presentation1.pptx@dr fadhil

22
PULAN 3 HLI : Naresh a/l Jameson 114368 Kevin Jason a/l James 114330 Suganthy a/p Siva Kumar 144443 Noor Syuhada Binti Adenan 122409 Nur Syahirah Binti Ahmad Bastari 122423 Siti Hajar Binti Sudirman 122433 Diviya a/p Sangkara narayanan 11431 7

Upload: siti-hajar-sudirman

Post on 18-Aug-2015

40 views

Category:

Presentations & Public Speaking


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation1.pptx@dr fadhil

KUMPULAN 3

NAMA AHLI :

Naresh a/l Jameson

114368

Kevin Ja

son a/l James

114330

Suganthy a/p Siva

Kumar

144443

Noor Syuhada Binti A

denan

122409

Nur Syahirah Binti A

hmad Bastari

122423

Siti Hajar B

inti Sudirm

an

122433

Diviya a/p Sangkaranarayanan

1

14317

Page 2: Presentation1.pptx@dr fadhil

ISU : PENDERAANTERHADAPWARGA TUA

Page 3: Presentation1.pptx@dr fadhil

SIAPA BELA NASIB

MEREKA!SAYA,ANDA,ATAU

SIAPA!!

Page 4: Presentation1.pptx@dr fadhil

Konsep

Penderaan warga emas boleh ditakrifkan sebagai perlakuan tidak wajar yang

dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti :

Penderaan Fizikal

Penderaan Sosial

Penderaan Psikologikal/Emosi

Penderaan Seksual

Kewangan

Page 5: Presentation1.pptx@dr fadhil

KonsepKaedah Kerja Kumpulan

Intervensi : Penglibatan

pekerja sosial dalam

permasalahan klien.

Penglibatan tersebut adalah

berdasarkan kepada

kebenaran & autoriti yang

diberikan oleh

klien(berdasarkan kontrak

pertolongan).

Kes Penderaan Warga Tua

Page 6: Presentation1.pptx@dr fadhil

Penderaan Fizikal Tindakan yang menyebabkan

kesakitan & kecederaan kepada warga tua seperti memukul, menolak, menyekat serta mengurung warga tua dengan cara yang tidak sepatutnya @ kejam.

Page 7: Presentation1.pptx@dr fadhil

Penderaan Emosi/Psikologi Tindakan yang boleh menyebabkan gangguan

emosi & kesusahan kepada warga tua seperti ancaman & kata-kata yang boleh mengaibkan serta melukakan hati.

Ia termasuk tindakan yang menyebabkan warga tua tersebut takut dicederakan, tidak diberi perhatian, diganggu & diasingkan daripada rakan lain serta ahli keluarga,. Harta & barang-barang peribadi, termasuk haiwan peliharaan dimusnahkan.

Page 8: Presentation1.pptx@dr fadhil

Pengabaian Berlaku dalam situasi dimana warga

tua tidak diberikan keperluan asas mereka seperti makanan, minuman, pakaian, penjagaan fizikal, perubatan & sokongan dari segi kewangan.

Boleh berlaku secara sengaja atau tidak.

Page 9: Presentation1.pptx@dr fadhil

Penderaan Seksual Berlaku apabila seseorang warga tua

dipaksa untuk melakukan hubungan seks.

Ini termasuk tindakan yang dilakukan terhadap warga tua yang tidak boleh memberikan persetujuan kepada perlakuan seks tersebut.

Page 10: Presentation1.pptx@dr fadhil

Penderaan Kewangan Berlaku apabila pendera menyalahgunakan

dana atau sumber kewangan warga tua untuk kepentingan peribadi.

Pendera mungkin cuba untuk mempengaruhi warga tua supaya mengubah perbuatan/pelaksanaan wasiat, menghalang warga tua tersebut mengakses kepada dana peribadi mereka atau melibatkan warga tua dalam komplot kewangan.

Page 11: Presentation1.pptx@dr fadhil

Peninggalan Secara Langsung Berlaku apabila anggota

keluarga/anak-anak sengaja menempatkan warga tua dalam situasi dimana warga tua itu perlu menguruskan sendiri keperluannya walaupun ia diluar keupayaan atau kemampuannya.

Page 12: Presentation1.pptx@dr fadhil

Faktor PenyumbangWarga Emas

Masalah dalam berkomunikasi

Gangguan daya ingatan

Cacat Anggota @ Tidak dapat

bergerak

Rasa curiga @ Enggan dibantu

Pendera

Kurang pengetahuan @ kemahiran dalam

menjaga warga emas

Tiada pilihan lain(terpaksa

menjaga)

Bebanan Kewangan

Pengalaman masa lampau(Pernah didera)

Page 13: Presentation1.pptx@dr fadhil

ProsesForming

Storming

Norming

Performing

Adjourning

Page 14: Presentation1.pptx@dr fadhil

Forming Mengeksplorasi setiap permasalahan yang dihadapi oleh klien (warga tua)

dan mengenalpasti faktor serta kesan daripada permasalahan tersebut.

Setiap faktor mempunyai ‘kebarangkalian’ untuk menjadi faktor yang dominan.

Pembentukan hubungan rapo amat penting pada tahap ini dan pekerja sosial perlu mahir dalam berkomunkasi serta mempunyai kemahiran memimpin yang mantap.

Dalam konteks latihan, pekerja sosial lazimnya akan cuba untuk meletakkan klien(warga tua) selesa dengan cara :

1. Memberi peluang untuk setiap ahli mengenali antara satu sama lain(melalui aktiviti-aktiviti suai kenal)

2. Membiarkan klien tahu apa yang boleh mereka harapkan daripada proses pembentukan kumpulan(matlamat & objektif)

3. Menjelaskan bagaimana mereka(klien) diharapkan untuk bekerja bersama(peraturan asas)

Page 15: Presentation1.pptx@dr fadhil

Storming Berkemungkinan terdapat klien(warga tua) yang tidak bersetuju atau setuju

mengenai sesuatu perkara termasuk bagaimana mereka ingin bekerja dalam kumpulan.

Terdapat perbezaan pendapat atau pandangan antara ahli dalam kumpulan yang dibentuk.

Kemahiran kepimpinan, gaya kerja dan pendekatan yang akan digunakan oleh pekerja sosial perlu sistematik untuk memastikan kedinamikan kumpulan yang dikendalikan.

Klien(warga tua) sudah mengenali antara satu sama lain & mampu mengutarakan pelbagai bentuk pendapat mahupun pandangan yang berbeza-beza bergantung kepada situasi permasalahan yang dihadapi atau dialami.

Memandangkan klien sudah mulai berasa lebih yakin & berani, mereka mampu untuk berhujah & berkemungkinan akan mencabar pekerja sosial atau cuba untuk menarik perhatian. Klien juga turut berkebolehan untuk mencabar peraturan yang ditetapkan oleh pekerja sosial.

Page 16: Presentation1.pptx@dr fadhil

Setiap ahli dalam kumpulan merasakan bahawa diri mereka adalah sebahagian daripada kelompok kerja.

Pekerja sosial dan ahli dalam kelompok kerja berusaha untuk mencapai keselarasan & menghindari apa jua bentuk konflik yang boleh mengganggu keharmonian kumpulan yang dibentuk.

Pada peringkat ini, pemimpin iaitu pekerja sosial harus memainkan peranan penting dalam usaha untuk mendorong setiap ahli dalam kumpulan agar lebih bertanggungjawab & tidak hanya bergantung kepada pekerja sosial sahaja. Setiap ahli perlu bekerjasama untuk memecahkan masalah & menetapkan tujuan.

Page 17: Presentation1.pptx@dr fadhil

Norming Peringkat paling penting dan utama dalam proses kerja kumpulan dan memerlukan

pemahaman yang benar-benar jelas mengenai apa-apa yang telah direncanakan dalam usaha menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Peringkat dimana setiap ahli dalam kumpulan perlu mempunyai kata sepakat atau kesepakatan secara bersama dalam usaha ke arah penetapan matlamat yang sama.

Bukan suatu perkara yang mudah untuk mencapai kesepakatan mahupun mendapatkan persetujuan secara bersama dalam sesebuah kumpulan & ia mengambil masa yang agak lama memandangkan setiap ahli mempunyai persepsi atau represi yang berbeza-beza.

Setiap ahli mempunyai represi yang dirujuk melalui pengalaman masa lalu, pengetahuan masa lalu & sebagainya.

Pekerja sosial perlu memberi ruang & peluang kepada setiap ahli untuk berbincang antara ahli dalam usaha untuk mencapai persetujuan secara bersama.

Pengetahuan yang tinggi bukanlah suatu jaminan untuk sesebuah kumpulan dengan mudah untuk mencapai kesepakatan, kerana setiap ahli dalam kumpulan datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza-beza baik dari segi sosioekonomi, pendidikan & sebagainya.

Page 18: Presentation1.pptx@dr fadhil

Performing Setiap ahli dalam kumpulan sudah cukup jelas dengan tugas

serta peranan yang perlu dimainkan dalam usaha untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Status ahli kumpulan stabil dan setiap ahli dalam kumpulan boleh saling menerima tanggungjawab serta peranan masing-masing.

Pada peringkat ini, setiap ahli(klien) akan lebih mementingkan kepentingan kelompok atau kumpulan berbanding kepentingan peribadi.

Page 19: Presentation1.pptx@dr fadhil

Adjourning Segala apa yang telah dilakukan belum dikira berjaya sekiranya

permasalahan yang dihadapi masih lagi tidak dapat menemui jalan keluar.

Pembentukan kerja kumpulan dalam kerja sosial ini bukan hanya akan memberikan suatu pengalaman pembelajaran kepada setiap ahli(klien), tetapi ia juga turut dapat dijadikan sebagai suatu pengalaman sosial.

Page 20: Presentation1.pptx@dr fadhil

Teknik & KemahiranKemahiran

Mendengar Kemahiran Empati

Kemahiran Memimpin

Kemahiran Merumus

Kemahiran Memberi Maklumat

Kemahiran Memerhati

Kemahiran Refleksi

Page 21: Presentation1.pptx@dr fadhil

Kesan

Penderaan Warga Tua

Gangguan Mental

Kemurungan

Trauma

Peningkatan jumlah

penghuni di rumah2 kebajikan

Masalah Kewangan

Masalah Gelandangan

Page 22: Presentation1.pptx@dr fadhil

KesimpulanPenderaan terhadap warga tua ini adalah tindakan

yang sangat memalukan apatahlagi ia berlaku di negara yang begitu menghormati & menyanjung tinggi ahli masyarakat yang lebih tua. Si anak yang ditatang bagai minyak yang penuh semasa kecil bertukar menjadi si tanggang moden yang sanggup memukul & mengabaikan tangan lembut yang membelainya ketika bayi & tangan sasa yang membanting tulang menyaranya hingga berjaya menjadi seperti mereka yang hari ini.