pengelolaan pertandingan

14
TAJUK 6: PENGELOLAAN PERTANDINGAN 6.1 SISTEM PERTANDINGAN Cara menentukan kemenangan atau pencapaian seseorang pelajar dalam bidang gerak kokurikulum . Format sistem pertandingan ialah: i. Undang-undang asas ii. Kesesuaian acara yang dipertandingan iii. Jumlah kumpulan yang menyertai pertandingan iv. Peringkat pertandingan itu dijalankan Pembentukan JK pengelolaan penting bagi pertandingan bergantung kepada : i. jenis, bentuk, tempoh, peringkat aktiviti ii. bilangan penyertaan iii. kemudahan & peralatan sedia ada iv. pegawai, petugas & JK v. sistem format pertandingan

Upload: maskuria-osman

Post on 08-Dec-2014

12.537 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

PENGURUSAN ASAS GERKO-Tajuk 6

TRANSCRIPT

Page 1: PENGELOLAAN PERTANDINGAN

TAJUK 6:

PENGELOLAAN PERTANDINGAN

6.1 SISTEM PERTANDINGAN

Cara menentukan kemenangan atau pencapaian seseorang pelajar dalam bidang gerak

kokurikulum . Format sistem pertandingan ialah:

i. Undang-undang asas

ii. Kesesuaian acara yang dipertandingan

iii. Jumlah kumpulan yang menyertai pertandingan

iv. Peringkat pertandingan itu dijalankan

Pembentukan JK pengelolaan penting bagi pertandingan bergantung kepada :

i. jenis, bentuk, tempoh, peringkat aktiviti

ii. bilangan penyertaan

iii. kemudahan & peralatan sedia ada

iv. pegawai, petugas & JK

v. sistem format pertandingan

Page 2: PENGELOLAAN PERTANDINGAN

Terdapat beberapa jenis pertandingan, diantaranya ialah:

1. Pertandingan sekali gus

2. Pertandingan kalah mati

3 Pertandingan kalah mati dengan sagu hati

4. Pertandingan kalah mati dua kali

5. Pertandingan bentuk piramid

6. Pertandingan bentuk liga

7. Pertandingan bentuk separuh liga

8. Pertandingan bentuk tangga

Page 3: PENGELOLAAN PERTANDINGAN

6.1.1 Sekali gus

Pertandingan diadakan sekali sahaja, individu atau kumpulan yang mendapat markah

tertinggi dikira sebagai pemenang. Markah diberikan berdasarkan criteria tertentu.

Contoh Pertandingan Malam Kebudayaan, Pertolongan cemas, kawad kaki,

perkhemahan.

6.1.2 Liga

Pertandingan liga memberi peluang kepada penyertaan yang maksimum untuk setiap

pasukan yang bertanding. Semua pasukan akan bertanding dengan setiap ahli dalam

kumpulan pertandingan. Sistem liga ini dianggap lebih adil kepada pasukan yang

bertanding dan dapat menghasilkan pasukan yang benar-benar baik. Sistem liga sesuai

untuk pertandingan yang mempunyai bilangan peserta atau pasukan yang tidak begitu

banyak kerana ianya memerlukan tempoh kejohanan yang panjang.

o Biasanya bidang sukan & permainan

o Sesuai bagi menentukan pasukan terbaik

o Setiap pasukan yang bertanding dalam sesuatu perlawanan akan diberi “mata” :

Menang : 3 mata

Seri : 1 mata

Kalah : 0 mata

Page 4: PENGELOLAAN PERTANDINGAN

6.1.3 Kalah mati

Sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Proses

pertandingan kalah mati akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau satu

peserta atau satu pasukan yang tinggal. Peserta atau pasukan yang tinggal diisytihar

sebagai pemenang. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati iaitu kalah mati sekali

dan kalah mati dua kali. Sistem ini biasa digunakan dalam keadaan:

i. Masa yang diperuntukan untuk pertandingan adalah singkat

ii. Peruntukan kewangan yang disediakan untuk pertandingan adalah terhad

iii. Penyertaan adalah besar dan memakan masa untuk mengelolakannya

iv. Bilangan kemudahan yang digunakan adalah terhad

Bye

Bye bermaksud kumpulan yang menunggu tanpa memasuki pusingan yang pertama. Ia

boleh terus bertanding dalam pusingan kedua dan seterusnya. Bilangan peserta yang

mendapat bye boleh dikira dengan formula gandaan kuasa bagi angka 2. Bilangan

penyertaan ialah 14 angka ganda dua yang terdekat iaitu 2(4) = 16. Jadi bilangan bye =

16-14= 2. Dua peserta yang mendapat bye akan diagihkan kepada dua kumpulan atas

dan kumpulan bawah. Sekiranya dua bye yang diperuntukan, bye akan diberi kepada

peserta pilihan pertama dan kedua.

o diadakan apabila masa pertandingan terhad

o peserta @ kumpulan yang menyertai banyak

o pemenang perlu ditentukan dalam tempoh masa yang singkat .

Page 5: PENGELOLAAN PERTANDINGAN

i. Kalah mati dengan bye

Pasukan tidak mencukupi atau melebihi asas lapan.

ii. Kalah mati tanpa bye

Page 6: PENGELOLAAN PERTANDINGAN

6.2 PERANCANGAN DAN PENGENDALIAN

6.2.1 Kertas kerja

• Dokumen yang disertakan bersama bagi memohon kelulusan sesebuah program

• Menerangkan pengisian program secara keseluruhan muka hadapanpendahuluanobjektifanjurantarikhtempat & lokasipenyertaan/sasaranpengisianjawatankuasaperlaksanaprogramjadual programanggaranperbelanjaanpenutuptandatanganlampiran

Page 7: PENGELOLAAN PERTANDINGAN

6.2.2 Surat menyurat

Setiausaha berperanan dalam penyediaan surat bagi melantik hakim dan juri

pertandingan. Surat bagi tujuan sewaan padang atau khemah dan peralatan sukan dan

permainan.

6.2.3 Penubuhan AJK pengelola

Sebelum sesuatu acara bermula, mesyuarat telah diadakan bagi melantik AJK

pengelola dan huraian bidang tugas masing-masing telah dinyatakan dengan jelas

supaya acara yang bakal diadakan dapat berjalan dengan lancar.

6.2.4 Anggaran perbelanjaan

Segala keperluan dan perbelanjaan bagi sesuatu acara pertandingan hendaklah

dinyatakan di dalam Penyata kewangan. Anggaran jumlah perbelanjaan dan sumber

wang yang diperoleh juga dinyatakan.

6.2.5 Atur cara

Aturcara program hendaklah dirancang dengan teliti bagi menyusun acara

dengan teratur bermulanya program/acara sehingga tamat program/acara. Aturcara

juga perlu seiring dengan jumlah masa yang diperuntukkan.

Page 8: PENGELOLAAN PERTANDINGAN

6.2.6 Buku program

Buku program disediakan bagi tetamu jemputan dan guru-guru bagi

memaklumkan berkenaan aturcara program/acara serta makluman AJK pengelola yang

dilantik. Disamping itu, buku program juga boleh dijadikan rujukan dan bahan bukti bagi

sesuatu acara yang telah diadakan.

6.3 PERATURAN DAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

6.3.1 Sebelum

i. Memberi taklimat kepada para peserta supaya gambaran dan

persediaan awal dapat dilakukan.

ii. Urusetia perlu memaklumkan kepada pihak tertentu dengan

menulis surat menyurat bagi mendapat keizinan atau ingin

perkhidmatan keselamatan.

iii. Aspek yang perlu diterangkan kepada para peserta semasa

taklimat antaranya ialah peralatan yang perlu dibawa, pakaian,

ubatan peribadi, dan tingkah laku semasa pertandingan

iv. Surat kebenaran penjaga, pengangkutan, tentatif program,

keselamatan dan maklumat yang perlu harus diketahui oleh para

peserta.

v. Penyerahan bendera juga boleh dilakukan kepada ketua pasukan

untuk digunakan semasa pertandingan atau perkhemahan.

Page 9: PENGELOLAAN PERTANDINGAN

6.3.2 Semasa

i. Memastikan tempat dan peralatan aktiviti selamat digunakan oleh

peserta atau pegawai.

ii. Memastikan pegawai/ pengadil/ hakim sentiasa berada di tempat

pertandingan.

iii. Memastikan semua peserta melaporkan diri kepada urusetia.

iv. Mengawasi dan memantau pelaksanaan aktiviti atau pertandingan.

v. Memastikan langkah-langkah keselamatan diaplikasikan semasa

aktiviti.

vi. Mematuhi peraturan bagi setiap program yang dijalankan.

6.3.3 Selepas

i. Membersihkan kawasan yang digunakan dan selamat

daribinatang liar.

ii. Memastikan peralatan yang dipinjam/ digunakan berada dalam

keadaan baik.

iii. Semua peralatan yang dipinjam perlu dipulangkan dalam keadaan

yang baik.

iv. Membuat laporan aktiviti, penyertaan, kewangan, dan laporan-

laporan lain jika difikirkan perlu.

Page 10: PENGELOLAAN PERTANDINGAN

6.4 PENILAIAN DAN PELAPORAN

6.4.1 Keberkesanan Aktiviti

Maklum balas secara formal atau tidak formal boleh memberi idea atau

cadangan dalam proses menambah baik aktiviti kokurikulum sekolah. Cara mengumpul

maklum balas boleh dilakukan dengan memberi soal selidik di akhir pelaksanaan

sesuatu aktiviti. Selain itu, pandangan peserta jugadigalakkan.

6.4.2 Laporan Aktiviti

Laporan aktiviti ini boleh membawa tiga fungsi utama iaitu:

i. Laporan aktiviti Menilai keberkesanan aktiviti

ii. Mesyuarat pasca nilai

Setiap pengerusi atau setiausaha sesuatu AJK Kecil mesti membuat laporan

aktiviti hasil dari maklumbalas formal atau tidak formal. Laporan ini dibentangkan dalam

Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti sebelum jawatankuasa dibubarkan.

Page 11: PENGELOLAAN PERTANDINGAN

6.4.3 Mesyuarat post mortem

Post mortem berasal dari perkataan Latin-Inggeris. Post bermaksud selepas

manakala Mortempula bererti kematian. Sestelah sesuatu acara dijalankan, mesyuarat

post mortem akan diadakan bagi menyatakan dan merungkai segala kelemahan dan

kebaikan yang timbul disebalik acara berkenaan. Kemudian AJK pengelola akan

mencadangkan segala penambahbaikan bagi acara yang akan dating dan setiap

kelemahan perlu diperbaiki bersama. Di antara perkara yang dibincangkan dalam post

mortem ialah :

i. Membincangkan masalah yang dihadapi.

ii. Membincangkan penyelesaian masalah.

iii. Membincangkan perlaksanaan aktiviti.

iv. Membincangkan pendapat umum dan beberapa isu lain yang berkaitan

dengan aktiviti Pelaksanaan.

Pelaksanaan yang perlu dilakukan dalam mesyuarat post mortem ialah:

i. Setiausaha memanggil semua jawatankuasa bermesyuarat post-mortem

serentak.

ii. Setiausaha mencatat pandangan, kritikan, cadangan dan sebagainya.

iii. Setiausaha membuat laporan untuk dibentangkan dalam Jawatankuasa

Kerja Persatuan.

iv. Semua cadangan dan pandangan yang telah dibentangkan akan dibawa

kepada mesyuarat tahun seterusnya atau pengelolaan baru.