pjk setinggan

3
8/8/2019 pjk setinggan http://slidepdf.com/reader/full/pjk-setinggan 1/3 Isu Kesihatan : Masalah Setinggan  Julia bt Hishar @ Azhar (780920015982) 1  ISU KESIHATAN: MASALAH SETINGGAN Setinggan adalah merupakan penempatan yang dibina secara rawak dan tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan, swasta dan orang perseorangan. Kewujudan setinggan dikatakan mencemarkan persekitaran kawasan perbandaran kerana petempatan setinggan sering dikaitkan dengan mendapat udara yang bersih serta bekalan air yang tidak sempurna kemiskinan, ketidak selesaan, kesesakan, kekotoran dan kekurangan kemudahan asas. Masalah ini turut menyumbang kepada wujudnya masalah-masalah lain seperti jenayah, dadah dan sebagainya. Berdasarkan kajian setinggan di seluruh Malaysia mendapati terdapat sebanyak 114,944 unit bangunan kediaman setinggan dengan anggaran penduduk setinggan berjumlah 557,679 orang yang wujud di seluruh negara. Jumlah kampung setinggan di seluruh Malaysia adalah 1,032 buah khususnya tertumpu di negeri Selangor, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Sabah. Kebanyakan petempatan setinggan terdapat di kawasan-kawasan pantai (atas laut), bekas-bekas lombong, rizab jalan, rizab sungai, rizab keretapi dan kawasan pinggir bandar yang belum dibangunkan lagi. Penghijrahan warga asing tanpa kawalan juga mengakibatkan wujudnya pelbagai implikasi seperti petempatan warga asing, masalah sosial dan juga masalah jenayah seperti gangsterisme, kecurian, dadah, lanun dan sebagainya (Persidangan Pengawalan dan Penempatan Semula Setinggan Di Malaysia, 2000). Pelbagai faktor kewujudan setinggan, faktor perdana yang menyumbang kepada berleluasanya penempatan setinggan ialah wujudnya kawasan -kawasan lapang yang terbiar tanpa kawalan. Kawasan tanah tinggi di tepi landasan kereta api, tebing sungai, tepi lombong dan tanah terbiar yang terbiar tidak di usahakan merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan untuk dijadikan penempatan setinggan. Bagi pendatang tanpa izin pula, mereka membina penempatan setinggan ³segera´ di tepi sungai dan di lereng-lereng bukit. Kos hidup yang tinggi serta tidak sejajar dengan pendapatan keluarga juga mendorong sebahagian daripada penduduk meneroka tanah kosong milik kerajaan. Penghuni setinggan tidak mampu menghuni tempat tinggal yang selesa dan sempurna kerana kebanyakan penghuni setinggan rata -ratanya berpendapatan rendah dan kos hidup pula tinggi. Maka secara mudah kawasan setinggan yang tidak bersewa dan murah

Upload: lie-a

Post on 09-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: pjk setinggan

8/8/2019 pjk setinggan

http://slidepdf.com/reader/full/pjk-setinggan 1/3

Isu Kesihatan : Masalah Setinggan

 Julia bt Hishar @ Azhar (780920015982)

1

 

ISU KESIHATAN: MASALAH SETINGGAN

Setinggan adalah merupakan penempatan yang dibina secara rawak dan

tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan, swasta dan orang perseorangan.

Kewujudan setinggan dikatakan mencemarkan persekitaran kawasan perbandarankerana petempatan setinggan sering dikaitkan dengan mendapat udara yang bersih

serta bekalan air yang tidak sempurna kemiskinan, ketidak selesaan, kesesakan,

kekotoran dan kekurangan kemudahan asas. Masalah ini turut menyumbang kepada

wujudnya masalah-masalah lain seperti jenayah, dadah dan sebagainya.

Berdasarkan kajian setinggan di seluruh Malaysia mendapati terdapat sebanyak

114,944 unit bangunan kediaman setinggan dengan anggaran penduduk setinggan

berjumlah 557,679 orang yang wujud di seluruh negara. Jumlah kampung setinggan

di seluruh Malaysia adalah 1,032 buah khususnya tertumpu di negeri Selangor,diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Sabah. Kebanyakan

petempatan setinggan terdapat di kawasan-kawasan pantai (atas laut), bekas-bekas

lombong, rizab jalan, rizab sungai, rizab keretapi dan kawasan pinggir bandar yang

belum dibangunkan lagi. Penghijrahan warga asing tanpa kawalan juga

mengakibatkan wujudnya pelbagai implikasi seperti petempatan warga asing,

masalah sosial dan juga masalah jenayah seperti gangsterisme, kecurian, dadah,

lanun dan sebagainya (Persidangan Pengawalan dan Penempatan Semula

Setinggan Di Malaysia, 2000).

Pelbagai faktor kewujudan setinggan, faktor perdana yang menyumbang

kepada berleluasanya penempatan setinggan ialah wujudnya kawasan -kawasan

lapang yang terbiar tanpa kawalan. Kawasan tanah tinggi di tepi landasan kereta

api, tebing sungai, tepi lombong dan tanah terbiar yang terbiar tidak di usahakan

merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan untuk dijadikan penempatan

setinggan. Bagi pendatang tanpa izin pula, mereka membina penempatan

setinggan ³segera´ di tepi sungai dan di lereng-lereng bukit. Kos hidup yang tinggi

serta tidak sejajar dengan pendapatan keluarga juga mendorong sebahagian

daripada penduduk meneroka tanah kosong milik kerajaan. Penghuni setinggan

tidak mampu menghuni tempat tinggal yang selesa dan sempurna kerana

kebanyakan penghuni setinggan rata -ratanya berpendapatan rendah dan kos hidup

pula tinggi. Maka secara mudah kawasan setinggan yang tidak bersewa dan murah

Page 2: pjk setinggan

8/8/2019 pjk setinggan

http://slidepdf.com/reader/full/pjk-setinggan 2/3

Isu Kesihatan : Masalah Setinggan

 Julia bt Hishar @ Azhar (780920015982)

2

 

menjadi pilihan. Penghijrahan masyarakat luar bandar ke kawasan bandar juga

banyak menyumbang kepada berlakunya masalah setinggan.Kebanyakan mereka

berhijrah untuk mencari pekerjaan seperti buruh kasar, tukang kayu, pekerja kilang,

peniaga kecil dan banyak lagi pekerjaan yang berpendapatan rendah.Justeru

berpendapatan rendah mereka lebih suka meneroka tanah -tanah kosong untuk

dijadikan tempat tinggal.

Petempatan setinggan menimbulkan pelbagai masalah serius yang

mengancam kesihatan, kemajuan dan pembangunan bandar secara menyeluruh.

  Antaranya, pelbagai penyakit sosial seperti jenayah ragut, rogol dan kegiatan Ah

Long. Tidak kurang juga pergaulan bebas di antara perempuan dan lelaki menjurus

kepada perkara-perkara maksiat sehingga membawa kepada wujudnya

penyalahgunaan dadah, menganggu ketenteraman awam dengan berkumpul dan

melepak, menggangu anak-anak gadis, kecurian dan juga µgangsterisme¶ atau

samseng. Masalah seperti ini mengancam keselamatan kawasan setempat.

Kawasan penempatan setinggan yang kurang teratur turut menjadikan kawasan ini

sebagai tempat persembunyian penjenayah kerana ianya amat sukar untuk dimasuki

dan diperiksa oleh pihak berkuasa. Maka, tidak hairanlah jika ada sesetengah pihak

yang menjadikannya sebagai pusat pelacuran, perjudian dan medan pegaduhan

yang akan menjadi penyumbang besar masalah kesihatan seperti HIV,sifilis dan

penyakit kelamin lain serta kecederaan kecil atau besar akibat pergaduhan.

Kewujudan setinggan bukan sahaja mendorong kepada berlakunya jenayah,

malah ia juga boleh mengancam kesihatan penduduk sekitarnya dengan jangkitan

wabak seperti taun dan denggi. Ketiadaan kemudahan asas seperti bekalan air,

elektrik, tandas, sistem perparitan yang tidak sempurna atau longkang yang tidak

dibersihkan dan tempat pembuangan sampah menyebabkan mereka terpaksa

berkongsi bekalan air paip yang terhad atau menggunakan air perigi yang digali

untuk urusan sehari-hari serta menggunakan generator atau lampu gasolin sebagai

ganti elektrik. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan mereka mudah

terdedah kepada bahaya penyakit yang berjangkit. Ketiadaan tempat pembuangan

sampah yang sempurna menyebabkan kawasan setinggan lebih terkenal sebagai

suatu kawasan perumahan yang kotor. Gejala ini merupakan salah satu punca

tersebarnya penyakit yang berbahaya. Selain itu, kedudukan rumah -rumah

Page 3: pjk setinggan

8/8/2019 pjk setinggan

http://slidepdf.com/reader/full/pjk-setinggan 3/3

Isu Kesihatan : Masalah Setinggan

 Julia bt Hishar @ Azhar (780920015982)

3

 

setinggan yang agak rapat di anrtara satu dengan yang lain itu bukan saja

membahayakan kesihatan para penghuninya malah memudahkan api merebak jika

berlaku sesuatu kebakaran. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa keadaan di

kawasan setinggan ini mengancam kesihatan dan nyawa penduduk -penduduknya.

Bagi mengekang masalah ini, semua pihak yang terlibat perlu mengambil

tindakan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat setinggan yang menghuni

pinggir kota ini. Sebagai langkah permulaan, keadaan persekitaran kawasan

setinggan perlulah diperbaiki. Hal ini termasuklah memberikan bekalan air bersih,

bekalan elektrik, tandas, serta sistem perparitan yang lebih sempurna. Kemudahan-

kemudahan lain yang perlu disediakan ialah seperti kemudahan jalan dan jambatan,

lampu jalan dan pusat -pusat kesihatan. Perhatian yang serius perlu diberikan

terhadap pelajar yang tinggal d i kawasan seperti ini. Kelas-kelas bimbingan agama

dan kelas-kelas bimbingan pelajaran harus ditubuhkan juga. Sementara itu, ibu bapa

perlu diberi kesedaran tentang kepentingan pelajaran anak -anak mereka. Untuk itu

pihak kerajaan tempatan perlu menganjurkan ceramah-ceramah motivasi untuk

mnyedarkan masyarakat di kawasan ini agar berusaha meningkatkan taraf 

kehidupan mereka untuk kepentingan keluarga mereka sendiri. Melalui tunjuk ajar 

dan nasihat ini, diharapkan agar masyarakat setinggan akan dapat hidup de ngan

lebih sempurna.

Langkah lain yang boleh dibuat melalui k erajaan juga perlu mengambil

penempatan setinggan untuk dibangunkan seperti penyediaan rumah kos rendah

demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka. Penyediaan ini harus dilengkapi

dengan pelbagai kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air, sekolah, klinik dan

lain-lain. Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga boleh mengadakan program

gotong royong bersama penduduk untuk membersihkan kawasan sekitar dan juga

membantu mereka memantapkan rukun tetangga kawasan mereka agar 

keselamatan di kawasan mereka dapat dipertingkatkan dan juga mengurangkan

masalah sosial yang timbul di kawasan masing-masing.