kebersihan rumah (pbsm)

Download Kebersihan rumah (PBSM)

Post on 03-Jul-2015

555 views

Category:

Healthcare

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. Unit 4 KEBERSIHAN RUMAH

2. Pendahuluan Rumah merupakan satu keperluan yang sangat penting bagi manusia. Kepentingan rumah tidak dapat dinafikan lagi terutama apabila bertambahnya bilangan penduduk yang kebanyakannya di kawasan bandar. Keadaan ini sering berlaku dalam negara membangun. 3. Fungsi Rumah Fizikal Perlindungan : Daripada pihak lawan, binatang buas, angin, hujan dan pancaran matahari yang terik. Keselamatan : Kekukuhan, kekuatan, tidak bocor dan tidak panas Sosial Aktiviti kemasyarakatan seperti berinteraksi dan berehat Psikologi Iaitu dari segi ketenteraman jiwa 4. Rumah Sempurna Memenuhi prinsip dibawah : 1. Ventilasi : Peredaran haba dan pengaliran udara dalam rumah mestilah baik 2. Terang : Iaitu kedudukan tingkap dalam rumah mestilah membolehkan cahaya matahari masuk ke dalam rumah terutama waktu pagi 3. Kering : Lantai dan dinding rumah yang basah tidak menyegarkan pernafasan penghuni rumah 4. Sejuk : Mengekalkan suhu dalam rumah Contoh : syiling tinggi untuk rumah rendah dan syiling rendah untuk rumah seperti di pergunungan 5. Tahap kebersihan yang baik Peredaran udara Udara segar mudah masuk dan udara kotor mudah keluar, mengelakkan bau busuk dan menjamin kesihatan Aktiviti : buka tingkap, kipas atau penghawa dingin Pencahayaan Mendapat matahari yang cukup untuk mengelakkan kelembapan, membunuh kuman dan serangga. Aktiviti : bina rumah menghadap matahari terbit dan pastikan tiada yang menghalang matahari seperti pokok 6. Sistem air Bekalan air bersih dan mencukupi untuk minuman, pembersihan dan persucian perlu ada. Sumber air : a) Air perigi : seeloknya jauh dari rumah dan tempat pembuangan najis untuk memastikan kebersihan air. b) Air sungai : masih bersih terutama di kawasan hulu sungai kerana belum dicemari dengan aktiviti pembangunan. c) Air hujan : air hujan yang turun di kawasan kampung belum terdedah dengan aktiviti industri, masih bersih dan boleh ditakung untuk digunakan. 7. d) Air paip : bekalan air bersih pada masa kini senang didapati kerana dibekalkan oleh kerajaan dan kebersihannya terjamin dari sebarang penyakit e) Sistem pembuangan sampah : sampah boleh dilupuskan dengan cara dibakar, ditanam atau dikitar semula. Namun, pencemaran air boleh berlaku sekiranya sampah dibuang ke sungai dan dapat mengundang pelbagai penyakit. f) Sistem tandas : untuk mencegah penyebaran kuman, pembuangan najis hendaklah dengan cara selamat iaitu dengan menggunakan tandas yang sempurna. Aktiviti : gunakan tandas yang curah yang dibina diluar rumah atau tandas tarik yang menggunakan tangki saptik. Pembinaannya perlu jauh dari punca air untuk mengelakkan pencemaran air. 8. Bilik mandi Bilik air atau bilik mandi ialah bilik atau ruang tempat mandi, membuang air, membasuh dan sebagainya. Kebersihan bilik mandi perlu diberi perhatian kerana di ruang inilah manusia terdedah secara langsung kepada serangan kuman dan bakteria. Bilik mandi juga merupakan kawasan dalam rumah yang mudah menyebar pelbagai penyakit. 9. Bilik tidur dan tempat tidur Bilik tidur perlulah bersih agar penghuninya dapat berehat dan tidur dengan selesa begi menghilangkan kelemahan fizikal dan mental serta menjaga kesegaran badan. Ventilasi dalam bilik tidur mesti mencukupi bagi memastikan pengedaran dan pengaliran udara yang bersih dan keadaan bilik yang normal Kita dapat tidur dengan selesa tanpa 10. Dapur Kebersihan dapur sangat perlu dijaga kerana dapur merupakan tempat penyediaan makanan sajian setiap hari. Dapur merupakan bahagian rumah yang paling senang untuk kotoran dan habuk melekat kerana permukaan peralatan masak dan dinding dapur yang selalu terdedah kepada asap yang berminyak. Maka, dinding dapur perlulah dibersihkan dengan pencuci setiap kalu selepas memasak. Sisa makanan juga perlu dibuang di dalam tong sampah bagi menjaga kebersihan dapur. 11. Halaman Rumah Mestilah dijaga agar menjamin kesihatan ahli rumah Halaman yang lembap atau bersemak Memberi penurunan suhu dalam rumah pada siang hari Mengganggu pernafasan penghuni rumah 12. Sistem saluran longkang Perlu dibina bagi menjaga kebersihan dan pengaliran air longkang yang baik Air daripada bilik mandi, dapur, hujan dialirkan daripada halaman rumah melalui longkang Agar segala air yang kotor atau bersih tidak bertakung di kawasan rumah 13. Ancaman Habuk Rumah Pada asasnya, kegiatan pembersihan rumah bertujuan untuk mengelakkan habuk Habuk boleh mengancam kesihatan manusia Habuk merupakan pembawa penyakit alahan (asma) Habuk rumah dihasilkan oleh : kapas, kain bulu, sawang Terdapat kewujudan mite dalam habuk yang antigenik dan membawa kesan alahan kepada kulit manusia 14. Pencemaran Dalam Rumah Pembakaran untuk memanaskan, menerangkan rumah, memasak dan penanaman tumbuhan dalam rumah menyebabkan pembebasan gas Gas yang dibebaskan akan mengganggu sistem pernafasan dan mengancam kesihatan Air dalam pasu bunga mesti ditukar supaya tidak berbau busuk dan tempat pembiakan nyamuk Bagi mengelakkan pembiakan nyamuk denggi Gunakan bahan pembunuh jentik-jentik dalam bekas takungan air Cnth: pelapik pasu, kolah 15. Penggunaan racun serangga akan menyebabkan pencemaran udara Penyembur rambut dan semburan bahan kimia akan menyebabkan reaksi alahan kepada manusia 16. Petua untuk Kebersihan Rumah Kuasa Kopi Menghilangkan Bau Tandas: Kopi bukan sahaja untuk diminum. Hampas kopi jangan dibuang kerana ia dapat menghilangkan bau tandas. Cara: masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkan beberapa lama dan siram. Anda akan dapati bau tidak menyenangkan itu akan hilang sama sekali. 17. Mengembalikan Seri Lantai Marmar Bagi mengembalikan seri lantai marmar Ambil setengah baldi air yang dicampurkan dengan semangkuk kecil kapur sirih serta lima sudu besar garam halus. Gunakan campuran ini untuk membersihkan permukaan marmar dan lakukan tiga kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. 18. Cicak Anti Kulit Telur Ayam Elakkan kehadiran cicak Menggunakan kulit telur ayam. Ini kerana cicak alergi dengan mineral kulit telur ayam. Cara : basuh dan keringkan kulit telur selama 2 atau 3 hari . Pecahkan kecil-kecil sehingga membentuk saiz lima atau sepuluh sen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod menggunakan gam dan tempatkan di mana-mana sudut yang anda ingin elakkan daripada di kunjungi cicak. 19. Penutup Sebagai manusia kebersihan adalah sangat penting kerana ia mencerminkan keperibadian seseorang. Jika kebersihan rumah tidak terjaga, bukan sahaja dapat mengundang persepsi buruk orang lain malah turut mengundang penyakit dan menghilangkan keselesaan kita dan ahli rumah untuk tinggal di dalam rumah tersebut. 20. Rujukan Sumber air : http://tntigeofizik.blogspot.com/2011/03/sumber-air.html Petua untuk kebersihan rumah : http://atieyusoffamily.blogspot.com/2014/03/petua-untuk- kebersihan-rumah.html Cara mencegah aedes dan denggi : http://www.malaysiatercinta.com/2014/02/cara-mencegah- aedes-dan-denggi.html Habuk dan kesannya (MITE) http://www.webmd.com/allergies/guide/dust-allergies 21. Sekian