present microteaching with sarip

6
Disediakan oleh: 1. Muhammad Fadhil bin Ahmad Fauzi (920825-11-5665) 2. Norizatti binti Othman Gui (921125-08-5738) Unit : K4 (Semester 4,PISMP Ambilan Januari 2012) STAIL G (PENEMUAN BERPUSAT- CONVERGENT) Definisi Dalam stail ini,murid dikehendaki mencari jawapan yang betul dengan menggunakan proses penemuan.Kaedah pengajaran stail ini berdasarkan kepada sebab, logik, fikiran kritis dan cuba jaya.Murid akan membuat keputusan mengenai pengurusan kognitif untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Objektif Mata Pelajaran (Subject Matter Objectives) 1. Memberi satu jawapan untuk satu persoalan. 2. Memberi satu penyelesaian kepada satu masalah. Objektif Tingkah Laku (Behavior Objectives) 1. Mempertahankan jawapan yang diperolehi dengan memberi respon yang betul kepada jawapan :‡ a) Melihat contoh spesifik operasi kognitif yang boleh memberikan jalanpenyelesaian.‡ b) Meneliti dengan berhati-hati kepadasatu jawapan dengan penyelesaian masalah. Ciri-ciri 1. Peranan guru hanya lebih dominan dalam fasa pengajaran dan

Upload: fatin-athirah

Post on 03-Jul-2015

63 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Present microteaching with sarip

Disediakan oleh: 1. Muhammad Fadhil bin Ahmad Fauzi (920825-11-5665)

2. Norizatti binti Othman Gui (921125-08-5738)

Unit : K4 (Semester 4,PISMP Ambilan Januari 2012)

STAIL G (PENEMUAN BERPUSAT- CONVERGENT)

Definisi Dalam stail ini,murid dikehendaki mencari

jawapan yang betul dengan menggunakan

proses penemuan.Kaedah pengajaran stail ini

berdasarkan kepada sebab, logik, fikiran kritis

dan cuba jaya.Murid akan membuat keputusan

mengenai pengurusan kognitif untuk

mengatasi masalah yang dihadapi.

Objektif Mata Pelajaran (Subject Matter

Objectives)

1. Memberi satu jawapan untuk satu

persoalan.

2. Memberi satu penyelesaian kepada

satu masalah.

Objektif Tingkah Laku (Behavior

Objectives)

1. Mempertahankan jawapan yang

diperolehi dengan memberi respon

yang betul kepada jawapan :‡

a) Melihat contoh spesifik operasi

kognitif yang boleh memberikan

jalanpenyelesaian.‡

b) Meneliti dengan berhati-hati

kepadasatu jawapan dengan

penyelesaian masalah.

Ciri-ciri 1. Peranan guru hanya lebih dominan

dalam fasa pengajaran dan

Page 2: Present microteaching with sarip

pembelajaran pra impak dan pasca

impak sahaja.

2. Guru hanya bertindak memberikan

sesuatu masalah kepada murid atau

kumpulan murid iaitu dalam fasa pra

impak.

3. Murid melakukan aktiviti sendiri atau

secara berkumpulan tanpa bergantung

sepenuhnya kepada guru.

4. Pelajar bebas menggunakaan kaedah

dan pendekatan yang difikirkan sesuai

dalam proses menyelesaikan masalah.

5. Peruntukan masa bagi setiap pelajar

atau kumpulan untuk melakukan aktiviti

adalah mencukupi bagi menyelesaikan

masalah yang diberikan.

6. Guru hanya bertindak sebagai

pemudah cara dalam aktiviti yang dipilih

oleh pelajar.

7. Stail ini boleh dilakukan dan

dilaksanakan secara individu,

berpasangan atau secara berkumpulan.

Kriteria-kritirea Pelaksanaan 1. Hanya mempunyai satu tindak balas

yang betul.

2. Merupakan suatu proses pembuktian

secara praktikal dalam menyelesaikan

sesuatu permasalahan.

3. Tumpuan yang khusus serta idea iaitu

ia bergantung kepada struktur dari

tingkah laku dan pertuturan yang

digunakan bagi memperkenalkan

tugasan yang diberikan kepada murid.

4. Tindak balas perlakuan mewakili

Page 3: Present microteaching with sarip

analisis lakuan secara mekanikal.

5. Membawa kepada rangkaian lakuan

yang lebih spesifik.

6. Memerlukan pelajar membuat

penemuansendiri dengan menghadkan

tindakan yang dilakukan.

Cara Pelaksanaan (Pra Impak) Peranan Guru

1. Penyediaan ringkasan mengajar.

2. Gaya penyampaian isi sesuatu

pengajaran.

3. Kenal pasti dan bentuk masalah.

4. Masalah hendaklah berkaitan dengan

objektif pengajaran.

Peranan Murid

1. Menerima masalah yang diberikan

guru.

2. Selesaikan masalah mengikut idea dan

pendekatan sendiri.

Cara Pelaksanaan (Impak) Peranan Guru

1. Memerhatikan dan memantau setiap

aktiviti yang dilakukan oleh pelajar.

2. Membantu jika pelajar menghadapi

masalah.

3. Lebih kepada fasilitator atau pemudah

cara.

Peranan Murid

1. Berusaha menyelesaikan masalah

mengikut stail sendiri dan memberi

idea, menilai dan membuat keputusan

tentang cara menyelesaikan masalah.

Page 4: Present microteaching with sarip

Cara Pelaksanaan (Pasca Impak) Peranan Guru

1. Guru mengemukakan soalan-soalan

kepada murid.

2. Membandingkan jawapan murid.

3. Guru membuat rumusan dan

kesimpulan.

Peranan Murid

1. Murid memastikan jawapan dengan

menyemak proses ulasan dan

percambahan idea yang diberikan untuk

menyelesaikan masalah.

Kebaikan 1. Murid dapat membina pelbagai

perlakuan yang sesuai dengan

keupayaan diri mereka dalam

menyelesaikan sesuatu masalah yang

diberikan.

2. Lakuan serta kemahiran yang dibina

melalui keupayaan diri sendiri akan

membentuk pembelajaran yang

berkesan terhadap murid.

3. Murid lebih yakin dan seronok

melakukan aktiviti pembelajaran tanpa

terlalu terkongkong dengan arahan atau

idea dari guru.

4. Mampu membina domain psikomotor

yang mantap dalam diri murid.

5. Berupaya membentuk domain kognitif

yang mantap dan kritis terhadap murid.

6. Murid berasa seronok apabila berjaya

melakukan perlakuan yang yang betul

dan ini akan membentuk domain afektif

yang baik dalam diri murid seperti dari

Page 5: Present microteaching with sarip

aspek sosial.

7. Melahirkan lebih banyak idea hasil dari

kaedah cuba jaya yang dilakukan oleh

setiap murid.

8. Hubungan murid dan guru akan lebih

akrab.

9. Murid berpeluang melakukan

penemuan baru tanpa bantuan guru

untuk menyelesaikan masalah yang

diberikan.

Kelemahan 1. Hanya menguntungkan murid yang

bijak berbanding murid yang kurang

kemahiran lakuan.

2. Murid yang kurang penguasaan

kemahiran akan terus ketinggalan jika

tidak diberikan perhatian khusus oleh

guru.

3. Pelajar berasa bosan apabila tidak

mampu menyelesaikan masalah dan

mudah hilang tumpuan terhadap aktiviti

pengajaran.

4. Masa bagi guru untuk memantau setiap

murid atau kumpulan adalah terhad.

Hasilnya aktiviti murid menjadi sukar

untuk dikawal.

5. Perbezaan kemampuan individu dalam

sesuatu kumpulan mewujudkan jurang

perbezaan hasil keputusan terhadap

terhadap masalah yang cuba

diselesaikan.

6. Tidak semua tugasan sesuai dengan

kaedah stail G.

Rumusan 1. Stail G adalah salah satu kaedah untuk

Page 6: Present microteaching with sarip

menyelesaikan tugasan dengan cuba

jaya dan sebarang keputusan jawapan

mengandungi sebab dan logik.

2. Oleh itu murid-murid dikehendaki

mencari satu jawapan kepada tugasan

yang diberikan.