pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

140
MODUL PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Upload: nurzila-ibrahim

Post on 06-Jul-2015

1.187 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

MODUL PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

PIM 3101

PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Page 2: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 3: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

ii

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 4: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Guru I

Panduan Pelajar vi - viii

Pengenalan ix

Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1 : Sejarah Pendidikan Islam Zaman

Rasulullah dan Khulafak Ar- Rasyidin

1.1 Sinopsis

1.2 Hasil Pembelajaran

1.3 Kerangka Tajuk

1.4 Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam

1.4.1 Zaman Rasulullah SAW

1.4.2 Pendidikan Islam di Madinah

1.3.3 Pendidikan Islam Zaman Khulafak Ar Rasyidin

1 - 8

Tajuk 2 : Perkembangan Pendidikan Islam di

Malaysia

2.1 Sinopsis

2.2 Hasil Pembelajaran

2.3 Kerangka Tajuk

2.4 Perkembangan Pendidikan Islam di

Malaysia

2.4.1 Zaman Kerajaan Melayu Melaka

2.4.2 Zaman Penjajahan

2.4.3 Sistem Pendidikan Pondok

2.4.4 Pendidikan Islam Selepas

Merdeka

2.4.5 Institusi Pendidikan Islam di

Malaysia Selepas Merdeka

9 – 21

KANDUNGAN MUKA SURAT

Page 5: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

ii

Tajuk 3 : Asas-asas Pembinaan Kurikulum

Pendidikan Islam Sekolah Rendah

3.1 Sinopsis

3.2 Hasil Pembelajaran

3.3 Kerangka Tajuk

3.4 Konsep dan Matlamat Pendidikan Islam

3.5 Pendidikan Islam dan Sarjana Islam

3.6 Matlamat Pendidikan Islam

3.7 Bidang Pendidikan Islam

3.8 Falsafah Pendidikan Islam

22- 36

Tajuk 4: Analisa Perbandingan Kurikulum Lama dan Kurikulum Baru Pendidikan Islam Sekolah Rendah. 4.1 Sinopsis

4.2 Hasil pembelajaran

4.3 Kerangka Tajuk

4.4 KLSR dan KBSR

4.5 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

4.6 Pengenalan KSSR

37-56

Tajuk 5: Analisis Kandungan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. 5.1 Sinopsis

5.2 Hasil pembelajaran

5.3 Kerangka Tajuk

5.4 Matlamat Pendidikan Islam Sekolah Rendah

5.5. Objektif Pendidikan Islam

5.6 Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran

Pendidikan Islam Sekolah Rendah

5.7 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan

Islam

57-73

Page 6: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

iii

Tajuk 6: Penggunaan Buku Teks dan Buku Panduan

Guru

6.1 Sinopsis

6.2 Hasil pembelajaran

6.3 Kerangka Tajuk

6.4 Konsep Buku Teks

6.4.1 Keberkesanan Buku Teks :

6.5 Buku Panduan Guru

6.5.1 Fungsi Buku Panduan Guru

Tajuk 7: Pengenalan Pendidikan Islam j-QAF

7.0 Sinopsis

7.1 Hasil pembelajaran

7.3 Kerangka Tajuk

7.4 Pengenlan Program j-Qaf

7.4.1 Konsep Program j-Qaf

7.4 2 Objektif Program j-Qaf

7.4.3 Kepentingan program j-Qaf

7.5 Pelaksanaan j-Qaf

80-92

Tajuk 8: Pengenalan Model-Model Program j-QAF

8.1 Sinopsis

8.2 Hasil pembelajaran

8.3 Kerangka Tajuk

8.4 Pengenalan Model-Model j-QAf

8.4.1 Model KelaS Pemulihan Jawi

8.4.2 Model 6 Bulan Khatam al-Quran

8.4.3 Model Tasmik al-Quran

93- 109

Page 7: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

iv

Tajuk 9: Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi dan Model Kem Bestari Solat

9.1 Sinopsis

9.2 Hasil pembelajaran

9.3 Kerangka Tajuk

9.4 Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi

9.4.1 Takrif

9.4.2 Matlamat

9.4.3 Objektif

9.4.4 Strategi Pelaksanaan

9.4.5 Agihan Tugas

9.4.6 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran

9.4.7 Penilaian

9.5 Konsep Program Bestari Solat

9.5.1 Konsep

9.5.2 Objektif

9.5.3 Langkah-langkah pelaksanaan

9.5.4 Jawatankuasa Pelaksana

9.5 5 Peruntukan Kewangan

9.5.6 Lantikan Fasilitator

9.5.7 Cadangan Jadual Aktivitii

9.6 Penutup

94-120

Tajuk 10: Pelaksanaan Program Pendidikan Islam Enam Bulan Pertama Tahun Satu

10.0 Sinopsis

10.1 Hasil pembelajaran

10.3 Kerangka Tajuk

10.4 Program Pendidikan Islam Enam Bulan 10.4.1 Objektif

10.4.2 Kumpulan Sasaran dan Waktu

121-128

Page 8: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

v

Pembelajaran

10.4.3 Langkah Pengajaran

10.4.4 Tindakan Susulan

10.4.5 Harapan

Bibliografi 129

Panel Penulis Modul 130

Ikon Modul 131

Page 9: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

vi

PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1:

PANDUAN PELAJAR

Page 10: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

vii

* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif. SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

Aktiviti-aktiviti Pembelajaran

Agihan Jam pembelajaran

Mengikut Kredit Kursus

3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit

Tanpa

Amali

(3+0)

Ada

Amali

(2+1)

(1+2)

(0+3)

Tanpa

Amali

(2+0)

Ada

Amali

(1+1)

(0+2)

Tanpa

Amali

(1+0)

Ada

Amali

(0+1)

Membaca modul

pembelajaran dan

menyiapkan latihan /

tugasan terarah / amali

70

60

70

62

70

65

Menghadiri kelas interaksi

bersemuka (5 kali) 10 10 5 5 5 5

Latihan Amali* - 10 - 8 - 5

Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½

Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15

Ulangkaji 10 10 10 10 5 5

Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½

Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40

Page 11: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

viii

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri

pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira

sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.

Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

Page 12: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

ix

Pengenalan Modul ini membincangkan mengenai Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam

Pendidikan Rendah di Malaysia. Kursus ini mencakupi tajuk sejarah Pendidikan

Islam di zaman rasulullah, zaman khulafak dan selepasnya, zaman sebelum

merdeka dan selepas merdeka. Perbincangan dilanjutkan dengan menyentuh

aspek matlamat, falsafah dan objektif pembinaan kurikulum Pendidikan Islam di

Malaysia dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan Kurikulum Baru

Sekolah Rendah (KBSR).

Bidang-bidang pengajian seperti Asuhan Tilawah al-Quran, Asas Ulum

Syar`iyyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Jawi. Bidang-bidang pengajian

tersebut diterjemahkan dalam bentuk Buku Teks yang memerlukan para guru

memahami fungsi, kepentingan dan kemahiran-kemahiran yang terkandung di

dalamnya. Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia dimantapkan lagi dengan

pengenalan pelaksanaan program j-QAF yang merupakan program sokongan

dan pemantapan kepada pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam. Bagi

memantapkan pelaksanaan program j-QAF, lima model telah disediakan oleh

pihak Kementerian Pelajaran iaitu;

i. Model Kelas Pemulihan Jawi

ii. Model 6 bulan Khatam al-Quran

iii.Model Tasmik al-Quran

iv.Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi, dan

v. Model Kem Bestari Solat

Modul ini diagihkan kepada 10 tajuk-tajuk kecil. Setiap topik disusuli dengan

pengenalan ringkas mengenai topik berkenaan, pernyataan hasil pembelajaranm

kerangka tajuk dan isi pembelajaran. Setiap pelajar kehendaki membaca isi

pembelajaran berkenaan dan dikehendaki menyelesaikan soalan-soalan tugasan

yang disediakan. Para pensyarah perlu memastikan soalan-soalan perbincangan

dikuasai oleh pelajar dengan baik. Secara tidak langsung, aktiviti sebegini akan

memantapkan kefahaman pelajar berkaitan topik yang dibincangkan.

Page 13: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

(KOD DAN NAMA KURSUS)

TAJUK 1 (TAJUK KURSUS)

SINOPSIS

HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI)

KERANGKA TAJUK-TAJUK ( dengan peta minda yang sesuai

seperti contoh di bawah)

KANDUNGAN ISI (Panduan: aktiviti-aktiviti boleh disediakan untuk membantu pelajar memahami tajuk tertentu, dan 2 latihan ( pengetahuan dan aplikasi) boleh diberikan pada akhir modul untuk menguji kefahaman pelajar. Jawapan aktiviti / latihan boleh dihantar kepada pensyarah untuk semakan melalui emel, OLL atau serahan ketika berkursus di IPG. Jawapan tersebut perlu disimpan dalam portfolio pelajar sebagai bahan bukti. Aktivit dan latihan yang diberi perlu mengambil kira beban pembelajaran pelajar.)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------ CATATAN:

1. ISI PELAJARAN SETIAP TAJUK PERLU MELIPUTI 4 PERKARA DI ATAS.

2. LAYOUT SETTING MENGIKUT KETETAPAN YANG BERIKUT: a) FONT : ARIAL b) SAIZ FONT : TAJUK UTAMA – 14

SUB TAJUK – 12 ISI KANDUNGAN – 12

c) SPACING : 1.5 3. BOLEH MENGGUNAKAN IKON YANG DILAMPIRKAN.

Page 14: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

viii

Nama Kursus : Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah Kod : PIM 3101

Bilangan Interaksi

Tajuk/Topik

Kandungan Jam

Kredit Catatan

1 Pendaftaran Dan

Taklimat 11 Jun 2011

2

Topik 1:Perkembangan Pendidikan Islam

Zaman Rasulullah s.a.w Pendidi Islam Di Madinah Zaman Khulafa’ al-Rasyidin

6

25 Jun 2011 Topik 2:Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia Hingga kini

Zaman Sebelum Merdeka Zaman Kerajaan Melayu

Melaka Zaman Penjajahan Sistem Pendidikan

Pondok Zaman Selepas Merdeka Institusi Pendidikan Islam

di Malaysia Selepas Merdeka

6

3

Topik 3: Asas-Asas Pembinaan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah.

Kurikulum Pendidikan Islam Konsep Matlamat Falsafah

2

30 Julai 2011 Topik 4: Analisa Kurikulum Lama dan Kurikulum Baru Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Pengenalan Kurikulum Standart Sekolah Rendah.

Kurikulum Lama Sek Rendah Pengenalan Pengurusan Bilik Darjah

KLSR Ciri-ciri bilik darjah tradisi Pengujian dan Penilaian

dalam KLSR Kurikulum Baru Sek Rendah

Matlamat dan Objektif KBSR

Prinsip dan Ciri KBSR Pelaksanaan KBSR Pengurusan Bilik Darjah

KBSR Pengujian dan penilaian

dalam KBSR Fokus dan Struktur KBSR Kekuatan dan

Kelemahan KBSR Pengenalan KSSR

4

AGIHAN TAJUK

Page 15: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

ix

Bilangan Interaksi

Tajuk/Topik

Kandungan Jam

Kredit Catatan

4

Topik 5: Analisis kandungan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR

Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Matlamat Bidang

Huraian Sukatan Pelajaran Matlamat Kandungan Fokus

6

20 Ogos 2011

Topik 6: Pengenalan Buku Teks dan Buku Panduan Guru dan kaitan dengan sukatan pelajaran

Konsep Buku Teks Keberkesanan Buku Teks Buku Panduan Guru Fungsi Buku Panduan Guru Keberkesanan Buku

Panduan Guru

6

5

Topik 7: Pengenalan Pendidikan Islam Program j-QAF

Objektif Konsep Matlamat Kepentingan j-QAF Pelaksanaan Program j-QAF

3

24 Sep 2011

Topik 8: Pengenalan Model-model dalam program j-QAF

Model Kelas Pemulihan Jawi Model 6 bulan Khatam Al Quran Model Kelas Tasmik Khatam Al Quran

4

6 Topik 9: Model-model dalam program j-QAF dan pelaksanaannya

Model Peluasan Bahasa Arab Komunikasi Model Kem Bestari Solat

2 1 Okt 2011

Page 16: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

x

Bilangan Interaksi

Tajuk/Topik

Kandungan Jam

Kredit Catatan

Topik 10: Pelaksanaan Program Pendidikan Islam Enam Bulan Pertama Tahun Satu

Latarbelakang Program Konsep Program

Objektif

Kumpulan Sasaran dan Waktu Pembelajaran

Langkah Pengajaran Tindakan Susulan

Harapan

6

JUMLAH

45

Page 17: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

122

BIBLIOGRAFI

Abdullah Basmih, (1985) Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran Bahagian Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh, (1991) Kursus Qari dan Qariah , Cetakan ke 18, Terbitan Pustakan Aman Press , Kota Bharu, Kelantan Ahmad Mohd. Saleh, Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi ( 1997), Shah Alam , Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ahmad Mohd. Saleh, Pengajian Agama Islam & j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan untuk KPLI (2008) Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar sdn. Bhd. Ahmad Mohd Salleh Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam, (2011) Edisi Kedua, Shah Alam , Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd. Ee Ah Meng, Pedagogi 1 , Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah ( Semester 1 ) ( 1997 ) Shah Alam, Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ee Ah Meng, Pendidikan di Malaysia 1, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah, ( Semester 1 ) ( 1996 ), . Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti, Sdn. Bhd. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Buku Panduan Dasar, Perlaksanaan dan Pengurusan Kurikulum j-QAF (2004). Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. J-QAF: Buku Panduan Perlaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan KoKurikulum (2004). Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia,Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dewan Bahasa dan Pustaka.2002 Kementerian Pendidikan Malaysia, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah. Dewan Bahasa dan Pustaka 2002. Kementerian Pendidikan Malaysia, Buku Teks Pendidikan Islam, Tahun 1- 6

Page 18: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

123

Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan KPLI ( semester 1 ) ( 1999 ), Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.. Mok Soon Sang , Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan (1994), Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa ( KL ) SDn. Bhd .

www.sabah.edu.my

www.ppdhl.net/v2/images/10/_Panduan_Pelakasanaan_B.Arab

www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdfail

www.4shared.com/file/f/buku_Panduan_Pelaksanaan_Model.html

www.bpi.edu.my

Page 19: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

124

Page 20: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

Page 21: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

 

16

PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

(PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH) PIM3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)

NAMA KELAYAKAN

Dr NORIATI BINTI A. RASHID Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

Kelulusan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM

EN. OTHMAN BIN LOMAN Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia Tel:016-2737473 [email protected]

Kelulusan: B.A (Hons). (Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah), UKM. Sijil Guru Perguruan Khas (Qiraat dan Tarannum) IPIS. Sijil Perguruan Asas IPIS Pengalaman: Penolong Pengarah Unit Kurikulum (Pra Perkhidmatan Sekolah Rendah). Pensyarah IPG 4 tahun. Guru Kelas Khas Kemahiran al-Quran 4 Tahun Guru Sekolah Menengah 16 Tahun Guru Sekolah Rendah 2 Tahun

DR RIDZUAN BIN AHMAD Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim Jalan Kuala Ketil 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman [email protected]

Kelulusan: Ph.D ( Pengajian Islam),USM M Ed. (Pengurusan dan Pentadbiran), UTM B.A. Hons. (Pengajian Islam), Uni Al-Azhar, Kaherah Dip. Pendidikan (Pendidikan Islam), MPI Pengalaman: Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPSAH (13 tahun) Panel Penggubal Kurikulum Pengajian/ Pendidikan Islam KPLI (R), KPLI(j-QAF), dan KDPM SABK Panel Penggubal Modul LPBS/KDC – KPLI (R), KPLI(j-QAF) dan KDPM SABK

PN HJH AFIFAH BT ABU BAKAR Pensyarah Institut Perguruan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman [email protected]

Kelulusan: M. Ed. USM (1999) B.A. Hons. (Pendidikan Islam), UM (1988) Pengalaman: Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPSAH (17 tahun) Guru Sekolah 6 tahun Panel Penggubal Modul LPBS/KDC-KPLI (R), KPLI(j-QAF), KDPM SABK.

Page 22: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

 

16

Page 23: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

1

TAJUK 1

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM PADA ZAMAN RASULULLAH SAW DAN ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN

1.1 Sinopsis Pelajar-pelajar yang dikasihi Selamat datang dan berinteraksi dengan tajuk 1. Tajuk-tajuk dalam unit ini

membincangkan tentang perkembangan Pendidikan Islam di zaman Rasulullah SAW.

Bermula dari kebangkitan baginda di Mekah, kemudian berhijrah ke Madinah

sehinggalah kewafatan baginda saw merangkumi pusat penyebaran ilmu, peringkat

pengajian, institusi pengajian, method pengajian dan kurikulum. Diteruskan pada zaman

Khulafa’ al-Rasyidin dimana Pendidikan Islam berkembang luas ke serata alam dalam

pelbagai bidang.

1.2 Hasil pembelajaran Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat: i Menghuraikan sumber metodologi dan pusat Pendidikan Islam pada zaman

Rasulullah ii Anaslis kurikulum zaman Rasulullah SAW iii Menjelaskan metodologi, sumber dan pusat Pendidikan Islam pada zaman

Khulafa’ al Rasyidin. iv Menganaslis kurikulum zaman Khulafa’ al-Rasyidin. 1.3 Kerangka Tajuk

Pendidikan Islam Pada zaman Rasulullah SAW

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM

PADA ZAMAN RASULULLAH SAW

Pendidikan Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin

Page 24: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

2

1.4 Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam 1.4.1 Zaman Rasulullah SAW Pendidikan Islam pada zaman Rasulullah SAW. memperlihatkan tahap-tahap kemajuan,

pemikiran yang berubah sikap, pandangan hidup dan perlakuan manusia. Pendidikan

tersebut memperlihatkan satu garis pemisah antara natijah pendidikan Islam yang

berteraskan tauhid dengan pendidikan jahiliah arab yang berasaskan pemikiran logik

dan matlamat keduniaan semata-mata.

Perbincangan mengenai pendidikan Islam pada peringkat ini, merangkumi skop

perkembangan Pendidikan Islam pada period Makkiyah berlaku secara rahsia, dan

period Madiniyyah iaitu pada tahap terbuka. Bagaimanapun pemikiran pendidikan yang

berlangsung pada zaman Rasulullah SAW. adalah berkisar di sekitar pembentukan

individu mukmin dalam rangka pembentukan masyarakat Islam dan bukan seperti

pemikiran pendidikan yang berlangsung dalam falsafah pendidikan moden yang ada

sekarang.

Ibn Khaldun meriwayatkan sebelum kedatangan Islam penduduk Semananjung Tanah

Arab adalah buta huruf, hanya sebilangan kecil sahaja di antara mereka yang tahu

membaca dan menulis. Menurutnya orang yang belajar menulis di Hirah ialah Sufyan

bin Umaiyyah dan mempelajarinya dari Aslam bin Sidrah, Menurut sejarah orang yang

mula-mula mengajar menulis dan membaca sebagai satu mata pencarian di Tanah Arab

ialah seorang yang berasal dari Wadi al-Qura. Ia telah berusah memberi pelajaran

kepada beberapa orang penduduk negeri itu. Semenjak dari itulah tersibarnya

kemahiran tulis menulis dan membaca di Semananjung Tanah Arab, bagaimanapun

proses perkembangan tersebut berlaku secara lambat, sehinggalah kedatangan Islam.

Kedatangan agama Islam membawa perubahan besar terhadap bidang ilmu

pengetahuan dan pendidikan terutama mengenai pelajaran tulis menulis dan membaca.

Situasi demikian adalah menurut inspirasi al-Quran sebagai wahyu Allah yang mula-

mula kepada RasulNya. Perintah membaca seperti dalam wahyu pertama اقراء

perintah Allah supaya menulis dan membaca adalah untuk melepaskan diri mereka

daripada kongkongan kejahilan dan kemunduran dalam semua bentuk kehidupan.

Menerusi pembacaan atau pemilikan ilmu manusia dapat melibatkan diri dengan

Page 25: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

3

pelbagai proses kemajuan dan kematangan seperti proses pengenalan (cognition)

ingatan (memory) pengamatan (perception) pengucapan (verbalization) pemikiran

(reasoning) daya kreatif (creatibity) dan sebagainya untuk mencapai kesempurnaan dan

kebahgian.

Pembacaan juga dapat menyingkap tabir kejahilan, yang sentiasa menghalang manusia

bagi mengenal Tuhan yang sebenar. Dengan membaca manusia sudah didorong

kepada rasa ingin tahu atau ingin memahami hakikat kejadian yang sebenar.

Berkeyakinan terhadap Tuhan yang Maha Esa Pencipta Alam, dapat mengenali dan

menginsafi diri sendiri. Menerusi pembacaan atau berilmu merupakan alat yang unik

bagi mencapai tahap iman yang sebenar yang boleh mendorong kepada melaksanakan

tanggungjawab untuk mencapai kebahagian hakiki di dunia dan di akhirat. Bagi

menyelaras dan memantapkan penyibaran Islam yang berasaskan aqidah, syariah dan

akhlak Rasulullah SAW. dipertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu pengetahuan

dan pendidikan Islam kepada umatnya. Baginda bertanggungjawab menyampaikan

ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam kepada umatnya. Sebagai langkah pertama

baginda memperkenalkan pembacaan al-Quran dan asas-asas di samping pelajaran

tulis menulis dan membaca sebagai alat utama bagi mencapai ilmu pengetahuan. Al-

Quran sebagai sumber pertama dikuatkan lagi dengan penafsiran yang dilakukan sendiri

oleh baginda Rasulullah SAW. yang berupa percakapan, perbuatan dan pengakuan.

Tahap pendidikan di peringkat awal kebangkitan berlaku semasa di Makah bermula

dengan pengajaran al-Quran khusus kepada kaum keluarga baginda. Hasil daripada

usaha ini Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abi Talib dan Zaid bin Harithah telah memeluk

agama Islam dan meyakini ketauhidan Allah.

Di kalangan sahabat baginda yang menerima terus pengajaran daripada baginda

Rasulullah SAW. ialah Saidina Abu Bakar al-Siddiq. Melalui perantaraan Abu Bakar,

Islam mula berkembang dengan penerimaan aqidah tauhid oleh Uthman bin Affan,

Zubair bin al-Awwam, saad bin Abi Waqqas, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin

Ubaidullah, Abu Ubaidah bin Jarrah, Arqam bin Abi al-Arqam, Fatimah binti al-Khattab,

Said bin Zaid al-Adawi dan lain-lain. Pertambahan penganut Islam telah mewujudkan

suatu bentuk pendidikan yang mula tersusun. Rumah baginda menjadi pusat

pendidikan pertama dan selepas itu rumah Arqam bin Abi Arqam. Rasulullah

Page 26: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

4

menyampaikan setiap wahyu yang diterimanya kepada para sahabat dan kaum

muslimin tanpa disembunyikan, seperti firman Allah SWT;.

“Wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada engkau daripada Tuhan engkau, kiranya engkau tidak melakukan demikian, maka tidaklah engkau menyampaikan risalahNya”.

( al-Maidah :67)

Strategi pembelajaran yang dilakukan ketika itu dengan mendengar kuliah daripada

Rasulullah SAW. sendiri secara talaqqi dan musyafahah. Pembelajaran berlaku secara

hafazan iatu menghafaz ayat-ayat al-Quran yang dibacakan dan melalui tunjuk cara.

Seterusnya baginda menyuruh umat Islam atau para sahabat mempraktik, mengamal

dan menghayati isi pelajaran tersebut. Sebagai seorang rasul dan guru telah mendidik,

melatih dan memandu pengikut-pengikutnya dengan penuh mesra dan perasaan kasih

sayang. Beliau mendidik dan memandu mereka bukan sahaja dari segi pengetahuan

(kognitif) malah dari segi sikap, peribadi dan tingkahlaku dengan memperlihatkan

contoh-contoh dan tauladan yang dilakukannya sendiri.

Selepas turun surah al-Hijr (rujuk ayat 94);

Ayat tersebut memerintahkan Rasulullah SAW. menyebarkan Islam secara terang-

terangan, bermula dari sini pendidikan Islam dilakukan secara umum kepada seluruh

lapisan masyarakat. Pusat pendidikan Islam terbuka luas meliputi lorong-lorong, pasar,

kawasan perumahan dan disekitar Kaabah. Kurikulum pendidikan pada tahap ini lebih

tertumpu kepada pembentukan aqidah tauhid, kerana itu isi pelajaran yang disampai

oleh baginda tertumpu kepada penolakan adat istidat, kepercayaan dan cara beribadat

kaum jahiliah yang mensyirikkan Allah SWT. Pada tahap ini juga perkembangan

pendidikan Islam tersebar ke Habsyah, Jaafar bin Abi talib menerangkan kepada Raja

Habsyah iaitu Najasyi berkaitan dengan Islam dan membaca al-Quran di hadapannya.

Page 27: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

5

1.3.2 Pendidikan Islam di Madinah

Perpindahan Rasulullah SAW. ke Madinah pada tahun 622 Masihi, membawa

perubahan dan pengertian yang besar terhadap penyibaran dan kestabilan agama

Islam. Kurikulum pendidikan peringkat ini bertukar kepada memenuhi tuntutan

perundangan dan perhubungan antarabangsa. Institusi pendidikan Islam memilih

masjid sebagai tempat menyampai ilmu, sistem halaqah bermula di Masjid dan

dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Fungsi masjid mengikut termenologi Islam adalah

sebagai markas bagi segala aktiviti agama dan masyarakat, khususnya dalam hal-hal

yang berhubung dengan aktiviti ibadat, pelajaran dan pendidikan. Al-Abrasyi

menyatakan Rasulullah SAW. menjadikan masjid Nabawi sebagai tempat belajar

mengenai urusan dunia dan agama disamping beribadat. Situasi masjid lebih bebas

dan sesuai sebagai tempat belajar. Rasulullah SAW. telah mendirikan sebuah surau

yang bersambung dengan masjid tersebut, dikenali sebagai al-suffah. Merupakan

sebagai sebuah sekolah yang membimbing pelajarnya dengan lebih sistematik.

Matapelajarannya termasuklah al-Quran. Asas agama (Aqidah, syariah, akhlak) khat,

sejarah, bahasa. Kurikulum yang diberi merangkumi pendidikan rohani dan jasmani

yang menjadi keperluan kepada individu dan masyarakat.

Struktur pendidikan Islam telah disusun oleh Rasulullah dalam beberapa bentuk

Rajah 1: Struktur Pendidikan Islam di Madinah

i. Pendidikan umum di jalankan oleh Rasulullah SAW. atau para sahabat daripada

Struktur Pendidikan Islam di Madinah

Pendidikan Umum Pendidikan Khusus

Pendidikan Institusi

Page 28: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

6

Khulafa al-Rashidun. Perlaksanaannya dilakukan dengan penyampaian pidato

selepas sembahyang fardu atu selepas sembahyang jumaat. Kurikulum nya

merangkumi bidang aqidah, syariat, muamalat dan lain-lain. Bidang lain seperti

menunggang kuda, bermain pedang, berenang, bergusti dan lumba lari.

ii. Pendidikan khusus: pengajaran yang berbentuk khusus ialah pengajaran yang

diberikan oleh baginda kepada orang-orang yang tertentu tanpa mengira tempat

atau masa. Sahabat-sahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar as-

Siddiq, Abu Hurairah dan lain-lain adalah di antar orang yang sering mendapat

pendidikan khusus berupa tunjuk ajar secara langsung.

iii. Pendidikan Institusi: Merupakan intisari Pendidikan Islam pada peringkat

Madinah. Pendidikan bentuk ini banyak melahirkan cendiakawan Islam pada

masa selanjutnya.

1.3.3 Pendidikan Islam Pada Zaman Khulafa Al-Rasyidin

Modul ini akan membincangkan sejarah pendidikan Islam pada zaman pemerintahan

Khulafa al-Rashidin (11H/623M – 40H/661M) yang diperintah oleh empat orang sahabat

Rasulullah SAW. bertindak sebagai Uli al-Amr memelihara kesetabilan dan keselamatan

negara bahkan memberi penekanan yang begitu intensif terhadap perkembangan ilmu

pengetahuan dan pendidikan Islam. Para sahabat telah menumpukan perhatian

mendidik disamping pada masa yang sama mentadbir negara.

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab (634-644 Masihi) seluruh

Semenanjung Tanah Arab, Parsi, Sham dan Mesir serta beberapa wilayah Islam yang

ditakluki, tidak terdapat sebuah kampong pun di daerah tersebut melainkan

dibangunkan masjid sebagai tempat ibadat di samping menjadi pusat pelajaran dan

pendidikan Islam.

Pusat pentadbiran Khulafa’ al-Rashidin masih lagi dibuat di Madinah sebagai lanjutan

pusat pentadbiran Nabi SAW. Pada zaman ini para sahabat nabi seperti Abdullah bin

Umar, Zaid bin Thabit dan lain-lain masih aktif menyambung perjuangan Rasulullah

SAW dalam bidang keilmuan Islam khasnya Fekah dan Tauhid. Bersumberkan al-

Page 29: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

7

Quran dan ajaran sunnah Nabawi, para sahabat meneruskan proses pengajaran dan

pembelajaran kepada kaum muslimin.

Tahun-tahun pemerintahan khulafa’ al-Rashidin dipenuhi dengan pelbagai cabaran

seperti masalah arridah, ancaman Quraisy Makkah, Rom, Parsi, Yahudi dan kaum

Nasrani, bahkan juga ancaman dari dalam yang dibuat oleh kaum munafikin. Semua

masalah itu dapat diatasi bahkan proses pendidikan Islam semakin berkembang luas ke

serata alam dalam pelbagai bidang serta lahir pula tokoh-tokoh ilmu yang terbilang pada

zamannya.

Para sahabat yang terdiri daripada Sayidina Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali adalah

orang yang mewarisi risalah Rasulullah SAW. Mereka bukan sahaja menyambung

usaha-usaha yang telah diatur oleh Rasulullah SAW bahkan melangkau lebih jauh lagi

ekoran pertambahan umat Islam dan keluasan wilayah Islam.

Sebagai contoh di zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (11H – 13H) di samping

memelihara keutuhan negara dari berlakunya kehancuran, akibat tindakan liar orang-

orang munafik dan musuh-musuh Islam, beliau amat memberi perhatian berat terhadap

perkembangan ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja menggalak umat Islam supaya

mempelajari dan menghayati al-Quran dan al-Sunnah bahkan bertindak mengumpul dan

menulis semula ayat-ayat al-Quran di dalam sebuah Mashaf. Dengan alasan kitab suci

al-Quran dapat diedarkan ke seluruh wilayah Islam yang terletak jauh dari wilayah

pentadbiran kerajaan Islam Madinah.

Manakala khalifah Umar al-Khattab memberi perhatian yang sama terhadap

perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam. Ahli-ahli sejarah menyatakan,

seluruh Semenanjung Tanah Arab, Farsi, Sham dan Mesir menjadi wilayah kerajaan

Islam pada masa pemerintahannya. Dikatakan tidak terdapat sebuah desa pun yang

tidak didirikan masjid dan surau sebagai tempat ibadat di samping menjadi pusat

pelajaran dan pendidikan Islam. Beliau memberi penekanan yang serious terhadap ilmu

pengetahuan yang bersifat spiritual atau rohani kepada seluruh rakyat, di samping

menekankan ilmu pengetahuan yang berbentuk fizikal atau jasmani seperti berenang,

menunggang kuda memanah, matematik dan kemahiran berfikir (mantik). Galakan

tersebut dapat dilihat melalui perutusannya kepada gabenor-gabenor wilayah,

Page 30: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

8

anataranya dengan menyebut: Ajarlah anak-anak kamu berenang, menunggang kuda

dan riwayat-riwayat yang baik dan syair-syair yang indah.

Begitu juga berlaku pada masa khalifah Uthman Ibn Affan, beliau menegaskan

mengenai pembukuan al-Quran dan penulisanNya, beliau telah melantik sahabat-

sahabat untuk menulis dan membukukan al-Quran. Dengan usaha beliau itu, dapat

menyelamatkan pembacaan al-Quran mengikut Rasm Uthmani.

Rajah: Peringkat Pendidikan Islam di zaman khulafa’ al-Rashidin dan Umaiyah

Anda boleh rehat kemudian sila teruskan pembacaan

Peringkat Pendidikan Formal Informal

Menengah

Rendah Menengah Kuliah Tinggi Tempat Rumah Masjid Awam Sahabat

Membaca Al-Quran Menulis Tafsir Membaca al-Quran Hadith Hafazan Fiqh Aqidah Fardu Ain Akhlak Sastera Syariat Sukan

Kurikulum

Kurikulum

Page 31: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

9

anda untuk unit seterusnya

Page 32: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

121

TAJUK 10 Pelaksanaan Program Pendidikan Islam Enam

Bulan Pertama Tahun Satu

10.1 Sinopsis Pelajar-pelajar yang dikasihi Semoga anda terus bersemangat untuk mengkaji dan memahami isi pelajaran

dalam topik-topik berikutnya. Dalam tajuk ini, beberapa aspek penting yang

membincangkan kandungan Pendidikan Islam dalam kurikulum lama iaitu KLSR

( Kurikulum Lama Sekolah Rendah) dan kurikulum baru yang dikenali sebagai

KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah). Kurikulum Pendidikan Islam di

Malaysia terus dimantapkan melalui KSSR ( Kurikulum Standart Sekolah

Rendah).

10.2 Hasil pembelajaran Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat: i Menghuraikan latar belakang pelaksanaan Program Pendidikan Islam

Enam Bulan Pertama. ii Menjelaskan objektif dan kumpulan sasaran pelaksanaan Program

Pendidikan Islam Enam Bulan Pertama. iii Menghuraikan langkah-langkah dan prosuder pelaksanaan Program

Pendidikan Islam Enam Bulan Pertama.

Page 33: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

122

10.3 Kerangka Tajuk

10.4 Latar belakang Pelaksanaan Program Pendidikan Islam Enam Bulan

Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR dan

KBSM pada 21 Januari 1994 telah bersetuju supaya murid tahun satu sekolah

kebangsaan diberi penekanan Pendidikan al-Quran dengan menggunakan

kaedah Iqra` dalam jangka masa 6 bulan mulai sesi persekolahan 1994/1995.

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui surat siaran KP.5206/3/60 Jld.3 (4)

yang dikeluarkan pada 1 Mac 1994 telah memaklumkan pelaksanaan kaedah

Iqra` dalam tilawah al-Quran di sekolah. Dalam jangka masa 6 bulan tersebut

murid-murid hendaklah dipastikan dapat menguasai bacaan al-Quran.

Pada tahun 2003 sedikit perubahan dari segi pelaksanaan Jawi dan al-Quran

KBSR dan KBSM dilakukan. Mengikut surat siaran (JAPIM) 5206/4/4.1 Jld. 2 (4)

bertarikh 3 Januari 2003 telah memaklumkan beberapa mekanisma baru

perlaksanaan tersebut antaranya:

Murid tahun satu diberi tumpuan khusus dalam 6 bulan pertama

persekolahan. Guru hendaklah memberi tumpuan khusus kepada

penguasaan kemahiran menulis dan membaca Jawi dan al-Quran.

Page 34: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

123

Selepas 6 bulan guru boleh meneruskan pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Islam berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Satu

yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan.

Dalam tempoh ini juga perkara-perkara yang berkaitan Rukun Iman,

Rukun Islam dan Solat hendaklah diajar seperti biasa manakala bahagian

Adab dan Akhlak Islamiah diajar secara merentas.

Selepas 6 bulan pertama persekolahan guru hendaklah melaksanakan

pemulihan dan pengayaan secara berterusan.

Untuk murid tahun 2 dan seterusnya serta sekolah menengah aktiviti

pemulihan dan pengayaan Jawi dan al-Quran dibuat secara berterusan di

semua peringkat rendah dan menengah.

Tulisan Jawi digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Islam dan ujian serta peperiksaan Pendidikan Islam di

peringkat sekolah.

Aktiviti-aktiviti khusus, latih tubi dan kerja rumah serta sebarang bentuk

pertandingan dan sebagainya melibatkan tulisan jawi di peringkat bilik

darjah dan sekolah dilaksanakan bagi memperkukuh dan meningkatkan

penguasaan kemahiran tersebut.

10.4.1 Objektif

Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam dengan mempastikan setiap murid

menguasai kemahiran al-Quran dan Jawi terutama di peringkat awal

persekolahan.

Murid-murid dapat menguasai bacaan al-Quran dalam masa 6 bulan

pertama tahun satu.

Page 35: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

124

Penguasaan bacaan al-Quran melalui kaedah Iqra`, sekaligus membantu

murid-murid dapat membaca dan menulis jawi dengan fasih dan betul.

Murid-murid tidak akan rasa dibebani dengan sukatan pelajaran yang

berat di peringkat ini.

Program ini disertakan dengan program transisi Pendidikan Islam agar

murid-murid tidak menghadapi kejutan budaya.

Panduan ini diharapkan dapat membantu guru merancang pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Islam untuk 6 bulan pertama tahun satu

mengikut surat siaran yang diedarkan.

10.4.2 Kumpulan Sasaran dan Waktu Pembelajaran

Kumpulan sasaran ialah semua murid tahun satu sekolah kebangsaan

dan sekolah jenis kebangsaan bermula tahun 2003.

Masa yang diperuntukkan dalam waktu pembelajaran seminggu adalah

seperti berikut:

i. Asas Ulum Syariah ialah 30 minit (1 waktu)

ii. Pelajaran Jawi ialah 60 minit (2waktu)

iii. Asuhan Tilawah al-Quran (Iqra`) ialah 90 minit (3waktu)

Pelajaran Jawi diajar dengan menggunakan Buku Sayang jawi 1, Buku

Sayang Jawi 2 dan Buku Kemahiran Menulis yang disusun mengikut

Sukatan Pelajaran Jawi KBSR.

Page 36: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

125

10.4.3 Langkah Pengajaran

Guru mengenalpasti murid di dalam sesuatu kelas dari segi kuantiti, kualiti

pencapaian murid dan latar belakang keluarga secara rambang.

Guru hendaklah merangka strategi pengajaran dengan mengenalpasti

satu kaedah yang akan digunakan seumpama kaedah berkumpulan atau

individu. Jika sekiranya bilangan murid adalah kecil, adalah lebih

berkesan digunakan pendekatan pengajaran secara individu. Tetapi

sebaliknya jika murid melebihi kuantiti yang sewajarnya guru boleh

mengenalpasti murid yang mahir untuk membantu proses pengajaran dan

pembelajaran.

Pengajaran dan pembelajaran boleh berasaskan taburan pengajaran dan

pembelajaran yang dicadangkan dalam panduan ini.

Penilaian pertama terhadap pencapaian murid hendaklah dilakukan

selepas tiga bulan pengajaran dijalankan. Penilaian ini hendaklah

menggunakan borang penilaian yang dilampirkan.

Guru mesti membuat analisis pencapaian murid dan seterusnya

merangka strategi sehingga tempoh 6 bulan berakhir.

Jika terdapat murid yang tidak mencapai tahap yang diharapkan dalam

tempoh tersebut, pemulihan mesti dijalankan agar tidak ada pelajar yang

cicir.

Selepas tamat tempoh 6 bulan satu lagi bentuk penilaian keseluruhan

hendaklah dibuat bagi mengenalpasti semua pelajar dapat membaca al-

Quran dengan baik, membaca dan menulis jawi dengan betul dan fasih

serta beradab.

Page 37: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

126

10.4.4 Tindakan Susulan

Pemantauan berterusan Sektor Pendidikan Islam dan Moral negeri bagi

memastikan program ini berjalan lancar dan dapat mencapai tahap

kejayaan yang diharapkan. Pemantauan ini adalah bertujuan memberi

bimbingan kepada guru-guru dan membuat penambahbaikan dari aspek

pelaksanaan.

Sektor Pendidikan Islam dan Moral Negeri juga dikehendaki menyediakan

laporan lengkap yang menunjukkan prestasi guru dan murid serta

kekangan-kekangan yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran

dijalankan. Laporan tersebut hendaklah dihantar ke Bahagian Pendidikan

Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Guru mestilah menyediakan laporan lengkap prestasi pencapaian murid

dalam Tilawah al-Quran, Pelajaran Jawi dan perkembangan lain. Contoh

borang maklumat prestasi murid dilampirkan. Laporan tersebut hendaklah

dihantar kepada Bahagian Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan

Pendidikan Islam dan Moral dan salinan kepada Sektor Pendidikan Islam

dan Moral Negeri.

10.4.5 Harapan

Mudah-mudahan usaha murni semua pihak termasuk guru akan membuahkan

hasil yang diharapkan. Kegigihan guru-guru menjalankan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran amat diharapkan. Malah kejayaan program ini banyak bergantung

kepada semangat dan motivasi para guru yang berdedikasi. Peranan Jurulatih

Utama (JU) hendaklah distrategikan bagi memaksima penyaluran dan

penyampaian maklumat kepada semua guru-guru Pendidikan Islam.

Pemantauan JPN juga secara berterusan amat perlu bagi mengesani masalah-

Page 38: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

127

masalah semasa pelaksanaan dan berusaha untuk menanganinya secara

berkesan..

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .

1. Bincangkan sejauhmanakah keberkesanan program j-QAF Model Perluasan

Bahasa Arab Komunikasi di sekolah anda.

2. Jelaskan bagaimana Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi dapat

membantu meningkatkan kemahiran berbahasa Arab di kalangan anak didik

anda.

3. Bincangkan dalam kumpulan , bagaimanakah peranan anda sebagai guru

Pendidikan Islam dalam membantu guru-guru j-QAF melaksanakan program

Kem Bestari Solat di tempat anda bertugas.

4. Sebagai seorang guru Pendidikan Islam yang berpengalaman anda perlu

membuat suatu analisa program Pendidikan Islam enam bulan pertama tahun

satu dan perbandingannya dengan program j-QAF enam bulan pertama khatam

Al Quran.

LATIHAN & TUGASAN

Page 39: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

128

RUJUKAN

Abdullah Basmih, (1985) Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran Bahagian Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh, (1991) Kursus Qari dan Qariah , Cetakan ke 18, Terbitan Pustakan Aman Press , Kota Bharu, Kelantan Ahmad Mohd. Saleh, Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi ( 1997), Shah Alam , Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ahmad Mohd. Saleh, Pengajian Agama Islam & j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan untuk KPLI (2008) Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar sdn. Bhd. Ahmad Mohd Salleh Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam, (2011) Edisi Kedua, Shah Alam , Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd. Ee Ah Meng, Pedagogi 1 , Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah ( Semester 1 ) ( 1997 ) Shah Alam, Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ee Ah Meng, Pendidikan di Malaysia 1, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah, ( Semester 1 ) ( 1996 ), . Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti, Sdn. Bhd. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Buku Panduan Dasar, Perlaksanaan dan Pengurusan Kurikulum j-QAF (2004). Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. J-QAF: Buku Panduan Perlaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan KoKurikulum (2004). Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia,Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dewan Bahasa dan Pustaka.2002 Kementerian Pendidikan Malaysia, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah. Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah. Dewan Bahasa dan Pustaka 2002. Kementerian Pendidikan Malaysia, Buku Teks Pendidikan Islam, Tahun 1- 6

Page 40: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

129

Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan KPLI ( semester 1 ) ( 1999 ), Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.. Mok Soon Sang , Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan (1994), Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa ( KL ) SDn. Bhd . www.sabah.edu.my www.ppdhl.net/v2/images/10/_Panduan_Pelakasanaan_B.Arab www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdfail www.4shared.com/file/f/buku_Panduan_Pelaksanaan_Model.html www.bpi.edu.my

Page 41: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

130

Page 42: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

TA

3.0 Semo

topik-

meng

Islam

perka

peng

di Ma

3.1 Pada i

ii

iii

iv.

3.2

AJUK 3

Sinopsis

oga anda te

-topik beriku

genai konse

m mengenai

ara-perkara

gubalan ku

alaysia.

Hasil pem

a akhir tajuk

Menghura

Menghura

Menjelask

Mengena

Kerangka

Ko

Asas-AsasSekolah R

erus bersem

utnya. Dalam

p, matlamat

matlamat da

tersebut t

rikulum Pen

mbelajaran

ini, pelajar-p

aikan konse

aikan matlam

kan falsafah

l kompenen

a Tajuk

onsep

s PembinaaRendah.

mangat untuk

m tajuk ini,

t dan falsafa

an falsafah P

telah menja

ndidikan Islam

pelajar dihar

p atlamat da

mat Pendidik

dan hasrat

pembentuk

PE

22

an Kurikulu

k mengkaji

beberapa a

ah Pendidika

Pendidikan I

adi kerang

m untuk digu

rapkan dapa

an falsafah

kan Islam da

pengubalan

an Kurikulum

KURIKULNDIDIKAN

Matla

Pengenalan K

um Pendidi

dan memah

aspek pentin

an Islam. Pe

Islam turut d

ka utama

unakan oleh

at:

Pendidikan

ari perspektif

n Kurikulum

m pendidika

LUM            N ISLAM

mat

Kurikulum Pend

ikan Islam

hami isi pe

ng yang me

endapat-pen

dibincangkan

dalam pe

h sekolah-se

Islam.

f Sarjana Isl

Pendidikan

an Islam di M

           

PIM 31didikan Islam (S

elajaran dala

embincangk

ndapat sarja

n. Berasask

mbinaan d

ekolah Rend

lam.

Islam.

Malaysia.

Falsafah

101 SR)

am

kan

na

kan

an

ah

Page 43: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

23

3.3 KONSEP DAN MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan dalam bahasa Arab disebut tarbiah, yang pada asalnya membawa makna;

pertambahan, perkembangan dan ketinggian. Perkataan tarbiah berasal dari kata kerja

rabba yang antara maknanya ialah; memperbaiki (islah), memimpin dan mentadbir.

Menurut ahli bahasa, tarbiah bererti membangun sesuatu secara tahap demi tahap

menuju kepada kesempurnaan. Salah satu dari nama Allah ialah ar-Rab kerana yang

mengawal, mengislah, mentadbir dan mengarahkan makhluk kepada kesempurnaan.

Semuanya ini merupakan inti daripada pendidikan. Oleh sebab itu Rabbul ‘Alamin

ditafsirkan sebagai Murabbil ‘Alamin (pendidik seluruh Alam) dan Allah s.w.t. ialah

Pendidik Yang Teragung. Jadi perkataan tarbiah mengandungi dua unsur terpenting;

iaitu pertambahan dan perbaikan (Islah) hingga ke tahap kesempurnaan.

Pendidikan dalam Islam mempunyai kedudukan yang suci dan penting sekali. Ia

menjadi bahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada Islam dan merupakan satu

ibadat yang besar. Kedudukan dan kepentingan pendidikan itu amat jelas apabila kita

meneliti ayat al-Quran yang pertama diturunkan . Ia tidak dimulai dengan perintah yang

berhubung perkara lain seperti ibadat, tetapi dimulakan degan perintah yang berhubung

dengan pendidikan.

Firman Allah S.W.T.

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya”.

(Al-`Alaq : 1-5)

Islam tidak melihat pendidikan daripada skop yang sempit. Ia tidak terbatas pada

pendidikan duniawi semata-mata, tetapi meliputi dua lapangan iaitu dunia dan akhirat.

Page 44: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

24

Dalam hubungan ini, Abud (1985) menyatakan bahawa Islam telah membahagikan ilmu

kepada dua kumpulan yang besar. Pertama ialah fardu ain yang dituntut ke atas setiap

orang supaya mengetahui dan mempelajarinya dalam melaksanakan suruhan agama.

Kedua, ilmu fardu kifayah iaitu ilmu yang mesti kepada individu tertentu seperti ilmu

pertukangan, kemahiran, perniagaan, kedoktoran, ekoonomi, kimia, fizik, pembuatan

senjata dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ilmu yang kedua ini menjadi fardu ain

apabila tiada seorang pun muslim dalam masyarakat itu yang mempelajarinya.

Konsep pendidikan yang bersatu (unified) ini berdasarkan kepada konsep ilmu yang

bersepadu (integrated) yang merupakan keistimewaan Islam. Ia berlawanan sekali

dengan aliran pemikiran yang memisahkan ilmu kepada dua bahagian yang tidak dapat

didamaikan, iaitu disebut sebagai theology dan science atau religious knowledge di

Barat.

Pembahagian yang bertentangan ini tidak dapat berlaku dan tidak dibenarkan berlaku

dalam teori pendidikan Islam. Menurut Mohd. Kamal Hassan (1981) isi kandungan

theology dan science dalam Islam tidak bercanggah antara satu sama lain, malah ia

bersifat saling melengkapi dan kedua-duanya lahir daripada pandangan yang satu, iaitu

tauhid. Dalam pendidikan ini, walaupun terdapat beberapa pembahagian ilmu seperti

ilmu aqidah, syariah dan akhlak, namun ia tetap berada dalam satu lingkaran konsep

bersepadu yang membawa keseimbangan antara akal dan wahyu.

3.4 Pendidikan Islam Mengikut Sarjana Pendidikan Islam

Untuk menggambarkan pengertian Pendidikan Islam, dikemukakan beberapa definisi

yang dikemukakan oleh para sarjana Islam. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Khurshid Ahmad (1973) mendefinisikan pendidikan Islam sebagai

”satu latihan aqliah, jasmaniah dan ruhiyah bertujuan melahirkan manusia; yang berkebudayaan tinggi, sanggup melaksanakan tanggungjawab sebagai insan yang baik dan warganegara yang berguna.

2. Miqdad Yalchin (1977) mendefinisikan pendidikan Islam sebagai

“proses melaksanakan falsafah Pendidikan Islam dan merealisasikan hasilnya dalam bidang pembinaan, pembentukan dan pemasyarakatan seseorang selaras dengan keperibadian yang digariskan oleh falsafah supaya sahsiah Islamiah

Page 45: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

25

dapat terbentuk dalam setiap tindak tanduk, tingkah laku dan sikap seseorang muslim, walau bila dan di mana sahaja berada”.

3. Hassan Langgulung (1979 ) menegaskan, pendidikan membawa erti:

“merubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu dalam masyarakat melalui berbagai-bagai proses. Proses-proses itu pengajaran, latihan dan indoktrinasi. Pemindahan nilai-nilai melalui pengajaran ialah memindahkan pengetahuan dari seorang ke seorang dan latihan ialah membiasakan diri melakukan sesuatu pekerjaan bagi memperoleh kemahiran sementara proses indoktrinasi pula menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain. Ketiga-tiga proses tersebut berjalan serentak dalam masyarakat primitif atau moden”.

3.5 Matlamat Pendidikan Islam

Setiap sistem pendidikan mempunyai matlamatnya. Sistem pendidikan bukan Islam

menjurus kepada melahirkan warganegara yang baik, untuk mencapai matlamat tersebut

adalah berbeza antara sesebuah negara dari segi falsafah dan kreteria tersendiri

berasaskan latar belakang sejarah masyarakat, kebudayaan dan sempadan negara.

Sejak akhir-akhir ini muncul pelbagai usaha daripada para penyelidik untuk menentukan

matlamat am pendidikan sesuai dengan makna yang difahami daripada nas-nas al-Quran

dan hadith dan daripada sejarah pemikiran dan pendidikan Islam. Matlamat pendidikan

Islam adalah lebih luas dan syumul, ia bertujuan mewujudkan warganegara yang baik

dan melahirkan insan saleh yang tidak mengenal batas masa, negeri, bangsa sebaliknya

menuju kepada Allah dan alam akhirat. Bagi mencapai martabat insan saleh mestilah

mempunyai sifat taqwa; firman Allah s.w.t. pada ayat:

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa.”

(al-Hujurat : 13)

Manusia yang bertaqwa ialah orang yang sebenarnya mengabdikan diri kepada Allah

s.w.t. seperti firman Allah s.w.t.;

Page 46: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

26

"Sesungguhnya tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali beribadat kepada Ku"

(al-Dhariyyat: 56)

Ibadat yang dimaksudkan di sini ialah merangkumi setiap perbuatan, pemikiran dan

perasaan yang pada keseluruhannya ditujukan untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.

dengan menjaga sempadan yang diredhaiNya dan menjauhkan diri dari segala yang

dimurkaiNya. Objek pendidikan ialah manusia, merupakan makhluk yang mempunyai

tiga unsur utama yang saling berkait antara satu dengan lain iaitu jasad, akal dan roh.

Akal Ruh

Jasad

Rajah 1: Menunjukkan hubungan di antara jasad, ruh dan akal.

Untuk menjaga kepentingan ketiga-tiga unsur tersebut, perlu diwujudkan aktiviti

pendidikan. Tujuannya ialah untuk memberi kemahiran-kemahiran asas kepada individu

sama ada lelaki atau pun perempuan. Oleh itu, segala usaha untuk membentuk watak

manusia sebagai khalifah di bumi dianggap pendidikan menurut pandangan Islam.

Kelayakan manusia sehingga dilantik menjadi khalifah adalah kerana ia mempunyai

beberapa ciri istimewa seperti:

i. Fitrah : hakikat semula jadi manusia yang baik, bersih dari dosa.

ii. Roh: Unsur yang membezakannya dengan makhluk lain.

iii. Kebebasan kemahuan: dapat menerima dengan kemahuannya sendiri

akan amanah yang tidak dapat dilaksanakan oleh makhluk-makhluk lain.

iv. Akal: Membolehkannya membuat pilihan betul atau salah.

Matlamat bolehlah diertikan sebagai tujuan atau objektif terhadap sesuatu perkara yang

ingin dicapai. Sesuatu sistem yang akan dilaksanakan mestilah memenuhi matlamat

yang telah dirancang. Prof. Dr. A. Athiyah al-Abrasyi menjelaskan matlamat pendidikan

Islam seperti berikut:

Page 47: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

27

“Pendidikan hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, cintakan negara, kuat jasmaninya, sempurna akhlaknya, teratur pendidikannya, halus dan murni perasaannya, cekap dalam kerjanya, bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya dan lisannya serta tangannya dapat membuat sesuatu pekerjaan itu dengan baik.’.

Berdasarkan ungkapan di atas, matlamat pendidikan Islam seperti berikut:

i. Mempersiapkan warganegara yang baik.

ii. Membentuk manusia memiliki keperibadian yang unggul

iii. Membekalkan anak didik dengan ilmu pengetahuan

iv. Mendidik manusia ke arah kecemerlangan rohani dan jasmani

v. Membentuk akhlak yang sempurna sebagai manusia yang ideal

vi. Kebolehan dan kecekapan dalam kerja supaya dapat hidup bahagia

Menurut al-Ghazali matlamat pendidikan ialah:

“Untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bukan untuk memperolehi kedudukan, bermegah-megah dan berlumba-lumba.”

Beliau menekankan matlamat pendidikan Islam yang paling utama ialah untuk

membuang segala kejahilan diri sehingga individu tersebut dapat mengenali Pencipta

dan matlamat ilmu yang sebenar membolehkan individu dapat bertaqarrub kepada Allah.

Jadi, tujuan pendidikan yang selain daripada taqarrub ilallah adalah tidak tergolong ke

dalam objektif pendidikan Islam.

Ibn Khaldun pula menekankan tujuan keilmuan Islam sebagai tujuan pendidikan Islam itu

sendiri. Katanya ada dua tujuan iaitu:

i. Tujuan Keagamaan.

Pendidikan mestilah membawa individu tersebut kepada mengenal Tuhannya,

dapat beramal untuk akhirat dan dapat menunaikan hak-hak Allah yang menjadi

kewajipan kepadanya.

ii. Tujuan Keilmuan.

Iaitu membawa seseorang kepada kemahiran yang membolehkan individu

tersebut untuk menghadapi kehidupan dunianya.

Page 48: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

28

Apabila kita lihat keterangan di atas, jelas menunjukkan bahawa Ibnu Khaldun

menjelaskan matlamat pendidikan adalah untuk menjaga kepentingan hidup di dunia dan

di akhirat, dapat mengimbangkan kedua-duanya sebagai satu panduan hidup manusia.

Ahmad Saleh Jamja'an dalam Naquib al-Attas (1984) mengungkapkan matlamat

pendidikan Islam sebagai:

“The aim of Muslim education is the creation of the good and righteous man who worships Allah in the true sense of the term, builds up the structure

of his earthly life “

Kita harus ingat bahawa Islam sebagai al-din yang merangkumi segala aspek

penghidupan, kerana itu matlamat pendidikannya juga tentulah suatu yang ideal, iaitu

untuk memperbaiki hidup di dunia mengikut tujuan hukum syarak. Ini kerana Islam itu

sendiri bertujuan untuk menuju kepada kesempurnaan hidup.

Mengikut Dr. Muhammad Fadhil al-Jamaly (1966) merumuskan matlamat pendidikan

Islam seperti berikut:

i. Memperkenalkan kepada manusia statusnya di kalangan makhluk dan tanggungjawab masing-masing dalam hidup mereka di dunia.

ii. Memperkenalkan kepada manusia tentang interaksinya dalam masyarakat dan

tanggungjawab mereka d tengah-tengah sistem masyarakat manusia. iii. Memperkenalkan manusia dengan makhluk (alam semester) dan membimbingnya

untuk mencapai hikmah Allah dalam penciptaan alam semesta dan memungkinkan manusia menggunakannya.

iv. Mengajak manusia mengenali Tuhan pencipta alam dan mendorong untuk

beribadah kepadanya.

Al-Buthi menyenaraikan matlamat pendidikan Islam secara umumnya kepada tujuh

matlamat berikut;

i. Mendapat keredaan Allah dengan menjauhi kemurkaan dan siksaan Nya serta mengabdikan diri dengan keikhlasan keranaNya. Tujuan ini dianggap induk daripada semua tujuan pendidikan Islam.

ii. Meningkatkan taraf akhlak masyarakat berdasarkan agama yang diturunkan oleh Allah untuk membimbing manusia ke arah yang diredai olehNya.

iii. Memupuk rasa cinta kepada tanahair, diri sendiri dan masyarakat berdasarkan

agama Islam untuk membimbing masyarakat ke arah yang diredai olehNya.

Page 49: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

29

iv. Memupuk rasa cinta kepada tanahair, diri sendiri dan masyarakat berdasarkan

ajaran-ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan mengajar manusia akan nilai-nilai dan akhlak yang mulia.

v. Mewujudkan ketenangan jiwa di samping memiliki aqidah yang teguh, penyerahan

dan kepatuhan yang ikhlas semata-mata kepada Allah s.w.t. vi. Memelihara bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran dan sebagai wadah

kebudayaan dan unsur-unsur kebudayaan Islam yang paling menonjol. Menyebarkan kesedaran agama yang sebenar dan menunjukkan hakikat Islam sebagai agama yang suci dan agong.

vii. Meneguhkan perpaduan rakyat untuk keamanan tanahair dengan menyatupadukan

mereka dalam satu barisan melalui usaha-usaha menghapuskan perselisihan, bergabung dan bekerjasama dalam melaksanakan prinsip-prinsip dan kepercayaan Islam yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Kesimpulannya, dalam konteks terkini matlamat pendidikan Islam mempunyai empat

halatuju iaitu:

i. Melahirkan insan kamil yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Orang yang beriman dan beramal soleh telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. dengan kejayaan di dunia dan di akhirat.

ii. Melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang sempurna, berakhlak mulia

dan bertanggung jawab kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama kerana Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith yang bermaksud:

“Setiap seorang daripada kamu adalah pemimpin. Tiap-tiap kamu bertanggungjawab ke atas pimpinannya. Pemerintah adalah pemimpin, maka ia bertanggungjawab ke atas rakyat. Seorang lelaki adalah pemimpin, maka ia bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Manakala seorang perempuan itu pula adalah pemimpin dan ia bertanggungjawab terhadap ahli rumahnya, suaminya dan anaknya. Orang gaji adalah penjaga harta bendanya, maka ia adalah bertanggungjawab terhadap harta tersebut. Tiap-tiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap pimpinannya."

iii. Menanamkan semangat cintakan Allah agar dapat melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya. Gemar kepada amal ibadat khusus yang berpusat di masjid. Patuh serta menyerah diri kepada Allah s.w.t. Menghormati ulamak, ibu bapa, orang yang lebih dewasa dan menjamin kebebasan beragama dikalangan orang yang bukan Islam.

iv. Mengembangkan bakat intelektual secara bebas dan demokrasi kepada kadar yang

paling maksimum. Ini semua berdasarkan bimbingan wahyu untuk mencetuskan

Page 50: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

30

manusia dan menguasai alam ini untuk kebahagian, kemakmuran dan kesejahteraan manusia sejagat.

Inilah sebahagian daripada matlamat umum pendidikan Islam yang telah digariskan oleh

sarjana-sarjana Islam. Manakala matlamat khas adalah merupakan perubahan-

perubahan yang diingini yang termasuk dalam matlamat umum pendidikan. Dengan lain

perkataan, gabungan pengetahuan, penampilan pola-pola tingkah laku, sikap, nilai dan

kebiasaan yang terkandung dalam matlamat akhir pendidikan yang mana tanpa

terlaksananya matlamat akhir dan umum tidak sempurna perlaksanaannya.

Saleh Samak (1980) menyenaraikan matlamat khas dalam pendidikan Islam seperti

berikut:

i. Mengajar murid-murid didikan agama supaya mengenal Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, memberikan kehidupan dan nikmat dan menyediakan balasan baik dan jahat di dunia dan akhirat.

ii. Mendidikan jiwa murid-murid sehingga mencetuskan kesedaran beragama yang

mendalam dalam jiwa mereka. iii. Mendidik jiwa murid-murid supaya beramal dengan akhlak yang terpuji sejak kecil

di samping memandu mereka supaya menghargai kemuliaan tingkah laku dan beramal dengan tuntutannya.

iv. Menunjukkan murid-murid bahawa semua ajaran agama, baik dari suruhan atau

larangan, adalah bertujuan untuk kebaikan diri seseorang dan faedahnya terpulang kepada masyarakat. Tujuannya adalah untuk menghindarkan kejahatan dan perkara yang mudarat bagi diri individu dan masyarakat.

v. Menambahkan pengetahuan murid-murid tentang kelebihan-kelebihan hukum

agama yang berasaskan kepada al-Quran dan al-Hadith. vi. Memupuk kecenderungan ke dalam jiwa murid-murid perasaan suka mempelajari

al-Quran dan membacanya. Mengajar mereka membaca al-Quran dengan betul tentang bunyi, baris dan tempat berhenti.

vii. Mengajar hadith-hadith nabi supaya murid-murid mendapatkan pengajaran dari

segi kesopanan, adab dan tingkahlaku. viii. Mengamalkan teladan yang baik daripada biografi Rasulullah s.a.w. , para

sahabat dan pahlawan-pahlawan Islam yang berjasa.

3.6 Bidang Pendidikan Islam:

Hakikatnya dasar utama pendidikan Islam ialah menjauhkan diri daripada menyekutukan

Allah, seperti yang difahami dari nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya agar tidak

Page 51: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

31

menyekutukan Allah. Perbuatan syirik merupakan punca segala maksiat, dan tidak ada

pada diri orang yang syirik sifat-sifat mulia dan kehalusan budi. Untuk menjayakan

wawasan tersebut, berasaskan al-Quran dan al-Sunnah kurikulum pendidikan Islam

dijelmakan melalui dua komponen kurikulum iaitu ;

Ulum al Syariah

Pendidikan Al Quran

Kedua komponen ini mempunyai objektif dan falsafahnya bagi melahirkan penghayatan

dan pengamalan Islam pada individu muslim. Bidang-bidang yang dicakupi melalui dua

komponen di atas ialah :

a. Pendidikan Akidah

Ini merupakan pendidikan paling penting bagi pendidikan terhadap kanak-kanak Islam

berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

"Setiap anak yang dilahirkan adalah mengikut fitrah, ibu bapalah yang menjadikan ia majusi, nasrani atau yahudi."

Tujuan pendidikan keimanan ini ialah untuk mendidik anak-anak daripada kecil lagi

dengan pendidikan keimanan, dapat memahami Islam sebagai al-din setelah mereka

dewasa. Mengakui ke Esaan Allah serta mengakui kebesaran dan kekuasaanNya.

Pendidikan keimanan dalam pengertiannya yang lebih luas bukan sahaja

menitikberatkan idea tentang ke-Esaan Allah tetapi juga memberi pengertian terhadap

konsep ilmu, ilmu menurut Islam bersifat sepadu. Memahami konsep tauhid dalam

bentuk ilmu pendidikan membawa kita kepada kefahaman bahawa wujud pembahagian

atau pemisahan antara ilmu mengenai alam sains dan ilmu akhirat (agama) menerusi

konsep tauhid juga kita dapati dalam Islam wujudnya kesepaduan yang harmoni antara

peranan wahyu, ilham, akal dan indera di dalam epistemology Islam.

Manusia sebagai makluk Allah adalah fitrahnya berinteraksi dengan Allah sebagai

Khaliqnya, dengan sesama manusia dan alam. Maka sewajarlah diri manusia

diperlengkapkan dengan ilmu-ilmu atau pengetahuan serta nilai-nilai yang memampukan

dia berbuat demikian dengan akhlak yang sebaiknya, serta syakhsiah yang seimbang

samada ketika menghadapi Allah atau ketika bermuamalah sesama manusia atau ketika

manfaatkan kurniaan Ilahi.

Page 52: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

32

b. Pendidikan Akal

Salah satu dari aspek-aspek pendidikan yang terpenting ialah mendidik akal

sebagaimana yang diwahyukan oleh Allah SWT dalam ayat pertama surah al-Alaq.

Pendidikan akal dalam ayat yang dijelaskan berlaku dalam keadaan akal yang sentiasa

menerima bimbingan Tuhan. Akal juga merupakan satu unsur yang paling mulia dan

berharga bagi manusia, dengan adanya fungsi akal ini proses pendidikan dapat berlaku

dalam diri manusia. Pendidikan Islam menekankan kepentingan mengisi dan melatih

akal manusia dengan nilai-nilai ketuhanan (ilmu tauhid), penekanan yang tidak seimbang

boleh melahirkan insan yang tempang, tidak sepadu atau tidak seimbang, yang kosong

jiwanya. Kerana itu kanak-kanak wajib disedarkan akan kewajipan mendekatkan diri

kepada Allah.

c. Pendidikan Jasad

Memberi pendidikan dalam menjaga kesihatan tubuh badan agar terhindar dari segala

jangkitan penyakit.

d. Pendidikan Akhlak/Moral

Kepincangan peribadi generasi muda di negara Islam selalu menjadi bahan perbahasan

pemikir-pemikir Islam. Di Malaysia masalah yang sama juga menjadi bahan

perbincangan yang terpenting berhubung dengan isu-isu pendidikan semasa. Antara

kepincangan yang menonjol ialah keruntuhan akhlak dan penolakan nilai-nilai tradisi

bangsa dan agama serta kecenderungan untuk menerima segala nilai baru tanpa

mengira sama ada ia serasi dengan agama Islam atau tidak. Ini berlaku kerana aliran

liberalisme dan sekularisma yang mendasari sistem pendidikan yang diamalkan tidak

mampu menerapkan secara serentak nilai-nilai ilmu, budi pekerti, keluhuran dan

kemuliaan dalam diri manusia.

Seluruh aktiviti yang terlibat dalam proses pendidikan adalah berupa pembinaan

syakhsiah manusia berakhlak mulia. Pendidikan ini berasaskan tarbiyah imaniyah

kerana sekiranya anak-anak yang dididik dari kecil supaya beriman dengan Allah s.w.t.

terutama menghayati aspek muraqabah yang diharap akan melahirkan akhlak mulia.

Kepentingan aspek ini dapat dilihat daripada beberapa hadith yang bermaksud:

Page 53: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

33

" Daripada hak seorang bapa terhadap anaknya ialah memperelokkan adab dan

namanya" (H.R. Baihaqi)

" Tidak ada satu pemberian dari seorang bapa yang lebih baik daripada adab".

(H.R. Tarmizi)

e. Pendidikan Wujdan

Mendidik rohani agar dapat menjalinkan ikatan pertalian yang erat antara manusia

dengan Pencipta dalam semua keadaan dan membebaskan diri manusia daripada

memperhambakan diri kepada kebendaan.

f. Pendidikan Kesihatan

Memberi didikan agar anak-anak menghargai kesihatan serta menjaga kesihatan mental

dan fizikal untuk melahirkan insani muslim yang kuat bagi melaksanakan amanah Allah.

3.7 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Falsafah merupakan komponen yang paling utama dan tertinggi di dalam pendidikan,

kerana bentuk manusia yang ingin dilahirkan adalah bergantung kepada falsafahnya.

Pendidikan diertikan oleh cendikiawan sebagai pemindahan nilai-nilai dari generasi ke

generasi samada ilmu atau kemahiran, sedangkan nilai-nilai ini adalah ditentukan oleh

falsafahnya yang disogokkan melalui sistem pendidikan.

Sarjana Pendidikan Islam mentafsirkan falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang

menentukan tujuan akhir, maksud, objektif, nilai dan cita-cita yang telah ditentukan

terlebih dahulu oleh falsafah hidup Islam dan dilaksanakan dalam proses pendidikan.

Hasan Langgulung (1986) menyatakan falsafah Islam yang telah meletakkan seluruh

prinsip dan norma yang meliputi keseluruhan skop pendidikan. Al-Syaibani (1979)

menjelaskan, falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang dirancangkan dengan hikmah

TUNGGU !!! sebelum anda meneruskan pembacaan ke topik seterusnya, Sila pastikan anda telah mencatat isi penting topik di atas..

Page 54: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

34

untuk menjadikan proses pendidikan dan usaha pendidikan bagi suatu bangsa.

Pendidikan juga menyiapkan generasi muda dan warganegara umumnya supaya

beriman kepada Allah dan kepada apa yang diwahyukan oleh Nya.

Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang bersumberkan falsafah

hidup Islam kerana menggunakan prinsip Islam dalam bidang pendidikan. Falsafah

Pendidikan Islam menentukan keseluruhan tujuan akhir kehidupan dunia akhirat tercapai

dengan jayanya. Falsafah Pendidikan Islam menegaskan bahawa manusia ialah makhluk

Allah dan manusia mempunyai batasan dalam tindakannya. Oleh itu pendidikan ini

merupakan satu aliran falsafah yang berbentuk keagamaan, berusaha menanam

keimanan manusia kepada Allah s.w.t. dalam usaha membangunkan manusia sebagai

insan ciptaan Allah, dapat melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi

dalam keadaan tunduk dan patuh kepadanya.

Sebelum membincangkan hubungan Falsafah Pendidikan Islam dengan falsafah

pendidikan umum hendaklah disedari bahawa falsafah Pendidikan Islam mempunyai

sumbernya yang khusus iaitu al Quran dan al Sunnah. Falsafah pendidikan umum pula

bersumberkan penyelidikan dan pengalaman manusia semata-mata. Walau bagaimana

pun keduanya mempunyai perhubungan atau persamaan dalam beberapa segi yang

berkaitan dengan proses pendidikan.

Perhubungan yang jelas ialah kedua-duanya berusaha mencari dan mendapatkan

hakikat kebenaran yang berkaitan dengan proses pendidikan. Ianya juga sentiasa

membahaskan dan meramalkan tentang perkara yang mungkin mengarah, mengukuh

dan membantu memperkemaskan lagi sistem pendidikan. Falsafah pendidikan umum

juga sama dengan falsafah Pendidikan Islam dalam matlamatnya untuk melahirkan insan

yang baik, berakhlak dan harmonis di samping mempunyai keupayaan untuk membina

manusia yang berguna kepada masyarakatnya.

Walau bagaimanapun berdasar sumber yang khusus, Falsafah Pendidikan Islam lebih

unggul dan mantap kerana falsafah ini bersumberkan al Quran dan al Sunnah yang

diwahyukan oleh Allah. Falsafah pendidikan umum hanya berasaskan pemikiran,

penyelidikan dan pengalaman manusia yang terbatas dan akan berubah dari semasa ke

semasa mengikut citarasa masing-masing. Di samping itu juga, matlamat falsafah

Page 55: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

35

Pendidikan Islam juga lebih unggul dan menyeluruh, yang bertujuan untuk melahirkan

insan yang mulia dan mampu mencapai kebahagiaan bukan sahaja di dunia malah di

akhirat kerana falsafah Pendidikan Islam mengkaji kebenaran dan meletakkan sesuatu

pada yang berhak. Falsafah Pendidikan Islam amat diperlukan bagi tujuan pendidikan

Islam;

I. Membantu merancang pendidikan untuk melahirkan pemikiran yang sihat terhadap proses pendidikan

II. Menjadi asas terbaik untuk menilai sistem pendidikan negara dalam ertikata yang

menyeluruh

III. Membentuk asas pendidikan khususnya dalam kaedah pengajaran di sekolah, universiti dan institusi pendidikan yang lain.

IV. Membina suatu identiti sendiri bagi sistem pendidikan negara dengan wujudnya

nilai Islam dalam perkembangan kebudayaan dan masyarakat.

V. Menyelesaikan krisis dan masalah yang timbul dalam sistem pendidikan.

Keperluan untuk menyatakan falsafah pendidikan Islam secara tersurat mula disedari

oleh Jawatankuasa Pengubal Sukatan/kurikulum Pendidikan Islam KBSR. Beberapa siri

perbincangan cendekiawan Islam telah diadakan. Hasilnya pernyataan Falsafah

Pendidikan Islam KBSR dirumuskan seperti berikut:

"Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, bagi membentuk sikap, kemahiran keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat." ( Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia )

Penyataan falsafah ini menegaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran di dalam

mata pelajaran pendidikan Islam memberi penekanan kepada :

a. Ilmu dan pengetahuan b. Kemahiran atau amalan c. Menghayati Islam d. Membentuk sikap e. Membentuk pandangan hidup atau pemikiran Islam f. Tanggungjawab membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara g. Mewujudkan kebaikan di dunia h. Mencapai kesejahteraan abadi di akhirat.

Page 56: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

36

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Islam yang berlandaskan al-Quran dan al Sunnah

dalam membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup hamba Allah

(pelajar) yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam

sekitar dan Negara ke arah mencapai kebahgian di dunia dan kesejahteraan abadi di

akhirat.

Bersifat dinamik

Mengimbangi antara dunia &

akhirat

Bersifat sejagat

Bersifat terbuka

Bersifat membentuk

akhlak

Sesuai dengan ajaran Islam

Cirri-Ciri Falsafah

Pendidikan Islam

Page 57: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

TA

4.0 Semo

topik-

meng

telah

Kurik

Kurik

pena

buda

(Kurik

4.1 Pada i

ii

iii

iv

4.2

AJUK 4

Sinopsis

oga anda te

-topik beriku

genai konse

menjadi ke

kulum Lama

kulum Pendi

mbahbaikan

ya kreatif da

kulum Stand

Hasil pem

a akhir tajuk

Menghura

Menjelask

Mengana

Mengena

Kerangka

K

Analisa PPendidika

erus bersem

utnya. Dalam

ep, matlama

rangka utam

Sekolah Re

dikan Islam

n. Selaras d

an inovatif, k

dart Sekolah

mbelajaran

ini, pelajar-p

aikan konse

kan skop da

lisis kandun

al pasti elem

a Tajuk

KLSR

Perbandingan Islam Sek

mangat untuk

m tajuk ini,

at dan falsa

ma dalam pe

endah (KLSR

di Malaysia

dengan perk

kurikulum Pe

h Rendah).

pelajar dihar

p, matlamat

n bidang ku

gan kurikulu

en-elemen p

KURIKULU

37

an Kurikulukolah Renda

k mengkaji

beberapa a

fah Pendidi

enggubalan

R) dan Kurik

a telah mela

kembangan

endidikan Isl

rapkan dapa

dan falsafah

rikulum Pen

um lama dan

penambaika

UM    PEND

KBSR

Pengenalan K

um Lama dah.

dan memah

aspek pentin

kan Islam.

kurikulum P

kulum Baru

alui beberap

sains dan

am terus dim

at:

h Pendidika

ndidikan Isla

n kurikulum b

an yang terda

DIDIKAN IS

R

Kurikulum Pend

dan Kuriku

hami isi pe

ng yang me

Perkara-per

Pendidikan

Sekolah Re

pa fasa pem

teknologi, m

mantapkan m

an Islam.

m.

baru Pendid

apat di dala

SLAM

PIM 31didikan Islam (S

lum Baru

elajaran dala

embincangk

rkara terseb

Islam sama

endah (KBSR

mantapan d

menggalakk

melalui KSS

dikan Islam.

m kurikulum

KSSR

101 SR)

am

kan

but

da

R).

an

kan

SR

m.

Page 58: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

38

4.3 Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR)

4.3.1 Pengenalan

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak Negara mencapai

kemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah

dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh

Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan

bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah

dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956 dan dasar pendidikan

awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Rahman Talib telah

mencadangkan beberapa aspek pendidikan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa

pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

Laporan Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang

mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu,

perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi

pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini.Seterusnya pada

tahun 1966 Laporan Razak telah diperkenalkan. Sekolah umum menggunakan bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar, sementara sekolah jenis umum seperti sekolah

Inggeris, sekolah Cina, dan Tamil boleh menggunakan bahasa pengantar masing-

masing. Satu sukatan yang sama diwujudkan untuk semua sekolah.

Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga

tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga

(1971-1975). Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem

pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula

merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia

Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial

yang timbul dalam tempoh ini. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah

memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial,

kebudayaan dan politik , menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik

dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta

melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun

Page 59: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

39

agama. Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan

pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan

ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar

Ekonomi Baru (DEB). Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi

sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa.

Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman yang

tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat -

matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang

lebih sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat

mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali.

4.3.2 Pengurusan Bilik Darjah KLSR

Bilik darjah tradisi digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah Kurikulum

Lama Sekolah Rendah ( KLSR ) iaitu sebelum KBSR diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini

merupakan satu tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan

oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini

biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. Guru

lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaran menggunakan

kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yang

digantung dihadapan kelas.

4.3.3 Ciri-ciri bilik darjah tradisi:

1. Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris.

2. Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan.

3. Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru.

4. Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah.

5. Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan

6. Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru.

Page 60: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

40

4.3.4 Pengujian dan Penilaian dalam KLSR

Dalam aspek pengujian menurut Laporan Rahman Talib, semua murid perlulah lulus

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan awam, di mana kertas peperiksaan

tersebut ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Hal ini bertujuan

untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang

kaum.Selain itu, sistem pendidikan pada tahap ini berorientasikan kepada pembasmian

buta huruf. Murid diuji untuk mengetahui kebolehan mereka untuk mengujarkan sesuatu

huruf. Pengujian dalam aspek bacaan dititikberatkan mengikut kurikulum KLSR ini.

Peperiksaan LCE juga telah dimansuhkan dan diganti dengan SRP. (1978). Justeru,

peperiksaan Umum yang wujud pada masa ini ialah Peperiksaan Malayan Secondary

School Entrance Examination (MSSEE), Ujian Penilaian Darjah Lima, Ujian Diagnostik

darjah Tiga, SRP, SPMV dan MCE. Aspek penilaian dibuat sepenuhnya berdasarkan

peperiksaan bermula pada darjah tiga. Pada tahun 1973 ujian Diagnostik diperkenalkan

pada Darjah 3 supaya kerja pemulihan dapat dilaksanakan awal. Sementara itu, mulai

tahun 1967, muridmurid dikehendaki menduduki peperiksaan Penilaian Darjah 5.

Tujuannya adalah bagi menjalankan pemulihan ketika murid tersebut berada dalam

darjah enam.

Mengikut kajian terhadap Kurikulum lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah

dilaksanakan sejak merdeka, jawatankuasa kabinet telah mengenalpasti beberapa

kelemahan seperti:-

1. Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah.

2. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan dan membosankan murid.

3. Guru dan murid selalu terdsak menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila ada peperiksaan.

4. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.

Page 61: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

41

4.4 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

4.4.1 Matlamat KBSR

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi

murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-

aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang,

harmonis dan berakhlak mulia.

4.4.2 Objektif KBSR

Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk

membolehkan untuk membolehkan murid:

i. menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;

ii. menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah;

iii. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian;

iv. menguasai kemahiran belajar;

v. menguasai kemahiran berfikir;

vi. bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;

vii. memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya; viii. membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;

ix. mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia

dan alam sekitar;

x. menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;

xi. memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;

xii. menjaga kesihatan dan kecergasan diri;

xiii. menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti;

Page 62: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

xiv.

xv.

xvi.

xvii.

xviii.

4.4.3

KBSR

Pend

Rajah

KBSR

menguasayat terte menyakinakhlak mu membina mengemb mengamamenjadika

Prinsip d

R digubal

didikan Keba

i. Pende

ii. Perke

iii. Pendi

iv. Pendi

h di bawah m

R iaitu;

ai kemahirantu dalam A

ni asas-asas ulia;

semangat p

bangkan bak

alkan sikap dannya asas

dan Ciri KBS

berlandaska

angsaan:-

ekatan Berse

embangan in

dikan yang s

dikan seum

menjelaskan

n membacaAl-Quran bag

keimanan,

patriotisme;

kat dan krea

dan perlakuabagi amalan

SR

an prinsip-p

epadu;

ndividu secar

sama untuk

ur hidup.

n cirri-ciri yan

42

, menghafazgi murid Islam

mengerjaka

ativiti; dan

an yang berpn hidup.

prinsip berik

ra menyelur

semua mur

ng menjadik

Pengenalan K

z dan memam;

n amal ibad

pandukan n

kut yang s

ruh;

rid; dan

kan modus o

Kurikulum Pend

ahami penge

at dan meng

ilai murni ya

selaras den

operasi pelak

PIM 31didikan Islam (S

ertian ayat-

gamalkan

ang

ngan Falsaf

ksanaan

101 SR)

fah

Page 63: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

43

4.4.4 Pelaksanaan KBSR

1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.

1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.

1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.

1988 – Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi

1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.

Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada

tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka

tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Antaranya

termasuklah isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan

antara satu sama lain. Keduanya ialah dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu

banyak sehingga membosankan murid. Yang ketiga ialah guru dan murid terpaksa

menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan. Aspek keempat ialah

pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa menggunakan

sebarang bahan bantu lain. Aspek kelima ialah aktiviti kokurikulum dijalankan secara

berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah.

Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada

tahun 1983. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama

baharu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama

sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya. Antara

objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid dapat

menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai

alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Rancangan KBSR juga telah menekankan

penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira.

Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru

Sekolah Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa Malaysia,

Page 64: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

44

murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud

dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk

keperluan seharian. Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi

pengajiannya. Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan

individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sosial (JERIS). Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut

ditekankan berbanding KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral dan

Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak

pada guru agama sahaja. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang

komunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri

individu. Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas

yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan

Inggeris serta mata pelajaran Matematik. Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula

terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen

Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata

pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang

perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang

mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.

Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan

KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh

dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial

selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara

dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem

pendidikan yang tersusun dan bersistematik.

Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan

serta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami

budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan

kerjasama dengan rakan- rakan yang berlain agama dan budaya. Justeru, penerapan

nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi

nasional.

Page 65: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

45

4.4.5 Pengurusan Bilik Darjah KBSR

Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah

sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula diperkenalkan

apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah

pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika

dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.

Dari segi susunan fizikal, kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini

kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan

interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari

segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar

dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat

digalakkan.

Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang

pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu

bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini

menimbulkan suasana bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajran dan

pembelajaran. Berikut dirumuskan cirri-ciri bilik darjah dalam KBSR;

i. Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan

ii. Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri.

iii. Menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif

iv. Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar

v. Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar

vi. Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif

vii. Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.

Page 66: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

46

4.4.5 Pengujian dan Penilaian dalam KBSR

Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang

dapat dijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan. Penilaian Darjah 5 pula telah

digantikan dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid-murid KBSR,

tahun 6. Antara jenis ujian lain yang terdapat dalam kurikulum baru ialah Penilaian

Menengah Rendah(PMR) pada tingkatan tiga, Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau Sijil

Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM). Aspek

penilaian dalam KBSR pula menekankan penguasaan tiga kemahiran yang perlu

dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis.

Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan.

Daripada aspek penilaian pula, kurikulum ini memberikan kenaikan darjah secara

automatik tetapi murid yang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau mengikuti

kelas pemulihan yang dijalankan.

Dari aspek bentuk penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan sumatif.

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu matapelajaran.

Contohnya adalah seperti ujian akhir tahun, dan ujian bulanan. Penilaian formatif pula

ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan seperti kuiz dan soal-jawab.

4.4.6 Fokus dan Struktur KBSR

KBSR mempunyai dua tahap iaitu;

Fokus Tahap I

i. Penguasaan kemahiran asas berbahasa(mendengar, bertutur, membaca dan

menulis)

ii. Penguasaan nombor dan operasi asas mengira

iii. Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran;

iv. Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.

Page 67: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

47

Fokus Tahap II

i. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;

ii. Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah;

iii. Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain

iv. Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif;

v. Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran;

vi. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai

Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:-

i. Komunikasi;

ii. Manusia dan Alam Kelilingnya; dan

iii. Perkembangan Diri Individu.

Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada

struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:-

i. Kemahiran Asas;

ii. Manusia dengan Persekitaran;

iii. Kesenian dan Kesihatan;

iv. Kerohanian, nilai dan sikap

v. Kemahiran Hidup; dan

vi. Kokurikulum

4.4.7 Kekuatan dan Kelemahan KBSR

Matlamat kurikulum baru Sekolah Rendah adalah untuk memberikan pendidikan yang

menyeluruh kepada murid-murid. Jadi, oleh yang demikian, kejayaan KBSR ini dapat

dilihat dari segi aspek pencapaian 3M - Membaca, Menulis dan Mengira - kemahiran

belajar dan perkembangan sahsiah.

Satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR ini yang telah dijalankan oleh

Kementerian Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982. Laporan

Page 68: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

48

Fasa I (1988) kajian tersebut menunjukkan bahawa taraf penguasaan murid-murid dalam

3M ini adalah lebih tinggi apabila dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti

kurikulum lama. Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang raudah

seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan pendapat . Sebilangan besar murid juga

telah menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea

utama dan membuat rumusan Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid KBSR juga

didapati lebih berani bercakap dan yakin-dan menunjukkan minat dalam pembelajaran

mereka. Budaya membaca juga memuaskan. Selain daripada itu mereka boleh

berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan bertolak ansur.

Laporan kajian penilaian pencapaian KBSR, Fasa II telah dibentangkan pada tahun

1990. Jadi, satu lagi kajian "Projek Inspire" yang menilai tentang pencapaian KBSR bagi

murid-murid di luar bandar telah dijalankan. Projek Inspire ini adalah kajian yang

berterusan mengenai penggunaan alat Bantu mengajar .

KBSR telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi murid. Penekanan KBSR

ke atas pengajaran yang berpusatkan kepada murid, kepelbagaian aktiviti serta

penglibatan semua murid dalam aktiviti yang berkenaan telah menghasilkan muridmurid

yang lebih berminat dalam pembelajaran. Cadangan pengelolaan pengajaran seperti

kaedah kelas, kumpulan, rakan sebaya dan individu serta penggunaan berbagai jenis

bahan telah dapat memberi kepelbagaian dalam teknik pengajaran dan pembelajaran,

gerakerja kumpulan khasnya pula dapat menanamkan sifat-sifat kepimpinan dan

bekerjasama di kalangan murid-murid. KBSR juga telah menegaskan bahawa aspek

penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan

hendaklah dijalankan berterusan. Ini adalah dengan tujuan supaya kelemahan tidak

terkumpul dan langkah-langkah pemulihan dapat dijalankan dengan serta-merta.

Program pemulihan dan pengayaan dijalankan untuk mengambil kira bahawa murid

berbeza dari segi pengalaman, tingkah-laku, amalan kecenderungan, bakat dan

kebolehan.

Melalui temuramah dengan guru-guru KBSR, adalah didapati bahawa golongan murid-

murid yang tahu membaca adalah lebih ramai daripada dalam KLSR dan mereka

membaca lebih pantas daripada murid-murid dalam KLSR. Penilaian yang telah

dijalankan yang menunjukkan bahawa pencapaian murid KBSR dalam Bahasa Malaysia,

Page 69: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

49

Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil adalah lebih baik daripada murid-murid

dalam KLSR. Dari sumber-sumber pengesanan yang lain didapati juga murid KBSR lebih

cekap dan lebih berdikari.

Kelemahan KBSR

Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Ini

mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai

sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong kepada

perkara ini ialah fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan.

Maka kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses

menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata

pelajaran tersebut. Ini secara langsung mengurangkan keberkesanan usaha ke arah

membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berdaya saing,

berkemahiran dan mempunyai jati diri bagi mememnuhi cirri-ciri modal insan cemerlang

yang dihasratkan.

4.5 Pengenalan Kurikulum Standart Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Secara umumnya, Kurikulum Standart Sekolah Rendah berteraskan kepada beberapa

sandaran utama iaitu;

Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :

Pembangunan modal insan Penghasilan pelajar celik minda Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan

maklumat Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul

al-bab.

Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:

Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.

Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai

Page 70: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

50

Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang

holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat

menangani cabaran semasa dan masa depan. Berikut rentetan sejarah perkembangan

kurikulum sekolah rendah seperti berikut;

1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 2003 - KBSR (semakan) 2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

4.5.1 Transformasi Kurikulum Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan

sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi,

peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di

sekolah.

KSSR

ORGANISAS

KANDUNGAN

BENTUK

PERUNTUKAN MASA

PEDAGOGI

PENTAKSIRAN

BAHAN

PENGURUSAN KURIKULUM

Page 71: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

51

Hasrat Pendidikan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Cabaran Abad Ke-21 Dasar Pendidikan Kebangsaan Model Baru Ekonomi (MBE) Wawasan 2020 Teori Pembelajaran Rangka Rancangan Jangka Panjang 4 Tonggak dalam Pendidikan iaitu;

4.5.2 CIRI MODAL INSAN (SEKOLAH RENDAH) Pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk

kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:

Penguasaan kemahiran asas – membaca, menulis dan mengira

Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif

Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental)

Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni

Jati diri dan semangat patriotisme

Memahami dan menghayati budaya nasional

Murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi:

• Berilmu Pengetahuan • Berketrampilan • Percaya kepada Tuhan • Berakhlak Mulia • Berkeyakinan • ‘Independent learner’

Warga Negara Bertanggung jawab : • Berbudi • Bersatu padu • Patriotik • Adil • Penyayang • Berbakti

Pekerja Berilmu: • Inovatif • Kreatif • Dahagakan Ilmu • Menguasai Kemahiran

Teknologi Maklumat & Komunikasi

• Creator of Technology • Belajar Sepanjang Hayat

‘Global Player’:

• Daya Saing • Daya Tahan • Kemahiran Berkomunikasi • Jati Diri

Page 72: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

52

4.5.3 Organisasi KSSR Tahap I dan Peruntukan Masa

BIL MODUL

MASA DALAM SEMINGGU (MINIT)

SK SJKC

SJKT

MODUL TERAS ASAS

1 Bahasa Malaysia 360 300 300

2 Bahasa Inggeris 300 150 150

3 Bahasa Cina 360

Bahasa Tamil 360

4 Pendidikan Islam

180 120 120 Pendidikan Moral

5 Pendidikan Jasmani 60 60 60

6 Pendidikan Kesihatan 30 30 30

7 Matematik 180 180 180

MODUL TERAS TEMA

8

Dunia Seni Visual 60 60 60

Dunia Muzik 30 30 30

Dunia Sains dan Teknologi 60 60 60

MODUL ELEKTIF

9 BCSK/BTSK/B. Arab/B. Iban* 90

Perhimpunan 30 30 30

Jumlah 1380 1380 1380

Page 73: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

53

Bahan Kurikulum

1. Dokumen Kurikulum

2. Buku Teks

• Standard Kandungan • Standard Pembelajaran

• Berpendekatan Modular

Namun begitu, dalam konteks kurikulum Pendidikan Islam mempunyai matlamat dan

kandungan yang digubal khusus bagi merelisasikan hasrat tersebut. Perbincangan

selanjutnya akan memfokuskan dalam konteks Pendidikan Islam.

4.5.4 Matlamat

Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk menghasilkan insan yang

berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia dengan menjadikan al-Quran dan

al-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba Allah

yang berjaya didunia dan di akhirat.

4.5.5 Objektif

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran kurikulum standard Pendidikan

Islam sekolah rendah berkebolehan untuk:

i. Membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan seharian; ii. Menghafaz surah-surah terpilih dari juzu’ amma untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian; iii. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya; iv. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih serta menghayati pengajarannya; v. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan; vi. Memahami dan mengamalkan ibadat-ibadat asas fardu ‘ain dan fardu kifayah sebagai kewajipan umat Islam; vii. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. bagi menanam rasa kecintaan kepada baginda;

Page 74: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

54

viii. Memahami dan mengamalkan adab serta menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian; dan ix. Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa; 4.5.6 Fokus

Kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah memberi penekanan kepada

kemahiran membaca al-Quran, hadis, pemantapan asas-asas akidah, ibadah, akhlak

dan sirah Rasulullah s.a.w. serta kemahiran jawi. Pada akhir pembelajaran

Pendidikan Islam sekolah rendah murid mampu memahami, mengamal dan

menghayati tuntutan fardu ain dan fardu kifayah dalam kehidupan harian.

4.5.7 Organisasi Kandungan Pendidikan Islam

Kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dibangunkan dengan memberi penekanan

pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui dan boleh

dilakukan oleh murid. Standard kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah

dibahagikan kepada enam modul iaitu:

Modul al Quran

Modul ini memberikan tumpuan kepada membaca al-Quran dengan betul, fasih dan

bertajwid, menghafaz dan memahami surah al- Fatihah dan surah tertentu daripada juzu’

Amma serta menghayati pengajarannya.

Modul Hadis

Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami maksud hadis secara umum serta

menghayati pengajarannya.

Modul Akidah

Modul ini memberikan tumpuan kepada pembentukan akidah, sikap dan tanggungjawab

terhadap Allah s.w.t, pemahaman akidah yang sahih dan mengaplikasikan tuntutan

akidah dalam kehidupan harian .

Page 75: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

55

Modul Ibadah

Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami dan menghayati cara beribadah yang

ditentukan oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya dalam kehidupan harian.

Modul Sirah

Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami sirah Rasulullah s.a.w dan

mengambil iktibar daripadanya serta mengaplikasikan dalam kehidupan harian.

Modul Adab

Modul ini memberikan tumpuan kepada menghayati tatacara perhubungan manusia

dengan Allah, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar.

Modul Jawi

Modul ini memberikan tumpuan kepada kemahiran membaca dan menulis jawi serta

mempelajari asas seni khat.

Sebagai kesimpulan, persoalannya mengapa Standard diperlukan? Standart diperlukan

bagi merealisasikan hasrat;

• Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.

• Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.

• Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).

• Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.

• Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .

Page 76: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

56

i. Berasaskan pendapat-pendapat sarjana Islam mengenai matlamat pendidikan Islam,

huraikan perkaitan pendapat-pendapat tersebut dengan kurikulum Pendidikan Islam

di Malaysia.

ii. Bincang dan kemukakan rasional dalam melaksanakan penambaikan dan

pemantapan kurikulum Pendidikan Islam dari semasa ke semasa.

iii. Bina satu grafik banding beza bagi merumuskan analisa kandungan KLSR dan

KBSR.

iv. Kenal pasti elemen-elemen baru dalam Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR)

dan cadangkan langkah-langkah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi

merealisasikan hasrat tersebut.

LATIHAN & TUGASAN

Page 77: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

57

TAJUK 5

Analisis Kandungan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

5.1 Sinopsis Pelajar-pelajar yang dikasihi Selamat datang dan berinteraksi dengan tajuk 5. Tajuk-tajuk dalam unit ini

membincangkan tentang analisis kandungan sukatan pelajaran dan huraian sukatan

pelajaran Pendidikan Islam. Sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran

merupakan dokumen rasmi yang penting bagi seseorang guru Pendidikan Islam.

Analisis sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran merupakan satu dokumen

yang tidak dapat dipisahkan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

seseorang guru. Para pelajar akan dapat menguasai dan mengaplikasikan aspek-aspek

penting dalam organisasi kandungan Pendidikan Islam KBSR.

5.2 Hasil pembelajaran Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i. Memahami dan menghurai matlamat, objektif dan organisasi kandungan Sukatan

Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah.

ii. Memahami dan menghuraikan bidang, tajuk,isi pelajaran dan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR.

kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Islam KBSR.

iii. Menguasai kemahiran terhadap aspek-aspek yang berkaitan dengan pendidikan

Islam KBSR.

Page 78: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

58

Pelajar-pelajar sekelian! Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari tahun 1

hingga tahun 6. Pendidikan Islam sekolah rendah menekankan kemahiran-kemahiran

asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim merangkumi aspek keimanan,

kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Anda sekarang adalah seorang

pendidik. Untuk menjadi seorang pendidik yang professional anda perlulah mengetahui,

memahami dan menguasai isi kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam ,

Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Teks dan Buku Panduan Guru. Justeru itu modul ini

diharap dapat membantu anda memahami dan menguasai Sukatan Pelajaran

Pendidikan Islam dan Huraian Sukatan Pelajaran.

Tumpuan Khusus mata pelajaran Pendidikan Islam:

i. Pendidikan Asas Tilawah al-Quran

ii. Pembentukan Aqidah dan Bimbingan Asas Fardu Ain

iii. Pemupukan amalan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang dituntut oleh syariat

iv. Penerapan Adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid.

Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. Penyampaian

yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk murid-murid agar

mempunyai cita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu

mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan

negara.

Para pendidik perlu memastikan setiap murid menguasai ilmu, amalan dan kemahiran

yang telah ditetapkan supaya mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang

ke arah pembentukan muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia,

berketrampilan, bertanggungjawab, beramal salih dan bertakwa selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.

Page 79: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

59

5.4 Matlamat Pendidikan Islam Sekolah Rendah Matlamat pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman,

berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-

Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang ke

arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

5.5. Objektif Pendidikan Islam Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah, murid dapat :

1. Membaca surah-surah terpilih dari juzu’ Amma dengan betul dan fasih bagi

memupuk minat membaca al-Quran dan menjadi amalan harian.

2. Menghafaz ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.

3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati

pengajarannya kearah meyakini al-Quran sebagai rujukan petunjuk Allah.

4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan

benteng keagamaan.

5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam fardu ain serta memahami fardu kifayah

sebagai tuntutan kewajipan umat Islam.

6. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah SAW sebagai asas

perkembangan tamadun manusia.

7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan

seharian.

8. Membaca dan menulis jawi sebagai kecintaan terhadap warisan budaya

bangsa.

Page 80: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

5.6 O

Kand

berik

Rajah

dalam

deng

Bil.

1

B

Organisasi

dungan Pend

ut iaitu:

Ra

h 1 di atas

m Pendidika

an lebih terp

BIDA

Asuhan TAl-Quran

Bidang AsuhTilawah alQuran 

Kandungan

didikan Islam

ajah 1 : Bid

menunjukka

an Islam sek

perinci tenta

NG

Tilawah 1.

2.

han ‐

P

n Sukatan P

m sekolah re

dang-bidang

an kandung

kolah renda

ng bidang-b

OB

. Membaca terpilih dardengan bememupuk Quran.

. Menghafazyang terpdalam so

Orga

PeS

Bidang Pelajaran Ja

P

60

Pelajaran Pe

endah dibah

g Pendidikan

an bidang-b

ah. Manakal

bidang terse

BJEKTIF

Surahripada juzuketul dan fasminat memb

z ayat-ayatilih untuk olat dan

anisasi Kan

endidikan Isekolah Ren

awi

Pengenalan Ku

endidikan Is

agikan kepa

n Islam Seko

bidang mata

a Jadual 1

ebut .

h–surah k Amma sih bagi baca Al-

t lazim bacaan ibadah

1

2

dungan

slam ndah

Bidang AsUlum Syariy

urikulum Pendid

slam Sekola

ada empat b

olah Rendah

a pelajaran y

di bawah m

TUMP

1. Membacaal-QuraaBetul dan

2. Menghaf

tertentu ddan fasih

as yah 

PIM 310dikan Islam (SR

ah Rendah

bidang seper

h

yang terdapa

menerangka

PUAN

a ayat-ayn dengan fasih.

faz ayat-ayatdengan betuh

Bidang AsAkhlak Islamiah

01 R)

rti

at

an

yat an

t ul

sas  h 

Page 81: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

61

Bil.

BIDANG

OBJEKTIF

TUMPUAN

harian.

3. Memahami maksud beberapa

surah yang dipelajari ddengan menghayati beberapa surah sebagai rujukan petunjuk Allah.

3. Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada Juzuk Amma (Juzuk 30 ) dan menghayati pengajarannya.

2 Asas Ulum As-Syariah

1. Memahami dan meyakini

asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benting keagmaan

2. Mengamalkan ibadah-ibadah

asas Fardu Ain s erta memahami Fardu Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam

3. Memahami dan mengambil

Iktibar dengan sirah Rasulullah S.A.W. sebagai asas perkembangan tamadun manusia,

1. Penekanan

akidah,pembentukan sikap dan tanggungjawab terhadap Allah

2. Pengetahuan mengenai peraturan ibadah yang ditentukan oleh Allah Taala dan melaksanakannya

3. Percontohan dan pengambilan iktibar dari Sirah Rasulullah S. A..W

4. Implikasi Akidah,Ibadah dan Sirah dari segi tanggungjawab terhadap diri, keluarga,masyarakat dan Negara.

3.

Asas Akhlak Islamiah

Mengamal adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian

1. Kepatuhan terhadap

perturan dan cara hidup Muslim dalam hubungan

dengan Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W

2. Kepatuhan terhadap

peraturan dan tatacara perhubungan manusia

dengan diri, keluarga, alam sekitar,masyarakat dan Negara

Page 82: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

62

Bil.

BIDANG

OBJEKTIF

TUMPUAN

4.

Pelajaran Jawi

Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

1. Menulis tulisan jawi

dengan baik 2. Membaca jawi dengan

lancar 3. Menghayati seni tulisan

jawi. 5.7 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Anda telah pun memahami secara terperinci Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR

melalui unit yang lepas, Insyaallah, semoga dengan pemahaman dan pengamatan yang

telah anda berikan itu, memudahkan anda meneruskan pembelajaran seterusnya.

Baiklah, sekarang marilah kita meneruskan perbincangan ini mengenai Huraian Sukatan

Pelajaran Pendidikan Islam KBSR.

Dalam unit ini anda akan dapat mengetahui secara lebih terperinci mengenai matlamat,

objektif dan bidang yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam

Sekolah Rendah dari tahun 1 hingga tahun 6.

5.7.1 Pendahuluan

Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) merupakan satu daripada dokumen utama

kurikulum Pendidikan Islam. Dalam dokumen Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)

khususnya dimuatkan maklumat mengenai keperluan kurikulum Pendidikan Islam.

Berikut ini dihuraikan konsep HSP , struktur HSP, organisasi isi, bahan, kaedah

pengajaran dan pembelajaran serta keperluan penilaian Pendidikan Islam. Bahagian

“ Pengenalan HSP Pendidikan Islam ” merupakan satu bahagian yang penting daripada

dokumen HSP ini. Ia menerangkan bagaimana kandungan Pendidikan Islam perlu

dikembangkan dan disempurnakan kepada murid.

Page 83: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

63

5.7.2 Konsep Huraian Sukatan Pelajaran

Huraian Sukatan Pelajaran ialah satu dokumen yang memperkembangkan dan

memperjelaskan maksud dan kehendak Sukatan Pelajaran. Ia juga merupakan

keutamaan hampir setara dengan Sukatan Pelajaran dan perlu dibaca bersama-sama.

Penguasaan terhadap apa yang terkandung dalam Huraian Sukatan pelajaran adalah

menjadi ukuran pencapaian murid. Penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran

serta penilaian dibina berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran.

Fungsi utama Huraian Sukatan Pelajaran ialah untuk:

Menentukan skop sukatan Panduan guru dalam menyediakan isi pelajaran dan pemilihan aktiviti

pembelajaran

Kegunaan penyedia buku teks dan bahan pembelajaran bagi memilih dan membina isi kandungan aktiviti pembelajaran, soalan penilaian dan kerja lanjutan

Kegunaan pembinaan soalan ujian dan penaksiran samada berbentuk

formatif atau sumatif 5.7.3 Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran Huraian sukatan pelajaran disusun dengan menggunakan format yang diselaraskan bagi

semua matapelajaran. Kandungan Huraian Sukatan dipersembahkan dalam bentuk

lajur seperti berikut :.

Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran Cadangan Pengalaman Pembelajaran

Aras 1 : Aras 2 : Aras 3 :

Page 84: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

64

Keterangan lajur

Lajur Kandungan dalam Lajur

Lajur Bidang Pembelajaran

Mengandungi tajuk-tajuk seperti dalam kandungan sukatan pelajaran.

Lajur Hasil Pembelajaran

Berkaitan dengan hasil pembelajaran

yang mesti dicapai oleh murid. Mengandungi kenyataan atau

keterangan mengenai kesan atau hasil dari proses pembelajran yang dialami oleh murid, samada kesan berbentuk dalaman (implisit) atau luaran ( eksplisit).

Hasil pembelajaran yang mesti dicapai

bagi setiap tajuk telah dibahagikan kepada 3 aras iaitu aras 1, aras 2 dan aras 3 bertujuan untuk memenuhi keperluan tiga golongan prestasi murid.

Aras 1 :

Aras ini bertujuan memenuhi keperluan golongan murid berpencapaian rendah. Ia merupakan aras yang paling rendah atau paling mudah yang mesti dikuasai oleh keseluruhan murid. Bimbingan dan dorongan dengan aktiviti yang sewajarnya perlu diberi untuk mencapai penguasaan hasil pembelajaran aras ini, iaitu tahap yang paling minima.

Aras 2 : Aras sederhana atau pertengahan

yang perlu dikuasai oleh murid yang mempunyai aras kebolehan yang sederhana. 60% - 70% daripada keseluruhan murid dalam kelas sepatutnya menguasai tahap ini .

Aras 3 : Aras paling tinggi. Ia perlu dikuasai

oleh murid-murid pencapaian tinggi. Selalunya 15 % - 20% murid yang

Page 85: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

65

diajar boleh menguasai aras ini

Lajur Cadangan Pengalaman Pembelajaran

Memuatkan cadangan strategi, kaedah,

teknik, aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru untuk mencapai hasil pembelajaran yang baik.

Cadangan kepada guru tentang

pengalaman pembelajaran yang akan dialami oleh murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran

5.7.4 Tumpuan mata pelajaran Pendidikan Islam Kekuatan bagi mana-mana mata pelajaran adalah bergantung kepada aspek

kandungan pelajaran, pendekatan , kaedah dan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran serta kekuatan dan kesan bahan-bahan yang digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Peruntukan masa bagi mata pelajaran sekolah rendah ialah 150 minit seminggu dan

boleh dibahagikan kepada 5 waktu dengan 30 minit setiap waktu. Sebanyak 30 minit

atau satu waktu diperuntukkan bagi pelajaran Jawi.

Page 86: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

66

A. Asuhan Tilawah al-Quran Perhatikan rajah berikut kemudian ikuti huraiannya:

Rajah : Bidang satu Asuhan Tilawah Al-Quran

Rajah di atas , menunjukkan Bidang Asuhan Tilawah Al-Quran, bidang ini

mengandungi tiga bahagian iaitu Bacaan, Hafazan dan Kefahaman seperti berikut;

I. Bacaan :

i. Mengenal huruf-huruf hijaiyyah tunggal, bersambung dan berbaris

fathah, kasrah,dhammah, tanwin, sukun dan syaddah.

ii. Membaca kalimah dan potongan ayat

iii. Membaca kalimah dan ayat-ayat pendek pelbagai baris

iv. Membaca surah-surah dengan betul dan fasih :

v. Membaca potongan ayat-ayat dari surah-surah tertentu yang mengandungi tanda bacaan mad dan waqaf

vi. Membaca ayat-ayat pendek mengandungi nun sakinah dan tanwin

.Asuhan Tilawah Al-Qurann

1. Bacaan

2 Hafazan

3. Kefahaman

Page 87: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

67

vii. Membaca potongan ayat-ayat dari surah-surah tertentu yang mengandungi mim syaddah, nun syaddah dan mim sakinah

viii. Membaca potongan ayat-ayat daripada surah-surah tertentu yang mengandungi bacaan qalqalah. Berikut surah-surah yang dicadangkan;

Bil

Surah

Bil

Surah

Bil

Surah

1 Al-Fatihah 11 Al-Fil 21 Al-Tin

2 An-Nas 12 Al-Humazah 22 Al-syarh

3 Al-Falaq 13 Al-‘Asr 23 Al-Dhuha

4 Al-Ikhlas 14 Al-Takathur 24 Al-Lail

5 Al-Masad 15 Al-Qari’ah 25 Al-Syams

6 Al-Nasr 16 Al-Adiyat 26 Al-Balad

7 Al-Kafirun 17 Al-Zalzalah 27 Al-Fajr

8 Al-Kawthar 18 Al-Bayyinah 28 Al-Ghasiyyah

9 Al-Ma’un 19 Al;-Qadr 29 Al-A’la

10 Al-Quraisy 20 Al-‘Alaq 30 Al-Tariq

II Hafazan :

Menghafaz surah-surah berikut :

a. Al-Fatihah l. Al-Takathur

b. An-Nas m. Al-Qari’ah

c. Al-Falaq n. Al-Adiyat

d. Al-Ikhlas o. Al-Zalzalah

e. Al-Kafirun p. Al-Bayyinah

f. Al-Kawthar q. Al;-Qadr

g. Al-Ma’un r. Al-‘Alaq

h. Al-Quraisy s. Al-Tin

i. Al-Fil t. Al-syarh

Page 88: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

68

j. Al-Humazah u. Al-Dhuha

k. Al-‘Asr

III Kefahaman :

Pengertian Al-Quraan Kelebihan membaca Al-Quraan Sejarah ringkas al-Quraan Memahami surah-surah berikut secara umum

Surah Al-Fatuhah ayat 1 - 7 Surah al-Nas ayat 1-6 Surah al-Falaq ayat 1-5 Surah al-Ikhlas Surah al-Kawthar Surah al-Ma’un ayat 1-7 Surah al-Qadr ayat 1-5 Surah al-Dhuha ayat 1-11

Lihat rajah berikut kemudian ikuti huraiannya:

Rajah 13 : Bidang Asas Ulum Syar’iyah

Perhatikan dengan teliti bidang Asas Ulum Syar’iyah terdapat di dalam rajah di atas, bidang ini terbahagi kepada bidang Akidah, Ibadah dan Sirah. B Bidang Ulum Syariah . I. Tajuk-tajuk Akidah ialah:

Pengertian Rukun Iman Beriman Kepada Allah Beriman Kepada Maliakat

Bidang Asas Ulum

Syar’iyah

Akidah Ibadah Sirah

Page 89: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

69

Beriman Kepada Rasul Beriman kepada Kitab-Kitab Beriman kepada Hari Akhirat Beriman kepada Qadak dan Qadar Pengertian Rukun IslamSifat wajib Allah Nama-nama Allah (Asma al-Husna ) yang berikut: Pengertian Dosa dan pahala Pengertian Syirik. Sam’iyyat : Pengertian Perkara-perkara sam’iyyat

II Ibadah

Konsep Ibadah Pengertian Jenis-jenis Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah Jenis-jenis hukum Bersuci : Pengertian Tanggungjawab bersuci Istinjak Bersuci dari najis Bersuci dari hadas Tayammum

Solat:

Pengertian Solat Fardu Bacaan dalam solat serta

terjemahannya - Takratul Ihram - Surah AlFatihah - iii.Doa Iftitah - Ketika Ruku’ - Ketika Iktidal - Ketika Sujud - Ketika duduk antara dua sujud - Tahyatul awal dan akhir - Doa Qunut.

Pelakuan Solat (Rukun Fi’li) dan hikmahnya

Perkara-perkara yang membatal solat Rukun-rukun Syarat-syarat wajib Syarat-syarat sah Sunat Ab’adh dan Hai’ah. Azan dan Iqamah

Page 90: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

70

Solat berjamaah Solat Jumaat Ibadah puasa Solat Hari Raya Aidil fitri dan Aidiladha Solat Jenazah

III Sirah :

3.1 Tanda-tanda kenabian 3.16 Tentangan terhadap Rasulullah 3.2. Salasilah keturunan Nabi 3.17 Israk dan Mikraj 3.3 Penyusuan dan Pemelihraan Nabi 3.18 Perjanjian Aqabah 3.4 Nabi dibesarkan dan dididik nilai

murni 3.19 Hijrah kemadinah

3.5 Kematian bapa dan ibu Nabi 3,20 Pembinaan Masjid pertama 3.6 Kematian Datuk 3.21 Persaudaraan Muhajirin dan Ansar 3.7 Pemeliharaan Nabi oleh bapa

saudara 3.22 Pembentukan Negara Madinah

3.8 Pekerjaan Nabi( Semasa Kecil & Dewasa

3.23 Mempertahankan Madinah

3.9 Pekhawinan Nabi 3.24 Piagam Madinah 3.10 Peritiwa Hajarul al-Aswad 3.25 Perjanjian Hudaibiah 3.11 Peristiwa di Gua Hira’ 3.26 Pembukaan Kota Mekah 3.12 Mukjizat Al-Quraan 3.27 Perkembangan Islam Zaman

Rasul 3.13 Dakwah Rasulullah (sulit dan

terang) 3.28 Haji Wida’

3.14 Hijrah ke Habsyah 3.29 Kewafatan Rasulullah S.A.W. 3.15 Pembesar Mekah terima

Rasulullah

Sebenarnya anda sekarang sedang mengkaji perincian sukatan dalam bidang Ulum Syar’iah mulai dari tahun 1 hingga tahun 6. Syabas dan tahniah !. C. Bidang Adab dan Akhlak Islamiah

Page 91: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

71

Rajah 16 : Bidang Adab dan Akhlak Islamiah Anda akan meneliti setiap bahagian yang terdapat dalam rajah 16 satu persatu. Adakah

anda bersedia sekarang!.

a. Adab dalam Kehidupan Harian

Dalam bahagian ini anda akan didedahkan mengenai perkara

berikut :

3.1.1 Adab Makan Minum 3.1.7 Adab berkenderaan

3.1.2 Adab Qada Hajat 3.1.8 Adab masuk dan keluar rumah

3.1.3 Adab tidur dan bangun

tidur

3.1.9 Adab menghidang makan dan

minuman

3.1.4 Adab mandi dan bersugi 3.1.10 Adab berjalan

3.1.5 Adab berwuduk 3.1.11 Adab bertanya

3.1.6 Adab berpakaian 3.1.12 Adab mengurus diri

b. Adab terhadap Ibu Bapa dan Keluarga

1.2.1 Adab bercakap dengan ibu bapa 1.2.2 Adab menolong ibu bapa 1.2.3 Adab bergaul dengan keluarga

c. Adab dalam kehidupan Bersosial

3.2.1 Adab bergaul

dengan rakan 3.2.12 Adab berkumpul

3.2.2 Adab di masjid 3.2.13 Adab berjual beli

Adab dan Akhlak Islamiah

Adab dalam Kehidupan Harian

Adab terhadap Kehidupan Sosial

Adab Menuntut Ilmu

Adab terhadap ibubapa/keluarga

Adab dengan Al-Quran

Page 92: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

72

dan surau 3.2.3 Adab bercakap

dengan rakan 3.2.14 Adab bekerja

3.2.4 Adab melayan tetamu

3.2.15 Adab menziarah jiran

3.2.5 Adab menziarah orang sakit

3.2.16 Adab ketika bermaian

3.2.6 Adab menziarah rakan

3.2.17 Adab terhadap tempat dan harta benda awam

3.2.7 Adab menziarah orang tua

3.2.18 Adab kecintaan kepada Negara

3.2.8 Adab dengan orang tua

3.2.19 Adab menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar

3.2.9 Adab menziarah jenazah kubur

3.2.20 Adab rehlah

3.2.10 Adab makan di majlis keramaian

3.2.21 Adab manusia dan makhluk lain

3.2.11 Adab berjiran 3.2.22 Adab dengan pemimpin

d. Adab Menuntut Ilmu

i. Adab bercakap dengan guru ii. Adab ke sekolah iii. Adab Belajar iv. Adab semasa di sekolah v. Adab berhujah vi. Adab menolong guru vii. Adab menjaga harta benda sekolah

e. Adab dengan Al-Quraan

3.5.1 Adab membawa dan menyimpan Al-Quraan 3.5.2 Adab membaca Al-Quraan

2. Pelajaran Jawi

a. Mengenal , menyebut dan menulis huruf jawi tunggal b. Mengenal , menyebut dan menulis huruf jawi sambung c. Mengenal , menyebut dan menulis suku kata terbuka d. Mengenal , menyebut dan menulis suku kata tertutup e. Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat f. Mengenal , membaca dan menulis perkataan pinjaman g. Mengenal , membaca dan menulis perkataan berimbuhan

dan ayat pendek h. Menggunakan tanda baca i. Membaca pelbagai jenis teks bacaan j. Menulis pelbagai jenis teks k. Mengenal dan menulis khat Nasakh dan Rik’ah.

Page 93: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

73

Rumusan Kurikulum pendidikan Islam adalah bermatlamat untuk mencapai keberkesanan dari

segi penghayatan dan aplikasi, berfungsi sebagai benteng keagamaan dan amalan

nilai-nilai budaya bangsa. Oleh itu, setiap bakal pendidik hendaklah memahami dengan

jelas tentang Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah kerana ia

merupakan asas utama sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di

bilik darjah. Dengan pemahaman ini guru akan lebih mudah merancang pengajaran

mereka serta dapat menghurai setiap tajuk yang dicadangkan.

Huraian sukatan pelajaran ialah satu dokumen yang memperkembang dan memperjelas

maksud serta kehendak sukatan pelajaran. Sukatan ini mempunyai institusi yang tinggi

yang hampir setara dengan sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran perlu difahami

bersama-sama dengan huraian sukatan pelajaran. Penguasaan terhadap segala yang

terkandung dalam huraian sukatan pelajaran adalah menjadi ukuran pencapaian murid.

Mengkaji dan meneliti Sukatan Pelajaran adalah amat mustahak sebelum guru

memulakan tugasan dibilik darjah, pengajaran dan pembelajaran hendaklah

berdasarkan kepada sukatan Pelajaran, melalui sukatan pelajaran pelajar dapat

menimba ilmu dan kemahiran.

Latihan i. Berdasarkan maklumat-maklumat di atas, bincangkan bidang-bidang pendidikan

Islam sekolah rendah mengikut susunan?

ii. Senaraikan Objektif setiap bidang mengikut tumpuan sukatan tersebut.

Syabas! Atas kesabaran anda ………………..

Page 94: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

74

TAJUK 6

Penggunaan Buku Teks dan Buku Panduan Guru.

6.0 Sinopsis Pelajar-pelajar yang dikasihi Selamat datang dan berinteraksi dengan tajuk 5. Tajuk-tajuk dalam unit ini

membincangkan tentang penggunaan buku teks dan buku panduan guru Pendidikan

Islam . Penggunaan buku teks dan buku panduan guru amat penting bagi seseorang

guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Islam di dalam bilik darjah .Kedua-duanya juga penting sebagai dokumen rasmi yang

menjadi rujukan utama semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

6.1 Hasil pembelajaran Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i. Menghurai dan menganalisis bahan dari buku teks Pendidikan Islam.

ii. Menghurai dan menganalisis buku panduan guru Pendidikan Islam.

iii. Membuat perbandingan kandungan buku teks lama dan buku teks terkini.

6.3 Kerangka Tajuk

PENGGUNAAN BUKU TEKS &

BUKU PANDUAN

GURU

Konsep Buku Teks

Keberkesanan Buku Teks

Penggunaan Buku Panduan Guru

Fungsi Buku Panduan Guru

Keberkesanan Penggunaan BPG

Page 95: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

75

6.4 Konsep Buku Teks Buku teks Pendidikan Islam terbaru dibina berdasarkan semakan semula KBSR .

Ianya telah melalui proses pemerakuan yang tertentu di peringkat Kementerian

Pelajaran Malaysia. Isi kandungannya memenuhi dan menepati kehendak sukatan

pelajaran dan huraian sukatan pelajaran

Ciri-ciri semakan kepada buku teks ialah untuk menampilkan buku teks sebagai agen

perubahan yang berkemampuan untuk membantu memberikan prospek baru dalam

penerokaan, penguasaan kemahiran baru dan terkini, progresif, dinamik dan seimbang

yang dapat dinikmati oleh anak dididik kita. Seterusnya dapat membantu dalam

menyediakan guna tenaga negara dan peningkatan kualiti pendidikan.

Buku teks merupakan satu wadah penulisan yang mengandungi fakta, pengetahuan

dan maklumat lain yang diperlukan untuk membentuk minda pelajar. Ianya tidak hanya

berfokus kepada aspek peperiksaan sahaja tetapi lebih dari itu. Penggunaaan bahasa

yang ringkas dan padat, di samping ilustrasi yang menarik diharap dapat merangsang

minda pelajar menghayati matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Sebelum anda teruskan, dicadangkan anda haruslah memiliki senaskah Buku Teks, Buku Panduan Guru, Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR

Kandungan Buku Teks :

I. Buku teks telah digubal oleh panel penulisan yang telah dilantik.

II. Buku Teks mengandungi dua jilid iaitu jilid satu untuk ‘ Asuhan Tilawah Al

Quran’ dan ‘Pelajaran Jawi’ dan jilid dua “Bidang Asas Ulum Syariyyah” dan

“Adab dan Akhlak Islamiah’

III. Setiap tajuk pelajaran telah disediakan dengan isi pelajaran yang lengkap.

IV. Bagi setiap isi pelajaran telah ditentukan hasil pembelajaran dan aras

pembelajaran seperti yang telah ditetapkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran.

Page 96: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

76

V. Isi kandungan buku teks dilengkapkan dengan grafik-grafik yang menarik

perhatian murid-murid .

VI. Di akhir setiap topik dicadangkan aktiviti susulan dan latihan untuk penilaian.

VII. Setiap tajuk juga disediakan dengan aktiviti gerak minda, penghayatan dan info islam.

6.4.1 Keberkesanan Buku Teks :

1. Buku teks boleh membantu murid-murid membuat persediaan belajar.

2. Membangkitkan minat murid untuk membaca dengan ilustrasi yang menarik.

3. Buku teks juga sebagai bahan rujukan murid-murid di sekolah dan di rumah

ketika membuat ulangkaji.

4. Buku teks juga menjadi panduan awal kepada murid dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.

5. Buku teks juga memberikan kemudahan kepada guru untuk membuat aktiviti dan

latihan.

Rumusan Buku teks sangat membantu anda dalam merancang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Ilustrasinya yang menarik dan aktiviti berpusatkan murid akan

menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas anda ‘hidup dan

menyeronokkan, ia perlu dijadikan sebagai sumber rujukan utama murid. Kita

hendaklah menanamkan kepada pelajar mengenai kepentingan mengguna dan

memelihara buku teks. Pendekatan Buku Teks Semakan Semula diharapkan menjadi

rujukan terkini pelajar. Isu pelajar sering mendapatkan sumber dari buku tambahan luar

lebih dari buku teks seharusnya dapat diatasi.

Dapatkan buku teks yang lama dan buat perbandingan dengan buku teks terkini.

Page 97: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

Aktiv

i.

ii.

iii.

6.5 B

Pelaj

Bagi

Keme

Peng

bidan

mera

Sebe

kuriku

iti :

Cuba sem

Dapatkan

menggun

Senaraika

oleh diper

Buku Pandu

ar sekelian!

memastika

enterian Pe

gajaran dan

ng di man

ancang peng

enarnya te

ulum semak

Sukat

Huraia

Buku

Buku

Buku

Buku

Buku

T

mak buku tek

n maklumat

akan buku t

an 10 aktivit

rolehi di dala

uan Guru

an hasrat

endidikan te

Pembelajar

a ianya me

gajaran dan

rdapat be

kan Pendidik

tan Pelajaran

an Sukatan

Panduan Pe

Penilaian Ke

Penilaian Ke

Panduan As

Panduan Ja

Tahniah ! ke sekali. Sim

ks yang lama

t dari pela

eks. Tentu

ti yang difi

am buku tek

dan tujua

elah menye

ran. Buku

encadangka

pembelajara

berapa lagi

kan Islam 20

n ( sudah p

Pelajaran (

engajaran da

endalian Se

endalian Se

sas Fardu A

awi

erana anda tmpan dokume

P

77

a dan yang

ajar meng

ada pro dan

kirkan mena

ks.

an pendidik

ediakan bah

ini disediak

an butur-bu

an .

dokumen

002. Dokum

pun diterang

sudah ditera

an Pembelaj

kolah Renda

kolah Mene

in

telah menyeen latihan a

Pengenalan Ku

baru. Buat

genai peras

n kontranya.

arik dan me

kan dapa

han asas

kan secara

utir terperin

yang dibin

en tersebut

gkan di unit

angkan di u

jaran Pendid

ah

ngah

elesaikan tugnda dengan

urikulum Pendid

perbandinga

saan merek

Bincangka

nyeronokka

at dicapai

seperti Bu

berasingan

ci bagi me

na berses

t :

1.1.1 )

nit 1.1.2 )

dikan Islam

gasan dengan sempurna.

PIM 310dikan Islam (SR

an.

ka apabil

n.

n murid yan

sepenuhnya

uku Pandua

n bagi setia

mbantu gur

suian denga

an baik

01 R)

la

ng

a,

an

ap

ru

an

Page 98: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

78

Buku Panduan Penilaian Al Quran

Buku Panduan Amali

Buku Panduan Pengurusan Panitia

Buku Panduan ini mengandungi pelbagai contoh kaedah pengajaran dan pembelajaran

dan contoh rancangan mengajar bagi setiap bidang. Ianya dapat mem- bantu anda

sebagai guru dalam memantapkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, di

samping untuk merangsang daya pemikiran murid anda supaya lebih kreatif, kritis dan

inovatif.

6.5.1 Fungsi Buku Panduan Guru

Wujud pembelajaran yang berkesan dan suasana bilik darjah yang

mengembirakan .

Penglibatan murid secara aktif

Strategi pengajaran yang merangsangkan perbincangan dan penerokaan

Suasana pembelajaran koperatif di mana murid berpeluang melihat diri

mereka sebagai murid yang berkebolehan

Kemahiran Berfikir

Pengajaran Berasaskan kajian Masa Depan (KMD)

Pembelajaran secara konstruktivisme

Pembelajaran secara kontekstual

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

6.5.2 Keberkesanan Penggunaan Buku Panduan Guru

1. Membantu guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan

lebih berkesan dalam bilik darjah.

2. Sebagai garis panduan yang terarah bagi guru untuk melaksanakan pengajaran

dan pembelajaran.

3. Buku Panduan Guru juga menyediakan contoh-contoh aktiviti dan latihan yang

sesuai yang boleh membantu guru di dalam kelas.

Page 99: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

79

Rumusan Buku Panduan Guru ialah antara strategi Kementerian Pendidikan bagi memastikan

kurikulum dilaksanakan dengan cara yang terbaik dan terkini. Melalui buku ini

pembelajaran akan menjadi lebih ceria dan menyeronokkan. Setiap pendidik perlu

menjadikan Buku Panduan Guru ini sebagai panduan utama dalam pengajaran dan

pembelajaran mereka

I. Baca Buku Panduan Guru Pendidikan Islam sepenuhnya. Kemudian senaraikan

teknik yang sering anda gunakan yang terdapat dalam buku panduan guru

II. Senaraikan juga teknik yang jarang dan tidak langsung digunakan oleh anda

semasa pengajaran namun anda mengetahuinya bahawa ia menarik dan

menyeronokkan pelajar .

LATIHAN & TUGASAN

Page 100: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

80

TAJUK 7

PENGENALAN PENDIDIKAN ISLAM J-QAF

7.1 Sinopsis Pelajar-pelajar yang dikasihi Selamat datang dan berinteraksi dengan tajuk 7. Tajuk ini membincangkan tentang

Pengenalan Pendidikan Islam j-QAF yang meliputi pengenalan, objektif, matlamat,

kandungan kurikulum dan pelaksanaannya. Kertas Dasar pelaksanaannya juga turut

dilampirkan sebagai rujukan dan informasi tambahan.

7. 2 Hasil pembelajaran Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i- Menghuraikan konsep dan objektif j-QAF

ii- Penjelasan tentang pelaksanaan j-QAF 7.3.1 Kerangka Tajuk

Konsep Objektif matlamat Kepentingan j-QAF PENGENALAN

PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM j-QAF

Pelaksanaan

program j-QAF

Page 101: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

81

7.4 PENGENALAN PROGRAM j-QAF

Pendahuluan Para pelajar sekalian…

Pada 24 Disember 2003, semasa YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapan pada

perjumpaan dengan ulama dan pegawai-pegawai agama sempena Majlis Tilawah al-

Quran Peringkat Antarabangsa Keli ke 45 di Kuala Lumpur, antara lain ada menyebut

tentang khatam al-Quran, mewajibkan pembelajaran bahasa Arab dan menghayati

amalan fardhu ain. Hasrat itu diulangi sekali lagi semasa lawatan beliau ke Kementerian

Pendidikan Malaysia pada 30 Disember 2003. Beliau mencadangkan supaya perkara

tersebut dilaksanakan seberapa segera yang boleh.

Kementerian pendidikan Malaysia telah mengambil tindakan dengan mengadakan

beberapa mesyuarat dan bengkel, dan akhirnya mengadakan seminar Jawi, al-Quran,

bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-Qaf) pada 3 hinga 5 Mac 2004. Seminar ini telah

bersetuju menerima beberapa model untuk dilaksanakan sebagai projek rintis pada

April 2004 sebelum pelaksanaan sebenar pada tahun 2005 secara berperingkat-

peringkat.

7.4.1 Konsep Program j-Qaf

Tahukah anda apa yang dikatakan j-QAF ?

Program j-QAF adalah usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalaui penekanan

khusus dalam pengajaran Jawi, al Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang

dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah. j-QAF adalah singkatan jawi, al-Quran,

Bahasa Arab, dan Fardu Ain. Ia menggunakan kurikulum, model dan modul tersendiri

melalui tenaga guru yang khusus untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan,

pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual

waktu sedia ada

.

Page 102: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

82

7.4 2 Objektif Program j-Qaf

Setelah projek ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan diharapkan semua

murid yang menganut agama Islam, semasa di sekolah rendah dapat

i menguasai bacaan dan tulisan jawi

ii khatam al-Quran

iii mempelajari bahasa Arab dan

iv mantap dan menghayati fardhu ain

7.4.3 Kepentingan program j-Qaf

Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan

Pendidikan Islam (PI) yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iwi dan Jawi

lebih berkesan iaitu bidang Tilawah al Quran, Akidah, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan

Jawi lebih berkesan dan diamalkan dalam kehidupan.

i. Kepentingan Jawi

Jawi telah diajar sebagai komponen Pendidikan Islam dan mula dilaksanakan

pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 6 bulan pertama di tahun 1.

Laporan pemantauan mendapati penguasaan bacaan Jawi dalam pendidikan

Islam semata-mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu Pemulihan

Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan kepada murid tercicir supaya semua

murid boleh menguasai jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.

ii. Kepentingan al-Quran

Al-Quran telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang

Asuhan tilawah al-Quran pada masa ini. Namun tidak menekankan

pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan

berterusan daripada bilanganan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang

menepati pendekatan talaqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran

secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan

menyebut semula dengan baik dan lancar). Pendidikan Islam pada masa ini

hanya mengutamakan kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam

tidak ditekankan di sekolah tetapi hanya menyerahkannya kepada masyarakat .

Page 103: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

iii.

iv

V

7.5

j-Qaf

Keme

meng

khusu

adala

tidak

Keme

modu

Kepentin

Status Ba

bahasa ta

terhad. Ti

Kepentin

Ibu bapa

anak mer

Kepentin

Masa pen

SJKT dan

aktiviti kh

Fardhu A

Bahasa A

Ini menyu

Bahasa A

Pelaksan

telah dila

enterian Pe

genai cara

us bagi pel

ah makluma

menggam

enterian Pe

ul yang terka

ngan Bahas

ahasa Arab

ambahaan.

idak semua

ngan Fardhu

masih belum

reka terhada

ngan Progra

ngajaran PI

n 4 waktu d

hatam al-Qu

Ain yang m

Arab di seko

ukarkan pela

Arab yang ha

naan j-Qaf

ksanakan m

elajaran Mal

pelaksanaa

aksanaan 2

t awal yang

mbarkan ke

elajaran Mal

andung dala

a Arab

Sekolah Re

Ia diajar d

murid berpe

u Ain

m berpuas h

ap amalan F

am j-Qaf pa

Sekolah Re

di SJKC. Pe

uran, pemul

encukupi d

olah- sekolah

aksanaan B

akiki tidak diw

mulai tahun

laysia sen

an model-m

2005. Pandu

berguna un

adaan seb

laysia meng

m buku ini.

P

83

endah pada

di sekolah-s

eluang memp

hati dengan

Fardhu Ain te

ada keseluru

endah pada

runtukan wa

ihan dan p

i laksanaka

h diajar ole

ahasa Arab

wujudkan.

n 2005 se

ntiasa memb

model yang

uan modul y

ntuk persiap

benar pelak

gambil kepu

Pengenalan Ku

a masa ini

sekolah rend

pelajarinya

n pencapaian

erutama hal

uhan

a masa ini i

aktu ini tida

pengukuhan

an di seko

eh guru Pen

b di semua

cara berpe

beri maklum

g terpilih se

yang terkan

pan kearah

kasanaan j

utusan men

urikulum Pendid

sebagai ma

dah secara

n dan pengu

ibadah men

alah 6 wakt

ak membole

Jawi dan

olah-sekolah

ndidikan Isla

sekolah se

eringkat-perin

mat yang le

erta persiap

ndung di da

pelaksanaan

j-Qaf mela

ngekalkan p

PIM 310dikan Islam (SR

ata pelajara

berpilih da

uasaan anak

ndirikan sola

tu, 5 waktu d

ehkan aktivit

latihan ama

h. Manakal

m sedia ada

ekiranya gur

ngkat. Piha

ebih lengka

pan-persiapa

alam buku in

n sebenar. I

ainkan piha

panduan da

01 R)

an

an

k-

at.

di

ti-

ali

la

a.

ru

ak

ap

an

ni

Ia

ak

an

Page 104: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

84

Perkembangan Pelaksanaan j-QAF mengikut laporan yang dipetik dari laman :

SEKTOR PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL,

JABATAN PELAJARAN TERENGGANU, JLN BUKIT KECIL, 20604 KUALA TERENGGANU

Tel : 09-6253020 ; Fax : 09-6314909 http://www.geocities.com/spimjpntrg

emel : [email protected]

Dasar & Status Pelaksanaan Program j-QAF

Tujuan Taklimat:

Memaklumkan kepada Penyelia Pendidikan Islam dasar dan status pelaksanaan program j-QAF

Pengenalan:

Program j-QAF merupakan usaha memperkasa Pendidikan Islam melalui penekanan khusus

dalm pengajaran & pembelajaran jawi, al-Quran, Bahasa Arab, Fardhu ‘Ain. Ia menggunakan

kurikulum, model dan modul tersendiri. Pelaksanaannya mengguna peruntukan waktu sedia ada

yang diajar oleh tenaga guru yg dilantik khusus.

Latar Belakang Program j-QAF:

Program j-QAF dilaksana hasil cetusan idea YAB Perdana Menteri ketika melawat KPM pada 30

Dis 2003.Hajat suci beliau diperhalusi di peringkat KPM dalam seminar j-QAF pada 3-5 Mac

2004. Projek rintis dijalankan selama 3 bulan di 36 buah sekolah seluruh negara .Dalam Majlis

taklimat KPM kpd YAB Perdana Menteri pada 6 Ogos 2004 berhubung dengan cadangan JK Tan

Sri Murad dan laporan Projek Rintas j-QAF bahawa YAB Perdana Menteri bersetuju program ini

dilaksana mulai tahun 2005

Punca Kuasa:

Arahan YAB Perdana Menteri

”Subseksyen 50.1, (Akta Pendidikan Pengajaran Agama Islam)” – Jika di dalam sesuatu institusi

pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-

murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh pihak

Berkuasa Negeri.

Page 105: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

85

Syor JK Khas Tan Sri Murad:

1. KPM hendaklah mengadakan satu kurikulum Pendidikan Islam yang bersepadu dan

berasaskan pendekatan Islam Hadhari

2. Semua pelajar Islam wajib belajar Bahasa Arab di sekolah Rendah dan Menengah serta wajib

khatam al-Quran di sekolah rendah

3. Penggunaan ICT dalam P & P Pendidikan agama hendaklah dieksploitasikan sepenuhnya

4. Pendidikan agama hendaklah dijadikan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial

5. Guru-Gur agama hendaklah diberi latihan semula secara khusus dan intensif terutama dalam

kaedah P&P serta aplikasi ilmu pengetahuan dan kemahiran

6. Semua institusi pendidikan di peringkat rendah dan menengah hendaklah bebas drp pengaruh

yg tidak wajar

Objektif:

Semua Murid sekolah rendah akan dapat;

1. menguasai bacaaan dan tulisan jawi

2. khatam al-Quran

3. menguasai asas Bahasa Arab

4. Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu ’Ain

Strategi:

1. Unjuran Sekolah j-QAF

Tahun Unjuran Bilangan Sekolah2005 1221 1221 2006 1235 2456 2007 1247 3703 2008 827 *(470) 4173 2009 766 2010 762

2. Unjuran Guru j-QAF;

Page 106: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

86

Tahun Unjuran Bilangan Guru 2005 3663 3615 2006 3705 3613 2007 4962 3800 2008 6236 2442 (13470) 2009 6301 - 2010 7304 -

3. Aktiviti Pemantapan j-QAF:

Mesyuarat :

� Mesy memperkasa SK dan SAR

� Mesy pasukan petugas khas j-QAF

� Mesy JK Pelaksana j-QAF

� Mesy penyelarasan kurikulum JAPIM – JAKIM

� Mesy mingguan j-QAF

� Mesy JK pemilihan dan

� Penempatan guru-guru pelatih j-QAF

� Mesy JK Pemilihan sekolah

Kursus dan Taklimat:

� Kursus JLU Iqra’ dan kursus pemantapan guru j-QAF

� Taklimat kepada Jemaah Nazir Sekolah

� Taklimat kepada JPN

� Taklimat kepada Guru Besar

� Taklimat kepada Guru pembimbing

� Taklimat kepada Guru Pend Islam

� Taklimat kepada Pensyarah Maktab / Institut Perguruan

Pemantauan;

� Pemantauan bersepadu KPM-SPPIM JPN

� Pemantauan awal tahun persekolahan

� Pemantauan secara berkala / pusat

� Pemantauan secara berterusan negeri, PPD, PPG

Model-Model j-QAF;

Page 107: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

87

1. Model Kelas Pemulihan Jawi

2. Model 6 bulan Khatam al-Quran

3. Model Tasmik Khatam al-Quran

4. Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi

5. Model Bestari Solat

Model Kelas Pemulihan Jawi;

� Pengajaran dijalankan oleh guru pemulihan utk memulihkan murid yg keciciran dalam jawi

� Bilangan murid seramai 6 – 10 yg belum mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka

dlm ujian pengesanan khas

� urid akan dipulihkan supaya dapat mengenal, menyebut dan menulis huruf tunggal, suku

kata terbuka dan tertutup serta membina perkataan mudah

Model 6 Bulan Khatam al-Quran;

Tumpuan P&P kepada penguasaan kemahiran membaca al-Quran pada 6 bulan pertama

tahun 1 dan aspek al-Quran pada 6 bulan pertama tahun 2 hingga tahun 6

Kaedah P&P secara talaqqi dan Musyafahah (membaca secara bersemuka)

Dikendalikan oleh GPI dan 3 orang guru j-QAF. Bimbingan secara 1:1

Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran akan terus menggunakan kaedah Iqra’

Model Tasmik Khatam al-Quran;

Membimbing dan merekod perkembangan bacaan al-Quran murid secara individu

Dijalankan oleh guru pembimbing yg terdiri drp GPI, Guru j-QAF atau guru akademik, yg

berkebolehan dalam al-Quran

Dijalankan di luar sidang persekolahan

Murid yg cemerlang dalam bacaan boleh meneruskan bacaan al-Quran tanpa terikat dgn

agihan juzuk yg dicadangkan

Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi;

Page 108: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

88

Salah satu drp mata pelajaran bahasa tambahan yg diwajibkan kpd murid islam yg tidak

mengambil bahasa tambahan ini

Bertujuan menanam minat terhadap bahasa arab dan berupaya berkomunikasi dengan

perkataan yg mudah

Model Bestari Solat;

Aktiviti yg dilaksana bagi memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna

dari segi bacaan dan perbuatan

Dijalankan sebanyak 4 kali setahun dalam bentuk kem

Setiap kem mengambil masa selama 10 jam

Pengisian kem adalah latihan amali wudhuk, amali solat, solat berjemaah, ujian pra dan

pasca program, riadah dan pertandingan

Penjadualan:Kelas 6 Bulan Pertama 6 Bulan Kedua

Kelas Pemulihan jawi 60 min seminggu (2 waktu

X 30 min)

30 min seminggu ( 1 waktu

x 30 min)

Model 6 bulan khatam al-

Quran

120 min seminggu (4

waktu X 30 minit)

90 min seminggu (3 waktu

X 30 min)

Model tasmik Khatam al-

Quran

Dilaksanakan di Luar Jadual Waktu

Bahasa Arab Komunikasi 60 min seminggu (2 waktu

x 30 min)

60 min seminggu (2 waktu

X 30 min)

Kem Bestari Solat 4 kali setahun

Kokurikulum;

Majlis khatam al-Quran sekolah peringkat negeri

Majlis khatam al-Quran sekolah peringkat kebangsaan

Kem literasi al-Quran

Kelab jawi dan khat

Persatuan bahasa arab

Kem bina juara

Page 109: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

89

Pembinaan Bahan;

Pembinaan bahan kurikulum;

Sukatan pelajaran pemulihan jawi

Sukatan pelajaran khatam al-Quran

Sukatan pelajaran bahasa arab komunikasi KBSR

Huraian sukatan pemulihan jawi

Huraian sukatan pelajaran khatam al-Quran

Huraian sukatan bahasa arab komunikasi tahun 1

Modul pemulihan jawi tahun 2

Modul pemulihan jawi tahun 3

Modul bestari solat tahun 2

Modul bestari solat tahun 3

Buku panduan;

Buku panduan dasar, pelaksanaan dan pengurusan kurikulum j-QAF

Buku panduan pelaksanaan model-model P&P dan kokurikulum j-QAF tahun 1

Buku panduan pelaksanaan model-model P&P dan kokurikulum j-QAF tahun 2

Bahan bantu Mengajar;

Kelas Pemulihan jawi;

Permainan belon

Keretapi dan kad huruf

Permainan senawi

Pokok hikmat

Rumah merpati

Minda ceria

Permainan imbang jawi

Boling

Tenteng

CD nasyid

Pancing ikan

Tol ilmu

Kincir ilmu

Page 110: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

90

Model Khatam al-Quran;

Buku Iqra jilid 1-6

Al-Quran rasm Uthmani bertajwid dan berwarna

Buku rekod bacaan al-Quran

CD interaktif Iqra’

Bahasa Arab Komunikasi;

Kad imbasan bhs Arab tahun 1

Kad imbasan bhs Arab tahun 2

CD interaktif bhs Arab Tahun 1

Buku bacaan tambahan bhs Arab

Model Bestari Solat;

Carta wudhuk

Carta solat

Carta surah pendek

VCD bacaan & Perlakuan solat

Debu tayammum

Konsep Makmal j-QAF

Ruang pemulihan jawi

Ruang khatam al-Quran

Bilik interaktif dilengkapi dengan 7 komputer

Bilik utility

Penyelarasan Tindakan;

Perjawatan

Kurikulum

Buku Teks

Kokurikulum

Dasar & Perancangan

Bahan Bantu

Kewangan

Latihan

Page 111: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

91

Penyelarasan Tindakan Bahagian KPM;

Bil Bahagian Peranan / Fungsi

1 Bhg Pendidikan

Guru

� Pemilihan calon guru j-QAF

� Pengambilan guru dalam latihan secara LPBS

� Melatih guru-guru di Maktab perguruan

� Menjalankan bimbingan

� Melaksana dan menilai praktikum

� Menjalankan peperiksaan

� Mengiktiraf kelayakan dengan mengeluarkan sijil perguruan /

ikhtisas

2 Bhg Sumber

Manusia

� Mengenal pasti keperluan norma perjawatan guru j-QAF

� Mewujudkan norma perjawatan guru

� Memohon norma perjawatan guru j-QAF ke agensi pusat JPA

3 Bhg Buku Teks � Menyediakan buku teks bhs arab

� Mengedarkan buku teks bhs arab ke sekolah

4 Bhg

Pembangunan

dan Perolehan

� Menyelaras pembelian bhn pembelajaran j-QAF

� Menyelaras pembinaan makmal pembelajaran j-QAF

5 EPRD � Merancang dasar pelaksanaan program j-QAF

� Menyediakan unjuran sekolah j-QAF

� Menyediakan perancangan makmal pembelajaran j-

QAF

6 Jbt Pendidikan

Khas

� Merancang pelaksanaan program j-QAF di sekolah

pendidikan khas

� Melaksanakan program j-QAF di sekolah pendidikan

khas

� Memantau pelaksanaan

Page 112: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

92

Isu-Isu;

� Penempatan dan pertukaran guru j-QAF semasa dalam latihan

� Kemudahan asas seperti surau atau kelas tidak mencukupi

� Guru masih dlm latihan dan tidak mendapat pendedahan mencukupi kaedah Iqra’

� Sumber kewangan terhad membiayai Kem Bestari solat

� Pertembungan masa pembelajaran kelas KAFA dengan model tasmik

� Pertambahan pegawai diperlukan bagi memantau pelaksanaan j-QAF kerana perluasan

sekolah yg melaksana program j-QAF

Harapan:

� Kursus dan latihan kemahiran diperlukan untuk kemahiran guru j-QAF

� Modul khas kepada murid istimewa perlu diwujudkan

� Makmal pembelajaran j-QAF perlu disegerakan

� Penggunaan ICT di kalangan guru j-QAF dapat dipertingkatkan

� Kurikulum pendidikan Islam perlu disatukan dan diselaraskan oleh KPM

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .

Page 113: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

93

TAJUK 8 PENGENALAN MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF

8.0 Sinopsis

Selamat datang dan berinteraksi dengan tajuk 8. Secara umumnya, tajuk ini

merupakan kesinambungan tajuk sebelumnya cuma fokus perbincangan dalam tajuk

ini menyentuh secara terperinci berkaitan model-model program j-QAF yang telah

dilaksanakan di sekolah -sekolah seluruh Malaysia. Terdapat 5 model yang

diperkenalkan iaitu;

i. Model Kelas Pemulihan Jawi

ii. Model 6 bulan Khatam al-Quran

iii. Model Tasmik Khatam al-Quran

iv. Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi, dan

v. Model Kem Bestari Solat

Dalam tajuk ini, hanya tiga model sahaja yang akan dihuraikan iaitu Model Kelas

Pemulihan Jawi, Model 6 bulan Khatam al-Quran dan Model Tasmik Khatam al-Quran.

Manakala yang dua model selebihnya akan dibincangkan dalam tajuk berikutnya.

8.2 Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat;

i. Memahami dan menghuraikan konsep Model Kelas Pemulihan Jawi

ii. Memahami dan menghuraikan konsep Model 6 bulan Khatam al-Quran

iii. Memahami dan menghuraikan konsep Model Tasmik Khatam al-Quran

8.3 Kerangka Tajuk

PENGENALANMODEL-MODEL

PROGRAM j-QAF

Model KelasPemulihan Jawi

Model 6 bulanKhatam al-Quran

Model TasmikKhatam al-Quran

Page 114: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

94

8.4 PENGENALAN MODEL-MODEL J-QAF

Program j-QAF adalah suatu projek memperkasakan Pendidikan Islam melalui

penekanan khusus dalam pengajaran jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain.

Projek ini dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Perlaksanaan program ini

menggunakan kurikulum dengan mewujudkan model-model tersendiri yang terdiri

daripada ;

i. Model Kelas Pemulihan Jawi

ii. Model 6 bulan Khatam al-Quran

iii. Model Tasmik Khatam al-Quran

iv. Model Peluasan Bahasa Arab Komunikasi dan

v. Model Kem Bestari Solat

Adalah diharapkan melalui model-model yang diperkenalkan, para pelajar akan dapat;

i. Menguasai kemahiran jawi dengan baik

ii. Mengkhatam al-Quran sebelum ke sekolah menengah

iii. Menguasai kemahiran berkomunikasi dan asas-asas Bahasa Arab

iv. Menguasai amalan Fardhu Ain khususnya tata cara berwudhuk dan solat limawaktu.

Bagi membantu para guru dalam melaksanakan model-model berkenaan, pihak

Kementerian Pelajaran juga menyediakan beberapa buah buku panduan seperti;

i. Buku Panduan Pelaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi dan Buku ModulPengajaran dan Pembelajaran Jawi

ii. Buku Panduan Pelaksanaan Model Khatam al-Quran Model 6 bulan danBuku Panduan Khatam al-Quran Model Tasmik

iii. Buku Panduan Pelaksanaan Bahasa Arab dan Modul Pengajaran Bahasadan Pembelajaran Bahasa Arab.

iv. Buku Panduan Pelaksanaan Model Bestari Solat.

Page 115: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

95

8.4.1 MODEL KELAS PEMULIHAN JAWI

Takrif

Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru pemulihan untuk

memulihkan murid yang keciciran dalam jawi. Kelas ini dijalankan serentak dengan

jadual waktu persekolahan sedia ada.

Objektif

Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan dengan sekurang-kurangnya dapat

mengenal, menyebut, dan menulis huruf-huruf tunggal, suku kata terbuka, suku kata

tertutup dan perkataan-perkatan mudah yang dibina daripada suku kata terbuka dan

suku kata tertutup.

Kumpulan SasarKumpulan sasar kelas ini ialah murid-murid yang tidak dapat melepasi ujian khas iaitu

tidak mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka.

Strategi Pelaksanaan

i. Laksana Kelas Pemulihan Jawi ikut agihan kemahiran dan kaedah P & Pyang telah ditentukan.

ii. P & P guna kaedah permainan dan nyanyian yang menyeronokkan.

iii. Buat penilaian dan rekod pencapaian murid setiap kali kelas dilaksanakan.

Agihan Tugas

Pihak sekolah bertanggungjawab menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat

sekolah yang dipengerusikan oleh Guru Besar.

Page 116: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

96

Guru Besar

Tubuh Jawatankuasa Pelaksana

Adakan mesyuarat penyelarasan

Pastikan Kelas Pemulihan Jawi ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Pantau perlaksanaan Kelas Pemulihan Jawi.

Jawatankuasa Pelaksana;i. Kenalpasti murid-murid yang keciciran melalui ujian khas atau maklumat

daripada guru yang mengajar. Jumlah murid bagi satu kelas pemulihanhendaklah di antara 6 hingga 10 orang.

ii. Sedia tempat bagi pelaksanaan kelas pemulihan.

iii. Sedia bahan bantu mengajar.

Ketua Panitia Pendidikan Islam

Setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.

Bekerjasama dengan guru pemulihan dan guru-guru Pendidikan Islammenyediakan keperluan pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi.

Semak laporan yang dibuat oleh guru mata pelajaran dan guru pemulihan.

Guru Mata Pelajaran

Buat ujian khas untuk memilih pelajar yang akan mengikuti Kelas Pemulihan

Jawi.

Teruskan pengajaran mengikut jadual persekolahan biasa.

Guru Pemulihan Jawi

Laksana Kelas Pemulihan Jawi mengikut agihan kemahiran dan kaedahpengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan.

Rekod hasil penilaian yang dilakukan selepas proses pengajaran danpembelajaran.

Laporkan perjalanan kelas dan hasil penilaian kepada Ketua Panitia dan GuruBesar.

Page 117: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

97

8.4.1.1 AGIHAN DAN FOKUS KEMAHIRAN

Waktu Kemahiran

Waktu 1 Memperkenalkan huruf tunggal ، ، ،

Waktu 2 Memperkenalkan huruf tunggal

Waktu 3 Memperkenalkan huruf tunggal

Waktu 4 Memperkenalkan huruf tunggal ف،غ

Waktu 5 Memperkenalkan huruf tunggal ،هـ

Waktu 6 Memperkenalkan huruf tunggal ؤ

Waktu 7 Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf ، ،،

Waktu 8 Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf خ،

Waktu 9 Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf غ

Waktu 10 Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf ف

Waktu 11 Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf

Waktu 12 Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf ثهـ،

Page 118: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

98

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Untuk memantapkan pelaksanaan program pemulihan jawi beberapa kaedah yang

menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran turut dicadangkan

seperti kaedah permainan dan nyanyian. Antara permainan dan nyanyian yang

dicadangkan seperti;

Permainan bagi kemahiran huruf tunggal:

Bowling

Tenteng

Main kad

Keretapi

Bowling Tenteng

Keretapi Kad Huruf

Page 119: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

99

Permainan bagi kemahiran suku kata :

Sahibba

Pancing Ikan

Nyanyian:

Rasa Sayang Jawi

Eja dan Baca

Vokal dan Suku kata.

PenilaianGuru hendaklah melaksanakan penilaian setiap kali kelas dijalankan. Penilaian

hendaklah menguji kemahiran membaca dan menulis huruf-huruf dan suku katasuku

kata yang dipelajari. Hasil penilaian hendaklah direkod ke dalam Borang Penilaian

Kelas Pemulihan Jawi.

Kerja RumahGuru hendaklah menyediakan lembaran kerja berkaitan huruf yang telah dipelajari..

Antara bentuk kerja rumah yang boleh disediakan seperti menulis semula huruf-huruf,

mewarna dan sebaginya. Ibu bapa juga dikehendaki menanda tangani di ruang yang

disediakan apabila pelajar telah menyempurnakan tugasan tersebut. Guru perlu

menyemak tugasan tersebut pada keesokan hari.

Sahiba Pancing Ikan

Page 120: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

100

8.4.2 MODEL 6 BULAN KHATAM AL-QURAN

Objektif Khatam Quran j-QAFSetelah projek j-QAF dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan diharapkan semua

murid yang menganut agama Islam, semasa berada di sekolah rendah akan dapat:

i. Membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid, dan

ii. Murid dapat mengkhatamkan al-Quran 30 juzuk.

Kepentingan Khatam Al-Quran j-QAFKhatam al-Quran j-QAF melalui proses talaqqi musyafahah adalah penting demi

memastikan setiap murid diberi peluang sama rata untuk menguasai tilawah al-Quran

dengan lancar dan bertajwid. Setiap murid diharap dapat menghatamkan bacaan al-

Quran sebanyak 30 juzuk dalam jangka masa 6 tahun berada di sekolah rendah

mengikut tahap penguasaan individu. Namun bagi murid yang tidak menguasai bacaan

al-Quran berpeluang meneruskan pembelajaran menggunakan kaedah Iqra` dengan

pemantauan dari guru dari masa ke semasa.

Pelaksanaan dan Penilaian Khatam Quran j-QAFPelaksanaan khatam al-Quran j-QAF terbahagi kepada dua iaitu program khatam al-

Quran Model 6 bulan dan program khatam al-Quran Model Tasmik. Walaupun objektif

kedua-dua model ini sama, namun kaedah pelaksanaannya berbeza di antara satu

sama lain.

Program Khatam Quran Model 6 BulanProgram Khatam al-Quran Model 6 Bulan ialah proram yang menumpukan kepada

penguasaan kemahiran membaca al-quran pada 6 bulan pertama tahun satu dan aspek

khatam al-Quran pada 6 bulan pertama tahun 2 hinggaa tahun 6.

Objektifa. Murid dapat membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid

b. Murid dapat menghabiskan bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk.

Page 121: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

101

Kumpulan SasaranSemua murid yang beragama Iskam tahun 2 hingga tahun 6

Strategi Pelaksanaan

Tempoh Pelaksanaan

Murid tahun 2 hingga tahun 6 akan mengikuti Model 6 Bulan Khatam

Al-Quran selam 6 bulan pertama setiap tahun. Bagi bulan berikut dan

sseterusnya mereka akan mengikuuti kurikulum Pendidikan Islam

berdasarkan sukatan pelajaran sedia ada.

Peruntukan Waktu

Pengajaran dan pembelajaran berfokus kepada Tilawah al-Quran

selama 6 bulanmulai Januari hingga Jun drngan peruntukan masa 4

kali seminggu. Dua waktu selebihnya digunakan untuk program Asas

Ulum Syariah danJawi.

Proses Pengajaran dan Pembelajaran

i. Semua murid membaca al-Quran menggunakan mushaf Rasm

Uthmani

ii. Setiap murid membaca al-Quran mengikut kedah talaqqi dan

musyafahah.

Iii. Proses talaqqi dan musyafahah di dalam kelas dikendalikan oleh

guru Pendidikan Islam (GPI) yang mengajar dengan dibantu oleh

sekkurang-kurangnya seorang guru pembimbing yang boleh terdiri

daripada guru GPI lain, guru akademik biasa, pentadbir sekolah,

kaki tangan sekolah dan murid turus.

Iv. Merekod bacaan setiap murid di dalam Buku Rekod Bacaan al-

Quran masing-masing.

v. Panduan proses P&P boleh dirujuk dari contoh Model Pengajaran

dan Pembelajaran Model 6 Bulan .

vi. Murid yang tidak menguasai bacaan al-Quran hendaklah

meneruskan pembelajaran dengan menggunakan kaedah Iqra`.

Page 122: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

102

vii. Aktiviti-aktiviti pemulihan seperti kelas pemulihan atau kem al-

Quran perlu diadakan kepada murid yang tidakdapat membaca

(ummi) al-Quran.

viii Agihan bacaan mengikut jadual dan hendaklah dirujuk dalam

Model Pengajaran dan Pembelajaran Model 6 Bulan.

Agihan Tugas

Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral , Penolong

Pengarah Kurikulum, Penyelia Pendidikan Islam Negeri dan Daerah

bertanggungjawab:

a. Memberi taklimat pelaksanaan projek

b. Memantau pelaksanaan projek

c. Menyediakan laporan projek

Guru Besar bertanggungjawab;

a. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah.

b. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan projek

dilaksanakan dengan sempurna.

c. Memberi taklimat kepada guru dan pembimbing guru yang terlibat.

d. Memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.

e. Memantau pelaksanaan projek

f. Mengesahkan laporan yang dibuat oleh guru dan dihantarke JPN

selepas tamat pelaksanaan projek.

Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab;

a. Bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat

sekolah.

b. Mengadakan mesyuarat dan perbincangan bagi mencari guru

pembimbing.

c. Bekerjasama dengan guru Pendidikan Islam menyediakan

keperluan pelaksanaan projek.

Page 123: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

103

d. Menyemak laporan.

Guru Pendidikan Islam Bertanggungjawab;

a. Mengenalpasti guru pembimbing yang boleh dilibatkan dengan

projek.

b. Memastikan setiap murid memiliki Buku Rekod Bacaan Al-Quran.

c. Membuat pengesahan bacaan setiapmurid seminggu sekali dalam

Buku Rekod Bacaan Al-Quran.

d. Memaklumkan sebarang masalah murid dan guru pembimbing

kepada jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.

e. Melaporkan pencapaian projejke Sektor Pengurusan Pendidikan

Islam,Jabatan pendidikan Negeri dengan mengisi Borang Laporan

Penilaian Projek Khatam Al-Quran Model 6 Bulan.

Guru Pembimbing

a. Membantu dan membimbing murid sehingga khatam al-Quran

b. Mencatat bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan.

c. Mengenalpasti kelemahan murid dan membuat catatan dalam Buku

Rekod Bacaan.

d. Sentiasa berbincang dengan guru yang mengajar untuk

menyelesaikan sebarang masalah.

Kaedah Pengajaran dan PembelajaranModel 6 Bulan Khatam Al-Quran menekankan penggunaan kaedah

talaqqi dan musyafahah. Kaedah ini dilaksanakan melalui proses berikut:

1. Murid mendengar bacaan contoh dari guru

2. Murid membaca dengan bimbingan guru, pembimbing/ murid turus.

3. Guru, pembimbing/ murid turus membetulkan bacaan murid.

4. Guru, pembimbing/ murid turus mengesahkan bacaan murid

dengan memberikan pujian atau mengiyakan.

Page 124: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

104

PenilaianPenilaian ringkas perlu dilakukan secara mingguan bagi mengesahkan murid tersebut

benar-benar menguasai bacaan yang direkodkan oleh guru pembimbing. Penilaian

secara menyeluruh hendaklah dilakukan di akhir tahun bagi menentukan tahap

pencapaian bacaan al-Quran setiap individu. Guru boleh memilih mana-mana ayat

untuk menilai murid berkenaan. Penilaian ini hendaklah berdasarkan panduan berikut;

Agihan Markah1. Jumlah ayat : 60 markah

2. Kualiti bacaan : 40 markah

Markah jumlah ayat dikira berdasarkan jumlah ayat tertinggi yang dibaca oleh murid

iaitu:

Ayat tertinggi X60

_______________

Jumlah ayat keseluruhan

Kualiti bacaan seseorang murid hendaklah dinilai berdasarkan aspek-aspek berikut:

i. Tidak berulang-ulang menyebut kalimah yang sama

ii. Menyalahi makhraj dan sifat huruf.

iii. Bertukar-tukar kalimah.

iv. Wajibul Ghunnah

v. Makhraj dan Sifat Huruf

vi. Hukum Mim dan Nun Sakinah

vii. Mad dan Qalqalah.

Page 125: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

105

8.4.3 MODEL TASMIK KHATAM AL-QURAN

Model tasmik telah dicadang dan mendapat respon yang baik daripada pelbagai

peringkat pengurusan Kementerian Pelajaran dan daripada pelbagai pihak lain.

Panduan ini bertujuan menjelaskan mengenai Model Tasmik Khatam Al-Quran dan cara

pelaksanaannya. Penjelasan dalam panduan ini menyentuh tentang takrif, objektif,

kumpulan sasar, strategi pelaksanaan, agihan, kaedah pengajaran dan pembelajaran

serta penilaian. Model Tasmik Khatam al-Quran ditakrifkan sebagai satu program

membimbing dan merekod perkembangan Iqra’ dan bacaan al-Quran murid secara

individu berdasarkan program yang diatur bagi membolehkan murid khatam al-Quran

semasa berada di Sekolah Kebangsaan dan dilaksanakan di luar jadual waktu.

Objektif3.1 Murid dapat membaca al Quran dengan bertajwid.

3.2 Murid dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk.

Kumpulan SasarSemua murid beragama Islam Tahun Satu sekolah rendah.

Strategi Pelaksnaani. Semua murid hendaklah menggunakan buku Iqra’ yang dibekalkan oleh

Kementerian dan al-Quran Rasm Uthmani.

ii. Setiap murid perlu mempunyai guru tasmik yang dilantik oleh pihak sekolah.

iii. Guru tasmik terdiri daripada guru j-QAF. Pihak sekolah boleh melantik guruPendidikan Islam dan guru akademik yang berkebolehan al-Quran untukterlibat dalam program ini. Murid yang telah khatam al-Quran boleh menjadipembantu kepada guru tasmik.

iv. Guru tasmik hendaklah membimbing bacaan dan merekod bacaan muriddalam Buku Rekod Bacaan setiap kali ditasmik.

Page 126: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

106

v. Murid yang masih tidak dapat menguasai Iqra’ dan bacaan al-Quran perludibimbing secara berterusan menggunakan kaedah dan aktiviti yang sesuaiseperti Kem Literasi al-Quran, kelas tambahan dan sebagainya oleh guru j-QAF dan Guru Pendidikan Islam

v. Setiap murid mesti memiliki Buku Rekod Bacaan al-Quran yang disediakanoleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

vi. Guru j-QAF hendaklah menilai dan mengesahkan pencapaian muridsekurang-kurangnya sekali seminggu dalam Buku Rekod Bacaan.

vii. Guru j-QAF hendaklah memastikan murid-murid mendapat bimbingan dariguru tasmik sebelum penilaian dilaksanakan.

viii.Murid dikehendaki membaca Al-Quran berdasarkan agihan muka surat yangdicadangkan dalam agihan rancangan tahunan bacaan individu di LampiranA.

ix. Murid-murid yang cemerlang boleh meneruskan bacaan tanpa terikat denganagihan juzuk yang dicadangkan.

x. Bagi melaksanakan agihan yang dicadangkan, murid digalakkan membacaal-Quran setiap hari supaya mereka dapat member tumpuan kepada kualitibacaan. Ini penting terutama bagi murid yang belum menguasai bacaan.

xi. Murid boleh membaca dan mentasmik bacaan al-Quran pada masa yangsesuai (luar jadual waktu) seperti:

a. Waktu petang bagi sesi pagi

b. Waktu pagi bagi sesi petang

c. Waktu Kokurikulum

xii. Pihak sekolah hendaklah membuat penilaian dan menyediakan laporankepada Jabatan Pelajaran Negeri.

Agihan TugasKetua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Penolong Pengarah Kurikulum,

Penyelia Pendidikan Islam Negeri, Pegawai j-QAF dan Penyelia Pelajaran daerah

bertanggungjawab memastikan program j-QAF berjalan seperti yang dijadualkan.

Page 127: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

107

Guru Besar bertanggungjawab

a. menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah;

b. mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan program j-QAF;

c. mengeluarkan surat pelantikan kepada guru pembimbing;

d. memberi taklimat kepada guru pembimbing murid yang terlibat;

e. memastikan program j-QAF ini dapat dilaksanakan dengan sempurna;

f. memantau perlaksanaan Model Tasmik; dan

g. mengesahkan laporan yang dibuat oleh guru dan dihantar ke JPN. Laporanpencapaian murid dibuat menggunakan boring Analisa Pencapaian Muridyang disedikan oleh JAPIM.

Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab

a. bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah;

b. mengadakan mesyuarat dan perbincangan bagi mencari Guru tasmik;

c. bekerjasama dengan Guru Pendidikan Islam menyediakan keperluanpelaksanaan program j-QAF; dan

d. menyemak laporan yang dibuat oleh guru mata pelajaran.

Guru j-QAF bertanggungjawaba. mengumpul data guru tasmik al-Quran;

b. menentukan guru tasmik untuk semua murid yang terlibat dengan projek ini;

c. menjadi penilai serta membuat pengesahan dalam rekod bacaan murid

seminggu sekali;

d. menentukan pencapaian murid dan dicatatkan dalam Buku Rekod Bacaan;

e. memaklumkan sebarang masalah murid dan guru tasmik kepada

jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah;

f. membuat laporan dengan mengisi borang pencapaian al-Quran.

g. memantau pelaksanaan tasmik dijalankan.

Guru Tasmik bertanggungjawab;a. membimbing murid sehingga khatam al-Quran;

Page 128: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

108

b. mencatat setiap kali bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan;

c. mengenalpasti kelemahan dan membuat pemulihan; dan

d. mengambil langkah-langkah menyelesaikan masalah yang timbul.

PENILAIANSeperti yang dinyatakan dalam model 6 bulan Khatam al-Quran, penilaian menyeluruh

pencapaian murid hendaklah dibuat dengan menggunakan borang menggunakan

borang yang disediakan. Laporan yang dinyatakan dalam borang-borang berkenaan

mengandungi pencapaian murid yang merangkumi kedua-dua model. Ini kerana

pencapaian murid untuk kedua-dua model ini direkodkan dalam Buku Rekod Bacaan

al-Quran dan borang tersebut menggunakan maklumat dari buku ini.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit inidengan jayanya!.

i. Dengan menggunakan grafik peta minda yang bersesuaian, rumuskan kembali

matlamat, objektif, kepentingan program j-QAF yang diperkenalkan.

ii. Setelah anda membaca modul ini, buat satu analisa perbandingan mengenai

persamaan dan perbezaan yang anda perolehi di antara kandungan kurikulum

Pendidikan Islam KBSR dengan kurikulum j-QAF.

iii. Bina satu borang penilaian prestasi pemulihan jawi yang bersesuaian.sebagai

mekanisma penyaluran maklumat kepada kepada ibu bapa mengenai tahap

pencapaian pelajar.

iv. Sediakan borang penilaian akhir bagi program khatam al-Quran dengan

memasukkan aspek-aspek yang perlu dinilai semasa akhir program berkenaan.

LATIHAN & TUGASAN

Page 129: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

109

Lampiran A

1اضیھن رانخغن میغضوان تاھون

ایة سورة جزء اونیت1 - 7 فاتحةسورة ال

1

1

1 - 16

سورة البفرة

2

17 - 24 3

25 - 29 4

30 - 37 5

38 - 48 6

49 - 57 7

58 - 61 8

62 - 69 9

70 - 76 10

77 - 83 11

84 - 88 12

89 - 93 13

94 -101 14

102 - 105 15

106 - 112 16

113 - 119 17

120 - 126 18

Page 130: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

110

TAJUK 9MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF & PELAKSANAANNYA

( Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi dan ModelKem Bestari Solat )

9.1 SINOPSIS

Pelajar-pelajar yang dikasihi ,

Selamat datang dan berinteraksi dengan tajuk 9. Tajuk ini merupakan

kesinambungan tajuk 8 yang membincangkan tentang model-model program j-QAF. Di

dalam tajuk ini, dua tajuk akan dibincangkan iaitu Model Perluasan Bahasa Arab

Komunikasi dan Model Kem Bestari Solat. Perbincangan model-model j-Qaf dilanjutkan

bagi mengenal pasti cabaran-cabaran yang perlu difahami oleh setiap guru pelaksana.

9.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i. Memahami dan menghuraikan konsep Model Perluasan Bahasa Arab

Komunikasi.

ii. Memahami dan menghuraikan konsep Model Kem Bestari Solat.

iii. Mengenal pasti cabaran dalam melaksanakan model-model prgram j-QAF.

9.3 KERANGKA TAJUK

PENGENALANMODEL-MODEL

PROGRAM j-QAF

MODEL PELUASANBAHASA ARABKOMUNIKASI

MODEL KEMBESTARI SOLAT

Page 131: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

111

9.4 MODEL PERLUASAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI

Bahagian ini bertujuan memberi penjelasan berkenaan dengan Model Perluasan

Bahasa Arab di sekolah-sekolah yang melaksanakan Program j-QAF. Panduan ini

menerangkan tentang takrif, matlamat, objektif, strategi pelaksanaan, kaedah

pengajaran dan pembelajaran serta penilaian yang akan digunakan dalam pelaksanaan

model ini.

9.4.1 Takrif

Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab bermaksud pelaksanaan mata pelajaran

Bahasa Arab diperluaskan kepada semua murid di sekolah-sekolah yang

melaksanakan Program j-QAF. Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2004:

Pelaksanaan Program j-QAF di Sekolah Rendah (KP(85)8591/Jld.XVII(13) bertarikh 30

Disember 2004), “status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan.

Walau bagaimanapun murid (Islam) hendaklah memilih Bahasa Arab Komunikasi

sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi atau Bahasa Tamil

Komunikasi”. Murid bukan Islam diberi pilihan sama ada ingin mengambil Bahasa Arab

atau pun tidak.

9.4.2 Matlamat

Pengajaran dan pembelajaran bahasa di peringkat rendah bermatlamat menanam

minat mempelajari Bahasa Arab bagi menguasai kemahiran berbahasa di samping

membolehkan murid berkomunikasi dengan mudah.

9.4.3 Objektif

Di akhir pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah murid dapat:

i. mendengar bunyi huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab danmemahaminya.

ii. menyebut dengan betul huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab.

iii. bertutur dalam bahasa Arab berdasarkan situasi tertentu dan memahaminya.

Page 132: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

112

iv. membaca dengan betul dan memahami perkataan dan ayat bahasa Arab.

v. menulis dengan betul huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab danmemahaminya.

vi. menulis petikan berdasarkan situasi tertentu menggunakan ayat-ayat mudah danmemahaminya.

9.4.4 Strategi Pelaksanaan

1. Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab dilaksanakan dengan menggunakan

peruntukan masa sedia ada bahasa Arab di sekolah kebangsaan iaitu 60 minit

seminggu (30 minit x 2 waktu) seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas

Bil. 8 Tahun 2002 KP (BS) 8591 Jilid XVII (8) bertarikh 1 Oktober 2002 : Penawaran

Mata Pelajaran Bahasa Arab Tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK).

2. Peruntukan masa ini mestilah berada di dalam jadual waktu rasmi persekolahan.

3. Model ini dilaksanakan berpandukan kepada sepuluh unit atau topik yang terkandung

dalam Pakej Buku Teks Bahasa Arab Komunikasi Tahun1,2 dan 3 edisi 2004.

Penerbitan pakej buku ini terdiri daripada Buku Teks, Buku Latihan dan aktiviti murid

serta Buku panduam Guru yang dibina berdasarkan Sukatan pelajaran Bahasa Arab

Komunikasi dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Komunikasi Tahun 1, 2 dan 3.

4. Guru Bahasa Arab hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

berpandukan agihan aktiviti/ hasil pembelajaran (م ) yang dicadangkan seperti di

dalam jadual Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR).

5. Bagi membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru

disarankan menggunakan bahan bantu yang dibekalkan ke sekolah-sekolah.

Page 133: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

113

9.4.5 Agihan Tugas

1. Penolong Pengarah j-QAF Negeri, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah

Unit Pendidikan Islam / Penyelia Kanan Pendidikan Islam Daerah

bertanggungjawab :

a. memberi taklimat pelaksanaan model dan

b. memantau pelaksanaan model.

2. Guru Besar bertanggungjawab :

a. memastikan program dapat dilaksanakan dengan sempurna.

b. meneliti dan mengemukakan laporan pelaksanaan model kepada Unit Pendidikan

Islam, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran

Negeri.

3. Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab :

a. mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan model.

b. bekerjasama dengan semua pihak di sekolah bagi menjayakan pelaksanaan model.

c. menyediakan dan menyerahkan laporan pelaksanaan model kepada Guru Besar.

4. Guru Bahasa Arab bertanggungjawab :

a. menggunakan Buku Teks, Buku Panduan Guru Bahasa Arab dan bahan bantu

mengajar yang disediakan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

b. merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan

bermakna.

c. mempelbagaikan aktiviti komunikatif untuk menarik minat murid.

d. memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.

e. membuat penilaian dengan menggunakan instrumen yang disediakan.

f. merekodkan hasil penilaian yang dilakukan selepas proses pengajaran dan

pembelajaran.

g. melaporkan perjalanan kelas dan hasil penilaian kepada Ketua Panitia.

Page 134: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

114

9.4.6 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran

1. Berdasarkan teori-teori pemerolehan dan pembelajaran bahasa, terdapat pelbagai

pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab boleh dilaksanakan di sekolah.

Namun begitu, pendekatan komunikatif dicadangkan untuk dilaksanakan di sekolah

kerana sifat dan tujuan bahasa Arab itu sendiri ialah untuk berkomunikasi.

2. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dijalankan menggunakan

kaedah-kaedah berikut iaitu :

a. Kaedah Tematik ( )

b. Kaedah Ajuk-Hafaz (

c. Kaedah Semula Jadi / Kaedah Terus ( .

d. Kaedah Latih Tubi ( )e. Kaedah Eklektik ( )

9.4.7 Penilaian

1. Penilaian ialah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian

merupakan aktiviti untuk mendapatkanmaklumat yang berguna bagi menentukan

pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu,penilaian perlu dijalankan secara berterusan bermula dari tahun 1 (silarujuk

Panduan Pelaksanaan PKSR Bahasa Arab seperti yang terdapat di dalam buku

Panduan Pelaksanaan Model-model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum j-

QAF Tahun 6).

2. Guru perlu menjalankan 3 penilaian iaitu penilaian sikap, penilaian lisan dan

penilaian tulisan secara formatif berdasarkan topik pembelajaran. Walau bagaimanapun

penilaian yang perlu dilaporkan kepada Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK)

Page 135: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

115

untuk tahap dua (Tahun 4 hingga Tahun 6) ialah penilaian sumatif yang akan dibekalke sekolah-sekolah pada bulan Mei dan Oktober sahaja.

3. Penilaian Bahasa Arab di peringkat sekolah dilaksanakan mengikut format Penilaian

Kendalian Sekolah Rendah (PKSR). Penilaian Kendalian Sekolah Rendah mempunyai

prinsip-prinsip berikut :

a. bersifat formatif.

b. mengesan perkembangan individu secara menyeluruh (intelek, emosi, rohani

dan jasmani).

c. sistematik dan berterusan.

d. menggunakan pelbagai kaedah (pemerhatian, lisan dan penulisan).

e. berasaskan kriteria.

f. dikendalikan oleh guru.

g. membolehkan tindakan susulan.

9.5 KONSEP PROGRAM BESTARI SOLAT

Pelajar sekelian,

Seminar Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain ( j-QAF ) Peringkat Kebangsaan

anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah berlangsung pada 3 hingga 5 Mac

2004 telah memutuskan supaya Model Bestari Solat dilaksanakan secara rintis

bersama model-model projek j-QAF yang lain bagi menguji sejauhmana kelemahan dan

kekuatannya. Program Kem Bestari Solat perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi

memastikan kejayaan program j-QAF. Kerjasama dan hubungan yang erat antara

pihak sekolah dan ibu bapa amat penting bagi mempastikan hasrat murni dapat

direalisasikan.

Tahukah pelajar apakah maksud ‘Kem Bestari Solat’?

Page 136: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

116

9.5.1 KonsepKem Bestari Solat ialah aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan untuk memastikan

murid boleh menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.

Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian

sesebuah sekolah.

9.5.2 ObjektifKem Bestari Solat diadakan bertujuan untuk memastikan murid dapat:

mengetahui kepentingan solat

berwuduk dengan sempurna

mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu

melaksanakan semua perbuatan dalam solat dengan betul

menguasai bacaan dan mengaplikasikannya dalam solat dengan betul dan

lancar

9.5.3 Langkah-langkah pelaksanaanBagi memastikan Kem Bestari Solat berjalan dengan lancar , beberapa langkah perlu

diambil:

i. Panitia Pendidikan Islam hendaklah menyediakan kertas kerja dan dibentangkan

dalam mesyuarat bagi memutuskan perkara-perkara berikut:

Membentuk Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah

Menetapkan tempat dan masa untuk mengadakan Kem Bestari Solat

Menentukan guru yang layak untuk menjadi fasilitator

Menyediakan jadual pelaksanaan aktiviti Kem Bestari Solat

Mengagihkan murid-murid yang akan mengikuti Kem Bestari Solat

mengikut kumpulan yang ditentukan.

Memberi taklimat kepada fasilitator untuk panduan tenaga sebagai

pengajar dalam Kem Bestari Solat.

ii. Program ini dilaksanakan dua kali dalam tempoh setahun.

Page 137: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

117

iii. Aktiviti ini dilaksanakan dalam bentuk kursus intensif di luar waktu P & P samaada di dalam atau di luar kawasan sekolah.

iv. Setiap kem peringkat sekolah tidak melebihi 60 orang murid dan setiapkumpulan tidak melebihi 10 orang.

v. Antara pengisian aktiviti Kem Bestari Solat ini ialah latihan amali wuduk,amali

solat, solat berjemaah, ujian penilaian pra dan pasca program, riadah,pertandingan bacaan dan amali solat.

vi. Instrumen penilaian perlu disediakan bagi menentukan tahap kebolehanmurid

dalam mendirikan solat .

vii.Menyusun pengisian aktiviti kem .

viii.Mengumpul maklumat murid yang tidak tahu solat selepas tamat Kem BestariSolat

ix. Membuat penilaian dan merekodkan pencapaian murid setiap kali aktivitidilaksanakan.

x. Melaporkan rekod pencapaian murid kepada guru yang mengajar, ibu bapa,penjaga, ketua panitia dan guru besar.

xi. Borang Catatan Pelaksanaan Solat. Borang Catatan Pelaksanaan Solatdiedarkan kepada ibu bapa dan penjaga. Ibu bapa / penjaga hendaklah mencatat pelaksanaan amalan solat murid

di rumah selama dua bulan

Borang yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada pihaksekolah untuk dianalisa.

Pihak sekolah akan menyediakan laporan untuk pelaksanaan kem kedua.Kem Bestari Solat Kedua dilaksanakan setelah mengenalpasti kekuatandan kelemahan Kem Bestari Solat Pertama.

Page 138: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

118

9.5.4 Jawatankuasa PelaksanaSebelum melaksanakan Kem Bestari Solat, sebuah jawatankuasa pelaksana perlulah

ditubuhkan. Jawatankuasa Pelaksana terdiri daripada :

a. Penaung

b. Penasihat

c. Pengerusi

d. Setiausaha

e. Bendahari

f. Ahli Jawatankuasa :

i. Urusetia

ii. Pendaftaran dan Penginapan

iii. Makanan dan Minuman

iv. Keselamatan / Kebajikan / Disiplin

v. Dokumentasi / Penilaian

vi. Riadhah

vii. Kem Komandan

viii. Siaraya

ix. Warden

x. Teknik & Peralatan

xi. Sijil dan Hadiah.

9.5 5 Peruntukan Kewangana. Kewangan

i. Peruntukan kewangan khusus

ii. Sumbangan PIBG

iii. Sumbangan swasta dan lain-lain

b. Perbelanjaan

i. Penyediaan Bahan ( Kertas Kerja, kertas Edaran, Fail )

ii. Perbelanjan Runcit

iii. Perbelanjaan makan dan minum

iv. Hadiah galakan

Page 139: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

119

9.5.6 Lantikan FasilitatorFasilitator terdiri daripada :

i. Guru Pendidikan Islam ( Dalaman / Luaran )

ii. Guru-Guru Akademik yang berkebolehan

iii. Ibubapa / Penjaga yang berkebolehan

iv. Guru-Guru KAFA

v. Pihak lain yang berkelayakan dan dipersetujui oleh pihak pengurusan

sekolah.

9.5.7 Cadangan Jadual Aktiviti

i. Pembahagian kumpulan berdasarkan ujian pra-kem .

ii. Memberi taklimat kem berhubung pelaksanaan jadual, senarai aktiviti, etikadan peraturan kem, keselamatan dan sebagainya.

iii. Cadangan tajuk Kuliah Maghrib/Subuh : Memilih tajuk-tajuk yang ringan,mudah dan asas berhubung kepentingan solat dan bersuci, seperti “Solattiang agama”, “Kedudukan solat dalam hidup mukmin”, “Mengapa wajibbersolat”, “Hubungan bersuci dengan solat”, “Mengapa perlu bersuci”, “Jikaanda muslim anda mesti solat” dan tajuk-tajuk lain yang difikirkan sesuaidengan tahap pemikiran murid bagi sekurang-kurangnya dapatmenyelesaikan soalan apa, mengapa, kenapa, bagaimana dan di mana.

iv. LDK (latihan dalam kumpulan) 1 – 6 mengikut tajuk yang disediakan. Fokus

kepada latih tubi bacaan dan tunjuk cara solat.

9.6 PENUTUP

Model Perluasan Bahasa Arab merupakan suatu usaha yang murni ke arah

menanamkan minat dan kemahiran berbahasa Arab yang merupakan Bahasa Al Quran

yang ditanamkan sejak peringkat sekolah rendah lagi. Manakala Program Kem Bestari

Solat perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan kejayaan kesinambungan

terhadap amalan fardhu ain di kalangan murid-murid sekolah rendah. Kedua-dua

Page 140: Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_

PIM 3101Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

120

program ini merupakan program j-QAF yang perlu dilaksanakan oleh para guru yang

berkenaan walaupun pada peringkat awal pelaksanaan beberapa cabaran, yang diduga

atau yang tidak diduga, telah dihadapi oleh pihak sekolah. Namun semua guru j-QAF

dan guru Pendiidkanj Islam perlu bertangungjawab melaksanakan dan mengatasi

segala kerumitan bagi menjamin kejayaan inisiatif besar pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia. Jesteru bagi mencapai hasrat murni ini, kerjasama dan hubungan erat pihak

sekolah dan ibu bapa amat penting. Mudah-mudahan dengan program ini dapat ia

menambah rasa tanggungjawab dan minat murid terhadap perintah Allah s.w.t.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit inidengan jayanya!.