presentation ppp pemikiran islam

59
NOR SALAWATI BINTI JAMRI L20112008180 NORAZLINA BINTI MOKHTAR L20112008151 SITI HAJAR BINTI MASOD L20112008149 NORA AKMA BINTI AHMAD L20112008170 NUR HIDAYATUL ROHAINI BINTI OTHMAN L20112008158 ZAINAB BINTI DAUD L20112008164 PEMIKIRAN DARI PERSPEKTIF ISLAM AHLI KUMPULAN :

Upload: hamizah-ajam

Post on 24-Nov-2015

61 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Pendidikan dari perspektif islam

TRANSCRIPT

  • NOR SALAWATI BINTI JAMRI L20112008180 NORAZLINA BINTI MOKHTAR L20112008151 SITI HAJAR BINTI MASOD L20112008149 NORA AKMA BINTI AHMAD L20112008170 NUR HIDAYATUL ROHAINI BINTI OTHMAN L20112008158 ZAINAB BINTI DAUD L20112008164 PEMIKIRAN DARI PERSPEKTIF ISLAMAHLI KUMPULAN :

  • Peta Konsep

  • Konsep Akal DariPerspektif Islam

  • Pandangan DARIPADA AB. LATIFF DAN ROSMAWATI (1997): Kamus dewan: Akal merupakan segala kegiatan berfikir dan tahap kecerdasan seseorang. Akal merupakan kepintaran yang dimiliki seseorang.

    Akal adalah sifat semulajadi manusia dan kemampuannya memahami sesuatu.

  • Pandangan daripada Imam Ghazali :Akal dapat menerima ilmu dalam bentuk teori dan kemudian dapat menyusun idea idea tersebut.

    Akal merupakan segala ilmu dan pengetahuan yang dapat memastikan sesuatu kemungkinan berlaku dalam satu masa, sama ada mungkin atau mustahil akan berlaku.

  • Akal diperoleh dari pengalaman lepas atau yang dialami.

    Akal dapat mengenal dan mampu mengesan akibat daripada segala perbuatan melalui kekuatan pengalaman dan pengetahuannya.SAMBUNGAN

  • KEMULIAAN AKAL DALAM KONTEKS ISLAM

  • Kepentingan berfikir Mencapai tujuan asal kejadian manusia iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

    Satu ibadah yang tertinggi iaitu dengan akal fikiran yang waras manusia berupaya menjalankan ibadah-ibadah lain dengan sempurna.

    Selaras dengan firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 22 yang bermaksud,

    Sesungguhnya seburuk-buruk makhluk melata di sisi Allah ialah mereka (manusia) yang tuli dan bisu, yang tidak menggunakan akalnya.

  • SAMBUNGAN Menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah s.w.t. Ingatan yang berterusan terhadap keagungan Allah akan sentiasa mendorong manusia untuk melakukan perkara yang makruf (kebaikan) dan meninggalkan perkara yang mungkar (keburukan).

    Selaras dengan firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 191 yang bermaksud,

    Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan tidur serta berfikir pada kejadian langit dan bumi (lalu berkata) Tuhan kami sesungguhnya Engkau tidak jadikan semua ini sebagai satu kebatilan, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab api neraka.

  • Peranan akalBerdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah, peranan akal mestilah:

    Mengkaji dan mendalami serta mempelajari ilmu sama ada yang berkaitan dengan akliah ataupun naqliah.

    Membezakan manusia dengan makhluk-makhluk lain.

    Berperanan positif bagi menilai antara kebaikan dan keburukan dengan mengarahkan akal fikirannya mencari atau bertanya kepada orang-orang berpengetahuan.

  • Pemikiran islam berteraskan penjelasan wahyu iaitu Al-Quran dan Hadis manakala pemikiran sekular (Barat) wujud hasil daripada kegeniusan akal fikiran manusia semata-mata.

    Intipati wahyu dalam Al-Quran dan Hadis berfungsi sebagai petunjuk bagi manusia dalam menjalani kehidupan di dunia di samping mencari bekalan untuk kehidupan di akhirat kelak.

    Selaras dengan firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 89 yang bermaksud,

    Kami telah menurunkan kepadamu Al-Kitab (iaitu Al- Quran) sebagai penjelas segala sesuatu.Pemikiran Islam

  • SAMBUNGAN Selaras dengan firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 41 yang bermaksud,

    Sesungguhnya kami menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Quran) untuk manusia dengan membawa kebenaran; siapa yang mendapat petunjuk, maka (petunjuk itu) untuk dirinya sendiri, dan siapa yang sesat maka sesungguhnya dia semata-mata sesat buat (kerugian) dirinya sendiri dan kamu sekali-kali bukanlah orang yang bertanggungjawab terhadap mereka .

  • SAMBUNGAN Selaras dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud,(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil).

  • SAMBUNGANPemikiran islam menggunakan dua kaedah iaitu naqliah dan akliah.

    Pemikiran menggunakan kaedah naqliah merupakan kaedah berfikir yang bersumberkan wahyu dan lebih terarah kepada perihal-perihal keimanan yang mana dalilnya adalah jelas dan tidak dapat disangkal dengan logik akal.

    Pemikiran menggunakan kaedah akliah merujuk kepada pemikiran yang berteraskan wahyu dengan akal sebagai pembantu. Akal berfungsi sebagai alat untuk memahami wahyu Allah s.w.t yang disampaikan menerusi perantaraan Al-Quran dan Hadis.

  • Kaedah NaqliahMelihat kepada dua elemen utama iaitu fakta (benda/perbuatan) dan hukum.

    Jika fakta itu adalah benda, hukumnya halal atau haram. Contohnya, anggur adalah halal namun arak adalah haram.

    Hukum ke atas fakta ini diambil dari dalil di dalam Al-Quran dan hadis. Maka pemikiran yang digunakan adalah bersifat naqliah.

  • SAMBUNGANJika fakta itu adalah perbuatan, hukumnya wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Contohnya, berpuasa di bulan Ramadhan hukumnya wajib, sedekah hukumnya sunat, makan nasi hukumnya harus, dan berzina hukumnya haram.

    Hukum ke atas fakta ini juga berpaksikan kepada dalil Al-Quran dan hadis. Maka pemikiran yang digunakan juga bersifat naqliah.

  • Kaedah AkliahMenghuraikan tentang sesuatu hukum seperti perkara-perkara yang membatalkan wuduk, dan pelaksanaan sesuatu ibadat(sembahyang/puasa).

    Pelbagai mazhab dalam islam terbentuk seperti Mazhab Shafie, Mazhab Hambali, Mazhab Maliki dan Mazhab Hanafi.

    Memberikan justifikasi terhadap sesuatu syariat Allah s.w.t seperti mengapa arak dan berjudi itu haram dan memahami hakikat ciptaan Allah yang terdapat pada diri dan alam sekeliling serta mengambil manfaat daripadanya.

  • SAMBUNGANSelaras dengan firman Allah dalam surah Al-Jaasiyat ayat 3-5 yang bermaksud,Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat kekuasaan Allah untuk orang-orang yang beriman. Dan pada penciptaan kamu dan binatang-binatang melata bertebaran (di muka bumi) terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kamu yang meyakini. Dan perhatikan malam dan siang dan apa yang diturunkan oleh Allah dari langit (air), lalu dihidupkanNya dengan air itu bumi sesudah mati (kering kontang) dan pertiupan angin, adalah beberapa ayat (tanda bagi kaum yang berakal) .

  • SAMBUNGANSelaras dengan firman Allah dalam surah Al-Nahl ayat 68-69 yang bermaksud,

    Tuhanmu telah menurunkan pengetahuan (mengilhamkan) kepada lebah: Buatlah rumah di atas bukit dan di atas pohon kayu dan di atas apa-apa yang mereka jadikan atap. Kemudian makanlah bermacam-macam buah-buahan, keluarlah dari dalam perutnya cecair (madu) yang berlainan warnanya, untuk menyembuhkan penyakit manusia. Sesungguhnya pada demikian itu menjadi tanda bagi kaum yang memikirkannya .

  • RumusanPemikiran Islam sangat mengutamakan Al-Quran dan Hadis sebagai sumber hukum dan pedoman kehidupan.

    Penggunaan akal turut diperlukan bagi perkara-perkara yang tidak ada nas yang jelas dan nyata tentang kedudukan hukumnya.

    Untuk mendalami ilmu Al-Quran dan Hadis yang boleh membawa manusia ke arah keimanan yang lebih mantap.

  • PEMIKIRAN IBNU KHALDUN

  • SEJARAH Abdul Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin Al-Hassan

    Dilahirkan -1 Ramadhan 732 Hijrah (17 Mei 1322 M) di Tunisia

    Keluarga yang kaya dan mendapat pendidikan yang terbaik

    Meninggal - Ramadhan 808 Hijrah (Mac 1406 M) di Kaherah, Mesir

  • IBNU KHALDUN

  • SAMBUNGANBidang ilmu yang terkenal teori ekonomi, sosiologi dan epistemologi

    Beliau dianggap sebagai seorang ahli falsafah sejarah dan sarjana teragung sepanjang zaman

  • TEORI EPISTEMOLOGI IBNU KHALDUN

  • Naqliah (Ilmu-ilmu Tradisional)Akliah (Ilmu-ilmu Falsafah/Rasional)

    Diperoleh dari rasulullah s.a.wBerasaskan Al-Quran dan As-SunnahDiperoleh melalui akal (kemampuan berfikir)

    Contoh :1. Ilmu Tafsir yang menjelaskan lafaz- lafaz al-Quran2. Ilmu Qiraah yang menyatakan bacaan Al-Quran3. Hadith yang menjelaskan sanad dan perkhabaran perawi-perawi tentang Sunnah Rasulullah,4. Usul Fiqh - mengeluar hukum-hukum Allah5. Ilmu Kalam yang membahaskan aqidah keimanan dan hujah-hujahnya, 6. Ilmu Bahasa yang meliputi lughah, nahu, bayan dan adabContoh :1. Ilmu Matematik - sukatan dan ukuran,

    2. Ilmu Handasah (Geometri) - persoalan ukuran dan timbangan, 3. Ilmu Hayah (Astronomi) - pergerakan cakerawala,

    4. Ilmu Mantik - cara menjaga akal dari kesalahan, 5. Ilmu Tabie (Nature) yang mengkaji hal jisim dan persoalan-persoalan fizik,6. Ilmu Ilahiyyat (Metafizik) yang membahaskan persoalan ketuhanan

  • KLASIFIKASI ILMU

    Kelompok ilmuIlmu AsasIlmu Agama- tafsir, hadis dan fiqh

    Ilmu AkliahIlmu sains Ilmu Ketuhanan (metafizik)Ilmu yang perlu dipelajari kerana faedah ilmu itu sendiriIlmu SokonganMembantu untuk mempelajari agamaBahasa Arab Matematik ilmu-ilmu lain

    Membantu untuk mempelajari ilmu falsafah-Ilmu LogikPerlu dipelajari bagi membolehkan seseorang untuk menguasai ilmu asas.

  • TUJUAN PENDIDIKANMenyiapkan seseorang dengan 6 aspek :KeagamaanAkhlakKemasyarakatan atau sosialVokasional atau pekerjaanPemikiran- melakukan pelbagai pekerjaan dan memastikan keharmonian hubungan dengan masyarakatKesenian (muzik, khat, seni bina dan lain-lain)

  • Hidupnya jiwa manusia adalah kerana ilmu pengetahuan dan gelapnya hati manusia adalah kerana miskinnya ilmu pengetahuan

  • 5 PRINSIP ASAS DALAM MENYAMPAIKAN ILMU YANG PERLU DIPATUHI OLEH PENDIDIK

  • 1. Ilmu yang disampaikan sesuai dengan usia dan kemampuan akal pelajar.

    (1 x 8) + 20 =90 / 3 = - 12 = 7(1+1 +1+1+1+1) x 0 =2 -15 =Selepas pukul 2 petang, pukul berapa?Adakah bumi itu bulat?Apa akan terjadi sekiranya tiada tarikan graviti di bumi?Nyatakan 2 teori pembelajaran yang anda tahu.Anda dikehendaki menjawab 3 soalan terakhir sahaja.Apakah nama ibu negeri Perak?Dimanakah letaknya Legoland Malaysia?Tuliskan no. matriks anda.Siapakah nama anda?Dimanakah anda berada sekarang?

    Sila teliti soalan berikut dan jawab dalam masa 30 saat sahaja. Setelah selesai menjawab, anda dikehendaki bangun.

  • 2. Pendidikan dilakukan secara bertahap dan melibatkan pengulangan.En. Sani membeli sebuah televisyen secara sewa beli. Harga tunai ialah RM2000. Bayaran deposit ialah 10%. Kadar faedah satahun ialah 5%. Tempoh bayaran balik selama 2 tahun.

    Berapakah jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar oleh En. Sani?

  • 3. Menggunakan satu buku untuk satu tajuk pada satu masa.

    4. Setiap sesi pembelajaran boleh diselangi dengan masa rehat

    5. Melaksanakan kaedah berdialog atau diskusi

  • 2 kaedah pengajaran

  • Metod bertahap dan pengulangan

    - sesuai untuk mereka yang baru belajar- melibatkan 2 tahapa) Guru menyampaikan ilmu secara ringkasb) Guru menerangkan kembali pelajaran dengan huraian yang lebih jelas dan mantap - kaedah ini tidak diselangi dengan waktu rehat yang kerap atau lama serta tidak mencampuradukkan 2 disiplin ilmu dalam satu masa.

  • Metod Dialog dan Diskusi

    - mengadakan pertanyaan dan jawapan bertujuan untuk mencari kebenaran atau fakta.- Metod dialog melibatkan 2 orang

  • - Metod diskusi perbincangan berkisar kepada sekelompok manusia.- kebaikan : meningkatkan kemahiran berfikir, menghormati pendapat orang lain, mendorong pelajar bersikap aktif dalam pembelajaran dan dapat mempraktikkan ilmu yang diperoleh serta mampu mengeluarkan hukum cabang (furu) daripada hukum asal

    SAMBUNGAN

  • Pemikiran Imam Al- Ghazali

  • RIWAYAT HIDUP

    Imam Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan 1058 Masihi di at- Taabiran/Ghazalah di bandar Tus, Khurasan (Iran).Nama sebenarnya ialah Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al- Ghazali at Tusi.Beliau digelar "Al-Ghazali" bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal) dan ada juga yang mengatakan gelaran bersempena kampung kelahirannya, Ghazalah.

  • Beliau berasal dari keluarga yang miskin. Bapanya merupakan seorang ahli Sufi yang sangat warak. Bapanya mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu ingin melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh.Beliau mendapat pendidikan awal secara percuma kerana keluarganya miskin.Pada mulanya beliau mempelajari ilmu fiqah dan seterusnya mempelajari ilmu tauhid, mantiq, usul fiqh dan falsafah. Beliau juga menyelidik dan mengkaji segala pendapat empat mazhab hingga mahir dalam pelbagai bidang.

    SAMBUNGAN

  • Beliau juga mendapat gelaran Hujjatul Islam (pembela Islam) kerana beliau bijak berhujah dan berjasa mempertahankan prinsip-prinsip kebenaran Islam dengan hujah-hujah yang sulit dipatahkan oleh lawan serta mempunyai daya hafalan yang tinggi dan ingatan yang kuat.Kerana ketinggian ilmu dan mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang Imam al-Ghazali pernah menjadi Imam Iraq dan juga Profesor di Universiti Baghdad tetapi beliau meninggalkan segala yang beliau ada untuk bermusafir demi mencari dan menambah ilmu pengetahuan kerana beliau merasakan ilmu yang beliau ada masih tidak mencukupi.

    SAMBUNGAN

  • Imam al-Ghazali banyak menulis buku yang mencakupi pebagai bidang ilmu seperti ilmu al-Quran, akidah, kalam, usul fiqh, fiqh mantik dan tasawuf. Antara karya beliau yang sangat berpengaruh ialah Tahafut al-Falasifah (Penghancuran Falsafah) dan Ihya Ulumuddin (Penghidupan Ilmu Pengetahuan) yang memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat dan pemikiran Islam. Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir dan ahli Sufi Islam yang ulung dan hingga kini karya-karya pemikiran beliau masih lagi menjadi rujukan.Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505 Hijrah (1111M) di Tus dan jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya pada usia 55 tahun.

    SAMBUNGAN

  • Teori Epistemologi Imam al-Ghazali

  • Epistemologi berasal daripada perkataan Yunani, iaitu episteme dan logos. Episteme bermaksud pengetahuan dan logos pula bermaksud teori. Jadinya Epistemologi bermaksud teori pengetahuan. Teori Epistemologi Imam al-Ghazali ataupun teori imu pengetahuan Imam al-Ghazali adalah berasaskan teori ilmu pengetahuan Islam.Imam al-Ghazali telah banyak mengemukakan teori pengetahuan dalam kitabnya Ihya Ulumuddin berkaitan dengan falsafah ilmu dan pendidikan yang merangkumi tujuan pendidikan, keutamaan ilmu, keutamaan orang yang memiliki ilmu, kategori ilmu, etika belajar dan juga etika mengajar.

  • Pada pendapat beliau tujuan utama pendidikan ialah untuk mencapai keredhaan Allah dan bukannya semata-mata untuk tujuan duniawi kerana baginya kekuasaan dan kekayaan boleh merosakkan proses dan tujuan pendidikan.

    Dalam konteks menuntut ilmu pula, beliau mengamalkan konsep keserataan dalam pendidikan yang mewajibkan semua orang menuntut ilmu.

    SAMBUNGAN

  • Salah satu dalil yang digunakan beliau ialah Hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Ibnu Abdul Barr yang bermaksud;Mencari ilmu pengetahuan adalah wajib ke atas setiap orang MuslimMenurut beliau lagi, sesiapa yang memiliki ilmu, maka akan ditinggikan darjatnya. Kenyataan beliau adalah berasaskan firman Allah yang bermaksud; Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman antara dan orang-orang yang berilmu pengetahuan beberapa darjat. (Al-Mujadallah:11)

    SAMBUNGAN

  • Menurut beliau lagi, martabat dan tahap ilmu seseorang boleh ditentukan berdasarkan salah satu daripada tiga perkara berikut;1) Melihat kepada usaha yang digunakan untuk menguasai sesuatu ilmu itu.2) Melihat kepada manfaat yang diperoleh daripada ilmu tersebut.3) Melihat kepada tempat mempelajari ilmu tersebut.Imam al-Ghazali juga turut mengklasifikasikan ilmu pengetahuan kepada dua kategori iaitu;1) Ilmu terpuji (al-mahmud)2) Ilmu terkutuk (al-madzmum)SAMBUNGAN

  • Ilmu juga boleh dikelaskan mengikut hukum iaitu;- Ilmu yang fardu ain seperti ilmu agama- Ilmu yang fardu kifayah seperti ilmu matematikIlmu-ilmu terkutuk pula adalah ilmu yang tidak digalakkan kerana ia boleh menyesatkan seperti ilmu sihir dan ilmu nujumImam al-Ghazali menekankan bahawa ilmu yang paling utama untuk dipelajari ialah ilmu agama kerana ia berguna dan menjamin keselamatan manusia di dunia dan di akhirat.

    SAMBUNGAN

  • ADAB-ADAB DALAM PENDIDIKANMembersihkan jiwa daripada kejelikan akhlak dan keburukan sifat.

    Nabi Muhammad saw bersabda: Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya, tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah HATI, (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Numan bin Basyir)

  • Memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pembelajaran

    -meminimalkan pengaruh luar dan kesibukan dunia-terlalu banyak mengerjakan urusan lain di luar pelajaran membuatkan murid terpecah pikirannya.

    Menghormati ilmu dan guru

    -harus mempercayai guru umpama percayanya pesakit kepada doktor-menurut al-Ghazali pengalaman guru lebih tinggi darjatnya dari kepintaran murid

    SAMBUNGAN

  • Mengelak daripada mendengar perselisihan manusia.- berpegang pada pendapat gurunya sahaja - mengambil sesuatu ilmu daripada beberapa orang yang berlainan akan membingungkan murid.

    Mempelajari sesuatu ilmu sehingga menguasainya- dimulai dari yang paling mudah- Al-Ghazali melarang seorang guru memaksa satu pelajaran sekiranya murid belum bersedia menerima

    SAMBUNGAN

  • Menetapkan tujuan pendidikan hanya kerana Allah ( ) : ( ) : " ". - Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs 'Umar ibn al-Katthab Radhiallahu anhu beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahualaihiwasallam bersabda:Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. SAMBUNGAN

  • PENDEKATAN PENGAJARANMewujudkan hubungan positif di antara guru dengan pelajar- melalui hubungan ini proses penyampaian dan penerimaan ilmu dapat dijalankan

    Meneladani Rasul-kaedah soal jawab-kaedah pengulangan soalan-kaedah melewatkan jawapan-kaedah sentuhan

  • Sentiasa menasihati pelajar-jangan lupa menasihati murid dan mencegahnya dari akhlak tercela, tidak secara terang-terangan tapi hendaknya gunakan sindiran. -Jangan lupa untuk mengerjakannya terlebih dahulu kerana pendidikan dengan sikap dan perbuatan jauh lebih efektif daripada perkataan

    Menyampaikan ilmu mengikut keupayaan pelajar-terangkanlah dengan kadar kemampuan akal muridSAMBUNGAN

  • 5 KAEDAH PENGAJARANMetod perbandingan- perbincangan untuk membuktikan kebenaran fikiran dan kepercayaan mereka kepada karya- karyanya.

    Metod halakah- bermulanya dakwah Islamiah, para pelajar mengelilingi gurunya dalam separa bulatan untuk mendengar syarahannya

  • Metod petunjuk dan bimbingan - digunakan semasa menanamkan dasar-dasar agama kepada anak-anak.

    Metod dialog dan perbincangan- Imam Al-Ghazali pernah menggunakan kaedah ini bagi mendalamkan lagi kefahaman seseorang terhadap ilmu pengetahuan. - mengasah otak dan memperkuatkan pendapat di samping kepercayaan kepada diri sendiri dan berkemampuan berbicara tanpa teks.

    SAMBUNGAN

  • Metod keteladanan - Untuk mental anak-anak, pembinaan budi pekerti, dan penanaman sifat-sifat keutamaan pada diri mereka

    SAMBUNGAN

    ****