ponteng sekolah contoh karangan spm

2
Beberapa hari kebelakangan ini, orang ramai mula heboh memperkatakan mengenai fenomena ponteng sekolah di kalangan pelajar. Isu ini mula mendapat tempat di media massa apabila Pengarah Pelajaran sebuah negeri membuat kenyataan bahawa separuh daripada pelajar di sebuah sekolah ponteng pada hari Khamis dan Jumaat. Isu tersebut semakin mendapat perhatian apabila seorang Timbalan Menteri menyatakan bahawa guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca utama peningkatan peratusan pelajar yang ponteng sekolah ini ibarat makan gaji buta. Persoalannya, benarkah guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca mengapa pelajar ponteng? Punca utama pelajar ponteng sekolah ialah kurangnya minat untuk bersekolah. Kebanyakan pelajar ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah dan mereka juga malas untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru dan mereka bukannya ulat buku. Mereka beranggapan bahawa hadir di sekolah merupakan satu bebanan kerana terpaksa belajar dari pagi hingga tengahari di samping terpaksa membuat pelbagai latihan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jalan penyelesaian yang dipilih oleh mereka adalah dengan ponteng sekolah. Pelajar dalam kategori ini lazimnya keluar rumah pada waktu pagi dengan memakai pakaian sekolah yang lengkap. Malangnya, destinasi pagi mereka bukan sekolah, sebaliknya mereka berkumpul di mana-mana tempat lain untuk berseronok-seronok. Di kawasan pekan atau bandar, tempat yang menjadi tumpuan utama pelajar seperti ini adalah pusat snuker atau pusat permainan video. Kurangnya pemantauan ibu bapa yang seperti melepaskan batuk di tangga juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak berani untuk ponteng sekolah. Sebilangan ibu bapa sibuk bekerja untuk mencari nafkah tambahan bagi anak-anak mereka sehingga mereka tidak menyedari serta mengambil tahu tentang aktiviti anak-anak mereka di luar rumah. Keadaan menjadi semakin rumit apabila sesetengah ibu bapa enggan datang ke sekolah bagi membincangkan permasalahan anak mereka. Ini menyulitkan lagi proses untuk menangani pelajar-pelajar yang bermasalah seperti ini. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat sesetengah guru yang tidak pandai mengajar atau tidak menunjukkan kesungguhan di bilik darjah sehingga membuatkan pelajar bosan lalu ponteng sekolah. Namun bilangan guru yang bersikap seperti ini sangat kecil. Biar apa pun puncanya pelajar ponteng sekolah, perkara penting yang patut difikirkan adalah cara- cara untuk mengatasi masalah tersebut. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, semakin ramai pelajar yang akan membuat keputusan untuk ponteng sekolah. Ibu bapa perlu memberikan kerjasama yang padu kepada pihak sekolah untuk mengatasi fenomena ini. Ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan tanggungjawab untuk membentuk, mendidik serta mengawasi anak-anak mereka kepada pihak sekolah sepenuhnya, tetapi mereka juga harus memainkan peranan dalam mengawasi kegiatan anak mereka di luar sekolah. Jika tidak, anak-anak mereka akan menjadi tidak terkawal dan bebas untuk berkeliaran di luar sekolah. Kesimpulannya, fenomena ponteng sekolah bukanlah satu gejala yang tidak boleh ditangani. Dengan adanya kerjasama yang kukuh dan padu daripada semua pihak, sudah pasti gejala ini akan berkurangan ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Semua pihak khasnya ibu bapa, pihak sekolah, pihak PIBG, serta masyarakat sekeliling harus menggembleng tenaga dan bersatu padu untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah ini.

Upload: pra-university

Post on 05-Jul-2015

16.454 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ponteng sekolah contoh karangan spm

Beberapa hari kebelakangan ini, orang ramai mula heboh memperkatakan mengenai fenomena

ponteng sekolah di kalangan pelajar. Isu ini mula mendapat tempat di media massa apabila Pengarah

Pelajaran sebuah negeri membuat kenyataan bahawa separuh daripada pelajar di sebuah sekolah

ponteng pada hari Khamis dan Jumaat. Isu tersebut semakin mendapat perhatian apabila seorang

Timbalan Menteri menyatakan bahawa guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca utama

peningkatan peratusan pelajar yang ponteng sekolah ini ibarat makan gaji buta. Persoalannya,

benarkah guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca mengapa pelajar ponteng?

Punca utama pelajar ponteng sekolah ialah kurangnya minat untuk bersekolah. Kebanyakan

pelajar ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah dan mereka juga malas untuk membuat

latihan yang diberikan oleh guru dan mereka bukannya ulat buku. Mereka beranggapan bahawa

hadir di sekolah merupakan satu bebanan kerana terpaksa belajar dari pagi hingga tengahari di

samping terpaksa membuat pelbagai latihan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jalan

penyelesaian yang dipilih oleh mereka adalah dengan ponteng sekolah. Pelajar dalam kategori ini

lazimnya keluar rumah pada waktu pagi dengan memakai pakaian sekolah yang lengkap. Malangnya,

destinasi pagi mereka bukan sekolah, sebaliknya mereka berkumpul di mana-mana tempat lain untuk

berseronok-seronok. Di kawasan pekan atau bandar, tempat yang menjadi tumpuan utama pelajar

seperti ini adalah pusat snuker atau pusat permainan video.

Kurangnya pemantauan ibu bapa yang seperti melepaskan batuk di tangga juga merupakan

salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak berani untuk ponteng sekolah. Sebilangan ibu bapa

sibuk bekerja untuk mencari nafkah tambahan bagi anak-anak mereka sehingga mereka tidak

menyedari serta mengambil tahu tentang aktiviti anak-anak mereka di luar rumah. Keadaan menjadi

semakin rumit apabila sesetengah ibu bapa enggan datang ke sekolah bagi membincangkan

permasalahan anak mereka. Ini menyulitkan lagi proses untuk menangani pelajar-pelajar yang

bermasalah seperti ini. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat sesetengah guru yang tidak pandai

mengajar atau tidak menunjukkan kesungguhan di bilik darjah sehingga membuatkan pelajar bosan

lalu ponteng sekolah. Namun bilangan guru yang bersikap seperti ini sangat kecil.

Biar apa pun puncanya pelajar ponteng sekolah, perkara penting yang patut difikirkan adalah cara-

cara untuk mengatasi masalah tersebut. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, semakin ramai

pelajar yang akan membuat keputusan untuk ponteng sekolah. Ibu bapa perlu memberikan

kerjasama yang padu kepada pihak sekolah untuk mengatasi fenomena ini. Ibu bapa tidak

seharusnya menyerahkan tanggungjawab untuk membentuk, mendidik serta mengawasi anak-anak

mereka kepada pihak sekolah sepenuhnya, tetapi mereka juga harus memainkan peranan dalam

mengawasi kegiatan anak mereka di luar sekolah. Jika tidak, anak-anak mereka akan menjadi tidak

terkawal dan bebas untuk berkeliaran di luar sekolah.

Kesimpulannya, fenomena ponteng sekolah bukanlah satu gejala yang tidak boleh ditangani.

Dengan adanya kerjasama yang kukuh dan padu daripada semua pihak, sudah pasti gejala ini akan

berkurangan ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Semua pihak

khasnya ibu bapa, pihak sekolah, pihak PIBG, serta masyarakat sekeliling harus menggembleng

tenaga dan bersatu padu untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah ini.

Page 2: Ponteng sekolah contoh karangan spm