wadah maklumat kesihatan anda info sihatjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/pdf/info...

2
WADAH MAKLUMAT KESIHATAN ANDA INFO SIHAT Oleh : En Mohamad Ridzuan Mohamad Salleh Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Statistik yang diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan terdapat 2.6 juta rakyat dewasa mengidap diabetes, 5.8 juta mengidap hipertensi, 6.2 juta mempunyai kolesterol yang tinggi dan 2.5 juta rakyat kita dikategorikan ‘gemuk’. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan. Prinsip Pemakanan Sihat Cara terbaik untuk memastikan keperluan makanan ahli keluarga dipenuhi adalah dengan mengambil pelbagai jenis makanan dan mengamalkan prinsip-prinsip pemakanan sihat iaitu : Makan pelbagai jenis makanan Mengambil pelbagai jenis makanan dapat memastikan tubuh badan mendapat semua khasiat makanan yang diperlukan. Gunakan ‘Piramid Makanan’ sebagai panduan untuk memilih makanan sekeluarga. Makan bijirin dan kekacang secukupnya Bijirin merupakan sumber tenaga yang utama. Bijirin juga kaya dengan serat dan contoh bijirin adalah nasi, roti, mi dan mihun. Kekacang merupakan sumber serat yang baik dan kaya dengan protin serta kandungan lemaknya rendah. Contoh kekacang adalah kacang soya, kacang pis dan kacang dhal. Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi lemak yang rendah dan membekalkan pelbagai jenis zat seperti vitamin A, C, asid folik, zat besi dan kalsium serta kaya dengan serat. Pengambilan serat adalah penting untuk melawaskan pembuangan najis, buasir dan penyakit usus (diverticular diseases) disamping mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan beberapa jenis kanser. Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal Aktiviti fizikal dapat membantu badan anda membakar kalori yang berlebihan daripada makanan. Ianya dapat membantu mengawal berat badan. Jika berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan makanan dan tingkatkan aktiviti fizikal. Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk menyerap vitamin-vitamin larut lemak, iaitu vitamin A, D, E dan K. Ia juga melazatkan dan memperbaiki tekstur makanan. Lemak yang berlebihan daripada makanan akan disimpan di dalam badan menyebabkan berat badan bertambah dan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, strok, obesiti dan masalah-masalah kesihatan yang lain. Kurangkan pengambilan garam dan gula Kebanyakan makanan yang diawet dan diproses mempunyai kandungan garam dan gula. Jika menggunakan kicap atau sebarang sos, garam tidak perlu ditambah di dalam masakan. Rasalah makanan terlebih dahulu sebelum menambah garam. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air sehari Air adalah penting untuk fungsi fisiologi di dalam badan, mengawal suhu badan dan mengeluarkan bahan sisa dari badan. Air diperlukan untuk menggantikan cecair tubuh yang hilang, terutamanya jika kita melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. SIDANG REDAKSI PENASIHAT : DATO’ HALIMI ABD MANAF Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan EN. TAN LAI SENG Timb. Ketua Pengarah (T) Jabatan Kerajaan Tempatan PENYELARAS : DR. HASNAH BIBON TN. HJ. SUHAILI SIRUN TN. HJ. ROSNANI AB HAMID EN. PETER NGALANG KETUA EDITOR : EN. SAHHIR KUNJU ABD. KARIM EDITOR : EN. KAMARUZAMAN KHAN EN. RAJENDRAN KOBALU EN. MOHAMAD RIDZUAN EN. MOHAMAD FAZLY ZAINAL EN. SOMASUNDRAM VETHIAH TN. HJ. ABD HAMID OSMAN CIK KAYRUL HIDAYAH MANSOR CIK NADYA SURIA MOHD SALLEH SEKRETARIAT ; EN. M.HARAWI HARUN PN. NAJUAH ABDUL HALIM PN. NURUL AISHAH MOHD TAIB EN. MOHD SHAHARUDIN DAUD PN. HASNILMILA OSMAN DITERBITKAN OLEH : BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN Aras 26, 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya 03-88913374 [email protected] BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN TOPIK BULAN INI EDISI : ME1 2013 MAKAN SECARA SIHAT : Pilihan Di Tangan Anda….

Upload: dangdiep

Post on 12-Feb-2018

256 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: WADAH MAKLUMAT KESIHATAN ANDA INFO SIHATjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Info Sihat/2013/info_sihat_05... · khasiat makanan yang diperlukan. Gunakan ‘Piramid Makanan’ sebagai

WADAH MAKLUMAT KESIHATAN ANDA

INFO SIHAT

Oleh : En Mohamad Ridzuan Mohamad Salleh Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Statistik yang diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan terdapat 2.6 juta rakyat dewasa mengidap diabetes, 5.8 juta mengidap hipertensi, 6.2 juta mempunyai kolesterol yang tinggi dan 2.5 juta rakyat kita dikategorikan ‘gemuk’. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan”. Prinsip Pemakanan Sihat Cara terbaik untuk memastikan keperluan makanan ahli keluarga dipenuhi adalah dengan mengambil pelbagai jenis makanan dan mengamalkan prinsip-prinsip pemakanan sihat iaitu :

Makan pelbagai jenis makanan Mengambil pelbagai jenis makanan dapat memastikan tubuh badan mendapat semua khasiat makanan yang diperlukan. Gunakan ‘Piramid Makanan’ sebagai panduan untuk memilih makanan sekeluarga.

Makan bijirin dan kekacang secukupnya Bijirin merupakan sumber tenaga yang utama. Bijirin juga kaya dengan serat dan contoh bijirin adalah nasi, roti, mi dan mihun. Kekacang merupakan sumber serat yang baik dan kaya dengan protin serta kandungan lemaknya rendah. Contoh kekacang adalah kacang soya, kacang pis dan kacang dhal.

Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi lemak yang rendah dan membekalkan pelbagai jenis zat seperti vitamin A, C, asid folik, zat besi dan kalsium serta kaya dengan serat. Pengambilan serat adalah penting untuk melawaskan pembuangan najis, buasir dan penyakit usus (diverticular diseases) disamping mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan beberapa jenis kanser.

Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal Aktiviti fizikal dapat membantu badan anda membakar kalori yang berlebihan daripada makanan. Ianya dapat membantu mengawal berat badan. Jika berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan makanan dan tingkatkan aktiviti fizikal.

Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk menyerap vitamin-vitamin larut lemak, iaitu vitamin A, D, E dan K. Ia juga melazatkan dan memperbaiki tekstur makanan. Lemak yang berlebihan daripada makanan akan disimpan di dalam badan menyebabkan berat badan bertambah dan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, strok, obesiti dan masalah-masalah kesihatan yang lain.

Kurangkan pengambilan garam dan gula Kebanyakan makanan yang diawet dan diproses mempunyai kandungan garam dan gula. Jika menggunakan kicap atau sebarang sos, garam tidak perlu ditambah di dalam masakan. Rasalah makanan terlebih dahulu sebelum menambah garam.

Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air sehari Air adalah penting untuk fungsi fisiologi di dalam badan, mengawal suhu badan dan mengeluarkan bahan sisa dari badan. Air diperlukan untuk menggantikan cecair tubuh yang hilang, terutamanya jika kita melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.

SIDANG REDAKSI

PENASIHAT : DATO’ HALIMI ABD MANAF Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan EN. TAN LAI SENG Timb. Ketua Pengarah (T) Jabatan Kerajaan Tempatan PENYELARAS : DR. HASNAH BIBON TN. HJ. SUHAILI SIRUN TN. HJ. ROSNANI AB HAMID EN. PETER NGALANG KETUA EDITOR : EN. SAHHIR KUNJU ABD. KARIM EDITOR : EN. KAMARUZAMAN KHAN EN. RAJENDRAN KOBALU EN. MOHAMAD RIDZUAN EN. MOHAMAD FAZLY ZAINAL EN. SOMASUNDRAM VETHIAH TN. HJ. ABD HAMID OSMAN CIK KAYRUL HIDAYAH MANSOR CIK NADYA SURIA MOHD SALLEH SEKRETARIAT ; EN. M.HARAWI HARUN PN. NAJUAH ABDUL HALIM PN. NURUL AISHAH MOHD TAIB EN. MOHD SHAHARUDIN DAUD PN. HASNILMILA OSMAN

DITERBITKAN OLEH :

BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN Aras 26, 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya 03-88913374 [email protected]

BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN

TOPIK BULAN INI EDISI : ME1 2013

MAKAN SECARA SIHAT : Pilihan Di Tangan Anda….

Page 2: WADAH MAKLUMAT KESIHATAN ANDA INFO SIHATjkt.kpkt.gov.my/jkt/resources/PDF/Info Sihat/2013/info_sihat_05... · khasiat makanan yang diperlukan. Gunakan ‘Piramid Makanan’ sebagai

Amalan gaya hidup sihat merupakan satu faktor utama bagi mencegah penyakit tidak berjangkit atau Non-Communicable Diseases (NCD) seperti penyakit jantung, diabetes, strok, kanser dan hipertensi. Apa yang lebih merungsingkan adalah ramai di kalangan kita yang tidak sedar bahawa kita mengidap penyakit-penyakit ini yang juga dikenali sebagai “silent diseases”. Penjawat awam yang sihat merupakan nadi kepada penyampaian perkhidmatan kerajaan dan merupakan aset penting dalam pembangunan negara. Bagi meningkatkan kesedaran mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam di Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), maka Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan JKT dan Bahagian Kesihatan Persekitaran di JKT telah menganjurkan Majlis Pelancaran Program Gaya Hidup Sihat di Jabatan Kerajaan Tempatan pada 22 Januari 2013 bertempat di Dewan Kristal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Majlis pelancaran program telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Halimi bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan. Seramai 134 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam di Jabatan Kerajaan Tempatan telah menghadiri majlis perasmian tersebut.

Diantara aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut adalah seperti berikut :

i. Kempen Derma Darah ii. Ujian Penentuan Kumpulan Darah (Blood Group) iii. Pengukuran Indeks Jisim Badan (BMI) iv. Penyerahan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di JKT v. Promosi Amalan Gaya Hidup Sihat vi. Pameran Kesihatan

Jabatan Kerajaan Tempatan juga telah menganjurkan Program Trim & Fit 2013 bagi menggalakkan penjawat awam di JKT mengamalkan gaya hidup sihat.

INFORMASI

Tahukah anda petua penjagaan makanan yang baik ?

TAHUKAH ANDA ?

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT DAN KEMPEN DERMA DARAH DI JABATAN KERAJAAN

Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.

Biasakan rehat makan (contoh puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.

Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.

Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.

Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.

Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.

Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG dan bahan pewarna.

Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi.

Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar.

Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin. Biasakan makan makanan/minuman berasaskan

kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.

Sumber: http://www.kpwkm.gov.my