pjm 3117

57
Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Tajuk 1 Teori Pengenalan kepada psikologi sukan dan senaman Sinopsis Tajuk 1 dalam modul ini merangkumi pengenalan kepada psikologi sukan dan senaman. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menyatakan dan memerihalkan teori psikologi sukan dan senaman. 2. Menjelaskan psikologi sukan dan senaman. 1

Upload: mat-king

Post on 16-Apr-2015

397 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

psikososial

TRANSCRIPT

Page 1: PJM 3117

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Tajuk 1Teori

Pengenalan kepada psikologi sukan dan senaman

Sinopsis

Tajuk 1 dalam modul ini merangkumi pengenalan kepada psikologi sukan dan

senaman. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

1. Menyatakan dan memerihalkan teori psikologi sukan dan senaman.

2. Menjelaskan psikologi sukan dan senaman.

1

Page 2: PJM 3117

KANDUNGAN

1.1 Teori, Sejarah dan Definisi Psikologi Sukan Dan Senaman

Bidang Psikologi sukan dan senaman boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian

saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal,

efektif serta kognitif mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung

dengan aktiviti tersebut. Menurut pakar psikologi sukan, (Wann, 1997), bidang ini

membabitkan bidang sukan dan pergerakan. Antaranya Cox (1998) menjelaskan

bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang sains atau prinsip-prinsip psikologi

diaplikasi dalam bidang sukan. Bagi Weinberg dan Gould (1999) pula meruskan

bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan

perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan. Takrifan ini membuka skop

yang lebih luas dalam bidang psikologi sukan dengan mengambil kira segala bentuk

perubahan yang berlaku kepada atlet, pegawai serta penonton digelanggang atau

padangpermainan serta melibatkan mereka yang menyaksikan atau mengikuti

perkembangan aktiviti tersebut dari jauh.

Selain dari itu psikologi sukan juga merupakan satu komponen penting yang

memastikan kejayaan atau kegagalan seseorang dalam sukan atau pertandingan.

Bidang ini menjadi satu pokok perbincangan dan persoalan dalam sukan yang cukup

menarik serta mendapat perhatian umum. Disamping itu satu bidang yang luas serta

tebuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat sukan memberi komen

berkaitan psikologi sukan. Satu cabang ilmu psikologi yang mengkaji tingkah laku

individu dalam sukan. Ilmu psikologi sukan dapat membantu memahami, menjelas

dan menjangka peristiwa yang mengakibatkan perubahan tingkahlaku dalam

kalangan individu yang menceburi bidang sukan. Psikologi sukan melibatkan aplikasi

teori dan konsep psikologikal dalam aspek sukan tertentu seperti pengajaran dan

latihan sukan. Selain daripada itu psikologi sukan menitikberatkan analisis tingkahlaku

manusia dalam suasana sukan yang berbeza dengan memfokus pada aspek prestasi

mental.

2

Page 3: PJM 3117

1.2 SEJARAH PERKEMBANGAN PSIKOLOGI SUKAN

Bidang psikologi sukan mula dikenali sebagai satu bidang kajian tersendiri sekitar 25

tahun yang lalu. Jika dibanding dengan bidang sukan yang lain seperti fisiologi,

pembelajaran motor dan lain-lain, bidang psikologi sukan merupakan bidang yang

masih baru. Bagaimanapun, menurut Robert McGowan apabila ditanya tentang

sejarah psiklogi sukan oleh Wann (1997), psikologi sukan ini sama tuanya dengan

konsep sukan dan pertandingan itu sendiri. Kenyatan McGowan itu merujuk kepada

atlet pertama yang bertanding dalam kejohanan Olimpik di Greece. Mereka mungkin

memahami kepentingan persediaan mental serta persiapan psikologi yang lain bagi

menghadapi kejohanan sukan yang terulung ini. Bagaimanapun, pada penghujung

abad ke-19, barulah perkaitan antara psikologi dan perlakuan atlet mendapat

perhatian para pengkaji.(Shaharudin Abd. Aziz 2001).

Sejarah psikologi sukan dan senaman boleh dibahagikan kepada dua peringkat.

Peringkat 1

• Psikologi sukan mula muncul sebagai satu bidang kajian tersendiri sekitar 25

tahun yang lalu.

(Williams dan Straub,1993)

• Psikologi sukan sama tuanya dengan konsep sukan dan pertandingan itu

sendiri.

(Robert McGowan)

• Pada penghujung abad ke-19 perkaitan antara psikologi dan perlakuan atlet

mendapat perhatian para pengkaji.

• 1898 - Kajian pertama dalam bidang psikologi sukan telah dilakukan oleh

Norman Triplett berkaitan masa yang dicatat oleh pelumba basikal.

(Davis,Huss & Becker,1995)

3

Page 4: PJM 3117

Peringkat 2

• Pembentukan makmal kajian sukan pertama di Universiti of Illinois, Amerika

Syarikat pada tahun 1925 oleh Coleman Robert Griffith.

• Mengkaji tentang fenomena psikologi sukan sejak 1910.

• Diberi gelaran Bapa Psikologi Sukan.

• Tumpun kajian – kemahiran motor, prestasi, personaliti

• 2 karya utama Griffith :

- The Psychology of Coaching

- The Psychology of Athletics

• 1932 – Makmal Griffith ditutup

• Perkembangan psikologi sukan terbantut sehingga 1950-an

• Psikologi sukan mula membebaskan diri dari bidang pembelajaran motor

• Bergerak ke arah menjadi satu bidang pengkhususan tersendiri.

• 1965 - Hasil persidangan pertama kongres Antarabangsa Psikologi Sukan –

mewujudkan Persatuan Psikologi Sukan Antarabangsa (International Society of

Sport Psychology).

• Pemangkin kepada penubuhan persatuan psikologi yang lain.

• 1967 – Persatuan Psikologi Sukan dan Aktiviti Fizikal Amerika Utara

ditubuhkan mewakili pengkaji psikologi sukan.

• 1985 – Persatuan Peningkatan Bidang Psikologi Sukan Gunaan ditubuhkan

bagi memudahkan pertukaran maklumat antara pengamal psikologi sukan

(pendidik serta ahli psikologi sukan klinikal).

• Perkembangan Bidang Psikologi Sukan di negara kita mula mengorak langkah

dalam awal tahun-tahun 80an.

- 1980-an - (UPM) Psikologi sukan didedahkan kepada pelajar yang mengikuti

kursus pendidikan jasmani

- 1995 - (UM) Menawarkan pengkhususan Psikologi Sukan

4

Page 5: PJM 3117

Gunaan kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (kepujian)

- Beberapa universiti yang menawarkan kursus psikologi sukan: UPSI, UiTM,

UPM, UM, OUM

• Kewujudan Unit Psikologi Sukan, MSN membantu mempopularkan bidang

psikologi sukan.

• Penghantaran pegawai MSN ke luar negeri bagi mendalami bidang psikologi

sukan merupakan pemangkin perkembangan bidang psikologi sukan.

• Penawaran subjek sains sukan peringkat SPM dan STPM merupakan

pendedahan awal kepada pelajar-pelajar sekolah mengenai psikologi sukan.

• Kursus psikologi sukan peringkat persijilan jurulatih

• Pendedahan psikologi sukan bagi kursus pendidikan jasmani di IPGM.

1.3 TUGAS DAN PERANAN AHLI PSIKOLOGI SUKAN

Majlis Olimpik Amerika Syarikat (USOC) telah menerbitkan satu artikel pada tahun

1983 yang mengandungi satu artikel yang menggariskan peranan serta klasifikasi ahli

psikologi sukan. Menurut USOC ahli psikologi sukan boleh dibahagi kepada dua iaitu

ahli psikologi sukan gunaan (applied sport psychology) (Martens, 1987) dan

penyelidik psikologi sukan (experimentel sport psychologist) (singer, 1984). Terdapat

dua kategori ahli psikologi sukan yang ditentukan oleh USOC iaitu ahli psikologi sukan

klinikal dan pendidik psikologi sukan.

1. Ahli Psikologi Sukan Gunaan

(a) Ahli psikologi sukan klinikal

Kategori pertama ahli psikologi sukan gunaan adalah ahli psikologi sukan klinikal.

Mereka ini adalah golongan yang terlatih dalam bidang psikologi klinikal yang mana

berkelayakan menjadi seorang pakar psikologi. Secara amnya, tugas ahli psikologi

5

Page 6: PJM 3117

sukan klinikal ini adalah untuk membantu atlet yang menghadapi masalah personaliti

serta mental yang serius seperti atlet yang mengalami masalah gangguan emosi yang

teruk seperti kemurungan, anoresia, panik, yang memerlukan rawatan dalam jangka

masa yang tertentu. Ahli psikologi sukan kjinikal yang berkelayakan perlulah

mendaftar sebagai ahli dalam persatuan psikologi yang diiktiraf dan mempunyai lesen

untuk menjalankan perkhidmatan bagi membantu atlet dalam menangani masalah

mereka.

(b) Pendidikan psikologi sukan

Kebanyakan ahli psikologi sukan yang tergolong dalam kumpulan ini lazimnya

mendapat latihan dalam bidang pendidikan jasmani dan sains sukan. Mereka

berkemahiran serta mempunyai pengetahuan asas psikologi sukan. Kebanyakannya

bertugas sebagai tenaga pengajar di pusat pengajian tinggi atau kolej yang terlibat

dalam pengajaran kursus psikologi sukan, memberikan ceramah, memberikan

khidmat rundingcara terhadap atlet, membantu atlet membina kemahiran psikologi

(seperti imageri, strategi daya tahan, daya tindak), menyedari potensi diri sertakursus

kepada jurulatih yang bertindak sebagai konsultan kepada pasukan dan atlet tertentu.

Tugas mereka lebih kepada “jurulatih mental” iaitu membantu individu yang terbabit

dengan sukan tentang cara untuk mengenali serta memaksimumkan potensi diri

masing-masing. Selain itu, mereka yang terlibat dalam psikologi sukan, kelayakan

peringkat sarjana dalam bidang psikologi sukan diutamakan kerana mereka perlu

sentiasa peka terhadap perubahan ilmu dan teknik terkini yang membabitkan latihan

mental.

2. Penyelidik Psikologi Sukan

Mereka yang terlibat dalam sesuatu bidang akan mempengaruhi perkembangan dan

kemerosotan sesuatu cabang ilmu yang mana ia bergantung kepada hasil kajian yang

dijalankan. Oleh itu, tugas seorang penyelidik psikologi sukan amatlah penting demi

memastikan bidang ini mampu berdiri dengan sendirinya serta mendapat perhatian

yang wajar di kalangan ahli akademik dan mampu memberikan sumbangan kepada

6

Page 7: PJM 3117

mereka yang terlibat (Anshel, 1997; Wann, 1997). Sumbangan ahli psikologi sukan

gunaan banyak bergantung kepada hasil kajian penyelidikan psikologi sukan. Kedua-

duanya saling bantu-membantu dalam menegakkan bidang ini. Lazimnya, kelayakan

diperingkat sarjana dan doktor falsafah diperlukan kedua-dua kelayakan ini bersifat

menyelidik serta mengkaji isu-isu seperti motivasi, konsentrasi, keagresifan serta isu-

isu lain yang berkaitan dengan psikologi sukan. Penyelidikan ini juga mestilah

menunjukkan bukti kesarjanaan bidang penyelidikan tentang aktiviti yang dikaitkan

dengan sukan dan latihan. Selain itu, mereka perlu menjalankan kajian seterusnya

menerbitkan hasil kajian serta mempersembahkan hasil dapatan kajian dalam

konferens profesional.

1.5 ETIKA DALAM PSIKOLOGI SUKAN

Sejak akhir-akhir ini, kerjaya sebagai ahli psikologi sukan mahupun “jurulatih mental”

ini semakin popular kerana ramai orang telah melibatkan diri secara langsung dalam

bidang ini untuk melatih atlet ataupun pasukan tertentu di negara kita.bagi

memastikan khidmat yang diberikan mendatangkan kebaikan kepada mereka yang

memerlukan khidmat tersebut maka etika psikologi perlu diwujudkan serta

dipraktikkan oleh mereka yang terlibat. Seterusnya topic perbincangan ini akan

membantu kita mengenali kemampuan, kemahiran serta bentuk bantuan yang boleh

diberikan kepada atlet serta jurulatih yang memerlukan khidmat ahli psikologi sukan.

Kebelakangan ini, ramai orang telah memperkatakan bahawa teori-teori serta teknik-

teknik psikologi sukan telah menunjukkan keberkesanannya kerana ramai diantara

mereka yang bergiat dalam sukan mengakuinya kerana ia mampu membantu mereka

meningkatkan prestasi serta mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan sukan

(Anshel, 1997; Cox, 1998; Wann, 1997). Pendedahankepada beberapa konsep, teori

serta teknik psikologi sukanyang dapat membantu anda meningkatkan mutu

persembahan dan pencapaian yang membanggakan.

Bagaimanapun dengan hanya menamatkan satu kursus psikologi sukan ataupun

menamatkan satu kursus di peringkat diploma, anda masih belum boleh menganggap

diri anda sebagai seorang ahli psikologi sukan serta berkelayakan untuk memberikan

khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan kepakaran dalam bidang

ini.walaupun di Malaysia masih belum wujud satu badan akreditasi khusus untuk ahli

7

Page 8: PJM 3117

psikologi sukan seperti mana bidang profesional yang lain seperti kaunseling, doktor

perubatan dan psikologi ia tidak bermakna bahawa anda bebas menggelarkan diri

anda sebagai seorang pakar psikologi sukan. Perbuatan ini menyalahi etika profesion

kerana ia tidak mempunyai kelayakan minimum untuk melayakkan diri menjadi ahli

psikologi sukan. Pakar psikologi sukan bimbang tentang risiko yang mungkin timbul

dari kesilapan penggunaan teori serta teknik psikologi sukan sekiranya ia dipraktikkan

oleh mereka yang kurang mahir dalam bidang ini (Silva, 1989). Kesannya mungkin

akan menyebabkan ramai orang meragui peranan serta kepentingan dalam bidang ini

dan proses penyediaan atlet atau pasukan sukan.

Apa yang kita faham pada awal-awal tajuk ini, tugas seorang ahli psikologi

sukanboleh diklasifikasikan kepada dua tugas utama. Pertamanya tugas yang bersifat

memberikan tunjuk ajar (pendidikan) kepada atlet serta jurulatih tentang cara

melakukan teknik latihan mental dengan cara lebih berkesan (Cox, 1998). Dalam

konteks ini, guru atau jurulatih yang betul betul terlatih dalam bidang ini yang boleh

melaksanakan tugas ini (Smith, 1992). Keduanya, tugas bersifat klinikal dimana

seorang ahli psikologi sukan diminta untuk memberikan bantuan yang bercorak

klinikal seperti memberikan kaunseling, psikoterapi serta membuat pemeriksaan

psikologi dan mental atet terbabit. Oleh itu, adalah penting bagi seseorang ahli

psikologi sukan mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang berkaitan untuk

melaksanakan tugas tersebut.

Untuk memudahkan kita mendalami lagi isu-isu yang berkaitan dengan etika, satu

garis panduan tentang kajian dan tugas klinikal dalam bidang psikologi sukan yang

digariskan oleh Persatuan Psikologi Sukan dan Aktivit Fizikal Amerika Syarikat (North

American Society for the Psychology of Sport and Physical Activity). Garis panduan ini

menjelaskan tentang tatacara seorang ahli psikologi sukan (Wann, 1977) :

1. Bertanggungjawab – Ahli psikologi sukan bertanggungjawab diatas segala

perlakuan, nasihat serta saranan yang diberikan dan bertanggungjawab keatas kesan

dan akibat berkaitan dengan saranan tersebut serta memastikan tindakan yang

diambil itu bertepatan dengan keadaan.

2. Berkelayakan – Ahli psikologi sukan memberikan bantuan dan latihan

8

Page 9: PJM 3117

yang mana ia berkelayakan serta berpengalaman melakukannya.

3. Mematuhi moral dan etika – Ahli psikologi sukan tidak membabitkan diri

dengan kegiatan yang berlawanan dengan peraturan, etika serta moral

yang ditetapkan.

4. Kenyataan umum – Ahli psikologi sukan menyatakan kelayakan ikhtisas

serta penglibatan mereka dengan persatuan profesional dengan jelas.

5. Kerahsiaan – Ahli psikologi sukan menghormati serta menjaga rahsia atau

maklumat yang diberikan oleh klien atau subjek kajian mereka.

6. Kebajikan klien – Ahli psikologi sukan menjaga kebajikan serta integriti

klien serta kumpulan yang mendapatkan khidmat mereka.

7. Hubungan profesional – Ahli psikologi sukan mesti peka terhadap

keperluan serta pendapat rakan-rakan dalam bidang lain yang berkaitan

dengan sukan.

8. Teknik penilaian – Dalam usaha untuk membentuk, menerbit serta

menggunakan sesuatu alat atau teknik penilaian atau pengukuran,

kebajikan klien perlu diutamakan.

9. Kajian yang milibatkan manusia – Dalam melaksanakan kajian psik ologi

kebajikan mereka yang terbabit dengan kajian tersebut perlu diutamakan agar ia

selaras dengan peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak yang

9

Page 10: PJM 3117

berkuasa diperingkat persekutuan, negeri serta badan profesional terbabit.

KESIMPULAN

Sebagaimana yang kita semua ketahui, untuk mempelajari dan mendalami psikologi

sukan ini seharusnya seseorang itu mengetahui apa yang terkandung dan selok-belok

yang mana melibatkan strategi-strategi serta teori-teori yang sepatutnya

dilaksanakan. Untuk mengaplikasikan strategi serta teori ini, kita hendaklah

mengetahui konsep dan fokus utama yang terkandung dalam tajuk ini. Perkara ini

penting kerana ia mempengaruhi mutu pencapaian atlet. Walaupun bidang psikologi

sukan ini masih baru, mereka mempunyai sejarah dan latar belakang yang tersendiri

yang mengisahkan dan memperkenalkan psikologi sukan serta perkembangannya

kepada umum. Disamping itu, beberapa perkara haruslah dititikberatkan oleh

seseorang yang ingin menjadi ahli psikologi sukan termasuklah latar belakang

pendidikan yang merupakan syarat utama dalam profesion ini. Diantaranya

termasuklah beberapa jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh ahli psikologis sukan

seperti perkhidmatan klinikal, pendidikan dan penyelidikan. Selain itu, perkara yang

perlu diterapkan kepada ahli psikologi sukan adalah etika-etika dalam psikologi sukan.

Perkara ini penting bagi menjaga imej mereka yang terlibat dalam profesion ini. Oleh

itu, pelbagai aspek perlu diambil kira kerana aspek-aspek tersebut akan

mempengaruhi seseorang ahli psikologi sukan serta memberikan kesan yang positif

kearah usaha meningkatkan mutu persembahan dan pencapaian atlet negara.

Latihan.

Bincangkan kerjaya dalam bidang psikologi sukan?

Layari Internet

10

Page 11: PJM 3117

Sinopsis

Tajuk 2 akan membincangkan berkaitan personaliti dan sukan. Terdapat empat

bahagian dalam tajuk ini iaitu definisi personaliti dalam sukan, pelbagai pendekatan

personaliti , mengukur personaliti ,kajian personaliti dan hubungan personaliti dengan

tingkahlaku. . Pelajar harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan

dalam topik berkenaan.

Hasil Pembelajaran

Di akhir tajuk ini pelajar dapat

1. mengenalpasti empat bahagian dalam tajuk ini iaitu definisi personaliti dalam

sukan, pelbagai pendekatan personaliti , mengukur personaliti ,kajian personaliti

dan hubungan personaliti dengan tingkahlaku.

11

Tajuk 2 Personaliti dan Sukan

Page 12: PJM 3117

Sebelum kita meneroka definisi personaliti dalam sukan, pelbagai pendekatan

personaliti , mengukur personaliti ,kajian personaliti dan hubungan personaliti dengan

tingkahlaku. cuba terangkan definisi personaliti dalam sukan dan senaman , mengikut

kefahaman anda sendiri.

BAHAN PEMBELAJARAN

2.1 Definisi dan pelbagai pendekatan personaliti

2.0.1 Definisi

Skop kajian personality serta kaitannya dengan sukan mendapat perhatian ramai ahli

psikologi sukan. Menurut Ruffer (1975) terdapat 572 sumber rujukan tentang

perkaitan antara personality dan prestasi dalam bidang sukan yang dihasilkan oleh

para pengkaji bidang. Mengapa kita perlu bersusah payah mengkaji personaliti?

Mungkin ini merupakan salah satu persoalan yang bermain dalam fikiran anda

sekarang. Untuk menjawab persoalan tersebut, diutarakan satu soalan. Sebagai

seorang guru guru atau jurulatih, mengapa kita perlu mengenali pelajar atau atlet kita.

Jawapan umum yang boleh kita gunakan adalah untuk memudahkan proses

pembelajaran serta peningkatan prestasi pelajar atau atlet tersebut.

Mengetahui siapa atlet berdasarkan teras psikologikal serta respons mreka yang

biasa mampu memberikan kita maklumat penting tentang motivasi, sikap serta

perlakuan mereka yang sebenarnya. Maklumat ini akan dapat membantu kita dalam

merencanakan program latihan yang berkesan serta menepati kehendak dan

12

Page 13: PJM 3117

keperluan atlet terlibat.

• Personaliti merujuk kepada ciri-ciri yang menjadikan seseorang itu unik atau

berlainan dari orang lain.

• Ciri-ciri luaran yang dapat dilihat, memberi kesan kepada orang yang melihat,

dan himpunan pelbagai ciri individu yang terselindung di sebalik kualiti fizikal.

• Ciri-ciri dalaman dan luaran individu yang unik dan kekal, mempengaruhi

tingkahlaku individu dalam pelbagai situasi.

• Ciri-ciri individu yang kekal, stabil dan boleh dijangka, tidak kaku dan tidak

berubah tetapi boleh dibeza-bezakan mengikut situasi, personaliti

menyumbang kepada idea keunikan manusia.

• Trait personaliti yang bersifat kompetitif, berkeyakinan, dan kawalan kendiri

mempunyai hubungkait dengan kejayaan dalam sesuatu pertandingan.

2.2 Pengukuran Personaliti

Bagi mengenal pasti ciri-ciri, atau tret, personaliti individu, pengukuran personaliti

perlu dilakukan. Pengukuran personaliti, atau ujian personaliti, ini terdapat dalam

pelbagai jenis yang disebut sebagai ³Inventori-Inventori Personaliti´.

Mengikut Andres (1983), inventori-inventori personaliti dianggap

sebagai ³Ujian Objektif´ kerana ia mempunyai dua ciri berikut:-

(a) Inventori-inventori personaliti yang dibentuk dan hasil-hasil

skor adalah berdasarkan ciri-ciri individu yang memberi

gerak balas.

(b) Ia menggunakan rangsangan-rangsangan yang jelas dalam bentuk soalan YA

atau TIDAK tentang tret-tret peribadi dan tingkahlaku subjek(individu yang diuji).

13

Page 14: PJM 3117

2.3 Kajian personaliti Di dalam Sukan dan Senaman

Personaliti dilihat menerusi beberapa perspektif yang berbeza. Setiap perspektif cuba

memberikan huraian tentang hubungan antara personality serta kaitannya dengan

sukan secara keseluruhan. Tiga perspektif utama yang berkaitan dengan personality

iaitu ciri-ciri peribadi (trait), situasi dan interaksi antara kedua-duanya.

Personaliti berasaskan ciri-ciri peribadi. Mereka yang melihat personality menerusi

perspektif ini mengendalikan bahawa gabungan ciri-ciri peribadi iaitu factor-faktor

yang membentuk personality merupakan sesuatu yang stabil serta tidak mudah

berubah (Weinberg & Gould, 1999). Ia bersifat konsisten dalam hamper semua

situasi. Ciri-ciri peribadi ini dianggap sebagai paksi yang memastikan seseorang

individu itu bersikap serta mengambil tindakan tertentu dalam setiap keadaan. Dalam

kata lain, ahli psikologi sukan mengendalikan bahawa setiap tindakan serta perlakuan

individu tersebut berpunca dari dalam diri atau bergantung kepada individu itu sendiri.

Peranan factor persekitaran (luaran) tidak diambil kira atau mempunyai pengaruh

yang minimum dalam perspektif ini.(Shaharudin Abd.Aziz, 2009)

Personaliti berasaskan pengaruh situasi. Persperktif ini mengandaikan bahawa

perlakuan seseorang individu dipengaruhi oleh situasi atau persekitaran invidu

tersebut yakni sesuatu yang bersifat luaran. Perspektif ini berdasarkan kepada teori

pembelajaran social yang diasaskan oleh Bandura (1977). Teori ini menjelaskan

bahawa setiap perlakuan bermula dari proses pembelajaran menerusi

pemerhatian(meniru) serta diperkukuhkan menerusi rangsangan social

(maklumbalas). Ringkasnya pengaruh persekitaran serta rangsangan social yang

14

Page 15: PJM 3117

diterima membentuk perlakuan seseorang invidu.(Shaharudin Abd.Aziz, 2009).

Interaksi antara ciri peribadi dan situasi. Perspektif ini seolah-olah mengambil jalan

tengah dalam roses untuk menjelaskan tentang peranan personality dalam sukan. Ia

menyarankan bahawa ciri-ciri peribadi berinteraksi dengan situasi (persekitaran)

sehingga mewujudkan perlakuanseseorang individu. Perspektif ini menjelaskan

bahawa dengan mengetahui ciri-ciri peribadi seseorang individu serta situasi yang

dihadapi pada waktu itu, ia akan memudahkan kita untuk memahami perlakuan serta

tindakan yang diambil oleh individu tersebut. Kebanyakan ahli psikologi sukan

menyokong serta menerima perspektif ini dalam usaha untuk memhami sikap serta

perlakuan atlet (Anshell, 1997). Bowers (1973) menjelaskan bahawa perspektif ini

memberikan penjelasan sekali ganda lebih baik dari kedua-dua persperktif yang

terdahulu secara berasingan. Jelasnya, perlakuan seseorang bergantung kepada ciri-

ciri peribadinya serta situasi yang dihadapi pada waktu itu. Justeru itu kita perlu

mengambil kira kedua-dua factor ini untuk memudahkan kita memahami sesuatu

tindakan yang diambil oleh seseorang atlet dalam sukan.(Shaharudin Abd.Aziz,

2009).

Teori Psikoanalitik-Sigmund Freud

Manusia secara semulajadi dipenuhi dengan naluri keseronokan atau seksual yang

menentukan tingkah laku manusia. Manusia juga berjuan dalam kehidupan

yang penuh dengan konflik antara id, ego dan super ego.

Teori Humanistik

Mementingkan kualiti manusia yang positif sperti kegembiraan, ketenangan dan

kepuasan. Manusia mempunyai naluri semula jadi baik dan sentiasa berkeinginan dan

bermotivasi untuk mencapai kesempurnaan diri serta bebas untuk memilih

corak kehidupan. Naluri dalaman manusia lemah dan mudah diganggu faktor oleh

persekitaran. Bagi mencapai tahap kesempurnaan diri, manusia perlu bergerak

dan berkembang untuk memenuhi setiap keperluan hidupnya. Susunan

keperluan hidup manusia membentuk satu hierarki dari yang paling utama kepada

15

Page 16: PJM 3117

yang kurang utama. Keperluan yang paling rendah perlu dipenuhi dahulu. Keperluan

yang seterusnya akan muncul peringkat demi peringkat seiring dengan

perkembangan manusia. Keperluan yang lebih rendah perlu dipenuhi dahulu

manakala keperluan yang lebih tinggi kurang diperlukan dan boleh ditangguhkan.

Keperluan yang lebih tinggi menyumbang kepada perkembangan diri seperti

meningkatkan kesihatan mental dan fizikal serta kesejahteraan hidup. Setiap hierarki

keperluan hanya dapat dipenuhi jika hierarki sebelumnya telah dipenuhi.

Hierarki Pertama : Keperluan fisiologi

- Jika tidak dipenuhi, individu akan sakit/mati

Hierarki Kedua : Keperluan keselamatan

Hierarki Ketiga : Keperluan mendapatkan kasih sayang dan rasa dimiliki

Hierarki Keempat : Penghargaan kendiri

-Manusia memerlukan penghormatan dan penghargaan dari orang lain bagi

mendapatkan kekuatan dan keyakinan diri.

-Jika kurang penghargaan diri, akan wujud rasa rendah diri dan tidak

bermotivasi.

Hierarki Keenam : Kesempurnaan kendiri

-Berpus hati dengan imej diri dan menerima imej kendiri orang lain serta perihati

terhadap orang lain, mereka juga mempunyai pengetahuan yang realistik

terhadap kekuatan, kelemahan, kebaikan dan keburukan diri sendiri.

Teori Behaviorisme

Personaliti manusia dipengaruhi oleh tingkah laku manusia. Dipengaruhi oleh

faktor rangsangan persekitaran. Konsep-konsep behaviorisme berkait rapat dengan

pembentukan tingkah laku kemahiran prosedur latihan tingkahlaku sukan dan

prosedur modifikasi tingkahlaku.

16

Page 17: PJM 3117

Teori Konstitusional

Menjelaskan perihal somatotaip (bentuk asas tubuh badan dalam menentukan jenis

personaliti individu dalam konteks sukan.

ectomorph

mesomorph

endomorph

Faktor biologi seperti komposisi badan bertindak balas dengan faktor psikologi

seperti motivasi menghasilkan satu indeks pematuhan dalam latihan.

Ectomorph

Fizikal badan rapuh, halus, lembut, kurus, kurang lemak, tulang ringan, sendi dan

otot yang kecil dan ringan, anggota badan agap panjang, bahu melentok, fizikal tidak

berapa kuat, jari dan leher agak panjang, kulit mudah terbakar akibat matahari.

Mesomorph

Berkait dengan ciri-ciri atletik seperti fizikal badan yang kuat, keras, berotot massa

yang matang, postur badan yang sangat baik, pembinaan otot dan lemak, kulut

tebal.

Endomorph

bentuk fizikal badan yang lembut, berbentuk bulat, sukar mengurangkan berat

badan, kuit badan yang lembut dan licin, rerambut halus, kepala besar, bulat dan

muka lebar, mudah membina otot.

Teori Trait

17

Page 18: PJM 3117

Personaliti boleh dijelaskan dari aspek trait yang dimiliki oleh individu. Individu yang

menonjolkan trait atau keinginan untuk mencapai kejayaan, mempunyai

kecenderungan untuk bersaing dan bertindak agresif dalam banyak situasi.

Jenis A :

- pantas melakukan tugasan

- agak terburu-buru

- bersifat dominan

- mempunyai matlamat pencapaian

- lokus kawalan dalaman yang tinggi

- sukar untuk relaks

- bersifat over achiever dalam setiap aktiviti yang dilakukan

- bersifat kompetitif dan gemarkan cabaran

- sering terjebat dengan rasa bersalah

- kebimbangan yang tinggi

Jenis B :

- ciri bertentangan dengan jenis A

- lebih relaks

- tidak terburu-buru

- tidak mudah berasa stres dalam melakukan tugasan

Teori Interaksional

Berpendapat, tingkah laku manusia adalah hasil daripada saling interaksi antara

18

Page 19: PJM 3117

manusia dengan persekitaran. Tingkah laku manusia adalah kompleks dan sukar

dijelaskan.

Mengukur personaliti dan kajian personaliti

Tujuan penilaian :

Untuk diagnosis bagi mengenal pasti masalah individu, menjangka dan mengawal

tingkah laku individu, meningkatkan kualiti kehidupan, membanding beza antara

kehidupan normal dan adnormal, merancang rawatan berkesan.

Penilaian perseonaliti haruslah mematuhi syarat-syarat asas penilaian :

- aspek standardisasi

- kesahan

- kebolehpercayaan alat penilaian

Alat Ukur Personaliti

Inventori Multifasa Personaliti (Minnestosa Multiphasic Personality Inventory)

Soal selidik 16PF

Profil Mood (Profile of Mood States)

Ujian Persepsi Terhadap Tema (Thematic Apperception Test/TAT)

Ujian Tompokan Dakwat Rorchach (Rorschah Inkblok Test)

19

Page 20: PJM 3117

Soal selidik Motivasi Dalam Sukan ( Athletic Motivation Inventory/AMI)

Personaliti dan Prestasi

Dilihat dari 3 aspek yang berbeza :

- atlet

- bukan atlet

- gender

Atlet – lebih berkeyakinan, bersifat kompetitif, mempunyai keterbukaan sosial yang

lebih lus berbanding individu bukan atlet.

Aspek gender – ciri-ciri maskulin ( berdikari, tidak bergantung, kuat, tangkas, sanggup

menghadapi risiko) di dapati mendominasi personaliti atlet berbanding ciri-ciri feminin

(penyayang, ceria, menyerah dan sensitif).

Latihan.

Bagaimanakah personality berkaitan dengan prestasi?

2.4 Hubungan Personaliti dengan Tingkahlaku Dalam Sukan

Ciri-ciri personality yang membezakan antara atlet yang bermotivasi tinggi dengan

atlet yang bermotivasi rendah.

>Tahap keperluan pencapaian

>Orientasi matlamat

>Keyakinan diri

>Kompetensi

>Optimis

20

Page 21: PJM 3117

>tanggapan positif yang dimiliki oleh atlet

Latihan.

Bagaimanakah hubungan personality berkait dengan kejayaan atlet dalam

sukan?

Tajuk 3

MOTIVASI

Sinopsis Tajuk yang akan dibincangkan dalam bab ini adalah motivasi. Modul ini juga

dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

21

Page 22: PJM 3117

HASIL PEMBELAJARANdefinisi dan komponen motivasi

tiga model motivasi

lima panduan untuk membina motivasi kepentingan

motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding

teori motivasi pencapaian

• pembentukan motivasi pencapaian dan kegigihan

bertanding

penggunaan motivasi pencapaian dan kegigihan

bertanding dalam latihan

3.1 Definisi dan Komponen Motivasi

DEFINISI

Terdapat pelbagai definisi yang diutarakan menjelaskan pergertian motivasi.

Antara yang popular define Sage (1997) yang menyatakan bahawa motivasi

merujuk kepada arah dan intensity usaha seseorang individu. Dalam konteks ini

arah merujuk kepada tindakan individu sama ada untuk menghampiri atau

menjauhi sesuatu situasi, manakala intensity usaha pula merujuk kepada tahap

kekuatan usaha invidu tersebut untuk menghampiri atau menjauhi situasi

tersebut. Wann (1997) pula mendefinisikan motivasi sebagai proses kebangkitan

dalam diri invidu yang membantu usaha mengarah serta mengekalkan perlakuan

yang diingini. Inti pati definisi yang diutarakan oleh Wann (1997) juga mengambil

kira factor arah serta intensity usaha. Sebagai kesimpulannya motivasi boleh

didefinisikan sebagai satu daya yang membantu peningkatan serta pengekalan

perlakuan seseorang individu. .(Shaharudin Abd.Aziz, 2009)

22

Page 23: PJM 3117

3.2 Tiga Model Motivasi

Berbagai model yang menghuraikan bagaimana motivasi terjadi telah

dikembangkan. Tiga dari model tersebut adalah: (1) model keperluan-tujuan, (2)

model ekspektasi Vroom dan (3) model Porter-lawler.

Model Motivasi Keperluan-Tujuan

Model motivasi dan tujuan dimulai dengan perasaan keperluan individu.

Keperluan ini kemudian ditransformasi menjadi perilaku yang diarahkan untuk

mendukung pelaksanaan perilaku tujuan. Tujuan dari perilaku tujuan adalah untuk

mengurangi keperluan yang dirasakan. Secara teoritis, perilaku mendukung

tujuan dan perilaku tujuan berkelanjutan sampai keperluan yang dirasakan telah

sangat berkurang.

Model Ekspektasi Motivasi Vroom

Pada kenyataannya, proses motivasi adalah situasi lebih rumit dibandingkan yang

digambarkan oleh model motivasi keperluan-tujuan. Model ekspektasi Vroom

mengatasi beberapa kerumitan tambahan. Seperti halnya dengan model

keperluan-tujuan, model ekspektasi Vroom didasarkan pada premis bahwa

keperluan yang dirasakan menyebabkan perilaku kemanusian. Akan tetapi,

disamping itu model ekspektasi Vroom mengungkapkan isu kekuatan

motivasi. Kekuatan motivasi adalah tingkatan keinginan individu untuk

menjalankan suatu perilaku. Ketika keinginan meningkat atau menurun, kekuatan

motivasi dikatakan berfluktuasi.

Model Motivasi Porter-Lawler

Porter dan Lawler telah mengembangkan suatu model motivasi yang

menggambarkan huraian proses motivasi yang lebih lengkap dibandingkan model

keperluan-tujuan atau model ekspektasi Vroom. Model motivasi Porter-Lawler ini

konsisten dengan dua model sebelumnya dimana model ini menerima premis

bahawa (1) keperluan yang dirasakan akan menyebabkan perilaku kemanusiaan;

dan (2) usaha yang dilakukan untuk mencapai suatu tugas ditentukan oleh nilai

balas jasa yang dirasakan yang dihasilkan dari suatu tugas dan probabilitas

bahwa balas jasa tersebut akan menjadi nyata.

23

Page 24: PJM 3117

Keperluan Kemanusiaan

Model motivasi yang dibahas sejauh ini menyatakan bahwa suatu pengertian

mendalam motivasi didasarkan pada pengertian mendalam mengenai keperluan

kemanusiaan. Terdapat beberapa buku bahawa orang-orang pada umumnya

memiliki keperluan yang kuat untuk mendapatkan respek dari diri sendiri, dari

orang lain, promosi, dan pertumbuhan psikologis. Beberapa teori telah

dikembangkan untuk membantu wirausahawan lebih mengerti keperluan tersebut.

Teori-teori tersebut adalah (1) Hirarki keperluan Maslow, (2) rangkaian kesatuan

kedewsaan-ketidak dewasaan Argyris, dan (3) motif berprestasi McCleland.

3.3 Lima Panduan untuk Membina Motivasi

1. Bina Paradigma dan Prinsip Hidup yang Mantap

Benteng semangat juang ialah moto diri atau falsafah hidup seseorang. Moto atau

falsafah hidup adalah pegangan, prinsip atau pendirian yang dijadikan sebagai

asas panduan mencapai kejayaan.

2. Kenalpasti dan Tetapkan Matlamat & Halatuju Hidup

Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas seolah-seolah

meniti kehidupannya dalam keadaan gelap yang tidak pasti akan ke mana

sampainya. Agar anda lebih yakin pada diri anda binalah matlamat dan hajatuju

kehidupan anda secara bertulis.

3. Bina Pelan Tindakan Kejayaan Diri

Setelah anda sudah membina matlamat-matlamat yang jelas dan mantap serta

moto-moto hidup yang hebat, anda hendaklah membuat pula pelan

tindakan kejayaan diri secara bertulis. 24

Page 25: PJM 3117

4. Sentiasa Tingkatkan Ilmu Pengetahuan, Pengalaman serta Pendedahan

Dengan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan, bukan sahaja anda akan

dapat mengikuti atau mengetahui perkara-perkara baru atau isu-isu semasa

malah anda akan dapat pula menggunakan pengetahuan atau ilmu-ilmu baru itu

untuk meningkatkan lagi keupayaan anda menangani cabaran-cabaran semasa.

5. Tingkatkan Kemahiran Diri

Anda akan lebih yakin diri apabila anda mempunyai kemahiran yang tinggi atau

secukupnya dalam melakukan sesuatu kerja.

6. Amalkan Keteraturan dan Kesiapsiagaan

Biasanya kita akan merasa risau atau rasa tertekan apabila khidmat kita

diperlukan secara tiba-tiba dalam keadaan kita tidak atau kurang bersedia.

7. Jaga Kualiti Kesihatan, Kecergasan & Ketrampilan Diri

Kesihatan diri kita amat berkait rapat dengan keyakinan diri. Jika kesihatan diri

kita baik, badan kita juga sudah tentunya lebih cergas. Jika kurang sihat atau

sakit-sakit, badan kita akan lemah, fikiran jadi kusut dan kurang bermaya.

Keadaan begini boleh menjejaskan keyakinan diri kita.

Latihan.Huraikan kepentingan motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding?

3.4 Teori Motivasi Pencapaian

Kecederungan seseorang atlet sama ada mendekati atau mengelakkan diri dari

situasi yang kompetitif atau berasaskan pencapaian. Manusia akan melakukan

apa saja untuk mencapai matlamat. Atlet dipengaruhi oleh faktor luaran dan

dalaman yang mendorongnya untuk menyertai sesuatu acara sukan. Ciri-ciri atlet

yang berjaya memiliki semangat keperluan pencapaian yang tinggi. Interpretasi

berbeza atlet terhadap kegagalan dan kejayaan. Kegagalan dianggap berlaku jika

hasil persembahan dipengaruhi oleh kualiti personaliti yang lemah (tiada / kurang

berbakat).

25

Page 26: PJM 3117

Bagi atlet yang mempunyai tahap keperluan pencapaian yang tinggi, akan berasa

seronok apabila berjaya,kurang menunjukkan simptom kebangkitan fisiologi

(peningkatan kadar denyutan jantung, pernafasan/perperluhan), lebih rasa

bertanggungjawap terhadap hasil persembahan, berkeyakinan untuk mengetahui

keputusan sebaik saja tamat perlawanan.

* Model McClelland dan Atkinson

* Teori Self Efficacy oleh Bandura

* Teori Motivasi Kecekapan Harter

* Model Keyakinan Sukan Spesifik Vealey

* Teori Persepsi Kebolehan Nicholls

Model McClelland and Atkinson

Berdasarkan motif untuk mencapai kejayaan & takut akan kegagalan

Motif untuk mencapai kejayaan lahir dari motivasi intrinsik atlet

Takut gagal adalah komponen kebimbangan kognitif (sebelum & semasa pertandingan)

Jika yakin berjaya – akan melibatkan diri dalam pertandingan

Tarik diri jika tidak / kurang yakin dengan kebolehannya dalam pertandingan

Faktor yang mendorong atlet untuk mengharapkan kejayaan :

- motivasi untuk mencapai kejayaan

- persepsi terhadap kemungkinan berjaya

- nilai insentif positif terhadap kejayaan

Faktor yang mendorong untuk berasa bimbang terhadap kegagalan :

- motivasi untuk mengelak daripada gagal

- persepsi terhadap kemungkinan akan gagal

- nilai insentif yang negatif terhadap kegagalan

26

Page 27: PJM 3117

Teori Self Efficacy oleh Bandura

Keyakinan berkemampuan serta kebolehan melakukan sesuatu tugasan dengan

jayanya – mempunyai keyakinan diri yang tinggi

Sebagai kayu ukur sama ada menyertai atau menjauhkan diri dari situasi yang

berasaskan pencapaian

Semakin tinggi tahap self-efficacy, semakin tinggi pencapaian individu dan

semakin menurun kebangkitan emosinya.

Self-efficacy merupakan asas kepada kecekapan atau prestasi yang mantap.

Self-Efficacy boleh ditingkatkan melalui beberapa cara :

- perlakuan/prestasi yang berjaya

- pengalaman lalu

- kata-kata semangat/perangsang

- kebangkitan emosi

Individu/kumpulan yang mempunyai self-efficacy yang tinggi lazimnya akan

berusaha bersungguh-sungguh,kekal lama dalam melaksanakan tugasan tersebut

serta mencapai tahap pencapaian yang tinggi jika dibandingkan dengan mereka

yang rendah tahap self-efficacy.

Teori Motivasi Kecekapan Harter

Menjelaskan motivasi pencapaian berdasarkan kepada aspek kecekapan diri atlet

Atlet yang berasa bahawa mereka mempunyai kecekapan yang diperlukan untuk

melaksanakan sesuatu tugasan lazimnya akan menghampiri situasi tersebut.

Manakala mereka yang tidak mempunyai kecekapan yang diperlukan akan

menjauhi atau mengelakkan diri dari situasi tersebut. Setiap individu mempunyai

keinginan serta motivasi untuk menonjol kecekapan dalam perkara yang

melibatkan pencapaian. Bagi memenuhi keinginan tersebut, individu tersebut

akan berusaha untuk menguasai serta memahirkan diri dengan kemahiran

tersebut.

27

Page 28: PJM 3117

Model Keyakinan Sukan Spesifik Vealey

Menjelaskan fenomena motivasi pencapaian dan keyakinan diri dalam bidang

sukan dengan merujuk sukan secara spesifik. Definisi keyakinan sukan,keyakinan

yang dimiliki seseorang tentang kemampuannya untuk berjaya dalam sukan. Atlet

yang berjaya dalam sesuatu bidang sukan akan membawa bersama

keyakinannya untuk terus berjaya dalam sukan yang baru.

Teori Persepsi Kebolehan Nicholls

Gabungan dan lanjutan Teori Self-Efficacy Bandura dan Teori Motivasi

Kecekapan Harter. Motivasi pencapaian berdasarkan fasa pembangunan

manusia (bagaimana kanak-kanak membentuk persepsi tentang kebolehan diri

mereka) Persepsi tentang kebolehan berbeza dari satu tahap pembangunan ke

tahap pembangunan yang berikutnya :

i. Tahap umur antara 2 hingga 6 tahun

Kanak-kanak melihat serta menilai kebolehan diri mereka berdasarkan prestasi

atau pengalaman lepas. Sekiranya kanak-kanak dapat melihat peningkatan yang

telah dilakukannya,mereka akan membuat kesimpulan bahawa kebolehan mereka

semakin meningkat dan mereka berkemampuan untuk melakukan tugasan

tersebut.

Kanak-kanak akan menunjukkan usaha yang tinggi untuk menguasai kemahiran

dalam tugasan tersebut – diklasifikasikan sebagai berorientasikan tugasan.

ii. Tahap usia 6 tahun ke atas

Melihat kebolehan diri dengan membandingkan pencapaian mereka dengan

rakan-rakan yang lain. Sekiranya mereka dapat mengatasi rakan dalam apa jua

tugasan bermakna mereka jauh lebih baik serta berkebolehan dari rakan lain –

28

Page 29: PJM 3117

diklasifikasikan sebagai berorientasikan ego. Kemampuan melakukan sesuatu

tugasan tidak lagi boleh dinilai berdasarkan prestasi atau pengalaman lalu

malahan ia mesti mengatasi kebolehan orang lain.

Atlet yang berorientasikan tugasan (1) mementingkan proses menguasai

kemahiran atau tugasan yang dilakukan (2) cenderung kepada strategi dan usaha

untuk meningkatkan kemahiran diri

Atlet yang berorientasikan ego (1) lebih mementingkan keputusan (2) kejayaan

diukur berdasarkan kemampuan mengatasi orang lain. Atlet yang berorientasikan

ego akan menggunakan cara serta tindakan yang menyalahi peraturan untuk

mencapai kejayaan. Sekiranya berhadapan kegagalan atau kesukaran, besar

kemungkinan atlet ini tidak akan melibatkan diri serta menunjukkan perlakuan

serta motivasi yang kurang memberangsangkan.

3.5 Penggunaan Motivasi Pencapaian dan Kegigihan Bertanding Dalam Latihan

Sebagai guru atau jurulatih yang bertanggungjawab merancang dan menjalankan aktiviti sukan maka guru dan jurulatih perlu mewujudkan keadaan-keadaan berikut:

1. Memastikan tugasan yang dilaksanakan dipelbagaikan agar atlet tidak jemu malahan ingin terus belajar.

2. Libatkan atlet dalam perancangan sesuatu aktiviti atau penilaian sesuatu program latihan supaya mereka dapat memantau peningkatan diri.

3. Ganjaran kerana menyertai aktiviti mestilah khusus kepada individu tersebut dan bukannya kepada persaingan.

4. Atlet disatukan dalam kumpulan agar mereka dapat berkerja sama dalam meningkatkan kemahiran sendiri.

5. Penilaian perlu dilakukan dengan menggunakan kaedah yang pelbagai serta menjurus kepada peningkatan usaha dan pencapaian kendiri.

Winterbottom (1953) dan Rosen dan D’ Andrade (1959) mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam konteks motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding ini. Antaranya ibu bapa perlu:

1. menanam serta menggalakkan sifat berdikari kepada anak-anaknya.

29

Page 30: PJM 3117

2. bersifat terbuka dan sentiasa menerima (khususnya ibu) anaknya.

3. memberikan sokongan yang sepatutnya apabila anak-anak berhadapan dengan kegagalan atau sesuatu yang di luar jangkaan.

4 menerima hakikat bahawa untuk Berjaya anak-anak perlukan masa untuk menguasai sesuatu kemahiran.

5. berikan tumpuan kepada usaha yang membuahkan kejayaan dan jangan mengungkit kegagalan.

6. sentiasa melihat usaha, mendengar masalahserta cuba memahami perasaan anak-anak.

Sekiranya penggunaan motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding diambil secara bersepadu maka kita dapat membantu dalam meningkatkan lagi keyakinan serta motivasi atlet serta memberi pengalaman sukan dan aktiviti yang lebih bermakna.

Latihan.Kenalpasti penggunaan motivasi pencapaian dikalangan atlet remaja dalam meningkatkan prestasi sukan mereka.

30

Tajuk 4 Kebangkitan, Tekanan dan Kebimbangan dalam Sukan

Page 31: PJM 3117

Sinopsis

Tajuk 4 akan membincangkan berkaitan kebangkitan, tekanan dan kebimbangan

dalam sukan . Selain itu topik ini akan menumpukan definisi, sumber

Kebimbingan dan tekanan, bagaimana kebangkitan dan kebimbingan

mempengaruhi prestasi serta bagaimana mengatasi masalah kebangkitan.Pelajar

harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan dalam topik

berkenaan.

Hasil Pembelajaran

Di akhir tajuk ini pelajar dapat

1. mengenalpasti definisi kebangkitan, tekanan dan kebimbangan

2. mengetahui bagaimana kebangkitan dan kebimbingan mempengaruhi

prestasi

3. mengetahui bagaimana mengatasi masalah kebangkitan.

Sebelum kita meneroka definisi kebangkitan, tekanan dan kebimbangan, cuba

terangkan apa itu kebangkitan, tekanan dan kebimbangan mengikut kefahaman

anda sendiri.

BAHAN PEMBELAJARAN

4.1 Definisi

Definisi Kebangkitan

Banyak definisi yang diutarakan oleh pakar psikologi sukan untuk menjelaskan

tentang kebangkitan. Cox (1998) mendefinisikan kebangkitan sebagai tahap

kesediaan fisiologi yang berada dalam satu kontinum dari tidur yang lena

31

Page 32: PJM 3117

sehingga kepada keseronokan terlampau. Cratty (1989) pula mendefinisikan

kebangkitan sebagai kesediaan untuk beraksi secara fizikal, intelektual atau

persetual. Menurut LeUnes dan Nation (1989) pula, kebangkitan merujuk kepada

aktiviti psikologi individu. Wann (1997) mendefinisikan kebangkitan sebagai tahap

kesdiaan fisiologikal untuk beraksi secara fizikal, intelektual atau perseptual yang

tidak dipengaruhi oleh emosi. .(Shaharudin Abd.Aziz, 2009)

4.1.1 Bagaimana menjana kebangkitan dalam sukan

Kebangkitan berpunca daripada tindakan Sistem Saraf Autonomik (SSA). SSA

mengawal tindakan automatic serta fungsi luar kawal badan seperti degupan

jantung, pernafasan dan tekanan darah. Ia boleh dibahagikan kepada system

simpatetik dan parasimpatetik. Sistem simpatetik boleh dianggap sebagai pusat

kebangkitan, dengan menyediakan badan untuk tindakan flight or fight sementara

parasimpatetik pula berfungsi sebagai penenang (menurunkan kebangkitan). Bagi

manusia proses kebangkitan berkait rapat dengan proses homeostasis iaitu

proses menstabilkan tahap fisiologi manusia. .(Shaharudin Abd.Aziz, 2009)

Menurut (Goldberg,1997), cara untuk mengawal tahap kebangkitan ialah

Pengunaan self self--talk talk. Menetapkan matlamat untuk pertandingan.

Relaksasi Menguasai teknik imageri Latihan kawalan pernafasan

Stres

Menurut Hans Selye (1982) stress merupakan respons tubuh badan tanpa emosi

terhadap bebanan atau tekanan yang dihadapi di persekitaran. Antara bentuk

tekanan yang dihadapi adalah tekanan fizikal iaitu tekanan yang berpunca dari

penglibatan dalam aktiviti fizikal; tekanan mental seperti rasa sedih, kecewa dan

seronok serta bentuk tekanan yang lain. Apa pun bentuk tekanan yang diterima,

reaksi fisiologikalnya tetap sama. Seperti mana dengan kebangkitan stress

merupakan tindak balas fisiologikal yang neutral terhadap tekanan atau bebanan

yang terdapat di persekitaran.(Shaharudin Abd. Aziz, 2009)

Latihan.

Dapatkan bacaan lanjut mengenai tekanan.Bagaimanakah muzik digunakan untuk mengatasi masalah tekanan semasa menyertai pertandingan.

32

Page 33: PJM 3117

Kebimbangan

Istilah distress sering dikaitkan dengan kebimbingan. Menurut Cox (1998),

kedua-dua istilah ini sering ditukarganti penggunaannya dalam bidang psikologi

sukan. Wann (1997) mendefinisikan kebimbingan sebagai interpretasi negative

yang dibuat terhadap bentuk tekanan atau bebanan yang terdapat di persekitaran

sama ada yang telah, sedang dan yang akan dihadapi oleh seseorang individu. Ia

merujuk kepada tafsiran kognitif yang dibuat oleh individu tersebut menjurus

kepada sesuatu yang mendatangkan kesan negative, maka ia menghasilkan

kebimbingan.

Latihan.

Senarai dan jelaskan jenis-jenis kebimbangan.

4.2 Sumber Kebimbangan dan Tekanan

Menurut Endler (1978), kebimbangan seketika terhasil dari gabungan lima factor.

1. Tekanan terhadap ego

Tekanan berlaku khususnya apabila seseorang atlet tewas sesuatu perlawanan

khususnya kepada lawan yang lebih rendah rangkingnya. Ego atlet ini akan akan

tercabar serta tertekan. Beliau juga akan merasa kurang yakin untuk menghadapi

perlawanan seterusnya. Keadaan ini menyumbang kepada peningkatan seketika

atlet ini.

2. Tekanan terhadap fizikal individu

Seseorang atlet akan berasa bimbang sekiranya beliau tahu bahawa ada usaha

yang dilakukan oleh pihak lawan untuk menewaskan beliau secara fizikal.

Contohnya seorang atlet acara sukan tinju lazimnya mempunyai tahap

33

Page 34: PJM 3117

kebimbangan seketika yang tinggi khususnya apabila menentang lawan yang

lebih handal. Ini kerana wujudnya tekanan terhadap fizikal secara langsung yang

sedang dihadapi di gelanggang.

3. Ketidaktentuan

Keputusan yang tidak pasti, perlawanan yang berlarutan kepada sudden death

serta saat-saat mencemaskan yang menentukan menang-kalah sesebuah

pasukan mempunyai elemen ketidaktentuan ini.

4. Perubahan

Sebarang bentuk perubahan sebenarnya akan menyebabkan kita menjadi kurang

selesa dengan persekitaran kerana ia bukan dari rutin seharian. Contohnya

seorang pemain yang sudah biasa dengan kaedah latihan seorang jurulatih akan

merasa tertekan dengan kehadiran seorang jurulatih baru yang membawa

pendekatan serta corak latihan dan matlamat yang baru. Perubahan dan tekanan

ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan seketika pemain tersebut.

5. Penilaian atau perbandingan social

Kita akan merasa tertekan sekiranya kita tahu bahawa prestasi kita akan dinilai

atau disbandingkan dengan orang lain. Debaran yang dirasakan di garisan

permulaan, sebalum masuk ke padang atau gelanggang mahupun ketika

mengambil peperiksaan merupakan ciri kebimbangan seketika yang dihasilkan

menerusi penilaian.

Latihan. 4.3 Bagaimanakah kebangkitan dan kebimbangan mempengaruhi prestasi seseorang atlet?

34

Page 35: PJM 3117

4.4 Mengatasi masalah kebangkitan, tekanan dan kebimbangan di kalangan

atlet

Panduan Mengatasi Kebimbangan di kalangan atlet.Panduan yang diberi ini

dipetik daripada buku Foundations of Sport and Exercise Psychology (Edisi ke-2)

oleh Weinberg dan Gould (1999).

1. Kita mestilah senyum apabila berada dalam keadaan tekanan. Dengan

senyuman kita akan melarikan diri daripada situasi memulakan perasaan

kebimbangan. Dengan ini, kita dapat melupakan tentang tekanan dan menikmati

alam pertandingan.

2. Para atlet merupakan orang yang mempunyai tugas yang harus diselesaikan

secara seronok dan bergembira. Kebanyakan peserta berasa ghairah untuk

mengatasi tekanan. Beseronok semasa bertanding akan membantu para atlet

muda mengelakkan daripada menarik diri untuk bertanding. Cubalah untuk

mengamalkan kemenangan dan fokuskan kepada berseronok dan jangan

memikirkan mengenai hasil.

3. Berlatih dalam keadaan tekanan yang dibuat-buat akan membantu atlet

semasa menghadapi situasi sebenar. Kita boleh mencipta banyak keadaan

tekanan semasa latihan.

4. Kebanyakan atlet mengadu bahawa apabila mereka mengalami perasaan

bimbang dan hilang tumpuan, pergerakan mereka akan menjadi lebih cepat.

Untuk mengatasi masalah ini, seorang atlet bolehlah berlatih dengan

mengurangkan pergerakan semasa latihan dan ini harus dilakukan berterusan.

5. Memikirkan mengenai apa akan terjadi selalunya menimbulkan dan

menambahkan kebimbingan. Dalam permainan, perasaan sedih akan

menambahkan lagi kebimbangan. Jadi fikirkanlah apa yang sepatutnya dilakukan

dan bagaimana boleh mengurangkan kebimbangan semasa bertanding.

6. Tidak dapat membuat keputusan boleh menyebabkan timbulnya rasa

kebimbangan. Membuat keputusan pula memberi tekanan dan semasa

menghadapi pertandingan para pemain serta jurulatih perlu membuat keputusan.

35

Page 36: PJM 3117

Jadi, atlet atau jurulatih perlu ada satu perancangan permainan yang lengkap

atau strategi agar proses membuat keputusan akan menjadi lebih mudah.

7. Mendengar muzik boleh menjadi tenaga tambahan sebelum menghadapi

pertandingan. Kebanyakan atlet menggunakan kaset dengan alat

pendengarannya ditelinga sebelum pertandingan. Berlatih sambil mendengar

mizik boleh menghasilkan keghairahan dan perasaan.

8. Biasanya pemikiran mempengaruhi pergerakan badan. Contohnya

memperkatakan atau memikirkan mengenai perkataan-perkataan mood seperti

kuat, pantas, keras, agresif, gerak dan hebat boleh memberikan keasan kepada

pergerakan. Contoh lain seperti ‘Saya boleh lakukan’.

Nota di atas dipetik daripada buku Psikologi Sukan aplikasi Teori dan Praktikal

oleh Mohd Sofian Bin Omar Fauzee.

Latihan.Dapatkan nota bagaimana mengatasi masalah kebangkitan dan tekanan dikalangan atlet.

36

Page 37: PJM 3117

Sinopsis

Tajuk 5 akan membincangkan berkaitan perkembangan psikologi kanak-kanak

malalui sukan. Selain itu topik ini akan menumpukan kepada penglibatan dan

penarikan diri kanak-kanak dalam sukan, peranan rakan dalam sukan kanak-

kanak, kesan tekanan dan ‘burnout’ dalam sukan kanak-kanak dan akhir

pendekatan latihan dan peranan ibubapa dalam sukan kanak-kanak. Pelajar

harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan dalam topik

berkenaan.

Hasil Pembelajaran

Di akhir tajuk ini pelajar dapat

1. Mengetahui perkembangan psikologi kanak-kanak melalui sukan

2. Mengenali penglibatan dan penarikan diri kanak-kanak dalam sukan

dan peranan rakan dalam sukan kanak-kanak

3. Mengetahui kesan tekanan dan ’burnout’ dalam sukan kanak-kanak

4. Mengetahui pendekatan latihan berkesan ke atas atlet kanak-kanak

5. Menyatakan peranan ibubapa dalam sukan kanak-kanak

37

Tajuk 5 Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak Melalui Sukan

Page 38: PJM 3117

Sebelum kita meneroka bidang perkembangan psikologi kanak-kanak melalui

sukan, cuba terangkan apa itu psikologi kanak-kanak, mengikut kefahaman anda

sendiri.

BAHAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN

PERKEMBANGAN

Bersifat kualitatif, tersusun, bertahan dan berterusan pada diri manusia bermula

sejak percambahan selsehingga ke akhir hayat organisma hasil dari

kombinasipembelajaran, pengalaman dan kematanganmelibatkan aspek-aspek

fizikal, emosi, mental dansosial. (Santrock,2008)

PSIKOLOGI SUKAN

Satu bidang kajian saintifik yang melibatkan kesanserta pengaruh sesuatu aktiviti

terhadap perlakuanfizikal,afektif serta kognatif ke atas mereka yangterlibat secara

langsung mahupun tidak langsungdengan aktiviti tersebut ( Wann,1997 )

5.1 PENGLIBATAN DAN PENARIKAN DIRI KANAK-KANAK DALAM SUKAN

PENGLIBATAN KANAK-KANAK DALAM SUKAN

Penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti sukan kini menjadi semakin popular.

Kejohanan di peringkat sekolah semakin berkembang walaupun kini ia agak

kurang diberikan keutamaan seperti dahulu. Bagaimanapun semakin ramai

kanak-kanak yang menyertai aktiviti sukan, semakin ramai jugalah yang tercicir

atau menarik diri dari aktiviti tersebut.Terdapat enam sebab atau motif utama

penyertaan kanak-kanak dalam sukan.

1. Mencari keseronokan.

38

Page 39: PJM 3117

Keseronokan dalam hidup bagi kanak-kanak dengan melibatkan diri dalam aktiviti

sukan dan permainan. Aktiviti yang tidak mementingkan keputusan kalah-menang

menjadi tumpuan mereka. Ini adalah kerana elemen kalah-menang “mencuri”

keseronokan yang hendak dicapai kerana unsur persaingan menarik focus

keseronokan tersebut.

2. Belajar serta meningkatkan kemahiran diri.

Seperti yang telah dinyatakan diatas tadi kanak-kanak belajar sambil bermain.

Permainan serta sukan memberikan mereka ruang untuk belajar sesuatu

kemahiran yang diminati. Kemampuan melakukan kemahiran ini akan

meningkatkan lagi keyakinan diri serta membentuk peribadi kanak-kanak tersebut.

Ruang untuk meningkatkan lagi kemahiran akan sentiasa terbuka jika mereka

mendapat galakan yang sewajarnya dari orang dewasa yang memahami

kehendak mereka.

3. Untuk bersama dengan rakan dan menjalin persahabatan dengan rakan yang

baru.

Corak sosialisasi yang berkesan adalah dengan bermain. Kanak-kanak belajar

tentang persekitaran, bergaul dan berinteraksi dengan orang lain dengan

bermain. Penglibatan mereka dalam sukan pun kerana ingin bersama dengan

rakan-rakan dan bukannya untuk memenuhi kehendak orang dewasa. Oleh itu

aktiviti sukan berpasukan menjadi tumpuan utama kanak-kanak ini kerana bukan

sahaj mereka dapat bersama dengan rakan-rakan malahan dapat menjalinkan

hubungan rakan baru.

4. Kegembiraan

Kanak-kanak akan gembira bermain dengan rakan-rakan mereka. Tekanan

akademik serta perubahan dari segi kehidupan masa kini yang dihadapi oleh

kanak-kanak telah menarik keceriaan dan kegembiraan dari wajah mereka.

5. Mencapai kejayaan

Takrifan kejayaan bagi kanak-kanak bukanlah kemenangan semata-mata, tetapi

sesuatu yang lebih dari itu. Kemampuan belajar serta melakukan sesuatu

kemahiran dengan baik juga dianggap sebagai kejayaan dan ini secara langsung

39

Page 40: PJM 3117

akan meningkatkan lagi keinginan mereka untuk terus bergiat dalam aktiviti

tersebut.

6. Bersenam dan meningkatkan kecergasan fizikal

Mesej gaya hidup sihat yang diutarakan kepada golongan dewasa sudah dapat

diterima serta difahami oleh kanak-kanak. Dalam konteks ini kecergasan fizikal

diperlukan bagi membolehkan mereka melakukan aktiviti yang aktif dan lasak

bersama rakan-rakan yang lain. Ini kerana rakan-rakan merupakan agen

sosialisasi kanak-kanak yang utama.

Faktor utama mempengaruhi penglibatan kanak-kanak di dalam bidang sukan

adalah disebabkan keseronokan(main bersama rakan-rakan). Selain daripada itu

ada juga kanank-kanak yang inginkan perhatian khususnya guru. Daya tarikan

terhadap perkembangan semasa seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik

mempengaruhi penglibatan kanak-kanak dalam sukan. Adakalanya persaingan

dikalangan kanak-kanak untuk mengatasi antara satu sama lain juga

mempengaruhi minat kanak-kanak. Contoh sukan yang diminati: Bola sepak

(lelaki) ,Badminton/larian (perempuan).

5.1.1 PENARIKAN DIRI KANAK-KANAK DALAM SUKAN

Kanak-kanak melibatkan diri dengan aktiviti sukan kerana pelbagai sebab serta

untuk memenuhi pelbagai keperluan. Bagaimanapun, penglibatan mereka dalam

aktiviti sukan tidak kekal lama kerana motif mereka berubah. Inilah di antara

punca yang menyebabkan keciciran dalam sukan. Kadar keciciran kanak-kanak

dalam aktiviti suka di Amerika Syarikat di antara umur 10-17 tahun telah

meningkat sebanyak 80% (Roberts, 1993). Ini kerana kehendak mereka yang

sentiasa berubah-ubah itu tidak dapat dipenuhi. Berdasarkan kajian, terdapat tiga

factor utama yang menyebabkan keciciran dalam aktiviti sukan iaitu perbandingan

komparatif, persepsi tentang kekurangan kemampuan dan tahap intrinsic yang

rendah serta stress pertandingan (Anshel, 1997).

1. Perbandingan komparatif bermaksud membandingkan diri dari segi

kemampuan motor dengan orang lain dan ini sering dilakukan olehkanak-kanak

40

Page 41: PJM 3117

pada peringkat usia 7 – 12 tahun. Oleh kerana kekurangan pengalaman serta

kurangnya penglibatan dalam aktiviti sukan pada usia yang muda, kanak-kanak

ini terpaksa menggunakan perbandingan komparatif sebagai kayu ukur status

kemahiran motor meraka. Sebagai perbandingan jika kemahiran yangingin

dilakukan boleh dilakukan oleh ramai kanak-kanak yang lain, maka tahap

kemahiran motor individu tersebut bolehlah dianggap sebagai sama dengan

orang lain. Bagaimanapun jika kemahiran yang ingin dilakukan hanya boleh

dilakukan oleh beberapa orang kanak-kanak yang lain, maka tahap kemahiran

motor individu ini boleh dianggap tinggi .(Shaharudin Abd. Aziz, 2009)

Perbandingan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, oleh sesiapapun da dalam

pelbagai situasi. Dalam konteks sukan, yang biasanya dimainkan dalam keadaan

terbuka, maklumbalas dari penonton, jurulatih ibu bapa serta rakan-rakan

sepasukan menjadi kayu pengukur perbandingan kanak-kanak terbabit. Maklum

balas yang diberikan sama ada secara verbal atau bukan lisan memberikan kesan

yang positif dan juga negative kepada kanak-kanak tersebut.

Input yang diberikan secara lisan seperti kata-kata semangat dan pujian

merupakan rangsangan positif, manakala ejekan, celaan serta komen-komen

yang pedas merupakan rangsangan yang negative. Begitu juga maklum balas lisa

dan bukan lisan boleh menghasilkan kesan yang sama kepada kanak-kanak

tersebut. Keasan sebenar mesej lisan dan bukan lisan ini dapat dilihat apabila

kanak-kanak tersebut mentafsirkan apa yang dilihat dan yang didengarinya.

Kesan ini lah yang akan menyebabkan mereka ingin meneruskan penglibatan

atau menarik diri dari sukan. .(Shaharudin Abd. Aziz, 2009)

2. Persepsi tentang kekurangan kemampuan diri juga merupakan salah satu

sebab kanak-kanak menarik diri dari aktiviti sukan. Ini adalah kerana mereka

mengatributkan kegagalan kepada kekurangan dari segi kemampuan diri mereka.

Justeru itu, apalah gunanya meneruskan penglibatan dalam aktiviti tersebut jika

mereka sudah tahu (persepsi diri) bahawa mereka tidak mempunyai kemampuan

untuk berjaya dalam aktiviti tersebut.

41

Page 42: PJM 3117

Faktor-faktor penarikan diri kanak-kanak dalam sukan adalah dipengaruhi oleh

kekalahan dan kekecewaan. Adakalanya seseorang kanak-kanak yang kurang

kemahiran juga tidak diterima bermain dalam pasukan, ini juga menyebabkan

kanak-kanak menarik diri dalam sukan.Dalam sesuatu permainan keseronokan

adalah factor penting membuatkan terus bermain namun ada juga permainan di

mana aktivitinya amat membosankan dan seterusnya tidak menyeronokan.

Tekanan daripada guru mahupun jurulatih terhadap kanak-kanak selalunya

memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang. Mungkin pelajar tidak minat

terhadap terhadap guru atau jurulatih garang dan tidak prihatin. Sekiranya berlaku

tidak berlaku perubahan dalam kepimpinan guru mahupun jurulatih besar

kemungkinan mematikan terus minat kanak-kanak dan seterusnya kanak-kanak

menarik dalam sukan.Disamping sebab-sebab di atas factor kesihatan tidak dapat

dinafikan sebagai penyumbang besar mengapa kanak-kanak menarik diri dalam

sukan.

Bagi mengatasi penarikan kanak-kanak dalam sukan, maka kanak-kanak perlu

didedahkan dan disedarkan tentang kepentingan menyertai sukan. Salah satu

perkara yang boleh diterapkan dikalangan kanak-kanak ialah mementingkan

kesungguhan dan bukannya kemenangan. Didapati bahawa sebilangan kecil

kanak-kanak menarik diri akibat kekalahan dalam sesuatu pertandingan dan

terusnya. Dalam menarik minat kanak-kanak guru atau jurulatih boleh

mengarahkan murid yang mahir untuk membantu murid-murid yang kurang mahir.

Selain daripada itu sesuatu permainan perlulah menyeronokkan, maka aktiviti

dalam sesuatu permainan perlulah dipelbagaikan. Akhir sekali guru haruslah

bersifat lembut tetapi tegas dan prihatin kepada murid dalam menarik minat

mereka menyertai dan mengekalkan mereka terus bersukan.

5.2 PERANAN RAKAN DALAM SUKAN KANAK-KANAK

Satu kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale menyatakan,

kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka. (Malecki

& Elliott,1999).

42

Page 43: PJM 3117

Peranan rakan dalam sukan:

1. Sebagai alat perbandingan dengan dirinya sendiri.

2. Sebagai panduan apabila menilai diri(kemahiran,kebolehan dan lain-lain.)

3. Agen peneguhan seperti beri sokongan dan nasihat (Charlesworth &

Hartup,1967)

4. Tempat meluahkan perasaan dan menyelesaikan masalah.

5.3 KESAN TEKANAN DAN BURNOUT DALAM SUKAN KANAK-KANAK

Tekanan

Tekanan adalah suatu keadaan yang dipengaruhi oleh gangguan mental dan

emosional yang boleh mewujudkan keadaan tidak selesa atau tegang jika situasi

tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuh badan.(Morstt & Furst,1979)

Terdapat beberapa sebab berlakunya tekanan. Sebahagian besar adalah

disebabkan oleh masalah peribadi, rakan sebaya dan juga berpunca akibat sikap

guru. Kesan yang dikenalpasti akibat tekanan adalah prestasi merosot, minat

semakin kurang, penarikan diri dari sukan dan kurang motivasi dalam melakukan

sesuatu perkara contohnya dalam bidang sukan.Cara mengatasi cuba bantu

selesaikan masalah murid, sentiasa beri motivasi dan kata perangsang kepada

murid dan cuba elak dari memberi tekanan yang melampau kepada murid.

Burn out

Extreme tiredness usually caused by working too much (Cambridge Dictionary

Online). Kepenatan yang ekstrim kerana melakukan kerja yang terlalu banyak.

Latihan berat yang terlalu kerap. Kurang rehat. Kesannya ialah menggangu

kesihatan, risiko keselamatan, penarikan diri, minat kurang, prestasi merosot,

motivasi menurun

43

Page 44: PJM 3117

Cara mengatasi

Rancang sesi latihan dengan baik.(pelbagaikan jenis latihan)

Beri rehat yang cukup kepada murid.

Bawa murid melakukan aktiviti rekreasi dankesenggangan.

Kuatkan mental murid.

Latihan.Bagaimanakah kesan tekanan dan burn out dalam sukan kanak-kanak?

5.4 PENDEKATAN LATIHAN BERKESAN KEATAS ATLET KANAK-KANAK

Latihan meningkatkan stamina

Teknik permainan

Undang-undang permainan

Skil permainan

Bengkel/motivasi sukan

Latihan perlawanan persahabatan dengan sekolah luar.

Menyertai pertandingan yang dianjurkan olehagensi luar.

Rekreasi dan kesenggangan

5.5 PERANAN IBUBAPA DALAM SUKAN KANAK-KANAK

Beri sokongan

Hadir ke temasya sukan sekolah dan bersorakuntuk anak.

Dorongan dan nasihat

Beri motivasi jika kalah

Bantuan kewangan dan alatan sukan

Tidak terlalu mencampuri kehidupan bersukananak.

Beri kebebasan kepada anak untuk memilihsukan yang diminatinya.

Rujukan

Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan By Shaharudin Abd. Aziz

Perkembangan Kanak-kanakuntuk Program Perguruan Pendidikan RendahPengajian Empat Tahun,HalizaHamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi.2008

Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah : Komponen 1&2) PsikologiPendidikan & Pedagogi, Mok Soon Sang. Terbitan ketujuh 2008.

44

Page 45: PJM 3117

Tajuk 9 Sosiologi Sukan

Sinopsis

Tajuk akan membincangkan berkaitan sosiologi sukan. Selain itu topik ini akan

menumpukan kepada definisi sosiologi sukan, sukan dan masyarakat dan akhir

sekali hubungan sukan dengan struktur masyarakat dan apa itu sukan dan main.

Pelajar harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan dalam topik

berkenaan.

Hasil Pembelajaran

Di akhir tajuk ini pelajar dapat

1. Mengetahui definisi sosiologi sukan

2. Mengenali sukan dan masyarakat

3. Mengetahui hubungan sukan dengan struktur masyarakat

4. Menyatakan perbezaan sukan dan main

45

Page 46: PJM 3117

Sebelum kita meneroka bidang sosiologi sukan , cuba terangkan apa itu sosiologi

sukan , mengikut kefahaman anda sendiri.

BAHAN PEMBELAJARAN

9.0 SOSIOLOGI SUKAN

Konsep Sosiologi Sukan

Sosiologi

Kajian saintifik tentang struktur dan proses sosial dalam masyarakat.

Saintifik: sesuatu yang teratur, empirikal, sistematik serta mengambil kira isu

berkaitan validiti (kesahan) dan reliabiliti (kebolehpercayaan) kaedah

kajian yang digunakan.

Struktur: suatu organisasi yang wujud dalam masyarakat mikro dan makro

seperti individu, seorang pelajar, seorang atlit dan seorang guru. Makro

pula kumpulan pelajar, satu pasukan, satu unit beruniform.

Proses: Interaksi yang berlaku antara individu dan kumpulan dalam

masyarakat dalam bentuk komunikasi, konflik, komersialisasi, birokratik,

sosialisasi, proses menginstitusikan dan proses lain yang berkaitan.

9.1 Definisi Sosiologi Sukan

Bidang kajian yang mengaplikasikan konsep sosiologi untuk melihat dan

memahami apa yang berlaku dalam sukan. Ini termasuklah usaha untuk

memahami interaksi yang wujud antara individu dalam pasukan dan mereka yang

berkaitan dengannya seperti penonton, pengurusan dan media. Isu sosiologi yang

signifikan dalam sukan termasuklah corak organisasi sosial yang terlibat, sifat

formal sukan seperti pasukan, jurulatih, pemain, penganjur, undang-undang dan

46

Page 47: PJM 3117

peraturan, tahap keseriusan menghadapi pertandingan seperti menang-kalah

tidak ditentukan lebih awal dan penekanan terhadap kemahiran fizikal yang tinggi.

Ciri Institusi Sukan

Untuk membolehkan sukan diinstitusikan sebagai satu institusi sosial dalam

masyarakat, beberapa kriteria tertentu perlu dipenuhi bagi membolehkan ianya

diterima sebagai satu institusi sosial. Antaranya adalah:

(a) undang-undang dan peraturan - wujudnya undang-undang dan peraturan yang

mengawal perjalanan sukan tersebut.

(b) sosioemosi - kesan sosial dan psikologi individu yang dicapai menerusi

penglibatan dalam sukan, antaranya: Katarsis - peluang untuk melepaskan

tekanan secara yang dibenarkan menerusi sukan. Mewujudkan semangat

kekitaan atau berpasukan. Semangat patriotisme.

(c) sosialisasi - merangsang individu untuk saling mengenali antara satu sama

lain merentasi warna kulit kepercayaan dan sebagainya.

(d) integrasi - menyatupadukan individu daripada pelbagai latar belakang seperti

menjadi satu pasukan sekolah, daerah dan negeri.

(e) politik - alat untuk menunjukkan kuasa (pengurusan pasukan atau persatuan,

hierarki dalam persatuan).

(f) mobiliti sosial - proses yang bersifat dinamik dan sentiasa berubah untuk

memberi peluang kepada individu untuk meningkat seperti pemain peringkat

sekolah meningkat ke peringkat daerah, negeri atau negara.

47

Page 48: PJM 3117

9.2 Sukan dan Masyarakat

Proses Sosialisasi Sukan

Sosialisasi

Proses di mana manusia mempelajari mengenai budaya serta

bagaimana menjadi ahli dalam sesuatu masyarakat. Penglibatan dalam sukan

membuka ruang untuk bersosialisasi serta berinteraksi dengan orang lain.

Proses sosialisasi sukan berlaku menerusi dua cara:

Sosialisasi ke dalam sukan

Individu memilih untuk melibatkan diri ke dalam sukan kesan dari pengaruh,

dorongan serta impak agen-agen sosialisasi sukan. Pengaruh agen-agen

sosialisasi ini membantu membentuk sikap, nilai dan perlakuan yang diperlukan

dalam sukan yang diceburi.

Sosialisasi menerusi sukan

Sukan menjadi alat kepada proses sosialisasi. Elemen-elemen dalam sukan

seperti sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin serta menghormati individu lain

dan peraturan membantu dalam proses pembentukan sikap, nilai dan perlakuan

individu tersebut.

9.3 Hubungan Sukan Dengan Struktur Masyarakat

Kesan Penglibatan Dalam Sukan

Penglibatan dalam sukan menghasilkan kesan-kesan positif dan negatif kepada

individu dan negara. Antara kesan positifnya adalah:

Individu

(a) pembentukan watak - sukan dapat membentuk perwatakan individu yang

positif.

48

Page 49: PJM 3117

(b) imej kendiri yang positif - penyertaan dalam sukan boleh meningkatkan imej

diri.

(c) kualiti kepimpinan - pembentukan daya kepimpinan individu, khususnya dalam

sukan berpasukan.

(d) semangat patriotisme - rasa bangga mewakili pasukan dibentuk menerusi

penyertaan dalam bidang sukan.

(e) semangat setia kawan/berpasukan - terbentuk menerusi penyertaan, interaksi

serta sosialisasi dalam sukan.

(f) kesihatan - peningkatan kesihatan individu secara keseluruhan boleh dicapai

menerusi penyertaan dalam bidang sukan.

Beberapa nilai positif yang perlu diamalkan adalah seperti

menghormati peraturan, sifat bekerjasama,bertoleransi dan nilai-nilai murni yang

lain.

Jika tidak diawasi, penglibatan dalam sukan juga akan mendatangkan kesan

negatif kepada individu seperti:

(a) sikap terlalu mementingkan kemenangan sehingga meninggalkan semangat

kesukanan dan berpasukan.

(b) Penggunaan bahan terlarang untuk meningkatkan prestasi.

(c) Keagresifan dalam sukan.

(d) Membelakangkan nilai-nilai kesukanan yang lain.

Negara

Penglibatan negara dalam bidang sukan mendatangkan kesan-kesan seperti

berikut:

(a) Sosial

49

Page 50: PJM 3117

integrasi kaum - proses integrasi kaum (integrasi nasional) dapat dilaksanakan

kerana aktiviti sukan merentasi batasan kaum.

(b) Ekonomi

sumber kewangan - peningkatan sumber kewangan dari segi penajaan

pertandingan, hak penyiaran, kutipan cukai serta kedatangan pelancong asing

(pelancong sukan).

(c) Politik

semangat setia kawan - khususnya pada peringkat serantau dapat disemai

menerusi penyertaan dalam bidang sukan seperti

sukan SEA dan Asia. kerjasama antarabangsa - dapat diwujudkan menerusi

sukan secara meluas seperti sukan Olimpik, Komanwel dan sukan Asia. Jika tidak

diawasi penglibatan negara dalam bidang sukan juga akan mendatangkan kesan

negatif seperti:

(a) perbalahan antara negara kerana ingin mendapatkan hak penganjuran sukan.

(b) Pemboikotan sukan.

Kesannya, semangat setiakawan serta kerjasama antarabangsa mungkin terjejas

jika proses penglibatan dalam sukan ini tidak ditangani dengan teliti.

9.4 Sukan dan Main

Maksud Sukan dan Main

Sukan

Permainan merupakan salah satu alat pengukuhan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Menurut Allessi & Trollip (1991) permainan ialah suatu aktiviti yang

melibatkan proses pembelajaran secara tidak formal. Permainan mampu untuk

mewujudkan suatu suasana yang dapat merangsangkan pembelajaran atau

penguasaan sesuatu kemahiran. Permainan tidak mempunyai tujuan yang jelas

tetapi boleh berubah kepada sukan.

50

Page 51: PJM 3117

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk

pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan

sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu.

Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira

sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai

aktiviti rekreasi.

Main

Main ditakrifkan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan

kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.

Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu

atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi

kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran

atautujuantertentu.

Menurut Kraus (1990), bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah

merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak. Lazimnya apabila sesuatu

tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan

kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai

yang paling berharga buat perkembangan kanak-kanak.

Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberi peluang kepada

kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanak- kanak

yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami

pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan

terhadap adik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan

perasaan kecewa tersebut.

Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main memberi peluang kepada

kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang

dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar

(Kraua, 1990)

51

Page 52: PJM 3117

Tajuk 14 Keganasan Dalam Sukan

Sinopsis

Tajuk akan membincangkan berkaitan keganasan dalam sukan. Selain itu topik

ini akan menumpukan kepada definisi keganasan dalam sukan, Jenis keganasan

dalam sukan, keganasan semasa dan selepas pertandingan, keganasan

penonton, gender, kelas, social dan bangsa serta akhir sekali cara mengawal

keganasan. Pelajar harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan

dalam topik berkenaan.

Hasil Pembelajaran

Di akhir tajuk ini pelajar dapat

1. Mengetahui definisi Keganasan dalam sukan

2. Mengetahui jenis keganasan dalam sukan

3. Mengetahui keganasan semasa dan selepas pertandingan

4. Mengetahui keganasan penonton, gender, kelas, social dan bangsa

5. Mengetahui cara mengawal keganasan dalam sukan

52

Page 53: PJM 3117

14.1 Definisi Keganasan/ Keagresifan Dalam Sukan

Sebelum kita meneroka bidang keganasan dalam sukan , cuba terangkan apa itu

keganasan sukan , mengikut kefahaman anda sendiri.

BAHAN PEMBELAJARAN

14.1 Definisi Keganasan Dalam Sukan

Silva (1981): keagresifan sebagai satu perlakuan untuk menyakitkan atau

mengakibatkan kecederaan fizikal, serta mental kepada benda hidup yang

berusaha untuk mengelakkan tindakan tersebut.

Baron dan Richardson (1994), keagresifanmerupakan apa saja bentuk tindakan

danperlakuan yang bermatlamatuntuk menyebabkan kecederaan ke atas

bendahidup yang lain dan bermotivasiuntuk mengelakkan diri dari dicederakan.

Wann (1997) ² satu tindakan yang bermatlamatuntuk mengakibatkan kecerderaan

secarafizikal, verbal atau psikologikal keatasseseorang yang bermotivasi untuk

mengelakkandiri dari di cerderakan dan atau perbuatan yangmendatangkan

kerosakan kepada harta bendayang berpunca dari kemarahan

Berdasarkan definisi ini, terdapat sediki tpersamaan dengan definisi yang

diutarakan oleh Baron dan Richardson sebelumnya. Kedua-duanya memasukkan

unsur niat, perlakuan secara verbal dan psikologikal serta mangsanya bermotivasi

untuk mengelakkan diri dari dicederakan.Perbezaan ketara di antara kedua-

duanyaadalah elemen kerosakan harta benda.

Baron dan Richardson tidak mengambilkira kerosakan harta benda sebagai hasil

dari tindakan yang agresif.

53

Page 54: PJM 3117

Sikap agresif kadangkala diperlukan dalam sukan untuk menyerang pihak lawan.

Keagresifan yang terlalu melampau akan menyebabkan tumpuan menjadi

semakin kecil. Kesannya, pemain akan melakukan kesilapan. Setiap jenis sukan

memerlukan tahap kebangkitan yang sesuai serta berbeza-beza. Keganasan

biasanya melibatkan banyak pihak antaranya adalah atlet, pegawai, jurulatih dan

penonton.

14.2 Jenis-jenis keganasan/keagresifan

Keagresifan ketara: kecenderungan untuk mencederakan individu dengan

sengaja bermatlamat untuk menyakitkan secara fizikal atau psikologi yang

didorong oleh rasa marah atau kecewa. Keagresifan instrumental: tindakan

mencederakan pihak lawan sebagai satu cara untuk mencapai matlamat

kemenangan atau ganjaran. Keagresifan asertif: penggunaan fizikal atau verbal

tanpa niat untuk mencederakan pihak lawan dan tindakan itu dibenarkan

mengikut peraturan permainan

14.3 / 14.4 Keganasan Semasa dan selepas Pertandingan

Punca Keganasan

Terdapat tiga punca keganasan atau keagresifan dalam sukan iaitu psikologi, persekitaran dan biologi.

1. Psikologi – Aspek psikologi pula boleh dipecahkan kepada tiga iaitu provokasi,

tekanan emosi, jangkaan pelakuan kasar dan kurang pengetahuan.

PROVOKASI - Tindakan yang mencabar untuk dapatkan reaksi balas lawan

TEKANAN EMOSI – (STRESS)

Prestasi di bawah jangkaan

Jangkaan menang – kalah

Provokasi pihak lawan & penonton

54

Page 55: PJM 3117

JANGKAAN PERLAKUAN KASAR Atlet menjangkakan dirinya akan dikasari oleh yang demikian dia akan bertindak agresif

KURANG PENGETAHUANSukan Kontak – pijak pemain yang jatuhPenonton tidak tahu undang - undang

2. Persekitaran

LOKASI PERTANDINGAN

Sokongan Padu – penyokongt tuan rumah

Pelawat – tindakan balas

CUACA

Cuaca Panas – keadaan cuaca yang panas dan ditambah pula tekanan

permainan maka berlakulah tindakan agresif.

Hujan – keadaan padang yang licin akan membawa kepada ketidak sesuaian permainan. Contohnya padang licin menyukarkan larian mahupun permainan.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

Adakalanya kekalahan dalam pertandingan juga boleh menjadi penyumbang

pemain menjadi agresif. Pasukan yang kalah akan tertekan lalu akan bertindak

agresif.

ASPEK KESELAMATAN

Tahap keselamatan . Ada juga dikalangan penganjur sukan yang kurang memberikan perhatian kepada aspek keselamatan. Tahap keselamatan yang longgar boleh memberikan peluang untuk bertindak agresif.

Penempatan Penonton – Kawalan keselamatan dan pembahagian penempatan penyokong tuan rumah dengan pasukan pelawat perlu berhati-hati. Sekiranya berlaku penyeberangan antara pasukan tuan rumah dan pasukan pelawat maka berlakulah tindakan agresif. Bawa alatan bahaya - botol, kayu, payung, mercun dll

55

Page 56: PJM 3117

3. Biologi

HORMON ADRENALINHormon – meransangMeningkat dalam suhu tinggi, kelesuan, bising

KEBANGKITAN FISIOLOGI Naik semangat Respon Unik Rembesan Hormon Adrenalin - meningkat

KESAN STEROID

kesan sampingan – mood sukar dikawal

Latihan.14.5 Apakah yang dimaksudkan sebagai keganasan gender, kelas sosial dan bangsa?

14.6 Cara Mengawal Keganasan Dalan Sukan

Berdasarkan kepada petikan dari buku mengaplikasi teori psikologi dalam sukan

oleh Shaharudin Abd. Aziz, terdapat beberapa cara dalam mengawal keganasan

dalam sukan sama ada disebabkan oleh pemain mahupun penonton. Bagi

mengurangkan keagresifan di kalangan atlet atau pemain antaranya adalah:

1. menggalakan role model yang bersih kepada atlet atau pemain. Ini akan

membuka mata pemain bahawa seseorang pemain yang menang adalah

disebabkan oleh permainan yang bersih.

2. Menghukum pemain yang beraksi secara agresif.

3. Menghukum jurulatih yang melakukan atau menggalakkan keagresifan

56

Page 57: PJM 3117

4. Menjauhkan stimulus luaran yang boleh meningkatkan keagresifan seperti

sepanduk serta kain rentang yang bersifat menghina.

5. Memberikan ganjaran kepada pemain atau pasukan yang bermain dengan

bersih.

Latihan.14.5 Dapatkan lebih banyak cara mengawal keganasan dalam sukan.

57