petikan bercerita

24
TAJUK : SINGA YANG SOMBONG Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya.Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu. Tiba- tiba Sang Kancil bangun dan bersuara. Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama, semakin ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa itu. “ Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain.“ Siapa ada cadangan, silakan” kata Sang Kancil. Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, “ Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba menewaskan singa itu.” Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan. “Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan.” Tebuan mencabar kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam. “Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa, marilah kita sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita.” Kata Sang Kancil dan disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba itu.

Upload: akuabus2068

Post on 08-Nov-2015

104 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

TAJUK : SINGA YANG SOMBONG Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya.Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara. Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama, semakin ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa itu. Ya, kami sedia membantu jawab haiwan yang lain. Siapa ada cadangan, silakan kata Sang Kancil. Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba menewaskan singa itu. Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan. Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan. Tebuan mencabar kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam. Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa, marilah kita sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita. Kata Sang Kancil dan disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba itu. Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu tempat, mereka tenampak Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa. Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku. Kata Tebuan dengan berani. Engkau nak berlawan dengan aku? Tanya Singa itu sambil ketawa. Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat, aku akan dapat menewaskan kemalasanmu yang besar. Jawab Tebuan penuh semangat. Baiklah, kalau engkau berani, marilah. Kata Singa. Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu menjadi letih. Tebuan mengambil kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang hidung singa yang luas itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang hidungnya. Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu. Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua binatang bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan itu. Ingat kawan-kawan, 1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak semestinya lemah. 2. Kita tidak boleh bersikap malas berusahalah 3. Kita mesti berusaha jika ingin Berjaya Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan.... kecik jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa... akal yang cerdik dan semangat kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal. Sekian, terima kasih.

Kisah pohon epal..Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiaphari.Diamemanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.Masa berlaluAnak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon apel tersebut dengan wajah yang sedih. Marilah bermain-mainlah di sekitarku, ajak pohon epal itu. Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau, jawab remaja itu. Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya, tambah remaja itu dengan nada yangsedih.Lalupohon apel itu berkata, Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kauinginkan.Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagiselepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlaluSuatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.Pohon epal itu merasa gembira.Marilah bermain-mainlah di sekitarku, ajak pohon epal itu.Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku? Tanya anak itu.Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. Pohon epal itu memberikancadangan.Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon apel itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon apel itu pun turut gembira tetapi kemudiannyamerasa sedih karena remaja itu tidak kembali lagiselepas itu.Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon apel itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yangpernah bermain-main dengan pohon apel itu. Dia telah matang dan dewasa.Marilah bermain-mainlah di sekitarku, ajak pohon epal itu. Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yangsuka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai boat. Bolehkah kau menolongku? tanya lelaki itu.Aku tidak mempunyai boat untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untukdijadikan boat. Kau akan dapat belayar dengangembira, kata pohon apel itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batangpohon apel itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengangembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namunbegitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakindimamah usia, datang menuju pohon apel itu. Dia adalahanak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon apelitu.Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untukdiberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahkuuntuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangkuuntuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akaryang hampir mati kata pohon apel itu dengan nadapilu.Aku tidak mahu apelmu kerana aku sudah tiada bergigiuntuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana akusudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batangpohonmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, akumerasa lelah dan ingin istirahat, jawab lelaki tuaitu.Jika begitu, istirahatlah di perduku, kata pohonapelitu.Lalulelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangiskegembiraan.Tersebut.Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bilakita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolongkita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dangembira dalamhidup.Andamungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikapkejam terhadap pohon apel itu, tetapi fikirkanlah, ituhakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kinimelayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapakepada kita. Jangan hanya kita menghargai merekasemasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.

Arnab Dengan Buaya.Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Arnab Dengan Buaya.Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab ini.Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu.Hai Arnab, cantik sungguh gigi! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut. Kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu.Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu? Tanya buaya itu lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata, Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. Bolehkah engkau tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak, kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Penebang Kayu Dengan Anaknya.Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang miskin . Penebang kayu itu mempunyai seorang bapa yang telah tua lagi uzur dan seorang anak. Pada suatu hari, penebang kayu itu bercadang untuk menghantar bapanya ke dalam hutan dan membiarkannya tinggal di situ.Bagaimana nanti kalau jiran tetangga kita menanya tentang ayah? tanya isteri penebang kayu.Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya, kata penebang kayu itu. Penebang kayu dan isterinya tidak sedar bahawa percakapan mereka telah didengari oleh anak mereka.Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pecan untuk membeli sebuah bakul yang besar. Sebaik sahaja waktu senja, penebang kayu itu pun memasukkan bapanya ke dalam bakul tersebut.Apa yang kamu cuba lakukan? tanya bapanya.Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin dan sentiasa sibuk.Kami ingin membawa ayah ke tempat yang selamat. Di sana, ayah akan dijaga dengan baik, kata penebang kayu itu sambil memikul bakul tersebut. Orang tua itu berasa sedih dan mengerti maksud anaknya. Penebang kayu itu pun memikul ayahnya berjalan kearah hutan.Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan, anak penebang kayu itu menjerit, Ayah, jangan lupa bawa balik bakul itu semula!Mengapa? tanya penebang kayu itu kehairanan.Ayah, kata anak penebang kayu itu dengan lembut, Apabila ayah tua kelak, saya akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh bergerak. Dia tunduk sambil berfikir. Selepas beberapa ketika, dia pun berkata kepada anaknya. Marilah kita pulang ke rumah.Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Puteri Sulung Dan Puteri Bongsu.Pada suatu ketika dahulu, Raja Ambun mempunyai puteri kembar yang amat cantik. Puteri Bongsu yang begitu cantik dikatakan berdarah putih dan amat disayangi oleh raja.Kecantikan Puteri Bongsu yang berdarah putih telah sampai kepengetahuan Raja Tinggi. Raja Tinggi pun menghantar rombongan untuk meminang Puteri Bongsu. Raja Ambun menjadi serba salah. Kalau pinangan itu ditolak, tentu akan berlaku peperangan. Tetapi, kalau pinangan itu diterima, baginda akan dukacita sepanjang hayat kerana baginda amat kasih kepada Puteri Bongsu.Akhirnya, Raja Ambon telah menukarkan Puteri Bongsu dengan Puteri Sulung.Rancangan ini tentu berjaya, kata seorang pembesar. Raja Tinggi tidak pernah melihat Puteri Bongsu. Kita suruhlah Puteri Sulung mengaku yang dia bernama Puteri Bongsu, Akhirnya pinangan Raja Tinggi itu pun di terima.Raja Tinggi pun berkahwin lah dengan Puteri Sulung yang disangkanya Puteri Bongsu itu. Pada suatu hari, jari Puteri Sulung telah terluka akibat terkena pisau. Luka itu berdarah dan darahnya berwarna merah. Raja Tinggi berasa terkejut kerana darah itu tidak berwarna putih.Dinda mesti berkata benar, siapakah dinda sebenarnya? tanya Raja Tinggi sambil menghunus kerisnya. Puteri Sulung menggeletar. Adinda ialah kakak kepada Puteri Bongsu,Raja Tinggi amat murka. Rupa-rupanya beta telah ditipu! Kita akan serang negeri Ambun, kata Raja Tinggi dengan garangnya.Akhirnya, Raja Tinggi pun menghantar tentera untuk menundukkan negeri Ambun.Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Ampai-ampai Dan Puteri Laut.Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Ampai-ampai Dan Puteri Laut.Pada zaman dahulu, ada seorang hamba Raja Laut yang sangat setia kepada rajanya. Namanya Ampai-ampai. Ampai-ampai telah ditugaskan oleh raja untuk menjaga puteri baginda yang sangat cantik.Pada suatu hari, puteri itu pergi bermain-main di tepi pantai bersama beberapa orang dayang. Pada ketika itu sebuah kapal besar yang dimiliki oleh seorang putera raja yang kacak telah berlabuh di tepi pantai itu. Putera raja terpesona melihat kecantikan puteri Raja Laut. Puteri Raja Laut pun demikian juga apabila terlihat putera raja yang gagah perkasa dan kacak itu.Putera raja telah memujuk puteri Raja Laut supaya menaiki kapalnya yang sedang berlabuh itu. Setelah memberi isyarat kepada dayang-dayangnya, puteri itu pun naik ke kapal putera raja. Putera raja mengerahkan kelasi-kelasinya supaya menaikkan layardan segera belayar meninggalkan pantai itu.Pada waktu itu, Ampai-ampai baru tersedar. Dia berlari menuju ke pantai tetapi kapal itu sudah punmeninggalkan pantai. Ampai-ampai pun pulang ke istana lalu menceritakan kejadian itu kepada Raja Laut.Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil sebatang kayu lalu memukul tubuh Ampai-ampai sehingga remuk dan hancur tulangnya. Setelah itu Raja Laut menbuangkan Ampai-ampai ke tepi laut.Engkau jangan naik ke darat sebelum puteri beta pulang kepada beta, titah baginda.Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan akhirnya tersangkut pada ranting-ranting kayu di tepi pantai. Itulah sebabnya Ampai-ampai tidak bertulang hingga sekarang ini dan sepanjang masa tersidai pada ranting-ranting kayu di gigi air. Kononnya, dia akan menunggu di tempat begitu sehingga Puteri Raja Laut itu lalu di situ dan pulang kepada ayahandanya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Perempuan Muda Yang Berani.Pada suatu masa dahulu, negeri Tiku diperintah oleh Raja Tua. Baginda telah menyuruh rakyatnya membuat sebuah perahu yang besar. Setelah perahu itu siap, baginda pun telah mengadakan upacara untuk melancarkan perahu itu ke laut. Rakyat negeri itu telah dikerahkan untuk menolak perahu ke laut tetapi anehnya perahu itu sedikit pun tidak bergerak dari tempatnya. Raja Tua sangat hairan lalu memanggil anak angkatnya Balun yang tahu akan bermacam-macam ilmu.Balun pun mengambil dupa dan mengasap kemenyan. Setelah jampi dibaca dan seluruh perahu diasapnya, Balun pun berkata Perahu ini tidak akan dapat diturunkan jika tidak digalang dengan tubuh manusia. Tetapi yang menjadi galangan itu mestilah anak atau saudara tuanku. Orang lain tidak boleh!Mendengar kata-kata Balun itu, semua orang menjadi gempar. Tidak ada seorang pun anak kerabat raja yang hendak mengorbankan nyawanya untuk pelancaran perahu tersebut.Dalam keadaan hiruk pikuk itu, seorang perempuan muda yang sedang mengandung tampil ke hadapan perahu. Dia ialah anak saudara kepada Raja Tua. Perempuan muda itu berbaring di atas tilam dan bantal yang dibentangkan di haluan perahu. Semua rakyat dan kerabat diraja menangis melihatkan perempuan muda yang begitu berani mengorbankan nyawanya demi kepentingan Raja Tua.Apabila semua sudah sedia, Balun pun mengambil tujuh batang lidi dan rapat ke perahu itu. Setelah membaca jampi, perahu itu pun ditolak ke laut. Sekali lagi telah berlaku keanehan. Dengan mudah, perahu itu dapat ditolak ke dalam air.Semua orang yang berkumpul bersorak kegembiraan. Raja Tua berlari-lari mendapatkan anak saudaranya dan mendapati anak saudaranya itu tidak mendapat apa-apa kecederaan. Oleh kerana keberaniannya, Raja Tua telah menurunkan semua harta pusaka kepada anak saudara perempuannya itu.Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Harimau Yang Tamak. Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Harimau Yang Tamak.Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada penghuni rimba bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak mereka kepada baginda. Binatang-binatang dalam hutan itu pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh baginda.Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu, timbullah rasa tamak di hati harimau. Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih murah daripada sekarang. Aku tidak mahu makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari. Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa.Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap Maharaja Singa.Hah! Engkau datang juga, Harimau? tegur Singa. Apakah kehendak engkau? Harimau terkejut mendengar suara Singa yang bengis itu. Hatinya berdebar-debar.Patik Patik mahu makan tujuh tujuh kata Harimau tergagap-gagap.Tujuh apa? sergah Maharaja Singa lebih keras.Tujuh hari sekali! jelas Harimauu terketar-ketar.Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan kabulkan permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki tujuh haru sekali, kata Singa.Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan tujuh hari sekali. TuankuPatikPatikSudah! potong Maharaja Singa. Tiap-tiap binatang hanya boleh mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi telah pun beta kabulkan.Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali. Itulah sebabnya perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak bermaya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Harimau gunung ledang HARIMAU GUNUNG LEDANG

Pada suatu masa, Gunung Ledang terlalu banyak didiami oleh harimau. Ketika harimau gunung itu turun, banyaklah binatang ternakan dibahamnya.

Pada suatu hari, harimau itu turun beramai-ramai dari gunung itu. Sekawan kerbau yang dijaga oleh seorang budak habis dibaham oleh mereka. Orang kaya tuan punya kerbau itu sangat marah.

Kamu lalai dan tidak menjaga kerbau aku. Kamu mesti ganti semua kerbau yang telah dibaham itu, kata orang kaya itu dengan marah.

Budak itu sangat susah hati. Sudahlah hidupnya tidak ada tempat berlindung, kini malang pula menimpa. Dia bermenung dibawah sepohon pokok.

Jangan susah hati. Ambil getah ini dan sapukan kepada mulut harimau itu nanti, kata seorang tua yang menjelma tiba-tiba.

Budak itu bertekad. Harimau dari gunung itu mesti diajar. Dia mengambil upah menjaga sekawan kerbau kepunyaan seorang kaya yang lain. Sampai ketikanya, seekor harimau yang besar datang. Budak itu dengan berani pergi kepada harimau itu.

Kamu pencuri bedebah mesti diajar! kata budak itu dengan berani. Harimau yang besar itu tergamam. Dia memikirkan budak itu lebih kuat daripadanya.

Budak itu menyapukan getah pada mulut harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat mengeluarkan kukunya.

Budak itu juga mengikat kaki harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat mengeluarkan kukunya.

Budak itu juga mengikat kaki harimau. Hari telah malam, dia memanggil semua orang kampung datang. Orang kampung sangat hairan melihat keberanian budak itu.Budak itu berkata kepada harimau yang sudah terbaring tidak bergerak, Mulai malam ini, kamu jangan ambil binatang peliharaan orang kampung.

Harimau itu dibiarkan di situ sehingga tengah hari esoknya. Apabila matahari memancar, getah itu pun cair. Harimau melarikan diri kerana ketakutan. Sejak itu tiada lagi harimau datang membaham binatang ternakan di kawasan itu.

Pengajaran :

1. Jangan menganiaya orang lain.

2. Usaha tangga kejayaan.

3. Jangan mudah putus asa.

Ibu bermata satu

Kasih ibu, kepada beta,Tak terhingga sepanjang masa.Hanya memberi, tak harap kembaliBagai sang suria menyinari dunia...

Membaca syair lagu tersebut serasa merinding seluruh badan. Kerana kasih ibu memang tiada duanya. Demi anaknya, tak sedikit ibu yang mengorbankan apapun yang dimilikinya.Salam Sejahtera, selamat pagi dan salam satu Malaysia. Terima kasih Pengerusi Majlis Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk ibu bermata satu. Yang terlena, sedar-sedarkan. Yang tersedar, dengar-dengarkan Yang terdengar fikir-fikirkan.

Diceritakan kembali dari mulut ke mulut, dan ditulis ulang dengan rapi demi menyentuh setiap hati pembacanya. Inilah salah satu kisah mengharukan yang menceritakan besarnya cinta seorang ibu yang rela mendonorkan mata untuk anaknya.

Aku benci ibuku. Ia tak seperti ibu-ibu lainnya yang cantik dan boleh kubanggakan. Aku selalu malu kalau berjalan dengannya, atau ketika dia menjemputku di sekolah.Ibuku memiliki satu mata, penampilannya seadanya saja. Ia bahkan tak jarang mengenakan baju lusuh yang sudah koyak di beberapa bahagiannya.Kerana ayah telah meninggalkan kami dan tak memberi nafkah kepada kami, akhirnya ibu melamar pekerjaan di sekolahku. Ia memasak di kantin demi melayani guru-guru dan murid di sana. Aku sering sekali berpura-pura tak mengenalnya, kerana aku malu. Aku takut sekali bila teman sekelasku tahu bahawa dia adalah ibuku.

Suatu hari, dia menyediakan makan siang di kantin sekolah untukku. Disajikannya di sebuah piring dengan penuh lauk dan dihiasnya cantik. Tak lupa dia mengucup dan mengusap-usap kepalaku setelah memberikan sepiring makan siang itu. Semua teman yang melihat langsung berkasak-kusuk, dan hal itu membuatku geram.

Sepulang sekolah, aku memarahinya habis-habisan. "Kau tahu betapa malunya aku tadi? Kalau memang kau hanya ingin aku ditertawakan oleh teman-temanku, kenapa kau tidak mati saja?" kataku geram.Sejak itu ibuku lebih tahu diri. Dia berusaha menjaga jarak denganku kalau di depan teman-teman. Aku belajar keras untuk selalu mendapatkan ranking dan biasiswa. Aku ingin sekali segera keluar dari rumah ini.***Aku berhasil mendapatkan pekerjaan yang baik, menikahi isteri cantik dan dikurniakan anak-anak yang lucu. Aku tinggal di rumah yang cukup mewah dan besar.

Suatu hari, tiba-tiba ibu mengunjungiku tanpa keizinanku. Membawakanku setermos sup hangat yang katanya dimasakkan khusus untuk anak-anakku.Melihatnya dengan mata satu yang mengerikan, anak-anakku terkejut dan berteriak. Isteriku langsung menggandeng anak-anakku pergi.Lagi-lagi aku dibuat malu dan tak tahu harus berbuat apalagi. Aku sudah berbahagia dengan hidupku ketika ini. Tapi mengapa ibu malah mengacaukan hidupku?

Aku mengusirnya pergi, dan anak-anakku berteriak kegirangan ketika tahu aku telah mengusirnya. "Jangan pernah lagi berani datang ke rumahku dan menakuti anak-anakku nenek tua!" geramku.***

Di suatu petang, tetangga lamaku berkunjung ke rumah dan memberikan secarik surat kepadaku. "Ini dari ibumu. Ibumu telah meninggal dunia," katanya.Aku hanya terdiam, tidak menangis dan tidak bertanya banyak kepadanya. Aku hanya menerima surat itu dan menyimpan di meja kerjaku.Lama... aku merasa sangat gelisah. Kemudian aku buka secarik envelop tersebut dan kubaca setiap deretan hurufnya dengan penuh air mata dan emosi.

Yang tercinta anakku,Aku selalu memikirkanmu setiap waktu. Dan aku meminta maaf kalau kedatanganku tempo hari ternyata malah mengganggu keluargamu dan menakuti anak-anakmu.Tetapi aku sangat bahagia ketika melihatmu sudah hidup bahagia. Sekalipun aku harus menanggung derita ini, aku rela demi cintaku kepadamu.

Aku tahu bahawa hidupku sudah tidak lama lagi. Sehingga aku harus meminta maaf kerana kau telah banyak menderita semasa kecilmu. Kamu seringkali malu kerana memiliki ibu yang hanya punya satu mata ini.Ada satu hal yang ingin sekali ibu ceritakan kepadamu...

Ketika kau masih bayi, kau mendapat kecelakaan dan kehilangan salah satu mata. Sebagai seorang ibu, aku harus mengambil tindakan itu. Aku meminta doktor mengambil sebelah mataku untukmu. Aku tahu bahawa aku tak akan tahan dan tak akan pernah bahagia bila melihatmu harus menanggung penderitaan ini sendiri. Sebab itulah, aku selalu menjadi ibu yang menakutkan dan tak dapat membuatmu bangga, anakku.

Kini aku bangga, dengan pengorbananku ini, aku boleh melihatmu menjadi orang yang berjaya dan bahagia. Aku bahagia dapat membuatmu selalu melihat dunia.Berbahagialah selalu anakku