ppik 1 (kerja dan mesin)

12
PPIK 1: Kerja dan Mesin Aktiviti 1 : Membina mesin ringkas dan mesin kompleks (satah condong) Hasil pembelajaran : Untuk membina mesin ringkas dan kompleks. Radas dan bahan : Satah condong, beban dan blok kayu. Mengenal pasti masalah : Bagaimana membina mesin ringkas dan mesin kompleks. Hipotesis : Lebih mudah untuk kita menaikkan beban jika satah condong adalah lebih panjang. Prosedur : 1. Dua satah condong didirikan seperti rajah di bawah: Beban yang sama telah ditolak ke atas kedua-dua satah condong. Yang manakah lebih mudah? Satah condong dengan panjang satah 1.0m.

Upload: tharmanthiran

Post on 21-Nov-2015

66 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

kerja dan mesin

TRANSCRIPT

PPIK 1: Kerja dan MesinAktiviti 1 : Membina mesin ringkas dan mesin kompleks (satah condong)

Hasil pembelajaran :Untuk membina mesin ringkas dan kompleks.Radas dan bahan :Satah condong, beban dan blok kayu.Mengenal pasti masalah :Bagaimana membina mesin ringkas dan mesin kompleks.Hipotesis :Lebih mudah untuk kita menaikkan beban jika satah condong adalah lebih panjang.Prosedur :

1. Dua satah condong didirikan seperti rajah di bawah:

Beban yang sama telah ditolak ke atas kedua-dua satah condong. Yang manakah lebih mudah? Satah condong dengan panjang satah 1.0m.

Apabila panjang satah condong itu digandakan, anda telah meningkatkan kelebihan mekanikal.

Langkah berjaga-jaga :1. Kita perlu menggunakan satah condong yang rata supaya tidak mempengaruhi eksperimen.2. Jenis satah condong perlu sama supaya tidak keputusan tidak dipengaruhi.3. Satah condong perlu licin supaya geseran tidak mempengaruhi keputusan.4. Perlu menggunakan beban yang sama berat.

Keputusan Aktiviti 1:

Panjang satah condong (m)Tahap kesukaran menolak beban

0.5Lebih sukar

1.0Lebih mudah

Perbincangan:1. Berdasarkan keputusan, satah condong yang panjang menggunakan daya yang kurang untuk menolak beban berbanding menggunakan satah condong yang pendek. 2. Ini berlaku kerana kelebihan mekanikal satah condong yang panjang tinggi berbanding dengan kelebihan mekanikal satah condong yang pendek. 3. Oleh itu, kita hanya menggunakan tenaga yang sedikit untuk menolak beban tersebut ke atas.

Kesimpulan:Semakin panjang satu satah condong, semakin berkurang daya yang diperlukan untuk menolak beban. Hipotesis diterima.

Aktiviti 2 : Membina mesin ringkas dan mesin kompleks (takal)

Hasil pembelajaran :Untuk membina mesin ringkas dan kompleks.Radas dan bahan :Takal, beban dan benang.Mengenal pasti masalah :Bagaimana membina mesin ringkas dan mesin kompleks.Hipotesis :Lebih mudah untuk kita menaikkan beban jika semakin banyak tali melilit pada takal yang digunakan untuk menggantung beban.Prosedur :

1. 4 set takal dibina dengan beban yang sama diletakkan seperti rajah di bawah.

2. Set yang manakah memerlukan daya yang paling kurang untuk mengangkat beban? Terangkan.Langkah berjaga-jaga :1. Kita perlu memastikan takal dipasang dengan betul.2. Beban yang digunakan hendaklah sama. 3. Takal yang digunakan hendaklah sama untuk semua situasi.4. Menggunakan tali yang tidak mudah terputus. Keputusan Aktiviti 2 :

SetKesukaranAnalisis

ASukar Takal yang memegang beban hanya ada satu tali yang melilit padanya.

BSenangTakal yang memegang beban ada dua tali yang melilit padanya.

CSenang Takal yang memegang beban ada dua tali yang melilit padanya.

DPaling senangTakal yang memegang beban ada tiga tali yang melilit padanya.

Perbincangan :1. Set A merupakan set yang paling susah untuk mengangkat beban. Dalamnya hanya ada satu tali yang melilit pada takal yang memegang pemberat. Oleh itu, ia seakan tidak menggunakan takal.2. Set B senang berbanding set A kerana terdapat dua tali yang melilit pada takal yang memegang pemberat. Ia membahagikan berat perberat tersebut kepada dua dan kita seakan hanya menggunakan separuh tenaga untuk mengangkat pemberat.3. Set C juga senang dan tenaga yang digunakan sama dengan set B. Ini kerana terdapat dua tali yang melilit pada takal yang memegang pemberat. Oleh itu, kita hanya menggunakan separuh tenaga untuk mengangkat pemberat.4. Berbanding set B dan set C, set C lebih praktikal kerana talinya akan ditarik ke bawah. Kalau kita mengambil set B, kita perlu menarik tali ke arah atas untuk mengangkat pemberat itu. Ia tidak mungkin terjadi kerana kita juga perlu pergi ke tempat yang tinggi untuk mengangkut barang tersebut.5. Sistem takal dalam set D senang mengangkat pemberat berbanding set yang lain. Ini kerana terdapat tiga tali yang melilit pada takal yang memegang pemberat. oleh itu, ia seakan tiga tali tersebut membahagi berat pemberat kepada tiga dan kita memerlukan tenaga yang kurang untuk mengangkatnya.KesimpulanSemakin banyak tali melilit pada takal yang digunakan untuk menggantung beban, semakin senang untuk mengangkat beban. Hipotesis diterima.

Aktiviti 3 : Membina mesin ringkas dan mesin kompleks (Alat memetik buah)

Hasil pembelajaran :Untuk membina mesin ringkas dan kompleks.Radas dan bahan :Kayu panjang, botol plastik, tali, pita pelekat.Mengenal pasti masalah :Bagaimana memetik buah dari satu pokok yang tinggi.Hipotesis :Gabungan beberapa mesin ringkas dapat membantu kita membuat sesuatu kerja dengan mudah.Pembolehubah :Manipulatif : Tali yang digunakan untuk mengikat hujung botol.Gerakbalas: Daya yang digunakan untuk menarik tali.Tetap : Cara melilit tali pada hujung botol.

Prosedur :Cara membuat:1. Potong satu botol plastik pada bahagian bawah. 2. kerat hujung botol kepada beberapa bahagian.3. Membuat lubang pada setiap kerat yang dibuat.4. Tali dianyam dengan masukkan ke dalam lubang yang dibuat.5. Pita pelekat dilekat pada setiap keratan.6. Kayu dilekatkan dengan botol yang disediakan.

Cara penggunaan: 1. Masukkan buah pada botol di atas kayu.2. Tarik tali yang disambungkan.3. Apabila hujung botol tertutup, tarik kayu tersebut.4. Buah akan jatuh ke dalam botol.

Langkah berjaga-jaga: 1. Kita perlu menarik tali yang disambung dengan betul supaya botol tidak mudah terbuka.2. Perlu berhati-hati supaya hujung botol tidak mencederakan kita.

Keputusan:Tali yang digunakanKesukaran

Tali kainsusah

Tali rafiasenang

Pemerhatian:Pemerhatian tali kain:Pemerhatian tali rafia :

Perbincangan :1. Alat memetik buah ini mempunyai beberapa mesin ringkas seperti baji, tuas dan skru.2. Hujung botol kami adalah tajam dan ini menjadikannya sebagai baji. Ini adalah untuk memotong batang buah yang ingin dipetik.3. Alat memetik buah ini juga menggunakan konsep tuas, iaitu tuas kelas ketiga. Apabila tali ditarik, buah yang berada dalam botol berperanan sebagai beban. Tangan di hujung kayu sebagai fulkrum dan tangan di atas sebagai daya.4. Pemegang yang kami pilih adalah daripada aluminium dan boleh memanjang dan memendekkannya dengan memusingkannya. Terdapat satah condong yang berbentuk bebenang melingkari batang itu di dalamnya. 5. Pita pelekat dilekatkan pada setiap keratan untuk menambahkan lagi kekuatan model ini. 6. Apabila tali kain digunakan, saya berasa yang daya yang digunakan adalah tinggi berbanding dengan menggunakan tali rafia. Ini kerana, tali kain mempunyai permukaan yang kasar dan ini memberi rintangan semasa ditarik. Tali rafia licin dan ini mengurangkan geseran antara botol dan tali.

Kesimpulan:Gabungan mesin ringkas akan menghasilkan mesin majmuk yang membantu kita.

Soalan penguasaan pengetahuan dan kemahiran1. Apakah yang anda telah dipelajari dari aktiviti-aktiviti tersebut?Melalui aktiviti-aktiviti ini, saya mempelajari bahawa mesin ringkas adalah peralatan mekanikal yang memudahkan kita mengangkat atau menggerakkan sesuatu beban. Satah condong ialah satu contoh mesin ringkas yang mempunyai permukaan rata yang lebih tinggi pada satu bahagian. Satah condong membantu kita menaikkan dan menurunkan sesuatu objek serta memudahkan kita untuk mengalihkan objek dari tempat yang rendah ke tempat yang lebih tinggi. Takal pula merupakan satu mesin ringkas yang terdiri daripada roda yang mempunyai alur, mengelilingi bulatannya di antara bibir roda tersebut. Takal membantu kita mengangkat beban yang berat dan boleh memudahkan kerja yang dilakukan. Dalam kegunaan harian, sistem takal membantu untuk mengangkat sesuatu beban ke tempat yang lebih tinggi.

2. Bahagian kurikulum sains yang manakah mengajar topik ini? KBSR Darjah 6 ( Menyiasat Dunia Teknologi) Mesin ringkas.

3.Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti-aktiviti tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran?Saya akan menggunakan aktiviti ini dengan cara demosntrasi. Saya akan membuat demonstrasi tentang eksperimen ini untuk membantu murid untuk memahami topik ini dengan baik. Saya boleh menggunakan bahan ini sebagai bahan maujud atau bahan konkrit pada fasa orientasi. Saya akan membuat demonstrasi di hadapan supaya murid memahaminya dan akan meminta pelajar untuk membuat eksperimen ini dengan sendiri. Dengan ini, mereka akan membuat sendiri dan mendapat pengalaman secara langsung tentang eksperimen ini. selepas membuat eksperimen, saya akan meminta pelajar untuk membuat perbincangan tentang apa yang berlaku dan bagaimana sesuatu keputusan didapati. Dengan ini, pelajar akan berfikir dengan kritis dan kreatif. Selain itu, saya juga akan memberi satu situasi kepada pelajar dan meminta mereka untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam situasi tersebut. Dengan ini, pelajar akan menggunakan ilmu yang mereka ada dan cuba mengubahsuai peralatan yang diberi kepada situasi yang diberi. Dengan ini, saya dapat menguji pelajar bahawa mereka faham atau tidak.

4. Apakah peranan guru dalam aktiviti ini?Dalam eksperimen ini, guru hanya akan bertindak sebagai seorang pembimbing. Guru hanya akan membinbing murid bagaimana untuk melakukan eksperimen tersebut. Guru juga akan menjadi fasilitator dengan menyediakan satu suasana yang mesra untuk pelajar belajar. Dengan ini, pembelajaran pelajar akan berlaku dengan optimum. Selain itu, guru juga akan menjadi pemerhati, guru akan memerhati apa yang dilakukan oleh pelajar dan menjadi pemangkin untuk pelajar tersebut.