prinsip muamalat assignment

18

Click here to load reader

Upload: ezam-zamana

Post on 14-Jul-2016

42 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pengenalan dan prinsip muamalat

TRANSCRIPT

Page 1: Prinsip Muamalat Assignment

PENGENALAN MUAMALAT

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA MUKA SURAT

01 PENGENALAN 2

02 PRINSIP MUAMALAT DALAM ISLAM 4

03SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN SISTEM PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

6

04 MENGANALISIS PRODUK KEWANGAN YANG BEBAS RIBA,GHARAR DAN MAISIR BESERTA CIRI-CIRI MUAMALAT DALAM ISLAM

9

06 KESIMPULAN 12

07 RUJUKAN 13

0

Page 2: Prinsip Muamalat Assignment

1.0 PENGENALAN

Apabila menyebut mengenai muamalat kini pasti ianya akan dikaitkan dengan bank dan sistem

perbankan. Banyak urusan kini sangat berkait rapat dengan bank. Jika kita hendak membeli

sesuatu contohnya rumah,kereta,barang-barang elektrik,perabot dan sebagainya pasti keadaan

sekarang kita sangat-sangat memerlukan bank untuk membayarnya. Ini kerana pihak bank kini

menawarkan perlbagai kemudahan kepada pengguna atau pembeli untuk mengurus dan membeli

sesuatu barangan dan keperluan. Bank juga merupakan salahsatu cara untuk kita memiliki

sesuatu benda seperti rumah dan kereta tanpa mengumpul wang dalam tempoh yang lama tetapi

hanya dengan meminjam sahaja dan membayar ansuran pada tempoh masa yang ditetapkan.

Dengan harga rumah sekarang yang begitu tinggi memaksa pengguna untuk menggunakan

inisiatif yang ada iaitu dengan cara meminjam dengan bank. Dalam hal ini kita akan

membincangkan topik berkenaan muamalat dan juga sistem perbankan yang ada agar kita boleh

menggunakan kemudahan yang ada ini dengan cara yang betul dan mengikut syariat islam.

1.1 Pengertian Muamalat

Muamalat adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia,dengan

memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam

dan sebagainya.

Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia

untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang

melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam .

Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang

bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat.

Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau di dasar adalah milik Allah

s.w.t secara mutlak.Manusia disuruh memiliki harta yang di sediakan oleh Allah s.w.t

melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di anugerahkan kepadanya.Mereka yang

memiliki harta kekayaan di dunia adalah sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan

bertanggungjawab terhadap harta-harta tersebut.

1

Page 3: Prinsip Muamalat Assignment

Firman Allah S.W.T :

رزقه من وكلوا مناكبها في فامشوا ذلوال األرض لكم جعل ذي ال هو

شور الن وإليه

Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka berjalanlah

di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t

dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali kamu) di bangkitkan (maka

hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)

(Surah Al-Mulk Ayat 15)

Jelas di sini bahawa muamalat itu sendiri bila diterjemahkan kepada maksud yang mudah pada

masa kini ianya sangat menyamai dengan fungsi bank dan sistem perbankan yang ada yang mana

semua orang sangat-sangat memerlukan bank samada untuk urusan menyimpan harta ataupun

urusan meminjam dan membeli sesuatu produk,perkhidmatan,atau barangan.

Ruang lingkup muamalah mencakup segala aspek kehidupan manusia, seperti sosial, ekonomi,

politik hukum dan sebagainya. Aspek ekonomi dalam kajian fiqh sering disebut dalam bahasa

arab dengan istilah iqtishady, yang artinya adalah suatu cara bagaimana manusia dapat

memenuhi keperluan hidupnya dengan membuat pilihan dengan menggunakan sesuatu

perkhidmatan atau benda yang mampu memnuhi keperluan hidupnya.

1.2 Peranan muamalat

Muamalat berperanan mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera. Muamalat yang di

jalankan berlandaskan syariat Islam akan melahirkan masyarakat yang aman dan jauh daripada

sebarang penipuan,pemerasan,ketidakadilan,memonopoli harta dan sebagainya,inilah matlamat

muamalat dalam Islam demi kesejahteraan umat manusia.

2

Page 4: Prinsip Muamalat Assignment

Muamalat dalam islam bertujuan untuk menghindarkan berlakunya sebarang penindasan sesama

manusia. Islam sangat menegah umatnya melakukan perkara-perkara yang tidak baik yang mana

akan menyusahkan mereka yang tertindas.

Muamalat juga memainkan peranan agar semua kegiatan ekonomi yang dijalankan bersih

daripada sebarang perbuatan yang dilarang oleh islam seperti riba’ , rasuah, menipu dan

sebagainya yang dilarang oleh Allah S.W.T. Harta yang disediakan oleh Allah tidak hanya

dikuasai atau dimonopoli oleh pihak tertentu sahaja tetapi semua orang berhak mendapat dan

memiliki harta mengikut kemampuan masing-masing dan yang penting mestilah dengan cara

yang betul dan diredhai oleh Allah S.W.T.

2.0 PRINSIP-PRINSIP MUAMALAT DALAM ISLAM

Antara prinsip-prinsip muamalat yang terkandung mengikut syariat islam ialah seperti berikut:

1. Pada dasarnya segala bentuk muamalah adalah mubah.

Segala sesuatu urusan muamalat hukum asalnya adalah dibolehkan sehinggalah ada dalil dalam

Al-Quran ataupun hadis yang mengeluarkan hukum yang lain yang menghukum boleh ataupun

tidak sesuatu urusan muamalat tersebut. Ini berdasarkan kaedah fiqh yang mahsyur iaitu :

, ) خالفه ) على الدليل دل ما إال اإلباحة المعامالت فى األشياء فى األصل

"Pada dasarnya (asalnya) pada segala sesuatu (pada persoalan mu'amalah) itu hukumnya

mubah, kecuali jika ada dalil yang menunjukkan atas makna yang lain."

 

2. Mumalalat dilakukan atas dasar sukarela, tanpa mengandungi unsur-unsur paksaan.

Sesuatu urusan muamalat mestilah dilakukan dengan cara sukarela iaitu sesuatu urusan tersebut

dilakukan tanpa paksaan oleh mana-mana pihak tetapi berdasarkan kehendak diri sendiri . hal ini

dijelaskan melalui firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 29 iaitu :

3

Page 5: Prinsip Muamalat Assignment

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan

jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di

antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sekalian, sesungguhnya Allah adalah

maha penyayang kepadamu. "

3. Muamalat dilakukan atas dasar pertimbangan mendatangkan manfaat dan

mengelakkan mudarat dalam bermasyarakat.

Prinsip yang ketiga yang perlu ada pada muamalat dalam islam ialah muamalat yang hendak

dilakukan mestilah atas dasar yang mendatangkan manfaat dan mengelakkan kemudaratan dalam

bermasyarakat. Ini dijelaskan lagi melalui hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Dari Ubadah bin Shamit; bahawasanya Rasulullah saw menetapkan tidak boleh berbuat

kemudaratan dan tidak boleh pula membalas mudarat ". (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Dalam kaedah fiqh juga ada disebutkan iaitu;

يزال الضرر

"Kemudharatan harus dihilangkan"

4. Muamalah dilaksanakan dengan memelihara nilai-nilai keadilan, menghindari unsur-

unsur penganiayaan dalam pengambilan kesempatan.

Pada prinsip yang berikutnya, muamalat yang hendak dilakukan dan dilaksanakan mestilah

dengan memelihara nilai-nilai keadilan dan menghindari segala bentuk unsur penganiayaan

dalam mengambil dan merebut kesempatan.

Hal ini dijelaskan melalui firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 279 :

4

Page 6: Prinsip Muamalat Assignment

279. oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka

ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak

menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal

harta kamu. (dengan Yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga

tidak dizalimi oleh sesiapa.

3.0 SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN SISTEM PERBANKAN ISLAM

DI MALAYSIA

Berdasarkan bahan-bahan yang dirujuk oleh penyelidik, banyak penulisan mengaitkan idea

penubuhan sistem kewangan Islam di Malaysia berdasarkan cadangan Profesor Emeritus Ungku

Aziz . Pada tahun 1959, beliau yang merupakan seorang profesor Ekonomi dari Universiti

Malaya pada waktu itu mengemukakan satu memorandum kepada pihak kerajaan mencadangkan

keperluan satu perbadanan atau sebuah institusi kewangan ditubuhkan bagi menguruskan

sumber-sumber kewangan bakal haji Malaysia yang bebas daripada amalan bunga dalam

kegiatan-kegiatan kewangannya, sebaliknya berdasarkan kepada pelaburan dan keuntungan.

Hasilnya, institusi kewangan Islam yang pertama diperkenalkan dalam sistem kewangan

Malaysia adalah dengan penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) pada tahun

1969.

Seperti juga yang berlaku di negara-negara Islam yang lain, semangat kembali kepada agama

telah menular dalam kalangan cerdik pandai di Malaysia sekitar tahun 1970-an. Perkembangan

ini mencetuskan pula hasrat untuk menubuhkan bank Islam yang disuarakan di peringkat negeri

dan kumpulan masyarakat Islam di Malaysia. Kerajaan telah menerima syor dan cadangan ini

yang membawa kepada penubuhan Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Bank Islam pada bulan

September 1981 yang dianggotai oleh empat belas orang ahli dan dipengerusikan oleh YM Raja

Tan Sri Mohar Raja Badiozaman manakala Lembaga Tabung Haji pula bertindak sebagai urus

setia (Nor Mohamed, 1996).

Hasil daripada laporan Jawatankuasa Pemanduan Kebangsaan Bank Islam tersebut, maka satu

akta perbankan yang berasingan iaitu Akta Bank Islam 1983 (ABI) pada 7 April 1983 telah

5

Page 7: Prinsip Muamalat Assignment

digubal untuk membolehkan perbankan Islam beroperasi seiring dengan perbankan

konvensional. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) ditubuhkan pada 1 Julai 1983 sebagai bank

Islam pertama di Malaysia di bawah ABI dengan modal berbayar sebanyak RM80 juta.

Seterusnya, perbankan Islam telah dikembangkan ke seluruh negara dengan meningkatkan

bilangan peserta sebanyak mungkin dalam tempoh yang singkat.

Pada bulan Mac 1993, BNM telah memperkenalkan Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) yang

membenarkan institusi perbankan konvensional menawarkan produk dan perkhidmatan

perbankan Islam (Bank Negara Malaysia dan Sistem Kewangan di Malaysia, 1999). Langkah ini

adalah sebagai salah satu usaha kerajaan untuk menambah syer pasaran perbankan Islam dalam

pasaran kewangan negara ke arah menjadikan sistem kewangan Islam selari dengan sistem

kewangan konvensional. Pada 1 Disember 1998, istilah SPTF telah digantikan dengan “Skim

Perbankan Islam (SPI)” memandangkan istilah SPTF tidak mencerminkan penampilan sebenar

operasi perbankan Islam yang dilaksanakan oleh institusi perbankan (Bank Negara Malaysia dan

Sistem Kewangan di Malaysia, 1999).

Malaysia mengamalkan pendekatan sistem dwiperbankan (dual banking system) iaitu

melaksanakan sistem perbankan Islam dan dalam masa yang sama membenarkan operasi sistem

perbankan konvensional (Nor Mohamed, 1996). Model dwiperbankan ini diiktiraf oleh banyak

negara umat Islam yang lain sebagai model perbankan masa depan. Banyak delegasi dari luar

negara terutamanya negara-negara umat Islam datang melawat Bank Negara Malaysia dan Bank

Islam Malaysia Berhad untuk mendalami cara-cara sistem dual banking ini berfungsi (Hamim

et.al, 2008, Archer dan Karim, 2002). Indonesia mula mengikut gaya Malaysia dengan

melaksanakan sistem perbankan Islam di sekitar 1990-an. Formasi ini (islamic windows)

seterusnya menjadi model perbankan Islam bagi sebahagian negara-negara Teluk seperti

Bahrain, Qatar dan UAE (Siddiqi, 2006).

Setelah lebih dua puluh sembilan (29) tahun SPI beroperasi di Malaysia, perkembangan yang

berlaku amat memberangsangkan. SPI telah berkembang dan mewujudkan persaingan yang baik

kepada sistem perbankan konvensional di Malaysia . Data terkini menunjukkan terdapat enam

belas (16) buah bank Islam (Islamic banks) sedang beroperasi di Malaysia termasuk enam bank

luar (foreign banks) iaitu Bank Al-Rajhi, Asian Finance Bank Berhad, Kuwait Finance House

6

Page 8: Prinsip Muamalat Assignment

(Malaysia) Berhad, HSBC Amanah Malaysia Berhad, OCBC Al-Amin Bank Berhad dan

Standard Chartered Saadiq Berhad . Selain itu terdapat lima buah bank Islam antarabangsa

(International Islamic banks) yang sedang beroperasi di Malaysia iaitu Al-Rajhi Banking and

Investment Corporation, Alkhair International Islamic Bank Berhad, Deutsche Bank

Aktiengesellschaft, Elaf Bank B.S.C. (c) dan PT. Bank Syariah Muamalat Indonesia.Tbk yang

menawarkan produk kewangan berlandaskan syariah. Data yang terkini menunjukkan bahawa

aset perbankan Islam di Malaysia sudah mencapai 72.5 bilion USD dengan purata perkembangan

sebanyak 20% setiap tahun .

SPI menawarkan produk-produk berasaskan prinsip-prinsip syariah yang berbentuk deposit dan

pembiayaan. Produk-produk berbentuk deposit adalah bersandarkan kepada prinsip-prinsip

seperti wadiah dan mudarabah untuk akaun simpanan, akaun semasa dan akaun pelaburan.

Produk-produk yang berbentuk pembiayaan pula berdasarkan prinsip-prinsip seperti bay’

bithaman ajil, murabahah, bay’ al-‘inah, ijarah thumma al-bay’, al-rahn dan musyarakah untuk

pembiayaan individu, pendidikan, kenderaan, perumahan, hartanah, gadaian, projek-projek dan

lain-lain lagi yang diklasifikasikan sebagai pembiayaan runcit. Pembiayaan korporat pula adalah

berdasarkan prinsip-prinsip seperti murabahah, tawarruq, bay’ bithaman ajil (BBA) dan ijarah.

Pembiayaan perdagangan antarabangsa (trade finance) pula berdasarkan prinsip wakalah,

murabahah, kafalah, bay’ al-dayn, ujr dan musyarakah untuk urusan pembiayaan perdagangan

import dan eksport dan produk-produk yang ditawarkan adalah seperti Surat Kredit (Letter of

Credit), surat jaminan (Letter of Guarantee), bil penerimaan secara Islam (Islamic Accepted

Bill), jaminan perkapalan (Shipping Guarantee ) dan lain-lain lagi (Abdul Ghafar, 2010).

7

Page 9: Prinsip Muamalat Assignment

4.0 MENGANALISIS PRODUK KEWANGAN YANG BEBAS RIBA’, GHARAR, DAN

MAISIR DI MANA-MANA PERBANKAN ISLAM

Antara produk-produk kewangan islam yang dijalankan di mana-mana perbankan islam adalah

seperti berikut :

Bai’ Urbun ( العربون (بيع

Suatu perjanjian jualan di mana wang cagaran dibayar terlebih dahulu sebagai sebahagian

daripada pembayaran harga aset jika kontrak berterusan hingga selesai. Wang cagaran ini akan

hilang jika pembeli tidak memenuhi kewajipan memuktamadkan pembelian aset. Wang cagaran

yang hilang dianggap sebagai hibah (هبة/hadiah) kepada penjual.

Bai’ Salam ) السلم (بيعSuatu kontrak di mana pembayaran harga dibuat sepenuhnya terlebih dahulu semasa kontrak

dimetrai supaya aset dapat diserahkan kemudian pada suatu tarikh masa depan. Kualiti aset yang

dirancang untuk dibeli perlu ditetapkan sepenuhnya tanpa meninggalkan kesamaran yang boleh

mendorong kepada pertikaian. Barangan yang dijual merupakan aset biasa, bukannya emas,

perak atau mata wang yang dianggap sebagai pertukaran nilai kewangan yang tertakluk di bawah

peraturan Bai’ al Sarf, iaitu pertukaran bersama dari tangan ke tangan tanpa lengah. Mod

pembiayaan ini sering digunakan dalam sektor pertanian, di mana bank mendahulukan wang

bagi pembelian pelbagai input pengeluaran bagi mendapatkan saham dalam tanaman tersebut,

yang kemudiannya dijual.

Mudharabah (مضاربة(

Suatu perjanjian antara pemodal (rabbul mal) yang memberi 100% modal untuk perniagaan

dengan usahawan (mudharib) yang menguruskan perniagaan dengan menggunakan

kepakarannya. Di bawah kontrak ini, keuntungan yang diperoleh akan dibahagikan antara

mereka mengikut nisbah yang dipersetujui sebelumnya, sementara sebarang kerugian akan

ditanggung sepenuhnya oleh pemodal.

8

Page 10: Prinsip Muamalat Assignment

Takaful

Takaful yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab - kafala. Konsep takaful

bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan

konsep ta'awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.

Dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ia

diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi

saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif

dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional.

Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana

ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden

untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan

diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.

Objektif insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu

golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh

Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan

oleh Allahkepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:

"Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan

janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan

iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada

masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-

prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir

(judi) dan riba.

Adapun Ciri-ciri muamalat yang dianjurkan oleh islam yang mana ianya selari dengan produk-

produk perbankan islam adalah terkandung dalam ayat Al-Quran seperti dibawah ini :

‘Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu

sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan

perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu

berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.” [26]

9

Page 11: Prinsip Muamalat Assignment

Ayat al-Quran di atas dengan jelas menggariskan kepada kita prinsip asas dan yang paling

penting dalam menjalankan apa saja amalan transaksi dalam muamalah / perekonomian

Islam.Setiap orang Islam hendaklah menjalani kehidupannya seolah-olah Allah swt sentiasa

berada disisinya.Kita hendaklah ingat bahawa semua harta yang kita pegang adalah amanah dan

hak Allah swt , tidak kira sama ada harta itu kepunyaan kita sendiri , kepunyaan orang lain atau

kepunyaan seluruh komuniti.

Kalimah ‘bil batil’ dalam ayat di atas bermaksud , amalan yang bertentangan dengan syari’ah

dan prinsip moral.Perniagaan adalah proses pertukaran manfaat sebagai keuntungan tanpa

melakukan apa-apa bebanan yang tidak sah atau penipuan terhadap pihak lain.Dalam perniagaan

atau sebarang aktiviti atau transaksi mua’malah , segala bentuk aktiviti yang bertentangan

dengan prinsip syari’ah seperti yang telah dijelaskan sebelum ini adalah dilarang dan hendaklah

dijauhi.

Asas utama dalam menjalankan perniagaan atau sebarang aktiviti mua’malah yang berteraskan

kepada prinsip syari’ah ialah , setiap transaksi mua’malah itu mestilah berpaksi dan

bertunjangkan kepada   kejujuran   dan   keadilan .

10

Page 12: Prinsip Muamalat Assignment

5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dapatlah kita fahami konsep muamalat yang dianjurkan dalam islam yang

mana muamalat merupakan satu tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama

manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah s.w.t yang

melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam .

Muamalat dalam ekonomi sudah pastinya menjurus kepada sistem perbankan berasaskan syariat

islam yang menjauhi dari perkara riba’, gharar dan maisir. Umat islam masa kini adalah

diwajibkan melabur dalam perbankan islam bukannya di perbankan konvensional. Ini kerana

tiada sebab dan alasan lagi untuk kita melabur di institusi kewangan konvensional sedangkan

perbankan islam telah menular hampir ke semua bank-bank yang ada khususnya di Malaysia.

Sistem perbankan islam juga menawarkan produk-produk kewangan islam yang banyak untuk

kita membuat pilihan dalam memenuhi kehendak dan keperluan kita. Sehingga kini sistem

perbankan islam semakin kukuh dan semakin mendapat perhatian umum khususnya Negara luar

yang telah memasang minat dan mempelajari seterusnya ingin melaksanakan sistem perbankan

islam di negara mereka masing-masing. Ini kerana sistem perbankan islam bukannya

mementingkan keuntungan semata-mata tetapi ianya adalah untuk membawa kemaslahatan

sejagat kepada umat islam mahupun bukan islam yang melabur di perbankan islam.

11

Page 13: Prinsip Muamalat Assignment

6.0 RUJUKAN

Datuk Haji Muhammad Noor B. Hj Ibrahim. Tafsir pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-Quran. Kuala Lumpur. Darul Fikir.

Al-Imam Muslim. Terjemahan Hadis Sahih Muslim Jilid 1,2,3,4 . Klang Book Centre.

Mohammad Nidzam Abdul Kadir. Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Muamalat. Kuala

Lumpur.Telaga Biru.

Prof.Madya Dr.Shamsiah Mohamad. Modul OUM Fiqh Muamalat. Selangor Darul Ehsan. Open

University Malaysia.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Takaful

http://rumahbuku.weebly.com/bangku-ii/fiqh-muamalah-dalam-islam.

http://simplenoteib.over-blog.com/kewangan-islam.html

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0901&sec=Ekonomi&pg=ek_06.htm

http://ppismp205.blogspot.my/2012/03/8-muamalat-dalam-islam.html.

12