petikan amalan kebersihan diri

2
AMALAN KEBERSIHAN DIRI Kebersihan diri amat penting untuk kebahagiaan hidup kita. Kebersihan diri membantu kita untuk menjadikan badan kita sihat dan cergas. Badan kita juga hendaklah sentiasa bersih daripada menghindari sebarang penyakit. Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari supaya badan kita bersih serta mengelakkan daripada terkena penyakit kulit dan berbau. Sewaktu mandi, kita hendaklah menggunakan sabun untuk menghilangkan kekotoran. Badan yang bersih akan menjadi kita sihat dan selesa. Selepas makan, kita hendaklah menggosok gigi untuk menghilangkan sisa makanan. Kebersihan gigi amat penting untuk mengelakkan daripada kerosakan gigi serta menjadikan kita lebih berkeyakinan semasa bergaul dengan orang ramai. Apabila gigi kita cantik, senyuman kita akan bertambah manis. Kita hendaklah memotong kuku kerana kuku yang panjang boleh menyimpan kekotoran. Kotoran yang melekat pada kuku yang panjang itu mengandungi kuman. Kuman boleh tersebar ke dalam badan kita semasa kita makan. Ini akan menyebabkan kita terkena penyakit seperti cirit-birit dan sebagainya.

Upload: yiisiengling

Post on 08-Dec-2015

308 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

fdd

TRANSCRIPT

Page 1: Petikan Amalan Kebersihan Diri

AMALAN KEBERSIHAN

DIRI

Kebersihan diri amat penting untuk kebahagiaan hidup kita. Kebersihan diri

membantu kita untuk menjadikan badan kita sihat dan cergas. Badan kita juga

hendaklah sentiasa bersih daripada menghindari sebarang

penyakit.

Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari supaya

badan kita bersih serta mengelakkan daripada terkena

penyakit kulit dan berbau. Sewaktu mandi, kita hendaklah

menggunakan sabun untuk menghilangkan kekotoran.

Badan yang bersih akan menjadi kita sihat dan selesa.

Selepas makan, kita hendaklah menggosok gigi untuk

menghilangkan sisa makanan. Kebersihan gigi amat

penting untuk mengelakkan daripada kerosakan gigi serta

menjadikan kita lebih berkeyakinan semasa bergaul dengan

orang ramai. Apabila gigi kita cantik, senyuman kita akan

bertambah manis.

Kita hendaklah memotong kuku kerana kuku yang panjang boleh

menyimpan kekotoran. Kotoran yang melekat pada kuku yang panjang itu

mengandungi kuman. Kuman boleh tersebar ke dalam badan kita semasa

kita makan. Ini akan menyebabkan kita terkena penyakit seperti cirit-birit

dan sebagainya.

Rambut ialah mahkota diri seseorang. Kita perlu menyikat

rambut setiap hari supaya nampak kemas. Rambut yang

panjang dan tidak terurus haruslah dipotong. Jika perlu,

gunalah pencuci rambut agar rambut kita kelihatan lembut dan

cantik. Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi

kelemumur, kutu dan penyakit kulit kepala.

Page 2: Petikan Amalan Kebersihan Diri

Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh

itu, kita mestilah mengambil berat tentang kebersihan diri untuk keselesaan dan

kebahagiaan hidup kita.

JAGALAH KEBERSIHAN DIRI UNTUK

KEBAHAGIAAN HIDUP KITA !!!!