pertandingan cerita prasekolah.docx

5
Selamat sejahtera, saya ucapkan kepada rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang ingin saya sampaikan pada hari ini ialah “Sang Arnab Yang Sombong”. Pada suatu hari, Arnab mengajak Kura-kura berlumba lari. Perlumbaan itu diadili oleh Sang Kambing. Pada mulanya Arnab berlari dengan pantas, Kura-kura pula jauh tertinggal di belakang. Tiba di pertengahan jalan, Arnab duduk berehat lalu tertidur. Apabila arnab terjaga, kura-kura pun sudah sampai di garisan penamat. Arnab menyesal dengan sikapnya yang angkuh. Pengajaran dalam cerita ini ialah jangan kita sombong dan memperkecil- kecilkan orang lain. Sekian terima kasih.

Upload: jeoanne-liow

Post on 24-Sep-2015

52 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Selamat sejahtera, saya ucapkan kepada rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang ingin saya sampaikan pada hari ini ialah Sang Arnab Yang Sombong.

Pada suatu hari, Arnab mengajak Kura-kura berlumba lari. Perlumbaan itu diadili oleh Sang Kambing. Pada mulanya Arnab berlari dengan pantas, Kura-kura pula jauh tertinggal di belakang.

Tiba di pertengahan jalan, Arnab duduk berehat lalu tertidur. Apabila arnab terjaga, kura-kura pun sudah sampai di garisan penamat. Arnab menyesal dengan sikapnya yang angkuh. Pengajaran dalam cerita ini ialah jangan kita sombong dan memperkecil-kecilkan orang lain.

Sekian terima kasih.

Selamat sejahtera, saya ucapkan kepada rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang ingin saya sampaikan pada hari ini ialah Balas Budi

Kura-kura telah terjatuh ke dalam sebuah lubang dan gajah telah menolongnya. Kura-kura berjanji akan menolong gajah jika gajah memerlukan pertolongan, tetapi gajah mentertawakannya.

Suatu hari, gajah terpijak duri. Kura-kura telah menolongnya mencabut duri itu. Gajah berjanji tidak akan bersikap sombong lagi.

Pengajaran dalam cerita ini ialah kita mesti membalas budi kepada sesiapa yang buat baik terhadap kita.

Sekian terima kasih.

Selamat sejahtera, saya ucapkan kepada rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang ingin saya sampaikan pada hari ini ialah Anjing dengan bayang-bayang .

Pada suatu hari, Anjing menggonggong tulang dan menyeberangi sebuah jambatan. Di tengah jambatan, Anjing ternampak seekor anjing lain sedang menggonggong tulang di dalam sungai itu. Anjing pun mulai berasa tamak. Anjing menyalak lalu tulang itu terjatuh ke dalam sungai.

Rupanya itu adalah bayangnya sendiri. Anjing amat menyesal dengan perbuatannya itu. Disebabkan tamak, Anjing tidak dapat makan apa-apa.Pengajaran dalam cerita ini ialah kita jangan tamak dan bersyukur dengan apa yang ada.

Sekian terima kasih.

Selamat sejahtera, saya ucapkan kepada rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang ingin saya sampaikan pada hari ini ialah Semut dan Burung.

Pada suatu hari, Semut terjatuh ke dalam sungai. Semut menjerit meminta tolong. Burung ternampak semut lalu menjatuhkan sehelai daun. Semut cepat-cepat naik ke atas daun itu.

Kemudian, semut ternampak pemburu hendak menembak burung. Ia pun mendekati pemburu dan menggigit kakinya. Pemburu menjerit kesakitan. Dia tidak berjaya menembak burung. Burung mengucapkan terima kasih kepada semut kerana telah menolongnya.Pengajaran dalam cerita ini ialah kita mesti saling bantu-membantu dalam kehidupan kita. Sekian terima kasih.