6. ulang aktiviti dengan suku kata lain sehingga...

10

Upload: dinhnga

Post on 30-Jan-2018

328 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: 6. Ulang aktiviti dengan suku kata lain sehingga …jpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article/320/... · Guru menyuruh murid menggaul bola -bola ping pong di dalam mangkuk
Page 2: 6. Ulang aktiviti dengan suku kata lain sehingga …jpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article/320/... · Guru menyuruh murid menggaul bola -bola ping pong di dalam mangkuk

Kaedah dan Teknik Mengajar Konstruk 3

Set 1 - 5

Kaedah 1- Permainan

1. Guru menggunakan teknik bola ping pong ( berdasarkan suku kata KV KV, KV KV KV)

2. Guru menyediakan sebatang senduk dan dua mangkuk kosong yang berisi bola ping

pong yang berlabel suku kata tersebut.

3. Guru menyuruh murid menggaul bola-bola ping pong di dalam mangkuk besar

menggunakan senduk.

4. Guru akan menyebut suku kata seperti ( su ) di mangkuk pertama dan murid akan

mencari suku kata du di mangkuk yang kedua.

5. Ulang aktiviti dengan murid lain untuk mencari suku kata yang lain

Kaedah 2 - Bermain dadu

1. Dadu yang ditampal gambar di baling oleh murid

2. Murid lihat dan sebut gambar pada dadu tersebut.

3. Murid mencari suku kata yang betul berdasarkan gambar pada dadu tersebut

4. Murid menyebut suku kata pertama dengan jelas dan suku kata yang kedua

dengan jelas.

5. Ulang aktiviti sehingga selesai suku kata yang ditampal

6. Murid menulis semula suku kata yang diperolehi pada lembaran kerja

Kaedah 3 - Didik Hibur (Guru menggunakan muzik sebagai latar.)

1. Guru menyediakan botol minuman dengan diisi kacang hijau dan dilabel dengan suku

kata yang hendak diajar.

2. Botol diberikan kepada setiap murid.

3. Murid duduk dalam bentuk bulatan .

4. Guru meletakkan sapu tangan di belakang murid.

5. Murid yang mendapatkan sapu tangan akan menggoncangkan botol suku kata sambal

menyebut berulang kali.

6. Ulang aktiviti dengan suku kata lain sehingga menghasilkan rentak muzik.

Page 3: 6. Ulang aktiviti dengan suku kata lain sehingga …jpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article/320/... · Guru menyuruh murid menggaul bola -bola ping pong di dalam mangkuk

KAEDAH PENGAJARAN KONSTRUK 4:

Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.

1.Perlu mengetahui objek dari gambar.

2.Murid dapat menyatakan nama objek dengan jelas.

3. Jika murid tidak dapat menamakan objek, guru perlu memberitahu murid.

4.Sebutkan dan bunyikan suku kata awal atau akhir yang tertera di bawah gambar objek.

5. Jika murid tidak dapat menyebut, mengeja atau membunyikan suku kata awal atau akhir, guru

perlu membantu dengan menyebut, mengeja dan membunyikannya.

6. Untuk mengeja suku kata yang tertinggal guru perlu menyebut suku kata tersebut supaya murid

dapat mengeja.

7. Jika murid dapat mengeja, minta murid menulis huruf-huruf suku kata tersebut di dalam ruang

kosong dengan merujuk huruf-huruf yang tertera di ruangan atas dengan bimbingan guru.

8. Tetapi jika murid tidak dapat mengeja perkataan tersebut, guru perlu membimbing dengan

merujuk pada huruf-huruf yang tertera di ruangan atas secara satu persatu sambil meminta murid

mengeja dan menyebut ejaan dengan bimbingan guru.

9. Guru digalakkan menggunakan kad imbasan dengan menulis semula huruf-huruf berdasarkan

item konstruk 4 supaya murid dapat mengeja, membatang dan menulis perkataan dengan betul.

10. Pastikan guru membimbing bukannya memberikan jawapan.

Page 4: 6. Ulang aktiviti dengan suku kata lain sehingga …jpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article/320/... · Guru menyuruh murid menggaul bola -bola ping pong di dalam mangkuk

TEKNIK PENGAJARAN KONSTRUK 5 INSTRUMEN SARINGAN 2

PERMAINAN BAHASA

BAHAN BANTU MENGAJAR

1. Kad-kad gambar

2. Kad-kad suku kata

3. Kad-kad perkataan

Langkah 1 (Masa 20 minit)

1. Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan

2. Setiap kumpulan diberikan satu sampul surat yang mengandungi keratan gambar dan

kad-kad suku kata

3. Murid dikehendaki menyusun keratan menjadi gambar lengkap

4. Murid menyusun suku kata membentuk perkataan berdasarkan gambar

5. Kumpulan yang dapat menyusun gambar dan membentuk perkataan yang paling

banyak dikira pemenang.

Langkah 2 (15 minit)

1. Setiap kumpulan menyebut perkataan berdasarkan gambar

2. Setiap kumpulan diminta mengeja perkataan yang dibina

3.

Langkah 3 (20 minit)

1. Guru mengedarkan lembaran kerja

2. Murid melengkapkan suku kata supaya menjadi perkataan berdasarkan gambar.

Langkah 4 (5 minit)

1. Rumusan pengajaran

2. Guru menyoal secara rawak untuk menilai penguasaan murid.

Page 5: 6. Ulang aktiviti dengan suku kata lain sehingga …jpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article/320/... · Guru menyuruh murid menggaul bola -bola ping pong di dalam mangkuk

Kaedah Mengajar Suku Kata Tertutup ‘ng’.(Kontruk 6)

STRATEGI

BERPUSATKAN MURID

Murid memainkan peranan yang penting.

Murid digalakkan melibatkan diri secara aktif.

Guru merupakan seorang pemimpin yang membimbing murid

menjalankan aktiviti.

PENDEKATAN

PENDEKATAN INDUKTIF

Sebelum memulakan pdp, guru perlu menyediakan contoh-contoh yang

sesuai untuk murid membuat rumusan. Murid dibimbing melalui aktiviti

penyoalan supaya dapat membuat kesimpulan sendiri.

Pelbagai contoh yang mengandungi ciri-ciri yang sama untuk

memudahkan murid membuat kesimpulan sama ada daripada guru atau

murid.

Guru menyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian. Aktiviti perlu

dipelbagaikan dan menarik perhatian murid.

KAEDAH

KAEDAH SEMULAJADI

Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan

objek dan gambar perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan

menggunakan perkataan yang telah diketahui oleh murid.

TEKNIK

PERMAINAN BAHASA

CONTOH AKTIVITI

Guru berikan set permainan " MARI BUKA DAN PASANG " kepada murid-murid.

Buka atau keluarkan semua kad gambar dan kad-kad / atau cip-cip suku kata dari tapaknya.

Kalau objektif guru hendakkan murid menguasai kemahiran suku kata di awal perkataan , maka guru menyuruh murid meletakkan kad gambar dan kad suku kata awal perkataan sahaja di tapaknya.

Kalau objektif guru hendakkan murid-murid dapat membina perkataan yang terdiri daripada dua suku kata tertutup , maka guru hendaklah mengarahkan murid-murid meletakkan kad-kad suku kata yang boleh terbina perkatan pada tapak atau petak gambarnya .

Satu lagi cara yang boleh dilakukan ialah dengan mengeluarkan kad-kad gambar dari petak / tapaknya. Kemudian campur adukkan kad-kad gambar tersebut.

Guru menyuruh murid-murid membaca perkataan yang terdapat pada petak / tapak permainan.

Murid-murid dikehendaki meletakkan kad-kad gambar pada perkataanya

Murid atau pasangan murid yang lebih awal dapat menyiapkan permainan itu dengan betul dikira sebagai pemenang .

Murid-murid menulis perkataan-perkataan yang telah dibina itu di dalam buku tulis atau kertas.

Page 6: 6. Ulang aktiviti dengan suku kata lain sehingga …jpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article/320/... · Guru menyuruh murid menggaul bola -bola ping pong di dalam mangkuk

11. Tatacara / kaedah / pengendalian instrument bagi konstruk 7

Langkah Pengajaran:

ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN Keupayaan menulis perkataan diftong

1. Latihtubi mengeja dan menyebut perkataan yang di pamerkan.

2. Menulis perkataan berdasarkan gambar

1. Guru menyebut perkataan

berdasarkan gambar. 2. Guru memadankan gambar dengan

perkataan. 3. Murid menjawab tugasan 4. Guru membimbing murid membina

perkataan mudah.

Page 7: 6. Ulang aktiviti dengan suku kata lain sehingga …jpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article/320/... · Guru menyuruh murid menggaul bola -bola ping pong di dalam mangkuk

CADANGAN KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KONSTRUK 8

( VOKAL BERGANDING )

KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN BAHAN

• Bahan Pengajaran yang digunakan :

1. komputer ( gambar & bunyi )

• Bahan Pembelajaran yang digunakan :

1. kad cantuman ( kad suku kata )

2. kad aktiviti ( kad gambar )

3. lembaran kerja

• Cadangan aktiviti :

1. Pamerkan gambar - slaid ( pendekatan VAK - visual )

2. Guru pamer dan sebut perkataan - slaid ( pendekatan VAK - visual & auditori )

2. Bimbing murid membatang suku kata. ( kad cantuman suku kata )

• gambar

• slaid

• video

• radio

• televisyen

• carta

• model

• graf

• peta

• perakam

• komputerBAHAN PENGAJARAN

• kad aktiviti

• kad cantuman

• bahan bercetak

• komputer

• lembaran kerja

BAHAN PEMBELAJARAN

buah buih buaian

bu ah

CADANGAN KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KONSTRUK 8

( VOKAL BERGANDING )

4. Aktiviti murid - permainan mencantum suku kata menjadi perkataan- permainan dadu ( pendekatan VAK - kinestatik )

5. Latih tubi murid mengeja dan menyebut perkataan yang telah dibina.

6. Beri lembaran kerja yang bersesuaian.

Page 8: 6. Ulang aktiviti dengan suku kata lain sehingga …jpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article/320/... · Guru menyuruh murid menggaul bola -bola ping pong di dalam mangkuk

KONSTRUK 10

PENYEDIAAN TATACARA/KAEDAH/TEKNIK MENGENDALIKAN INSTRUMEN SARINGAN

Teknik mengajar kata berimbuhan awalan dan akhiran

a. Tunjuk dan sebut menggunakan BBM dan ICT

b. Bacaan berulang suku kata dan frasa (kad bercantum dan kad tingkap)

c. Gabungan kad gambar dan penerangan.

d. Mencari / menggaris / membulat kata imbuhan di dalam frasa/rangkai kata

e. Pisah dan cantum

i. Memisah kata dasar dan imbuhan

ii. Mencantumkan kata dasar dan imbuhan

f. Permainan

i. Membina perkataan berimbuhan yang sesuai berdasarkan kata dasar yang

diberikan

1. Tanam

a. Ditanam

b. Menanam

c. Tertanam

d. Tanaman

Page 9: 6. Ulang aktiviti dengan suku kata lain sehingga …jpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article/320/... · Guru menyuruh murid menggaul bola -bola ping pong di dalam mangkuk

11. Tatacara / kaedah / pengendalian instrument bagi konstruk 11

Langkah Pengajaran:

ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN Menyusun perkataan supaya menjadi ayat yang betul Latih tubi:

Tujuannya untuk mencapai taraf

penguasaan kemahiran disampimg

menjamin kekekalannya.

Melalui teknik ini pelajar akan

mengalami proses mendengar,

melihat, memikirkan maksud

perkataan-perkataan serta tugasnya

dalam situasi yang penggunaan

perkataan-perkataan itu.

Berasakan pengajaran bahasa dengar

dan sebut (audiolingual) yang

biasanya digunakan dalam

pengajaran bahasa kedua.

1. Latih tubi mengeja dan menyebut perkataan yang di pamerkan.

2. Memperkenalkan jenis kata dan cadangan menyusun ayat mengikut jenis kata:

- Kata nama khas - Kata nama am - Kata kerja - penerangan

Contoh:

Kata nama

Kata kerja

Penerangan

Strategi: Direktif Pendekatan Deduktif Kemahiran Belajar: Mengumpulkan Maklumat Elemen: Kreativiti

di tepi

nenek

rumah

sungai

Page 10: 6. Ulang aktiviti dengan suku kata lain sehingga …jpnperak.moe.gov.my/ppdhilirperak/attachments/article/320/... · Guru menyuruh murid menggaul bola -bola ping pong di dalam mangkuk

KONSTRUK 12

KAEDAH PENTADBIRAN

2. Keupayaan membaca,

memahami dan menulis

ayat berdasarkan bahan

rangsangan.

Penerangan

Keupayaan menguasai

kemahiran menulis ayat

berdasarkan bahan

rangsangan.

1. Gambar keluarga

sedang bergotongroyong

di kawasan

rumah.

perkataan berdasarkan

gambar

berdasarkan

ayat yang dibina oleh

murid.

sebarang jawapan yang

bersesuaian dengan

tugasan.

1.Meminta murid

memerhatikan gambar.

2. Murid menjawab soalan

berdasarkan gambar.

3.Murid memberi jawapan

secara lisan.

4. Murid dibimbing

membina ayat

berdasarkan gambar

secara lisan.

5.Murid dibimbing menulis

ayat dengan betul.

Memerhatikan gambar dan menulis

ayat.

Contoh jawapan:

1. Ini keluarga saya.

2. Ayah sedang memotong rumput.

3. Kakak menanam pokok bunga.

4. Adik menyiram pokok bunga.