ppik 1 real loges.docx

10
PCK 1 : Kerja Dan Mesin Tujuan : Untuk membina mesin ringkas dan kompleks. Masalah : Bagaimana menaikkan beban dengan mudah ? Hipotesis : Semakin bertambah panjang satah, semakin rendah daya usaha untuk menaikkan beban. Radas dan bahan : Satah condong, beban, takal dan blok kayu. Aktiviti 1 Prosedur : 1. Dua satah condong dibina seperti rajah di bawah: Cuba menolak beban yang sama menaiki satah condong. Yang manakah lebih senang ? Satah condong yang panjang, lebih senang untuk menaiki beban. Apabila panjang satah condong itu digandakan, kelebihan mekanikalnya akan bertambah. Keputusan: Satah condong yang berpanjang 1 meter lebih senang untuk menolak beban berbanding dengan satah condong yang berpanjang 0.5 meter

Upload: logesha-eva

Post on 20-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PPIK 1 REAL LOGES.docx

PCK 1 : Kerja Dan Mesin

Tujuan :

Untuk membina mesin ringkas dan kompleks.

Masalah :

Bagaimana menaikkan beban dengan mudah ?

Hipotesis :

Semakin bertambah panjang satah, semakin rendah daya usaha untuk menaikkan

beban.

Radas dan bahan :

Satah condong, beban, takal dan blok kayu.

Aktiviti 1

Prosedur :

1. Dua satah condong dibina seperti rajah di bawah:

Cuba menolak beban yang sama menaiki satah condong. Yang manakah lebih senang ?Satah condong yang panjang, lebih senang untuk menaiki beban.

Apabila panjang satah condong itu digandakan, kelebihan mekanikalnya akan bertambah.

Keputusan:

Page 2: PPIK 1 REAL LOGES.docx

Satah condong yang berpanjang 1 meter lebih senang untuk menolak beban berbanding dengan satah condong yang berpanjang 0.5 meter

Langkah berjaga-jaga :

1. Sebelum memulakan aktiviti, pastikan beban yang sama digunakan untuk

dinaikkan ke atas kedua-dua satah condong.

2. Pastikan blok kayu yang berpanjang 10cm digunakan.

Perbincangan :

Dalam aktiviti 1 ini, saya mendapati bahawa daya yang banyak perlu digunakan untuk

menaikkan beban untuk satah condong yang berjarak pendek. Manakala, untuk satah

condong berjarak panjang memerlukan daya yang kurang untuk menaikkan beban. Hal

ini, kerana satah condong yang panjang mempunyai faedah mekanikal yang tinggi yang

memudahkan kerja menaikkan berat.

Kesimpulan :

Hipotesis diterima.Semakin bertambah panjang satah, semakin rendah daya untuk

menaikkan beban.

Page 3: PPIK 1 REAL LOGES.docx

Aktiviti 2

Tujuan :

Untuk membina mesin ringkas dan mesin kompleks.

Masalah :

Apakah cara untuk menarik beban dengan mudah ?

Hipotesis :

Semakin bertambah bilangan takal yang digunakan, semakin berkurang bilangan daya yang diperlukan untuk mengangkat beban.

1. 4 set takal dibina dengan beban yang sama diletakkan seperti rajah di bawah.

Keputusan :

Set Pemerhatian

A Paling sukar

B Sukar

C Mudah

D Paling mudah

Page 4: PPIK 1 REAL LOGES.docx

Langkah berjaga-jaga :

1. Takal yang digunakan berfungsi dengan baik

2. Semua takal digantung dengan beban yang sama

Perbincangan :

Setelah saya menyiapkan aktiviti ini, saya mendapat tahu bahawa takal D amat

sesuai untuk menaikkan beban. Hal ini D mempunyai dua takal. Dua takal ini akan

meningkatkan faedah mekanikal berbanding dengan takal A, B yang mempunyai satu

takal sahaja. Manakal, takal C juga mempunyai dua takal seperti D tetapi faedah

mekanikal yang terdapat pada takal D adalah 3 dan tinggi berbanding dengan C.

Manakala, menurut teori satu takal tetap tidak mempunyai faedah mekanikal. Hal ini

memnyebabkan takal untuk set A dan B susah untuk menaikkan beban.

Kesimpulan :

Hipotesis diterima. Semakin banyak bilangan takal, semakin kurang daya digunakkan

ntuk menaikkan beban.

Page 5: PPIK 1 REAL LOGES.docx

Aktiviti 3

(Kenal pasti masalah seperti bagaimana memetik buah dari sebatang pokok yang

tinggi. Rancang dan reka satu model yang mengintegrasikan mesin ringkas untuk

mengatasi masalah ini. Jelaskan bagaimana anda meningkatkan faedah mekanikal dan

kecekapan model anda.)

Tujuan :

Untuk membina mesin ringkas dan mesin kompleks.

Masalah :

Bagaimana memetik buah dari pokok tanpa merosakkan buah tersebut ?

Hipotesis :

Model mesin ringkas yang menggunakan prinsip tuas dapat memetik buah mangga

Bahan :

Paip besi yang panjang, besi yang boleh dibengkok, dawai kuprum

Prosedur :

1. Satu paip besi panjang yang tidak digunakan telah disediakan.

2. Satu besi yang mudah dibengkok dan dibentuk telah disediakan.

3. Besi tersebut dibengkokkan seperti bentuk kail atau cangkuk .

4. Besi tersebut diikatkan bersama dengan paip besi menggunakan dawai kuprum.

Page 6: PPIK 1 REAL LOGES.docx

Rajah 1 Rajah 2

Rajah 1 menunjukkan model memetik buah yang dihasilkan

Rajah 2 menunjukkan cara menggunakkan model untuk memetik buah

Langkah berjaga-jaga :

1. Dawai kuprum dipastikan diikat dengan ketat dan betul.

2. Besi dibengkok menggunakan alat pembengkok besi, bukannya tangan kerana

ia boleh membahayakan.

Perbincangan:

Sebelum melaksanakan aktiviti ini, saya telah berbincang tentang cara untuk

membina model untuk memetik buah. Hasil daripada perbincangan tersebut, kami

memilik tuas kelas tiga yang merupakan salah satu mesin ringkas. Tuas ini terdiri

daripada fulkrum, daya dan beban. Terdapat juga beberapa contoh untuk tuas tersebut

seperti rod memancing ikan, penyapu, penggali tanah dan sebagainya.

Terdapat beberapa cara untuk memetik buah dengan menggunakkan model ciptaan

kami. Mula- mula Cangkuk besi perlu ditempatkan pada tangkai buah terlebih

Page 7: PPIK 1 REAL LOGES.docx

dahulu.Selepas menetapkan kedudukan dengan betul, batang pemetik buah perlu

dipegang pada bahagian tengah dan dipintal beberapa kali Cangkuk turut akan

memintal secara langsung apabila batang dipintal.Semasa cangkuk memintal, ia akan

cuba memisahkan tangkai buah. Hal ini menyebabkan tangkai buah akan terputus dan

buah akan terjatuh.

Saya juga mempunyai cara untuk meningkatkan faedah mekanikal dan

kecekapan model yang kami dihasilkan. Caranya ialah, memanjangkan lagi jarak antara

fulkrum dan daya. Denga ini, daya yang minimum sahaja diperlukan untuk memetik

buah yang ada pokok yang tinggi.

Page 8: PPIK 1 REAL LOGES.docx

Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran

1. Apakah yang telah dipelajari daripada aktiviti ini?

Selepas melaksanakan ketiga-tiga aktiviti tersebut, saya dapat tahu bahawa

mesin ini ada dua jenis, iaitu mesin ringkas dan mesin kompleks. Mesin

kompleks ini terdiri daripada gabungan pelbagai mesin ringkas. Tambahan pula,

saya juga mendapat tahu bahawa daya yang tinggi diperlukan untuk menaikkan

pada satah condong yang pendek. Hal ini satah condong pendek tidak

mempunyai faedah mekanikal tinggi seperti satah condong panjang. Di samping

itu, saya juga belajar bahawa penggunaan takal yang banyak dapat

memudahkan kerja mengangkat. Hal ini kerana apabila bilangan takal

meningkat, ia akan meningkatkan faedah mekanikal. Saya juga belajar bahawa

penggunaan satu takal tidak memberi sebarang manfaat kerana ia tidak

mempunyai faedah mekanikal. Selain itu, untuk aktiviti 3, saya berbincang

dengan kumpulan saya untuk menghasilkan sebuah model mesin ringkas untuk

memetik buah. Aktiviti ini membolehkan saya untuk mencungkil minda saya serta

menguatkan pemahaman saya terhadap konsep mesin ringkas ini.

2. Bahagian mana dalam sains kurikulum yang mengajar topik ini?Darjah : Darjah 6

Tajuk : Mesin Ringkas

3. Bincangkan bagaimana kita boleh menggunakan aktiviti ini dalam pengajaran dan pembelajaran?

Semasa saya mengajar topik mesin ringkas dan mesin kompleks, saya

akan menggunakkan pelbagai kaedah. Mula-mula, saya akan mengajar topik

mesin ringkas dan mesin kompleks dengan memberikan definisinya serta

pelbagai contoh. Misalnya, mesin ringkas terdiri daripada, roda, tuas,skru dan

Page 9: PPIK 1 REAL LOGES.docx

sebagainya. Manakala, mesin kompleks terdiri daripada basikal, jam dan

sebagainya.

Seterusnya, saya akan mendemonstrasikan aktiviti 1 kepada para murid,

iaitu menggunakkan dua satah condong yang berbeza dan beban yang sama.

Selepas itu, saya akan menggalakkan para murid untuk menjalankan aktiviti

yang saya telah didemonstrasikan.

Selepas itu, saya akan menunjukkan sebuah mesin ringkas yang dibuat

sendiri, ,misalnya, pemetik buah dan seterusnya menerangkan jenis mesin

ringkas tersebut. Seterusnya, saya akan menggalakkan para murid secara

berkumpulan untuk membuat suatu mesin ringkas yang berguna untuk

kehidupan seharian dan seterusnya membentangkan hasil mereka.

4. Apakah peranan guru dalam aktiviti ini?

Guru harus memainkan sebagai pembimbing semasa melaksanakan aktiviti ini. Guru

juga harus menerangkan konsep dengan teliti sebelum memulakan aktiviti. Tambahan

pula, guru juga harus memberi contoh-contoh yang relevan tentang konsep yang diajar

supaya memudahkan para murid untuk memahami apa yang diajar.

Kesimpulan:

Hipotesis diterima. Semakin bertambah bilangan takal yang digunakan, semakin

berkurang bilangan daya yang diperlukan untuk mengangkat beban.