documentpp

6
Persamaan Perakaunan Disediakan oleh: F.H.Chay, C.A.(M), B.Acc (Hons) UUM, MBA (UK) Persamaan Perakaunan Jenis-jenis oragnisasi perniagaan Pemilikan Tunggal – entiti perniagaan yang dimiliki oleh individu. Biasanya bersaiz kecil seperti kedai runcit, firma profesional (guaman), dan klinik perubatan. Pemiliknya melabur modalnya sendiri dalam perniagaan dan berhak mutlak atas keuntungan dan tanggungan perniagaan tersebut. Mengapakah wujudnya akaun Ambilan dan Modal dalam buku akaun perniagaan? Perkongsian – perniagaan yang dimiliki oleh dua atau lebih individu bertindak sebagai pekongsi. Semua pekongsi akan menyumbangkan modal ke dalam perniagaan. Satu perjanjian akan dipersetujui di kalangan pekongsi untuk tujuan pembahagian untung, pembayaran gaji dan perkara-perkara lain dikenali sebagai Ikatan Perkongsian. Jika tiada Ikatan Perkongsian dalam perniagaan perkongsian, maka Akta Perkongsian, 1961 akan dirujuk. Tanggungan pekongsi adalah tidak terhad atas tanggungan perkongsian jika perkongsian itu gagal menjelaskan hutangnya. Syarikat – entiti berasingan yang diwujudkan di bawah Akta syarikat 1965. Pemilik syarikat dikenali sebagai pemegang saham. Liabiliti pemegang saham adalah terhad. Pemindahan hak milik saham juga adalah mudah. Di Malaysia, kebanyakan perniagaan kecil beroperasi dalam bentuk pemilikan tunggal kerana prosedur penubuhan syarikat adalah lebih kompleks dan kosnya agak tinggi berbanding dengan perniagaan pemilikan tunggal ataupun perkongsian. Kesan Urus niaga terhadap Persamaan Perakaunan Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik 1. Urus niaga 1: Ronaldo membuka sebuah kedai sukan yang dinamakan Kedai Kasut Ronaldo pada 1 Jun 2012. Dia mengambil wang simpanannya di bank sebanyak RM50 000 sebagai modal 1

Upload: bhutan-chay

Post on 08-Aug-2015

50 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ANAL

TRANSCRIPT

Page 1: DocumentPP

Persamaan Perakaunan

Disediakan oleh: F.H.Chay, C.A.(M), B.Acc (Hons) UUM, MBA (UK)

Persamaan Perakaunan

Jenis-jenis oragnisasi perniagaan

Pemilikan Tunggal – entiti perniagaan yang dimiliki oleh individu. Biasanya bersaiz kecil seperti kedai runcit, firma profesional (guaman), dan klinik perubatan. Pemiliknya melabur modalnya sendiri dalam perniagaan dan berhak mutlak atas keuntungan dan tanggungan perniagaan tersebut.Mengapakah wujudnya akaun Ambilan dan Modal dalam buku akaun perniagaan?

Perkongsian – perniagaan yang dimiliki oleh dua atau lebih individu bertindak sebagai pekongsi. Semua pekongsi akan menyumbangkan modal ke dalam perniagaan. Satu perjanjian akan dipersetujui di kalangan pekongsi untuk tujuan pembahagian untung, pembayaran gaji dan perkara-perkara lain dikenali sebagai Ikatan Perkongsian. Jika tiada Ikatan Perkongsian dalam perniagaan perkongsian, maka Akta Perkongsian, 1961 akan dirujuk. Tanggungan pekongsi adalah tidak terhad atas tanggungan perkongsian jika perkongsian itu gagal menjelaskan hutangnya.

Syarikat – entiti berasingan yang diwujudkan di bawah Akta syarikat 1965. Pemilik syarikat dikenali sebagai pemegang saham. Liabiliti pemegang saham adalah terhad. Pemindahan hak milik saham juga adalah mudah. Di Malaysia, kebanyakan perniagaan kecil beroperasi dalam bentuk pemilikan tunggal kerana prosedur penubuhan syarikat adalah lebih kompleks dan kosnya agak tinggi berbanding dengan perniagaan pemilikan tunggal ataupun perkongsian.

Kesan Urus niaga terhadap Persamaan Perakaunan

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

1. Urus niaga 1: Ronaldo membuka sebuah kedai sukan yang dinamakan Kedai Kasut Ronaldo pada 1 Jun 2012. Dia mengambil wang simpanannya di bank sebanyak RM50 000 sebagai modal permulaan perniagaannya. Dia telah memasukkan wang tersebut ke dalam akaun semasa yang dibuka untuk perniagaannya.

2. Urus niaga 2: Pada 3 Jun 2012, Ronaldo telah membeli alat kelengkapan untuk kedai sukan yang berharga RM5 000. Selepas berunding dengan pembekalnya, pembekalnya telah bersetuju memberi diskaun niaga kepada Ronaldo sebanyak RM1 000. Ronaldo telah membayar RM4 000 secara tunai untuk alat kelengkapan tersebut.

3. Urus niaga 3: Pada 6 Jun 2012, Ronaldo membeli secara kredit barang alatan sukan daripada Rooney Sdn. Bhd. untuk perniagaannya dengan harga RM2 000.

4. Urus niaga 4: Pada 7 Jun 2012, Ronaldo mula perniagaannya. Pada hari pertama, Kedai Sukan Ronaldo telah menjual alatan sukan secara tunai RM500. Kedai Sukan Ronaldo juga telah menjual barang alatan sukan secara kredit kepada Kedai Gomez Sdn. Bhd bernilai RM300. Jumlah kos alatan sukan yang dijual bernilai RM600.

5. Urus niaga 5: Ronaldo telah membayar gaji pembantunya pada 30 Jun 2012 sebanyak RM650 secara tunai.

1

Page 2: DocumentPP

Persamaan Perakaunan

Disediakan oleh: F.H.Chay, C.A.(M), B.Acc (Hons) UUM, MBA (UK)

6. Urus niaga 6: Kedai Gomez Sdn. Bhd. telah membayar sebahagian hutangnya RM150 secara tunai.

7. Urus niaga 7: Kedai Sukan Ronaldo juga membayar Rooney Sdn. Bhd. RM1 000 untuk barangan sukan yang dibelinya.

8. Urus niaga 8: Ronaldo juga telah mengambil wang sebanyak RM500 daripada perniagaannya untuk kegunaan sendiri.

Dikehendaki:

1) Sediakan Jadual Analisis Urus niaga Kedai Sukan Ronaldo.2) Sediakan Penyata Pendapatan bagi bulan berakhir 30 Jun 2012.3) Sediakan Penyata Ekuiti Pemilik bagi bulan berakhir 30 Jun 2012.4) Sediakan Kunci Kira-kira pada 30 Jun 2012.

Soalan 1

Pada 1 April 2012, Fernandez menubuhkan agensi pelancongan. Berikut ialah urus niaga yang terlibat dalam bulan April.

a) Memasukkan wang RM25 000 dalam CIMB Bank Bhd atas nama agensi.b) Membayar tunai sewa pejabat bulan April berjumlah RM300.c) Membeli peralatan pejabat bernilai RM2 500 dengan membayar RM1 000 dan selebihnya

secara kredit.d) Belanja pengiklanan berjumlah RM200 akan dijelaskan dalam bulan Mei.e) Membeli bekalan pejabat berjumlah RM400 secara tunai.f) Menerima RM10 000 tunai daripada pelanggan bagi tempahan tiket penerbangan. 93%

daripada penerimaan itu akan dibayar kepada Syarikat Penerbangan sementara bakinya 7% merupakan komisen diperolehi.

g) Mengambil RM400 tunai untuk kegunaan persendirian.h) Membayar RM800 untuk hutang peralatan pejabat.i) Menerima RM25 000 wang tunai sebagai tempahan tiket penerbangan. 90% dimiliki

syarikat penerbangan dan 10% merupakan komisen yang diperolehi.j) Membayar gaji pekerja berjumlah RM900.k) Pengiraan fizikal menunjukkan sebanyak RM150 bekalan pejabat telah digunakan.

Dikehendaki:

a) Sediakan analisis berjadual urus niaga tersebut menggunakan tajuk lajur berikut: Tunai, bekalan, peralatan pejabat, akaun belum bayar, dan modal – Fernandez.

b) Daripada analisis lajur modal- Fernandez, kirakan pendapatan bersih atau rugi bersih bulan April 2012

c) Jika Fernandez telah mengeluarkan RM1 000 untuk kegunaan sendiri menggantikan RM400 dalam urus niaga (g) di atas, apakah kesannya terhadap

a. Pendapatan bersih atau rugi bersih bulan Aprilb. Baki modal – Fernandez pada 30 April 2012.

2

Page 3: DocumentPP

Persamaan Perakaunan

Disediakan oleh: F.H.Chay, C.A.(M), B.Acc (Hons) UUM, MBA (UK)

Soalan 2:

Encik Suhaimi membuka firma guaman pada 1 Mei 2012.

Petikan Kunci Kira-kira pada 31 Mei 2012

Aset RMTunai 4 000Yuran Guaman belum terima 1 500Bekalan 500Peralatan pejabat 5 000

11 000

LiabilitiAkaun Belum Bayar 4 200Ekuiti PemilikModal – Suhaimi 6 800

11 000Maklumat berikut adalah transaksi dalam bulan Jun 2012.

a) Mencarum modal tambahan RM1 000 tunai.b) Mengutip RM1 200 yuran belum terima.c) Menjelaskan akaun belum bayar berjumlah RM3 200.d) Yuran diperolehi berjumlah RM4 600 yang mana RM1 000 daripadanya dibayar tunai

dan bakinya akan dibayar dalam bulan September.e) Membeli peralatan pejabat bernilai RM2 000 dengan membayar RM400 secara tunai dan

selebihnya secara kredit.f) Membayar gaji RM500, sewa RM700 dan belanja pelbagai RM200 bagi bulan Jun.g) Bekalan RM100 digunakan dalam bulan Jun.h) Mengeluarkan RM500 wang tunai untuk kegunaan peribadi.i) Menerima daripada Bank Nasional RM750 wang pinjaman dengan menandatangani nota.j) Belanja utiliti berjumlah RM150 dibayar dengan tunai.

Dikehendaki:a) Sediakan analisis tabular urus niaga bulan Jun bermula dengan baki 30 Jun 2012.b) Sediakan penyata pendapatan bulan Jun 2012, penyata ekuiti bagi bulan Jun 2012 dan

Kunci Kira-kira pada 30 Jun 2012.c) Sekiranya penyata ekuiti bulan Mei 2012 menunjukkan pendapatan bersih RM2 500 dan

ambilan RM500, berapakah pelaburan modal Encik Suhaimi.d) Sekiranya, Encik Suhaimi telah melabur RM5 000 pada 1 Mei dan ambilan bulan Mei

berjumlah RM700, berapakah pendapatan terkumpul perniagaan untuk dua bulan tersebut.

3

Page 4: DocumentPP

Persamaan Perakaunan

Disediakan oleh: F.H.Chay, C.A.(M), B.Acc (Hons) UUM, MBA (UK)

Soalan 3:Encik Sharil memulakan perkhidmatan veterinar pada 1 Januari 2012. Pada 31 Januari 2012 baki akhir akaun Encik Sharil menunjukkan item-item berikut:Tunai RM8 000 Yuran belum terima RM1 700 Bekalan RM600Peralatan Pejabat RM6 000 Akaun Belum Bayar RM3 600 Modal RM12 700

Berikut ialah urus niaga bulan Februari 2012.a) Membuat pelaburan tambahan sebanyak RM2 000 secara tunai.b) Membayar RM3 100 atas akaun belum bayar.c) Membuat kutipan yuran belum terima berjumlah RM800d) Membeli peralatan pejabat berharga RM2 100 dengan membayar RM600 tunai dan

bakinya secara kredit.e) Yuran diperoleh berjumlah RM3 900.Daripada jumlah ini, RM1 600 dibayar secara tunai

dan bakinya dibayar dalam bulan Mac 2012.f) Bekalan digunakan berjumlah RM350.g) Mengambil wang tunai RM600 untuk kegunaan persendirian.h) Membayar gaji pekerja RM600, sewa bulan Februari berjumlah RM800 dan pelbagai

belanja RM300.i) Belanja utiliti bulan Februari berjumlah RM17 belum dibayar lagi.j) Menerima RM800 daripada Maybank Bhd sebagai pinjaman atas nota belum bayar.

Dikehendaki:a) Sediakan analisis urus niaga Februari 2012 dengan memasukkan baki 31 Januari 2012

dalam bentuk tabular.b) Sediakan penyata pendapatan dan penyata ekuiti untuk bulan Februari 2012 dan Kunci

Kira-kira pada 29 Februari 2012.c) Sekiranya penyata ekuiti pemilik bulan Januari menunjukkan pendapatan bersih

RM4 000 dan ambilan RM600, berapakah modal pelaburan Encik Sharil?d) Jika Encik Sharil menyumbangkan modal sebanyak RM10 000 pada 1 Januari 2012 dan

membuat ambilan berjumlah RM900 dalam bulan Januari 2012, berapakah jumlah pendapatan bersih gabungan untuk dua bulan pertama?

4