persoalan pengajaran bentuk dan ciri-ciri sajak · pdf filelema peristiwa pembukaan negeri...

6
Nada Melankolik. Nilai (a) Ketabahan. (b) Kegigihan. Pengajaran (a) Kita perlulah mengamalkan sikat hormat-menghormati, terutamanya terhadap golongan miskin. (b) Janganlah kita memperkecil bakat seseorang. (c) Janganlah kita menghina orang yang susah atau miskin. (d) Janganlah kita menutup peluang orang lain, terutamanya peluang golongan yang susah atau miskin. tang Tua (Puspo Rani o/p Munusomy) lema Kesengsaraan yang dialami oleh warga tua akibat diabaikan. Persoalan (a) Penderitaan hidup warga tua. (b) Sikap anak-anak yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengenang budi. (c) Masyarakat yang mementingkan diri. Bentuk dan Ciri-ciri Sajak (a) Berbentuk bebas. (b) Terdiri daripada empat rangkap. (c) Rangkap pertama hingga rangkap keempat mempunyai enam baris. (d) Bilangan katanya satu hingga enam patah kata sebaris. (e) Terdiri daripada satu hingga tiga belas suku kata sebaris. (f) Rima akhir rangkap pertama: abcdee, rangkap kedua: abcdce, rangkap ketiga: abacbb, dan rangkap keempat: abccda. Ciaya Bahasa dan Keindahan Bunyi (a) Repetisi. Contohnya, Nampakkah kau (baris 1, rangkap 1, 2, dan 3). (b) Sinkope. Contohnya, kau; mu. (c) Peribahasa. Contohnya, menga/as perut. (d) Bahasa puitis. Contohnya, mukanya comot rambutnya kusut. (e) Asonansi (pengulangan vokal a) - tiq_dq_ siqpq_ dq_tq_ng menuntutnya. (f) Aliterasi (pengulangan konsonan m) - membawa bersamanya beg usang. Nada Sin is. Nilai (a) Kasih sayang. (xii) (b) Mengenang budi. (c) Prihatin. Pengajaran (a) Kita hendaklah memberikan sepenuh kasih sayang terhadap golongan warga emas terutamanya ibu bapa. (b) Kita hendaklah membalas budi kedua-dua ibu bapa kita. (c) Kita janganlah mementingkan diri. (d) Kita janganlah lupa akan jasa ibu bapa kita.

Upload: dinhduong

Post on 19-Feb-2018

272 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Persoalan Pengajaran Bentuk dan Ciri-ciri Sajak · PDF filelema Peristiwa pembukaan negeri yang dinamakan Patani Dar ai-Salam. Persoalan (a) Permuafakatan dalam membina sebuah kerajaan

Nada Melankolik.

Nilai (a) Ketabahan. (b) Kegigihan.

Pengajaran (a) Kita perlulah mengamalkan sikat hormat-menghormati,

terutamanya terhadap golongan miskin. (b) Janganlah kita memperkecil bakat seseorang. (c) Janganlah kita menghina orang yang susah atau

miskin. (d) Janganlah kita menutup peluang orang lain, terutamanya

peluang golongan yang susah atau miskin.

tang Tua (Puspo Rani o/p Munusomy)

lema Kesengsaraan yang dialami oleh warga tua akibat diabaikan.

Persoalan (a) Penderitaan hidup warga tua. (b) Sikap anak-anak yang tidak bertanggungjawab dan tidak

mengenang budi. (c) Masyarakat yang mementingkan diri.

Bentuk dan Ciri-ciri Sajak (a) Berbentuk bebas. (b) Terdiri daripada empat rangkap. (c) Rangkap pertama hingga rangkap keempat mempunyai

enam baris. (d) Bilangan katanya satu hingga enam patah kata sebaris. (e) Terdiri daripada satu hingga tiga belas suku kata sebaris. (f) Rima akhir rangkap pertama: abcdee, rangkap kedua:

abcdce, rangkap ketiga: abacbb, dan rangkap keempat: abccda.

Ciaya Bahasa dan Keindahan Bunyi (a) Repetisi. Contohnya, Nampakkah kau (baris 1, rangkap

1, 2, dan 3). (b) Sinkope. Contohnya, kau; mu. (c) Peribahasa. Contohnya, menga/as perut. (d) Bahasa puitis. Contohnya, mukanya comot rambutnya kusut. (e) Asonansi (pengulangan vokal a) - tiq_dq_ siqpq_ dq_tq_ng

menuntutnya. (f) Aliterasi (pengulangan konsonan m) - membawa

bersamanya beg usang.

Nada Sin is.

Nilai (a) Kasih sayang.

(xii)

(b) Mengenang budi. (c) Prihatin.

Pengajaran (a) Kita hendaklah memberikan sepenuh kasih sayang

terhadap golongan warga emas terutamanya ibu bapa. (b) Kita hendaklah membalas budi kedua-dua ibu bapa kita. (c) Kita janganlah mementingkan diri. (d) Kita janganlah lupa akan jasa ibu bapa kita.

Page 2: Persoalan Pengajaran Bentuk dan Ciri-ciri Sajak · PDF filelema Peristiwa pembukaan negeri yang dinamakan Patani Dar ai-Salam. Persoalan (a) Permuafakatan dalam membina sebuah kerajaan

Tema Kecantikan dan keistimewaan luar biasa seorang puteri.

Persoalan (a) Kehebatan raja yang mahu permintaannya dipenuhi. (b) Penggunaan unsur-unsur luar biasa golongan istana dan

pembesar. (c) Ketaatan rakyat kepada raja. (d) Kej'.>entingan diplomasi dalam menyelesaikan perseng-

ketaan. (e) Kasih sayang dan pengorbanan seorang isteri. (f) Merampas hak orang lain.

Watak dan Perwatakan Tuan Puteri Sa'dung (a) Anak perempuan raja Jembal. (b) Anak angkat Encik Siti . (c) Berasal daripada keturunan orang tuha-tuha yang

berdarah putih dan bertulang tunggal. (d) Memiliki rupa paras yang cantik. (e) Dikahwinkan dengan Sultan Abdullah. (f) Memiliki ilmu kesaktian. (g) Taat kepada suami.

Sultan Abdullah (a) Nama asalnya Raja Abdullah. (b) Memerintah negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. (c) Suami Tuan Puteri Sa'dung. (d) Berpendirian tegas. (e) Berani. (f) Sayang akan isterinya. (g) Sanggup berkorban.

Latar latar Masa Pada zaman dahulu.

latar Tempat (~ Di negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. (b) Di Kota Jelasin. (c) Di Cerang Bahana. (d) Di Gunung Ayam. (e) Di Mahligai. (f) Di benua Siam.

latar Masyarakat (a) Masyarakat berketurunan raja. (b) Masyarakat yang menunjukkan kekuasaan. (c) Masyarakat yang akur terhadap perintah. (d) Masyarakat yang memiliki ilmu sakti. (e) Masyarakat yang bertolak ansur. (f) Masyarakat yang bersabar apabila ditimpa bencana.

Plot Binaan Plot (a) Permulaan - Encik Siti, raja perempuan Tanah Serendah

Kebun Bunga Cerangtegayung tidak bersuami dan tidak mempunyai anak. Encik Siti pun mengambil Tuan Puteri Sa' dung sebagai anak angkat. Apabila besar, Tuan Puteri Sa' dung dikahwinkan dengan anak raja Jembal, Raja Abdullah. Raja Abdullah kemudiannya ditabalkan sebagai pemerintah negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung bergelar Sultan Abdullah.

(b) Perkembangan- Raja Siam telah terpikat oleh kecantikan Tuan Puteri Sa' dung dan in gin memiliki baginda. Raja Siam mengarahkan para pengikutnya pergi ke negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung untuk mengambil Puteri Sa' dung. Sultan Abdullah a mat murka akan tindakan raja Siam itu. Angkatan Siam telah mengepung Kota Jelasin. Namun, tentera Siam kalah dalam pertempuran itu.

(c) Klimaks- Rakyat Sultan Abdullah pula ditimpa kebuluran. Kota Jelasin telah dikepung oleh tentera Siam. Tuan Puteri Sa' dung berseru agar mahligai dan Kota Jelasin diangkat ke dalam hutan. Malangnya, pergerakan mereka berjaya dikesan oleh Tuk Ca. Baginda suami isteri mengakui bahawa mereka sukar untuk menewaskan raja Siam. Sultan Abdullah dengan berat hati meminta Tuan Puteri Sa' dung memenuhi permintaan raja Siam.

(d) Peleraian - Tuan Puteri Sa' dung terpaksa akur akan perintah suaminya lalu dibawa ke benua Siam.

Teknik Plot (a) Pemerian. (b) Dialog. (c) Saspens.

Gaya Bahasa (a) Bahasa istana. Contoh: bertitah; menghadap; murka. (b) Bahasa Arab. Contoh: takdir Allah subhanahu wataa/a. (c) Bahasa klasik. Contoh: tuha-tuha; suak; dilekung; ceterakan. (d) Peribahasa. Contoh : buah hati cahaya mota.

Nilai (a) Kasih sayang. (b) Ketaatan.

Pengajaran

(c) Keberanian. (d) Kebijaksanaan.

(a) Suami isteri hendaklah hidup dengan penuh kasih sayang. (b) lsteri perlulah taat akan perintah suami (c) Kita hendaklah sanggup berkorban bagi mengelakkan

peperangan dan pertumpahan darah. (d) Kita hendaklah berfikiran rasional. (e) Kita hendaklah berunding bagi menyelesaikan masalah.

(xiii)

Page 3: Persoalan Pengajaran Bentuk dan Ciri-ciri Sajak · PDF filelema Peristiwa pembukaan negeri yang dinamakan Patani Dar ai-Salam. Persoalan (a) Permuafakatan dalam membina sebuah kerajaan

lema Peristiwa pembukaan negeri yang dinamakan Patani Dar ai-Salam.

Persoalan (a) Permuafakatan dalam membina sebuah kerajaan kota. (b) Kebolehan luar biasa dalam menyembuhkan penyakit. (c) Keberanian dan ketegasan dalam menegakkan kebenaran. (d) Mengotakan janji yang telah dibuat. (e) Peristiwa pengislaman raja, pembesar, dan rakyatnya.

Watak dan Perwatakan Phaya Tu Naqpa (a) Nama asal ialah Phaya Tu Antara. (b) Nama lslamnya Sultan Ismail Syah Zillullah Fil Alam. (c) Raja di Kota Mahligai. (d) Gemar berburu binatang. (e) Berusaha membuka kota. (f) Tidak menepati janji. (g) Mempunyai tiga orang anak.

Syeikh Said (a) Berasal dari Pasai. (b) Memiliki kemah iran mengubat penyakit. (c) Tabib dan pendakwah yang penyabar. (d) Tegas membuat keputusan. (e) Mengislamkan Phaya Tu Naqpa.

Latar latar Masa Zaman pemerintahan Phaya Tu Naqpa sebelum dan selepas memeluk Islam.

latar Tempat (a) Di negeri Patani Dar ai-Salam. (b) Di Kota Mahligai. (c) Di Ayuthia. (d) Di Lancang. (e) Di Pintu Gajah. (f) Di Jambatan Kedi.

latar Masyarakat (a) Masyarakat feudal. (b) Masyarakat yang taat kepada raja. (c) Masyarakat pendakwah. (d) Masyarakat yang menepati janji. (e) Masyarakat yang kegemarannya suka berburu binatang. (f) Masyarakat yang sanggup melanggar undang-undang

untuk mencari keuntungan.

Plot Binaan Plot (a) Permulaan- Mengisahkan Phaya Tu Naqpa yang gemar

berburu binatang dan menemukan seekor pelanduk putih. Tempat itu dibangunkan dan dinamai Patani Dar ai-Salam.

(b) Perkembangan - Phaya Tu Naqpa mengalami penyakit yang sukar diubati. Baginda menawarkan sesiapa yang berjaya menyembuhkannya akan dijadikan menantu. Syeikh Said dari kampung Pasai sanggup mengubati baginda, dengan syarat baginda memeluk Islam. Syarat itu dipersetujui oleh Phaya Tu Naqpa. Namun, baginda mungkir janji walaupun sudah dua kali penyakitnya berjaya diubati oleh Syeikh Said. Kal i ketiga, baginda mengotakan janjinya lalu memeluk Islam dan menukar namanya menjadi Sultan Ismail Syah Zillullah Fil Alam.

(c) Klimaks - Sebuah wangkang dari Cina berlabuh di Patani Dar ai-Salam. Nakhoda wangkang itu menghadiahi baginda sebutir peluru batu. Sultan Ismail Syah Zillullah Fil Alam berasa malu kerana negaranya tidak mempunyai bedil lalu baginda melarang rakyatnya menjual tembaga. Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihukum bunuh kerana menjual tembaga kepada orang luar.

(d) Peleraian - Baginda mengarahkan Abdul Samad, tukang berbangsa Rom membuat bedil.

(xiv)

Page 4: Persoalan Pengajaran Bentuk dan Ciri-ciri Sajak · PDF filelema Peristiwa pembukaan negeri yang dinamakan Patani Dar ai-Salam. Persoalan (a) Permuafakatan dalam membina sebuah kerajaan

Teknik Plot (a) Pemerian. (b) Dialog.

Gaya Bahasa (a) Bahasa istana. Contoh: tuanku; berangkat; bersemayam;

menitahkan; murka. (b) Bahasa Arab. Contoh: syafaat; takdir. (c) Bahasa klasik. Contoh : kararlah; tabib; wangkang.

Nilai (a) Menepati janji. (b) Ketegasan. (c) Baik hati.

Pengajaran

(d) Bersimpati. (e) Kesabaran. (f) Ketaatan.

(a) Kita janganlah suka melanggar janji yang dibuat. (b) Kita perlulah tegas menguatkuasakan undang-undang. (c) Kita hendaklah bersabar terhadap tingkah laku seseorang. (d) Kita perlulah bersiap sedia menyediakan kelengkapan

untuk mempertahankan negara. (e) Kita perlulah taat kepada pemimpin.

(xv)

lema Hubungan yang erat antara kerabat diraja.

Persoalan (a) Keberanian untuk menempuh segala rintangan. (b) Tanggungjawab bapa terhadap puterinya. (c) Kebijaksanaan raja dalam meluaskan jajahannya. (d) Penderitaan yang diakhiri dengan kebahagiaan.

Watak dan Perwatakan Maharaja Marakarma (a) Putera kepada Maharaja lndera Angkasa. (b) Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja

Mengindera Sari. (c) Berkahwin dengan Tuan Puteri Cahaya Khairani. (d) Ditabalkan sebagai maharaja negeri Mereu lndera. (e) Taat dan menurut perintah ayahanda baginda supaya

berperang menentang Maharaja lndera Dewa. (f) Mahir memanah dan dapat menandingi kemahiran serta

kesaktian memanah Maharaja lndera Dewa. (g) Berani dan tidak gentar untuk menentang Maharaja

lndera Dewa.

Page 5: Persoalan Pengajaran Bentuk dan Ciri-ciri Sajak · PDF filelema Peristiwa pembukaan negeri yang dinamakan Patani Dar ai-Salam. Persoalan (a) Permuafakatan dalam membina sebuah kerajaan

(h) Memikul tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Tuan Puteri Nila Cahaya dengan baik.

Raja Mengindera Sari (a) Putera kepada Maharaja lndera Angkasa. (b) Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Maharaja

Mara karma. (c) Raja negeri Pelanggam Cahaya. (d) Taat dan menurut perintah ayahanda baginda supaya

berperang menentang Maharaja lndera Dewa. (e) Berani.

Latar latar Masa (a) Pagi. (b) Empat puluh hari empat puluh malam.

latar Tempat (a) Di negeri Puspa Sari. (b) Di negeri Anta Beranta. (c) Di negeri Mereu lndera.

latar Masyarakat • (a) Masyarakat feudal. (b) Masyarakat yang mengamalkan kepercayaan karut. (c) Masyarakat yang bertanggungjawab. (d) Masyarakat yang penyayang. (e) Masyarakat yang taat setia.

Plot Binaan Plot (a) Permulaan- Maharaja Marakarma dan Raja Mengindera

Sari telah menyerang negeri Anta Beranta. Maharaja Marakarma berjaya menikam Maharaja lndera Dewa, raja negeri Anta Beranta.

(b) Perkembangan- Kemenangan Maharaja Marakarma dan Raja Mengindera Sari disambut gembira oleh ayahanda dan bonda mereka di negeri Puspa Sari. Tuan Puteri Cahaya Khairani telah bertemu dengan adinda baginda, Raja Bujangga lndera.

(c) Klimaks - Tuan Puteri Nila Cahaya dikahwinkan dengan Raja Bujangga lndera yang kemudiannya ditabalkan menjadi Maharaja Anta Beranta.

(d) Peleraian- Maharaja Marakarma dan Tuan Puteri Cahaya Khairani ditabalkan sebagai raja di negeri Mereu lndera.

Teknik Plot (a) Pemerian. (b) Dialog. (c) Saspens.

Caya Bahasa (a) Bahasa istana. Contoh: ayahanda; banda; baginda;

bersemayam; singgahsana. (b) Bahasa Arab. Contoh: maghrib; masyrik. (c) Bahasa Melayu klasik. Contoh: rata; /ebu duli; anak keti. (d) Simile. Contoh: Bangkai manusia pun bertimbun-timbun

seperti bukit; kepala segala hulubalang dan pah/awan terpelanting seperti anak keti di tengah padang.

Nilai (a) Keberanian. (b) Kerjasama. (c) Amanah. (d) Kasih sayang. (e) Bertanggungjawab.

Pengajaran (a) Kita hendatdc:- Jerani ketika menentang musuh. (b) Kita hendakian beKe~asama dalam melaksanakan sesuatu

tugas. (c) Kita hendakiah amanah ketika mengendalikan tugas yang

diberikan. (d) Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga. (e) Kita hendaklah mematuhi perintah ibu bapa.

[~· 1.Hikayat lnderaputera

(xvi)

Page 6: Persoalan Pengajaran Bentuk dan Ciri-ciri Sajak · PDF filelema Peristiwa pembukaan negeri yang dinamakan Patani Dar ai-Salam. Persoalan (a) Permuafakatan dalam membina sebuah kerajaan

lema Keberanian dan kesaktian putera raja.

Persoalan (a) Bersikap berani ketika menentang musuh. (b) Kerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan dapat

meringankan beban. (c) Percakapan yang bersopan dapat melembutkan hati

orang yang mendengarnya. (d) Sikap tidak mengambil hak orang lain merupakan budi

pekerti yang mulia. (e) Sikap merendah diri dalam kehidupan. (f) Bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan Tuhan.

Watak dan Perwatakan lnderaputera (a) Ayahandanya bernama Bikrama Buspa. (b) Bondanya bernama Puteri Seganda Cahaya I ram. (c) Tampan, berani, dan berbudi pekerti mulia. (d) Memiliki kesaktian yang dimanfaatkan untuk membantu

orang lain.

Kuda Janggi Gerdana (a) Kuda hijau yang ditemukan di dalam gua perbendaharaan

Raja Baharum Tabiq. (b) Pandai berkata-kata. (c) Mudah tunduk pada puji-pujian dan kata-kata yang lembut.

Latar Latar Masa (a) Pada zaman feudal. (b) Pada waktu siang dan malam.

Latar Tempat (a) Di gua perbendaharaan Raja Baharum Tabiq. (b) Di Padang Anta Berahi. (c) Di mahligai.

(d) Di istana. (e) Di negeri Zainun.

Latar Masyarakat (a) Masyarakat yang mempunyai unsur kesaktian. (b) Masyarakat yang patuh akan pemerintah.

Plot Binaan Plot (a) Permulaan - lnderaputera memohon keizinan daripada

bondanya, Puteri Seganda Cahaya I ram untuk mengembara dan tiba di sebuah gua, iaitu perbendaharaan Raja Baharum Tabiq.

(b) Perkembangan - lnderaputera berjaya menjinakkan kuda hijau yang dinamakan Janggi Gerdana. Janggi Gerdana memberitahu lnderaputera tentang Bedi lahar yang terdapat di kepala ular Mamdud yang dibunuhnya sebelum ini. Manakala di negeri lainun, Raja Puspa Pandai telah mendirikan sebuah mahligai untuk Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela demi keselamatannya. Berpuluh-puluh anak raja mati tergelincir di tangga mahligai yang tinggi ketika cuba mendapatkan Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

(c) Klimaks - lnderaputera telah menggunakan Bedi lahar untuk menghidupkan semula anak-anak raja yang mati tergelincir.

(d) Peleraian - lnderaputera dibawa bertemu dengan Raja Puspa Pandai dan dilayan dengan baik sepanjang baginda berada di sana.

Teknik Plot (a) Pemerian. (b) Dialog.

Gaya Bahasa (a) Bahasa istana. Contoh: homba; banda; tuonku. (b) Simile. Contoh: hidungnyo itu /aksana kuntum melur

dan telinganyo seperti telepok /oyu; seekor kudo hijou dotongnyo seperti kilot.

(c) Metafora. Contoh: lout berohi. (d) Hiperbola. Contoh: pinggongnyo bungo setongkoi. (e) Pantun. Contoh:

Celuk koca di atos pintu, Koyu cempedok dopot diropot;

Orang sukor sahojo begitu, Orang orif moko mendopot.

Nilai (a) Keberanian. (b) Bekerjasama. (c) Kesyukuran. (d) Kasih sayang. (e) Menghargai jasa.

Pengajaran (a) Kita hendaklah menunjukkan taat setia kepada

pemerintah. (b) Kita hendaklah bersemangat kental dalam menghadapi

sebarang cabaran. (c) Kita hendaklah berganding bahu dalam menjalankan

tugas supaya dapat meringankan beban. (d) Kita hendaklah menggunakan kelebihan yang kita miliki

untuk membantu orang lain. (e) Kita hendaklah mengagungkan kebesaran Tuhan.