piramid makanan malaysia

11
Piramid Makanan Malaysia Pengenalan Piramid Makanan Malaysia merupakan satu panduan mudah bagi individu mempelbagaikan makanan harian mengikut jumlah sajian yang disarankan. Makanan seimbang mengandungi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberi kita semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Tiada satu pun makanan tunggal yang dapat membekalkan kesemua zat yang diperlukan. Tubuh memerlukan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang berbeza untuk memelihara kesihatan. Piramid Makanan Malaysia mempunyai gabungan lima (5) kumpulan makanan yang diletakkan pada empat (4) aras. Selain daripada jenis kumpulan makanan, piramid makanan juga menyatakan jumlah sajian yang disarankan untuk diambil dalam sehari bagi setiap kumpulan makanan. Bentuk piramid yang lebih besar di bahagian bawah dan semakin mengecil ke atas menggambarkan kepada individu perlu mengambil makanan yang lebih banyak pada bahagian bawah (dasar) piramid dan makan sedikit makanan-makanan pada aras paling atas (puncak) piramid. Kumpulan Makanan dan Aras

Upload: kaoru-amane

Post on 12-Jan-2016

277 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

piramid makanan

TRANSCRIPT

Page 1: Piramid Makanan Malaysia

Piramid Makanan Malaysia

Pengenalan

Piramid Makanan Malaysia merupakan satu panduan mudah bagi individu mempelbagaikan makanan harian mengikut jumlah sajian yang disarankan.

Makanan seimbang mengandungi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberi kita semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Tiada satu pun makanan tunggal yang dapat membekalkan kesemua zat yang diperlukan. Tubuh memerlukan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang berbeza untuk memelihara kesihatan.

Piramid Makanan Malaysia mempunyai gabungan lima (5) kumpulan makanan yang diletakkan pada empat (4) aras. Selain daripada jenis kumpulan makanan, piramid makanan juga menyatakan jumlah sajian yang disarankan untuk diambil dalam sehari bagi setiap kumpulan makanan.

Bentuk piramid yang lebih besar di bahagian bawah dan semakin mengecil ke atas menggambarkan kepada individu perlu mengambil makanan yang lebih banyak pada bahagian bawah (dasar) piramid dan makan sedikit makanan-makanan pada aras paling atas (puncak) piramid.

Kumpulan Makanan dan Aras

Page 2: Piramid Makanan Malaysia
Page 3: Piramid Makanan Malaysia
Page 4: Piramid Makanan Malaysia
Page 5: Piramid Makanan Malaysia
Page 6: Piramid Makanan Malaysia
Page 7: Piramid Makanan Malaysia

Rujukan

Kementerian Kesihatan Malaysia (2010). Panduan Diet Malaysia. Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan

Malaysia, Putrajaya.

 

http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/umum/piramid-makanan-malaysia

Page 8: Piramid Makanan Malaysia

------------------------------------------------------------------

Pembesaran kanak-kanak sihat

29 November 2010

Kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang menyeluruh bukan saja ditentukan melalui pertumbuhan fizikal yang baik, perkembangan mental yang sihat juga sama pentingnya.

"Kanak-kanak yang sihat mental mampu meluahkan perasaan, lebih yakin dengan diri, boleh menyayangi dan mempercayai orang lain dan boleh menyesuaikan diri dengan keperluan hidup dengan positif," kata pakar perunding psikiatri Dr Yen Teck Hoe.

Tambah Dr Teck Hoe, sistem pendidikan kini terlalu menekankan pencapaian akademik menyebabkan kanak-kanak lebih tertekan dan mengganggu perkembangan mental serta emosi mereka.

Pemakanan

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) III 2006, terdapat kira-kira 20 peratus kanak-kanak (berumur antara 1-18 tahun) yang mengalami malnutrisi di seluruh negara.

Statistik juga menunjukkan kira-kira 15 peratus kanak-kanak kurang berat badan manakala 5.4 peratus terlebih berat badan. Kumpulan kanak-kanak yang paling banyak mengalami masalah pemakanan adalah yang bersekolah rendah.

"Malnutrisi adalah keadaan yang berpunca daripada diet yang tidak seimbang. Ia termasuklah kekurangan pemakanan, di mana kalori dan sesetengah nutrien penting tidak diambil dengan mencukupi atau terlebih pemakanan, di mana pengambilan kalori dan sesetengah nutrien melebihi jumlah yang diperlukan," terang pakar pemakanan Profesor Madya Dr Norimah A Karim.

Kecederaan & penyakit

Page 9: Piramid Makanan Malaysia

Menurut statistik kebangsaan 2006, kadar kematian kanak-kanak di bawah usia lima tahun, termasuk bayi baru lahir adalah 7.2 bagi setiap ribu kelahiran hidup; dengan kebanyakan kematian berlaku pada tahun pertama.

"Kebanyakan kemalangan boleh dielakkan sekiranya ibu bapa lebih sedar akan penyebab kemalangan dan lebih peka ketika anak-anak mereka bermain di luar," kata pakar perunding pediatrik dan kardiologi pediatrik Datuk Dr Zulkifli Ismail.

Menjadi ibu bapa yang lebih baik

Salah satu cara untuk mempelajarinya adalah melalui perbincangan dengan doktor kanak-kanak. Satu lagi saluran adalah melalui program pendidikan dengan pakar, seperti Program Pengasuhan Positif yang memberikan maklumat, pengetahuan dan nasihat berkenaan asuhan dan penjagaan kanak-kanak.

Dalam pada itu, Pengasuhan Positif akan menyambut ulang tahun kesepuluhnya di Sunway Pyramid, Kuala Lumpur mulai 11 pagi ke 9 malam. Pelbagai permainan dan aktiviti menarik termasuk pelancaran buku 'Welcoming Baby' (dalam dwibahasa) oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Sesiapa yang berminat untuk membeli buku ini boleh menghubungi Sekretariat Pengasuhan Positif di talian 03-5632 3301.

This article was published in www.utusan.com.my on 21 November 2010.

http://mpaweb.org.my/article.php?aid=287

Page 10: Piramid Makanan Malaysia

MALNUTRISI

Malnutrisi protein-tenaga merupakan satu masalah kesihatan awam yang agak serius di beberapa

negara membangun. Kejadian kekurangan protein-tenaga yang ringan dan sederhana masih

dilaporkan terutamanya di kalangan tahap sosio-ekonomi yang rendah (Arokiasamy, 1990;

Osman Ali, 1991). Kajian oleh Chong et al. (1984) di kampung miskin di Kelantan, Johor,

Kedah dan Perak ke atas kanak-kanak dan lahir hingga enam tahun telah mendapati ramai yang

mengalami malnutrisi protein-tenaga kronik, iaitu kebantutan seramai 43%, dan malnutrisi

semasa iaitu berat badan rendah seramai 37%. Kajian lain di beberapa kampung di Perak dan

Kelantan mendapati sejumlah 40% kanak-kanak daripada 203 yang dikaji mempunyai

kekurangan berat badan, 16% kesusutan serta 27% kanak-kanak itu terbantut. (Kandiah et al.,

1989). Kajian lain yang menunjukkan kekurangan pemakanan di kalangan kanakkanak luar

bandar adalah kajian yang dijalankan oleh Rechilda et al. (1986) di Kuala Selangor. Hasil kajian

tersebut mendapati 32.9% kanak-kanak prasekolah mengalami kekurangan berat badan, 8.9%

kebantutan, 17.7% kesusutan serta 3.8% mengalami kebantutan dan kesusutan. Kajian ini juga

menunjukkan pengambilan kalori, protein, ferum dan vitamin B2 adalah rendah di kalangan

kanak-kanak tersebut.

http://nutriweb.org.my/publications/mjn001_2/mjn1n2_art3.pdf