slide presentation

26
KPR4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN AHLI KUMPULAN : Awanis Binti Rohizad (L20111006503) Nusrah Binti Yasin (L20111006520) Rosidayu Binti Abdullah (L20111006525)

Upload: ernus19

Post on 24-May-2015

1.725 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

for kajian tindakan purposes

TRANSCRIPT

Page 1: Slide presentation

KPR4063KAJIAN TINDAKAN

DALAM PENDIDIKANAHLI KUMPULAN :

Awanis Binti Rohizad (L20111006503)Nusrah Binti Yasin (L20111006520)

Rosidayu Binti Abdullah (L20111006525)

Page 2: Slide presentation

Pembentangan Proposal Kajian Tindakan

TAJUKModel Pembelajaran Kooperatif atau

‘Cooperative Learning’ Dalam Meningkatkan Penglibatan Pelajar Di Dalam Kelas Bahasa

Inggeris Pelajar Tingkatan Empat

Page 3: Slide presentation

AHLI JAWATANKUASA PENGKAJI

1)Awanis Binti Rohizad

2)Nusrah Binti Yasin

3)Rosidayu Binti Abdullah

Page 4: Slide presentation

Rasional Kajian• Matapelajaran Bahasa

Inggeris merupakan matapelajaran yang penting pada masa sekarang.

• Bahasa antarabangsa dan medium perhubungan antara negara luar.

• Penekanan penggunaan BI di universiti.

• Kelebihan bagi memohon pekerjaan

• Rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana segelintir pelajar kelas 4SC Sekolah Menengah Taman Jelutung tidak menunjukkan kemajuan di dalam ujian bulanan yang diadakan dan sering mengelak untuk melakukan kerja rumah yang diberi oleh guru.

Page 5: Slide presentation

Tujuan Kajian

Memperkembangkan minat murid untuk mendengar, memahami dan menyebut perkataan dengan betul semasa menjalankan aktiviti di dalam kelas.

Meningkatkan kemahiran komunikasi sesama ahli kimpulan koperatif dengan guru dengan memperbetulkan cara sebutan pelajar-pelajar semasa menjalankan aktiviti di dalam kelas.

Menarik minat pelajar-pelajar dengan Bahasa Inggeris agar masalah pasif di dalam kelas dapat diatasi.

Page 6: Slide presentation

Latarbelakang Masalah• Kelas Tingkatan 4SC merupakan kelas pertama di Sekolah Menegah

Kebangsaan Taman Jelutung. Namun terdapat segelintir pelajar yang tahap pencapaiannya dalam Bahasa Inggeris adalah lemah.

• Walaupun mencapai markah lulus namun demikian guru Bahasa Inggeris kelas tersebut ingin pelajar-pelajarnya mencapai tahap sekurang-kurangnya mendapat C.

• Guru tersebut mendapati bahawa murid yang lemah ini kurang berminat pada mata pelajaran Bahasa Inggeris. Apabila diajukan soalan, mereka sering menjawab tidak faham malah menjawab sambil lewa.

• Didapati juga mereka tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Mereka akan meniru kawan serta tidak cuba menyiapkan kerja yang diberikan.

• Melalui temubual dengan guru tersebut, beliau menggunakan kaedah pembelajaran kooperatif untuk mengatasi masalah tersebut.

Page 7: Slide presentation

Pernyataan Masalah

Pernyataan Masalah 1• Pelajar yang masuk ke tingkatan 4SC

adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar-pelajar pandai di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutung. Namun demikian, tidak semua pelajar mendapat cemerlang dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Ada pelajar yang masih tidak boleh membaca dengan betul ayat-ayat Bahasa Inggeris. Akibatnya mereka malu dan tidak mahu bercakap dalam bahasa Inggeris.

Pernyataan Masalah 2• Selain daripada itu, pelajar-pelajar ini

juga dilihat sering mengelak untuk melakukan aktiviti di dalam kelas. Kebiasaannya pelajar-pelajar yang lemah ini akan menjadi pelajar pasif di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa sesi aktiviti seperti sesi soal jawab atau ‘brainstorming’ bersama guru, pelajar-pelajar ini tidak akan mengambil bahagian atau menyumbangkan idea-idea tetapi lebih kepada berdiam diri dan menjadi pemerhati semasa aktiviti di dalam kelas.

Page 8: Slide presentation

Pernyataan Masalah (Samb…)

Pernyataan Masalah 3• Guru yang mengajar juga

mendapati sukar untuk mengikuti silibus disebabkan masalah ini. Mereka menghadapi dilema sama ada mengikuti silibus atau mementingkan pelajar-pelajar yang lemah ini.

Page 9: Slide presentation

Objektif Kajian

Objektif AM• Meningkatkan kebolehan

pelajar-pelajar Tingkatan 4SC dalam penguasaan Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutung melalui kaedah pembelajaran koperatif.

Objektif Khusus1) Menarik minat pelajar di

dalam kelas untuk matapelajaran Bahasa Inggeris.

2) Meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

3) Meningkatkan kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris murid-murid di dalam kelas

Page 10: Slide presentation

Soalan Kajian

1) Adakah kaedah ‘Cooperative Learning’ dapat meningkatkan minat pelajar dalam matapelajaran Bahasa Inggeris?

2) Adakah keadah ‘Cooperative Learning’ dapat meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar dalam Bahasa Inggeris?

3) Adakah kaedah ‘Cooperative Learning’ di dalam kelas dapat membantu guru untuk mengikuti silibus matapelajaran Bahasa Inggeris?

Page 11: Slide presentation

Tinjauan Literatur

• Pada hari ini guru bahasa mula menyedari akan kepentingan dalam meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar.

• Pelbagai cara dilakukan oleh guru seperti memberi tunjuk ajar cara atau strategi belajar yang betul, mengadakan kelas tambahan, membincangkan soalan-soalan peperiksaan lepas dan lain-lain lagi.

• Guru-guru seharusnya menyedari bahawa pemilihan strategi belajar yang berkesan terletak di tangan pelajar sendiri. Guru-guru yang mempelajari strategi pengajaran dapat membantu pelajar-pelajarnya menguasai pelbagai ilmu bahasa dengan cepat dan berkesan

Page 12: Slide presentation

Tinjauan Literatur (Samb..)

• Guru-guru yang mempelajari strategi pengajaran dapat membantu pelajar-pelajarnya menguasai pelbagai ilmu bahasa dengan cepat dan berkesan (Oxford&Crookall 1989). Pendapat ini diakui oleh Graham (1997) dalam Lessard-Clouston (1997) dimana hasil kajian mereka dalam bahasa Perancis.

• Kajian oleh Erhman (1988) dan Oxford (1989) menunjukkan dengan jelas bahawa strategi pembelajaran mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap strategi pembelajaran yang dipilih oelh pelajar. Dengan kata lain, gaya dan strategi pembelajaran saling mempengaruhi.

Page 13: Slide presentation

Metodologi Kajian

1. MENGENALPASTI MASALAH

2. MENGUMPUL DATA

3. MENGANALISIS DATA

4. MENRANGCANG PELAN TINDAKAN

5. MELAKSANAKAN PELAN TIDAKAN

6. MENGUMPUL DATA UNTUK MENGESAHKAN

PERUBAHAN

7. MENGANALISIS DAN MENILAI

Model Somekh (1989)

Page 14: Slide presentation

Sasaran Kajian

• Kumpulan sasaran yang akan terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada kumpulan pengkaji, seorang guru Bahasa Inggeris iaitu Teacher Amanina Bt Rohizad dan sebuah kelas 4SC yang terdiri daripada 28 orang pelajar.

Page 15: Slide presentation

Instrumen Kajian

Analisis rekod markah bulanan pelajar – Menganalisis markah bulanan pelajar dan menentukan kumpulan kecil pelajar tersebut. Ahli kumpulan terdiri daripada 3 orang yang memperolehi markah tinggi, sedang dan rendah.

Pemerhatian – dilakukan oleh guru Bahasa Inggeris tersebut terhadap tingkah laku pembelajaran pelajar-pelajar di dalam kelas semasa pengajaran dilaksanakan. Tujuannya untuk mengenalpasti sikap belajar mereka, bagaimana mereka memberi tindak balas terhadap pengajaran guru sama ada melalui latihan perbincangan, tugasan kumpulan dan menjawab soalan objektif.

Temubual guru Bahasa Inggeris – Guru akan membuat refleksi mengenai keberkesanan kaedah tersebut samada berjaya meningkatkan penglibatan pelajar ataupun tidak.

Page 16: Slide presentation

Instrumen Kajian (Samb…)

• Rekod Markah Bulanan Pelajar

Gred Ujian 1 Ujian 2

A - 6

B 14 18

C 9 -

D 5 4

E - -

Page 17: Slide presentation

Instrumen Kajian (Samb…)

A B C D E0

2

4

6

8

10

12

14

16

18

20

0

14

9

56

18

0

4

Graf Pencapaian Pelajar

Ujian 1

Ujian 2

Gred Markah

Bila

ngan

Pel

ajar

Page 18: Slide presentation

Merancang Pelan Tindakan

• Guru tersebut mengaplikasikan kaedah pembelajaran koperatif didalam kelas beliau. Pelajar di dalam kelas tersebut di bahagikan ke dalam beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 3 orang pelajar untuk satu kumpulan. Guru tersebut menghadkan jumlah pelajar setiap kumpulan supaya setiap pelajar dapat melibatkan diri secara optimum didalam kelas.

Page 19: Slide presentation

Merancang Pelan Tindakan (Samb…)

• Guru tersebut menggunakan markah ujian 1 untuk membentuk kumpulan pelajar. Caranya adalah dengan mengkategorikan pelajar cemerlang, sederhana dan lemah. Pelajar cemerlang adalah yang memperolehi markah yang tinggi manakala pelajar sederhana adalah kumpulan pelajar yang memperolehi markah pertengahan manakala pelajar lemah adalah pelajar yang memperolehi markah yang rendah. Guru tersebut meletakan setiap kumpulan terdiri daripada pelajar cemerlang, pelajar sederhana dan pelajar lemah.

Page 20: Slide presentation

Merancang Pelan Tindakan (Samb…)

• Kumpulan belajar ini akan berada bersama ketika waktu kelas bahasa inggeris. Ketua bagi setiap kumpulan adalah pelajar cemerlang. Setiap tugasan yang diberikan akan dibentangkan dan pelajar yang akan membentangkan tugasan tersebut adalah pelajar yang lemah. Pelajar yang sederhana pula ditugaskan untuk membuat catitan tugasan tersebut. Melalui kaedah ini, semua pelajar terlibat secara langsung dalam pembelajaran tersebut.

Page 21: Slide presentation

Merancang Pelan Tindakan (Samb…)

• Menurut guru tersebut, pada mulanya agak sukar untuk pelajar ini melibatkan diri terutama sekali pelajar yang lemah kerana selalunya pelajar ini tidak akan melibatkan diri dan menjadi pasif di dalam kelas. Setelah kumpulan koperatif ini diwujudkan pelajar tersebut terpaksa mematuhi arahan yang ditetapkan oleh guru, secara tidak langsung pelajar tersebut perlu bekerjasama dengan ahli kumpulannya untuk menyelesaikan tugasan tersebut.

Page 22: Slide presentation

Merancang Pelan Tindakan (Samb…)

• Setelah dua minggu melakukan pembelajaran koperatif ini, pelajar mula menunjukkan perkembangan positif. Pelajar yang awalnya malu dan tidak ada keyakinan untuk bercakap dan melibatkan diri telah mula menunjukkan minat di dalam kelas. Pelajar cemerlang juga bertindak sebagai pembimbing kepada rakan yang lemah.

Merancang Pelan Tindakan (Samb…)

Page 23: Slide presentation

Kepentingan KajianDapatan daripada kajian ini akan menjelaskan tentang keberkesanan kaedah ‘cooperative learning’ dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini akan dapat membantu guru-guru Bahasa Inggeris dalam merancang strategi pengajaran Bahasa Inggeris dengan lebih baik dan berkesan disamping dapat mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran Bahasa Inggeris.

Dapatan daripada kajian ini dapat dikongsi bersama guru-guru dan pihak tertentu seperti kementerian pendidikan yang terlibat dengan penyusunan kurikulum Bahasa Inggeris untuk sekolah menengah agar dapat memberikan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akan memudahkan pencapaian objektif.

Kajian ini dapat menjadi bahan rujukan atau panduan dan memberi maklumat kepada guru-guru yang mengajar Bahasa Inggeris di sekolah menengah untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar-pelajar.

Page 24: Slide presentation

Jangka Masa Kajian

Bil Perkara Tarikh Pelaksanaan

1 Mesyuarat Jawatankuasa 10 Aug 2011

2 Merangka kertas cadangan 12 Aug 2011

3 Mesyuarat perancangan 20 Aug 2011

4 Penbinaan ujian pos 30 Aug 2011

5 Perancangan pemerhatian 7 Sept 2011

6 Pelaksanaan ujian pos 21 Sept 2011

7 Refleksi dan Penilaian 29 Sept 2011

8 Penulisan laporan kajian 15 0ct 2011

9 Pembentangan proposal kajian 17 Oct 2011

Page 25: Slide presentation

Anggaran Belanjawan

Perkara Kos

Percetakan 20.00

Perjalanan 110.00

Mesyuarat 50.00

JUMLAH 170.00

Page 26: Slide presentation

Rujukan

Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999) Penyelidikan Pendidikan. Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.

Alias Puteh. (2010). Kajian Tindakan di Sekolah: Satu Pengenalan. Penerbitan Pure Honey Enterprise. Malaysia