real sains teknologi

14
PENERANGAN PEMBENTANGAN Kami telah mendapat tema iaitu tentang perubatan tradisional, terdapat pelbagai bahan serta cara yang di gunakan oleh orang dahulu untuk mengubati penyakit tersebut tanpa perlu memakan uat daripada klinik. Salah satu bahan yang terdapat dalam kebanyakkan bahan perubatan tradisional adalah halia. Halia adalah suatu bahan yang sering di gunakan dalam masakan namun ia juga mempunyai pelbagai khasiat yang dapat menyembuhkan sesuatu penyakit. Halia adalah tumbuhan yang berasal daripada China namun penyebarannya telah merebak ke India, Carribean, Asia Tenggara dan Afrika Barat. Nama botani bagi halia juga adalah Zingiber Officinale Roscoe. Negara pengeluar bagi halia juga adalah India, China, Nigeria, Australia, Thailand. Berbeza di Malaysia, halia ditanam secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal dan tanaman selingan bersama tanaman saka. Tanaman saka adalah taman seperti nenas dan pokok getah dan ia di tanam bersama-sama tumbuhan tersebut dalam satu kawasan yang sama. Halia 1

Upload: syamimi

Post on 25-Sep-2015

247 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

PENERANGAN PEMBENTANGANKami telah mendapat tema iaitu tentang perubatan tradisional, terdapat pelbagai bahan serta cara yang di gunakan oleh orang dahulu untuk mengubati penyakit tersebut tanpa perlu memakan uat daripada klinik. Salah satu bahan yang terdapat dalam kebanyakkan bahan perubatan tradisional adalah halia. Halia adalah suatu bahan yang sering di gunakan dalam masakan namun ia juga mempunyai pelbagai khasiat yang dapat menyembuhkan sesuatu penyakit.Halia adalah tumbuhan yang berasal daripada China namun penyebarannya telah merebak ke India, Carribean, Asia Tenggara dan Afrika Barat. Nama botani bagi halia juga adalah Zingiber Officinale Roscoe. Negara pengeluar bagi halia juga adalah India, China, Nigeria, Australia, Thailand. Berbeza di Malaysia, halia ditanam secara kecil-kecilan sebagai tanaman tunggal dan tanaman selingan bersama tanaman saka. Tanaman saka adalah taman seperti nenas dan pokok getah dan ia di tanam bersama-sama tumbuhan tersebut dalam satu kawasan yang sama.

Halia

KHASIAT HALIATerdapat lebih 16 zat yang terkandung dalam halia, antaranya ialah: Air Tenaga Forforus Kalium Karbohidrat Protein Gentian Niasin vitamin A,B,C Serat Asid Organik Asid amino Gingerols Oleoresin Di dalam halia juga terdapat sejenis minyak iaitu minyak meruap. Minyak pati, juga dikenali sebagai minyak meruap (Volatile oils), sumber utama bauan yang terdapat dalam pelbagai bahagian tumbuhan. Ia boleh didapati dalam kulit tumbuhan, bunga tumbuhan atau malah dalam daun tumbuhan. Minyak pati ialah minyak yang ditemui didalam kantung sel tumbuhan. Minyak ini boleh dibebaskan daripada daun dan bahagian lain dan diekstrak menggunakan beberapa kaedah seperti penyulingan hidro. Minyak ini juga dikenali sebagai minyak meruap (volatile oils), minyak angin (ethereal oils), atau minyak pati (essential oils) kerana sifat mudah meresap /cair pada suhu hangat (ambien). Walau bagaimanapun, minyak pati lebih digemari disebabkan kepatiannya atau memiliki juzuk bauan dari tumbuh-tumbuhan ia mewakili. Minyak pati pada kebiasaannya tidak berwarna, terutama apabila ia segar. Walau bagaimanapun dengan perubahan masa, minyak pati mula beroksida dan berubah struktur semulajadi (resinify), menyebabkan warna menjadi lebih gelap. kerana itu, minyak-pati perlu disimpan di tempat yang sejuk, kering, diikat ketat dan se baik-baiknya diisi didalam bekas kaca gelap. Minyak pati dihasilkan untuk kegunaan industri minyak wangi dan sejumlahnya digunakan untuk perisa makanan pembungkusan. Selain itu, minyak pati juga dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi

KEGUNAAN HALIATerdapat pelbagai kegunaan halia, namun begitu di sini saya memfokuskan kegunaan halia dalam bidang perubatan. Perubatan halia diambil dalam pelbagai bentuk seperti:a. Minuman Haliab. Halia Keringc. Air Rebusan Haliad. Air Rebusan Pati Halia

Terdapat pelbagai jenis minuman yang berperisakan halia dalam zaman sekarang, ini kerana mereka semakin mengetahui kepentingan serta khasiat-khasiat yang tekandung di dalam halia.

Antara kenis minuman yang berpatikan halia.

Selain minuman, halia juga telah di proses untuk di jadikan sebagai snek atau manisan mahupun dalam bentuk penjerukkan. Salah satu daripadanya ialah halia kering serta halwa halia. Selain di buat dalam bentuk snek, khasiat halia juga tetap ada di dalamnya iaitu dapat melegakan sakit perut.

Halwa halia

Halia yang di proses ke bentuk asam.

Berdasarkan penyelidikan yang di buat di Universiti Michigan yang diterbitkan dalam American Association of Cancer Research membuktikan bahawa halia berupaya untuk membunuh sel barah. Halia juga dikatakan boleh membantu dalam merangsang kesihatan tubuh badan dan mengawal penyakit tertentu. Ini adalah khasiat halia yang utama dalam bidang perubatan, iaitu dapat mencegah daripada sel barah membiak.

MANFAAT HALIAHalia mempunyai pelbagai kelebihan serta manfaat, terutamanya dalam bidang perubatan, terdapat 6 manfaat jika menggunakan halia dalam pelbagai bentuk. Kelebihan halia yang ingin dibincangkan adalah lebih kepada kesihatan tubuh badan. Halia dapat mengekalkan peredaran darah menjadi normal terutamnya bagi penghidap darah tinggi.Ini kerana di dalam halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang mampu memperbaiki saluran darah serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan. Mudah kata halia dapat memberikan kehangatan kepada tubuh badan kita tatkala suhu persekitaran menjadi sejuk. Ini juga dapat mengelakkan seseorang itu mendapat demam.Selain itu, halia juga boleh memulihkan mabuk perjalanan di darat mahupun di laut. Halia telah dikenalpasti berperanan sebagai penawar untuk loya yang disebabkan mabuk. Ini telah di buktikan dengan kajian daripada kadet tentera laut menyatakan mabuk laut berkurangan sekiranya diberikan serbuk halia. Hal ini telah di praktikkan oleh semua tentera laut untuk mengurangkan mabuk di laut serta untuk mengelakkan badan terdehidrasi serta kekurangan air semasa di laut.Tambahan pula, halia juga mampu meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus manusia. Halia mampu meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien-nutrien penting dalam tubuh badan manusia. Halia membantu merangsang rembesan enzim dari pankreas dan juga enzim-enzim gastrik yang mampu meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam usus. Halia juga dapat melegakan sakit perut atau masuk angin apabila tidak makan padamasa yang tertentu.Halia juga berperanan sebagai penguatkan ilmuniti dalam badan manusia. Halia membantu meningkatkan sistem imun dalam badan manusia. Pengambilan halia dalam kuantiti yang sedikit setiap hari akan mengurangkan risiko mendapat penyakit strok kerana halia menghalang lemak atau kolestrol melekat pada salur arteri. Halia juga mengurangkan jangkitan patogen dalam perut di samping melegakan batuk dan kegatalan tekak. Halia juga boleh di katakana sebagai agen untuk menjadikan badan lebih kurus dan tidak berlemak kerana sifat halia adalah panas dan ia dapat membakar lemak-lemak yang ada di dalam badan manusia.

Seperti yang telah di kemukakan tadi bahawa, halia dapat mencegah daripada sel kanser merebak dan dapat merawat kanser. Menurut hasil kajian di University of Minnesota mendapati bahawa halia dapat melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal ataupun kanser usus. Satu lagi kajian yang pernah dijalankan mendapati bahawa halia akan mendorong kepada kematian sel-sel kanser ovari.Kelebihan halia yang terkahir adalah dapat merawat sakit otot. Halia kering mengandungi anti-radang dan juga analgesic yang digunakan secara terapeutik yakni kaedah terapi untuk mengurangkan sakit sendi dan radang atritis. Halia juga bertindak sebagai ubat penahan anti-radang yang paling berkesan terhadap kesihatan tubuh badan manusia.

Antara produk losyen yang berfungsi sebagai perwat sakit otot.Jika di lihat secara terperinci, terdapat pebagai hasiat halia yang dapat menjadikan badan manusia lebih sihat dari luar dan dalam.

INOVASI BAGI HALIADalam zaman perubatan yang semakin pesat sekarang, pelbagai usaha telah di lakukan bagi mendapatkan khasiat yang terdapat di dalam halia tersebut antaranya telah mencipta kapsul pati halia. Halia telah diproses menjadi pil kapsul pati halia untuk perubatan. Kemajuan teknologi terkini membolehkan halia yang merupakan perubatan tradisional diproses menjadi perubatan yang lebih berbentuk moden iaitu bentuk pil ataupun kapsul. Penghasilan kapsul halia tersebut sememangnya menyumbang kepada kesihatan yang lebih baik

Kapsul pati halia

Bentuk kapsul pati halia

Terdapat pelbagai fungsi kapsul halia, antaranya iaah : Merawat sembelit Memecahkan lemak dan selulit Hasil Semula Jadi (Tiada Kesan Sampingan) Melawaskan Sistem Pencernaan dan Pembuangan Mengempiskan Perut Mengurangkan Berat Badan Melegakan Rasa Lenguh Badan Membuang Angin dalam Perut Menyingkir Toksin dalam Badan Merangsang Peredaran DarahLebih daripada lima khasiat halia yang boleh di gunakan oleh manusia dalam meningkatkan kesihatan luar dan dalam. Jika di lihat, halia kebanyakkan menjadi agen pencegah atau agen detox yang berfungsi sebagai pelawas atau penyah toksin yang menjadikan darah dalam badan bersih daripada segala kuman.

RUMUSAN

Berdasarkan segala khasiat serta teknologi yang telah saya nyatakan di atas, dapatlah saya merumuskan bahawa halia ada suatu bahan yang menjadikan badan manusia lebih sihat kerana sifat halia adalah sebagai agen penyahtoksin yang baik untuk tubuh badan manusia. Selain itu, halia juga bukan sahaja boleh di minum secara minuman, namun ia juga teah di inovasikan dengan mencipta kapsul pati halia yang mempunyai lebih daripada 5 kelebihan memakan kapsul halia.Pelbagai cara serta usaha yang di lakukan dalam menjadikan segala khasiat di dalam halia dapat digunakan oleh tubuh badan manusia. Jika di lihat secara terperinci. Khasiat halia meliputi secara luaran iaitu dapat menjadikan otot kembali pulih apabila kejang, ini kerna sifat halia yang hangat dapat meleraikan asid laktik yang tersumbat di salur darah otot tersebut. A juga telah di keluarkan dalam bentuk losyen untuk kegunaan luaran.Selain itu terdapat juga untuk kegunaan dalaman seperti menguatkan imun badan, membantu penyerapan nutrient dengan lebih efisen serta sebagai agen pembakar lemak. Ia juga dapat menjadikan tubuh seseorang itu menjadi kurus serta tiada lemak kerana lemak akan di cairkan apabila anda meminum halia. Dalam zaman sekarang terdapat lambakan minuman yang berasaskan halia kerana ereka telah mengetahui khasiat halia yang dapat menjadi tubuh badan manusia lebih sihat.Akhir kalam, halia adalah salah satu tumbuhan ciptaan ILLAHI yang banyak khasiat kepada tubuh badan manusia. Teknologi hari ini telah menjadikan halia adalah suatu bahan yang menjadi penawar untuk segala penyakit.

RUJUKANhttp://herbadantumbuhan.blogspot.com/2012/02/mengenal-asas-proses-penyulingan.htmldi muat turun pada 29 Mac 2015https://prezi.com/vip3kleugqfi/bahan-tambah-makanan/di muat turun pada 29 Mac 2015Halia.Wikipedia Ensiklopedia Bebas. Diakses pada 11 Mac 2015, daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/HaliaHalia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebasms.wikipedia.orgKapsul Pati Halia (Dunia Herbs) Diakses pada 11 Mac 2015, daripada http://duniaherbs.com.my/dhz1/kapsul-pati-halia-nightriem-p-9.html10 Kelebihan Halia yang Kita Tidak Tahu (2013). Diakses pada 11 Mac 2015, daripada http://tipsihatselalu.blogspot.com/Tips Sihat Selalutipsihatselalu.blogspot.comKegunaan dan Khasiat Halia. Diakses pada 11 Mac 2015, daripada http://www.sihatselalu.com.my/2010/08/kegunaan-dan-khasiat-halia.htmlKegunaan dan Khasiat Halia ~ SihatSelaluwww.sihatselalu.com.my

LAMPIRAN

1