presentation gengsterisme

22
“GENGSTERISME Mohd Ridzwan Hj. Awang SK Sungai Anib 2, Sandakan 26.05.2010

Upload: idzwan79

Post on 27-Jun-2015

492 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation Gengsterisme

“GENGSTERISME”

Mohd Ridzwan Hj. AwangSK Sungai Anib 2, Sandakan

26.05.2010

Page 2: Presentation Gengsterisme
Page 3: Presentation Gengsterisme
Page 4: Presentation Gengsterisme
Page 5: Presentation Gengsterisme

“GENGSTERISME”• Menurut kamus dewan edisi ke - 4, halaman 458

- ‘Geng’ ialah kumpulan kerja (penjenayah).- ‘Gengster’ ialah ahli atau kumpulan penjenayah atau samseng.- ‘Gengsterisme’ pula merujuk kepada kegiatan - kegiatan gengster iaitu masalah-masalah yang dilakukan oleh kumpulan samseng secara berkumpulan.

Page 6: Presentation Gengsterisme

“GENGSTERISME”

APAKAH ITU "GENGSTERISME” ?• "Gengsterisme" ialah kelakuan yang

memusnahkan/merosakkan yang dilakukan secara berkumpulan.

• Merupakan satu budaya hidup yang keterlaluan dan melanggar norma-norma kehidupan bermasyarakat.

Page 7: Presentation Gengsterisme

SENARIO KEJADIAN “GENGSTERISME” DI MALAYSIA

Antara kejadian :-• Pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah

Kebangsaan Tok Janggut Pasir Putih,Kelantan telah dibuang sekolah manakala empat lagi rakannya digantung persekolahan gara-gara tebbabit dalam pergaduhan yang menyebabkan kecerderaan pada pelajar tingkatan tiga kerana terkena libasan kerabit.(Berita Harian, 09/03/2009)

Page 8: Presentation Gengsterisme

SENARIO KEJADIAN ‘GENGSTERISME’ DI MALAYSIA

• Kita pernah digemparkan oleh laporan akhbar mengenai sederet Sembilan kereta dipecah dan dibakar di sebuah taman perumahan. Selain daripada itu juga seorang pelajar perempuan di utara tanah air dibuang sekolah ekoran daripada perbuatannya menendang seorang guru.(Berita Harian, 04/12/2008)

Page 9: Presentation Gengsterisme

SENARIO KEJADIAN ‘GENGSTERISME’ DI MALAYSIA

• Tidak keterlaluan jika mereka disebut “setan cilik”. Hal ini kerana dalam usia semuda empat belas tahun mereka bukan saja bergerak cergas dalam aktiviti seksual tetapi juga dalam kegiatan jenayah seperti pecah rumah, mencuri, peras-ugut,buli dan gengsterisme. Oleh sebab itu seramai 55 orang pelajar tingkatan dua yang bermasalah di Selangor mengikuti Kem Smart Remaja Siri ke-8 di selayang Selangor baru-baru ini.(Utusan Malaysia, 15/04/2007)

Page 10: Presentation Gengsterisme

PUNCA SESEORANG ITU MENJADI 'GENGSTER’

Beberapa faktor yang menyebabkan seseorang menjadi 'gengster' adalah :-• Latar belakang keluarga• Pengaruh rakan sebaya• Pengaruh media• Personaliti diri• "Esteem" kendiri yang rendah

Page 11: Presentation Gengsterisme

LATAR BELAKANG KELUARGA• Ibubapa adalah orang yang terpenting dalam

sesebuah keluarga. Mereka memainkan peranan utama dalam mencorak masa depan anak-anak, yang mana anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa yang bertanggugjawab untuk mencorakkannya. Dalam konteks ini, penekanan aspek disiplin amat mustahak sekali. Terdapat dalam kalangan ibubapa yang menunjukkan teladan yang buruk kepada anak-anak dengan terlibat dengan aktiviti gangsterisme,penyalahgunaan dadah,kaki botol dan sebagainya

Page 12: Presentation Gengsterisme

LATAR BELAKANG KELUARGA

• Ini menyebabkan anak-anak terikut-ikut dengan sikap dan perbuatan ibubapa mereka seterusnya mempengaruhi tingkah laku mereka apabila dewasa nanti. Ada juga dalam kalangan ibubapa yang sering bergaduh kerana tidak bersefahaman dan kadangkala pergaduhan tersebut disusuli dengan kekerasan dan penggunaan kata-kata yang kesat.Ibubapa yang sering bergaduh akan cenderung untuk memiliki anak-anak yang berisiko untuk menjadi agresif.

Page 13: Presentation Gengsterisme

PENGARUH RAKAN SEBAYA

• Rakan sebaya merujuk pada remaja yang sama umur atau pun sama paras kematangan. Rakan sebaya didefinisikan sebagai rakan seumur dan dikategorikan rakan sepermainan, seperjalanan, sebantal, atau rakan seperjuangan.

• Pada peringkat remaja, rakan sebaya merupakan orang yang boleh mencorak kehidupan mereka. Rakan sebaya berpengaruh dalam membentuk akhlak dan peribadi remaja. Rakan sebaya yang baik akan membentuk akhlak yang baik dan begitu juga sebaliknya. Remaja memerlukan rakan sebaya bagi mendapatkan pengiktirafan dan sokongan. Seseorang remaja lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan sebaya berbanding dengan ahli keluarga.

Page 14: Presentation Gengsterisme

PENGARUH MEDIA MASSA & MEDIA ELEKTRONIK

• Melalui filem-filem dari negara luar, terutamanya filem dari Hong Kong, Hollywood dan Bollywood, penonton telah didedahkan budaya keganasan yang diamalkan oleh masyarakat mereka. Pelbagai aksi ganas seperti bergaduh sesama kumpulan gangster, membunuh, vandalisme dan sebagainya yang dipaparkan telah menarik minat golongan yang mudah terpengaruh terutamanya remaja untuk meniru aksi-aksi tersebut.

• Hal ini kerana mereka berasa kegiatan gangsterisme adalah perlakuan yang biasa kerana mereka tidak dapat membezakan sesuatu yang realiti dengan fantasi kerana terlalu terpengaruh dengan watak-watak yang kelihatan ‘macho’ apabila melakukan kegiatan gangsterisme.

Page 15: Presentation Gengsterisme

ISU GENGSTERISME DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

• Isu gengsterisme ini bukan saja berlaku dalam kalangan dewasa, ia juga disertai oleh pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Antara CIRI GENGSTERISME yang ada pada pelajar sekolah ialah suka pulang lewat dari sekolah dan mempunyai rekod kehadiran yang teruk. Pelajar ini suka melepak dengan ahli kumpulan lain selepas pulang sekolah. Mereka ini akan memenuhi pusat-pusat membeli belah dan Cyber Café.

• Mereka suka menghabiskan masa dengan kawan-kawan berbanding dengan ibu bapa,mereka bertujuan untuk mendapatkan kebebasan tanpa kekangan ibu bapa di rumah. Keseronokan yang mereka perolehi ini menjerat mereka hinggakan ia menjadi suatu tabiat yang sukar di lepaskan. Kadang kala mereka sanggup ponteng sekolah untuk menyertai dan mengenali mana-mana pertubuhan gangster lain

Page 16: Presentation Gengsterisme

ISU GENGSTERISME DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

• CIRI LAIN yang ada pada pelajar yang menyertai gangster ialah mempunyai rekod akademik yang kurang memuaskan. Hal ini disebabkan kerana pelajar tidak lagi fokus kepada pembelajaran yang menjadi tanggungjawab mereka kepada diri dan ibu bapa. Pelajar pada tahap ini lebih fokus kepada gengsterisme yang disertai mereka, yang mana lebih banyak membawa keseronokan pada diri mereka berbanding belajar. Ini menyebabkan mereka tidak member perhatian yang penuh sewaktu sesi pembelajaran, tambahan lagi apabila sikap mereka suka pulang lewat malam menjadi tabiat seperti gangster dewasa yang lain. Tabiat ini akan menyebabkan pelajar tidur pada waktu siang, yang akan menyebabkan pelajar lambat ke sekolah ataupun tidur sewaktu sesi pembelajaran.

Page 17: Presentation Gengsterisme

ISU GENGSTERISME DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

• Merokok menjadi tabiat pelajar sekolah yang terjadi disebabkan oleh faktor persekitaran atau ketidakprihatinan ibu bapa. Melalui kegiatan gengsterisme yang di sertai,pelajar boleh terjebak kepada tabiat merokok. Hal ini di pengaruhi oleh kawan-kawan yang sekumpulan dengan mereka.

Page 18: Presentation Gengsterisme

SUMBER AKTIVITI “GENGSTERISME” DI SEKOLAH

• Terdapat 13 jenis salah laku jenayah yang membabitkan pelajar iaitu berjudi, mencuri, melawan guru, melawan pengawas, peras ugut, buli, pelacuran, salah guna dadah/merokok, membawa senjata, mencabul kehormatan/rogol, mengancam murid, mengancam guru dan menceroboh.

Page 19: Presentation Gengsterisme

APAKAH YANG AKAN TERJADI KEPADA 'GENGSTER‘ ?

• Dikenakan tindakan disiplin• Mendapat laporan buruk daripada pihak sekolah• Dibuang sekolah• Tidak mempunyai ramai kawan dan hanya dihormati

oleh ahli kumpulan gengsternya sahaja• Sentiasa takut akan ditangkap oleh pihak berkuasa

Page 20: Presentation Gengsterisme

BOLEHKAH SAYA KELUAR DARI SITUASI INI SETELAH TERLIBAT

DALAM “GENGSTERISME” ?YA, ANDA/SAYA BOLEH !!!

Anda Seharusnya :-• Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sihat seperti

bersukan dan bermain muzik• Menanam minat dalam beberapa hobi seperti

membaca, bermain badminton dan lainlain• Salurkan rasa marah anda pada sesuatu yang

berfaedah seperti:- Kelab Tinju, Tekwando, menyanyi dan bersukan- Katakan "tidak" pada sikap yang negatif

Page 21: Presentation Gengsterisme

Seandainya masalah 'gengster’ menjadi terlalu serius :-• Dapatkan nasihat dan bimbingan dari ahli

keluarga anda yang rapat.• Dapatkan bantuan kaunselor atau pakar

psikologi.

Page 22: Presentation Gengsterisme

SEKIAN, TERIMA KASIH