assignment ping pong
Embed Size (px)
DESCRIPTION
table tennisTRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN
Bil Tajuk Penting M/S
1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PING PONG PERINGKAT DUNIA 3-4
2 PERKEMBANGAN PING PONG DI MALAYSIA 5-6
3 PERALATAN PERMAINAN PING PONG 7-9
4 FOOTWORK UNTUK PERMAINAN PING PONG 10-12
5 JENIS-JENIS PUKULAN 13-19
6 JENIS REKET - CARA PENGGUNAAN 20-21
7 ISYARAT TANGAN UNTUK PENGADIL 22-24
8 SISTEM PERTANDINGAN – FLOW CHART PERTANDINGAN – PERSAORANGAN DAN BERGU – SISTEM UNDIAN ( SETDED )
25-31
9 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG 32-33
10 RANKING PEMAIN PING PONG DUNIA MASA KINI 34-35
11 SAIN SUKAN – DEFINISI, KEPENTINGAN,OBJEKTIF SERTA PEMAKANAN
36-40
1

1. SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PING PONG PERINGKAT DUNIA
Sejarah & Perkembangan Di Dunia Pada mulanya permainan ping pong merupakan kegiatan masa lapang yang digemari oleh penuntut-penuntut universiti di Britain. Corak dan bentuk permainan ini telah didaftarkan pada tahun 1891 oleh Charles Barter dari Gloucestershire, dan lebih kurang pada masa yang sama James Gibb, seorang pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain telah membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika yang kemudiannya diperkenal sebagai alternatif kepada bola getah atau gabus yang digunakan pada masa itu.
Tindakan ini membawa kejayaan serta-merta dan beberapa pengilang mula memasarkan satu rangkaian nama-nama seperti Gossima, Whiff Waff, Flim Flam dan Table Tennis. Apabila raket yang kosong disaluti velum diperkenalkan, istilah pingpong pun dicipta. Ia diambil daripada bunyi ‘ping’ apabila bet bertembung dengan bola dan bunyi ‘pong’ terhasil akibat dari bunyi bola melantun di meja permainan.
Dan sekali lagi James Gibb telah mencadangkan kepada pengilang John Jaque Ltd. bahawa nama ini sesuai untuk bet, bola dan jaring keluaran mereka. Pada tahun 1902, seorang professor pelawat Jepun telah membawa balik permainan ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar universiti di sana. Tidak lama kemudian seorang penjual berbangsa British, iaitu Edwards Shires telah memperkenalkan permainan ini kepada orang-orang Vienna dan Budapest. Dengan ini benih untuk perkembangan sukan ini telah tersemai dan ia kini telah mendatangkan sambutan hampir di semua tempat di dunia.
Persatuan Pingpong (The Pingpong Association) telah dibuka. Kejohanan Sedunia yang pertama telah diadakan di London pada tahun 1927. Pemenangnya ialah seorang yang berbangsa Hungary, iaitu Dr. Jacobi. Selain daripada Fred Perry dari England, yang memenangi pada tahun 1929, pemain-pemain Hungary boleh dikatakan menguasai permainan ini sepanjang tempoh tahun 1930-an. Pasukan mereka diketuai oleh pemain terkenal, Victor Barna, yang mana kemahiran dan inspirasi beliau telah banyak membantu membawa sukan ini ke tahap semakin mendapat perhatian serius masyarakat dunia.
Pemain-pemain eropah boleh dikatakan telah menguasai dunia pingpong sehingga akhir tahun 1940-an menggunakan cara berjabat tangan untuk mementingkan corak pertahanan lebih dari corak menyerang. Permainan ini telah mengalami corak perubahan yang besar pada tahun 1950-an dengan kemunculan sandwich atau span terbalik (inverted sponge) iaitu satu bahan baru untuk membuat muka pukulan bet.
Sebelum ini muka pukulan yang diperbuat daripada getah berbintik nipis (pimpled rubber) telah banyak digunakan. Sehingga masa itu putaran (spin) hanya memainkan peranan kecil dalam permainan yang dikuasai oleh corak pertahanan. Tetapi senjata-senjata baru ini yang diperkenalkan oleh orang-orang Jepun amat menakjubkan.
2

ITTF sebagai badan pengawal (the rulling body) dengan cepat mengadakan peraturan untuk mengawal perkembangan baru ini kerana pada pandangan sesetengah pihak ia membekalkan kelebihan yang tidak adil kepada sesetengah pemain. Ketebalan span dan getah sandwich adalah dalam kawalan dan ia kekal sedemikian hingga kini. Tetapi sifat permainan ini telah pun berubah. Para juara kini telah mengukuhkan gaya kepantasan dan putaran serangan laju (fast attacking speed and spin).
Pada tahun 1950-an, pemain Jepun telah menguasai dunia pingpong dengan corak permainan dan cara cekak pen (pen-holder) yang mementingkan corak menyerang dan gerak kaki yang pantas. Pasukan lelaki Jepun telah menjadi johan dunia pada tahun 1954 hingga 1959. Dalam tahun 1960-an negara China muncul sebagai sebuah negara kuasa pingpong yang handal. Mereka menguasai dunia pingpong melalui penggunaan corak laju dan dekat dengan meja.
Dalam tahun 1970-an, pemain-pemain Eropah menunjukkan kebolehan dan keyakinan mereka sekali lagi dan bertanding hebat dengan pemain-pemain Asia dalam beberapa pertandingan penting dunia. Dalam tahun 1980-an, pemain-pemain Eropah dianggap lebih handal daripada pemain-pemain Asia, terutamanya pemain-pemain Sweden yang telah menewaskan pasukan China dalam perlawanan antara pasukan lelaki walaupun China masih menguasai negara-negara lain dalam bahagian wanita.
Pemain-pemain perseorangan Eropah seperti Grubba, Waldner, Applegren, Persson, dan Lindh, manakala Guo Yuehua, Jiang Jialiang, Chen Longcan, Chen Xinhua dan Yoo Nam Kyu dari asia adalah pemain lelaki yang menguasai dunia pingpong. Dalam bahagian wanita pula, pemain-pemain dari China, Korea Utara, Korea Selatan, Kepun, Hong Kong dan sebagainya masih mendahului pemain-pemain dari Sweden, Hungary dan Rusia.
2. PERKEMBANGAN PING PONG DI MALAYSIA
3

Pada tahun 1952, sebuah persatuan pingpong ditubuhkan dan persatuan ini dirasmikan pada tahun 1958 dan dikenali sebagai Persatuan Pingpong Malaya. Pada tahun 1964, Persatuan Pingpong Malaysia (TTAM) pula ditubuhkan dan selepas itu perkembangan pingpong di negara ini dipesatkan. Ini terbukti dengan aktiviti-aktiviti persatuan tersebut. Persatuan ini telah melaksanakan banyak kegiatan dalam negeri mahupun luar negara.
Pada masa sekarang, semua kaum telah kenal dengan permainan pingpong dan ramai penduduk di negara ini menjadikannya sebagai rekreasi ringan. Sehingga tahun 1974, boleh dikatakan semua yang terlibat dalam pertandingan antara negeri-negeri Malaysia adalah daripada keturunan cina. Pada tahun 1974, dan sehingga 1982, pertandingan untuk kaum lain (bukan cina) dimulakan. Ini adalah satu langkah yang baik dan diharapkan kelama-lamaan, tidak akan wujud perasaan perkauman dalam permainan ini.
Pada tahun 1982, pertandingan bukan cina ditukar menjadi pertandingan perpaduan di mana pemain-pemain cina yang belum pernah mewakili dibenarkan bertanding. Diharap juga dengan lebih ramai pemain bukan cina bermain pingpong, pemilihan pemain untuk pasukan negara kita akan diperluaskan dan bakat-bakat baru dapat dicungkil.
Pada tahun 1972, satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang pemain lelaki telah pertama kali dapat menyertai Kejohanan Pingpong Dunia di Nagoya, Jepun dan kita telah mencapai tempat ke-25 daripada 39 pasukan yang mengambil bahagian. Dalam Kejohanan Pingpong Dunia ke-32 di Yugoslavia pada tahun 1973, Malaysia telah mencapai tempat ke-18 daripada 52 buah negara dalam bahagian lelaki manakala ke-19 daripada 40 buah negara bagi wanita.
Di samping itu, Persatuan Pingpong Malaysia juga menjadi pengasas Asian Table Tennis Union pada tahun 1972 dan sejak itu Malaysia telah memainkan peranan penting dalam perkembangan pingpong di Asia. Dalam kalangan negara-negara Asean pula, Malaysia pernah menjadi pengerusi dan jawatankuasa teknik untuk mengelola Kejohanan Pingpong Belia Asean. Pada tahun 1979, buat kali pertama seorang wakil dari Malaysia, Dato’ Michael Chen telah dilantik menjadi ahli ITTF, sebuah badan sukan pingpong tertinggi dunia.
Pada tahun 1983 pula, seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Encik Yap Yong Yih telah dilantik menjadi ahli ITTF. Oleh demikian, Persatuan Pingpong Malaysia berjaya memainkan peranan aktif dalam sukan pingpong dunia. Kepercayaan yang diberikan ITTF kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia ke-2 (1981), ke-5 (1984) dan ke-12 (1991) dengan jelasnya membuktikan Malaysia mempunyai kebolehteknikal yang tinggi.
Sejak tahun 1990, Malaysia telah menghantar beberapa pemain muda ke luar negeri seperti ke Jepun dan Korea Selatan untuk mendapat latihan intensif yang lengkap. TTAM juga berhasrat untuk mencari bakat baru yang terdiri dari pelbagai latarbelakang kaum untuk menganggotai persatuan ini. Kini TTAM mempunyai 15 ahli gabungan termasuklah 14 negeri dan Majlis Sukan Angkatan Tentera. Keahliannya adalah seramai 20 000 orang. Selain itu, TTAM telah
4

menghasilkan 35 orang pengadil bertaraf antarabangsa dan 400 pengadil kebangsaan yang menjalankan tugas mereka di persatuan masing-masing dan juga pertandingan kebangsaan.
3. PERALATAN PERMAINAN PING PONG
5

Sebelum memulakan permainan pingpong, setiap peralatan haruslah disediakan dengan teliti dan teratur. Pingpong dapat dimainkan sama ada di dalam ataupun di luar dewan kerana ia hanya memerlukan sedikti sahaja ruang dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi.
Permainan pingpong memerlukan sebuah meja, sebiji bola pingpong, dua buah bet (bagi permainan secara individu)
3.1 Meja Meja
Meja pingpong mestilah berbentuk segiempat tepat, berukuran 2.74 m panjang dan 1.56 m lebar dan tingginya dari lantai ialah 76 cm. Permukaan meja boleh diperbuat dari pelbagai bahan tetapi mestilah memberi lantunan (bounce) bole lebih kurang 23 cm tinggi apabila bola dijatuhkan dari ketinggian 30 cm. Permukaan meja mestilah berwarna gelap dan pudar keseluruhannya dengan satu garisan putih yang tebalnya 2 cm di setiap empat sisi meja itu. Permukaan meja dibahagi kepada dua bahagian yang sama oleh satu jaring yang selari dengan kedua-dua garisan permukaan meja. Untuk permainan beregu, kedua-dua permukaan meja itu dibahagi kepada 2 bahagian yang sama oleh garisan tengah yang tebalnya 3 mm dan selari dengan garisan tepi meja.
3.2 Bola Bola
Bola pingpong mestilah berdiameter 38 mm dan berat 2.5 gram. Bola pingpong boleh diperbuat daripada seluloid atau bahan plastik yang sama dan berwarna putih atau kuning yang pudar. Bola pingpong digred kepada satu bintang sehingga tiga bintang, masing-masing untuk latihan dan pertandingan. Bola pingpong mudah diperolehi dan harganya tidaklah mahal.
3.3 Jaring
Jaring untuk permainan pingpong terdiri dari jaring dan peralatan untuk memasangnya ke meja pingpong, dan sering disebut gabungan jaring (net assembly). Panjang jaring ialah 1.83 m dengan 1.525 di atas meja dan 15.25 panjang di luar setiap garisan tepi. Tinggi jaring adalah 15.25 cm di atas permukaan.
3.4 Bet
Oleh kerana terdapat berbagai-bagai jenis bet di pasaran pada masa kini, sehingga untuk memilih bet boleh menjadi satu masalah. Bagi mereka yang baru belajar bermain terutamanya terdapat beberapa panduan mudah yang boleh diikuti. Bet berbeza mengikut bentuk dan corak tetapi keselesaan patut diutamakan. Jika ia kelihatan cantik sahaja tetapi tidak selesa dipegang, kita tidak harus memilihnya.
Bet sepatutnya sepatutnya natural apabila digunakan tanpa menghalang atau menggangu teknik permainan kita dan membenarkan kita mengekalkan kawalan maksimum ke atas pukulan kita. Berat bet dan jenis bet yang digunakan juga harus membenarkan keselesaan dan bersesuaian dengan corak permainan kita.
6

Sesuatu bet serba boleh adalah diperbuat daripada kayu lembut yang tidak melebihi lima lapisan getah.
Getah yang digunakan boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama ialah getah terbalik ‘reverse’ yang licin dan rata dengan lapisan berbintik-bintik terbalik (inverted pimples) di bawah dan diikuti oleh satu lapisan span. Jenis kedua ialah getah berbintik keluar (pimples out) dengan atau tanpa satu lapisan span. Untuk pertandingan, semua getah yang digunakan mestilah mempunyai logo ITTF.
Getah yang digemari ramai ialah getah yang terbalik (reverse) yang boleh mengubah sifat-sifat kelajuan dan putaran bola secara meluas. Secara am, semakin tebal dan keras lapisan span, semakin cepat bola memantul (rebound) daripada bet. Di bawah undang-undang pingpong, tebal keseluruhan getah dan span tidak boleh melebihi 4 mm.
Jika getah digunakan pada kedua-dua permukaan bet, maka warnanya mestilah sebelah berwarna hitam dan sebelah lagi berwarna merah. Jika kayu digunakan pada salah satu permukaan, warnanya mesti warna hitam atau merah yang dicelup tetapi bukan dicat. Getah berbintik keluar dari span, boleh dibahagi lagi kepada bintik-bintik pendek dan bintik-bintik panjang. Getah berbintik pendek digunakan oleh pemain corak penyerang untuk memukul balik putaran lawannya kerana getah jenis ini mempunyai darjah kawalan yang tinggi. Kelemahannya ialah putaran yang dijanakan adalah tidak sekuat putaran getah terbalik.
Seorang pemain pakar menggunakan jenis ini ialah Jiang Jiliang dari China, johan perseorangan dunia pada tahun 1985 dan 1987. Getah berbintik panjang digunakan oleh pemain yang menggunakan corak permainan bertahan. Kelebihannya ialah ia boleh membalikkan putaran atas dan memulangkan putaran bola belakang. Kelemahannya ialah ia amat susah dikawal dengan baik. Seorang pemain pakar dalam bidang ini ialah Li Gun Sang dari Korea Utara dan beliau sekarang mewakili Great Britain.
3.5 Pemain & Pakaian
Seperti yang dimaklumkan, pingpong boleh dimainkan secara perseorangan lelaki dan wanita dan beregu lelaki dan wanita dan beregu campuran. Pakaian untuk seorang pemain lelaki dan wanita termasuk baju lengan pendek, seluar pendek, stoking dan kasut. Warna baju dan seluar bergantung pada kehendak pemain atau pasukan yang diwakilinya. Pakaian yang sesuai dan selesa dapat membantu sewaktu permainan.
3.6 Kawasan (Arena)
Permainan Permainan pingpong boleh dijalankan di mana-mana tempat yang berdaftar, seperti di kaki lima, tepi jalan, di dalam bilik, di dewan dan sebagainya. Arena permainan pingpong berubah-ubah bergantung kepada keadaan pertandingan atau perlawanan dan pihak penganjur.
7

Tetapi dalam pertandingan antarabangsa, arena ini tidak boleh kurang dari 14 meter panjang, 7 meter lebar, dan 4 meter tinggi untuk satu-satu gelanggang. Arena ini mestilah dikelilingi oleh pelindung (surrounds) yang tingginya 75 cm. lantai arena mestilah berwarna gelap. Lampu mesti dipasang dengan jarak tidak kurang dari 4 meter dari lantai.
Di negara kita terdapat banyak dewan dan stadium tertutup yang sering digunakan juga untuk perlawanan dan pertandingan pingpong sama ada di peringkat negeri, kebangsaan ataupun antarabangsa. Umpamanya Stadium Negara dan Stadium Badminton Kuala Lumpur pernah dijadikan arena pertandingan bertaraf dunia.
8

4. FOOTWORK UNTUK PERMAINAN PING PONG
Kaki dan Footwork
Footwork – digunakan agar pemain dapat memainkan stroke dengan tepat
(memukul secara sempurna) sedini mungkin, dengan tubuh tetap seimbang
(balanced, siap, nyaman) dan bisa kembali semula setelah membuat pukulan untuk
siap distroke berikutnya. Pemain yang melakukan footwork itu juga bisa dengan baik
mengatasi serta bergerak ke lokasi (posisi) yang tepat untuk pukulan berikutnya
secara tepat waktu tanpa tergesa-gesa bahkan terlambat.
4.1 Jenis-jenis Gerak Kaki (Footwork)
Gerak kaki ping pong dibahagikan kepada tiga jenis iaitu gerak kaki satu
langkah, dua langkah, dan tiga langkah atau lebih. Arah pergerakannya biasanya ke
depan, ke belakang, ke samping kiri, samping kanan atau diagonal. Penggunaan
gerak kaki disesuaikan dengan jarak di mana bola yang datang dengan posisi
pemain. Jika jarak bola yang datang sangat dekat dengan pemain, pemain tidak
usah untuk melangkahkan kaki atau pemain hanya perlu gerak satu langkah sahaja.
Jika jarak antara bola yang datang dengan posisi pemain agak jauh, pemain pula
perlu bergerak dalam dua langkah. Gerak kaki dua langkah merupakan kaedah
gerak kaki yang paling popular digunakan kerana gerak kaki dua langkah
merupakan gerakan yang paling pantas dan meliputi kawasan yang luas. Namun
9

begitu, jika jaraknya cukup jauh dari meja, pemain harus dicapai dengan tiga
langkah atau lebih.
4.2 Cara Melakukan Gerakan Kaki (Footwork)
Pada mulanya, lutut pemain perlu ditekuk sedikit dan berat badan pemain
dibahagikan secara rata serta seimbang di kedua-dua kaki. Berat badan ditumpukan
pada kaki belakang. Apabila pemain ingin melangkah ke kiri, kaki kiri digeser ke arah
kiri dan berat badan dibebankan ke arah kaki kiri. Tambahan pula, jika perlu
melakukan dua kali langkah, maka caranya adalah sama. Di samping itu, jika
seseorang pemain ingin melakukan pukulan sangga depan (forehand), pemain
harus gerakkan kaki kanan sedikit ke belakang sehingga sama seperti posisi awal
melakukan pukulan forehand supaya pemain berada dalam posisi sangga depan
yang betul apabila sampai kepada bola. Jika pemain ingin melakukan pukulan
sangga belakang, pemain perlu mengerakkan kaki kanan terlebih dahulu.
Setelah melakukan pukulan, pemain harus memperhatikan arah bola dan
kembali ke posisi awal dengan pantas. Apabila ingin bergerak ke kiri, dorong dengan
kaki kanan. Jika pemain tidak berada dalam posisi bersedia, pemain harus kembali
semula ke posisi yang sedekat mungkin. Namun begitu, pemain harus sentiasa
beringat supaya tidak melakukan apa-apa pergerakan ketika pihak lawan memukul
bola. Hal ini kerana, pemain tidak akan dapat meliputi bahagian yang dijauhi dengan
berkesan.
.
10

4.3 Tujuan Kaki dan Footwork
Tujuannya untuk bisa bergerak bermain TM dengan bagus (movement, quickness)
agar selalu mendahulu bola dan tidak terlambat memukul dan tidak mudah letih, lain
lagi latihannya:
1. Selain dari dua cara di atas ada lagi tambahannya.
2. Ada 5 titik bola yang wajib dilihat, diikuti iramanya (rhytm) dan
sesuaikan dengan gerak tubuh; yaitu: titik bola ketika dipukul, diatas
net, tepat menyentuh meja lawan, dipukul lawan, mementul di meja
sendiri.
3. Lakukan jump dan side step sesuai 5 titik tadi, caranya coba temukan sendiri
4. Sesuaikan tinggi tubuhmu (dengan menekuk lutut dan bahu telapak
kaki) sesuai dgn tinggi-rendah bola yg berubah2 seperti gunung itu.
11

5. JENIS-JENIS PUKULAN PING PONG
Pada dasarnya, teknik pukulan ping pong boleh dibahagikan kepada dua iaitu
pukulan pepat depan (forehand) dan pukulan kilas (backhand). Kedua-dua teknik ini
mendasari berbagai-bagai jenis pukulan seperti servis, smesy, pukulan drive, push,
chop dan block. Kekuatan pukulan bagi kesemua jenis pukulan ping pong adalah
bergantung kepada kilasan badan, ayunan lengan dan pergerakan pergelangan
tangan.
5.1 PUKULAN PEPAT DEPAN (FOREHAND) DAN PUKULAN KILAS
(BACKHAND)
Pukulan pepat depan (forehand) dan pukulan kilas (backhand) merupakan
kemahiran asas dalam permainan ping pong. Pukulan pepat adalah pukulan putaran
atas yang agresif. Dalam pukulan pepat, pukulan pepat depan merupakan pukulan
paling kuat dalam permainan ping pong. Hal ini kerana, badan tidak menghalang
semasa membuat pukulan pepat depan berbanding dengan pukulan kilas. Di
samping itu, otot yang digunakan dalam pukulan depan lebih baik daripada otot yang
digunakan dalam pukulan kilas. Kebiasaannya, pukulan depan merupakan pukulan
yang paling bertenaga dalam permainan ini.
Teknik pukulan hadapan boleh dilakukan berdasarkan turutan berikut.
Pertama, kilaskan badan dan ayunkan tangan ke belakang. Kedudukan siku
mestilah hampir dengan pinggang pemain. Berat badan pemain perlu dialihkan ke
kaki belakang supaya pemain dapat melakukan pukulan depan dengan lebih
bertenaga. Tambahan pula, raket perlu serenjang dengan lantai semasa melakukan
hayunan ke belakang.
12

Seterusnya, kilaskan berat badan ke kaki kiri bersama dengan ayunan tangan
ke hadapan. Pemain boleh melakukan sentuhan ketika lantunan bola pada
kedudukan yang paling tinggi, di depan dan bola berada sedikit ke kanan badan.
Kedudukan ini adalah paling sesuai dalam membalas balik bola ping pong. Berat
badan dipindah semula ke kaki hadapan.
Pukulan kilas pula merupakan pukulan yang sesuai dalam menghadapi
putaran atas jika berbanding dengan putaran belakang. Ketekalan dan kepantasan
secara umumnya adalah lebih penting semasa melakukan pukulan kilas. Pukulan
kilas adalah lebih mudah dalam mengawal meja. Pukulan kilas akan menyebabkan
pihak pelawan lebih mudah melakukan kesilapan atas kembalian pantas semasa
melakukan pukulan kilas.
Teknik dalam melakukan pukulan kilas adalah pusingkan lengan ke arah
pinggang di mana raket dan lengan haruslah menunjuk ke sisi, dengan siku pada
kedudukan 90 darjah. Berat badan dialihkan ke kaki belakang. Mata haruslah
sentiasa memandang bola. Badan ayun ke depan dengan memusingkan lengan
bawah ke depan. Raket ping pong harus bergerak dalam garisan lurus semasa
gerakan siku ke hadapan. Ketika melakukan sentuhan, sentap pergelangan tangan
ke depan dan melampaui bola, dengan itu menutup raket. Raket berpusing di sekitar
bola dan menghasilkan putaran atas. Berat badan dipindah semula ke kaki hadapan.
Teknik untuk membuat pukulan kilas yang lebih berkuasa adalah pukul tepat
pada bola dengan putaran yang kurang. Ini akan menenggelamkan bola terus ke
dalam span dan kayu. Raket ditutup bagi menghadapi putaran atas dan pukulan
kilas yang kencang. Namun begitu, raket perlu dibuka untuk mengatasi putaran
belakang dan pukulan kilas yang kurang kencang.
13

5.2 SERVIS
Dalam pertandingan ping pong, servis memainkan peranan yang penting
dalam menentukan kejayaan. Tujuan servis adalah mendapatkan masa secara
langsung apabila pemain lawan membuat kesalahan semasa menerima servis atau
gagal menerima servis. Servis yang baik membolehkan pemain mempunyai inisiatif
dan kedudukan aktif dalam menguasai pemain lawan yang telah memulangkan
servis dengan lemah. Servis boleh dilakukan dengan pukulan hadapan dan pukulan
kilas. Apabila membuat servis pukulan hadapan, kaki kiri hendaklah berada di
hadapan. Tempat berdiri ialah di tengah kiri hujung meja. Servis pukulan hadapan
lebih sesuai untuk pemain yang lemah dalam servis. Namun begitu, bagi membuat
servis dengan pukulan kilas (backhand), tempat berdiri ialah di sebelah kiri hujung
meja. Kedua-dua belah kaki berdiri berdamping tetapi bercerai dan kaki kanan
hendaklah bengkok sedikit ke hadapan.
Secara asanya, servis boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu servis
berputar dan servis tidak berputar. Servis berputar pula boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis seperti servis putaran atas (topspin service), servis putaran belakang
(backspin service), servis putaran ke kiri (forehand sidespin service), dan servis
putaran ke kanan (backhand sidespin service). Pergerakan untuk membuat servis
putaran atas ialah dengan menggunakan bet ping pong menggeserkan bahagian
separuh atas bola sambil memukul mengatas ke hadapan. Pergerakan untuk
membuat servis putaran ke belakang ialah dengan menggunakan bet menggeserkan
bahagian separuh bawah bola sambil mencantas (slide) bola itu dengan kuat dari
atas.
14

Servis putaran ke kiri (forehand sidespin) dapat dihasilkan dengan
menggunakan bet menggeserkan bahagian tengah sebelah kanan bola sambil
dengan kuat ke sebelah kiri manakala menggunakan bet untuk menggeserkan
bahagian tengah sebelah kiri bola sambil memukul dengan kuat ke sebelah kanan
akan menghasilkan servis yang berputar ke kanan. Tambahan pula, servis yang
tidak berputar juga selalu digunakan dalam sesuatu pertandingan supaya sukar
dijangka oleh pihak lawan.
5.3 SMESY
Smesy merupakan pukulan ping pong dengan tenaga serangan paling besar
dalam sukan ping pong. Bola smesy adalah paling bertenaga dan cepat. Smesy
memerlukan pemain menggunakan kekuatan seluruh anggota badan dalam
melakukan smesy. Smesy juga disebut sebagai pukulan pembunuh bola. Pukulan ini
sering menentukan suatu kemenangan mahupun kekalahan dalam pertandingan.
Smesy menyebabkan perlawanan sukar untuk mengembalikan bola dalam
pertandingan.
Teknik dalam melakukan smesy adalah ayunkan ke belakang untuk
mendapatkan lebih kuasa semasa melakukan smesy. Smesy pukulan kilas lebih
mementingkan pergerakan pergelangan tangan manakala smesy pukulan depan
lebih bergantung kepada lontarkan badan ke arah pukulan. Pemain perlu
menggunakan gerak isyarat sentapan lengan bawah dengan pantas dari siku ke
atas semua smesy. Smesy menyebabkan pukulan bola tanpa putaran (sangat rata)
dan tenggelamkan bola menerusi span ke kayu.
5.4 Pukulan Drive
15

Drive merupakan pukulan dengan ayunan panjang sehingga menghasilkan
pukulan yang datar dan keras. Drive adalah pukulan yang paling kecil dalam gaya
gesekan. Bola bagi pukulan drive adalah bersifat membawa sedikit gaya putar. Drive
merupakan satu daripada teknik pukulan yang penting dalam menghadapi pemain
jenis bertahan.
Teknik pukulan drive dilakukan dengan bet bersikap menutup. Pukulan drive
boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu forehand drive dan backhand drive. Cara
melakukan forehand drive adalah ditunjukan seperti berikut. Pertama, pemain perlu
gerakkan bet ke arah depan. Gerakan ini diikuti dengan perputaran badan ke arah
depan kira-kira tiga puluh derajat. Kesalahan dalam melakukan pukulan forehand
drive adalah disebabkan oleh perubahan pada posisi bet akibat bergeraknya
pergelangan tangan. Hal ini telah menyulitkan saat kontak dengan bola. Dengan ini,
cara untuk mengatasi masalah ini adalah kuatkan pergelangan tangan pada saat
permulaan supaya bet tidak akan mudah berubah posisi.
Cara untuk melakukan backhand drive ialah siku pemain perlu membentuk
sudut sembilan puluh derajat. Pemain perlu melakukan pergerakan bet dan
seterusnya diikuti oleh pergerakan badan. Pemain melakukan kontak dengan bola
pada saat bet berada di depan badan agak sedikit ke kiri. Terdapat ramai pemain
ping pong yang sering melakukan kesalahan dalam pukulan drive. Oleh itu, gerakan
kaki dan latihan backhand yang banyak dapat mengatasi serta memperbaiki
kesilapan ini.
5.5 Push
Push adalah pukulan backspin pasif yang dilakukan untuk
menghadapi backspin. Push adalah pukulan dengan cara mendorong bola Pukulan
16

ini dapat menjaga agar bola tidak melambung terlalu tinggi dari jaring. Selain itu,
pukulan push digunakan untuk mengembalikan pukulan yang berasal dari teknik
chop atau push lawan. Terdapat dua jenis push dalam teknik ping pong iaitu
forehand push dan backhand push.
Dalam forehand push, posisi bet perlu berada dalam keadaan sedikit terbuka.
Pemain perlu menggerakkan bet ke depan dan sedikit ke bawah. Bola perlu
digeserkan di bahagian tengah bet. Namun begitu, bagi backhand push pula, cara
pukulan backhand push adalah sama dengan forehand push. Namun begitu,
pukulan backhand push adalah lebih kuat daripada forehand push sehingga mampu
menghasilkan bola putaran belakang yang sempurna. Oleh itu, teknik pukulan push
merupakan satu daripada pukulan yang sangat penting bagi para pemain serang
cepat di dekat meja, khususnya bagi yang menggunakan teknik cekak pen.
5.6 Chop
Chop merupakan pukulan backspin yang bersifat bertahan (Larry Hodges,
2002:99). Gerakan pukulan ini sama dengan gerakan menebang pohon. Gerakan ini
dilakukan untuk mengembalikan bola. Selain itu, chop sesuai digunakan jika posisi
pemain jauh dari meja dan bola jatuh dekat bahagian belakang meja. Pukulan ini
biasa dilakukan dengan teknik forehand atau backhand.
Persiapan dalam melakukan pukulan forehand chop adalah sama dengan
pukulan forehand. Namun begitu, posisi bet bagi pukulan forehand chop adalah
cenderung terbuka jika berbanding dengan pukulan forehand. Gerakan bet bagi
pukulan forehand chop adalah ke depan dan condong ke bawah. Usahan kontak
dengan bola adalah terjadi di depan kanan badan. Perkenaan bola ping pong adalah
17

di bahagian sisi bet depan agak bawah dan perkenaan pada bola pula di bahagian
sisi bawah permukaan bola.
Di sebaliknya, posisi awal backhand chop adalah sama dengan backhand
tetapi posisi bagi backhand chop adalah bet terbuka atau sisi depan condong ke
atas. Pemain perlu usahakan kontak bola pada bahagian sisi bawah bet depan
dengan sisi bawah pada permukaan bola. Perkenaan bola adalah di kiri agak depan
dengan tubuh badan pemain.
5.7 Block
Block sering digunakan di dekat meja sehingga disebut sebagai block
pendek. Pukulan block digunakan sebagai pukulan pertahanan dan seringkali
digunakan pada saat pemain berada dalam posisi terserang. Pukulan block adalah
sangat berguna dalam merintangi serangan lanjutan. Block dilakukan setelah bola
memantul dari meja supaya pihak lawan tidak dapat melancarkan serangan dengan
cepat. Hal ini kerana pukulan block akan menyebabkan bola dikembalikan dengan
cepat. Selain itu, block adalah sesuai untuk mengembalikan bola drive atau bola
dengan putaran atas. Teknik ini digunakan untuk mengembalikan bola dengan sikap
bet tertutup. Block boleh digunakan secara forehand dan backhand.
Pukulan block mempunyai beberapa kelebihan. Sebagai contoh, pukulan block mampu menyerap, mengurangi, atau memperlemah tenaga pantulan bola dari pihak lawan. Selain itu, penggunaan block adalah sangat efektif ketika pihak lawan berada di posisi jarak tengah atau jarak jauh dari meja ping pong. Cara melakukan forehand block ialah bet digerakkan ke depan dan posisi bet adalah sentiasa tertutup (sisi depan bet menghadap ke bawah). Selain itu, pemain perlu perhatikan arah kedatangan bola dan bertindak segera untuk melakukan block setelah bola memantul dari meja. Perkenaan bola dengan bet adalah tepat pada tengah bet. Cara melakukan pukulan backhand block adalah sama dengan forehand block kecuali kedudukan bet bagi backhand block adalah berada di sebelah kiri tubuh badan.
18

6. JENIS REKET - CARA PENGGUNAAN
RAKET
• Boleh sebarang saiz, bentuk atau berat.
• Raket mesti dilapik getah pada permukaan yang digunakan untuk
memukul bola.
• Permukaan raket yang tidak dilapik getah tidak boleh digunakan untuk
memukul bola.
• Permukaan raket yang tidak digunakan mestilah berwarna hitam atau
merah, bergantung kepada warna getah di permukaan sebelahnya.
• Kedua-dua permukaan raket mestilah berlainan warna, merah pada satu
permukaan dan hitam pada permukaan keduanya.
GETAH
• Pemukaan getah hendaklah rata dan tidak boleh berlubang ataupun
kembung.
• Getah yang digunakan mesti mempunyai logo ITTF (Persekutuan Ping
Pong Antarabangsa).
19

20

CARA-CARA MEMEGANG RAKET PING PONG
Cara memegang bet akan menentukan cara pukulan bola dan cara pukulan bola pula akan menentukan cara kita memegang bet. Dengan itu adalah sangat penting untuk memegang bet mengikut cara pukulan yang diingini. Cara memegang bet boleh dibahagikan kepada 2 iaitu cara pegangan pen dan cara pegangan shake hand.
i. Cara pegangan pen (Penhold Grip)
Jari telunjuk dan ibu jari menggenggam pemegang seperti memegang pen.
Jari-jari lain dibengkokkan di bahagian belakang bet.
Pegang bet dalam keadaan selesa.
ii. Cara pegangan shake hand
Kelima-lima jari menggenggam pemegang seperti berjabat tangan.
Ibu jari dan telunjuk berada di bahagian permukaan bet yang berlainan.
Jari tengah, jari manis dan jari kelengkeng menggenggam sepenuhnya pemegang bet.
Jari telunjuk lurus dan ibu jari dibengkokkan sedikit.
Pegang bet dalam keadaan yang selesa.
21

7. ISYARAT TANGAN UNTUK PENGADIL
PERATURAN & UNDANG-UNDANG AM
DEFINISI
Rali (rally) tempoh masa bola dimainkan. Let rali yang tidak menghasilkan skor. Mata (point) rali yang menghasilkan keputusan. Tangan berbet tangan yang memegang bet. Tangan bebas tangan yang tidak memegang bet. Pembuat servis pemain pertama yang memukul bola dalam
satu-satu rali. Penerima servis pemain kedua yang memukul bola dalam
satu-satu rali. Pengadil orang yang dilantik untuk mengawal sesuatu
permainan. Penolong
pengadilorang yang dilantik untuk menolong pengadil.
Garisan belakang garisan yang dipanjangkan tanpa hadnya dalam kedua-dua arah.
· Pemain dikira memukul bola apabila pemain itu menyentuh bola dengan bet yang dipegangnya, atau terkena bahagian bawah pergelangan tangan yang memegang bet.
· Seseorang pemain dikira membuat voli bola jika ia memukulnya sebelum bola itu menyentuh gelanggangnya setelah dipukul oleh pihak lawan.
· Pemain dikira menghalang bola jika dia sendiri atau sebarang bola yang dipakainya terkena semasa dalam permainan dan sebelum bola itu melintasi permukaan permainan atau garis belakang, dan sebelum bola menyentuh gelanggangnya setelah dipukul oleh pihak lawan.
22

SISTEM EKSPEDIT
· Sistem ini akan dikuatkuasakan sekiranya satu-satu permainan tidak dapat diselesaikan selepas 15 minit, atau pada masa yang lebih singkat atas permintaan kedua-dua pemain atau pasangan.
i. Jika boleh masih dimainkan jika masa telah tamat, permainan hendaklah dihentikan dan dimainkan semula dengan servis yang dibuat oleh pemain yang membuat servis dalam rali ketika servis dihentikan.
ii. Jika bola tidak dimainkan ketika masa sudah tamat, permainan akan disambung semula sekali lagi dengan servis yang dibuat oleh pemain yang menerima dalam rali sebelum permainan itu dihentikan.
· Selepas itu, pemain akan membuat servis bagi satu mata mengikut aturan hingga akhir permainan. Jika pemain atau pasangan penerima membuat 13 hantaranyang baik, pembuat servis akan kehilangan satu mata.
· Apabila dikuatkuasakan, sistem ini akan kekal bagi sepanjang baki perlawanan dalam perlawanan tersebut.
MATA
Melainkan satu rali itu adalah rali let, seseorang pemain akan kehilangan satu mata jika
· Pemain gagal membuat satu servis yang baik dan sempurna.
· Pemain gagal membuat satu pukulan kembali yang baik dan sempurna.
· Pemain melakukan voli atau menghalang bola, melainkan telah dibenarkan seperti dalam peruntukan.
23

· Pemain memukul bola dua kali berturut-turut.
· Bola menyentuh gelanggang dua kali berturut.
· Pemain memukul bola dengan sebelah bet yang tidak mengikut peraturannya.
· Pemain atau sebarang benda yang dipakainya menyebabkan permukaan permainan berubah atau bergerak.
· Tangan bebas telah menyentuh permukaan permainan.
· Pemain atau sebarang benda yang dipakainya telah menyentuh jaring.
· Di bawah sistem ekspedit, pemain telah melakukan dan menerima servis atau pasangan penerima servis telah melakukan 13 balasan berturut-turut.
24

8. SISTEM PERTANDINGAN
8.1 SISTEM INDIVIDU
Terdapat dua asas sistem yang selalu digunakan bagi sesautu kejohanan
dan pertandingan untuk permainan individu iaitu sistem kalah mati
(simple knock-out) dan sistem kumpulan (group/round robin) .
8.1.2 Sistem Kalah Mati (Simple Knock-Out)
Sistem ini digunakan untuk semua kejohanan utama termasuk Sukan
Olimpik, Kejohanan Dunia, Piala Dunia dan ITTF World Tour.
Sistem ini berfungsi seperti berikut:
Pemain yang menyertai atau diundi secara berpasangan.
Pemenang terus bermain di pusingan berturut-turut sehingga
hanya seorang pemain kekal rekod tanpa kalah.
Mereka yang kalah akan tersingkir.
Kelebihan sistem ini:
Mudah difahami oleh pemain dan peminat ping pong.
Hanya memerlukan sedikit perlawanan diadakan dan
mengambil masa yang singkat.
Kelemahan sistem ini;
Separuh daripada pemain yang menyertai akan tersingkir
pada pusingan pertama.
Tidak menghasilkan kedudukan ranking mengikut turutan
apabila berakhir kejohanan atau sesuatu pertandingan.
8.1.3 Sistem Kumpulan (Group/Round Robin)
Sistem ini berfumgsi seperti berikut:
Setiap pemain akan diundi dan dimasukan dalam satu
kumpulan yang mengandungi tiga,empat atau lima pemain.
25

Setiap pemain akan bertemu dalam perlawanan dalam
kumpulan.
Setiap keputusan perlawanan akan menentukan kedudukan
mereka hingga ke akhir perlawanan.
Setiap pemain yang berada di kedudukan teratas, biasanya di
kedudukan pertama dan kedua akan melangkah ke peringkat
kalah mati manakala yang berada di kedudukan di bawah
akan disingkirkan.
Pemain yang manang akan terus melangkah hinga ke
perlawanan akhir dan memenangi kejohanan atau
pertandingan.
Pemain yang kalah akan tersingkir.
Kelebihan sistem ini:
Setiap pemain akan bermain lebih dari satu perlawanan.
Menunjukkan setiap kedudukan pemain.
Kelemahan sistem ini:
Tiada perlawanan akhir dalam kumpulan.
Perlawanan akhir dalam kumpulan tidak semestinya akan
memberi kemenangan dalam kumpulan kepada pemain yang
menang pada perlawanan akhir kumpulan.
Bilangan perlawanan akan bertambah dengan banyak jika
pemain bertambah, oleh itu mempunyai had maksimum lima
pemain dalam setiap kumpulan.
Mengambil masa yang lama untuk menghabiskan kesemua
perlawanan.
8.1.4 Pindaan Sistem Kalah Mati (Variation To The Simple Knock-
Out System)
26

Untuk memberikan pemain yang kalah awal bermain lebih dari satu
perlawanan terdapat dua pindaan yang boleh digunakan iaitu:
Pindaan 1(variation 1):double knock-out
1. Pemain yang kalah akan memasukan perlawanan kalah
mati yang lain (plate competition) bukan disingkirkan
terus dari perlawanan.
2. Kelebihan sistem ini ialah,memberi peluang kepada
pemain yang kalah pada peringkat awal bermain
perlawanan seterusnya.
3. Kelemahan sistem ini ialah, menambah bilangan
perlawanan dan mengambil masa yang lama dan tidak
menunjukan kedudukan.
Pindaan 2(variation 2): progressive knock-out
1. Pemenang akan terus bermain dengan pemenang yang
lain sehingga ia kekal dengan kemenangan.
2. Pemain yang kalah akan berlawan dengan pemain yang
kalah lain.
3. Pemain yang kalah perlawanan pertama tidak akan
berjaya menduduki tangga teratas hingga separuh pada
kedudukan terakhir perlwanan.
4. Pemain yang kalah pusingan pertama dan kedua akan
berlawan untuk kedudukukan dibahagian bawah.
5. Kelebihan sistem ini adalah ia dapat menunjukan
kedudukan mengikut turutan dan memberikan setiap
pemain mempunyai perlawanan yang sama rata.
6. Kelemahan sistem ini adalah ia memerlukan masa yang
agak lama.
27

8.2 SISTEM BERKUMPULAN
Pemain yang bermain secara kumpulan terdapat pelbagai sistem yang
digunakan, tetapi sistem yang serimg digunakan adalah bagi setiap
kejohanan atau pertandingan berkumpulan dimana terdapat dua hingga
lima orang pemain bagi setiap kumpulan.
8.2.1 Prosedure Perlwanan Berkumpulan
Sebelum perlawanan bermula, hak untuk memilih sama ada pasukan
anda akan menjadi A, B, C atau X, Y, Z perlu diputuskan oleh kebanyakan
ahli kumpulan.Bagi mana-mana sistem berikut permain ada pilihan untuk
menamatkan perlawanan lebih awal apabila mempunyai kelebihan yang
tidak boleh dikalahkan.Sebagai contoh, apabila bermain terbaik daripada
5 perlawanan, perlawanan itu boleh berhenti apabila satu pasukan telah
memenangi 3 perlawanan. Atau apabila bermain terbaik daripada 9
perlawanan, perlawanan itu boleh berhenti apabila satu pasukan telah
memenangi 5 perlawanan. Secara alternatif, anda boleh memainkan
semua perlawanan.
8.2.2 Sistem 1: 5 Perseorangan ( 5 Single).
Sistem ini digunakan dalam World Championship Event. Ia berfungsi
seperti berikut:
Setiap kumpulan terdapat 3 pemain.
Keputusan terbaik dari lima perlawanan perseorangan (best of
five matches single).
Turutan pemain contoh A vs X, B vs Y, C vs Z, A vs Y, B vs X.
Kelebihan sistem ini:
Setiap pemain akan bermain sekurangnya satu perlawanan
untuk kumpulan mereka bagi memperolehi mata bagi yang
menang.
28

Hamya memerlukan sedikit perlawanan dan boleh
diselesaikan dalam masa yang singkat.
Kelemahan sistem ini:
Hanya seorang dari setiap ahli kumpulan akan bermain satu
perlawanan.
8.2.3 Sistem 2:4 Single 1 Double
Sistem ini berfungsi seperti berikut:
Setiap pasukan boleh memiliki dua,tiga atau empat pemain.
Terbaik dari lima perlawanan.( 4 single 1 double).
Turutan pemain A vs X, B vs Y, Doubles, A vs Y, B vs X.
Kelebihan sistem ini:
Boleh bentuk pasukan dengan dua pemain.
Maksimum 4 pemain boleh bermai.
Pemain beregu boleh dari pemain yang bermain single atau
pemain lain.
Kelemahan sistem ini:
Pemain yang hebat boleh mendominasi perlawanan dengan
memenangi dua perlawanan perseorangan.
8.2.4 Sistem 3 :4 Single 1 Double.
Sistem ini berfungsi seperti berikut:
Pasukan mempunyai tiga pemain tetapi setiap pemain hanya
boleh bermain maksimum dua perlawanan perseorangan.
Best of five match(4single 1 double).
Turutan pemain, A vs X, B vs Y, Double A&C or B vs Z&X or Y,
B or A vs Z, C vs Y or X.
Kelebihan sistem ini:
29

Setiap pemain akan bermain sekurangnya satu perlawanan
untuk mendpatkan mata kemenangan.
Tiada kelebihan untuk pemain yang hebat untuk mendominasi
perlwawanan.
Setiap pemain bermain dua perlawanan.
Kelemahan sistem ini adalah Tidak boleh bentuk pasukan dengan 2
pemain.
8.2.5 Sistem 4 : 6 Single 1 Double.
sistem ini berfungsi seperti berikut:
Mempunyai tiga, empat atau lima pemain.
Terbaik dari tujuh perlawanan(6 single 1 double).
Turutan pemain AvsY, Bvs X, Cvs Z, double, AvsX, CvsY, BvsZ.
Kelebihan sistem ini:
Tiga pemain akan bermain sekurangnya satu perlawanan
individu untuk pasukan mereka.
Dibolehkan pemain keempat dan kelima untuk bermain bagi
membolehkan setiap pemain boleh bermain sekurang-
kurangya satu perlawanan.
Kelemahan sistem ini:
Pemain ke empat dan kelima mungkin hanya bermain untuk
perlawanan regu.
Mengambil masa yang lama untuk menghabiskan perlawanan.
8.2.6 Sistem 5: 9 Perseorangan ( 9 Singles)
Sistem ini berfungsi seperti berikut:
Terdapat hanya tiga pemain.
Terbaik dari sembilan perlawanan.( best of 9 match)
Turutan pemain AvsX, BvsY, CvsZ, BvsX, AvsZ, CvsY, BvsZ,
Cvs X, AvsY.
30

Kelebihan sistem ini:
Kurang kelebihan bagi pemain yang hebat untuk
mendominasi perlawanan.
Kelemahan sistem ini:
Jangka masa yang tidk boleh dianggarkan, perlawanan
mungkin habis awal jikasatu pasukan mendahului 5-0.
8.3 Lampiran
Simple Knock-Out System.
31

Group/ Round Robbin System
32

9. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG.
Peraturan ping pong rasmi adalah peraturan- peraturan yang direka untuk
melindungi apa-apa kemungkinan yang mungkin timbul semasa
permainan. Peraturan-peraturan ini dikaji semula setiap tahun oleh
International Table Tennis Federation (ITTF) dan sebarang perubahan
biasanya dilaksanakan mulai 1 September.
9.1 Peraturan
Diketahui bahawa setiap acara sukan mempunyai peraturan-peraturan
tertentu. Acara sukan ping pong juga mempunyai peraturan tersendiri,
antara peraturan yang di tetapkan oleh International Tabel-Tennis
Federation (ITTF) dan Undang-Undang Persatuan Ping Pong Malaysia ialah
pakaian adalah hendak kemas, tidak dibenarkan memakai jeans, selipar
atau berkaki ayam iaitu tidak memakai kasut atau selipar. Permain juga
dilarang sama sekali memakai baju berwarna putih kerana ianya akan
menyebabkan bola ping – pong akan tidak kelihatan oleh pihak lawan
kerana warnanya adalah sama.
9.12 Cara Bermain.
Biasanya pungutan mata ialah sebanyak 21 mata ( lelaki &
perempuan ).Terdapat beberapa peraturan untuk membuat servis iaitu:-
servis akan bermula dengan bola mesti sentias berada di
dalam tapak tangan bebas yang pegun,terbuka dengan jari
tertutup dan ibu jari bebas.
tangan bebas yang membawa bola mesti sentiasa berada di
atas permukaan meja dan di belakang garisan meja.
semasa membuat servis ,bet mesti berada di atas permukaan
meja dan memukul di garisan belakang meja.
bola mesti dilempar tegak sekurang-kurangnya 16 cm ke atas
oleh tapak tangan tanpa menjanakan sebarang putaran.
Bola mesti dipukul semasa ia menurun supaya -dalam
permainan perseorangan,ia melantun di kawasan pembuat
servis dan kemudian di kawasan penerima.Dalam permaian
33

bergu ,ia melantun di kawasan kanan pembuat servis dan
kemudian di kanan penerima.
Pemain yang membuat servis perlu meastikan bahawa
tindakannya dapat dilihat sepenuhnya oleh pengadil.
servis tidak boleh terlalu jauh dari bahagian badan kecuali
lengan,kepala atau kaki apabila diukur dari jaring.
jika bola tersentuh jaring semas melepasinya ,satu
penggilan'net' akan disebut dan servis terpaksa dilakukan
semula.
9.2 Undang Undang Permainan.
Sebelum tahun 2001 sistem kiraan mata untuk ping pong dilakukan
sehingga 21 mata tetapi selepas itu,untuk mendapatkan atau
menghasilkan permanianan yang lebih menarik dan den menyeronokkan
peraturan baru telah diperkenalkan iaitu sistem kiraan 11 mata.
9.2.1 Memulakan Permainan.
untuk memulakan permaianan,pemain perlu memutuskan siapakah yang
akan melakukan servis terdahulu dengan melakukan undi seperti
membaling duit siling dan pemain yang betul pilihannya akan memilih
samaada ingin servis terdahulu atau memberikan pihak lawan servis
terdahulu dan memilih arah meja yang diinginkan. Setiap pemain akan
mempunyai dua kali servis sebelum tukar kepada pihak lawan dan pemain
yang Berjaya mendapat 11mata dahulu dikira menang, jika kedudukan
seri pada mata 10-10 perbezaan setiap dua mata akan menentukan
pemenang.
Untuk pemain beregu atau double, setiap pemain masih pempunyai dua
servis sebelum bertukar servis kepada pihak lawan, apabila bertukar
servis, pemain yang menerima servis pemain lawan akan membuat servis
34

dan partner pemain yang sebelum ini yang melakukan servis akan
menerima servis tersebut. Servis yang dilakukan mestilah pada bahagian
meja yang berdiagonal dengan bahagian meja pemain yang melakukan
servis.
10. RANKING PEMAIN PING PONG DUNIA MASA KINI
World Ranking List 9/2014 - General List Men
World Ranking List 9/2014 - General List Men
Ranking Previous Name Assoc Ranking Pts.
1 1 XU Xin CHN 3063
2 3 FAN Zhendong CHN 3003
3 2 MA Long CHN 2983
4 5 ZHANG Jike CHN 2769
5 4 OVTCHAROV Dimitrij GER 2755
6 6 WANG Hao CHN 2712
7 8 MIZUTANI Jun JPN 2700
8 7 CHUANG Chih-Yuan TPE 2685
9 10 BOLL Timo GER 2610
10 9 YAN An CHN 2605
11 11 SAMSONOV Vladimir BLR 2554
12 13 FREITAS Marcos POR 2539
13 12 GAO Ning SIN 2504
14 17 BAUM Patrick GER 2440
15 15 NIWA Koki JPN 2431
16 14 TANG Peng HKG 2416
17 16 JOO Saehyuk KOR 2387
18 19 STEGER Bastian GER 2344
19 18 KIM Minseok KOR 2330
20 23 APOLONIA Tiago POR 2329
35

World Ranking List 9/2014 - General List Women
Ranking Previous Name Assoc Ranking Pts.
1 1 LIU Shiwen CHN 3170
2 2 DING Ning CHN 3167
3 3 LI Xiaoxia CHN 3070
4 4 FENG Tianwei SIN 3034
5 5 WU Yang CHN 2904
6 7 ZHU Yuling CHN 2870
7 6 CHEN Meng CHN 2868
8 9 ISHIKAWA Kasumi JPN 2814
9 8 HAN Ying ^ GER 2787
10 10 YU Mengyu SIN 2754
11 11 SEO Hyowon KOR 2750
12 12 LIU Jia AUT 2715
13 22 SAMARA Elizabeta ROU 2706
14 14 FUKUHARA Ai JPN 2701
15 13 LI Fen ^ SWE 2696
16 15 LEE Ho Ching HKG 2681
17 18 HIRANO Sayaka JPN 2662
18 19 YU Fu ^ POR 2619
19 16 LI Jiao NED 2617 20 17 YANG Haeun KOR 2614
36

11. SAIN SUKAN – DEFINISI, KEPENTINGAN,OBJEKTIF SERTA PEMAKANAN
11.1 Definisi Sains Sukan
Sains Sukan ialah satu bidang ilmu pengetahuan untuk mengurus dan memahami
seluruh faktor gerak laku manusia dalam aktiviti sukan dan cara untuk meningkatkan
prestasi perlakuan manusia ke tahap yang optimum.
11.2 Kepentingan Sains Sukan
1)Prestasi Sukan
Pengetahuan tentang sains sukan dapat membantu atlit dan jurulatih dalam
peningkatan prestasi latihan motor dan program
latihan yang lebih sistematik.
2) Kesihatan
Atlit mengetahui cara-cara menjalankan aktiviti bersukan dengan betul.
Pengetahuan ini dapat membantu atlit meningkatkan tahap kesihatan dan
kecergasan menyeluruh dan mengelak daripada berlaku kecederaan. Selain itu, atlit
37

mengetahui diet yang sesuai mengikut keperluan sukan masing-masing untuk
mengekalkan prestasi.
3) Rekreasi
Pengetahuan sains sukan bukan sahaja dapat dimanfaatkan dalam peningkatan
prestasi atlit tetapi juga semasa mereka berekreasi.
4)Ekonomi
Sains sukan dapat membantu meningkatkan` ekonomi Negara dengan adanya
tajaan, pelancongan, kajian saintifik dan peralatan sukan.
5)Kerjaya
Perkembangan sukan di tanah air, mewujudkan peluang peluang kerjaya dalam
bidang yang berkaitan dengan sukan. Kerjaya ini merangkumi jurulatih, pegawai-
pegawai sukan dan atlit-atlit yang berpengetahuan sains sukan. Peluangpeluang
pekerjaan dan pendidikan dalam bidang sukan adalah luas.
11.3 Objektif sains sukan
1. mengetahui konsep, sejarah dan perkembangan Sains Sukan
2. memupuk semangat patriotisme melalui sukan
3. memahami pengurusan dan pengelolaan sukan
4. memahami kesan psikologi dan sosiologi sukan yang mempengaruhi gerak laku
manusia dan prestasi sukan
5. memahami hubung kait antara sistem tubuh badandengan pergerakan
6. memahami kesan senaman ke atas fisiologi tubuh badan dan kaitannya dengan
prestasi sukan
7. mengamalkan aktiviti fizikal dan memahami kesannya terhadap kehidupan dan
kesihatan diri
8. memahami dan mengaplikasi prinsip dan kaedah latihan
38

9. mengaplikasi kaedah pengukuran dan penilaian dalam mengkaji komponen
kecergasan
10. memahami dan mengamalkan prinsip asas keselamatan dan mengurangkan
risiko kecederaan sukan.
11. memahami pembelajaran proses lakuan motor dan asas kawalan pergerakan.
11.4 Pemakanan Sukan
Keperluan Makanan Seimbang
Nutrien Makanan
i) Karbohidrat
Kumpulan makanan yang membekalkan tenaga kepada badan. Makanan yang
mempunyai karbohidrat berasaskan tumbuh-tumbuhan. Bijiran ( roti, mee, bihun,
tepung ), sayuran ( ubi, jagung , kekacang dan lain-lain ) dan buah-buahan ( oran,
epal, pisang dan lain-lain ). Kumpulan makanan ini mengandungi karbohidrat dalam
bentuk kanji atau gula ( sukros, glukos dan fruktos ).
Setengah makanan hasil tenusu seperti susu dan ais krim juga mengandungi gula
dalam bentuk laktos.Penghadaman makanan karbohidrat ini akan menghasilkan
kumpulan gula ringkas – glukos, fruktos dan galaktos. Kumpulan ini akan di bawa
melalui saluran darah ke organ dan tisu-tisu dalam badan terutamanya hati, otot,
otak, sistem saraf pusat dan sel-sel lemak.
Sumber tenaga utama dalam bentuk glukos boleh digunakan oleh tisu-tisu otot atau
disimpan dalam hati dan otot. Otak juga bergantung kepada glukos sebagai bahan
api. Sekiranya kepekatan glukos jatuh di bawah paras normal (hypogyamia), individu
tersebut akan mengalami pening-pening lalat, cepat marah dan bingung.
Karbohidrat adalah sumber tenaga yang penting untuk atlit kerana kekurangan
simpanan karbohidrat dalam badan akan menjejaskan prestasi atlit tersebut.
ii) Protien
39

Kumpulan makanan yang kedua terbanyak dalam badan. Protein terdapat
terutamanya dalam otot, tulang, rambut dan darah. Protein diperlukan untuk
pertumbuhan badan. Semua protein dibentuk daripada asid amino, bahan yang
membina badan manusia. Makanan yang kaya dengan protein ialah telur, susu,
ikan, ayam dan daging.
Atlit ramaja dan mereka yang sedang membesar memerlukan bekalan protein yang
banyak, bukan sahaja untuk menggantikan tisu-tisu yang telah rosak malah
memastikan kadar pertumbuhan badan yang berterusan dan optimum. Dalam sukan
yang menggunakan kumpulan otot yang besar seperti ragbi, angkat berat, tinju dan
lain-lain. Atlit-atlit ini perlu mengambil lebih protein untuk membina jisim otot mereka.
iii) Lemak
Lemak diperolehi daripada sumber haiwan dan sayuran. Mentega, majerin,
kekacang, daging dan setengah sayuran mengandungi lemak. Lemak dalam
makanan kita mempunyai dua fungsi. Melambatkan proses penghadaman,
membolehkan kita menikmati dan memperolehi kepuasan dari sajian makanan kita
dan menyerap vitamin yang larut dalam lemak ( fat soluble ) Lemak dapat
membekalkan tiga kali tenaga yang diperlukan kalau dibandingkan dengan
karbohidrat.
iv) Vitamin
Terdapat tiga belas vitamin yang diperlukan oleh badan setiap hari. Vitamin
diperlukan untuk memastikan tindakbalas kimia berlaku dalam badan dan juga
mengekalkan struktur badan. Jumlah yang diperlukan adalah sedikit sahaja tatapi
kekurangan bekalan vitamin akan menjejaskan proses fisiologi tubuh.
Bekalan vitamin yang terbaik terdapat dalam bekalan makanan harian. Seseorang
tidak perlu mengambil pil-pil vitamin yang banyak sebab individu tersebut mungkin
akan mengabaikan makanan yang kaya dengan vitamin.
v) Mineral
40

Terdapat lebih kurang dua puluh mineral yang diperlukan oleh badan dan semua
mineral ini terdapat dalam diet makanan seimbang. Kalsium dan fosfat adalah dua
jenis mineral yang membina tulang dan diperlukan lebih daripada mineral yang lain.
vi) Zat besi
Zat besi diperlukan untuk mengangkut oksigen oleh salur darah. Wanita yang
mengalami kitaran haid/menstuasi akan mengalami kehilangan zat besi. Oleh itu atlit
wanita memerlukan dua kali ganda bekalan zat besi daripada atlit lelaki yang sama
umur.
vii) Air
Air mewakili 50 –70 % daripada berat badan seseorang individu. Individu yang kurus
akan mempunyai kandungan air yang lebih daripada orang genuk. Air adalah bahan
yang paling penting dalam badan sebab ia adalah behantara dan asas kepada
semua tindakbalas kimia yang berlaku dalam badan. Darah, lunifa, cecair yang
menyelubungi sel terdiri dari air. Seseorang boleh hidup untuk beberapa minggu
tanpa makan tetapi hanya untuk 2 – 3 hari sahaja tanpa air.
Sumber air selain daripada air itu sendiri, 60% didapati dari buah-buahan dan
sayuran dan 33% daripada bijirin. Air hilang dari badan kita melalui kencing, peluh
dan juga hasil proses pernafasan. Oleh itu, kita perlu sentiasa membekalkan badan
kita dengan air setiap masa.
41

Rujukan :
1. http://pengajian-ipg.blogspot.com/2011/02/peraturan-undang-undang-am-ping-pong.html
2. pingpongclubsmkcs.blogspot.com
3. http://www.slideshare.net/ideal90/asas-permainan-sukan-ping-pong
4. http://pjkkumpulan5pingpong.blogspot.com/
5. mssmmoepingpong.blogspot.com
6. http://www.mpm.edu.my/documents/10156/293803/TAKLIMAT+966+SAINS+SUKAN.pdf
42