pjm 8_rph muftar

11
Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani Modul ` : Kecergasan Aspek : 3 – Kecergasan Meningkatkan Kesihatan Standard kandungan : Konsep Kecergasan 3.1 Berkebolehan melakukan aktiviti fizikal berpandukan konsep kecergasan. Standard pembelajaran : 3.1.1 Melakukan pelbagai jenis aktiviti seperti berjalan, berlari dan regangan yang boleh meningkatkan suhu badan dan otot, kadar pernafasan dan kadar nadi. 4.1.4 Menyatakan keperluan air sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti fizikal. 5.2.2 Menerima cabaran seronok semasa melakukan aktiviti. Tarikh : 26 OGOS 2014 Masa : 8.00 pagi – 8.30 pagi Tahun : 1 Pinang Bilangan Murid : L - 17 P - 17 Penerapan nilai : Semangat kerjasama antara rakan semasa melakukan aktiviti. Kemahiran berfikir : Menerangkan sebab air penting semasa bersenam. Strategi utama : Pembelajaran secara kontekstual

Upload: jacqueline-choo

Post on 12-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pendidikan Jasmani

TRANSCRIPT

Page 1: Pjm 8_rph Muftar

Mata pelajaran                : Pendidikan Jasmani

Modul `                            : Kecergasan

Aspek                              : 3 – Kecergasan Meningkatkan Kesihatan

Standard kandungan     : Konsep Kecergasan

3.1    Berkebolehan melakukan aktiviti fizikal berpandukan konsep kecergasan.

Standard pembelajaran :

3.1.1 Melakukan pelbagai jenis aktiviti seperti berjalan, berlari dan regangan yang boleh

meningkatkan suhu badan dan otot, kadar pernafasan dan kadar nadi.

 4.1.4 Menyatakan keperluan air sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti fizikal.

 5.2.2 Menerima cabaran seronok semasa melakukan aktiviti.

Tarikh                              : 26 OGOS 2014

Masa                                : 8.00 pagi – 8.30 pagi

Tahun                              : 1 Pinang

Bilangan Murid              : L       -    17

                                                         P -    17  

Penerapan nilai         : Semangat kerjasama antara rakan semasa melakukan aktiviti.

Kemahiran berfikir     : Menerangkan sebab air penting semasa bersenam.

Strategi utama                : Pembelajaran secara kontekstual

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran:

Bil Bahan Sumber PdP Bilangan

1. Kon 18

2. Skitel 4

3. Mp3 1

4. Pembesar Suara 1

Page 2: Pjm 8_rph Muftar

5. Bakul 10

6. Botol Air Plastik 20

7. Wisel 1

8. Bola Baling 8

9. Bola Getah 4

10. Gelung 4

11. Pelekat 1

Page 3: Pjm 8_rph Muftar

BAHAGIAN/

MASAAKTIVITI

FOKUS PEMBELAJARAN

& ORGANISASI KELASCATATAN

Permulaan

( 5 MINIT )

1. Kehadiran

2. Kesihatan

3. Pakaian

“Kecemasan!”

Kehadiran murid direkodkan.

Guru memberi perhatian kepada murid yang tidak sihat dan

membernarkan murid minum sedikit air sebelum aktiviti

bermula.

Guru memastikan pakaian murid seragam, kemas dan sesuai.

Fokus Pembelajaran

Membantu murid untuk meningkatkan suhu badan, kadar nadi

dan meregangkan otot-otot supaya murid bersedia untuk

melaksanakan aktiviti seterusnya.

Organisasi Kelas

1. Murid diminta untuk mengambil kadar nadi selama 30 saat

dan dikalikan dengan 2.

2. Murid harus mengingati kadar nadi mereka.

3. Murid-murid berdiri berpasangan (pasangan A di depan,

pasangan B di belakang), dalam satu bulatan besar.

4. Semua murid menghadap ke dalam bulatan.

5. Seorang murid yang terpilih (murid Y) akan berdiri di tengah-

tengah bulatan itu untuk mengawal siren kecemasan.

6. Apabila siren kecemasan berbunyi, pasangan B yang berdiri

di belakang hendaklah berjalan pantas mengelilingi bulatan.

Ciri Strategi

Menghubungkait

BSPP

1. 4 Kon

2. 1 Mp3

3. 1 Pembesar Suara

Page 4: Pjm 8_rph Muftar

7. Semasa murid Y menghentikan bunyi siren kecemasan,

semua murid yang sedang berjalan pantas serta murid Y

hendaklah berlari dan berdiri di belakang mana-mana

pasangan A.

8. Murid yang tidak dapat pasangan hendaklah berdiri di tengah

dan menjadi pengawal siren bagi sesi yang seterusnya.

9. Murid A dan murid B akan tukar tempat setiap kali sebelum

sesi seterusnya bermula.

10. Aktiviti diteruskan dengan menukar berjalan pantas kepada

berjogging dan berlari pantas secara ansur maju.

Catatan

Melalui aktiviti ini murid-murid

dapat menghubungkaitkan

kepentingan perkara-perkara

seperti berikut:

memanaskan badan.

kesedaran tubuh badan

bertindakbalas terhadap

bunyi.

.

Page 5: Pjm 8_rph Muftar

Perkembangan

( 10 MINIT )

“Bebaskan

diri daripada

Pencemaran”

Fokus Pembelajaran

Murid dapat melakukan aktiviti yang tidak begitu lasak untuk

meningkatkan suhu badan dan meregangkan otot-otot supaya

murid bersedia untuk melaksanakan aktiviti seterusnya.

Organisasi Kelas

1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.

2. Dalam setiap kumpulan, murid-murid perlu mencari pasangan

sendiri.

3. Guru akan memberi setiap pasangan seutas tali.

4. Guru mengaturkan murid-murid seperti gambar rajah di

bawah.

Ciri Strategi

Mengalami

BSPP

1. 6 Kon

2. 2 Bakul

3. 4 Bola Getah

4. 4 Gelung

5. Pelekat (garisan)

Catatan

Menerusi aktiviti ini, murid

dapat mengalami:

cara berkerjasama

dengan pasangan agar

dapat menjaringkan bola

ke dalam bakul.

pemilihan strategi yang

paling sesuai agar dapat

Zo

n P

encem

aran

Zon Penapis

Zon Selamat

G

ss Z

on

Pence

maran

Zon Penapis

Page 6: Pjm 8_rph Muftar

5. Setiap pasangan diminta untuk memegang tali tersebut

bersama-sama dan tidak boleh melepaskannya sepanjang

aktiviti-aktiviti dijalankan.

6. Semasa wisel dituipkan, pasangan yang berada di barisan

pertama perlu berlari dari zon pencemaran ke dalam zon

penapisan untuk merebut bola getah.

7. Hanya dua pasangan yang akan berjaya mendapatkan bola.

8. Seterusnya, pasangan yang mendapat bola perlu berlari ke

dalam zon selamat dan meletakkan bola ke dalam bakul.

9. Pasangan yang berjaya memasukkan bola terdahulu dikira

berjaya membebaskan diri daripada zon pencemaran.

10. Setiap pasangan dikehendaki meletak balik bola kepada

tempat asal selepas berlari.

11. Aktiviti diteruskan sehingga setiap pasangan telah

mempunyai satu peluang untuk bebaskan diri daripada zon

pencemaran.

sampai ke bola paling

cepat.

suasana pembelajaran

yang seronok dan

menarik kerana terdapat

unsur permainan.

Kemuncak

( 10 MINIT )

“Jatuhkan

yang berdiri,

dirikan yang

Fokus Pembelajaran

Murid dapat melakukan aktiviti yang lebih lasak untuk

meningkatkan kadar pernafasan, suhu badan dan kadar

nadi.

Organisasi Kelas

1. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu

kumpulan A dan B.

Ciri Strategi

Aplikasi

Berkerjasama

Page 7: Pjm 8_rph Muftar

jatuh.” 2. Dalam kumpulan A, murid-murid perlu mencari pasangan

sendiri dan mengambil sebiji bola.

3. Seterusnya guru akan mengaturkan murid berdasarkan

gambar rajah di bawah.

4. Apabila wisel dituipkan, pasangan kumpulan A yang berdiri di

belakang garisan membaling bola ke arah botol-botol air

plastik dalam jarak 5 meter.

5. Pada saat botol-botol tersebut terjatuh, kumpulan B yang

berada di belakang garisan yang berhadapan dengan

BSPP

1. 8 biji bola baling

2. 8 kon

3. 4 Skitel

4. 20 botol air plastik

5. 1 wisel

6. 8 bakul

Catatan

Menerusi aktiviti ini, murid

dapat mengaplikasikan:

kemahiran membaling

bola kepada sasaran

dengan tepat.

pengetahuan tentang

peningkatan kadar nadi

semasa bersukan.

Menerusi aktiviti ini, murid

dapat bekerjasama

mangatasi cabaran yang

diberi.

Kumpulan AKumpulan B

5 MeterG5 Meter

Page 8: Pjm 8_rph Muftar

kumpulan A akan berlari dan menyusun balik botol ke tempat

asal manakala pasangan kumpulan A yang tidak membaling

akan mencuba mengutip balik bola yang dibaling dan letak

balik di dalam bakul secepat mungkin.

6. Kumpulan yang berjaya menyusun botol atau mengutip balik

bola dengan paling cepat dikira menang.

7. Murid diminta untuk mengambil kadar nadi selama 30 saat

dan dikali dengan 2.

8. Murid-murid diberi masa untuk minum air.

Penutup

( 5 MINIT )

“Tenangkan

Diri”

“Sesi soal

jawab /

Refleksi”

Fokus Pembelajaran

Menurunkan suhu badan dan merehatkan otot-otot.

Membuat rumusan dan refleksi guru.

Organisasi Kelas

1. Murid-murid berdiri di hadapan guru dan mengambil ruang

masing-masing.

2. Guru meminta murid untuk mengikut arahannya untuk

melakukan regangan.

3. Murid diminta untuk tarik nafas sebanyak 3 kali.

4. Murid memberi pandangan dan menjawab soalan-soalan

bertumpu dan bercapah mengenai:

a. Peningkatan serta penurunan suhu badan dan otot,

kadar pernafasan dan kadar nadi.

b. Kepentingan air semasa bersenam.

Ciri Strategi

Memindahkan

Mengalami

Kemahiran Berfikir

Memberi Sebab

Catatan

Melalui aktiviti menyejukkan

badan, murid-murid dapat

mengalami penurunan suhu

Page 9: Pjm 8_rph Muftar

Contoh soalan:

Adakah kadar nadi, suhu badan dan pernafasan akan

berubah selepas melakukan aktiviti? Bagaimana ia

berubah?

Apakah kepentingan air semasa bersenam? Jika tidak

air, sesuaikah kita bersenam?

Beberapa liter air yang perlu diminum semasa

bersenam?

5. Rumusan isi pelajaran dan refleksi diberikan secara lisan

kepada murid-murid tentang:

a. Peningkatan serta penurunan suhu badan dan otot,

kadar pernafasan dan kadar nadi.

b. Kepentingan air semasa bersenam.

badan dan kadar denyutan

nadi secara perlahan-lahan.

Catatan

Semasa sesi rumusan dan

refleksi guru, murid-murid

dapat memindahkan ilmu

pengetahuan yang diperlajari

semasa aktiviti yang

dijalankan sebelum ini untuk

menjawab soalan guru.

G

Page 10: Pjm 8_rph Muftar

PETUNJUK:

Jarak

Garisan Sempadan

Bola

Guru

Murid

Kon

Skitel

Bakul

Botol Kosong

Gelung

G