presentation

27
PERATURAN BERBAHASA

Upload: simyi-leong

Post on 14-Dec-2015

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

peraturan berbahasa

TRANSCRIPT

PERATURAN BERBAHASA

Menurut Asmah Haji Omar (2002:8), santun bahasa ialah penggunaan bahasa berpandukan peraturan-peraturan yang tertentu.Apabila seseorang penutur mematuhi peraturan tersebut, bermaksud seseorang itu mengamalkan santun bahasa

Jarak SosialKeadaan di mana seseorang atau masyarakat yang berbeza tingkat peradabannya dengan orang lain atau masyarakat lain meskipun pada dasarnya berada dalam zaman atau masa yang sama.Perbezaan di dalam masyarakat menunjukkan adanya lapisan yang tinggi dan lapisan bawahSetiap lapisan tersebut disebut starata sosial.Dinyatakan sebagai perbezaan kelompok-kelompok masyarakat secara horizontal berdasarkan jarak peradabannyaJarak perabadan muncul kerana adanya perbezaan dalam ilmu pengetahuan dan kemajuan

CONTOH:Tidak memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan panggilan nama. Kita sepatutnya memangil mereka dengan nama yang memuliakan mereka.Tidak memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannyaPENGGUNAAN GELARAN ( SEPERTI Tun, Tan Sri, Dato’ dan lain-lain), penggilan hormat (seperti Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yng Amat Berbahagia, Yang Berbahagia dan sebagainya) serta ganti nama diri (seperti tuan dan puan) .Menggunakan panggilan pak cik atau mak cik atau panggilan lain yang setara dengannya misalnya pak ngah, pak su, mak andak dan sebagainya untuk menyapa ayah saudara atau ibu saudara

Konteks PercakapanMenurut Brown dan Yule (1983), menganalisis wacana semestinya menggunakan pendekatan pragmatic untuk memahami pemakaian BahasaDalam setiap interaksi verbal selalunya terdapat beberapa faktor yang mengambil peranan dalam sesuatu peristiwa itu, misalnya penutur, pokok percakapan, tempat bicara dan lain-lain.Dibahagikan kepada lapan jenis:

a. Penutur dan PendengarPenutur dan pendengar yang terlibat dalam peristiwa percakapan disebut peserta. Berkaitan dengan peserta, yang perlu diperhatikan adalah latar belakang sosial, budaya dan lain-lain. Mengetahui latar belakang peserta akan memudahkan untuk menginterpretasikan apa yang hendak dituturkan penuturnya. Hal ini kerana makna wacana tertentu akan mempunyai makna yang berbeza jika dituturkan oleh penutur yang mempunyai latar belakang yang berbeza.

b. Topik pembicaraanDengan mengetahui topic pembicaraan, pendengar akan sangat mudah memahami isi wacana, sebab topic pembicaraan yang berbeza akan menghasilkan bentuk wacana yang berbeza pula. Di sampig itu, penutur dan pendengar menangkap dan memahami makna wacana berdasarkan topic yang dibicarakan

c. Latar peristiwaLatar peristiwa mungkin merupakan tempat, keadaan psikologi penutur dan pendengar atau semua hal yang melari terjadinya peristiwa percakapan.

d. PenghubungPenghubung adalah medium yang digunakan untuk menyampaikan perihal percakapan. Untuk menyampaikan maklumat, seorang penutur dapat menggunakan penghubung dengan Bahasa lisan atau tulisan. Ujaran secara lisan dapat dibezakan berdasarkan sifat hubungan penutur sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hubungan langsung terjadi dalam dialog tanpa perantara sedangkan hubungan tidak langsung terjadi dengan perantara telefon. Ujaran secara lisan juga dapat dibezakan menjadi regam resmi dan tidak resmi

e. Laras BahasaPenutur dan pendengar harus dapat memilih laras bahasa yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan serta dapat menjiwai perasaan tentang perkara yang dituturkan. Amatlah ganjil jika ragam bahasa baku diguna pakai dalam urusan tawar-menawar di pasar. Jika berasa anah atau ragum tidak baku digunakan dalam acara rasmi seperti menyampaikan kulian akademik.

f. Bentuk pesanan dan maklumatPesanan dan maklumat yang hendak disampaikan haruslah tepat, kerana bentuk pesanan dan maklumat bersifat fundamental. Bentuk pesanan dan maklumat haruslah bersifat umum jika pendengar terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Jika pendengar terdiri daripada satu lapisan masyarakat bentuk pesanan dan maklumat haruslah bersifat khusus. Isi dan bentuk pesanan hendaklah sesuai dengan kehendak pendengar untuk mengelakkan sukar dicerna oleh pendengar.

g. Peristiwa percakapanPeristiwa percakapan bermaksud peristiwa yang mewadahi kegiatan percakapan. Contohnya pidato, perdebatan, seminar dan sebagainya. Peristiwa percakapan tertentu akan membentuk bentuk dan isi wacana yang akan dihasilkan. Contohnya, wacana yang dipersiapkan untuk pidato pasti berbeza bentuk dan isinya dengan wacana untuk seminar

CONTOH:Tidak bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orangTidak bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.Elakkan daripada bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan dan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.Gunakan bahasa yang efektif dan mudah difahami

Tujuan PercakapanKita harus mengutamakan tujuan atau matlamat percakapan dalam pergaulan seharian. Kita harus menitikberatkan perkara yang penting dahulu sebelum kita mula bercakap sesuatu. Tujuan perkara yang kita cakap mestilah menimbulkan sesuatu kesan terhadap orang lain atau sesuatu objek. Contoh : Kita hendak memberitahu seseorang bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku. Perkara tersebut haruslah diberitahu dengan secepat mungkin kerana merupakan perkara yang sangat penting. 

Jika kita mahu memberitahu sesuatu yang penting tetapi tidak segera, kita hendaklah mencari masa yang sesuai untuk memberitahu orang tersebut.

Tetapi, kita mesti mengingat walaupun perkara itu tidak segera, namun perkara itu mesti disampaikan kepada pendengarnya dengan secepat mungkin. 

Contoh : Kita hendak memberitahu kawan kita bahawa gambar yang diambil bersama-sama telah siap dicuci. Kita boleh memilih masa yang sesuai untuk memberitahu mereka kerana perkara tersebut penting tetapi tidak segera. 

҉�Jika kita ingin memberitahu sesuatu yang tidak penting, kita boleh memberitahu orang tersebut pada bila-bila masa sahaja.

҉�Kita harus memilih masa yang sesuai dimana kedua-dua penyampai dan pendengar berada dalam keadaan selesa dan tidak melakukan perkara yang lain.

҉�Perkara tersebut mestilah berunsur ringan dan sesuai dijadikan idea percakapan dalam perbualan pada masa lapang. 

҉�Contoh : Kita boleh menyampaikan atau memberitahu sesuatu yang tidak penting semasa kita sedang berbual-bual dengan pendengar pada masa lapang seperti aktiviti yang dijalankan pada hujung minggu dan sebagainya

Giliran Bercakap Kita perlulah mengutamakan

status dan kedudukan semasa bercakap.

Secara umumnya, giliran bercakap haruslah bergantung pada tempat kita berada dan orang yang bercakap dengan kita.

CONTOH:Dalam keluarga,1.Ahli keluarga yang lebih tua dan

berpengalaman, biasanya datuk dengan nenek.

2.Ibu atau bapa3.Kakak atau abang yang lebih besar4.Pihak yang lebih kecil seperti adikDi sekolah pula,5.Pengetua atau guru besar6.Penolong kanan sekolah7.Pensyarah atau guru8.Wakil pelajar contohnya ketua pengawas

sekolah9.Para pelajar

Oleh itu, kita perlulah bercakap mengikut giliran, daripada oarang yang lebih tua sehinggalah orang yang paling muda. Sekiranya ingin menyampuk, tunggu sampai seseorang itu habis bercakap dan meminta maaf kerana menyampuk.

Memulai PercakapanRahsia memulai pembicaraan ada di senyum dan kontak mata anda.Berikan senyum alami dan tulus kepada orang lain sebelum memulai percakapan.Jangan memulai percakapan apabila belum ada respon dari orang tersebut buat anda.Apabila respon sudah didapat barulah kita lanjutkan dengan kalimat pembuka yang baik. Kalimat pembuka boleh bermacam-macam tergantung konteks yang boleh anda lihat pada situasi saat itu.Kalimat pembuka boleh berupa pujian terhadap penampilan, pernyataan perihal situasi saat itu ataupun perhatian dengan cara yang santun kepada orang yang anda mahu ajak berbicara.

CONTOH:1.    Assalamualaikum2.    Selamat pagi Bapa/Ibu3.    Selamat siang Bapa/Ibu4.    Selamat malam Bapa/Ibu5.    Salam sejahtera bagi kita semua.6.    Selamat malam para pendengar radio.7.    Selamat datang.

 Mengakhiri Percakapan dengan Santun

Akhiri pembicaraan dengan baik. Jangan tiba tiba berhenti diam dan meninggalkan teman bicara anda begitu saja.Lakukan transisi dengan memberikan kalimat penutup.Kalimat penutup akan sangat efektif apabila disertai dengan alasan. Sampaikan alasan kenapa anda harus mengakhiri pembicaraan. Ucapkan terima kasih dan memuji teman bicara anda sangat baik di bagian penutup ini.

CONTOH: Jadi, jangan sampai lupa rencana

kita.Sebelum mengakhiri diskusi ini,

saya ingatkan kembali ....

Sebelum menutup mesyuarat ini, saya tegaskan

kembali ....Demikian yang boleh saya

sampaikan, ingat ....Sekian sahaja pertemuan kita hari

ini, jangan lupa ....Sebelum ditutup, saya ingatkan

kembali ....Sebagai penutup, kita simpulkan

bahawa ....Insya Allah, kita akan mengadakan

pertemuan kembali ....

 Mengucapkan terima kasihTerima kasih atas waktu dan kesempatannya.Terima kasih atas melapangkan waktunya.Terima kasih atas segala bantuan yang telah diberikan.Terima kasih untuk pesan-pesannya.Terima kasih tuan/puan sudah meluangkan waktunya.

Permintaan maafKami mohon maaf jika ada pelayanan yang tidbbbbak berkenan.Mohon maaf jika ada kata-kata yang tidak sesuai.Mohon maaf atas kelewatan....mohon maaf jika ada kesalahan ucapan ....

Pemilihan Kata

Pilihan kata (diksi) adalah hasil dari upaya memilih kata tertentu untuk dipakai dalam suatu kalimat atau wacana dan kejelasan lafal untuk memperoleh kesan tertentu dalam berbicara di depan umum atau dalam karang mengarang. Bukan sahaja digunakan untuk menyatakan gagasan atau menceritakan peristiwa tetapi juga meliputi persoalan gaya bahasa, ungkapan-ungkapan dan sebagainya

Cara Memilih kataa) Tepat memilih kata untuk mengungkapkan gagasan atau hal yang ‘diamanatkan’b) Kemampuan untuk membezakan secara tepat nuansa-nuansa makna sesuai dengan gagasan yang ingin disampaikan dan kemampuan untuk menemukan bentuk yang sesuai dengan situasi dan nilai rasa pembacanya.c) Menguasai sejumlah perbendaharaan kata yang dimiliki masyarakat bahasanya, serta mampu menggerakkan dan mendayagunakan kekayaan iaitu menjadi jaring-jaring kalimat yang jelas dan berkesan.

Fungsi Pemilihan Kata

1) Untuk mencegah kesalahfahaman2) Untuk mencapai target komunikasi yang efektif.3) Agar suasana yang ideal boleh tercipta.4) Membentuk gaya ekspresi gagasan yang tepat (sangat rasmi, rasmi, tidak rasmi) sehingga menyenangkan pendengar atau pembaca, (Sugono, Dendy.2003)

TERIMA KASIH :D