pk05 prosedur kualiti pengurusan peperiksaan.pdf

5
SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI MS ISO 9001:2008 SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR PROSEDUR KUALITI PK 05 PENGURUSAN PEPERIKSAAN

Upload: punitha-babunaidoo

Post on 13-Sep-2015

70 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI MS ISO 9001:2008

    SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR

    PROSEDUR KUALITI

    PK 05

    PENGURUSAN PEPERIKSAAN

  • SALINAN DOKUMEN TIDAK TERKAWAL PK05 SPSK JPNSel

    2 / 5

    1. OBJEKTIF

    Prosedur ini disediakan untuk memastikan penyediaan soalan dan pengurusan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun dapat berjalan dengan lancar dalam tempoh 60 hari mengikut perancangan yang telah ditetapkan dalam Takwim Sekolah.

    2. SKOP

    Prosedur ini digunapakai oleh semua guru supaya dapat menyediakan soalan, pengawasan peperiksaan, menyemak kertas jawapan murid dan menyiapkan laporan markah peperiksaan.

    3. RUJUKAN

    3.1. Manual Kualiti 3.2. Takwim Sekolah 3.3. Sukatan Pelajaran 3.4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 Pengurusan Panitia Mata Pelajaran. 3.5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987

    4. DEFINISI

    JSU

    SUP

    PPT

    PAT

    P

    GB

    GPK

    PKP

    GKMP

    KP

    Pg

    PPr

    GMP

    BPM

    GK

    PAP

    : Jadual Spesifikasi Ujian

    : Setiausaha Peperiksaan

    : Peperiksaan Pertengahan Tahun

    : Peperiksaan Akhir Tahun

    : Pengetua

    : Guru Besar

    : Guru Penolong Kanan

    : Penolong Kanan Petang

    : Guru Kanan Mata Pelajaran

    : Ketua Panitia

    : Penggubal

    : Pengawas Peperiksaan

    : Guru Mata Pelajaran

    : Buku Persediaan Mengajar

    : Guru Kelas

    : Pembantu Am Pejabat

  • SALINAN DOKUMEN TIDAK TERKAWAL PK05 SPSK JPNSel

    3 / 5

    5. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN

    TANGGUNGJAWAB TINDAKAN RUJUKAN

    P/GB/GPK

    SUP

    5.1 Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa

    Peperiksaan pada awal tahun bagi merancang penilaian dan peperiksaan.

    5.2 Menyedia dan mengedarkan takwim

    peperiksaan

    Minit Mesyuarat

    Takwim Peperiksaan

    GPK

    Pg

    GPK/SUP

    Pg

    KP

    A. PENYEDIAAN SOALAN

    (Jika Soalan Tidak Setara)

    5.3 Menentukan penyedia/penggubal soalan dan

    skema jawapan 5.4 Muka hadapan soalan perlu mengandungi

    butiran berikut :

    a) Nama Sekolah b) Nama Peperiksaan c) Nama Mata Pelajaran d) Nama Murid e) Tingkatan/Tahun / Kelas f) Masa yang diperuntukkan g) Arahan Am h) Bilangan Halaman Bercetak

    5.5 Menyediakan draf soalan: a) Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) b) Analisis Item/Soalan

    c) Skema Jawapan

    5.6 Menyerahkan JSU, draf soalan dan skema jawapan kepada ketua panitia untuk semakan.

    5.7 Menyemak JSU, draf soalan dan skema

    jawapan serta mengadakan perbincangan dengan guru mata pelajaran (jika berkaitan) dan meluluskan draf soalan.

    5.7

    Notis Pemberitahuan

    Peperiksaan

    Jadual

    Spesifikasi Ujian

    Penyerahan

    Draf dan Skema

    Kelulusan Kertas Soalan

  • SALINAN DOKUMEN TIDAK TERKAWAL PK05 SPSK JPNSel

    4 / 5

    P/GB/GPK

    PAP

    Pg

    SUP

    SUP

    GK

    GPK/SUP

    PPr

    PPr

    SUP

    GMP

    5.8 Menerima soalan untuk disahkan 5.9 Menerima soalan untuk dicetak

    5.10 Menerima soalan yang telah siap dicetak

    untuk diagihkan mengikut bilangan murid bagi kelas berkaitan kepada Setiausaha Peperiksaan

    5.11 5.11 Menerima dan menyimpan kertas-kertas soalan di tempat selamat .

    B. PENGENDALIAN PEPERIKSAAN 5.12. Menyediakan Jadual Pengawasan

    Peperiksaan yang disahkan oleh P/GB/GPK 5.13. Susun dan atur meja murid dalam

    kelas/dewan peperiksaan mengikut susunan dan jarak yang sesuai.

    5.14. Pengawas mengambil kertas soalan dan

    diedar kepada murid pada hari peperiksaan kertas itu dijalankan

    5.15. Mengawasi perjalanan peperiksaan. 5.16. Kumpul kertas jawapan murid dan serahkan

    kepada Setiausaha Peperiksaan/ PK. C. PENYEMAKAN KERTAS JAWAPAN 5.17. Menyerahkan skrip jawapan murid kepada

    guru mata pelajaran setelah peperiksaan selesai untuk diperiksa mengikut skema.

    5.18. Memeriksa skrip jawapan murid, merekod

    markah dan menyerahkan kepada guru kelas.

    Pengesahan P/GB/GPK

    Kertas Soalan

    Bilik/Almari Berkunci

    Jadual Pengawasan

    Pelan Bilik

    Peperiksaan

    Rekod

    Pengambilan Kertas Soalan

    dan Penyerahan

    Skrip Jawapan

    Jadual Pengawasan

    Rekod

    Pengambilan Kertas Soalan

    dan Penyerahan

    Skrip Jawapan

    Senarai Semak

    BPM

  • SALINAN DOKUMEN TIDAK TERKAWAL PK05 SPSK JPNSel

    5 / 5

    GMP

    GK

    GK

    GMP

    GMP

    D. LAPORAN MARKAH PEPERIKSAAN 5.19. Masukkan markah dalam Sistem Analisa

    Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan mencetak analisis laporan.

    5.20 Merekod markah dan analisis ke dalam

    Buku/Kad/Slip Pelaporan murid dan menyerahkan kepada Pengetua/Guru Besar/GPK untuk ditandatangani.

    5.21 Menyerahkan Buku/Kad/Slip Pelaporan

    murid kepada ibu bapa/penjaga untuk disemak dan ditandangani serta dikembalikan untuk disimpan.

    E. TINDAKAN SUSULAN 5.22 Membentangkan analisis peperiksaan

    dalam mesyuarat panitia/ jawatankuasa kurikulum

    5.23 Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid.

    5.24 Melaksanakan pengayaan / pemulihan

    berdasarkan analisis item. 5.25 Sekiranya terdapat langkah-langkah yang

    tidak mematuhi spesifikasi, ambil tindakan pembetulan merujuk kepada PK 15 Pengurusan Kawalan Perkhidmatan Yang Tidak Akur

    Analisis Markah

    dan cetak laporan

    Buku/Kad/Slip

    Pelaporan

    Buku/Kad/Slip

    Pelaporan

    Minit mesyuarat

    BPM

    6. REKOD KUALITI

    BIL. JENIS REKOD TEMPOH LOKASI

    1. Jadual Peperiksaan 2 tahun Pejabat Sekolah

    2. Jadual Penyediaan Soalan 2 tahun Pejabat Sekolah

    3. Soalan-soalan Peperiksaan 5 tahun Pejabat Sekolah

    4. Skema Pemarkahan 5 tahun Pejabat Sekolah

    5. Analisis Peperiksaan 3 tahun Pejabat Sekolah