present gwp(2).pptx

Upload: shi-cai

Post on 01-Mar-2016

50 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Penulisan Ayat Yang Jelas

5.2 KEJELASAN DAN GAYA PENULISAN1

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEJELASAN PENULISAN ?

CARA UNTUK MENUNJUKKAN KEJELASAN PENULISAN

DEFINISI GAYA PENULISAN

CIRI CIRI YANG DIRANGKUMI DALAM PENULISANabc

BAHASA FORMAL

BAHASA ISTANABetaGeringMangkatDaulatAmpun kurniaBAHASA BIASASaya (raja)SakitMeninggal duniaBahagiaMaaf

Dengan begitu banyak doktor meletak jawatan di wad kecemasan, saya bimbang tentang rawatan pesakit di wad tersebut kelak.Dengan kadar perletakan jawatan doktor yang semakin tinggi, terdapat kebimbangan tentang kapasiti hospital untuk memelihara nisbah doktor-pesakit yang mencukupi.BAHASA BIASABAHASA FORMAL1) Meminimumkan penggunaan perkataan saya .2) Menggunakan lebih kata nama berbanding dengan kata kerja.3) Jangan menggunakan ekspresi emosional.8

Sangat jelas bahawa pekerjaan telah ditawarkan kepada pemohon berdasarkan sama ada mereka adalah lelaki atau perempuan. Adalah jelas bahawa terdapat beberapa kes di mana pemilihan pekerja adalah berdasarkan jantina. BAHASA BIASABAHASA FORMAL4) Menggunakan kata ringkas yang tepat dan padat.

PelakuBukan PelakuSaya melakukan kajian ...

Kajian ini dilakukan ...

Saya mencadangkan untuk ...

Dicadangkan untuk ...

Dalam esei ini saya akan membahas ...Tulisan ini membahas ...PENULISAN SECARA OBJEKTIFPenulisan Ayat Yang JelasKesatuan KegagasanSetiap ayat menyokong sesuatu gagasan atau idea.Berfungsi mengembangkan tema atau isu yang menjadi asas karangan.Ayat yang dihasilkan perlu mempunyai fokusAyat yang dikemukakan hendaklah berisi satu gagasan sahaja.Elakkan ayat yang mengandungi beberapa idea dalam satu ayat.CONTOH: Oleh sebab itu, salah satu jalan untuk membimbing anak ke arah kebebasan berfikir untuk meninggikan daya cipta yang lebih tinggi, diiringi pula oleh pengawasan yang teliti dan saksama daripada orang tua yang sekali gus perlu memahami kejiwaan anaknya.

Gagasan:pentingnya kebebasan berfikir.pentingnya pengawasan yang teliti.pentingnya ibu bapa memahami masalah kejiwaan anaknya.

Contoh 2Hanya dengan pendidikan sahajalah anak itu kelak akan dapat menempatkan dirinya sebagai anggota masyarakat yang berguna

Gagasan: Pentingnya pendidikan kepada anakSUBJEK + PREDIKATPerlu jelas.Subjek merupakan hal yang dibicarakan.Predikat keterangan tentang hal subjek.

Contoh: Menurut Kementerian Dalam Negeri ,menyatakan bahawa kegiatan ajaran sesat dapat dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama. (SALAH)

Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa kegiatan ajaran sesat dapat dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama. (BETUL)

Menurut Kementerian Dalam Negeri (keterangan ayat), kegiatan ajaran sesat (subjek) dapat dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama.(BETUL)

KesepaduanHubungan yang baik dan jelas antara unsur pembentuk ayat kata dan frasa.Jalinan antara kata dengan kata dan antara frasa dengan frasa akan membentuk ayat menepati jalan bahasaKepaduan ayat akan terjejas jika susunan kata dalam konteks frasa nama tidak menurut Hukum D-M.Contoh:Pengarah menghadiahkan saya sebatang pen.Pengarah menghadiahkan sebatang pen kepada saya.Pengarah menghadiahi saya sebatang pen.

PenegasanMenonjolkan gagasan (tema)Cara melakukanengubah kedudukan bahagian tertentu dalam ayat.Boleh dilakukan dengan, (i)proses penyongsangan ayat. (ii)pemasifan ayat. (iii)mengulang unsur dalam ayat.Proses penyongsangan ayatAyat Biasa:Lukisan itu / sungguh cantik.

Ayat Songsang:Sungguh cantik / lukisan itu.

Pemasifan ayatAyat aktif:Aku ingin sekali menemui ibu kandungku.

Ayat pasif:Ibu kandungku ingin sekali kutemui.

Pengulangan unsur dalam ayatContoh dalam pidato: Kesejahteraanmestilah dilihat secara luas,iaitukesejahteraanekonomi,kesejahteraansosial dan kesejahteraan mental.

Penegasan melalui pengulangan kata kunci-menjadikan pembaca dapat menangkap tema ayat dan gagasan yang hendak disampaikan oleh penulis.

KepelbagaianKepelbagaian bererti kelainan bentuk yang digunakan untuk menyatakan sesuatu maksudBentuk berlainan tetapi sama maknanya.Memanfaatkan unsur sinonim, kepelbagaian pola dan jenis ayat, kepelbagaian ayat aktif dan ayat pasif, kepelbagaian perubahan kedudukan sesuatu unsur dalam ayat.Dapat menghidupkan tulisan dan mengelakkan kejemuan.Penguasaan bahasa penting untuk memastikan pemilihan perkataan yang tepat

PERKEMBANGAN IDEA SECARA LOGIKKoherenKeterikatan.Kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna.KohesifPertautanCiri wacana yang membawa keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap.Dilihat melalui hubungan antara satu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain.

Teknologi maklumat dicipta dan dikembangkan oleh dunia Barat. Oleh yang demikian, bahasa asas bidang ini sudah sewajarnya bahasa Inggeris. Namun begitu, teknologi maklumat tersebar luas ke seluruh dunia, yang bahasa Inggeris tidak menjadi bahasa utama. Maka perlu berlaku penyesuaian, iaitu kepada suasana yang penggunaan bahasa lain menjadi selari dengan bahasa Inggeris.Ali dan adiknya pulang ke kampung untuk berhari raya.Mereka pergi ke sana untuk berhari raya.KOHERENKOHESIF