pns(s)400-7/1-8-9 perkhidmatan kawalan ... dan memakai pas keselamatan (tetap / sementera / pelawat)...

30
Page 1 of 30 No. Dokumen Sebutharga : PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI POLITEKNIK NILAI, NEGERI SEMBILAN MULAI 01 APRIL 2018 HINGGA 31 MAC 2019 ( SATU TAHUN) KOD SEBUT HARGA : PNS(S)400-7/1-8-9 TARIKH PELAWAAN : 23 FEBRUARI 2018 (JUMAAT) TARIKH TUTUP : 05 MAC 2018 (ISNIN) PELAWAAN PEMBEKAL : TERBUKA UNTUK SEMENANJUNG MALAYSIA PERINGATAN PENTING PENYEBUT HARGA HENDAKLAH BERDAFTAR DENGAN EPEROLEHAN BAHARU. SILA BACA DAN FAHAMI KESELURUHAN BUTIR-BUTIR YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA INI SEBELUM MENGISINYA. PNS(S)400-7/1-8-9

Upload: duongthuy

Post on 28-Apr-2019

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 1 of 30

No. Dokumen Sebutharga :

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI POLITEKNIK NILAI, NEGERI SEMBILAN

MULAI 01 APRIL 2018 HINGGA 31 MAC 2019 ( SATU TAHUN)

KOD SEBUT HARGA : PNS(S)400-7/1-8-9 TARIKH PELAWAAN : 23 FEBRUARI 2018 (JUMAAT) TARIKH TUTUP : 05 MAC 2018 (ISNIN) PELAWAAN PEMBEKAL : TERBUKA UNTUK SEMENANJUNG

MALAYSIA

PERINGATAN PENTING PENYEBUT HARGA HENDAKLAH BERDAFTAR DENGAN EPEROLEHAN BAHARU.

SILA BACA DAN FAHAMI KESELURUHAN BUTIR-BUTIR YANG TERKANDUNG DI

DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA INI SEBELUM MENGISINYA.

PNS(S)400-7/1-8-9

Page 2: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 2 of 30

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

1. Penghantaran Dokumen

1.1 Dokumen sebutharga yang telah lengkap di isi hendaklah dihantar secara manual ke Politeknik

Nilai dan hendaklah dimasukkan di dalam peti sebutharga yang telah disediakan sebelum tarikh

dan waktu tutup yang telah ditetapkan.Penghantaran secara pos adalah tidak digalakkan.

Dokumen yang lewat tidak akan dipertimbangkan. Peti Sebutharga di tempatkan di alamat

berikut :-

Politeknik Nilai Unit Pentadbiran Kompleks Pendidikan Bandar Enstek 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan 1.2 Dokumen yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam dua (2) sampul yang berasingan

dan dilabelkan seperti berikut :-

i. Sampul A – Cadangan Kewangan

a) LAMPIRAN 3 : LAMPIRAN Q

b) LAMPIRAN 4 : Maklumat Am Latar Belakang Penyebutharga

c) LAMPIRAN 7 : Ringkasan Harga (A1 & A2)

d) Penyata akaun bank bagi tiga (3) bulan yang terkini

e) Salinan Sijil Kementerian Pendaftaran Syarikat

f) Salinan Sijil Kementerian Taraf Bumiputera

g) Salinan Syarikat Kementerian Dalam Negeri

h) Salinan Surat Suruhanjaya Syarikat (SSM)

i) Salinan pendaftaran cukai barangan dan perkhidmatan

ii. Sampul B – Cadangan Teknikal

a) LAMPIRAN 5 : Jadual Pematuhan Spesifikasi

b) LAMPIRAN 6 : Senarai peralatan yang disediakan

c) LAMPIRAN 8 : Gambar berwarna pakaian seragam

d) LAMPIRAN 9 : Rekod Pengalaman syarikat dengan Kerajaan

e) LAMPIRAN 10 : Rekod pengalaman syarikat dengan sektor swasta

f) LAMPIRAN 11 : Senarai Kontrak Kawalan Keselamatan yang di dalam jagaan sekarang

Page 3: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 3 of 30

g) LAMPIRAN 12 : Surat Akuan Pembida

h) Surat penurunan kuasa dari syarikat

i) Brouser / katalog

j) Bukti pengalaman syarikat

1.3 Kedua-dua SAMPUL A dan SAMPUL B hendaklah dimasukkan ke dalam SATU (1) sampul

surat yang lebih besar, berlakri dan di sebelah kiri (atas) dituliskan seperti berikut:-

2. Fi Perkhidmatan Perolehan

Fi perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap traksaksi yang dijana melalui eP akan dikenakan kepada pembekal / syarikat yang dilantik, tertakluk kepada had maksimum RM4,800.00 bagi setiap transaksi yang melebihi RM1.2 juta. Oleh itu, pembekal / syarikat dikehendaki mengambilkira fi perkhidmatan ini dalam tawaran tender yang dikemukakan. 3. Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah

3.1. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau

menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada, mana-mana orang

berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta

Pencegahan Rasuah 1997.

3.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana

anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat

aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Balai

Polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di

bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

3.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota

perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan syarikat atau pembekal boleh diambil sekiranya

pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

3.4 Mana-mana syarikat atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini

walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan di bekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan

atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang

mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta

Pencegahan Rasuah 1997.

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Api di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan

(No. Sijl MOF Pembekal: ..............................)

Page 4: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 4 of 30

4. Kaedah Pelaksanaan Integrity Pact Dalam Perolehan Kerajaan

4.1 Pembida adalah tertakluk kepada Surat Arahan Perbendaharaan (SAP) mengenai pelaksanaan

Integrity Pact bagi mengukuhkan usaha ke arah meningkatkan integriti dan ketelusan dalam

perolehan Kerajaan.

4.2. Sehubungan dengan itu pembida diwajibkan mengisi Surat Akaun Pembida seperti di Borang F.

5. SYARAT-SYARAT KHAS SEBUT HARGA

5.1. Tawaran Pilihan

Setiap Penyebut Harga TIDAK DIBENARKAN membuat tawaran pilihan bagi mana-mana butiran

yang dimasuki. Jika terdapat tawaran pilihan, Politeknik Nilai, Jabatan Pendidikan Politeknik,

Kementerian Pendidikan Tinggi berhak menolak kesemua tawaran yang dikemukakan.

5.2. Tempoh Perkhidmatan

Tempoh perkhidmatan adalah untuk satu (01) tahun bermula 01 APRIL 2018 HINGGA 31 MAC

2019. Sekiranya pihak Politeknik Nilai, Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan

Tinggi berpuas hati dengan tahap perkhidmatan yang diberikan, penyebut harga akan

ditawarkan penyambungan perkhidmatan untuk tempoh enam (6) bulan pada kadar harga

tawaran yang sama.

5.3. Bon Pelaksanaan / Insurans Perlindungan

5.3.1. Sebelum sesuatu kontrak perkhidmatan yang melebihi nilai RM500,000.00

disempurnakan, penyebut harga yang berjaya adalah dikehendaki menyerahkan Bon

Pelaksanaan bernilai 5% daripada jumlah harga kontrak kepada Kerajaan Malaysia dan

2.5% daripada jumlah harga kontrak adalah bagi perkhidmatan yang kurang nilai dari

RM500,000.00

5.3.2. Bon pelaksanaan hendaklah dalam bentuk JAMINAN BANK daripada bank berlesen dan

berdaftar di Malaysia yang diluluskan. Bagi kontrak yang bernilai tidak melebihi

RM500,000.00 JAMINAN INSURANS atau PERLINDUNGAN TAKAFUL dari syarikat-

syarikat insurans dan takaful yang berdaftar di Malaysia yang diluluskan boleh diterima

selain daripada jaminan bank. Sah laku bon pelaksanaan hendaklah tidak kurang dari

dua belas (12) bulan selepas tamat tempoh jaminan.

5.3.3. Penyebut harga yang berjaya dan telah mengikat kontrak dengan Kerajaan dikehendaki

membayar tuntutan ganti rugi sekiranya didapati pihak Penyebut harga tersebut

melanggar syarat-syarat kontrak (breach of contract) dan disabitkan kesalahan.

Page 5: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 5 of 30

5.4. Pembayaran

5.4.1. Semua bayaran hanya dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja melalui ‘Electronic

Fund Transfer’ (EFT);

5.4.2. Sebelum sebarang pembayaran boleh dibuat, kontrak perjanjian Perkhidmatan

hendaklah terlebih dahulu ditandatangani dan dimeterai. Pembayaran akan dikeluarkan

apabila mendapat kelulusan oleh Kerajaan.

5.5. Lokasi Perkhidmatan

5.5.1. Lokasi perkhidmatan di Kampus Politeknik Nilai, Kompleks Pendidikan Bandar Enstek,

71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan Darul Khusus.

5.6. Maklumat Bangunan dan Kawasan

5.6.1. Keseluruhan Bangunan, Premis dan Kawasan Kampus Politeknik Nilai.

6. SKOP KERJA Perkhidmatan kawalan yang diperlukan:

6.1 AM

6.1.1 Perkhidmatan kawalan keselamatan meliputi tugas:-

a) Menjaga dan mengawal pada setiap masa segala bentuk keselamatan terhadap kawasan, bangunan, barang-barang di luar dan di dalam bangunan, lalu lintas dan segala harta benda yang terdapat di dalam kawasan kampus Politeknik Nilai, Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan sama ada milik Kerajaan, pegawai, kakitangan dan pelawat-pelawat.

b) Menjalankan segala bentuk tugas kawalan keselamatan yang diarahkan oleh

pihak Pengurusan Politeknik Nilai dari semasa ke semasa.

6.1.2 Sistem kawalan keselamatan ini adalah meliputi kawalan 24 jam termasuk CUTI UMUM / HARI KELEPASAN AM dan dibahagikan kepada EMPAT (04) jenis kawalan:-

a) Kawalan pada waktu pejabat. b) Kawalan selepas waktu pejabat dan hari kelepasan. c) Kawalan serta pemantauan keluar masuk LALUAN PINTU UTAMA dan PINTU

2 Politeknik Nilai melibatkan pegawai / kakitangan / pelajar Politeknik, pekerja kontraktor / pengusaha kantin / kafeteria pelawat.dan orang awam.

d) Kawalan teknikal menerusi CCTV di laluan pintu masuk utama.

Page 6: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 6 of 30

6.2 KAWALAN PADA WAKTU PEJABAT

6.2.1 Membuka serta mengawasi pintu-pintu utama keluar / masuk dan laluan lain ke premis ini dari jam 7.30 pagi.

6.2.2 Menutup serta mengawasi pintu-pintu utama keluar / masuk dan laluan lain ke premis ini dari jam 8.00 malam.

6.2.3 Kawalan keluar / masuk ke kawasan dan bangunan Politeknik Nilai, Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan termasuk:-

a) Anggota pengawal yang bertugas hendaklah sentiasa berwaspada pada setiap

masa dan ketika.

b) Membuat rondaan berjadual di sekitar Blok Pentadbiran, Blok Akademik, Blok Kamsis dan Kediaman Kakitangan, pagar keselamatan dan kawasan persekitaran dari semasa ke semasa.

c) Anggota pengawal hendaklah sentiasa mengawasi gerak-geri dan pergerakan

keluar masuk orang awam yang hendak berurusan dengan pihak Politeknik Nilai. Sekiranya terdapat individu yang mencurigakan, anggota pengawal hendaklah menyoal atau melaporkan kepada pihak Pengurusan Politeknik Nilai atau menahannya (jika perlu).

d) Anggota pengawal hendaklah memastikan bahawa hanya mereka yang

mempunyai dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi mengikut keperluan.

e) Anggota pengawal hendaklah sentiasa peka terhadap pelawat-pelawat yang

ada urusan rasmi dengan Politeknik Nilai walaupun di luar waktu pejabat dengan memberi bantuan yang sewajarnya.

f) Anggota pengawal hendaklah sentiasa meminta dokumen bertulis dan

merekodkan pergerakan kontraktor / pihak luar yang masuk serta sebarang peralatan atau bahan yang di bawa keluar.

g) Kawalan pergerakan kenderaan dengan menggunakan pelekat kenderaan atau

lain-lain cara yang sesuai bagi mengelak disalahgunakan tempat letak kereta.

h) Anggota hendaklah memastikan kenderaan yang keluar masuk yang melibatkan program perlu memastikan ada surat bertulis dan kebenaran dari pihak pengurusan

6.2.4 Memeriksa semua kenderaan di sekitar Kompleks Bangunan Politeknik Nilai bagi memastikan kesempurnaan dan keselamatan meletak kereta di tempat-tempat yang ditentukan di samping memastikan pemandu tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan dan kawasan yang dilarang serta membantu penguatkuasaan peraturan lalu lintas kampus.

Page 7: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 7 of 30

6.2.5 Memeriksa kenderaan yang keluar / masuk bagi mengelakkan daripada membawa harta benda atas tujuan mencuri dan secara jenayah.

6.2.6 Memeriksa pelawat / pengunjung sekiranya disyaki dengan munasabah bahawa orang itu telah atau akan melakukan kesalahan jenayah atau mengganggu atau menyusahkan orang ramai dan menyerahkan dengan serta merta kepada Pihak Berkuasa.

6.2.7 Bertanggungjawab memberi tunjuk arah dan penerangan asas kepada pelawat dan orang awam berkenaan kedudukan pejabat dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di Kampus Politeknik Nilai. 6.2.8 Memeriksa kenderaan keluar / masuk pekerja kontrak yang masih berkuatkuasa di Politeknik.

6.3. KAWALAN SELEPAS WAKTU PEJABAT DAN HARI KELEPASAN UMUM

6.3.1 Bertanggungjawab secara keseluruhan keselamatan kampus dari waktu tutup lampu

pejabat hingga waktu pembukaannya dengan memberi tumpuan dan keutamaan di pintu utama.

6.3.2 Tidak membenarkan sesiapa masuk ke dalam kawasan kampus, bangunan pejabat, Dewan atau Bilik Kuliah atau Kamsis dan kediaman kakitangan sehingga dibuka pada keesokannya kecuali dengan kebenaran pihak Pengurusan Politeknik Nilai atau mana- mana pegawai-pegawai yang menjalankan tugas bagi pihaknya dengan menunjukkan pas keselamatan pejabat / kad kuasa / surat kebenaran dan tujuan tugas kerja yang akan dilakukan.

6.3.3 Memeriksa dan mengunci pintu-pintu utama keluar / masuk serta pintu-pintu utama

yang lain supaya sentiasa berkeadaan baik.

6.3.4 Merekod butiran diri orang awam yang masuk ke dalam kawasan persekitaran bangunan jika perlu.

6.3.5 Memeriksa dan memastikan orang awam yang tidak berkenaaan agar tidak berada di

dalam kawasan / bangunan.

6.3.6 Membuat rondaan di sekitar Kampus Politeknik Nilai setiap 1 jam sekali.

6.3.7 Memeriksa dan memastikan semua pintu masuk / pintu kecemasan berkunci.

6.4 KAWALAN SEMASA PROGRAM / ACARA POLITEKNIK NILAI DAN KEGIATAN LAIN ANJURAN AGENSI LUAR

6.4.1 Kawalan keluar / masuk peserta serta pelawat-pelawat ke pintu-pintu utama.

6.4.2 Kawalan keluar / masuk barang-barang pameran dan kegiatan lain.

6.4.3 Kawalan keluar / masuk Bilik Orang Kenamaan.

6.4.4 Kawalan di kaunter lobi.

Page 8: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 8 of 30

6.4.5 Kawalan tempat letak kereta.

6.4.6 Menyediakan anggota tambahan apabila diperlukan.

6.4.7 Kawalan lalu lintas. 7. BILANGAN PENGAWAL KESELAMATAN YANG PERLU DITUGASKAN DI KAMPUS POLITEKNIK NILAI, KOMPLEKS BANDAR PENDIDIKAN ENSTEK, BANDAR ENSTEK

a) Hari Bekerja Biasa / Sabtu / Ahad /Cuti Umum

Bil. Lokasi Kawalan

Bil. Anggota (Syif I)

Bil. Anggota (Syif II)

*8.00 Pagi – 8.00 Malam 8.00 malam – 8.00 Pagi

1.

Pos Pintu Masuk Utama, Blok Pentadbiran, Blok Akademik, Kamsis dan Kediaman Kakitangan, Kawasan Kampus Keseluruhan.

Ketua Pengawal: 1 orang

Pengawal 6 orang Pengawal 6 orang

JUMLAH

6 orang 6 orang

NOTA: KERAJAAN BERHAK UNTUK MEMINDA LOKASI / POS KAWALAN MENGIKUT KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN SEMASA

Statistik penempatan pengawal : i. Ketua Pengawal : 1 orang untuk shif siang / malam ii. Pintu A : 4 orang untuk shif siang / malam iii. Pintu B : 2 orang untuk shif siang / malam iv. Asrama lelaki : 2 orang untuk shif siang / malam v. Asrama perempuan : 4 orang untuk shif siang / malam 7. TUGAS-TUGAS TERTENTU

7.1 Kaunter-kaunter Utama

7.1.1 Kaunter-kaunter utama adalah di Balai Pengawal Pintu Utama dan Balai Pengawal Pintu Kedua laluan keluar masuk Politeknik Nilai.

7.1.2 Kaunter-kaunter Utama mesti dalam keadaan kemas, bersih dan teratur setiap

masa. 7.1.3 Buku Laporan, Daftar Pelawat dan buku lain yang berkaitan mesti ditulis dengan

terang, kemas, teratur serta dikemaskini setiap masa. 7.1.4 Lampu di kaunter-kaunter utama mesti dipasang sepanjang malam.

Page 9: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 9 of 30

7.1.5 Memastikan PINTU KELUAR MASUK UTAMA dan LALUAN PINTU 2 ditutup selepas jam 7.00 malam (mengikut perubahan dan arahan pihak Pengurusan Politeknik Nilai).

7.1.6 Ketua Pengawal / Pengawal hendaklah sentiasa berada dalam bilik kawalan CCTV. 7.1.7 Menyediakan laporan CCTV setiap hari dan dihantar kepada Pengurusan Politeknik

Nilai. 7.1.8 Mengawal keseluruhan bangunan melalui CCTV yang disediakan. 7.1.9 Melaporkan segera kejadian yang berlaku kepada Pegawai bertanggungjawab dan

pihak Pengurusan Politeknik Nilai.. 7.1.10 Melaporkan kerosakan di sistem CCTV dengan serta merta. 7.2 Pejabat Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua-ketua Jabatan Akademik dan Ketua Unit. 7.2.1 Memastikan pelawat telah mendaftar di kaunter utama sebelum berurusan dengan pejabat Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan dan Ketua Unit. 7.2.2 Memastikan pelawat telah diberi Pas Pelawat dan daftar nombor Pas Pelawat. 7.2.3 Memastikan pelawat menyatakan tujuan lawatan di buku daftar yang telah disediakan. 7.2.4 Memastikan pelawat berpakaian sopan. 7.2.5 Memastikan tiada bahan-bahan terlarang / senjata / alatan berbahaya dibenarkan masuk ke premis. 7.2.6 Memastikan pelawat yang berurusan atas urusan rasmi sahaja dibenarkan masuk ke permis. 7.3 Kawalan di Sekitar Bangunan / Tempat Letak Kereta 7.3.1 Pintu keluar / masuk utama hendaklah diberi pengawasan 24 jam pada tiap-tiap hari bekerja termasuk Cuti Umum. Walau bagaimanapun kebenaran keluar dan masuk boleh diberi kepada orang-orang awam apabila ada lawatan / pameran / latihan sehingga jam 10.00 malam sahaja. 7.3.2 Memastikan tiada kenderaan menghalang laluan keluar masuk. 7.3.3 Semua pelawat yang masuk hendaklah dikenalpasti atas tujuan yang dibenarkan sahaja. 7.3.4 Semua pelawat yang berurusan hendaklah mendaftar dibuku pendaftaran yang disediakan dan menggunakan Pas Pelawat. 7.3.5 Kenderaan yang keluar / masuk mesti diperiksa dengan teliti terutama sekali yang membawa barang-barang.

Page 10: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 10 of 30

7.3.6 Pastikan semua jenis kenderaan diletakkan di tempat letak kenderaan yang betul

seperti disediakan.

7.3.7 Pastikan kenderaan yang ada Pelekat Pas Kenderaan sahaja yang boleh meletakkan kenderaan atau kenderaan yang dibenarkan sahaja.

8. Laporan Buku Laporan berikut perlu dilengkapkan setiap hari oleh pengawal-pengawal yang bertugas dan di hantar ke pihak Pengurusan Politeknik pada jam 9.00 pagi keesokan hari :-

i. Buku Laporan Harian. ii. Buku Daftar Pelawat. iii. Laporan Clocking. iv. Buku Laporan CCTV. v. Melapor sebarang kejadian mencurigakan atau dikuatiri menggangu keselamatan bangunan atau warga Kementerian dengan segera kepada pihak Pengurusan Kementerian.

9. Penggunaan Premis Oleh Pihak Luar Pihak luar hanya dibenarkan menggunakan ruang pameran, Dewan Serbaguna atau lain-lain ruang di premis ini setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pihak Pengurusan Politeknik Nilai.Pengawal bertugas dikehendaki:- 9.1 Menyediakan buku daftar untuk merekod keluar / masuk penyewa / pengguna premis ke dalam bangunan. 9.2 Mendapatkan salinan surat kelulusan bertulis bagi sebarang penggunaan ruang persembahan di bilik pameran, Dewan Serbaguna atau lain-lain tempat di kawasan / bangunan bagi tujuan pengesahan. 9.3 Melaporkan dengan serta merta kepada Pengurusan KPK mengenai penggunaan premis tanpa kebenaran 10. CIRI-CIRI PENGAWAL

10.1 Terdiri daripada warganegara Malaysia (bekas tentera / polis / pesara), mempunyai Mykad yang sah serta disahkan TIADA REKOD JENAYAH DAN BEBAS DADAH.

10.2 Boleh bertutur dan memahami Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan sifat

peramah berkonsepkan MESRA PELANGGAN akan di beri keutamaan. 10.3 Telah LULUS TAPISAN KESELAMATAN Polis dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN). 10.4 Anggota yang terlatih dalam bidang Pengawalan Keselamatan serta boleh membaca

dan menulis.

Page 11: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 11 of 30

10.5 Umur mestilah melebihi 20 tahun hingga 60 tahun (umur 50 – 60 tahun mesti sihat tubuh badan dan disahkan oleh DOKTOR PERUBATAN KERAJAAN atau PENGAMAL PERUBATAN yang diiktiraf).

10.6 Sihat, tegap, cergas, berdisiplin dan tidak terlibat dalam PENYALAHGUNAAN DADAH

serta mempunyai penglihatan yang baik serta tidak cacat tubuh badan. 10.7 Berpengetahuan dalam bidang pertolongan cemas dan kebakaran. 10.8 Walau apa jua perbekalan di atas, anggota yang ditempatkan tertakluk kepada

persetujuan Pihak Pengurusan Politeknik Nilai. 11. KELENGKAPAN

Syarikat hendaklah menyediakan kelengkapan seperti berikut sepanjang tempoh kontrak :-

GARIS PANDUAN MENGENAI PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM BAGI PENGAWAL KESELAMATAN Bagi maksud menyeragamkan pemakaian pakaian seragam pengawal keselamatan, syarikat kawalan keselamatan adalah dikehendaki supaya mematuhi garis panduan yang ditetapkan mengenainya seperti berikut :

11.1 Pihak Syarikat hendaklah memilih salah satu pakaian seragam bagi semua pengawal keselamatan. Warna dan jenis fabrik pakaian seragam adalah seperti berikut :

*Warna-warna lain dibenarkan dan kualiti fabrik pakaian seragam adalah setanding serta mendapat persetujuan dan kelulusan pihak Pengurusan Politeknik 11.1.2 Baju

Lelaki Baju kemeja dengan dua poket tampal di bahagian dada. Baju di masukkan ke dalam seluar (tuck-in). Bush jacket dan jaket adalah tidak dibenarkan;

Wanita Kemeja bush jacket lengan pendek / panjang dengan dua poket tampal di bahagian dada dan dua poket dalam bertudung di bahagian bawah pinggang. Jaket adalah tidak dibenarkan;

Rantai wisel dipakai antara butang kedua dan ketiga serta wisel dimasukkan ke dalam poket sebelah kiri;

Logo syarikat pada lengan kiri baju;

Pilihan Baju Kemeja Ketua Pengawal

Baju Kemeja Pengawal

Seluar

Kombinasi 1 Beige 14 (MS 888) Biru 8005 (MS 888)

Hitam 9 (MS 888)

Kombinasi 2 Biru 8005 (MS 888)

Beige 14 (MS 888)

Biru Gelap 8021 (MS 888)

Page 12: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 12 of 30

Logo PPKKM pada lengan kanan baju;

Tanda nama pengawal pada bahagian atas saku / poket kanan baju; dan

Nama syarikat pada bahagian atas saku / poket kiri.

11.1.2 Seluar

Seluar panjang berwarna gelap seperti spesifikasi yang telah dipilih (merujuk kepada jadual 10.1.2)

11.1.3 Pakaian Kepala

Pakaian kepala mestilah dipakai semasa bertugas kecuali di dalam bangunan berbumbung;

Syarikat hendaklah menyediakan pakaian kepala jenis Peak Cap dan pilihan warna bergantung pada kesesuaian syarikat. Walau bagaimanapun, hanya satu warna pakaian kepala dibenarkan bagi setiap syarikat.

Bagi wanita bertudung, tudung berwarna hitam sahaja dibenarkan. Tudung perlu dimasukkan ke dalam baju. Manakala wanita tidak bertudung, rambut perlu diikat dengan kemas;

Rambut mestilah pendek serta kemas (lelaki).

11.1.4 Tali Pinggang

Tali pinggang berwarna hitam dengan buckle tanpa coak (plain).

Saiz tali pinggang tidak terlalu besar dan menonjol.

11.1.5 Kasut

Kasut bertali warna hitam. Kasut kanvas dan sukan tidak dibenarkan.

11.1.6 Stokin

Stokin berwarna hitam / gelap (plain).

11.1.7 Aksesori-aksesori lain

Epaulette berwarna hitam bagi pengawal keselamatan.

Epaulette bagi pengawal keselamatan mempunyai perkataan “SECURITY” berwarna kuning emas di hujungnya;

Lencana pangkat pada epaulette samada berbentuk stripe atau butang metal (engrave pada butang pangkat hanyalah mengikut logo syarikat sahaja). Pemakaian pangkat tertakluk kepada syarikat masing-masing;

Menggantung cota di sebelah kanan seluar;

Warna tali wisel atau lanyard mengikut pilihan syarikat kawalan keselamatan;

Page 13: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 13 of 30

Kad pengawal keselamatan berwarna biru dengan tulisan berwarna putih beserta gambar;

Menggunakan tanda nama pengawal berwarna kuning dengan tulisan berwarna hitam;

Penggunaaan cermin mata hitam tidak dibenarkan semasa bertugas kecuali bagi mereka yang mendapat kelulusan daripada pegawai perubatan atas sebab-sebab kesihatan;

Dilarang memakai beg galas atau pouch semasa bertugas; dan

Aksesori seperti barangan kemas tidak dipakai secara keterlaluan. 12. ALAT PERHUBUNGAN Syarikat hendaklah membekalkan alat perhubungan radio seperti walkie talkie kepada pengawal dan Pegawai Keselamatan. Usaha mendapatkan lesen kebenaran yang diperlukan bagi menggunakan alat tersebut adalah menjadi tanggungjawab Syarikat itu sendiri. 13. TANGGUNGJAWAB

13.1 Anggota pengawal bertanggungjawab kepada Pihak Pengurusan Politeknik Nilai atau mana-mana pegawai yang menjalankan tugas bagi pihaknya.

13.2 Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia berhak menentukan perlaksanaan

perkhidmatan tersebut. 13.3 Menyelenggara buku catatan berkenaan peristiwa atau kejadian berkaitan dengan

keselamatan serta mengemukakannya kepada Pihak Pengurusan Politeknik Nilai apabila diperlukan.

13.4 Menghubungi pihak berkenaan termasuk Ketua Jabatan, Polis, Bomba, Hospital pada

masa kecemasan. 13.5 Memberi bantuan awal terhadap keperluan kecemasan termasuk memadam kebakaran

dan kecederaan. 13.6 Memastikan semua lampu di dalam bilik air, tangga dan koridor dan lain-lain

dipadamkan apabila tidak diperlukan. 13.7 Pengawal Keselamatan hanya dibenarkan bekerja tidak melebihi 12 jam sehari. 13.8 Syarikat hendaklah atas perbelanjaan dan kos sendiri menanggung dan bertanggung

jawab ke atas sebarang kehilangan, kerosakan, kemusnahan harta benda dan/atau kerugian yang dialami oleh Kerajaan yang disebabkan oleh kecuaian syarikat. Apa-apa tuntutan oleh Kerajaan di bawah Klausa 12.8 ini hendaklah disempurnakan pembaikan dan/atau penggantian dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh tuntutan dan Kerajaan berhak mendapatkan amaun tuntutan sama ada dengan membuat set off daripada apa-apa bayaran atau di bawah bon pelaksana.

Page 14: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 14 of 30

14. PERJANJIAN

14.1 Kerajaan berhak menamatkan kontrak tanpa notis pada bila-bila masa terhadap

perkhidmatan yang gagal mematuhi perjanjian tanpa apa-apa tuntutan gantirugi. 14.2 Syarikat terikat dengan peruntukan-peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972.

14.3. Syarikat dikehendaki mengemukakan senarai anggota pengawal kepada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia melalui Pengurusan Politeknik Nilai. 15. DENDA

15.1 Sekiranya berlaku kekurangan kakitangan disebabkan oleh ketidakhadiran atau cuti sakit atau cuti tahunan, syarikat hendaklah mengambil tindakan serta merta menyediakan PENGGANTI sementara untuk mencukupkan bilangan seperti yang dinyatakan di para 4. Pengawal gantian itu hendaklah melaporkan diri kepada Ketua Pengawal tidak lewat daripada 1 jam dari waktu dia mula bertugas bagi satu-satu syif. Kegagalan menyediakan pengganti akan menyebabkan potongan dibuat mengikut kadar bayaran kontrak untuk bilangan dan masa.

15.2 Potongan bayaran akan dikenakan sebanyak 1 jam sekiranya pengawal lewat bertugas pada 30 minit pertama.

16. BAYARAN Kerajaan akan membuat bayaran secara bulanan kepada syarikat setelah perkhidmatan kawalan keselamatan dengan memuaskan dan disahkan oleh Pengurusan Politeknik Nilai untuk bulan yang berkenaan. 17. HAL-HAL LAIN

17.1 Anggota pengawal yang tidak bertugas mestilah meninggalkan kawasan dengan

segera selepas waktu bekerja kecuali di kaunter-kaunter utama atau atas kebenaran pihak Pengurusan Politeknik Nilai.

17.2 Syarikat adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan kaunter-kaunter utama dan bilik pengawal Politeknik Nilai. 17.3 Anggota pengawal tidak boleh membuat laporan polis secara terus tanpa melalui pihak Pengurusan Politeknik Nilai. 17.4 Anggota pengawal hendaklah menyerahkan semua barang-barang yang dijumpai

kepada pihak Pengurusan Politeknik Nilai. 17.5 Anggota pengawal dilarang menggunakan kekerasan ke atas pegawai, kakitangan Politeknik Nilai, Pelajar Politeknik dan orang awam dalam apa jua keadaan. 17.6 Anggota pengawal tidak boleh bergurau senda, berbual dan menghisap rokok semasa bertugas.

Page 15: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 15 of 30

17.7 Anggota pengawal tidak dibenarkan membawa apa-apa senjata yang merbahaya

semasa menjalankan tugas. 17.8 Anggota pengawal yang didapati cuai semasa menjalankan tugas boleh diberhentikan. 17.9 Anggota pengawal tidak boleh bertengkar dengan pegawai dan kakitangan Politeknik

Nilai, pelajar serta orang awam. Sebarang masalah yang timbul perlu dirujuk dan dilaporkan kepada pihak Pengurusan Politeknik Nilai dan Syarikat.

17.10 Syarikat hendaklah mengemukakan senarai nama anggota pengawalnya kepada pihak Pengurusan Politeknik Nilai sebelum mengambil alih tugas di Politeknik Nilai. Senarai

nama tersebut mestilah termasuk gambar terkini, nama, umur, tarikh lahir, nombor kad pengenalan,alamat tempat tinggal yang sah dan hendaklah melepasi tapisan

keselamatan polis. 17.11 Adalah menjadi tanggungjawab Syarikat untuk menjaga keselamatan pekerjanya, orang awam dan segala harta di kawasan dan bangunan sekitarnya. Sebarang kemudaratan, kehilangan atau kerosakan yang melibatkan nyawa atau harta benda sama ada milik persendirian atau milik Kerajaan akan dikenakan tuntutan yang munasabah ke atas Syarikat.

Page 16: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 16 of 30

LAMPIRAN 1

JADUAL PENEMPATAN CLOCKING

BIL PENEMPATAN POINT (CLOCKING)

1 Bangunan Pentadbiran 1

2 Parking Bas 1

3 Jabatan Agroteknologi 1

4 Bangunan Bengkel Kimpalan 1

5 Bangunan Pusat Sumber 1

6 Bangunan Asrama Jati 1

7 Kafeteria Sri Tanjung 1

8 Tangki air depan Bangunan Asrama Jati 1

9 Bangunan Koperasi 1

10 Bangunan Cemara Inn 1

11 Bangunan Dewan Sri Putra 1

12 Bangunan Kuarters Kerajaan 1

* Perubahan adalah tertakluk kepada persetujuan Pihak Pengurusan.

Page 17: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 17 of 30

LAMPIRAN 2

TOLAKAN

BIL. PELANGGARAN FORMULA TOLAKAN

1. Syarikat gagal menempatkan Pengawal

Keselamatan di Premis pada satu-satu masa

KHS x Bil. Pengawal Tidak Hadir x Bil.

Hari / Jam Ketiadaan Pengawal

Keselamatan

2. Syarikat tidak dapat menyediakan atau

menempatkan bilangan Pengawal

Keselamatan mengikut cara, masa dan

tempat yang ditetapkan dalam

KHS x Bil. Pengawal Tidak Hadir x Bil.

Jam Ketiadaan Pengawal

Keselamatan

3. Pengawal Keselamatan tidak menjalankan

rondaan dan clocking (termasuk kelewatan

melaksanakan rondaan dan clocking) di

tempat-tempat yang telah ditetapkan di

bawah Perjanjian

Bil. Kegagalan * x (20% x KHS)

*Bil.Kegagalan = Bil. Clocking

Rondaan x Kekerapan Rondaan

4. Berlakunya kehilangan atau kerosakan harta

Kerajaan di Premis yang disebabkan oleh

kecuaian, kelalain atau salah laku Syarikat

atau Pengawal Keselamatan atau mana-

mana pekerja Syarikat

Sejumlah penalti yang akan

ditentukan oleh Kerajaan kemudian

5. Peralatan atau kelengkapan yang disediakan

oleh Syarikat bagi tujuan Perkhidmatan di

Premis tidak disediakan atau tidak berfungsi

dan tidak disenggara dengan baik

1% x Jumlah Bayaran Perkhidmatan

sebulan

6. Pengawal Keselamatan tidak memakai

pakaian seragam yang diluluskan oleh

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan tidak

sentiasa berada dalam keadaan bersedia

untuk melaksanakan Perkhidmatan semasa

bertugas

KHS x Bil. Pengawal Tidak Memakai

Pakaian Seragam / Bil. Pengawal

Dalam Keadaan Tidak Bersedia x

Kelewatan (kiraan dalam jam);

atau

1% x Jumlah Bayaran Perkhidmatan

sebulan

Page 18: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 18 of 30

LAMPIRAN 3 LAMPIRAN Q

Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini (Kew.284-Pin./94) No. Sebutharga : PNS(S)400-7/1-8-9

KERAJAAN MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)

NEGERI SEMBILAN

SEBUTHARGA BEKALAN / PERKHIDMATAN Kepada (Nama Syarikat) ............................................... Pelawaan Sebutharga dikeluarkan Oleh : Pengarah,

Politeknik Nilai, No.Telefon : ................................................................. Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, No. Pendaftaran dengan Kem.Kewangan : 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan ...................................................................................... No. Tel : 06-7980400 No. Faks : 06-7911269 Kod Bidang : 220801 (KAWALAN KESELAMATAN)

1. Sila beri Sebutharga untuk SEBUTHARGA PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI POLITEKNIK NILAI MULAI 01 APRIL 2018 HINGGA 31 MAC 2019 tertakluk syarat-syarat yang ditetapkan :- 1.1 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat berlakri dan bertanda “No.

Sebutharga “PNS(S)400-7/1-8-9’’ 1.2 Syarat Penyelenggaraan /Penyempurnaan:............................................. 1.3 Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan:....................................................... 1.4 Arahan Pengiriman: PENGARAH, POLITEKNIK NILAI. 1.5 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di atas

tidak lewat pada 05 Mac 2018 (Isnin) jam 12.00 tengahari. 1.6 Tempoh sahlaku Sebutharga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.

i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih dan ii) Tarikh penyerahan/penyempurnaan ialah ..............................................

Saya / Kami dengan ini menawarkan untuk melaksanakan kerja-kerja di atas dengan harga dan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan dibelakang ini.

Tandatangan Penyebutharga : ................................................................

Nama : ................................................................

No. K/P : ................................................................

Alamat Syarikat : …………................................................…... ............................................................... ................................................................ Tarikh : …………........……......

Bil Perihal barang-barang/perkhidmatan dan syarat-syarat khas.

Unit Ukuran

Kuantiti/ Kekerapan

Kadar Sehari (RM)

Harga (RM)

1.

SEBUTHARGA PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI POLITEKNIK NILAI MULAI 01 APRIL 2018 HINGGA 31 MAC 2019

JUMLAH

6% Keseluruhan

....................

...................

....................

Page 19: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 19 of 30

LAMPIRAN 4

LATAR BELAKANG SYARIKAT 1. Nama Syarikat : ___________________________________ 2. Alamat syarikat : ___________________________________ ___________________________________ ___________________________________ 3. No. Telefon : ____________________________________ No. Faks : ____________________________________ 4. No. Pendaftaran Dengan KDN : ____________________________________ 5. Tarikh Daftar : ______________________________________ 6. Taraf ( Bumiputera / Bukan Bumiputera ) : _____________________________ Jika Bumiputera tempoh sah taraf : Dari ___________ Hingga _____________ 6. Tarikh Syarikat ditubuhkan : ______________________________________ 7. Jenis Perniagaan : ______________________________________ 8. Taraf Syarikat (Bumiputera / Bukan Bumiputera) : _______________________ (Sila sertakan Salinan Sijil) 9. LEMBAGA PENGARAH / PEMEGANG SAHAM UTAMA / PEMEGANG EKUITI Nama No.K/P Warganegara

i.

ii.

iii.

iv.

10. Nama Bank :__________________________________________ Alamat :__________________________________________ __________________________________________ 11. Modal yang dibenarkan :_____________________________________ 12. Modal Berbayar :_____________________________________ 13. Kemudahan Overdraf : ____________________________________

Page 20: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 20 of 30

Nama dan Alamat Bank :_____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ (Salinan Penyata bank tiga (3) Bulan terakhir (wajib)

14. KOMPOSISI MODAL Bilangan pemegang saham mengikut jumlah unit saham

Bilangan Pemegang Jumlah Unit %

(a) Bumiputra ________________ ___________ ___

(b) Bukan Bumiputera ________________ ___________ ___

(c) Lain-lain ________________ ___________ ___

(d)

(bukan warganegara)

15. KOMPOSISI KAKITANGAN Bumiputera Bukan Bumiputera Jumlah

(a) Eksekutif _________ _________ _____

(b) Teknikal _________ _________ _____

(c) Perkeranian _________ _________ _____

(d) Anggota Pengawal _________ _________ _____

Dengan ini saya mengesahkan bahawa semua keterangan di atas adalah benar. Tandatangan : ____________________ Nama : ____________________ Jawatan : ____________________ Cop Syarikat : Tarikh : ____________________

Page 21: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 21 of 30

LAMPIRAN 5

JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI

NO. MINIMUM SPESIFIKASI PEMATUHAN PENYEBUT

HARGA

1. SYARAT-SYARAT PENYEBUTHARGA *

2. KAWALAN PADA WAKTU PEJABAT *

3. KAWALAN SELEPAS WAKTU PEJABAT DAN HARI KELEPASAN

*

4. KAWALAN SEMASA PROGRAM POLITEKNIK NILAI SERTA KEGIATAN LAIN ANJURAN AGENSI LUAR

*

5. JADUAL MASA PERKHIDMATAN KAWALAN YANG DIPERLUKAN

*

6. JADUAL PENEMPATAN CLOCKING *

7. TUGAS-TUGAS TERTENTU

Pondok Pengawal/Kaunter Pengawal

Bilik CCTV

Pintu Masuk Utama (Pintu Gerbang)

Pelawat-pelawat

Kenderaan

Keluar/Masuk Barang-barang

Buku Laporan

Penggunaan Premis oleh Pihak Luar

Kawalan kenderaan pekerja kontrak keluar / masuk

8. CIRI-CIRI PENGAWAL *

9. KELENGKAPAN *

10. TANGGUNGJAWAB *

11. PERJANJIAN *

12. DENDA / PENOLAKAN *

13. KERJA LEBIH MASA *

[*Diisi oleh penyebutharga]

Saya mengesahkan bahawa segala maklumat di atas adalah benar belaka;

Yang benar,

___________________________ (Nama dan No. KP)

Cop Syarikat :

Page 22: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 22 of 30

LAMPIRAN 6

SENARAI PERALATAN YANG AKAN DISEDIAKAN

BIL PERALATAN KEPERLUAN DIBEKALKAN

1 Pakaian seragam lengkap (2 pasang setiap seorang)

26

2 Logo Syarikat 13

3 Logo PPKKM 13

4 Wisel 13

5 Tanda Nama 13

6 Pakaian kepala :- Topi

13

7 Kasut 13

8 Cota 13

9 Epaulette 13

10 Kad pengawal keselamatan 13

11 Lanyard (tali wisel) 13

12 Walkie-talkie 6

13 Mesin perakam waktu 1

14 Sistem watchman clocking atau guard tour

13

15 Kon 15

16 Lampu Suluh 13

17 Vest 13

Page 23: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 23 of 30

LAMPIRAN 7

JADUAL A1

JADUAL KADAR HARGA

BIL PERIHAL TAWARAN HARGA (RM)

1 KADAR HARGA SEORANG Ketua Pengawal (sejam)

2 (a) KADAR HARGA KESELURUHAN KETUA PENGAWAL KAWALAN KESELAMATAN (SEBULAN)

3 KADAR HARGA SEORANG Pengawal (sejam)

4 (b) KADAR HARGA KESELURUHAN PENGAWAL KESELAMATAN (SEBULAN)

5 JUMLAH KADAR HARGA SEBULAN (a+b)

6 JUMLAH HARGA BAGI SETAHUN (RM)

* Perkiraan sebulan : Harga sejam X Bil.Pekerja X 12 jam X 30.5 hari Bil. Ketua pengawal : 1 orang Bil. Pengawal : 12 orang

Page 24: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 24 of 30

LAMPIRAN 7

JADUAL A2

JADUAL KADAR HARGA

BIL PERIHAL TAWARAN HARGA (RM)

1 KADAR HARGA SEORANG Ketua Pengawal (sejam)

2 (a) KADAR HARGA KESELURUHAN KETUA PENGAWAL KAWALAN KESELAMATAN (SEBULAN)

3 KADAR HARGA SEORANG Pengawal (sejam)

4 (b) KADAR HARGA KESELURUHAN PENGAWAL KESELAMATAN (SEBULAN)

5 JUMLAH KADAR HARGA SEBULAN (a+b)

6 JUMLAH HARGA BAGI SETAHUN (RM)

7 CUKAI (6%)

8 JUMLAH HARGA KESELURUHAN TERMASUK CUKAI (RM)

* Perkiraan sebulan : Harga sejam X Bil.Pekerja X 12 jam X 30.5 hari Bil. Ketua pengawal : 1 orang Bil. Pengawal : 12 orang

Page 25: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 25 of 30

LAMPIRAN 8

GAMBAR BERWARNA PAKAIAN SERAGAM SERTA KEPERLUAN YANG DISEDIAKAN (DEPAN, BELAKANG DAN SISI)

Page 26: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 26 of 30

LAMPIRAN 9 REKOD PENGALAMAN DENGAN KERAJAAN

(Senarai kontrak yang telah dilaksanakan dalam 2 tahun lepas)

BIL NAMA KONTRAK NILAI KONTRAK RM

NILAI PENYEBUT HARGA BERTANGGUNGJAWAB (+)

TEMPOH KONTRAK (++)

TARIKH MULA KONTRAK

TARIKH TAMAT KONTRAK

NAMA DAN ALAMAT MAJIKAN

PETUNJUK: + - Hanya perlu diberikan sekiranya petender melaksanakan kerja sebagai ahli syarikat gabungan. ++ - Tempoh kontrak hendaklah termasuk lanjutan masa yang diluluskan.

Page 27: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 27 of 30

LAMPIRAN 10

REKOD PENGALAMAN DENGAN SEKTOR SWASTA (Senarai kontrak yang telah dilaksanakan dalam 3 tahun lepas)

BIL NAMA KONTRAK NILAI KONTRAK

RM NILAI PENYEBUT HARGA

BERTANGGUNGJAWAB (+) TEMPOH

KONTRAK (++) TARIKH MULA

KONTRAK TARIKH TAMAT

KONTRAK NAMA DAN

ALAMAT MAJIKAN

Peringatan Penting: Sebut harga yang tidak dapat disediakan dengan lampiran ini bagi setiap kerja semasa yang disenaraikan mungkin tidak akan dipertimbangkan.

Page 28: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 28 of 30

LAMPIRAN 11

REKOD PENGALAMAN KONTRAK KAWALAN KESELAMATAN YANG MASIH DI DALAM JAGAAN SEKARANG BIL NAMA KONTRAK NILAI KONTRAK

RM NILAI PENYEBUT HARGA

BERTANGGUNGJAWAB (+) TEMPOH

KONTRAK (++) TARIKH MULA

KONTRAK TARIKH TAMAT

KONTRAK NAMA DAN

ALAMAT MAJIKAN

Peringatan Penting: Sebut harga yang tidak dapat disediakan dengan lampiran ini bagi setiap kerja semasa yang disenaraikan mungkin tidak akan dipertimbangkan

Page 29: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 29 of 30

LAMPIRAN 12

SURAT AKUAN PEMBIDA

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API

DI POLITEKNIK NILAI, NEGERI SEMBILAN

Saya, ________________________________________ nombor K.P _________________________

yang mewakili _____________________________________________________ nombor Pendaftaran

_______________________________________________ dengan Ini mengisytiharkan bahawa saya

atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada

mana-mana individu POLITEKNIK NILAI, NEGERI SEMBILAN JABATAN PENDIDIKAN

POLITEKNIK MALAYSIA atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam

tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya

mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar

atau memberi rasuah kepada mana-mana individu Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Malaysia atau mana-mana individu lain sebagai sokongan untuk dipilih dalam tender/sebut harga*

seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau

2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan

2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana

individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga*

seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada

Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.

Yang benar,

____________________________________

(Nama dan No. KP)

Cop Syarikat :

Catatan: *Potong mana yang tidak berkaitan.

Surat Akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa dari syarikat.

Page 30: PNS(S)400-7/1-8-9 PERKHIDMATAN KAWALAN ... dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi

Page 30 of 30

Kepala Surat Syarikat

Pengarah, Politeknik Nilai Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, 71760, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Tarikh: Tuan,

SURAT PERWAKILAN KUASA MENANDATANGANI BAGI PIHAK SYARIKAT

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa saya,……...............................................................................

No. Kad pengenalan ……........................................................................ selaku pemilik

syarikat ……....................................................................................... akan menandatangani

sendiri semua dokumen berkaitan dengan urusan perolehan PERKHIDMATAN KAWALAN

KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI POLITEKNIK NILAI, NEGERI SEMBILAN

MULAI 01 APRIL 2018 HINGGA 31 MAC 2019 ( SATU TAHUN) atau mewakilkan kuasa

untuk menandatangani bagi pihak syarikat untuk urusan perolehan tersebut iaitu:

Nama : ……...........................................................

Alamat : ……...........................................................

Jawatan : ……...........................................................

No. K/P : ……...........................................................

No Telefon : ……...........................................................

No Faks : ……..........................................................

Emel : ……...........................................................

3. Sehubungan itu, dikemukakan untuk maklumat/ rujukan pihak tuan selanjutnya.

Pihak kami akan memaklumkan kepada pihak Kementerian sekiranya terdapat perubahan

penama bagi perkara ini secara rasmi.

Sekian, terima kasih.

…….........................................

(NAMA PEMILIK SYARIKAT)

Jawatan:

Cop Syarikat:

Catatan: *Potong mana yang tidak berkaitan