politik - esaimen gpi

9
Politik menurut Al-Quran Berbicara mengenai politik dari sudut pandang islam , secara asasnya politik ini berkait rapat berkenaan hal pemimpin dan rakyat. Selain itu, politik juga ada mengandungi beberapa perkara penting yang bersangkutan dengan hal ehwal agama iaitu amanah. Allah S.W.T. amat menitikbertakan berkenaan perkara yang dinamakan sebagai amanah ini didalam Al-Quran dan juga hadis Rasulullah. Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 58 dan 59 : Maksudnya : 58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik- baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. 59. Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil- Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al- Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa’ 4:58-59)

Upload: rafiuddin96

Post on 17-Jan-2016

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hhhhhhh

TRANSCRIPT

Page 1: Politik - Esaimen Gpi

Politik menurut Al-Quran

Berbicara mengenai politik dari sudut pandang islam , secara asasnya politik ini berkait

rapat berkenaan hal pemimpin dan rakyat. Selain itu, politik juga ada mengandungi

beberapa perkara penting yang bersangkutan dengan hal ehwal agama iaitu amanah.

Allah S.W.T. amat menitikbertakan berkenaan perkara yang dinamakan sebagai amanah

ini didalam Al-Quran dan juga hadis Rasulullah. Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat

58 dan 59 :

Maksudnya : 58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis

amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan

hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil.

Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya

kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. 59. Wahai

orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada

Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu.

kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka

hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah)

RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian

adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

(Surah an-Nisa’ 4:58-59)

Kedua-dua ayat dalam surah An-Nisa’ ini telah menerangkan kepada kita perihal amanah

dalam kepimpinan dan kewajipan dalam mentaati pemimpin secara keseluruhannya. Al

Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah di dalam Tafsir al Qur’an al ‘Azhim (2/338-339) berkata :

“Allah Ta'ala telah mengabarkan bahawa sesungguhnya Ia memerintahkan (kepada kita)

untuk menunaikan amanah kepada pemiliknya. Oleh yang demikian, jelas dinyatakan

disini bahawa hanya yang layak sahaja yang boleh diberikan amanah terutamanya dalam

aspek politik iaitu kempimpinan negara yang merupakan aspek kepimpinan yang paling

besar pada masa kini. Hal ini kerana, tugas sebagai pemimpin negara sebenarnya

melibatkan tanggungan yang amat besar dan secara tidak langsung amanah yang

digalas juga adalah amat besar risikonya disisi agama.

Page 2: Politik - Esaimen Gpi

Dalam sebuah hadits dari al Hasan, dari Samurah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu

'alaihi wa sallam bersabda:

�ك� ان خ� م�ن� �خن� ت � و�ال ، �ك� �م�ن ت ـ� ائ م�ن� �ل�ى إ �ة� �م�ان األ ��د أ

"Tunaikanlah amanah kepada orang yang engkau dipercaya (untuk menunaikan amanah

kepadanya), dan jangan khianati orang yang telah mengkhianatimu". [Diriwayatkan oleh

al Imam Ahmad dan Ahlus Sunan].

Firman Allah dalam Surah al Ahzab/33 ayat 72 :

"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-

gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan

mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu

amat zhalim dan amat bodoh".

Menerusi ayat diatas, jelas menunjukkan kepada manusia hakikat amanah

dalam Islam yang sememangnya merupakan perkara yang mustahak dan amat berat

bebanannya didalam agama ini. Kita juga dapat melihat betapa makhluk Allah yang lain

seperti bumi , langit , dan gunung-ganang juga tidak mahu untuk menerima amanah yang

ditawarkan kepada Allah oleh kerana hakikat amanah itu adalah suatu yang amat berat.

Allah juga telah menyatakan didalam ayat tersebut bahawasanya manusia sahaja yang

menerima tawaran tersebut disamping Allah juga telah menempelak manusia dengan

menyatakan bahawasanya manusia itu adalah zalim dan bodoh. Oleh yang demikian,

tugas sebagai seorang pemimpin yang tidak lari daripada konsep amanah, wajiblah

keatasnya untuk melaksanakan segala tanggungjawab dalam bidangnya, memberikan

hak yang sepatutnya kepada rakyat dan berusaha memajukan institusi atau negara yang

berada dibawah tanggungannya.

Firman Allah yang berikutnya di dalam Surat al Mu’minun /23 ayat 8, atau surat al

Ma’arij /70 ayat 32:

Page 3: Politik - Esaimen Gpi

"Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya".

Al Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah dalam Tafsir al Qur’an al ‘Azhim (8/227) berkata:

"Maksudnya, apabila mereka dipercayai (dalam suatu urusan), mereka tidak berkhianat.

Dan apabila mereka mengadakan perjanjian, mereka tidak menyelisihinya. Demikianlah

sifat orang-orang yang beriman. dan sebaliknya adalah sifat orang-orang munafik.

Oleh yang demikian, tugas yang dipegang seorang pemimpin daripada sekecil-

kecil perkara sehingga tugas yang paling besar iaitu pemimpin sesebuah negara adalah

merupakan suatu amanah disisi agama Islam. Tugas sebagai seorang pemimpin

sesebuah negara yang sememangnya berkait dengan hal ehwal politik perlulah

dititikbertakan kerana ia besangkutan dengan hak asasi rakyat di negara itu. Apabila

seorang pemimpin itu berjaya melakukan tugas dan amanahnya dengan baik maka ia

akan mendapat sokongan dan perhatian daripada rakyat. Manakala apabila seseorang

pemimpin itu gagal melakukan amanahnya selaku seorang pemimpin maka dikhuatiri

akan tumbangnya sesebuah negara itu disebabkan sikap tidak mengambil berat tentang

tugas dan amanah oleh pemimpin tersebut lalu menyebabkan negara bukan Islam yang

terus mengecapi kejayaan memandang rendah terhadap negara-negara yang

menggunakan cop sebagai “Negara Islam”.

Sifat Seorang Pemimpin

Ditengah rancanknya para elit politik menambang suara dalam rangka

memperoleh kerusi ataupun jabatan, maka layak sekali apabila hadits yang diriwayatkan

dari Abdurrahman bin Samurah dan Abu Dzar dihadapkan kepada mereka, khususnya

lagi pada hadits Abu Dzar yang menyebutkan kriteria yang harus diperhatikan dan

merupakan hal mulia jika ingin menjadi pemimpin. Rasulullah berkata kepada Abu Dzar:

“Wahai Abu Dzar, engkau seorang yang lemah”.

Ucapan seperti ini bila disampaikan secara terang-terangan memang akan

memberatkan bagi yang bersangkutan dan akan membekas di hatinya. Rasulullah pernah

menasihati Abdurrahman bin Samurah :

�ه�ا �ت ع�ط�ي أ �ن� إ و� �ه�ا �ي ع�ل �ت� ع�ن أ �ة& �ل أ م�س� �ر� غ�ي ع�ن� �ها �ت ع�ط�ي أ �ن� إ +ك� �ن ف�إ ة� �م�ار� اإل أل� �س� ت � ال ة� مر� س� بن ح�من� الر+ �د� ع�ب �ا ي

�ها �ي �ل إ �ل�ت� وك �ة& ��ل أ م�س� ع�ن�

“Wahai Abdurrahman bin Samurah, janganlah engkau meminta kepemimpinan. Karena

jika engkau diberi tanpa memintanya, niscaya engkau akan ditolong (oleh Allah dengan

diberi taufik kepada kebenaran). Namun jika diserahkan kepadamu karena

Page 4: Politik - Esaimen Gpi

permintaanmu, niscaya akan dibebankan kepadamu (tidak akan ditolong). ” ( Riyadhus

Shalihin,2013)

riwayat daripada Abu Dzar Al-Ghifari. Ia berkata: “Wahai Rasulullah, tidakkah engkau

menjadikanku sebagai pemimpin?” Mendengar permintaanku tersebut beliau menepuk

bahuku lalu bersabda:

�ه �ي ع�ل +ذ�ي ال �د+ى أ و� �ح�ق�ها ب �خ�ذ�ها أ من + �ال إ �دام�ة@ ن و� ي@ خ�ز� �ام�ة� �ق�ي ال �و�م� ي +ها �ن إ و� �ة@ م�ان� أ +ها �ن إ و� �ف@ ض�ع�ي +ك� �ن إ Gذ�ر �ا �ب أ �ا ي

�ها ف�ي

“Wahai Abu Dzar, engkau seorang yang lemah sementara kepemimpinan itu adalah

amanah. Dan nanti pada hari kiamat, ia akan menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali

orang yang mengambil dengan haknya dan menunaikan apa yang seharusnya ia

tunaikan dalam kepemimpinan tersebut. ” (Shahih Muslim, HR. Muslim no. 1825).

Syaikh Ibnu ‘Utsaimin berkata: “Makna ucapan Nabi kepada Abu Dzar adalah beliau

melarang Abu Dzar menjadi seorang pemimpin karena ia memiliki sifat lemah, sementara

kepemimpinan membutuhkan seorang yang kuat lagi terpercaya. Kuat disini mempunyai

makna kekuasaan dan perkataan yang didengar atau ditaati, tidak lemah di hadapan

manusia. Kerana apabila manusia menganggap lemah seseorang, maka tidak terdapat

baginya kehormatan di sisi mereka, dan orang lain juga akan berani melakukan apa jua

kepadanya. Akan tetapi bila seseorang itu kuat, dia dapat menunaikan hak Allah, tidak

melampaui batasan-batasannya, dan punya kekuasaan. Maka inilah ciri-ciri seorang

pemimpin yang hakiki. ” (Syarh Riyadhush Shalihin, 2/472)

Rasulullah juga menyatakan kepada Abu Dzar bahawa kepemimpinan itu adalah sebuah

amanah. Kerana memang kepemimpinan itu memiliki dua rukun, kekuatan dan amanah,

hal ini dikatakan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dengan dalil:

�ن �م�ي األ Iق�و�ي� �ل ا ت� �ج�ر�� �ئ ت اس� م�ن� �ر� ي خ� �ن+ إ

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah

orang yang kuat lagi dapat dipercayai. ” (Al-Qashash: 26)

Penguasa Mesir berkata kepada Yusuf ‘Alaihissalam:

�ن@ أم�ي �ن@ م�ك�ي �ا �ن �د�ي ل �و�م� �ي ال +ك� إن

Page 5: Politik - Esaimen Gpi

“Sesungguhnya kamu mulai hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi

dipercayai pada sisi kami. ” (Yusuf: 54)

Allah menyebutkan sifat Jibril dengan menyatakan didalam al-quran :

“Sesungguhnya Al Qur’an itu benar-benar firman Allah yang dibawa oleh utusan yang

mulia (Jibril), yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah

yang memiliki ‘Arsy. Yang ditaati di kalangan malaikat lagi dipercayai. ” (At-Takwir: 19-

21)

Amanah itu adalah balik kepada rasa takut pada Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah

dengan harga yang sedikit, dan tidak takut kepada manusia. Inilah tiga perangai yang

Allah tetapkan terhadap setiap orang yang memutuskan hukuman atas manusia. Allah

berfirman:

….

“Maka janganlah kalian takut kepada manusia, tapi takutlah kepada-Ku. Dan jangan pula

kalian menjual ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Siapa yang tidak berhukum

dengan apa yang Allah turunkan maka mereka itu adalah orang-orang kafir. ”

(Al-Maidah: 44)

Al-Imam Al-Qurthubi menyebutkan beberapa sifat dari seorang pemimpin ketika

menafsirkan ayat:

ع�ه�د�ى �ال �ن ي ال �ل� قا �ى +ت ذر�ي و�م�ن� ق�ال� إم�امOا +اس� �لن ل اع�لك� ج� �ى إن ق�ال� �م+هن+ �ت ف�أ �م�ات& �ل �ك ب Iه ب ر� اه�م� �ر� إب �ل�ى �ت اب و�إذ�

�ن� �م�ي الظ+ال

“Dan ingatlah ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan

larangan), kemudian Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: ‘Sesungguhnya Aku akan

menjadikanmu sebagai imam (pemimpin) bagi seluruh manusia’. Ibrahim berkata: ‘(Dan

saya mohon juga) dari keturunanku’. Allah berfirman: ‘Janji-Ku ini tidak mengenai orang-

orang yang zhalim’. ” (Al-Baqarah: 124)

Beliau berkata: “Sekelompok ulama mengambil dalil dengan ayat ini untuk menyatakan

seorang imam (pemimpin) itu harus dari kalangan orang yang adil, memiliki kebaikan dan

Page 6: Politik - Esaimen Gpi

keutamaan juga dengan kekuatan yang dimilikinya untuk menunaikan tugas

kepemimpinan tersebut. ” (Al-Jami’ li Ahkamil Qur’an, 2/74)

Kesimpulannya , tugas sebagai pemimpin haruslah memenuhi ciri-ciri yang telah

digariskan oleh Islam. Apabila tugas sebagai pemimpin itu diletakkan pada tempat yang

tidak sepatutnya atau bukan kepada yang selayaknya, maka tunggulah kehancuran yang

bakal berlaku seperti yang telah dinyatakan oleh Nabi S.A.W.

.kepemimpinan adalah amanah, sehingga orang yang menjadi pemimpin berErti ia

tengah memikul amanah. Dan tentunya, yang namanya amanah harus ditunaikan

dengan sebaik mungkin. Kerana itulah Rasulullah melarang orang yang tidak cekap untuk

memangku jaWatan kerana ia tidak akan mampu memikul tugas tersebut dengan

sebaiknya. Rasulullah juga bersabda:

�ذ�ا ها ؟ قــال: إ اع�ت �ضــ� ف� إ ــ� �ي : ك ال� اع�ة�. قــ� �ظ�ر� الســ+ �ت ان �ة فــ� �م�ان �ع�ت� األ �ذ�ا ضي إ

اع�ة� �ظ�ر� الس+ �ت �ها ف�ان �ه�ل �ر� أ �م�ر إلى غ�ي د األ �وس

“Apabila amanah telah disia-siakan, maka nantikanlah tibanya hari kiamat. Ada yang

bertanya: Wahai Rasulullah, apa yang dimaksud dengan menyia-nyiakan amanah?

Beliau menjawab: ‘Apabila perkara itu diserahkan kepada selain ahlinya, maka

nantikanlah tibanya hari kiamat”. ” (Shahih, HR. Al-Bukhari no. 59)

BIBLIOGRAFI