info terkini - sesb.com.my · kebudayaan, pertandingan makan jagung, pertandingan memasak...

1
INFO Terkini Bil. 14/TK2015-2016 EDARAN DALAMAN SAHAJA 9 November 2015 ® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Komunikasi & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat SESB HULUR SUMBANGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT SEMPENA PESTA KOTA MARUDU 2015 KOTA MARUDU - Pesta Jagung atau kini dikenali Pesta Kota Marudu yang sinonim dengan daerah Kota Marudu merupakan acara tahunan yang disambut dengan pelbagai acara menarik seper Ratu Pesta Jagung, Sukan Tradisional, Persembahan Kebudayaan, Pertandingan Makan Jagung, Pertandingan Memasak berasaskan resepi jagung, Pertandingan Pacuan Empat Roda 4x4, Pertandingan Mewarna, Pameran Ktraſtangan, Pameran Jabatan Kerajaan dan Swasta serta pelbagai lagi acara menarik untuk pengunjung yang hadir. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Malaysia Y.B. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus J. Ongkili telah merasmikan pesta tersebut pada 8 November 2015 bertempat di Padang Pekan Kota Marudu. Bersempena dengan hari tersebut, Pengurusan SESB terdiri daripada Ir. Hj. Abd. Razak Sallim selaku Pengarah Urusan SESB, Puan Lisa Wan Siew Han (Pengurus Besar Kewangan) dan Ir. Mahathir Nor Bin Ismail telah hadir dan seterusnya menyampaikan cek sumbangan bernilai RM5,000.00 untuk Pejabat Daerah Kota Marudu sebagai bantuan pelaksanaan pesta tersebut dan juga cek bernilai RM2,500.00 untuk kegunaan golongan kanak-kanak kurang upaya di premis Pusat Pemulihan Dalam Komuni Daerah Kota Marudu. Kedua-dua cek tersebut telah disampaikan oleh Ir. Hj. Abd. Razak Sallim kepada yang berkenaan disaksikan oleh YB Menteri KeTTHA , ADUN N.4 Matunggong/Pemb. Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Y.B. Puan Lasiah @ Anita Barintang, Ketua Seausaha KeTTHA Ybhg. Datuk Loo Took Gee dan dif jemputan yang lain.

Upload: doanthuan

Post on 13-Mar-2019

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

INFO Terkini Bil. 14/TK2015-2016 EDARAN DALAMAN SAHAJA 9 November 2015

® Diterbitkan oleh Unit Penerbitan, Jabatan Komunikasi & Media, Bahagian Perkhidmatan Korporat

SESB HULUR SUMBANGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

SEMPENA PESTA KOTA MARUDU 2015

KOTA MARUDU - Pesta Jagung atau kini dikenali Pesta Kota Marudu yang sinonim dengan daerah Kota Marudu merupakan acara tahunan yang disambut dengan pelbagai acara menarik seperti Ratu Pesta Jagung, Sukan Tradisional, Persembahan Kebudayaan, Pertandingan Makan Jagung, Pertandingan Memasak berasaskan resepi jagung, Pertandingan Pacuan Empat Roda 4x4, Pertandingan Mewarna, Pameran Ktraftangan, Pameran Jabatan Kerajaan dan Swasta serta pelbagai lagi acara menarik untuk pengunjung yang hadir.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Malaysia Y.B. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus J. Ongkili telah merasmikan pesta tersebut pada 8 November 2015 bertempat di Padang Pekan Kota Marudu. Bersempena dengan hari tersebut, Pengurusan SESB terdiri daripada Ir. Hj. Abd. Razak Sallim selaku Pengarah Urusan SESB, Puan Lisa Wan Siew Han (Pengurus Besar Kewangan) dan Ir. Mahathir Nor Bin Ismail telah hadir dan seterusnya menyampaikan cek sumbangan bernilai RM5,000.00 untuk Pejabat Daerah Kota Marudu sebagai

bantuan pelaksanaan pesta tersebut dan juga cek bernilai RM2,500.00 untuk kegunaan golongan kanak-kanak kurang upaya di premis Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Daerah Kota Marudu. Kedua-dua cek tersebut telah disampaikan oleh Ir. Hj. Abd. Razak Sallim kepada yang berkenaan disaksikan oleh YB Menteri KeTTHA , ADUN N.4 Matunggong/Pemb. Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Y.B. Puan Lasiah @ Anita Barintang, Ketua Setiausaha KeTTHA Ybhg. Datuk Loo Took Gee dan dif jemputan yang lain.