laporan pertandingan

13
LAPORAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN BOLA BALING Bola baling adalah salah satu permainan yang ada dalam prosedur Gerko yang hendak diikuti oleh guru pelatih 2 PISMP. Dengan itu, dalam gerko bola baling dikehendaki untuk menganjurkan satu pertandingan bola baling. Berdasarkan itu, gerko permainan bola baling 2 PISMP telah menganjurkan satu pertandingan bola baling di peringkat IPTB. Oleh itu, pensyarah gerko bola baling En. Muhammad Bin Othman telah memberitahu kepada pengerusi bola baling bahawa kami perlu menganjurkan pertandingan bola baling. Pengerusi bola baling telah mengadakan satu perjumpaan di kafeteria berkaitan dengan penganjuran bola baling pada 27 September 2012 pukul 1.30 petang. Semua ahli gerko bola baling tiba di kafeteria dan pengerusi telah mengumumkan bahawa kami akan menganjurkan bola baling minggu seterusnya. Pengerusi juga memilih jawatankuasa untuk menganjurkan pertandingan bola baling. Kami mencadangkan semua ahli jawatankuasa dan dipilih dan disokong. Pengerusi pengelolaan pertandingan telah menetapkan tarikh dan masa untuk mengadakan pertandingan iaitu 3 September 2012, pukul empat petang. Sistem yang akan digunakan untuk mengelola pertandingan bola baling iailah sistem liga. Pengerusi juga mengumumkan bahawa pertandingan bola baling telah terbuka semua dan kumpulan yang terlibat ialah 2 PISMP sahaja. Bagi perbelanjaan pengelolaan pertandingan bendahari telah mengutip RM 5 dari setiap ahli gerko bola baling. Duit yang dikutip adalah untuk membeli hadiah untuk pemenang iaitu hamper. Senarai nama peserta diwajibkan untuk serahkan pada hari isnin. Selepas itu, perjumpaan kedua telah diadakan pada hari 1 Oktober 2012, pukul 1.30 petang di kafeteria. Perjumpaan ini telah diadakan untuk mengumumkan perpindahan yang telah berlaku. Pengerusi telah mengumumkan bahawa telah membuat keputusan untuk memindahkan tarikh pertandingan kerana pada hari yang sama pertandingan bola tampar diadakan dan terdapat peserta bola baling telah melibatkan diri dalam pertandingan bola baling. Pengerusi berbincang dengan ahli jawatankuasa dan telah menetapkan tarikh untuk mengadakan pertandingan bola baling pada 4 Oktober 2012, hari khamis, pada pukul empat petang. Namun, setiausaha telah membuat senarai nama peserta perempuan dari gerko bola

Upload: nishanthi-rajendran

Post on 01-Dec-2015

362 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: laporan pertandingan

LAPORAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN BOLA BALING

Bola baling adalah salah satu permainan yang ada dalam prosedur Gerko yang

hendak diikuti oleh guru pelatih 2 PISMP. Dengan itu, dalam gerko bola baling

dikehendaki untuk menganjurkan satu pertandingan bola baling. Berdasarkan itu, gerko

permainan bola baling 2 PISMP telah menganjurkan satu pertandingan bola baling di

peringkat IPTB.

Oleh itu, pensyarah gerko bola baling En. Muhammad Bin Othman telah

memberitahu kepada pengerusi bola baling bahawa kami perlu menganjurkan

pertandingan bola baling. Pengerusi bola baling telah mengadakan satu perjumpaan di

kafeteria berkaitan dengan penganjuran bola baling pada 27 September 2012 pukul

1.30 petang. Semua ahli gerko bola baling tiba di kafeteria dan pengerusi telah

mengumumkan bahawa kami akan menganjurkan bola baling minggu seterusnya.

Pengerusi juga memilih jawatankuasa untuk menganjurkan pertandingan bola baling.

Kami mencadangkan semua ahli jawatankuasa dan dipilih dan disokong.

Pengerusi pengelolaan pertandingan telah menetapkan tarikh dan masa untuk

mengadakan pertandingan iaitu 3 September 2012, pukul empat petang. Sistem yang

akan digunakan untuk mengelola pertandingan bola baling iailah sistem liga. Pengerusi

juga mengumumkan bahawa pertandingan bola baling telah terbuka semua dan

kumpulan yang terlibat ialah 2 PISMP sahaja. Bagi perbelanjaan pengelolaan

pertandingan bendahari telah mengutip RM 5 dari setiap ahli gerko bola baling. Duit

yang dikutip adalah untuk membeli hadiah untuk pemenang iaitu hamper. Senarai nama

peserta diwajibkan untuk serahkan pada hari isnin.

Selepas itu, perjumpaan kedua telah diadakan pada hari 1 Oktober 2012, pukul

1.30 petang di kafeteria. Perjumpaan ini telah diadakan untuk mengumumkan

perpindahan yang telah berlaku. Pengerusi telah mengumumkan bahawa telah

membuat keputusan untuk memindahkan tarikh pertandingan kerana pada hari yang

sama pertandingan bola tampar diadakan dan terdapat peserta bola baling telah

melibatkan diri dalam pertandingan bola baling. Pengerusi berbincang dengan ahli

jawatankuasa dan telah menetapkan tarikh untuk mengadakan pertandingan bola

Page 2: laporan pertandingan

baling pada 4 Oktober 2012, hari khamis, pada pukul empat petang. Namun,

setiausaha telah membuat senarai nama peserta perempuan dari gerko bola baling

kerana tidak guru pelatih lain yang melibatkan diri dalam pertandingan bola baling. Oleh

itu, pengerusi membuat keputusan bahawa ahli gerko sahaja dibahagikan kepada tiga

pasukan peserta.

Pertandingan bola baling untuk lelaki telah diadakan pada 4 Oktober 2012 iaitu

hari khamis. Ajk minuman telah menyediakan minuman untuk para peserta. Ajk aktiviti

telah menyediakan bip untuk para peserta. Pertandingan telah dimulakan pada pukul

empat petang dan semua peserta pertandingan telah muncul di padang. Enam pasukan

telah menyertai pertandingan bola baling termasuk pasukan gerko semester ini.

Pasukan-pasukan yang telah menyertai pertandingan ialah ruteranz, bulak mambo,

tesl, balak mambo dan sebagainya telah diadakan di dua gelanggang bola baling. Pada

masa pertandingan dijalankan dan semua pemain telah bermain di gelanggang hujan

telah turun dan ia tidak menjadi penghalang dan pertandingan telah disambungkan.

Semua penyokong tidak menghiraukan hujan dan mereka telah menyokong pihak

lawanan semasa hujan turun. Selepas pusingan pertama tamat, pusingan kedua telah

dimulakan selepas sepuluh minit rehat dan dengan seterusya pusingan separuh akhir.

Pusingan akhir telah ditundahkan kepada keesokkan hari iaitu hari jumaat.

Pada hari jumaat pagi, pertandingan diadakan untuk perempuan pada 5 Oktober

2012. Pertandingan dimulakan pada pukul 7.30 pagi. Pertandingan untuk perempuan

telah menyertai oleh tiga pasukan sahaja iaitu pasukan gerko bola baling. Perlawanan

telah dijalankan pada satu gelanggang bola baling sahaja. Perlawanan ini diadakan

secara liga. Perlawanan pertama dilawan oleh pasukan pertama dan kedua.

Perlawanan kedua dilawan oleh pasukan pertama dan ketiga. Perlawanan ketiga iaitu

terakhir dilawan oleh pasukan kedua dan ketiga. Pemenang pasukan dipilih dengan

mengumpul semua mata setiap pasukan yang mereka dapat sepanjang pertandingan.

Johan telah dimenang oleh kumpulan dua, naib johan aialah kumpulan satu dan tempat

ketiga dimenang oleh kumpulan tiga. Pertandingan telah tamat pada pukul 9.30 pagi.

Dalam masa dua jam pertandingan untuk perempuan telah diselesaikan. Pada hari

jumaat petang, pertandingan diadakan untuk pusingan akhir untuk lelaki pukul empat

Page 3: laporan pertandingan

petang. Perlawanan telah dimulakan dan penyokong telah menyokong pasukan

perlawanan untuk memberi semangat kepada pasukan yang bertanding.

Selepas pertandingan tamat, kami telah bersedia untuk membersihkan padang.

Terdapat sampah-sarap disekitar kawasan padang. Kami mengutip dan buang di tong

sampah. Ajk peralatan pula menyusun balik peralatan yang diambil untuk pertandingan

ini. Manakala ajk makanan pula membersihkan tempat minuman. Selepas

menghabiskan semua kerja di padang kami telah berkumpul di luar kafe. Pengarah

projek berucap terima kasih dan telah memberi beberapa taklimat yang berkaitan

dengan pertandingan ini. Kami juga telah memberi pandangan kami tentang

pertandingan ini.

Seterusnya, kami menetapkan satu hari untuk memberi hadiah kepada para

pemenang. Kami tidak dapat memberi hadiah pada hari pertandingan tersebut kerana

cuacanya tidak baik sekali. Ketiga-tiga kumpulan yang menjadi johan, naib johan dan

tempat ketiga memperolehi hadiah. Selepas penyampaian hadiah kami membuat ‘post

mortem’ bersama ahli gerko bola baling. Kami membincang tentang kelebihan dan

kelemahan pertandingan tersebut. Kami juga mendapat pelbagai cadangan penambah

baikan daripada ahlinya.

Kami juga telah diberi satu tugasan mengenai pertandingan ini. Kami

dikehendaki membuat satu laporan penilaian tentang pengelolahan pertandingan bola

baling ini. Dalam laporan tersebut, kami perlu menerangkan tentang pertandingan bola

baling berdasarkan tiga aspek iaitu sebelum pertandingan, semasa pertandingan dan

selepas pertandingan. Kami telah menyerahkan laporan tersebut kepada pensyarah

kami. Agenda akhir dalam pertandingan ini adalah kami telah memberi sijil penyertaan

kepada para pemain dan sijil penghargaan kepada pengadil serta jawatankuasanya.

Semasa pertandingan berjalan, terdapat pelbagai kelebihan dalam pertandingan

ini. Antaranya, pertandingan bola baling ini memberi peluang kepada guru pelatih untuk

menunjukkan bakatnya. Ramai mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Pertandingan sebegini dapat mencungkil bakat yang tersembunyi pada diri sendiri.

Seterusnya, pertandingan ini dapat memberi satu pengalaman yang baru kepada ahli

Page 4: laporan pertandingan

gerko. Dengan ini, ahli gerko bola baling dapat mengelola satu pertandingan.

Pengelolahan pertandingan sebegini dapat memberi sifat kepimpinan,

bertanggungjawap, amanah kepada para guru pelatih. Sehubungan itu, pelatih juga

tidak akan mengalami sukar apabila mula bertugas di sekolah.

Pertandingan bola baling anjuran gerko bola baling juga mempunyai beberapa

kelemahan. Antaranya ialah pengadil yang dipilih bukan daripada gerko bola baling dan

tidak terlatih dengan peraturan-peraturan permainan bola baling semasa pertandingan

dijalankan. Keadaan ini berlaku kerana ahli gerko bola baling telah melibatkan diri

dalam pertandingan pada masa yang sama. Dengan itu, terpaksa menyuruh peserta

untuk menjadi pengadil semasa pertandingan. Selain itu, cuaca juga menjadi satu

kelemahan semasa perjalanan pertandingan. Para pemain bermain semasa hujan. Hal

ini tidak dapat dielakkan oleh para penganjur. Pemain mengalami kesukaran untuk

bermain bersama hujan. Pihak penganjur berasa amat rumit untuk membuat persiapan.

Walaubagaimana pun, pertandingan bola baling berjalan dengan lancar dengan

kerjasama ahli gerko bola baling dan peserta pertandingan.

Page 5: laporan pertandingan

GALERI GAMBAR

SEBELUM PERTANDINGAN

Page 6: laporan pertandingan
Page 7: laporan pertandingan

SEMASA PERTANDINGAN

Page 8: laporan pertandingan
Page 9: laporan pertandingan
Page 10: laporan pertandingan
Page 11: laporan pertandingan
Page 12: laporan pertandingan
Page 13: laporan pertandingan

SELEPAS PERTANDINGAN