.2. Proses pembelajaran secara kolaboratif - untuk capai kefahaman, dan pendokumentasian pemikiran secara kreatif dan kritis.3. galakkan pembelajaran interaktof melalui - kerjasama dan bantuan pelbagai pihak.4. Kandungan maklumat disusun secara urutan dan logik.5. Bersifat reflektif -- melalui rangsangan soalan.

Kaedah penilaian secara HOLISTIK:1. Esei dinilai berdasarkan kesan keseluruhan pemeriksa.teknik pemarkahan dengan tidak mengasingkan bentuk perincian seperti ejaan, bentuk tulisan, tatabahasa dan perbendaharaan kata.pemeriksa menilai kualiti keseluruhan esei.

langkah-lanngkah pemarkahan secara ordinal.1. Periksa setiap skrip pelajar secara keseluruhan2. Menyusun skrip-skrip jawapan murid mengikut prestasi - prestasi baik di atas dan terburuk di bawah.3. menentukan berapa peratus murid yang patut diberi gred A

PORTFOLIO

Pengenalan:-Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.

Ciri-Ciri Portfolio:1. Berbentuk dokumentasi yang berstruktur memerlukan perancangan, perlaksanaan dan penilaian yang teliti2. Dijalankan secara kolaboratif.3. Terdapat fleksibiliti dalam portfolio melalui negotiated kontrak seperti segi masa, strategi atau bentuk.4. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif.5. Kandungan portfolio, terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik.

Penilaian Portfolio:1. Berfokus kepada proses, dan tidak memberatkan hasil.2. Membolehkan peserta kursus belajar dan menilai diri sendiri.3. Lebih terbuka dan seimbang4. Dimantau melalui peta perkembangan pembelajaran pelajar yang boleh dinilai bersama lain-lain bukti pembelajaran5. Dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari masa ke semasa mengikut kriteria yang dipersetujui bersama.

Jenis-jenis Portfolio:1. Portfolio kerja harian-Merupakan bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.Contoh : soalan latihan atau tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh guru dalam kelas.2. Portfolio Hasil Terbaik/ Show Portfolio-Dipilih dari hasil terbaik dari portfolio kerja harian. Ini berbentuk sumatif.Contoh : soalan-soalan latihan yang telah dijawab dengan baik dan lengkap dikumpul dalam portfolio harian.3. Portfolio dokumen/ Documentary Portfolio-Merupakan hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada suatu jangkamasa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.Contoh: satu karangan hasil daripada pengumpulan maklumat-maklumat tertentu.

Kegunaan Portfolio:1. Guna menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk menghasilkan penilaian holistik.2. Mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan berasa bangga dengan hasil pencapaiannya.3. Memberi peluang kepada pelajar untuk membuat refleksi dan penilaian kendiri.4. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar5. Mempelbagaikan bukti penilaian.6. Membolehkan penilaian dalam bidang afektif.

Perancangan Membuat Portfolio:1. soalan-soalan untuk menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.2. Isi kandungan portfolio3. Siapa yang akan memilih isi kandungan, bahan/sumber portfolio dan bagaimana?4. Penilaian portfolio.

Cara Membina Portfolio:1. Menentukan tujuan portfolio-Menghuraikan tujuan portfolio.-Menghuraikan instrumen portfolio.-Refleksi/menyemak huraian tujuan dan diselaraskan dengan objektif kurikulum serta peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.2. Menentukan isi portfolio-Menghuraikan jenis/ aktiviti pembelajaran.-Menghuraikan luas bidang pembelajaran.-Refleksi/menyemak huraian bukti/sumber pembelajaran dengan menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.-Memastikan kriteria ini jelas dan mudah difahami.-Memastikan kriteria ini tidak memihak kepada sesuatu jantina atau kumpulan.-Refleksi/menyemak huraian fokus dan kriteria penilaian mengikut tujuan portfolio, peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang.3. Menentukan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar.-Menghuraikan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar.

- Refleksi /menyemak huraian keadah membuat anggaran dan laporan mengikut tujuan dan kumpulan sasaran.

Mengumpul Maklumat:1. Pelajar mencari dan mengumpul maklumat dari pelbagai aktiviti.- Penyelidikan dan rujukan dari pelbagai bahancetak dan Teknologi maklumat.- Lawatan- Temubual2. Pelajar mendokumentasikan maklumat dengan memindahkan ke komputer atau ke dalam fail.-inti/rumusan dari pelbagai sumber-Imbas gambar foto-Bentuk soal semak di komputer-Sambungkan gambar video (untuk pemerhatian) ke komputer.

Bagaimana Menilai Portfolio1. Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.2. Menggunakan peta perkembangan pelajar.3. Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti.4. Membuat laporan sama ada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

Merekod Penilaian Portfolio:1. Penilaian awal.2. Penilaian merentasi tugas bertulis mengikut skala.3. Senarai ciri paling penting4. Penentuan gred

Senarai Semak Portfolio:1. Peringkat perkembangan/proses.2. Peringkat penilaian.3. Peringkat refleksi/penutup.4. Sikap interaksi dan penglibatan

PEMERHATIAN

Pengenalan:1. Dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.2. Meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.3. Boleh dilaksanakan dengan penggunaan Senarai Semak, Rekod Anekdot dan Rekod Profil. Dapatan daripada proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi masing-masing.

Pelaksanaan Proses Pemerhatian:1. Kualiti Pemerhatian-Guru perlu:Berpengetahuan yang mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin terhadap persekitarannya.Peka terhadap perubahan.Yakin dengan rumusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.Ikhlas dan jujur.Bersikap terbuka.Tekal dan stabil.2. Bentuk Perancangan-Perancangan harus rapi dengan penyataan yang jelas tentang ujian pemerhatian yang bakal dijalankan.-Mengenal pasti aspek yang hendak dinilai.-Menetapkan jangka waktu proses penilaian.-Menyedia alat yang relevan, dan menentukan bagaimana mentadbirnya.-Menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod, dan melapor.-Merangka tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian.3. Rekod Pemerhatian-Pendekatan: kaedah individu atau berkumpulan - Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas.-Menjalankan Tugasan : Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .-Cara merekodkan dapatan dan rumusan : Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.-Tindak susul : Rekod pemerhatian hendaklah juga menjelaskan tindak susul hasil yang akan dilaksanakan mengikut hasil yang dicapai.

Jenis-jenis Pemerhatian:1. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.- melapor apa yang dilihat sahaja.- menggunakan tafsiran (hipotesis).2. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka.- Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.3. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang.- jangka waktu yang berperingkat.

Strategi Pelaksanaan:1. Secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti/ dirancang.2. Menggunakan senarai semak.3. Pemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau analitikal.4. Proses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan menggunakan pensil/kertas atau berkomputer.5. Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian6. Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan7. Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.8. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

Fungsi Pemerhatian1. Penilaian melalui pemerhatian:-digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.-Pelajar dapat menilai tahap pencapaian sendiri dan rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.-Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.2. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/ pelajar menyusun tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya.3. Setiap hari guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif pelajar.4. Membantu guru mengetahui- sejauh mana minat pelajar terhadap pelajaranyang diajarkan dan apakah yang mendorongatau menolak minat tersebut.- adakah strategi/kaedah pelajar memberi kesan yangpositif.- bagaimanakah kemampuan berfikir mereka?- Mampukah mereka menaakul apa yang tersirat?

Contoh 1: Penggunaan Alat Pengukuran 'Rekod Anekdot'a. Kecekapan linguistik/bahasa:keupayaan mengguna bahasa untuk memperolehi, menambat hati, meyakinkan, merangsang, atau menyampaikan maklumat.b. Kecekapan :Keupayaan memanipulasi objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan, dan juga kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.c. Kecekapan muzik:Keupayan menghayati, membuat persembahan atau mencipta muzik.d. Kecekapan bodily-Kinaesthetic:berkemahiran dalam sukan, seni lakon, atau seni lukis dan kraftangan.e. Kecekapan intrapersonal:Keupayaan memahami perasaan, impian dan idea sendiri.f. Kecekapan interpersonal:Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.