present akidah.pptx

21
Nabila Binti mohd ismail 032356 Ism Syariah b

Upload: -

Post on 15-Apr-2016

254 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Present Akidah.pptx

TRANSCRIPT

Page 1: Present Akidah.pptx

Nabila Binti mohd ismail

032356

Ism Syariah b

Page 2: Present Akidah.pptx

IUS 3022

Akidah Islamiyyah

IRADAT ALLAH

Nabila Binti Mohd Ismail

(032356)

ISM Syariah B

Ustaz Hishamuddin BIN JUSOH

Page 3: Present Akidah.pptx

Iradat Allah itu bermaksud Allah itu Maha Berkehendak.

Kehendak Allah pula pasti akan terjadi dan berlaku. Tiada

sesiapa atau apapun yang boleh menghalang kehendak Allah

itu.Jika Allah menghendaki sesuatu itu berlaku, Hanya dgn

berkata ‘KUN’ (jadilah) maka ia akan terjadi.

Berbeza dgn kehendak manusia, kehendak manusia pula tidak semestinya

berlaku kerana terdapat banyak halangan dan bergantung kepada kehendak

Allah jua.

Page 4: Present Akidah.pptx

Dalil Iradat Dalil akli:

Sekiranya Allah menjadikan alam ini

kesemua atau sebahagiannya bukan

dengan kehendaknya samada kerana

terpaksa atau zuhul atau ghaflah atau

ta’lil atau tabiat nescaya Allah itu

lemah dan jika Allah itu lemah

nescaya Dia tidak dapat menjadikan

alam ini sedangkan alam ini telah

ada.Oleh itu wajiblah Allah bersifat

berkehendak dan mustahil baginya

bersifat karahiah yakni terpaksa.

Dalil nakli:

Firman Allah Taala:

ك يخلق ما وربيشاء ويختار

Ertinya :

Dan Tuhanmu

menciptakan apa yang

dirancangkan berlakunya,

dan Dia lah juga Yang

memilih

Page 5: Present Akidah.pptx

8ا أن يقول له كن فيكون ) <ذا أراد شيئ ما أمره إ <ن (٨٢إSesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki

adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda

itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi.

(surah yasin:82)

ه يفعل ما ير<يد  <ن الل إsesungguhnya Allah melakukan apa yang ditentukanNya.

(Surah Al Hajj:14)

<ما ير<يد فعال لYang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.

(Surah Al Buruj:16)

Page 6: Present Akidah.pptx

HURAIAN IRADAT

• Iradat Allah itu bermaksud Allah itu Maha Berkehendak. Iaitu satu

sifat yang wajib bagi Allah yang dengannya Dia menentukan segala

mumkin yang akan dijadikan.

• Lawan iradat itu karahah ertinya terpaksa.

Karahah ertinya terpaksa dengan ertikata Allah Taala menjadikan

alam ini bukan dengan kehendakNya.Termasuk di dalam erti

menjadikan alam ini bukan dengan kehendaknya itu empat perkara

iaitu :-

- Zuhul ertinya lalai - Ta’lil iaitu sebab - musabab.

- Tabiat iaitu kebiasaan. - Ghaflah ertinya lupa

Page 7: Present Akidah.pptx

Karahah ertinya terpaksa dengan ertikata Allah Taala menjadikan alam ini

bukan dengan kehendakNya.Termasuk di dalam erti menjadikan alam ini

bukan dengan kehendaknya itu empat perkara iaitu :-

1. Zuhul ertinya lalai. iaitu Allah menjadikan alam ini di dalam

keadaan lalai.Mustahil Allah menjadikan alam ini di dalam keadaan

lalai wajib kita percaya Allah menjadikan alam ini dengan

kehendakNya.

2. Ghaflah ertinya lupa iaitu Allah menjadikan alam ini di dalam

keadaan lupa.Mustahil Allah menjadikan alam dalam keadaan lupa

wajib kita percaya Allah menjadikan alam dengan kehendakNya

Page 8: Present Akidah.pptx

3. Ta’lil iaitu sebab - musabab.Iaitu Allah menjadikan sebahagian alam ini

dengan memakai asbab.

Contohnya tercampak batu dari tangan yang melontar.Maka perbuatan

melontar itu dinamakan ‘mubasyarah’ sementara tercampaknya batu itu

dinamakan ‘tawallud’ iaitu yang terhasil dari sebab perbuatan mubasyarah.

Maka wajib kita percaya bahawa perbuatan mubasyarah itu dijadikan oleh

Allah dengan kehendakNya dan tawallud pun dijadikan oleh Allah dengan

kehendakNya dan sesekali tidak dapat dikatakan mubasyarah itu menjadi

ta’lil (sebab yang melazimkan) akan tawallud.

Adapun yang kita pandang tercampaknya batu dari tangan yang melontar oleh

sebab perbuatan melontar itu hanyalah semata – mata zahir hukum adat

sahaja dan bukannya hakikat kerana pada hakikatnya Allah menjadikan

sesuatu tidak dengan ta’lil.

Page 9: Present Akidah.pptx

4. Tabiat iaitu kebiasaan.Iaitu Allah menjadikan sebahagian alam ini dengan

asbab tabiat setengah makhluknya.Contohnya tabiat api itu

menghanguskan.Maka wajib kita percaya bahawa Allah lah yang

menjadikan api dengan kehendaknya dan Allah jugalah yang menjadikan

hangus pun dengan kehendaknya bukan dengan sebab api.Hanya tabiat

api yang menghanguskan itu juga hanyalah sebab yang diadatkan oleh

Allah iaitu apabila ada api maka diadatkan oleh Allah ada hangus tetapi

bukan api itu yang menghanguskan pada hakikatnya. Keempat – empat perkara tersebut wajib dinafikan daripada Allah iaitu Allah

menjadikan sesuatu itu tidak dengan zuhul , tidak dengan ghaflah , tidak dengan

ta’lil perbuatan makhluk dan tidak dengan tabiat sesetengah makhluknya.Tetapi

semuanya berlaku hanya dengan kehendakNya semata – mata (IRADAT)

Page 10: Present Akidah.pptx

IRADAT Beriman kepada Allah adalah dengan menyakini bahawa Allah berbuat apa

yang Dia kehendaki.

Allah ta`ala telah mengatur setiap perkara dengan kehendak dan ilmu-Nya

pada azali, maka tidak berlaku apa-apa di alam ini termasuk pergerakan dan

diam, melainkan semuanya berlaku dengan kehendak-Nya.

Sesungguhnya Allah ta`ala Maha melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki.

Kehendak Allah adalah azali dan apa yang dicipta oleh-Nya adalah baharu.

Oleh itu, kehendak Allah ta`ala tidak berubah-ubah kerana perubahan itu

hanya terjadi kepada makhluk sahaja.

Allah ta`ala berfirman: ير<يد <ما ل فعال Maha kuasa berbuat apa yang dikehendakiNya.)Surah Al Buruj:16(

Page 11: Present Akidah.pptx

Begitu juga dengan perkara-perkara yang lain seperti kebaikan, kejahatan,

ketaatan, kemaksiatan, kekufuran dan keimanan semuanya itu terjadi dengan

kehendak, ilmu, qada` dan qadar Allah.

Kebaikan yang dilakukan oleh manusia adalah dengan keredhaan dan perintah

dari Allah, manakala kejahatan bukan dengan keredhaan dan perintah dari Allah

ta`ala.

Misalnya, barangsiapa yang bertaqwa maka ia adalah semata-mata limpah

kurnia dan taufiq dari Allah ta`ala dan barangsiapa yang fasiq dan melakukan

maksiat, maka ia adalah khizlan dari Allah. Dalam hal ini, seseorang hamba

tidak memiliki apa-apa melainkan kehendak dirinya sendiri, namun

kehendaknya berada di bawah takluk kehendak Allah ta`ala.

Page 12: Present Akidah.pptx

Dalam hal ini, seseorang hamba tidak memiliki apa-apa melainkan kehendak dirinya sendiri, namun kehendaknya berada di bawah takluk kehendak Allah.

Hal ini seperti yang telah dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran al-Karim.

Allah ta`ala berfirman: ( ن� م�ي ن� ن�ا ل� ٱ ب�� ن� ب� �� ن ٱ� ن� آا ن� ن� ن��ن ��ا ن م�� نن ب�و آا ن� �ن ن�ا نو ) Maksudnya:“Dan kamu tidak dapat maka perkara tersebut tidak akan wujud selama-lamanya.

Hal ini telah dinyatakan di dalam hadis nabi. Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda :

( ��ب ن� ل� ن� ن�ا� ن� ل� ن� ن�ا نو نن ن ا ب� ��� ن� ن!ا ن�ا ) Maksudnya :“Apa yang Allah kehendaki wujud, pasti ia akan wujud dan apa yang Allah tidak kehendaki, pasti ia tidak akan wujud” [Diriwayatkan oleh Abu Daud]

Page 13: Present Akidah.pptx

Jelaslah kepada kita bahawa Allah ta`ala pentadbir segala sesuatu, seperti

jiwa-jiwa manusia yang di bawah kehendak-Nya. Jika Dia mengkehendaki

seseorang manusia itu berada dalam kesesatan maka kesesatanlah tempatnya

dan jika Dia mengkehendaki seseorang itu berada dalam kebenaran maka

kebenaranlah tempatnya.

Allah ta`ala berfirman dalam Surah Al-An`am ayt 110 : Uدتهم> أفئ Uونقلبوأبصارهم

Maksudnya :“Dan kami palingkan hati dan pandangan mereka”.

Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda:

“ <ك طاعت على قلوبنا ف صر القلوب< ف يامصر هم .”الل

Maksudnya : “Ya Allah yang mengubah keadaan hati, tetapkanlah hati kami

untuk taat kepadaMu”.[Diriwayatkan oleh ImamMuslim dan Imam al-Baihaqi]

Page 14: Present Akidah.pptx

Jelaslah kepada kita bahawa Allah ta`ala berkuasa mengubah hati seseorang

itu daripada baik kepada jahat atau daripada jahat kepada baik dan tidak ada

sesiapapun yang dapat menghalang kehendak Allah ta`ala sebagaimana yang

telah dinyatakan di dalam al Quran.

Allah ta`ala berfirman:

بما ه ٱلل كان بل نفعا بكم راد �أ و �أ ضرا بكم راد �أ ن إ! شيئا ه ٱلل من ل)كم يملك فمن (قل( خبيرا تعملون

Maksudnya : “Katakanlah: Maka siapakah yang dapat menghalangi kehendak

Allah jika Dia menghendaki kemudharatanbagimu. Sebenarnya Allah Maha

Mengetahui apa yang kamukerjakan”. (Surah Al-Fath : 11)

mengkehendaki (mengenai sesuatupun), kecuali apabila dikehendaki oleh

Allah, Tuhan semesta alam”. (Surah At-Takwir : 29)

 

Page 15: Present Akidah.pptx

KESIMPULAN

Sesungguhnya Allah Maha mengubah ciptaan-Nya sesuai

dengan kehendak-Nya yang azali dan tidak berubah.

Sesuatu yang Dia kehendaki pasti akan terjadi, maka ia akan

berlaku pada waktu yang diinginkan oleh-Nya dan sesuatu

yang tidak diinginkan oleh-Nya wujud

 

 

 

 

Page 16: Present Akidah.pptx

NAMA

KITAB

NAMA

PENGARANG

TOPIK HALAMAN TAHUN

DICETAK

KITAB PERTAMA

رسالة التوحيد

اإلمام محمد عبده

Kitab ini membincangkan: tentang definisi iradat dari sudut bahasa dan istilah. Serta membincangkan tentang kewajipan dalam mempercayai Allah bersifat Iradat iaitu berkehendak.

22 1905

Page 17: Present Akidah.pptx

NAMA

KITAB

NAMA

PENGARANG

TOPIK HALAMAN TAHUN

DICETAK

KITAB KEDUA

جبن المحاللة

الله

سعيد حوى

Kitab ini memberi

contoh-contoh dalil

dari Al Quran tentang

iradat Allah

110-111 1983

Page 18: Present Akidah.pptx

NAMA KITAB

NAMA PENGARANG

TOPIK HALAMAN TAHUNDICETAK

KITAB KETIGA

تبسيط العقائد اإلسالمي

ة

فضيلة الشيخ حسن أيوب

membincangkan tentang

definisi iradat dari sudut

bahasa & istilah serta dalil

dari Al Quran yg berkaitan

tentang iradat Allah. Wajib

pada syara; atas tiap-tiap

mukalaf mengetahui serta

mengaku akan tentu

sungguh di dalam hatinya

ada Allah Ta’ala itu bersifat

Iradat, dan tidak menerima

Karahah (terpaksa).

53 1973

Page 19: Present Akidah.pptx

NAMA KITAB

NAMA PENGARANG

TOPIK HALAMAN TAHUN DICETAK

KITAB KEEMPAT

دراسةات في العقيدة اإلسالمي

ة

دكتور أحمد أحمد أبو

الساعدة

Kitab ini

membincangkn definisi

iradat bahasa & istilah.

Serta mengandungi

contoh2 dalil dari Al

Quran yang berkaitan

tentang iradat Allah .

Juga bincang tentang

dalil akli dan nakli

berkaitan iradat.

389-398 1983

Page 20: Present Akidah.pptx

NAMA

KITAB

NAMA

PENGARANG

TOPIK HALAMAN TAHUN

DICETAK

KITAB KELIMA

علم الكالم وامدرس

ة

الدكتور فيصل بذيرعو

ن

Kitab ini

membincangkn tentang

Allah s.w.r. mempunyai

sifat Iradat, iaitu

berkehendak,

maksudnya bahawa

Allah s.w.t. dalam

menciptakan segala

sesuatu berpandu

kepada kehendak-Nya.

317-323 1982

Page 21: Present Akidah.pptx

8 شكرا