paling real melawat tempat kajian

Upload: loded-diper

Post on 19-Jul-2015

393 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

MELAWAT TEMPAT KAJIANAGRO CHIPS Jamirah Foods Industries (M) Sdn Bhd (Company No. 640882V) Lot 815, Jalan Mempelam, Kampung Bukit Bangkong, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor Darul Ehsan. TEL : 03-31414120 | FAX : 03-31414768 E-mail : [email protected] | [email protected] Website : www.agrochips.com

KILANG AGROCHIPS DI SG.PELEK SEPANG.

Pada 16 Mac 2012, saya berkesempatan untuk melawat ke tempat kajian yang terletak kira kira satu jam dari Subang Jaya. Perjalanan yang lama itu mencolok mata dengan pandangan yang cantik dan menarik. Pokok pokok hijau yang ditanam dan kebanyakannya ladang di bawah Sime Darby memberi udara segar. Jalan yang dikelilingi oleh pokok itu hanya terdapat dua jalan yang berlawanan arus. Sepanjang perjalanan saya mendapati pelbagai tanaman ubi dan pokok pisang. Setelah beberapa ketika, barulah saya tahu kegunaan pokok pisang dan ubi itu. Tanaman ini juga turut terlibat dalam pemprosesan kerepek. Namun, kini hanya tinggal secebis pokok pisang dan ubi yang saya percaya tidak mampu menampung pemprosesan kerepek yang kian maju pascamodenisasi ini. Kilang Agro Chips ini dibina suatu masa dahulu dengan keluasan yang tidak besar. Kiosk yang kecil dibina di hadapan kilang untuk urusan jual beli dilengkapi dengan penghawa dingin. Di belakang terdapat sebuah tempat pemprosesan yang diatur dari kiri ke kanan. Mulanya di sebelah kiri dan proses demi proses berlaku. Hanya dengan kekuatan tangan pekerja dapat membekalkan pelbagai jenis dan banyak pada satu hari. Mesin yang terdapat di situ juga jarang sama sekali digunakan. Mereka lebih percaya dengan usaha titik peluh berbanding menggunakan teknologi moden. Kata Siti Nurbaizura Bte Haji Momad, pengurus operasi Agro Chips , Sg. Pelek. Kerjaya ini juga bermula dari seorang usahawan Ahmat Termizi Dollah Kusni, 50. Beliau seorang yang gigih yang mampu membina sebuah syarikat yang dulu hanya berbekalkan 20 orang pekerja. Bersyukur ke hadrat ilahi, beliau kini bergelar jutawan yang mengimport kerepknya ke United Kingdom, Australia, Dubai, dan Vietnam.

Aneka kerepek yang sudah siap dibuat serta dibungkus dan bersedia untuk dijual dan dieksport ke luar negara. \

PINTU MASUK KILANG AGROCHIPS.

PENGENALAN . Jamirah Food Industries ( M ) Sdn. Bhd

Ahli Lembaga Pengarah 1. Jamirah Binti Othman Jawatan : Pengarah No K/P : 600915 10 6604 Latar Belakang : Seorang ahli perniagaan wanita ( Women Entrepreneur ) mempunyai pengalaman selama 13 tahun. Beliau adalah pengasas syarikat yang Berjaya membangunkan perusahaan kerepek dan meluaskan pasaran ke seluruh Malaysia dan juga pasaran eksport. 2. Norazrin Binti Amat Tarmezi Jawatan : Pengarah Urusan No. K/P : 830526 10 5812 Latar Belakang : Beliau adalah seorang ahli perniagaan luusan UiTM dan juga merupaka seorang perancang kewangan dan korporat syarikat. Pengalaman dan kelulusan yang diperolehi merupakan asset penting kepada kemajuan syarikat.

Struktur Modal Modal Dibenar : RM 5, 000 , 000 . 00 ( 5 JUTA ) Modal berbayar : RM 1, 000 , 000 . 00 ( 1 JUTA )

Pemegang Saham Jamirah Binti Othman 51.5 %

Norazrin Binti Amat Tarmezi 48.9 %

STRUKTUR ORGANISASI SYARIKAT

Lembaga Pengarah Pengarah Eksekutif

: Norazrin bt Amat Tarmezi : Amat Tarmezi Bin Dulah Kusni

Ketua Pegawai Eksekutif : Lugman Haqiem Bin Amat Tarmezi Pentadbiran & Kewangan : Rosyani Bt Misron Perkilangan Pengurus Ladang : Jamirah Bt Othman : Nasri Jamaludin

PENGIKTIRAFAN

Sijil Pengesahan Halal Logo Halal Jabatan Agama Islam Selangor

Nutrition Food Permulab Sdn Bhd ( 392059-X ) ALS Technicham ( M ) Sdn Bhd ( 117964 P )

Sijil Skim Amalan Ladang Bank Malaysia Jabatan Petanian

Setiausaha Syarikat Advanced Corporate Services Sdn Bhd 10A, 10th floor, Bangunan Yayasan Selangor, 74 Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur

Juruaudit AFTAAS 10 A , 10th floor, Bangunan Yayasan Selangor, 74 Jalan Raja Mud Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur

Bank Public Bank Sungai Pelek Branch , 24 C Jalan Besar, 43950 Sungai Pelek Selangor Darul Ehsan.

SIJIL PERNIAGAAN

AKTA MAKANAN

AKTIVITI SYARIKAT.

1. Aktiviti Pengeluaran Kerepek

2. Perladangan Tanaman Ubi Aktiviti utama syarikat ialah perusahaan perkilangan kerepek. Syarikat telah mengeluarkan beberapa jenis produk iaitu : I. Kerepek ubi masin II. Kerepek ubi pedas kering III. Kerepek ubi pedas basah IV. Kerepek ubi perasa lada hitam V. Kerepek ubi perasa BBQ VI. Kerepek pisang VII. Kerepek keledek VIII. Kerepek ubi perisa jagung IX. Kerepek ubi perisa bawang & sour cream Pembungkusan produk juga berbeza dari segi saiz mengikut pasaran iaitu pengedar atau peruncit

Syarikat juga membuka lading ubi dan keledek untuk membekal kepada kilangnya sendiri . Ladang yang telah diusahakan lebih 150 ekar dan sedang berusaha untuk menambah keluasannya kepada 400 ekar. Perluassan ini bagi menampung permintaan kerepek yang semakin tinggi di pasaran. Pengurusan dan Pembangunan Ladang

Jamirah Food Industries ( M ) Sdn. Bhd. Adalah pakar dalam pengurusan dan pembangunan lading terutamanya lading kelapa sawit dan tanaman kontan buah buahan. Pihak syarikat berpengalaman luas dalam bidang berkaitan perladangan dengan mempunyai segala kemudahan termasuk konsultansi, laporan dan system akaun, perancangan projek, kos dan bajet, sumber manusia dan juga mengawal selia kerja dan pemeriksaan kawasan lading.

PEMPROSESAN.

Ketika saya berada di sana, saya ditemani oleh seorang pekerja. Beliau menceritakan sedikit sebanyak tentang latar belakang kilang. Beliau juga telah menceritakan sedikit sebanyak proses bagi menghasilkan kerepek yang beraneka jenis. Pemprosesan kerepek bermula dengan DSkinning process

D-Skinning Process

Selepas selesai proses yang pertama, kerja perlaksanaan kerepek diteruskan dengan process The Washing Stage . Perlaksanaan proses ini juga menggunakan perkhidmatan tangan dan tanpa mengunakkan mesin.

The Washing Stage

The washing stage tidaklah memerlukan masa yang banyak. Hanya memerlukan seorang pekerja, kilang ini Berjaya menyiapkan banyak kerepek dalam sehari. Proses seterusnya ialah being sliced. Ubi yang telah dicuci dihiris secara kecil kecilan hingga mendapat bentuk.

BEING SLICED

Selepas being sliced proses seterusnya ialah frying, draining of oil, mixing process, conveying , packaging.

PACKAGING STAGE

Selepas packaging stage , proses seterusnya ialah storage. Storage ialah proses yang terakhir bagi menghasilkan kerepek. Setiap kerepek telahpun di eksport ke luar negara.

STORAGE.

SEDIA UNTUK DI JUAL

\SENARAI HARGA

Walaupun segala tugas atau kerja dilakukan dengan menggunakan tangan, masih terdapat mesin di kilang tersebut.

Selepas melawat ke tempat kajian. Barulah saya tahu akan proses membuat kerepek. Walaupun mudah , Ia mengambil masa yang la untuk menyiapkan tempahan.

Di mana ada kehauan , di situ ada jalan. Pepatah yang digunakan oleh pengusaha untuk Berjaya dan bergelar jutawan seperti kini.