polisi membasmi ponteng

2
1 SMK TAMAN INDAH 73000 TAMPIN N.SEMBILAN POLISI SEKOLAH SELAMAT PELAKSANAAN POLISI MEMBASMI PONTENG SEKOLAH DISEDIAKAN OLEH: UNIT HEM (http://myhemsmti.blogspot.com ) MEMBASMI PONTENG SEKOLAH/KELAS Definisi Seseorang pelajar dianggap ponteng apabila ia meninggalkan kelas atau sekollah tanpa kebenaran dan seterusnya mereka tidak mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.Mereka juga dianggap ponteng apabila mereka tidak hadir tanpa sebabsebab munasabah. Matlamat Mewujudkan kesedaran kepada semua pelajar bahawa pada waktu berlakunya sesi persekolahan mereka sepatutnya berada di dalam kawasan sekolah dan bukan berada di tempat lain di luar kawasan sekolah tanpa tujuan dan juga pengawasan yang ada kaitannya dengan p & p. Objektif Membentuk pelajar berdisiplin, beretika, bertanggungjawab dan hargai masa. Mewujudkan suasana tenteram dan teratur supaya p&p dapat berjalan dengan sempurna dan berkesan. Rasional Perlakuan ponteng akan menimbulkan pelbagai masalah yang saling mengait sama ada kepada pelajar atau pada pihak lain. Tatacara bagi pelajar *Pelajar dilarang keluar kelas tanpa memakai pas keluar. * Tidak dibenarkan meninggalkan kelas tanpa sebarang alasan munasabah. * Pelajar tidak dibenarkan keluar kelas melebihi dua orang dalam satu masa. * Pelajar dilarang keluar kelas tanpa kebenaran sewaktu pertukaran kelas. * Ketua tingkatan/pelajar hendaklah melaporkan kepada guru tingakatan/guru matapelajaran/pentadbir sekolah jika ada pelajar ponteng atau ada rancangan untuk ponteng. * Mencadangkan kepada guru tingkatan atau guru matapelajaran/pentadbir sekolah tentang langkahlangkah yang perlu untuk menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran. Tatacara bagi guru matapelajaran * Menyemak dan menanda kehadiran pelajar melalui buku kawalan kelas sebelum sesuatu p&p dimulakan. * Buku kawalan kelas hendaklah ditandatangani oleh guru mata pelajaran yang berkenaan. * Laporkan kepada guru tingkatan jika pelajar tiada di dalam kelas.

Upload: aiman

Post on 07-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

PONTENG

TRANSCRIPT

Page 1: Polisi Membasmi  Ponteng

  ‐ 1 ‐

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 SMK TAMAN INDAH 

73000 TAMPIN N.SEMBILAN 

                                                

  

POLISI SEKOLAH SELAMAT   

PELAKSANAAN POLISI MEMBASMI PONTENG 

SEKOLAH     

DISEDIAKAN OLEH: UNIT HEM 

(http://myhemsmti.blogspot.com)  

MEMBASMI PONTENG SEKOLAH/KELAS 

Definisi 

Seseorang pelajar dianggap ponteng apabila ia meninggalkan kelas atau sekollah tanpa kebenaran dan seterusnya mereka tidak mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.Mereka juga dianggap ponteng apabila mereka tidak hadir tanpa sebab‐sebab munasabah. 

Matlamat 

Mewujudkan kesedaran kepada semua pelajar bahawa pada waktu berlakunya sesi persekolahan mereka sepatutnya berada di dalam kawasan sekolah dan bukan berada di tempat lain di luar kawasan sekolah tanpa tujuan  dan juga pengawasan yang ada kaitannya dengan p & p. 

Objektif 

Membentuk pelajar berdisiplin, beretika, bertanggungjawab dan hargai masa. Mewujudkan suasana tenteram dan teratur supaya p&p dapat berjalan dengan sempurna dan berkesan. 

Rasional 

Perlakuan ponteng akan menimbulkan pelbagai masalah yang saling mengait sama ada kepada pelajar atau pada pihak lain. 

 

 

Tatacara bagi pelajar 

*Pelajar dilarang keluar kelas tanpa memakai pas keluar.  

* Tidak dibenarkan meninggalkan kelas tanpa sebarang alasan munasabah. 

* Pelajar tidak dibenarkan keluar kelas melebihi dua orang dalam satu masa. 

* Pelajar dilarang keluar kelas tanpa kebenaran sewaktu pertukaran kelas. 

* Ketua tingkatan/pelajar hendaklah melaporkan kepada guru tingakatan/guru matapelajaran/pentadbir sekolah jika ada pelajar ponteng atau ada rancangan untuk ponteng. 

* Mencadangkan kepada guru tingkatan atau guru matapelajaran/pentadbir sekolah tentang langkah‐langkah yang perlu untuk menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran. 

Tatacara bagi guru matapelajaran 

* Menyemak dan menanda kehadiran pelajar melalui buku kawalan kelas sebelum sesuatu p&p dimulakan. 

* Buku kawalan kelas hendaklah ditandatangani oleh guru mata pelajaran yang berkenaan. 

* Laporkan kepada guru tingkatan jika pelajar tiada di dalam kelas. 

Page 2: Polisi Membasmi  Ponteng

  ‐ 2 ‐

* Wujudkan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif untuk menarik minat pelajar. 

* Wujudkan suasana kelas yang ceria kemas dan menarik. 

* Sentiasa berhubung dan berbincang dengan guru tingkatan dan pihak pengurusan tentang perkembangan pelajar. 

Tatacara Guru Tingkatan 

* Menyemak/menanda kehadiran para pelajar ke dalam buku daftar/jadual kehadiran pelajar. 

*Semak buku kawalan kelas bagi sesuatu mata pelajaran. 

* Sentiasa bekerjasama dan mendapat maklumat tentang pelajar daripada guru mata pelajaran. 

* Mendapat sijil/surat akaun sakit yang sah. 

* Memanggil /menasihati dan mendapat maklumat tentang pelajar daripada guru matapelajaran. 

* Melaporkan kepada pihak pengurusan sekolah jika terdapat pelajar yang melakukan kesalahan berulang. 

 

 

Tatacara untuk Pihak Pengurusan/Pentadbiran 

* Menyemak buku daftar kehadiran pelajar dan buku kawalan kelas. 

* Mendapatkan laporan daripada guru tingkatan tentang kehadiran pelajar. 

* Kenalpasti pelajar yang melakukan kesalahan ponteng yang berulang. 

* Mewujudkan  suasana sekolah yang mendapat menarik minat pelajar untuk berada di dalam kelas. 

* Penggunaan pas keluar /masuk khas bagi pelajar  yang berurusan di luar bilik darjah. 

* Mengadakan langkah‐langkah yang berbentuk pemulihan bagi pelajar yang dikesan kerap melakukan kesalahan ponteng kelas. 

* Menghubungi ibubapa atau penjaga pelajar untuk kenalpasti masalah pelajar. 

* Menghantar pelajar ke Unit Bimbingan dan kaunseling sekolah. 

* Melaksanakan program motivasi bagi pelajar bermasalah. 

* Tindakan adalah berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh KPM. 

* Beri penghargaan kepada pelajar cemerlang dari segi penglibatan dan kehadiran dalam sesuatu aktiviti. 

 

CARTA ALIRAN TATACARA MENANGANI PONTENG KELAS 

 

           

 

 

Kenalpasti kes ponteng

 

 Guru 

MatapelajaranGuru            

Tingkatan

Menyiasat Kes 

Khidmat Nasihat 

Prosedur KPM 

Tamat