sijil tinggi muamalat 2 - prinsip asas ekonomi : dr.hakimi (ukm)

63
Muhammad Hakimi Bin Mohd Shafiai Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia Email: [email protected] PRINSIP ASAS EKONOMI Kursus Sijil Tinggi Muamalat (Tahap II) 20 April 2015

Upload: izzuddin-norrahman

Post on 15-Jul-2015

77 views

Category:

Economy & Finance


10 download

TRANSCRIPT

Muhammad Hakimi Bin Mohd Shafiai

Pusat Pengajian Ekonomi

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Email: [email protected]

PRINSIP ASAS EKONOMI

Kursus Sijil Tinggi Muamalat (Tahap II) 20 April 2015

PENDAHULUAN (1/2)

• Prinsip asas ekonomi:

a) Isi rumah / Pengguna

b) Firma / Pengeluar

c) Pasaran

d) Kerajaan

PENDAHULUAN (2/2)

1. Pengenalan kepada Ekonomi.

2. Permintaan, Penawaran dan Keseimbangan

Pasaran.

3. Isi Rumah sebagai Pengguna

4. Firma sebagai Pengeluar

5. Pasaran

6. Peranan Kerajaan

1. Pengenalan Kepada Ekonomi (1/10)

1. Pengertian Prinsip Ekonomi

2. Masalah Asas Ekonomi

i. Kekurangan

ii. Kehendak

iii. Kos Lepas

iv. Kecekapan

3. Jenis Barang

4. Sistem-Sistem Ekonomi

1. Pengenalan Kepada Ekonomi (2/10)

1. Pengertian Prinsip Ekonomi

Sains pilihan dan kekurangan.

Sains yang bertujuan untuk mempelopori cara-cara

yang terbaik untuk memperuntukkan sumber-sumber

yang terhad demi memuaskan kehendak manusia yang

tidak terhad.

Akibatnya, timbul beberapa persoalan dalam sistem

ekonomi:

1. Apa yang hendak dikeluarkan?

2. Bagaimana hendak dikeluarkan?

3. Untuk siapa dikeluarkan?

4. Berapa banyak dikeluarkan?

1. Pengenalan Kepada Ekonomi (3/10)

2. Masalah Asas Ekonomi [1/2]

Kekurangan (Scarcity)

Keadaan apabila sumber ekonomi terhad berbanding

dengan keinginan manusia yang tidak terbatas.

Kehendak (Wants)

Kemahuan atau keinginan manusia yang digerakkan oleh

sifat semula jadi untuk memaksimumkan kepuasan.

Dalam ekonomi, kehendak ekonomi diandaikan tidak

terhad berbanding dengan sumber yang tidak terhad.

Kos Lepas (Opportunity Cost)

Nilai faedah yang boleh diperolehi dari pengeluaran atau

penggunaan sesuatu barang, tetapi terpaksa dilepaskan

apabila menggunakan sesuatu barang yang lain.

1. Pengenalan Kepada Ekonomi (4/10)

2. Masalah Asas Ekonomi [2/2]

Kecekapan

Kecekapan dalam proses pengeluaran

Firma dianggap cekap jika faktor-faktor pengeluaran

(tanah, modal, buruh dan pengusaha) digunakan dengan

baik.

Kos yang digunakan adalah minimum dalam mengeluarkan

barang atau perkhidmatan dalam kadar yang maksimum.

1. Pengenalan Kepada Ekonomi (5/10)

3. Jenis Barang

Barang: Benda yang mempunyai bentuk, boleh dirasa

dan dilihat seperti meja serta boleh mendatangkan

kepuasan kepada individu yang menggunakannya.

Barang Ekonomi:

oSemua barang dan perkhidmatan yang dapat memberi

kepuasan kepada kehendak manusia melalui pertukaran

yang dibayar dengan wang.

o Barang percuma seperti udara tidak dianggap barang

ekonomi.

o Ciri-ciri: a.) mempunyai nilai faedah; b.) terhad

penawarannya berbanding permintaan; c.) tidak boleh

ditukar milik.

1. Pengenalan Kepada Ekonomi (6/10)

4. Sistem-Sistem Ekonomi [1/5]:

a) Kapitalisme/Ekonomi Pasaran Bebas/Laissez-Faire.

laissez-faire: “Berilah kepada mereka kebebasan

untuk melakukan pekerjaan yang sesuai dengan

keinginan mereka”.

Ciri-Ciri Utama:

Hak Milik Harta persendirian

Kebebasan ekonomi dan persaingan bebas.

Tiada campur tangan kerajaan.

1. Pengenalan Kepada Ekonomi (7/10)4. Sistem-Sistem Ekonomi [2/5]:

b) Komunisme/Sosialisme/Ekonomi Perancangan Pusat

Kerajaan mengawal sepenuhnya aktiviti ekonomi:

“command economy” (ekonomi perintah) –

Individu tiada kebebasan

Ianya berkembang ekoran masalah pertumbuhan

ekonomi yang tidak stabil dan ketidakadilan dalam

sistem kapitalis.

Ciri-ciri:

Hak Milik Negara

Kesaksamaan ekonomi

Penguasaan.

1. Pengenalan Kepada Ekonomi (8/10)

4. Sistem-Sistem Ekonomi [3/5]:

c) Ekonomi Campuran/Negara Kebajikan

Sistem ekonomi campuran; bentuk kapitalisme

bercampur dengan ciri sosialisme.

Kerajaan berperanan dalam mengatasi masalah

ekonomi dan Individu mempunyai kebebasan

untuk menentukan kegiatan ekonomi yang ingin

dilakukan.

Falsafah: Kebajikan individu tidak sepatutnya

diserahkan sepenuhnya kepada operasi pasaran

bebas.

1. Pengenalan Kepada Ekonomi (9/10)

4. Sistem-Sistem Ekonomi [4/5]:

d) Ekonomi Islam

Elemen utama: Tauhid, Fekah dan Akhlak.

Bermula 1940an: Pengharaman riba dan kesan

penjajahan.

Segala aktiviti ekonomi dalam soal mengguna dan

menguruskan sumber alam untuk kepentingan diri

dan masyarakat demi keredhaan Allah SWT.

Flagship: Perbankan dan kewangan Islam.

1. Pengenalan Kepada Ekonomi (10/10)

4. Sistem-Sistem Ekonomi [5/5]:

• Sistem ekonomi dalam sesebuah negara beroperasi

berpandukan kepada 4 perkara asas:

1. Pertumbuhan (Growth)

2. Sifar pengangguran (Full employment)

3. Kestabilan (Stability)

4. Keadialan pengagihan (Distributive justive)

2. Permintaan, Penawaran dan

Keseimbangan Pasaran (1/20)

1. Permintaan

i. Konsep Permintaan

ii. Penentu Permintaan

iii. Konsep Keanjalan Harga Permintaan

2. Penawaran

i. Konsep Penawaran

ii. Penentu Penawaran

iii. Konsep Keanjalaan

3. Keseimbangan Pasaran

2. Permintaan, Penawaran dan

Keseimbangan Pasaran (2/20)

1. Permintaan

i. Konsep Permintaan

ii. Penentu Permintaan

iii. Konsep Keanjalan Harga Permintaan

2. Permintaan, Penawaran dan

Keseimbangan Pasaran (3/20)

1. Permintaan

i. Konsep Permintaan [1/3]

o Bukan sekadar keinginan untuk memperolehi

sesuatu barang dan perkhidmatan.

o Ianya merujuk kepada jumlah barangan dan

perkhidmatan yang pembeli (pengguna) sanggup

dan boleh membeli pada suatu ketika dan pada harga

yang ditetapkan.

o Jumlah barangan yang hendak dibeli: Kuantiti yang

diminta (Quantity demanded).

2. Permintaan, Penawaran dan

Keseimbangan Pasaran (4/20)

1. Permintaan

i. Konsep Permintaan [2/3]

o Permintaan dalam ekonomi: Keinginan terhadap

barang dan perkhidmatan + kemampuan untuk

membayar harganya pada suatu tingkat harga dan

pada masa tertentu.

o Hukum Permintaan: Kuantiti barang yang diminta

akan lebih banyak apabila harga yang dikenakan itu

rendah (hubungan negatif antara kuantiti diminta

dengan harga).

2. Permintaan, Penawaran dan

Keseimbangan Pasaran (5/20)1. Permintaan

i. Konsep Permintaan [3/3]

o Jenis Permintaan:

a) Permintaan berkait: Permintaan terhadap faktor pengeluaran

iaitu tanah, buruh, modal dan usahawan.

b) Permintaan bersama: Barang-barang penggenap dan

digunakan secara serentak, teh dan gula.

c) Permintaan bertanding: Barang yang mempunyai ciri-ciri

yang sama dan boleh menjadi pengganti yang hampir;

mentega dan marjerin .

2. Permintaan, Penawaran dan

Keseimbangan Pasaran (6/20)1. Permintaan

ii. Penentu Permintaan [1/2]

o Harga barang itu.

o Harga barang lain:

barang pengganti: Ikan dan daging (harga ikan naik

permintaan terhadapnya berkurangan dan

menggantikannya dengan daging.

barang penggenap: Kereta dan petroleum (Kenaikan harga

kereta akan mengurangkan kuantiti kereta diminta dan

secara langsung akan mengurangkan permintaan terhadap

petroleum.

barang yang tiada kaitan: Pensil dan sudu.

2. Permintaan, Penawaran dan

Keseimbangan Pasaran (7/20)

1. Permintaan

ii. Penentu Permintaan [2/2].

o Pendapatan pengguna.

o Citarasa: berdasarkan umur, tabiat, taraf hidup dan

budaya.

o Spekulasi.

2. Permintaan, Penawaran dan

Keseimbangan Pasaran (8/20)

1. Permintaan

iii. Konsep Keanjalan Harga Permintaan

o Keanjalan: Keadaan yang menunjukkan kesan

tindak balas kuantiti yang diminta atau kuantititi

yang ditawar akibat dari perubahan harga.

o Contoh: Apabila harga majalah RM1, kuantiti yang

diminta ialah 9,000 naskhah. Apabila harga majalah

naik kepada RM1.10, kuantiti yang diminta

menurun ke 8,100 naskhah.

o Keanjalan Permintaan: Hubungan antara perubahan

harga dan kuantiti yang diminta.

2. Permintaan, Penawaran dan

Keseimbangan Pasaran (9/20)

2. Penawaran

i. Konsep Penawaran

ii. Penentu Penawaran

iii. Konsep Keanjalan

2. Permintaan, Penawaran dan

Keseimbangan Pasaran (10/20)2. Penawaran

i. Konsep Penawaran

o Seperti juga permintaan, penawaran lazimnya

dikaitkan dengan harga dan kuantiti yang ingin

ditawar/dijual pada masa tertentu dan pada harga

tertentu.

o Kuantiti barang dan perkhidmatan yang ditawarkan

oleh firma/pengeluar/pengusaha pada harga tertentu

dan bagi jangka masa tertentu.

o Hukum Penawaran: Semakin tinggi harga, semakin

tinggi kuantiti yang ditawarkan dan sebalik

(hubungan positif antara kuantiti dan harga).

2. Permintaan, Penawaran dan

Keseimbangan Pasaran (11/20)

2. Penawaran

ii. Penentu Penawaran [1/3]

o Harga barang itu sendiri: Dengan andaian faktor lain

adalah tetap (ceteris paribus).

o Harga barang lain:

Barang pengganti: Ikan dan daging- Apabila harga ikan

naik, penawaran ikan akan naik dan kesannya penawaran

daging akan berkurangan.

Barang penggenap: Kereta dan petroleum- Apabila harga

kereta naik, peningkatan kuantiti ditawar bagi kereta

berlaku dan menyebabkan penawaran petroleum

meningkat.

2. Permintaan, Penawaran dan

Keseimbangan Pasaran (12/20)

2. Penawaran

ii. Penentu Penawaran [2/3]

o Harga Faktor Pengeluaran: Kenaikan harga faktor

pengeluaran seperti tanah, buruh, modal (input

pengeluaran) menyebabkan kenaikan kos

pengeluaran yang mengakibatkan keuntungan firma

berkurangan sekiranya harga tetap di pasaran.

o Teknologi Pengeluaran: Teknologi yang canggih

dapat meningkatkan daya pengeluaran firma.

o Objektif Pengeluaran: maksimum untung atau

kebajikan sosial.

2. Permintaan, Penawaran dan

Keseimbangan Pasaran (13/20)

2. Penawaran

ii. Penentu Penawaran [3/3]

o Dasar Kerajaan: Perbelanjaan kerajaan dan

percukaian; beras.

o Jangka Masa Pengeluaran: Jangka masa pendek,

penawaran sukar diubah (kekangan dari segi input

pengeluaran yang perlu ditambah untuk

meningkatkan kuantiti penawaran.

o Bilangan Pengeluar.

2. Permintaan, Penawaran dan

Keseimbangan Pasaran (14/20)

2. Penawaran

iii. Konsep Keanjalan

o Keanjalan penawaran: mengukur perubahan

penawaran akibat perubahan harga.

o Tindak balas pengeluaran terhadap perubahan harga.

o Keanjalan penawaran biasanya positif; apabila harga

meningkatkan, kuantiti yang ditawarkan juga akan

meningkat.

2. Permintaan, Penawaran dan

Keseimbangan Pasaran (15/20)

3. Keseimbangan Pasaran [1/6]

o Harga sesuatu barang didalam pasaran ditentukan

oleh permintaan dan penawaran dari barang tersebut.

o Mekasnisma penentuan keseimbang pasar (Harga

dan kuantiti barang yang diperjualbelikan):

Memerlukan analisis secara serentak permintaan dan

penawaran ke atas sesuatu barang yang wujud di

pasaran.

o Keseimbangan pasaran: Keadaan apabila kuantiti

yang ditawarkan para penjual pada suatu tingkat

harga tertentu adalah sama dengan kuantiti yang

diminta para pembeli pada harga tersebut.

2. Permintaan, Penawaran dan

Keseimbangan Pasaran (16/20)

3. Keseimbangan Pasaran [2/6]

o Perubahan Keseimbangan:

i. Permintaan berubah, tetapi penawaran tetap.

ii. Permintaan tetap, tetapi penawaran berubah.

iii. Permintaan dan penawaran berubah.

2. Permintaan, Penawaran dan

Keseimbangan Pasaran (17/20)

3. Keseimbangan Pasaran [3/6]

o Perubahan Keseimbangan:

i. Permintaan berubah, tetapi penawaran tetap.

a. Permintaan naik, tetapi penawaran tetap –

Menaikkan harga dan menambah kuantiti barang

yang diperjualbelikan.

b. Permintaan turun, tetapi penawaran tetap –

Menurunkan harga dan kuantiti barang yang

diperjualbelikan berkurang.

2. Permintaan, Penawaran dan

Keseimbangan Pasaran (18/20)

3. Keseimbangan Pasaran [4/6]

o Perubahan Keseimbangan:

ii. Permintaan tetap, tetapi penawaran berubah.

a. Permintaan tetap, tetapi penawaran bertambah –

Menurunkan harga, tetapi menambah kuantiti yang

diperjualbelikan.

b. Permintaan tetap, penawaran berkurang –

Menaikkan harga tetapi menurunkan kuantiti yang

diperjualbelikan.

2. Permintaan, Penawaran dan

Keseimbangan Pasaran (19/20)

3. Keseimbangan Pasaran [5/6]

o Perubahan Keseimbangan:

iii. Permintaan dan penawaran berubah.

a. Permintaan dan penawaran bertambah- Menambah

kuantiti, tetapi kesan harga tidak boleh ditentukan

(mungkin harga naik, iaitu apabila pertambahan

permintaan melebihi pertambahan penawaran, dan

mungkin turun).

b. Permintaan dan penawaran berkurang-

Mengurangkan kuantiti, tetapi perubahan harga tidak

dapat ditentukan.

2. Permintaan, Penawaran dan

Keseimbangan Pasaran (20/20)

3. Keseimbangan Pasaran [6/6]

o Perubahan Keseimbangan:

iii. Permintaan dan penawaran berubah.

c. Permintaan bertambah, tetapi penawaran turun-

Menaikkan harga dengan kadar yang tinggi, tetapi

perubahan kuantiti yang diperjualbelikan tidak dapat

ditentukan.

d. Permintaan turun, tetapi penawaran bertambah-

Menurunkan harga dengan kadar yang tinggi, tetapi

perubahan kuantiti tidak dapat ditentukan.

3. Isi Rumah sebagai Pengguna (1/6)

1. Pengertian Isi Rumah

2. Objektif Penggunaan Isi Rumah

3. Isi Rumah sebagai Pengguna (2/6)

1. Pengertian Isi Rumah (Household)

o Sekumpulan individu yang mendiami satu unit

perumahan yang mungkin menganduingi seorang

individu, atau beberapa individu dan keluarga yang

duduk bersama, serta berkongsi perbelanjaan.

o Isi rumah ialah satu konsep statistik yang digunakan

untuk mengukur unit rumah yang diduduki dalam

sesebuah negara.

o Bilangan dan ciri-ciri isi rumah seperti tingkat

pendapatan, taburan pendapatan dan saiz keluarga

merupakan statistik yang penting dalam membentuk

potensi pasaran terutama bagi barang pengguna.

3. Isi Rumah sebagai Pengguna (3/6)

2. Objektif Penggunaan Isi Rumah

i. Teori Perlakuan Pengguna

ii. Teori Utiliti

iii. Keseimbangan Pengguna

3. Isi Rumah sebagai Pengguna (4/6)

2. Objektif Penggunaan Isi Rumah

i. Teori Perlakuan Pengguna (TPP)

o Persoalan mengapa barang tertentu dipilih dan

bukannya barang lain dan mengapa sesuatu barang itu

dibeli diterangkan melalui TPP.

o Analisis yang menerangkan tentang sikap seorang

pengguna yang rasional dalam memilih barang yang

akan dibeli dan digunakan.

o TPP boleh dibezakan kepada dua pendekatan:

o Nilai utiliti kardinal: dapat dinyatakan secara kuantitatif.

o Nilai utiliti ordinal: kualitatif (subjektif)

3. Isi Rumah sebagai Pengguna (5/6)

2. Objektif Penggunaan Isi Rumah

ii. Teori Utiliti:

Kepuasan yang diperolehi seseorang dari

menggunakan sesuatu barang atau perkhidmatan.

Apabila kepuasan itu semakin tinggi, maka semakin

tinggilah nilai utilitinya atau faedahnya.

Utiliti terhadap sesuatu barang tidak semestinya

disebabkan kelazatan seperti makanan, tetapi jika

barang itu dapat memberi kepuasan (faedah

penggunaan), ia masih disifatkan mempunyai utiliti

seperti ubat.

3. Isi Rumah sebagai Pengguna (6/6)

2. Objektif Penggunaan Isi Rumah

iii. Keseimbangan Pengguna

o Setiap pengguna diandaikan akan berusaha untuk

memaksimakan kepuasan (utiliti) yang dapat dinikmati.

o Keseimbangan Pengguna: Keadaan di mana pengguna

akan mencapai kepuasan yang maksimum pada satu

tingkat pendapatan tertentu, dapat ditentukan apabila

diketahui:

a) Pendapatan (jumlah wang) pengguna.

b) Jenis dan harga setiap barang.

c) Utiliti sut (kepuasan tambahan) setiap barang.

4. Firma sebagai Pengeluar (1/6)

1. Pengeluaran

2. Faktor Pengeluaran

3. Firma

4. Fungsi Pengeluaran

4. Firma sebagai Pengeluar (2/6) 1. Pengeluaran

o Selain penggunaan dan pengagihan, kegiatan

pengeluaran merupakan antara yang terpenting dalam

ekonomi: Proses mencipta barang/pekhidmatan untuk

memuakan kehendak manusia.

o Pelaku utama: Firma dan kerajaan - Firma terlibat secara

langsung dalam proses transformasi input kepada output

dan melibatkan kos.

o Bagi memaksimakan untung, firma perlu berusaha

meningkatkan hasil dan pada masa yang sama,

meminimakan kos.

o Pengeluaran juga merupakan hasil gabungan faktor yang

dipanggil faktor pengeluaran.

4. Firma sebagai Pengeluar (3/6)

2. Faktor Pengeluaran

o Input @ perkara yang diperlukan untuk mengeluarkan

sesuatu barang atau perkhidmatan.

o 4 faktor pengeluaran utama dalam ekonomi:

i. Tanah

ii. Buruh

iii. Modal

iv. Usaha (Pengusaha)

o Kegiatan pengeluaran wujud dengan gabungan

keempat-empat faktor utama ini.

4. Firma sebagai Pengeluar (4/6)

2. Faktor Pengeluaran

o Pendapatan Faktor Pengeluaran:

i. Ganjaran bagi Tanah: Sewa.

ii. Ganjaran bagi Buruh: Upah.

iii. Ganjaran bagi Modal: Bunga (Untung).

iv. Ganjaran bagi Usaha (Pengusaha): Untung.

4. Firma sebagai Pengeluar (5/6)

3. Firma

o Organisasi yang mengeluarkan barang atau

perkhidmatan; peruncit, perusahaan, perbadanan atau

jenis organisasi yang berupa perniagaan.

o Andaian dalam ekonomi, objektif perusahaan oleh firma:

i. Memaksimakan keuntungan

ii. Meminimumkan kos pengeluaran

o Dua pertimbangan dalam pengurusan faktor pengeluaran:

i. Gabungan faktor pengeluar yang manakah akan

mencapai tingkat pengeluaran tinggi.

ii. Gabungan faktor pengeluaran yang manakah akan

meminimumkan kos pengeluaran.

4. Firma sebagai Pengeluar (6/6)

4. Fungsi Pengeluaran

o Perkaitan antara faktor pengeluaran dan tingkat

pengeluaran yang diwujudkan.

o Bergantung rapat dengan jangka waktu:

i. Jangka Panjang: Semua faktor pengeluaran mengalami

perubahan.

ii. Jangka Pendek: Hanya sebahagian faktor dapat diubah dan

biasanya buruh, manakala faktor-faktor seperti modal dan

tanah masih tetap kuantitinya.

o Kos Pengeluaran: Jumlah perbelanjaan yang dibayar

unit pengeluaran untuk menggunakan input/faktor

pengeluaran dalam proses pengeluaran barang.

5. Pasaran (1/12)

1. Struktur Pasaran

2. Ciri-ciri Struktur Pasaran

3. Bentuk Pasaran

5. Pasaran (2/12)

1. Struktur Pasaran

o Pasar: Suatu kawasan tempat pembeli dan penjual

berhubung rapat samada secara langsung atau melalui

perantaraan, yang membolehkan mereka menentukan

harga sehinga berlaku transaksi jual beli.

o Struktur/Bentuk Pasaran juga memainkan peranan

dalam penentuan harga sesuatu barang di pasaran selain

penentuan kos pengeluaran.

o Definisi Struktur Pasaran: Penggolongan pengeluar-

pengeluar ke dalam beberapa jenis pasaran berdasarkan

beberapa ciri tertentu.

5. Pasaran (3/12)

2. Ciri-Ciri Struktur Pasaran

o Ciri-ciri tersebut ialah:

i. Jenis barang yang dikeluarkan.

ii. Jumlah firma dalam sesuatu industri.

iii. Darjah kebebasan keluar masuk ke dalam pasaran: mudah

atau sukar firma baru dalam menjalankan kegiatan di dalam

pasaran.

iv. Darjah kekuasaan sesebuah firma dalam pasaran: sejauh mana

sesebuah firma dapat menentukan harga atau jumlah jualan di

pasaran.

v. Darjah pengetahuan pembeli dan penjual dalam pasar: sejauh

mana penjual dan pembeli mengetahui semua perubahan dan

perkembangan yang berlaku di pasar.

5. Pasaran (4/12)

3. Bentuk Pasaran [1/9]

o Berdasarkan ciri-ciri di atas, struktur pasaran

menggolongkan firma dalam 4 bentuk pasaran:

i. Pasaran persaingan sempurna: pasaran di mana terdapat ramai

penjual dan pembeli.

ii. Pasaran monopoli: pasaran di mana hanya terdapat seorang

penjual tetapi ramai pembeli.

iii. Pasaran persaingan bermonopoli: pasaran di mana penjual

dan pembeli cukup ramai, tetapi tidak sebanyak di pasaran

persaingan sempurna.

iv. Pasaran oligopoli: pasaran di mana hanya terdapat beberapa

penjual.

5. Pasaran (5/12) 3. Bentuk Pasaran [2/9]

A. Pasaran Persaingan Sempurna:

Ramai penjual dan pembeli dan setiap penjual atau pembeli

tidak dapat mempengaruhi keadaan di pasar.

Struktur pasaran yang paling ideal kerana beberapa

keistimewaan:

i. Persaingan sempurna menggunakan faktor-faktor pengeluaran

secara paling cekap.

ii. Kos pengeluaran tiap firma adalah peringkat yang paling

minimum.

iii. Setiap pihak dalam ekonomi bebas bertindak dan memilih.

5. Pasaran (6/12) 3. Bentuk Pasaran [3/9]

o Pasaran Persaingan Sempurna:

Ciri-ciri:

i. Firma adalah ‘pengambil harga’: Firma tidak dapat menentukan

atau mengubah harga.

ii. Firma mudah keluar masuk pasaran: Sekiranya sesuatu firma

mengalami kerugian dan ingin meninggalkan industri, ia mudah

dilakukan dan firma baru juga mudah memasuki pasaran.

iii. Firma menghasilkan barangan yang serupa (identikal) dan tidak

wujud perbezaan yang besar.

iv. Terdapat banyak firma dalam pasaran.

v. Pembeli mempunyai pengetahuan sempurna mengenai keadaan

di pasar.

5. Pasaran (7/12) 3. Bentuk Pasaran [4/9]

B. Pasaran Monopoli:

Berlawanan dengan struktur persaingan sempurna.

Hanya terdapat satu firma dan firma ini menghasilkan barang

yang tidak mempunyai pengganti.

Terdapat halangan yang tidak membolehkan firma lain

memasuki pasaran.

Ciri-Ciri:

i. Penjual tunggal dan tidak mempunyai saingan.

ii. Terdapat halangan yang kukuk untuk memasuki pasaran.

iii. Mempunyai kuasa yang besar untuk menentukan harga pasaran.

iv. Penggunaan iklan bukanlah untuk memajukan jualan tetapi

untuk menjaga hubungan dengan pengguna.

5. Pasaran (8/12) 3. Bentuk Pasaran [5/9]

B. Pasaran Monopoli:

Sebab-sebab kewujudan:

i. Pemilikan sumber yang unik yang tidak dimiliki oleh

orang lain.

ii. Penubuhan firma memerlukan kos yang tinggi dan

saiz firma yang besar.

iii. Kuasa monopoli akibat dari undang-undang.

5. Pasaran (9/12) 3. Bentuk Pasaran [6/9]

C. Pasaran Persaingan Bermonopoli:

Pasar yang ciri-cirinya diantara dua jenis pasar yang

ekstrem iaitu, pasaran persaingan sempurna dan

pasaran monopoli.

Oleh itu, sifat-sifatnya mengandungi unsur sifat kedua

pasar tersebut.

Ianya didefinisikan sebagai suatu pasar di mana

terdapat ramai pengeluar yang menghasilkan barang

yang berbeza corak.

5. Pasaran (10/12) 3. Bentuk Pasaran [7/9]

C. Pasaran Persaingan Bermonopoli:

Ciri-Ciri:

i. Terdapat ramai penjual- Namun tidaklah sebanyak dalam

pasaran persaingan sempurna.

ii. Barangan yang dihasilkan adalah barangan yang berbeza corak-

Ciri yang membezakan antara pasarang bermonopoli dengan

pasaran persaingan sempurna.

iii. Firma mempunyai sedikit kuasa menentukan harga di pasaran.

iv. Firma baru mudah memasuki pasaran.

v. Firma perlu melakukan persaingan bukan harga:

Perbezaaan keluaran: jenis barang yang sama tetapi berbeza corak.

Iklan.

5. Pasaran (11/12) 3. Bentuk Pasaran [8/9]

D. Pasaran Oligopoli:

Pasaran sesuatu barang di mana terdapat beberapa penjual atau

pengeluar menghasilkan barang-barang sejenis tetapi berbeza

corak, dan barang-barang tersebut adalah pengganti yang baik

dari barang yang dikeluarkan firma lain.

Contoh fima oligopoli: pengeluar rokok dan sabun mandi.

Dibezakan kepada kategori:

a) Dua atau tiga firma yang sangat besar dan mengeluarkan sebahagian

besar barang yang dikeluarkan dalam pasaran oligopoli.

b) Firma-firma kecil di mana tingkat pengeluarannya adalah sangat kecil

jika dibandingkan dengan firma-firma yang besar.

Firma kecil dalam pasaran oligopoli tidak mempunyai kuasa

yang besar dalam pasaran.

5. Pasaran (12/12) 3. Bentuk Pasaran [9/9]

D. Pasaran Oligopoli:

Ciri-Ciri:

i. Bilangan firma dalam pasar tidak banyak.

ii. Barang yang dijual adalah barang berbeza corak seprti firma

dalam menghasilkan baranga pengguna seperti ubat gigi atau

barang yang serupa seperti firma yang mengeluarkan keluaran

utama ata pengeluar bahan mentah seperti petrol dan simen.

iii. Kuasa penentuan harga bergantung kepada bentuk kerjasama di

antara firma-firma.

iv. Halangan memasuki pasaran adalah cukup besar seperti isu hak

paten/hak cipta, penubuhan firma memerlukan modal yang

besar dan firma lama sangat teguh kedudukannya di pasaran.

v. Persaingan bukan harga terutam bagi firma yang menghasilkan

barang berbeza corak.

6. Peranan Kerajaan (1/5)

o Kebanyakan negara di dunia mengamalkan sistem

ekonomi campuran; kegiatan ekonomi diatur dan

ditentukan oeleh sistem pasaran, akan tetapi masih

wujud penglibatan kerajaan (langsung atau tidak

langsung) dalam ekonomi.

o Kelemahan sistem ekonomi pasaran bebas, memerlukan

penglibatan kerajaan seperti:

Kesan luaran yang merugikan masyarakat (faedah sosial).

Kekurangan pengeluaran barangan awam.

Kuasa monopoli dalam pasar.

Kecekapan sumber.

Pengagihan pendapatan yang tidak setara.

6. Peranan Kerajaan (2/5)

o Bentuk Campur Tangan Kerajaan:

i. Membuat dan melaksanakan undang-undang.

o Undang-undang yang mengatur kegiatan ekonomi

dalam negara: Rangka dasa sosio-ekonomi.

o Mempertingkatkan mekanisma pasar:

o Undang-undang yang dapat mencipta suasana ekonomi

dan sosial bagi kelicinan sistem pasaran.

o Undang-undang bagi memastikan persaingan antara firma

yang adil dan saksama.

6. Peranan Kerajaan (3/5)

o Bentuk Campur Tangan Kerajaan:

ii. Campur tangan langsung dalam ekonomi.

o Penglibatan langsung kerajaan dalam ekonomi

memberi kesan positif kepada masyarakat.

o Misalnya; pengeluaran barang awam atau barangan

separuh awam.

o Keseimbangan pembangunan ekonomi di antara

wilayah dan masyarakat seperti dalam sektor

pertanian di luar bandar.

6. Peranan Kerajaan (4/5)

o Bentuk Campur Tangan Kerajaan:

iii. Dasar kewangan dan dasar belanjawan.

a) Dasar Kewangan: Dasar yang dijalankan oleh bank

pusat untuk mengawal jumlah bekalan wang dalam

ekonomi.

b) Dasar Belanjawan: Dasar kerajaan dalam memungut

cukai dan membelanjakan cukai tersebut untuk

membiayaai kegiatan pentadbiran dan ekonomi.

6. Peranan Kerajaan (5/5)

o Bentuk Campur Tangan Kerajaan:

iii. Dasar kewangan dan dasar belanjawan.

o Tujuan kedua-dua dasar:

i. Mengatasi masalah pokok makro-ekonomi yang

timbul; pengangguran dan pertumbuhan.

ii. Menjamin faktor pengeluaran diperuntukkan ke

pelbagai kegiatan ekonomi secara cekap.

iii. Memperbaiki keadaan pengagihan pendapatan

tidak setara yang kerap tercipta khusunya dalam

sistem pasaran bebas.

63

KESIMPULAN

o Segala tindak-tanduk manusia dalam aktiviti ekonomi akan berdasarkan sistem nilai (worldview) yang dipegang dan dipercayai.

o Ekonomi berkait rapat dengan diri manusia berdasarkan sifat semulajadi manusia yang mempunyai kehendak yang tidak terhad.

o Namun, sumber-sumber untuk memenuhi kehendak-kehendak manusia terhad dan terbatas.

o Oleh itu, pemahaman terhadap konsep asas dan isu-isu ekonomi perlu dalam kehidupan seharian manusia.

o Akhirnya, pengurusan ekonomi melibatkan semua pihak: Individu, Firma dan Kerajaan.