cara-cara menjawab soalan kefahaman subjektif

35
CARA-CARA MENJAWAB SOALAN KEFAHAMAN SUBJEKTIF Bengkel Untuk Ibu Bapa P5 & P6

Upload: others

Post on 04-Oct-2021

76 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

CARA-CARA MENJAWAB

SOALAN

KEFAHAMAN SUBJEKTIF

Bengkel Untuk Ibu Bapa P5 & P6

Page 2: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

OBJEKTIF

Di akhir bengkel ini…

Para peserta dapat memahami bagaimana

hendak menjawab soalan kefahaman.

Para peserta tahu cara memahami teks yang

dibaca.

Para peserta dapat mengaplikasikan teknik yang

diajar dengan anak mereka.

Page 3: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

FORMAT KEFAHAMAN SUBJEKTIF

Jenis & Bilangan Soalan : Soalan respons bebas (open-ended questions)

6 item

Soalan 36 hingga soalan 41b

Peruntukan Markah : 20 markah (10%)

Soalan 36 & 37 (2 markah)

Soalan 38, 39 & 40 (4 markah)

Page 4: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

FORMAT KEFAHAMAN SUBJEKTIF

Uji kebolehan murid untuk memahami satu petikan karangan.

Menjawab pelbagai bentuk soalan :

- Literal (P3 – P6)

- Inferens (P3 – P6)

- Penilaian (P3 – P6)

- Penghayatan (P5 – P6)

- Semantik (P3 – P6)

Page 5: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

MEMAHAMI TEKS BACAAN

Baca petikan karangan & soalan-soalan sekurang-kurangnya 2 kali.

Strategi SQ3R : https://www.youtube.com/watch?v=P2Gic5lU-5g

https://www.youtube.com/watch?v=0dhcSP_Myjg

Langkah 1 S Meninjau (Survey)

Baca teks sepintas lalu.

Langkah 2 Q Menyoal (Question)

Ubah ayat pertama setiap perenggan menjadi

soalan.

Langkah 3 R Membaca

senyap (Read)

Baca untuk mencari jawapan bagi soalan yang

dibina oleh kamu.

Langkah 4 R Membaca

lantang (Recite)

Baca jawapan yang telah dikenal pasti secara

lantang.

Langkah 5 R Meninjau

semula (Review)

Tulis nota pada jawapan.

Page 6: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

TIP MENJAWAB KEFAHAMAN SUBJEKTIF

Garisi kata kunci & isi-isi penting bagi

memudahkan anak anda menjawab soalan.

Cari petunjuk (clue) untuk teka maksud kekata

yang tidak difahami/diketahui. -

boleh terdapat di dalam ayat sebelum &

sesudah perkataan tersebut.

Fahami & kenal pasti kehendak soalan.

Garisi kata kunci yang terdapat dalam soalan.

Page 7: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

TIP MENJAWAB KEFAHAMAN SUBJEKTIF

Gunakan ayat sendiri ketika menjawab soalan

tanpa mengubah maksud asal petikan/isi.

Beri perhatian terhadap markah kerana padatnya

isi jawapan bergantung pada markah.

Pastikan maklumat penting tidak ditinggalkan.

Kemukakan pendapat yang munasabah (logic)

ketika menjawab soalan-soalan yang jawapannya

sukar diperolehi di dalam petikan.

Page 8: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

TIP MENJAWAB KEFAHAMAN SUBJEKTIF

Baca jawapan berulang kali & pastikan jawapan sesuai & tepat dengan soalannya.

Semak jawapan.

Pastikan jawapan :

- tiada kesalahan ejaan, tanda baca

- tiada kesalahan bahasa

- ada struktur ayat yang sempurna / lengkap

Page 9: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

TIP MENJAWAB KEFAHAMAN SUBJEKTIF

Kata Tanya Maklumat Yang Diperlukan

Apa Merujuk pada sesuatu benda, perkara, situasi, perasaan,

keadaan.

Siapa Merujuk pada seseorang.

Berapa Merujuk pada jumlah, bilangan atau masa.

Di mana Merujuk pada sesuatu tempat.

Mengapa Merujuk pada sesuatu sebab & akibat.

Bila Merujuk pada masa / situasi / keadaan.

Bagaimana Merujuk pada cara / keadaan sesuatu perkara dilakukan.

Berikan sebab…

Nyatakan….

Buktikan…. diikuti

dengan contoh

- Perlukan maklumat yang merujuk pendapat, pandangan

berdasarkan petikan (kontekstual)

- Perlu hubungkaitkan beberapa perkara di dalam petikan

(kontekstual)

Page 10: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

Soalan Literal

Soalan yang memerlukan jawapan yang

tertera secara jelas dalam petikan.

Murid perlu kenal pasti / mengecam fakta

Mengingat kembali maklumat dalam petikan.

Page 11: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

PETIKAN 1 (SOALAN LITERAL)

Bas yang ditunggu oleh Alif dan kakaknya,

Siti belum tiba-tiba. Untuk tidak membuang

masa, Siti dan Alif membaca buku yang

dibawa oleh mereka. Solihin yang kebetulan

berlalu di situ ternampak mereka berdua.

Dia menghampiri Siti dan Alif. Namun,

kehadirannya tidak disedari oleh mereka.

Tip Menjawab Soalan Literal

Page 12: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

SOALAN

Mengapakah kehadiran Solihin tidak

disedari oleh Siti dan Alif?

Tip Menjawab Soalan Literal

Page 13: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

Kehadiran Solihin tidak disedari oleh

Siti dan Alif kerana mereka sedang

membaca buku.

Tip Menjawab Soalan Literal

JAWAPAN

Page 14: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

Soalan Inferens

Soalan yang memerlukan jawapan yang harus

dicungkil daripada petikan.

Murid perlu buat kesimpulan terhadap fakta :

- Membuat interpretasi

- Memberikan bukti-bukti

- Teliti sebab & akibat

- Meramalkan tindakan

Page 15: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

PETIKAN 2 (SOALAN INFERENS)

“Awak hendak ke mana pagi-pagi begini, Alif?” tegur Solihin.

“Oh, awak, Solihin! Terperanjat saya,”jawab Alif.

“Kami hendak ke rumah datuk kami. Ada sesi latihan silat,” jelasnya.

“Hai, masa cuti sekolah begini pun awak masih mengikuti latihan silat!” kata Solihin lagi.

Tip Menjawab Soalan Inferens

Page 16: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

Solihin kehairanan apabila Alif

memberitahunya bahawa dia hendak ke sesi

latihan silat. Berikan satu sebab.

Tip Menjawab Soalan Inferens

SOALAN

Page 17: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

Solihin kehairanan disebabkan Alif masih

mengikuti latihan silat pada masa cuti

sekolah.

Tip Menjawab Soalan Inferens

JAWAPAN

Page 18: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

PETIKAN 3 (SOALAN INFERENS)

Alif tersenyum melihat mata Solihin terbeliak kehairanan. Alif pun menerangkan bahawa sudah menjadi kelaziman untuk mereka mengikuti sesi latihan silat sebanyak tiga kali setiap minggu walaupun semasa cuti sekolah.

Tip Menjawab Soalan Inferens

Page 19: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

PETIKAN 3 (SOALAN INFERENS)

“Awak tidak penat?” tanya Solihin.

“Tidaklah. Sesi latihan ini istimewa. Datuk kami guru sila. Dialah yang mengajar kami. Datuk kami mempunyai pengalaman mengajarkan silat selama 40 tahun.”

Menurut Alif lagi, mereka berdua sentiasa ingat akan pesanan datuk mereka agar rajin berlatih. Mereka disuruh berlatih pada setiap hari untuk mengasah kemahiran mereka.

Tip Menjawab Soalan Inferens

Page 20: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

Apakah dua perkara yang dilakukan secara

konsisten oleh Alif dan Siti untuk cemerlang

dalam silat?

Tip Menjawab Soalan Inferens

SOALAN

Page 21: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

Mereka mengikuti sesi latihan silat sebanyak

tiga kali setiap minggu dan rajin berlatih

setiap hari untuk mengasah kemahiran

mereka.

Tip Menjawab Soalan Inferens

JAWAPAN

Page 22: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

Soalan Penilaian

Soalan yang memerlukan penilaian murid

berdasarkan maklumat yang terdapat dalam teks.

Murid perlu :

- Membuat pertimbangan tentang isi teks

- Nyatakan pendirian / pandangan / pendapat

- Memberikan pandangan kritis

- Membuat perbandingan

Page 23: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

PETIKAN 4 (SOALAN PENILAIAN)

“Lagipun, datuk kami mengajarkan silat

dengan menggunakan cara yang kreatif. Misalnya,

dengan menggunakan permainan dan

menayangkan video. Jadi, tidaklah kami bosan.

Malah, mudah bagi kami untuk memahami

perkara yang diajarkan. Kami juga selalu diberi

hadiah kalau kami berjaya menguasai kemahiran

yang diajarkannya,” tambah Siti.

Tip Menjawab Soalan Penilaian

Page 24: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

PETIKAN 4 (SOALAN PENILAIAN)

“Wah, berunutngnya awak! Kalaulah saya ada

datuk seperti awak. Patutlah awak berdua

terpilih untuk mewakili negara kita; berbeza

dengan saya … ,” kata Solihin

Tip Menjawab Soalan Penilaian

Page 25: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

“Wah, beruntungnya awak! Kalaulah saya

ada datuk seperti awak.” Berikan dua sebab

Solihin berkata demikian.

Tip Menjawab Soalan Penilaian

SOALAN

Page 26: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

Solihin berkata demikian disebabkan datuk

Alif yang mengajarkan silat dengan cara

yang kreatif dan mereka selalu diberi

hadiah kalau mereka berjaya menguasai

kemahiran yang diajarkan datuk mereka.

Tip Menjawab Soalan Penilaian

JAWAPAN

Page 27: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

Soalan Penghayatan

Soalan yang memerlukan murid merumuskan /

memberikan pengajaran yang diraih daripada

bacaan petikan.

Murid perlu :

- Hubungkaitkan pengalaman sedia ada dengan

maklumat dalam teks.

- Memberikan alternatif.

- Menghasilkan idea baharu.

Page 28: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

PETIKAN 5 (SOALAN PENGHAYATAN)

Alif segera mencelah, “Awak juga boleh berjaya kalau

awak berusaha dengan gigih dan tidak mudah

berputus asa. Awak mahu belajar silat bersama-sama

kami?”

Wajah Solihin berseri-seri apabila mendengar

pelawaan Alif. Dengan pantas dia mengangguk. Dalam

hati Solihin tersemat tekad untuk mencontohi Alif

dan berjaya sepertinya.

Tip Menjawab Soalan Penghayatan

Page 29: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

Alif tidak lokek. Berikan dua contoh bagi

menyokong pernyataan ini.

Tip Menjawab Soalan Penghayatan

SOALAN

Page 30: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

Dua contoh itu ialah Alif bersedia berkongsi

pengalamannya berjaya dalam silat dengan

Solihin dan Alif mengajak Solihin belajar

silat bersama-samanya.

Tip Menjawab Soalan Penghayatan

JAWAPAN

Page 31: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

Soalan Semantik

Murid perlu beri makna / terangkan maksud bagi

perkataan yang berhuruf tebal.

Murid perlu :

- Terangkan maksud mengikut konteks dalam 5

perkataan.

- Cari petunjuk (clue) untuk teka maksud kekata yang

tidak difahami/diketahui.

- Pembayang maksud boleh terdapat di dalam ayat

sebelum & sesudah perkataan tersebut.

Page 32: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

Berdasarkan petikan karangan di halaman

42, berikan maksud perkataan-perkataan

yang berikut dengan menggunakan tidak

lebih daripada lima patah perkataan

(i) mengikuti

(ii) istimewa

(iii) pesanan

Tip Menjawab Soalan Semantik

SOALAN

Page 33: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

Satu perkataan dalam petikan yang

bermaksud kemahuan yang bersungguh-

sungguh ialah _______________________.

Tip Menjawab Soalan Semantik

SOALAN

Page 34: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

SEBELUM MENJAWAB SOALAN

KEFAHAMAN…

Baca dan fahami soalan.

Cari fakta-fakta yang dikehendaki.

Sesuaikan jawapan dengan soalan.

Periksa dan semak jawapan. Pastikan

semua bahagian telah terjawab.

Tip Menjawab Kefahaman Subjektif

Page 35: Cara-cara Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

TERIMA KASIH