ppik 1 kimia sem 5

Upload: latifah-muhamad

Post on 06-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 PPIK 1 Kimia Sem 5

    1/2

    PPIK 1: UNTUK MENYIASAT PERUBAHAN TENAGA

    AKTIVITI PERUBAHAN TENAGA

    i Buka lampu meja Tenaga elektrik Tenaga cahaya

    ii Menyalakan lilin Tenaga kimia Tenaga cahaya + tenagahaba

    iii Menghidupkan kalkulator solar Tenaga solar Tenaga elektrik +tenagacahaya

    iv Memasukkan dua bateri padakereta mainan dan hidupkannya

    Tenaga kimia Tenaga elektrik + tenagakinetik

    v Meregang gelang getah Tenaga keupayaan Tenaga kinetik +

    tenaga keupayaan elastik

    vi Memerhati telefon yang berdering Tenaga elektrik tenaga bunyi

    Di akhir aktiviti jawab soalan yang berikut:

    1. Apakah yang anda telah pelajari daripada aktiviti ini?

    Dalam aktiviti ini, saya telah mempelajari mengenai pelbagai jenis tenaga yang

    wujud seperti tenaga elektrik, kinetik, keupayaan dan sebagainya dan saya juga

    dapat mengetahui bahawa setiap benda yang ada di bumi akan mengalamiperubahan tenaga dan ia tidak akan hilang begitu sahaja.

    2. Dimanakah bahagian kurikulum sekolah rendah tajuk ini diajar?

    Sains Tahun 5, Menyiasat Alam Fizikal, Bidang Pembelajaran: Tenaga.

    3. Bincangkan bagaimana kamu boleh menggunakan aktiviti ini untuk tujuan

    pengajaran dan pembelajaran?

    Saya boleh memberikan kerja rumah kepada murid saya untuk menguji

    kefahaman mereka mengenai topik ini dan memberikan lembaran kerja untuk

    mereka catatkan. Selain itu, saya juga boleh mengetahui tahap pencapaian

    murid yang sebenarnya dan dapat membantu saya untuk mengenalpasti murid

    yang manakah yang mempunyai salah tanggapan atau kekeliruan. Oleh itu saya

    boleh membetulkan kembali kesalahan mereka untuk tujuan penambahbaikan.

    Selain itu, saya juga boleh menggunakan aktiviti ini didalam kelas bertujuan

    untuk menarik perhatian murid serta untuk mengelakkan rasa bosan. Disamping

    itu, mereka juga diberi peluang untuk melihat secara terus kerana menggunakan

  • 8/2/2019 PPIK 1 Kimia Sem 5

    2/2

    bahan konkrit. Melalui aktiviti ini pelajar akan mengingati sesuatu perkara dalam

    masa yang lebih lama kerana mereka akan melakukannya

    4. Apakah peranan guru dalam aktiviti ini?

    Guru sebagai fasilitator yang mana guru hanya memberikan arahan kepada

    murid untuk menjalankan aktiviti ini dalam kumpulan yang ditetapkan. Guru akan

    memantau setiap kumpulan samada mereka melakukan aktiviti ini dengan cara

    yang betul atau tidak. Guru akan menjawab sebarang kemusykilan jika murid

    bertanya.

    5. Apakah kesukaran atau salah tanggapan murid dalam mempelajari

    peubahan tenaga?

    Antara kesukaran yang dihadapi oleh murid adalah murid tidak dapat melihat

    tenaga secara konkrit. Sebagai contoh dalam bateri terdapat tenaga kimia. Jika

    guru gagal menerangkan mengapa bateri dikatakan tenaga kimia maka salahtanggapan akan terus berlaku. Selain daripada itu, terdapat juga murid

    menyangkakan bahawa tenaga yang kita gunakan akan terus hilang namun

    pada hakikatnya tenaga itu akan berubah kepada bentuk yang lain. Selain

    daripada itu, murid juga merasakan bahawa apabila objek yang tidak bergerak

    tidak mempunyai tenaga tetapi pada hakikatnya ia masih mempunyai tenaga

    iaitu tenaga keupayaan

    6. Sebagai seorang guru, bagaimana kamu boleh membantu murid untuk

    mengatasi kesukaran dan salah tanggapan?

    Untuk mengatasi permasalahan iniialah guru mesti menerangkan konsepsebenar dengan jelas dengan bantuan beberapa alat bahan bantu mengajar.

    Selain itu, guru juga perlu membuat lebih banyak aktiviti secara praktikal dan

    memberi peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti dengan sendiri tanpa

    mengharapkan guru supaya mereka boleh belajar melalui pengalaman.

    Menayangkan video juga dapat membantu murid supaya murid boleh melihat

    dengan lebih jelas apa yang dipelajari oleh mereka. Memberi latihan sehingga

    murid itu berjaya memahami konsep yang sebenar.