pjj krb 3053 pjj upsi

3
KRB 3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH PJJ [PANDUAN KERJA KURSUS]

Upload: lehskss

Post on 26-Nov-2015

101 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ri krb 3053

TRANSCRIPT

FALSAFAH PENDIDIKAN DAN KURIKULUM (KPF 1013)

PAGE

KRB 3053KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH PJJ[PANDUAN KERJA KURSUS]

HASIL PEMBELAJARAN:Di akhir kursus, pelajar seharusnya boleh;

1. Mendalami kandungan Sukatan pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini dalam setiap aspek.

2. Mengenalpasti teori dan pendekatan pengajaran yang menjadi asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Mengetahui dan mengaplikasi kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk dijalankan di sekolah.

4. Membina rancangan mengajar mingguan dan harian yang sesuai dan menarik berdasarkan huraian sukatan pelajaran yang dipilih.

5. Menguasai unsur dalam pengajaran seperi penggabungjalinan, penyerapan, pemulihan, pengayaan, pengujian dan penilaian dan cara-cara diaplikasi.

ARAHAN1. Kursus KRB 3023 ini mengandungi tiga (3) tugasan dan Peperiksaan Akhir :Makropengajaran (Pembinaan RPH)

30%

Forum

30%

Peperiksaan Akhir

40%

2. Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar dalam bentuk soft-copy (upload ke MyGuru3) atau/dan hard-copy kepada Pensyarah bagi kumpulan masing-masing. (Nota: Bagaimana tugasan diserahkan adalah bergantung kepada pensyarah yang berkenaan)KATEGORI TUGASANPECAHAN TUGASANPANDUANMARKAH

MAKRO-PENGAJARAN

MAKROPENGAJARAN Pelajar dikehendaki membina Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk satu sesi makropengajaran selama 30-40 minit. Topik pengajaran adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR atau KSSR yang diajar di sekolah anda. Bahan bantu mengajar (BBM) dan soalan-soalan penilaian juga mesti disediakan.

Dalam Rancangan Pengajaran Harian:

menetapkan hasil pembelajaran untuk sesi pengajaran dengan mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan kefahaman sedia ada murid. menetapkan aktiviti pembelajaran yang akan dijalankan semasa sesi pengajaran.Menyatakan: apa pembelajaran dan pendekatan pengajaran yang akan digunakan; apa isu-isu / halangan yang dapat diatasi oleh pendekatan pembelajaran itu; pengurusan persekitaran pembelajaran bagi memastikan pembelajaran yang berkesan berlaku dengan selamat dan efektif.

menetapkan cara-cara menilai pembelajaran.

30

FORUM1. Pensyarah kumpulan masing-masing akan memuat naik (upload) 5 soalan untuk dibincangkan secara ilmiah dalam kalangan ahli kumpulan kuliah masing-masing di dalam portal MyGuru 3(Group Forum).

2. Setiap pelajar MESTI menjawab setiap soalan dengan mengemukakan 3 isi penting dan tidak kurang daripada 150 patah perkataan bagi setiap jawapan.

3. Selain dari menjawab soalan tersebut, setiap pelajar juga perlu membuat komentar terhadap sekurang-kurangnya 3 jawapan yang dikemukakan oleh rakan sekumpulan yang lain bagi setiap soalan yang dikemukakan.

4. Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan. Kelewatan untuk menjawab dan memberi komentar mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan markah kerja kursus yang disediakan.

5. Tajuk E-Forum tertakluk kepada pensyarah kumpulan kuliah.

30

PEPERIKSAAN AKHIRPeperiksaan adalah dalam bentuk soalan Esei berdasarkan modul yang disediakan.

40

JUMLAH100

.PAGE 3