prinsip pengurusan

35
NOTA; Perhatian!!, Ini adalah cadangan dan ilmu yang baik daripada Allah SWT dan kekurangan mohon ditambah baik oleh anda semua. KOD KURSUS BBPP1103 TAJUK KURSUS PRINCIPLES OF MANAGEMENT

Upload: mohd-nizam-mohd-karli

Post on 21-Jul-2016

269 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

asas pengurusan

TRANSCRIPT

Page 1: Prinsip Pengurusan

NOTA;Perhatian!!,

Ini adalah cadangan dan ilmu yang baik daripada Allah SWT dan kekurangan mohon ditambah baik oleh anda semua.

KOD KURSUS BBPP1103

TAJUK KURSUSPRINCIPLES OF MANAGEMENT

Page 2: Prinsip Pengurusan

BBPP1103ISI KANDUNGAN Muka Surat

1.0 PENGENALAN 1

1.1 Definisi Pembuatan Keputusan 1

1.2 Persekitaran Pembuatan Keputusan 2

1.3 Proses Pembuatan Keputusan yang Rasional 4

1.4 Jenis-jenis Pembuatan Keputusan Secara Berkumpulan 5

2.0 Pembuatan Keputusan Menggunakan Teknik Kumpulan Nominal 7

2.1 Pencetusan Idea atau Tulis Idea 7

2.2 Pembentangan Idea 7

2.3 Bincang Kelebihan dan Kelemahan 8

2.4 Undi dan Laksanakan Idea 8

3.0 Aplikasi Teknik Kumpulan Nominal Dalam Seharian 10

3.1 Pemilihan Tempat Pengajian 10

3.2 Pemilihan Penerimaan Tender 11

3.3 Perlantikan Jawatan di dalam Syarikat 12

3.4 Pemilihan Rawatan Kesihatan 12

4.0 Kelebihan Teknik Kumpulan Nominal 14

4.1 Idea atau Pendangan Daripada Pelbagai Perspektif 14

4.2 Penglibatan Semua Ahli 14

4.3 Mengelakkan Sifat Diskriminasi 15

4.4 Mendapat Keputusan Secara Lembut atau Berhemah 15

5.0 Kelemahan Teknik Kumpulan Nominal 17

5.1 Penyelesaian yang Berlimitasi 17i

Page 3: Prinsip Pengurusan

BBPP1103

5.2 Semua Ahli Wajib Menerima Keputusan Undian 17

5.3 Memerlukan Perancangan Tersusun 18

5.4 Memperuntukkan Sejumlah Waktu 18

6.0 KESIMPULAN DAN RUMUSAN 19

RUJUKAN 20

ii

Page 4: Prinsip Pengurusan

BBPP1103

1.0 PENGENALAN

Pembuatan keputusan dalam seharian adalah kerap berlaku tanpa disedari.

Perkara ini tidak dapat dinafikan bahkan begitu mudah untuk dibuktikan seperti contoh,

sewaktu hendak memulakan aktiviti harian. Bermula dengan tindakan untuk memelih

tempat sarapan pagi hinggakan untuk menentukan waktu pulang daripada pejabat.

Setiap daripada kita akan menilai, memilih dan mempertimbangkan keadaan yang

terbaik, dalam situasi harian tersebut itulah proses yang dinamakan pembuatan

keputusan. Bahkan jika kita bekerja sebagai pengurus atau orang yang membuat

keputusan proses ini sering kali kita akan lakukan.

1.1 Definisi Pembuatan Keputusan

Pembuatan keputusan adalah satu proses memilih beberapa altenatif atau

pilihan uuntuk menentukan hasil yang terbaik selepas menilai atau membuat

pertimbangan yang wajar berdasarkan beberapa persekitaran atau kretiria. Erti

kata lain merupakan ia merupakan proses menganal pasti masalah, mencari

cadangan penyelesaian dengan memilih yang terbaik dan melaksanakan cadangan

pemulihan yang dipilih.

Semasa pembuatan keputusan dibuat, konsep rasional adalah wajib dan ia

mestilah berdasarkan fakta atau ilmu yang releven dengan sebab-sebab yang

munasabah bagi memastikan bahawa keputusan yang dibuat adalah merupakan

keputusan yang terbaik. Biasanya dalam sesebuah organisasi pasti perkara ini

berlaku dan ia dilakukan oleh pembuat keputusan atau orang yang diberi

tanggungjawab membuat keputusan iaitu pengurus. Maka seterusnya pembuat

keputusan ini akan terikat dalam persekitaran pembuatan keputusan yang akan

dibincangkan seperti berikut.

1

Page 5: Prinsip Pengurusan

BBPP1103

1.2 Persekitaran Pembuatan Keputusan

Pembuatan keputusan semuanya bergantung kepada persekitaran

mendapatkan keputusan yang baik dalam menyelesaikan masalah atau perkara

yang timbul. Secara ringkasnya pembuatan keputusan ini akan berlaku sama ada

mempunyai maklumat yang lengkap, maklumat yang tidak lengkap atau pun tiada

sebarang maklumat langsung yang akan menyebabkan persekitaran ini

membentuk tiga bahagian.

Gambarajah 1

Gambarajah 1 menunjukkan tiga bahagian dalam persekitaran pembuatan

keputusan.

1.2.1 Membuat Keputusan dalam Keadaan Kepastian

Maklumat yang lengkap diperolehi oleh pembuat keputusan dan ini

memudahkan untuk proses menganalisis dan menilai keputusan terbaik

daripada pengurus untuk mendapatkan pulangan atau jalan penyelesaian

yang optimum.

Sebagai contoh penjual makanan segera yang mendapat kertas

kerja lengkap melalui skim francais A dan B. Skim francais A mendapat

pulangan keuntungan 25% dalam masa 6 bulan, manakala skim francais B

menawarkan keuntungan yang sama 25% tatapi hanya mengambil masa 3

bulan sahaja. Maka dalam situasi ini jelas menunjukkan pilihan pengurus

adalah skim francais B disebabkan pulangan yang sama diperolehi tetapi

dalam masa yang lebih pantas atau cepat.

2

Pembuatan Keputusan

Keadaan Pasti

Tidak Pasti

Keadaan Berisiko

Page 6: Prinsip Pengurusan

BBPP1103

1.2.2 Membuat Keputusan dalam Keadaan Ketidakpastian

Keadaan untuk membuat keputusan dalam keadaan ketidakpastian

adalah yang paling sukar. Semasa ini berlaku pengurus terpaksa

menggunakan budibicara atau pengalaman mereka sendiri untuk menilai

yang terbaik bagi mendapatkan pulangan pelaburan syarikat mereka.

Sebagai contoh syarikat MZ Enterprise menjual alat tulis dan ingin

memperkenalkan produk baru di kawasan perniagaan mereka dengan

menjual makanan sejuk beku, sedangkan di kawasan tersebut tidak ada

kedai lain yang menjual makanan sejuk beku. Oleh itu sebagai langkah

permulaan mereka terpaksa membuat promosi dan pembungkusan

percubaan untuk mengetahui citarasa pengguna di kawasan tersebut.

Maka keputusan alternatif yang perlu dibuat adalah dengan

membuat pembungkusan yang kecil sebagai pek percubaan dengan

pelbagai harga yang murah sama ada pek RM5.00 atau RM10.00.

1.2.3 Membuat Keputusan dalam Keadaan Berisiko

Situasi ini adalah disebabkan pengurus atau pembuat keputusan

hanya mendapat maklumat yang sedikit atau tidak lengkap. Hanya

berdasarkan maklumat yang sedikit inilah pengurus terpaksa meramal atau

membuat unjuran keuntungan bagi sesebuah syarikat untuk

menganggarkan keuntungan dengan risiko perubahan permintaan

pengguna atau risiko-risiko lain.

Sebagai contoh pilihan pelaburan dalam syarikat dalam tiga

keadaan lokasi penjualan produk A iaitu pertama jualan dipasaraya

mendapat keuntungan bersih RM1500.00, jualan di pasar malam mendapat

keuntungan RM800.00 dan jualan secara ”direct sales” mendapat

keuntungan RM1100.00.

Jika situasi ini berlaku pengurus dengan mudah dapat membuat

keputusan boleh menambah kuata produk untuk jualan di pasaraya tetapi

pada masa yang sama pengurus itu tidak mengetahui adakah pasaraya

3

Page 7: Prinsip Pengurusan

BBPP1103

tidak akan menaikkan sewa premis atau tapak pameran yang mungkin

akan menjejaskan keuntungan bersih mereka pada masa depan.

1.3 Proses Pembuatan Keputusan yang Rasional

Pembuatan keputusan yang rasional adalah merupakan satu proses untuk

mendapatkan keputusan yang terbaik dan secara optimum berdasarkan opsyen

yang ada secara sistematik yang berdasarkan fakta, pendapat dan sebab-sebab

yang munasabah. Ia bersistematik kerana melalui beberapa fasa yang tersusun

seperti mentakrif masalah, minilai alternatif keputusan dan memilih opsyen

keputusan yang terbaik dan tersedia. Secara ringkas keputusan yang rasional pasti

melalui langkah seperti gambarajah 2 di bawah ;

Gambarajah 2

4

Takrif Masalah

Kenal Pasti Kriteria

Keputusan

Peruntukan Pemberat

Setiap Kriteria

Jana Penyelesaian

Altenatif

Menilai Altenatif

Pilih Keputusan Optimum

Page 8: Prinsip Pengurusan

BBPP1103

1.4 Jenis-jenis Pembuatan Keputusan Secara Berkumpulan

Pembuatan keputusan secara berkumpulan adalah yang terbaik untuk

mendapatkan keputusan yang paling optimum. Struktur pentadbiran yang

mengamalkan konsep membuat keputusan secara berkumpulan ini biasa menjadi

amalan dan praktis di mana-mana sahaja sama ada syarikat perniagaan atau

pentadbiran kerajaan yang melalui mesyuarat atau seumpamanya.

Terdapat tiga kaedah dalam membuat keputusan secara berkumpulan iaitu

Sumbangsaran(brainstorming), Teknik Kumpulan Nominal dan Teknik Delphi

dan secara ringkasnya adalah seperti berikut;

1.4.1 Sumbangsaran

Teknik ini menggalakkan semua orang menjana atau memberikan

idea-idea sebanyak mungkin dan maklumbalas negetif tidak

dibenarkan sama sekali kecuali semua pendapat atau idea telah di

dengar. Teknik ini biasanya melibatkan sekurang-kurangnya lima

orang barulah dapat dilaksanakan secara berkesan. Masing-masing

akan memberi buah fikiran bergilir-gilir dan cadangan atau idea

mereka akan dikumpul dan dinilai mengikut kelebihan dan kelemahan

yang ada.

1.4.2 Teknik Kumpulan Nominal

Teknik ini adalah salah satu cara dengan memberikan cadangan-

cadangan daripada ahli kumpulan yang akan dinilai terlebih dahulu

sebelum dibentangkan kepada ahli kumpulan yang lain.

Teknik ini menggunakan empat langkah asas yang digunapakai iaitu;

a. Mencatat idea secara individu untuk masalah yang dibincangkan

b. Para ahli akan membentangkan idea kepada ahli kumpulan yang

lain dan dicatatkan semula untuk dikaji dan dirujuk semua ahli

kumpulan

c. Perbincangan untuk menilai kelebihan dan kelemahan idea yang

dibentangkan.

5

Page 9: Prinsip Pengurusan

BBPP1103

d. Ahli kumpulan mengundi untuk memilih idea yang dibentangkan

dan idea yang mendapat undian tertinggi akan dilaksanakan.

1.4.3 Teknik Delphi

Teknik ini adalah kaedah pembuatan keputusan melalui panel

pakar yang akan mencari penyelesaian dengan menjawab beberapa

soalan dan bekerja bersama panel yang lain untuk mendapatkan

keputusan yang terbaik untuk setiap isu yang mereka cuba selesaikan.

Kaedah ini tidak mewajibkan perjumpaan secara bersemuka kerana

biasanya ia boleh dibuat melalui media komunikasi seperti email,

sidang video atau laman sosial tertutup.

Teknik ini juga akan melibatkan beberapa langkah berikut;

a. Pakar dalam sektor berkaitan dikenal pasti dan dipilih

b. Sebarang masalah diolah dalam bentuk soalan terbuka

c. Soalan terbuka atau soal selidik itu diserah kepada pakar atau ahli

panel supaya mensyorkan penyelesaian.

d. Soal selidik yang lengkap akan diserahkan semula kepada

pengurus.

e. Jawapan dirumuskan dan digabungkan dalam bentuk laporan dan

diserahkan kepada ahli panel bersama soal selidik yang lebih

spesifik untuk dikaji semula.

f. Laporan tersebut akan dibaca oleh ahli panel untuk mengetahui

cadangan daripada panel-panel lain dan soal selidik yang kedua

akan dilengkapkan.

g. Proses tersebut akan diulang-ulang sehingga mendapat keputusan

sebulat suara.

Terdapat kelebihan-kelebihan dan kelamehan-kelemahan dalam pembuat

keputusan secara berkumpulan namun tugasan ini akan membincangkan secara khusus

berkaitan pembuatan keputusan secara berkumpulan di bawah satu kaedah Teknik

Kumpulan Nominal dalam topik selepas ini.

6

Page 10: Prinsip Pengurusan

BBPP1103

2.0 Pembuatan Keputusan Menggunakan Teknik Kumpulan Nominal

Topik sebelum ini telah membincangkan dan menjelaskan berkaitan pembuatan

keputusan dan teknik-teknik pembuatan keputusan secara berkumpulan dengan

dinyatakan secara ringkas. Oleh itu di sini akan dibincangkan pula secara terperinci

berkaitan Teknik Kumpulan Nominal dalam pembuatan keputusan secara berkumpulan.

Teknik ini mempunyai beberapa kaedah atau cara yang diaplikasikan semasa

mencari jalan penyelesaian terhadap isu atau pun masalah yang dihadapi. Konsep

pemilihan jalan penyelesaian melalui perbincangan berkumpulan ini, amat berguna untuk

atau bagi kebanyakan organisasi. Biasanya juga teknik yang hampir serupa diamalkan

oleh kebanyakan kerajaan di dunia melalui sistem perlembagaan berparlimen. Teknik ini

juga dikenali dengan teknik berlembut dalam membuat keputusan.

Proses dalam menggunakan kaedah pembuatan keputusan melalui Teknik

Kumpulan Nominal ini terdiri daripada empat langkah berikut.

2.1 Pencetusan Idea atau Tulis Idea.

Setiap ahli kumpulan adalah digalakkan untuk menulis pendapat atau idea

dengan menggunakan nota kecil untuk menyelesaikan sesuatu isu atau

masalah sebelum dibentangkan dan dibahaskan. Proses ini biasanya diberi

dalam masa 10 ke 20 minit

2.2 Pembantangan Idea.

Setiap ahli kumpulan akan menyatakan atau membentangkan pendapat atau

idea mereka kepada ahli kumpulan yang lain. Cadangan-cadangan ini akan

dicatatkan dalam papan notis atau papan hitam atau direkodkan didalam

komputer dan dipancarkan ke papan layar melalui “LCD Projector” supaya

mudah untuk ahli-ahli yang lain membuat rujukan dan penilaian awal. Proses

ini pula biasanya bergantung kepada bilangan ahli yang berkumpul kerana

jika ramai, setiap pasti mereka diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan

7

Page 11: Prinsip Pengurusan

BBPP1103

idea mereka itu. Secara amnya akan mengambil masa lebih kurang 15 ke 30

minit.

2.3 Bincang Kelebihan dan Kelemahan

Setelah semua ahli membentangkan idea mereka maka bermulalah sesi

perbincangan untuk menentukan kelebihan dan kelemahan idea berkenaan

yang akan dicatatkan. Proses inilah yang biasanya memakan masa yang agak

panjang dan pada kebiasaannya mengambil masa 45 minit ke 1 jam untuk

masing-masing meyakinkan kelebihan-kelebihan cadangan atau idea daripada

mereka.

2.4 Undi dan Laksanakan Idea

Selepas pembentangan dan perbincangan berkaitan kelebihan dan kelemahan

idea, maka tibalah masa untuk setiap ahli kumpulan mengundi dalam kertas

kecil untuk memilih cadangan yang difikirkan paling sesuai untuk mereka

menangani masalah atau isu yang sedang dihadapi. Setelah itu mereka akan

melaksanakan idea yang terpilih dengan undian yang terbanyak itu. Proses ini

hanya mengambil 5 ke 10 minit sahaja kerana pembentangan idea dan

kelabihan serta kelamahan telah dilakukan sebelum ini.

Gambarajah 3

8

Tulis Idea

Bentang Idea

Bincang Kelebihan & Kelemahan

Undi & Laksanakan Idea

Page 12: Prinsip Pengurusan

BBPP1103

Gambarajah 3 di atas adalah menunjukkan secara ringkas proses yang berlaku

dalam pembuatan keputusan yang menggunakan Teknik Kumpulan Nominal.

Oleh itu penjelasan-penjelasan kaedah dalam pembuatan keputusan secara

berkumpulan yang menggunakan teknik ini diharap dapat difahami dan digunapakai

secara meluas kerana terdapat pelbagai kelebihan-kelebihan yang tertentu yang boleh

diaplikasikan dalam kehidupan seharian yang akan dibincangkan dalam topik 3 selepas

ini.

9

Page 13: Prinsip Pengurusan

BBPP1103

3.0 Aplikasi Teknik Kumpulan Nominal Dalam Seharian

Kehidupan seharian setiap manusia tidak dapat lari daripada untuk membuat

keputusan sama ada melibatkan perkara dalam pekerjaan, perniagaan atau pun semasa

bersosial dengan masyarakat. Keputusan yang dibuat pula boleh melibatkan orang lain

dengan meminta pendapat mereka secara rasmi atau secara bersahaja. Berikut dinyatakan

beberapa contoh penggunaan pembuatan keputusan yang Menggunakan Teknik

Kumpulan Nominal.

3.1 Pemilihan Tempat Pengajian

Situasi ini biasanya berlaku kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya yang hendak memilih tempat

mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Perlu diingat

bahawa pemilihan tempat untuk mereka ini menyambung pelajaran adalah

berdasarkan maklumat dan fakta yang sahih sahaja. Sekiranya maklumat yang

tidak lengkap akan menjejaskan pemilihan yang terbaik untuk mereka melangkah

ke peringkat universiti.

Proses ini bermula apabila perbincangan yang sistematik dilakukan di

bawah pemantauan guru konsuler atau guru kelas seperti di Sekolah Menengah

Kebangsaan Sijangkang Jaya Telok Panglima Garang. Setiap pelajar diminta

membuat cadangan dan mendapatkan maklumat berkaitan universiti pilihan

masing-masing. Guru selaku pemantau akan meminta pelajar mendapatkan

maklumat tersebut dan akan dibentangkan oleh setiap pelajar. Selepas semua

pelajar didalam kelas membentangkan idea mereka barulah guru pembimbing

akan memulakan sesi perbincangan mengenai kelebihan-kelebihan dan

kelemahan-kelemahan universiti yang berkaitan yang juga dinyatakan sendiri oleh

pelajar terbabit.

Proses ini juga akan mendapatkan keputusan yang optimum kepada para

pelajar untuk melanjutkan pengajian mereka dalam subjek pilihan yang

ditawarkan oleh pihak universiti. Biasanya proses ini juga berlaku kepada pelajar

10

Page 14: Prinsip Pengurusan

BBPP1103

sains tulin yang hendak melanjutkan pelajaran bersama rakan-rakan sekalas

mereka. Setelah itu undian akan dibuat untuk memilih universiti yang pada waktu

itu sebagai pilihan terbaik untuk mereka memohon dan melanjutkan pelajaran di

universiti berkenaan beramai-ramai.

3.2 Pemilihan Penerimaan Tender

Pemilihan dan penerimaan tender ini biasanya berlaku di dalam syarikat-

syarikat atau badan kerajaan yang menawarkan tender seperti kerajaan tempatan

atau Jabatan Kerja Raya. Setiap pemberian tender jabatan kerajaan adalah dikawal

selia dan dipantau secara ketat untuk mengelakkan berlakunya kebocoran

maklumat begitu juga di dalam sebuah syarikat atau organisasi yang besar.

Kaitan teknik ini dengan pemilihan tender adalah berdasarkan mesyuarat

pemilihan yang dilakukan oleh penawar tender yang dilakukan menggunakan

kaedah atau Teknik Kumpulan Nominal. Ini kerana dalam pemilihan tender adalah

menjadi satu kesalahan surius di bawah Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah

Malaysia yang dikhuatiri berlaku penyalahgunaan kuasa jika hanya individu

tertentu sahaja yang melantik atau meluluskan pemberian tender tersebut.

Oleh itu setiap pemberian tender sama ada kerajaan atau swasta pasti akan

dilakukan secara berkumpulan yang akan membincangkan kelayakan-kelayakan

petender melalui borang-borang tender yang dihantar. Setiap ahli kumpulan yang

bermesyuarat akan membentangkan idea berdasarkan profil syarikat yang

menawarkan diri. Maka satu perbincangan akan dilakukan untuk menentukan

kelayakan dan kelebihan syarikat tersebut. Akhirnya undian akan dibuat untuk

memilih syarikat yang berkelayakkan dan satu surat tawaran akan dibuat kepada

pemenang tender.

11

Page 15: Prinsip Pengurusan

BBPP1103

3.3 Perlantikan Jawatan di dalam Syarikat

Setiap syarikat mempunyai lembaga pengarah dan mereka adalah orang

yang bertanggungjawab untuk melantik peneraju syarikat dan jawatan-jawatan

yang seumpamanya. Sebagai contoh Perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif atau

CEO dan ini adalah amat penting untuk memastikan perjalanan syarikat bergerak

maju dan berdaya saing.

Perlantikan jawatan CEO dalam sesebuah syarikat terutamanya syarikat

gergasi seperti MAS, TNB dan TM Malaysia Berhad bahkan syarikat kecil pun

akan menggunakan Teknik Kumpulan Nominal ini. Setiap lembaga pengarah akan

biasanya mempunyai calon-calon mereka untuk diletakkan ke jawatan tertinggi

itu. Semasa mesyuarat lembaga pengarah mereka akan membentang cadangan-

cadangan mereka kepada ahli lembaga pengarah yang lain.

Seterusnya perbincangan setiap calon diadakan bagi menentukan

kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan yang ada pada mereka. Ini adalah

perlu kerana CEO adalah orang yang akan menentukan keuntungan syarikat, jika

syarikat mengalami kerugian maka ahli lembaga pengarah turut akan rugi. Setelah

itu undian akan dibuat oleh semua ahli lembaga pengarah untuk melantik CEO

dan satu surat tawaran perjawatan akan diberikan kepada calon yang mendapat

undian atau sokongan ramai.

3.4 Pemilihan Rawatan Kesihatan

Kesihatan merupakan aset yang tidak ternilai yang diberikan oleh Allah

SWT kepada manusia. Namun adakalanya tuhan menguji kesihatan kita dalam

bentuk penyakit yang kita hadapi sama ada rela atau pun tidak. Dalam erti kata

lain penyakit boleh datang kepada setiap manusia tanpa diundang.

Situasi ini khas ini akan mengingatkan diri saya sendiri agar sentiasa

bersyukur kepada kesihatan dengan menjaga ke tahap yang optimum. Tetapi jika

ada juga masalah kesihatan yang timbul maka kita perlu terima hakikat dan redha

dengan menganggap ia adalah satu ujian daripada tuhan kepada hamba-

12

Page 16: Prinsip Pengurusan

BBPP1103

hambanya. Saya membawakan contoh pengalaman yang telah dialami sendiri

iaitu bermula dengan tafakur kepada pemergian bonda tercinta buat selamannya

pada 8 FEB 2014 yang lalu.

Ibu saya dikurniakan lapan orang anak dan antaranya seorang doktor yang

masih bertugas dengan Kementerian Kesihatan. Kami sekeluarga terpaksa

menggunakan pembuatan keputusan dengan Teknik Kumpulan Nominal apabila

ibu kami disyakki mengidap kenser oleh satu hospital swasta di Klang. Sebagai

anak kami inginkan yang terbaik untuk rawatan ibu kami ini. Satu perbicangan

khas diadakan untuk mendapatkan rawatan perubatan yang terbaik kepada ibu

kami.

Kami adik beradik berusaha untuk mendapatkan maklumat pusat rawatan

sama ada secara klinikal atau pun rawatan tradisional. Setiap ahli keluarga

memberikan pandangan dan kelebihan-kelebihan pusat rawatan yang dicadangkan

termasuk pusat rawatan islam, hospital swasta dan hospital-hospital kerajaan.

Hasil daripada pembentangan idea dan perbincangan daripada adik beradik yang

lain maka hospital Putrajaya menjadi pilihan sebagai pusat kesihatan terbaik

untuk bonda kami. Ternyata pilihan kami adalah tepat memandangkan ia

bersebelahan dengan pusat kenser negara dan hospital putrajaya itu sendiri

mempunyai tenaga pakar dan fasiliti yang terkini.

Pengunjung juga berasa selesa semasa waktu melawat disebabkan terdapat

pelbagai kemudahan untuk mereka termasuk mesin ATM dan kedai buah tangan,

taman permainan untuk kanak-kanak dan keperluan-keperluan lain. Apa yang

pasti kaedah ini boleh diaplikasi juga kepada orang ramai untuk mendapatkan

rawatan yang terbaik kepada mereka. Sebagai perkongsian bahawa walaupun

dengan kecanggihan dan keselesaan tempat rawatan itu, ia akan tidak menjanjikan

kita boleh pulih daripada penyakit yang dihadapi dan kami sekeluarga redha dan

menerima pemergian ibunda tercinta kami itu dengan hati yang rela disebabkan

usaha kami untuk mendapatkan rawatan yang terbaik telah tercapai dengan

menggunakan kaedah ini.

13

Page 17: Prinsip Pengurusan

BBPP1103

4.0 Kelebihan Teknik Kumpulan Nominal

Kelebihan pembuatan keputusan menggunakan kaedah ini adalah boleh dianggap

juga sebagai kelabihan pembuatan keputusan secara berkumpulan yang terbaik. Antara

kelebihan-kelebihan itu adalah seperti berikut;

4.1 Idea Atau Pandangan Daripada Pelbagai Perspektif

Melalui teknik ini setiap ahli kumpulan mempunyai pandangan atau idea

masing-masing. Ini disebabkan latar belakang ahli yang berbeza-beza dan

menjadikan idea yang wujud adalah mengikut trend pemikiran mereka yang juga

berbeza. Oleh itu pelbagai opsyen diperoleh untuk dibincangkan bagi mencapai

objektif iaitu menyelesaikan masalah atau isu yang timbul.

Secara tidak langsung pembentangan idea mereka menjadikan satu

penyampaian maklumat yang mungkin mereka tidak ketahui sebelum ini seperti

mana contoh sebelum ini iaitu sewaktu mendapatkan rawatan kesihatan untuk

bonda kami sekeluarga, yang mana latar belakang adik-beradik kami adalah

berbeza. Ada yang mencetuskan idea sebagai seorang guru, doktor, ahli politik,

usahawan dan juga pekerja kilang, namun apa yang dapat dikongsi adalah

berdasarkan maklumat-maklumat kesihatan daripada pelbagai latar belakang.

Kaitannya adalah apabila doktor menyampaikan idea maka secara tidak

langsung pekerja kilang akan mendapat informasi kedoktoran dan apabila pekerja

kilang pula menyatakan ideanya yang berkisarkan kualiti perkhidmatan diterima

di hospital apabila pesakit tidak berjawatan besar atau berpengaruh. Secara tidak

langsung doktor akan mendapat maklumat tentang kualiti perkhidmatan itu tadi.

4.2 Penglibatan Semua Ahli

Semua ahli akan terlibat dalam memberikan idea dan pandangan. Lalu

semua akan terlatih untuk memberikan buah fikiran secara terancang. Tidak akan

ada antara ahli yang akan dikecualikan daripada memberikan sebarang pendapat

dan idea bagi menyelasaikan isu atau masalah yang timbul. Oleh itu sikap rasa

14

Page 18: Prinsip Pengurusan

BBPP1103

diketepikan atau diabaikan oleh ahli tidak akan timbul bahkan mereka akan rasa

berpuashati kerana pandangan dan idea mereka didengar.

Hasil daripada penglibatan semua ahli dalam memberikan idea

menjadikan sebuah organisasi itu bertambah matang dan sentiasa dapat

menyelesaikan masalah pada kadar segera. Ini menjadikan mereka sentiasa maju

dan proaktif dalam perniagaan atau pentadbiran mereka.

4.3 Mengelakkan Sifat Diskriminasi

Sesebuah organisasi yang menjadikan teknik ini sebagai amalan dalam

pembuatan keputusan dapat mengelakkan sifat diskriminasi oleh sesetengah

pengurus atau pembuat keputusan. Oleh itu setiap ahli dalam kumpulan organisasi

itu akan sentiasa rasa dihargai apabila diberi peluang untuk menyampaikan idea

dan pandangan mereka terutamanya perkara yang melibatkan kebajikan.

Jika semua orgasnisasi bertindak mengikut teknik ini maka pastinya

persatuan pekerja di kilang-kilang akan tutup. Ini kerana majikan yang prihatin

dengan kebajikan pekerja akan disayangi oleh semua pekerja mereka bahkan ada

ketika syarikat mengalami kegawatan, mereka enggan untuk meninggalkan

majikan mereka bahkan sanggup hanya dibayar dengan gaji asas sahaja.

4.4 Mendapatkan Keputusan Secara Lembut Atau Berhemah.

Sebagaimana pernah dinyatakan sebelum ini di topik di atas teknik ini

juga tergolong dalam pembuatan keputusan secara lemah lembut atau berhemah.

Ini bermaksud setiap perbincangan mendapatkan penyelesaian optimum dalam isu

atau masalah dilakukan secara tertib dan tiada kekerasan. Ini kerana mereka hanya

menyuarakan pandangan, idea atau pendapat secara bermesyuarat manakala

keputusan yang diambil berdasarkan undian, memberikan peluang yang sama rata

kepada semua ahli setelah mereka membentangkan hujah-hujah dalam

menyatakan kelebihan-kelebihan idea mereka.

15

Page 19: Prinsip Pengurusan

BBPP1103

Islam juga telah menggariskan panduan dalam proses pembuatan

keputusan adalah melalui mesyuarat atau berkumpulan sebagaimana di dalam Al-

Quran Surah Al Syura ayat 38;

Bermaksud;

Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan

mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuarat antara

mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang kami berikan kepada

mereka.

Adalah sebaik-baiknya setiap pembuatan keputusan itu dilakukan dan

dilaksanakan secara berkumpulan untuk menambah kemesraan sesama ahli atau angota

organisasi itu sendiri.

5.0 Kelemahan Teknik Kumpulan Nominal

16

Page 20: Prinsip Pengurusan

BBPP1103

Terdapat juga beberapa kelemahan yang akan dinyatakan dibawah sebagai

perkongsian untuk menjadikan teknik ini masih dibawah urus-selia apabila kita

menggunakannya. Ini supaya dapat memaksimakan hasil penyelesaian dengan

mengurangkan kesan kelemahan yang terpaksa dialami semasa menggunakan teknik

pembuatan keputusan secara berkumpulan ini seperti, pengurusan masa yang efisyen.

5.1 Penyelesaian Yang Berlimitasi

Penggunaan teknik ini adalah terhad kepada satu masalah yang

dibincangkan dalam satu-satu masa. Oleh kerana ia melibatkan pembentangan

idea yang khusus untuk menyelesaikan satu masalah maka semua ahli kumpulan

hanya menumpukan untuk mendapatkan penyelesaian terbaik untuk isu itu sahaja.

Sebagai contoh misteri kehilangan MH370 yang berlaku, perbincangan

hanya melibatkan tumpuan terhadap operasi ”Search and Recue” sahaja kerana

pada masa ini ia menjadi keutamaan untuk mencari dan menyelamatkan semua

anak kapal dan penumpang berkenaan. Manakala isu-isu keselamatan negara iaitu

aset pertahanan negara seperti radar hanya boleh dibincangkan selepas menemui

pesawat berkenaan.

5.2 Semua Ahli Wajib Menerima Keputusan Undian.

Semua ahli yang terlibat dalam kumpulan perlu menerima keputusan yang

telah diundi dan dilaksanakan walaupun cadangan penyelesaian itu bukan

daripada idea asal mereka sendiri. Dalam erti kata lain perlu menerima keputusan

muktamat dalam mesyuarat dan tidak melakukan sebarang sabotaj kepada

keputusan tersebut.

Oleh itu setiap ahli adalah terikat dan perlu patuh dengan keputusan

undian itu serta berusaha untuk melaksanakan idea yang telah terpilih tanpa

menimbulkan masalah lain bagi menjamin keberkesanan penyelesaian. Ini karana

pada sesi pembuatan keputusan yang lain, mungkin pendapatnya yang akan

digunapakai dan dilaksanakan untuk isu atau masalah yang lain.

5.3 Memerlukan Perancangan Tersusun

17

Page 21: Prinsip Pengurusan

BBPP1103

Penggunaan pembuatan keputusan yang menggunakan teknik ini adalah

memerlukan perancangan yang teliti atau tersusun. Ini adalah disebabkan

pembentangan idea-idea daripada ahli memerlukan frasarana yang perlu

disediakan terlebih dahulu, seperti alat tulis, papan putih atau hitam, kamputer dan

mungkin alat audio visual. Tiada perkara atau perbincangan yang sepontan untuk

membuat perbincangan dalam kaedah atau Teknik Kumpulan Nominal ini.

Setiap ahli perlu bersedia dengan idea dan pendapat masing-masing untuk

dibentangkan kepada ahli kumpulan yang lain bagi mendapatkan opsyen solusi

yang pelbagai. Setelah itu barulah mereka dapat membincangkan kelebihan dan

kelemahan hasil gabungan idea yang telah dibentangkan.

5.4 Memperuntukkan Sejumlah Waktu

Oleh kerana perbincangan melibatkan pelbagai pihak dan penyediaan

frasarana maka para ahli juga perlu memperuntukkan waktu untuk bermesyuarat

atau semasa membentang dan membincangkan kelebihan dan kelamahan idea.

Selain itu juga setiap ahli perlu hadir dengan waktu yang tidak ketentuan bila

akhirnya untuk mendapatkan keputusan atau penyelesaian yang muktamat. Dalam

erti kata lain waktu dalam mesyuarat seperti ini adalah tidak tetap dari segi

tempohnya.

Kesannya juga akan menyebabkan mereka hilang fokus apabila mesyuarat

yang diadakan terlalu lama disebabkan cetusan idea yang banyak dan perlu

dibincangkan.

6.0 Kesimpulan dan Rumusan

18

Page 22: Prinsip Pengurusan

BBPP1103

Pada dasarnya tiada keputusan individu yang boleh mengatasi penyelesaian yang

dilakukan secara berkumpulan. Sesungguhnya juga pembuatan keputusan secara

berkumpulan yang menggunakan Teknik Kumpulan Nominal adalah terbaik dan boleh

diaplikasikan dalam banyak perkara yang memerlukan penyelesaian berhemah dan

berkesan. Perbezaan yang paling nyata antara teknik ini dengan Teknik Sumbangsaran

dan Teknik Delphi adalah dengan undian.

Kaedah undian ini menjadikan ia unik dan boleh diterima pakai dalam pelbagai

masalah oleh masyarakat umum dengan mengambil kira dan melaksanakan keputusan

secara mejoriti. Teknik ini akan memastikan pandangan semua ahli tanpa mengira latar

belakang dibentang dan dibincangkan. Ini merupakan satu lagi kebaikan dimana hasilnya

pelbagai perkongsian maklumat dapat diperoleh dan dibincangkan bersama.

Secara ringkasnya juga Teknik Kumpulan Nominal ini akan merapatkan hubungan

sesama ahli di mana meraka dapat bersua muka dalam mesyuarat yang diadakan. Mereka

juga dapat mengenali secara tepat berkaitan ahli-ahli yang lain berbanding hanya melalui

email atau media lain. Kemesraan yang terjalin ini adalah menjadi tuntutan sunah dan

moral yang tinggi kerana dapat merapatkan tali persahabatan atau antara majikan dengan

pekerja atau pemimpin dengan rakyat.

Perspektif yang berbeza ini membuka ruang minda dan memberi input baru dalam

corak berfikir dan mencetuskan idea pada masa akan datang kepada semua ahli yang

terlibat. Akhirnya perubahan minda ini akan mengubah hidup masyarakat biasa kepada

masyarakat seperti negara maju yang selari dengan kemajuan pesat negara dalam

menyediakan infrastruktur kelas pertama dunia. Keseimbangan ini pasti akan menjadikan

negara bertambah makmur dan mempunyai kestabilan politik yang terbaik.

Sekian.

RUJUKAN

19

Page 23: Prinsip Pengurusan

BBPP1103

Al-Quran, Mushaf Tajwid Terjemahan Sheikh Abdullah Basmeih, Syria

Shahrol Aman Ahmad, Azhari Ramli, Nasri Nalimi, Azelin Aziz, Assoc Prof Dr Santhi

Raghavan (2011) Principle Of Management, OUM

Dr. Bharudin Che Pa, Dr. Siti Arni Basir, Raja Hisyamudin Raja Sulong dan Mohd. Zaidi Abd.

Rahman, (Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan), Prinsip-prinsip Kualiti

Usahawan Muslim, Jabatan Siasah Syar`iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Putman, Linda L., and Pacanowsky, Michael E. (1983). Communication and Organization.

Beverly Hills: Sage Publication, Inc. Water, Dan. (1991). 21st Century Management. Singapore:

Prentice Hall.

Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam 2011-2015, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

JPA

David M. Schweiger, William R. Sandberg, James W. Ragan, (Acadamy of Management Journal

1986 Vol 29 No 1, 51-71) Group Approaches For Improving Strategis Decision Making: A

Comparative Analysis Of Dialectical Inquiry, Devil’s Advocacy, And Consensus, University of

Houston

Allen C Amason,(Academy of Management Journal 1996, Vol 39, No 1, 123-148)

Distinguishing The Effect Of Functional And Dysfunctional Conflict On Strategic Decition

Making: Resolving A Paradox For Top Management Teams, Mississipi State University

Sime Darby (2011) Kod Etika Kerja Memartabatkan Nilai-nilai Teras Kita, Kuala Lumpur

Baharum Ahmad , Amalan Membuat Keputusan Dalam Kalangan Guru Besar, Fakulti

Pendidikan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

20

Page 24: Prinsip Pengurusan

BBPP1103

Puan Anizam Bt Kadis (Guru Ketua Bidang Kimia) SMK Sijangkang Jaya

www.oum.edu.my (2013), OUM

www.referenceforbusiness.com/management 17/03/2014 -09:41am

http://51udin.blogspot.com/2013/07/definisi-pembuatan-keputusan.html 17/03/2014 -10:13am

http://www.hbp.usm.my/spacetime/ch1/ch1/siewmei.htm 18/03/2014 -09:38pm

http://vanronnbiaro.blogspot.com/2010/03/pengurusan-organisasi_05.html 18/03/2014 -01:28am

21