persoalan tentang ayat dasar

28
PERSOALAN TENTANG AYAT DASAR Sejauh manakah ayat dasar boleh terbit dengan hanya satu perkataan untuk subjek dan satu perkataan untuk predikat? Isu ini jarang sekali dikemukan,tetapi jika ditanya benar atau tidak ayat dasar boleh bersifat sedemikian. Bagi saya, jawapannya ialah "Ya". Sebelum menerangkan mengapa saya mengatakan ya,terlebih dahulu, cuba faham konsep ayat dasar serta bentuk dan sifat frasa - frasa yang membentuk ayat dasar iaitu merujuk kepada pola -pola utama dalam ayat dasar. Ayat Dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi membentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Terdapat berbagai-bagai jenis ayat dasar daripada segi binaan dan susunannya, serta sepi panjang pendeknya dalam sesuatu bahasa. Ayat dasar mempunyai pola yang tersendiri. Pola Ayat Dasar Bahasa Melayu FN + FN FN + FK FN + FA FN + FSN Berdasarkan pola ayat dasar, dapat dibuktikan bahawa ayat dasar boleh terdiri hanya daripada satu perkataan untuk subjek dan predikat kecuali untuk binaan pola FN + FSN. Bukti 1 : FN + FN Subjek + Predikat Arisa guru.

Upload: abdmumin-hassan

Post on 28-Jul-2015

355 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Persoalan tentang ayat dasar

PERSOALAN TENTANG AYAT DASAR

Sejauh manakah ayat dasar boleh terbit dengan hanya satu perkataan untuk subjek dan satu

perkataan untuk predikat?

Isu ini jarang sekali dikemukan,tetapi jika ditanya benar atau tidak ayat dasar boleh bersifat

sedemikian. Bagi saya, jawapannya ialah "Ya". Sebelum menerangkan mengapa saya

mengatakan ya,terlebih dahulu, cuba faham konsep ayat dasar serta bentuk dan sifat frasa -

frasa yang membentuk ayat dasar iaitu merujuk kepada pola -pola utama dalam ayat dasar.

Ayat Dasar

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi membentukan semua ayat lain

dalam sesuatu bahasa. Terdapat berbagai-bagai jenis ayat dasar daripada segi binaan dan

susunannya, serta sepi panjang pendeknya dalam sesuatu bahasa. Ayat dasar mempunyai

pola yang tersendiri.

Pola Ayat Dasar Bahasa Melayu

FN + FN

FN + FK

FN + FA

FN + FSN

Berdasarkan pola ayat dasar, dapat dibuktikan bahawa ayat dasar boleh terdiri hanya daripada

satu perkataan untuk subjek dan predikat kecuali untuk binaan pola FN + FSN.

Bukti 1 : FN + FN

Subjek + Predikat

Arisa guru.

1. Perhatikan ayat di atas, dan cuba analisis dari aspek binaan subjek dan predikat serta

daripada aspek makna ayat tersebut.

Page 2: Persoalan tentang ayat dasar

2. Frasa Arisa yang menjadi konstituen subjek merupakan frasa nama. Manakala

frasa guru juga merupakan frasa nama.

3. Daripada aspek semantik, ayat tersebut mempunyai makna dan lengkap.

Bukti 2 : FN + FK

Subjek + Predikat

Ayah tidur.

1. Subjek ayat adalah frasa nama dan predikat ialah frasa kerja tak transitif yang tak

berpelengkap.

2. Ayat ini lengkap daripada aspek makna.

3. Ayat ini boleh diperluaskan dengan menambah unsur keterangan pada binaan predikat

iaitu frasa kerja. Ini kerana frasa kerja tidur merupakan kata kerja tak transitif tak

berpelengkap yang boleh menerima unsur keterangan.

4. Secara ringkasnya, jika unsur frasa kerja adalah frasa kerja transitif, maka akan wujud

dalam dua bentuk, iaitu dengan dua objek atau satu objek. Keadaan ini berlaku kerana

frasa kerja transitif mengandungi objek dan tidak boleh berdiri sendiri, malah daripada

aspek makna adalah tidak lengkap.

Bukti 3 : FN + FA

Subjek + Predikat

Adik nakal.

1. Bagi ayat di atas, ternyata pola ini subjek dan predikatnya boleh terdiri daripada satu

perkataan.

2. Binaan ini boleh diperluaskan dengan frasa adjektif yang menerima unsur

keterengan,penguat dan kata bantu.

Page 3: Persoalan tentang ayat dasar

Bukti 4 : FN + FSN

Subjek + Predikat

Dia ke kampung.

1. Bagi pola di atas, subjeknya boleh terdiri daripada hanya satu perkataan, tetapi

predikatnya tidak.

2. Ini berlaku kerana binaan frasa sendi nama itu sendiri yang terbina dengan kata sendi

dan frasa nama.

3. Kata sendi juga tidak boleh membentuk frasa sendi nama tanpa unsur frasa nama.

4. Oleh yang demikian unsur predikat yang terbina daripada frasa sendi nama tidak boleh

hanya satu perkataan .

Dicatat oleh elLyieDa di Rabu, Mei 27, 2009

Komen

 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pautan pada catatan ini

Buat Pautan

Catatan TerbaruCatatan LamaLaman utama

Top of Form

Bottom of Form

Biodata

Page 4: Persoalan tentang ayat dasar

ELLYIEDA

Sendirian itu tidak bermakna sepi, dan sepi itu lebih baik daripada tin kosong.

LIHAT PROFIL LENGKAP SAYA

Ahli Blog

Terdapat ralat dalam alat ini

Labels

Komunikasi (1)

Pengajaran dan Pembelajaran (1)

Blog Archive

▼  2009 (51)

o ►  Disember (1)

o ►  Oktober (7)

o ►  September (20)

o ►  Ogos (4)

o ▼  Mei (19)

Assalamualaikum..Saya sering bermonolog serta memi...

PERSOALAN TENTANG AYAT DASAR

APAKAH KATA DAN FRASA?

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 f...

MINGGU 6 BMM3110

MINGGU 5 BMM3110

MINGGU 2 BMM3110

MINGGU 1 BMM3110

AYAT DASAR

Contoh Analisis Cerpen Dari Aspek Sintaksis

PEMAJMUKAN KATA NAMA

Page 5: Persoalan tentang ayat dasar

FIKIR-FIKIRKAN BERSAMA..BERKESAN ATAU TIDAK UNTUK ...

Martabatkan Bahasa Melayu

Apakah itu "Sintaksis"

Unit Morfologi

Pengenalan Morfologi

Penggunaan Video dalam Pengajaran dan Pembelajaran...

Gangguan Dalam Berkomunikasi

Realitinya Sebuah Impian

 

ahagian – Bahagian Ayat

Tiap – tiap ayat mesti  terdiri daripada 2 bahagian atau lebih

Bahagian 1 : benda atau subjek

Bahagian 2 : cerita atau predikat

 

·         Istilah subjek bagi benda dan predikat bagi cerita.

·         Ayat yang paling pendek terdiri daripada satu patah perkataan saja.

·         Ayat yang boleh terdiri daripada satu perkataan ialah ayat perintah.

 

Subjek

·         Subjek ialah benda , manakala predikat ialah cerita.

·         Istilah lain untuk subjek ialah hal, dan istilah lain untuk predikat ialah perihal.

·         Subjek ialah perkara yang diceritakan

·         Predikat ialah cerita berkenaan subjek.

Page 6: Persoalan tentang ayat dasar

 CONTOH AYAT                                                                                                                                                                    

1. Proton ialah Perusahaan Automobil Negara

Subjek : Proton

Predikat : ialah Perusahaan Automobil Negara

 

2. Rumah kayu itu rumah saya

Subjek : rumah kayu itu

Predikat : rumah saya

 

3. Bunga tanjung boleh ditanam dengan mudah

Subjek : Bunga tanjung

Predikat : boleh ditanam dengan mudah

 

Unsur – unsur subjek

·         Subjek mestilah terdiri daripada golongan  orang, benda atau perkara.

Page 7: Persoalan tentang ayat dasar

Contohnya

Subjek                      Predikat

Dia ( orang )             guru

Bunga itu ( benda ) harum baunya

Pensel ( benda )      di atas meja.

Tupai ( benda )        melompat dari satu dahan ke satu dahan

 Subjek dalam ayat susunan biasa

·         Ayat yang disusun secara biasa ialah ayat aktif

·         Dalam ayat susunan biasa, subjek sentiasa diletakkan pada bahagian pangkal ayat.

Contoh :

Nelayan menangkap ikan

Subjek : Nelayan

Predikat : menangkap ikan

 

Rohana menjahit baju kurung

Subjek : Rohana

Predikat : menjahit baju kurung

 

Budin terjun ke dalam sungai

Subjek : Budin

Page 8: Persoalan tentang ayat dasar

Predikat: terjun ke dalam sungai

 

Subjek dalam susunan ayat songsang

·         Ayat songsang ialah ayat yang susunannya diterbalikkan iaitu bahagian yang didepan

dipindahkan ke belakang, dan bahagian yang dibelakang dipindahkan  ke depan.

Contoh :

Susunan biasa        : Kucing memakan ikan

Susunan songsang           : Ikan dimakan oleh kucing

 

Susunan biasa        : Budin memanjat pokok

Susunan songsang           : Pokok dipanjat oleh Budin

Ayat susnan biasa menggunakan kata kerja yang ada imbuhan me-

 

Contoh ayat biasa yang menggunakan imbuhan me-

·         Laily memakai tudung

·         Emak mencuci baju

·         Adik membaca buku

 

Jika ayat biasa disongsangkan, ayat itu menggunakan kata kerja yang ada imbuhan di-

 Contoh ayat songsang yang menggunakan imbuhan di-

Page 9: Persoalan tentang ayat dasar

·         Tudung dipakai oleh Rohani

·         Baju dicuci oleh emak

·         Buku dibaca oleh adik

 

Predikat

·         Predikat ialah bahagian ayat yang mengandungi cerita.

·         Cerita itu ialah berkenaan benda, orang ataupun perkara yang disebut dalam subjek

Predikat mempunyai 4 fungsi :

·         Memberitahu maklumat lanjut berkenaan benda . ( frasa nama )

·         Memberitahu apa yang dilakukan oleh benda ( frasa kerja )

·         Memberitahu sifat – sifat benda itu .( frasa adjektif )

·         Memberitahu di mana, ke mana, mengapa, bagaimana, dengan siapa dan bila. ( frasa sendi )

Oleh yang demikian, predikat boleh terdiri daripada mana – mana satu daripada 4 jenis frasa

dibawah.

·         Frasa nama

·         Frasa kerja

·         Frasa sifat

·         Frasa sendi

 

Ayat Dasar

Page 10: Persoalan tentang ayat dasar

·         Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber  bagi pembentukan semua ayat yang

lain dalam sesuatu bahasa

Walaupun terdapat berbagai –bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, dan dari segi

panjang pendeknya dalam sesuatu bahasa, namun jika dikaji asas binaannya maka semua ayat

itu boleh dikesan rangka dasarnya sebagai berasal daripada beberapa pola tertentu.

·         Pola – pola rangka ayat itulah yang disebut pola ayat dasar bagi sesuatu bahasa.

·         Daripada pola – pola ayat itulah terbit ayat yang lain, sama ada ayat tunggal atau ayat

majmuk,ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.

·         Dalam  bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis.

·         Dengan berpandu pada jenis – jenis unsur yang hadir sebagai konstituen  ayat – ayat  itu,

iaitu jenis – jenis subjek dan predikatnya.

·         Konstituen subjek pada umumnya diisi oleh frasa nama, sementara konstituen predikat pula

diisi oleh 4 jenis unsur yang berbeza , iaitu frasa nama,frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi

nama.

 Konsep Ayat Terbitan

·         Penerbitan sesuatu ayat disini dimaksudkan sebagai hasil daripada terlaksananya suatu

proses gramatis, iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah

aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.

·         Dalam bahasa Melayu, penerbitan ayat ini dapat dilakukan melalui proses transformasi yang

mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula atau peluasan kepada unsur –unsur struktur

dalaman.

 

SUSUNAN AYAT

Susunan Biasa

1.    Susunan biasa ayat bahasa Melayu ialah unsur subjek mendahului unsur predikat          ( S+P).

2.    Bahagian yang menjadi subjek itu merupakan bahagian yang diterangkan manakala bahagian

predikat pula ialah bahagian yang menerangkan subjek tersebut.

Page 11: Persoalan tentang ayat dasar

3.    Susunan biasa dalam ayat dapat berlaku pada semua jenis ayat, sama ada ayat tersebut ialah

ayat tunggal atau ayat majmuk.

4.    Bagi ayat dasar, susunan ayat mestilah dalam susunan biasa kerana cirri ayat dasar

berstruktur S+P.

5.    Dalam ayat tunggal pula, susunannya boleh dalam susunan biasa mahupun songsang.

6.    Namun begitu, susunan ini dapat diubah kepada susunan Predikat + Subjek. Dalam hal ini,

susunan yang terhasil dikenal sebagai susunan songsang.

 Susunan Songsang

1.    Ayat yang mengandungi susunan songsang disebut ayat songsang atau ayat terbalik.dalam

hal ini ayat yang terhasil itu tidak mengikut susunan biasa, iaitu susunan subjek-predikat.

Sebaliknya susunannya ialah predikat-subjek.

2.    Pendepanan predikat di depan subjek berlaku apabila unsur dalam konstituen predikat itu

hendak diberi penegasan. Apabila penegasan atau penekanan hendak diberikan kepada mana-

mana unsur, maka unsur-unsur itu didahulukan.

3.    Oleh hal demikian, susunan songsang wujud apabila unsur-unsur dalam konstituen predikat

dipindahkan ke depan subjek melalui proses pendepanan atau penjudulan .

 

Bentuk Ayat Songsang

1.    Pendepanan konstituen dengan ayat songsang dilakukan untuk memberi penegasan pada

bahagian ayat tertentu.

2.    Yang hendak hendak ditegaskan itu mungkin keseluruhan predikat atau unsur tertentu dalam

konstituen predikat.

3.    Dengan demikian proses pendepanan dapat dilakukan pada :-

a)    Seluruh predikat

b)    Sebahagian unsur dalam predikat

c)    Ayat tanya

Page 12: Persoalan tentang ayat dasar

d)    Ayat majmuk

e)    Pendepanan terbahagi.

Pendepanan seluruh predikat

Susunan biasa dapat diterbalikkan untuk tujuan penekanan.

Dalam hal ini, seluruh predikat dibawa ke depan mendahului subjek.

Contoh : Kakak saya jururawat ( susunan biasa )

               Jururawat kakak saya ( susunan songsang )

Pendepanan sebahagian unsur dalam predikat

1.    Sebahagian unsur dalam predikat boleh dikedepankan di hadapan subjek yang melibatkan

pendepanan :-

a)    Frasa kerja

b)    Frasa adjektif

c)    Frasa sendi nama

Pendepanan frasa kerja

Pendepanan frasa kerja dapat dilakukan pada kata kerja tak transitif , kata kerja dengan objek,

atau kata bantu dengan kata kerja tak transitif.

Pendepanan kata kerja tak transitif

a)    Kanak – kanak itu bermain di padang.( susunan biasa )

b)    Bermain kanak – kanak itu di padang. ( setelah berlakunya proses pendepanan )

Pendepanan kata kerja dengan objek

a)    Pekerja itu membaiki kereta dibengkel

b)    Membaiki kereta pekerja itu di bengkel

Page 13: Persoalan tentang ayat dasar

 

Ø  Pendepanan kata kerja transitif aktif dengan objek seperti contoh di atas sering dilakukan

dengan menukarkan bentuk ayat aktif kepada ayat pasif.

Ø  Lantaran itu, ayat pasif juga boleh dinamai ayat songsang kerana dalam ayat pasif, unsur

predikat iaitu objek mengalami pendepanan.

Contohnya :

a)    Kebanyakan pelajar menjelaskan yuran ( ayat aktif )

b)    Yuran dijelaskan oleh kebanyakkan pelajar ( ayat pasif, ayat songsang )

Pendepanan kata bantu dengan kata kerja tak transitif

a)    Abang belum pulang dari sekolah

b)    Belum pulang abang dari  sekolah

Pendepanan kata bantu dengan kata kerja transitif tidak dapat dilakukan kerana struktur yang

terhasil diragui kegramatisannya (tanda ? di depan ayat menandakan ayat itu diragui

kegramatisannya), selain boleh menimbulkan kesukaran dalam mentafsir makna ayat.

Contohnya :

a)    Guru itu pernah mengajar saya di tingkatan satu

b)    ? Pernah mengajar saya guru itu di tingkatan satu.

Sebaliknya, struktur ayat di atas sering digantikan dengan struktur pasif seperti berikut :

a)    Saya pernah diajar oleh guru itu di tingkatan satu

 

Pendepanan frasa adjektif

Predikat frasa adjektif boleh berada di depan dengan cara dikedepankan kata adjektif sahaja,

atau kata bantu dengan kata adjektif

Page 14: Persoalan tentang ayat dasar

Pendepanan kata adjektif sahaja

a)    Halimah cantik sejak dulu

b)    Cantik Halimah sejak dulu

Pendepanan kata bantu dengan kata adjektif

a)    Orang kaya belum tentu bahagia

b)    Belum tentu bahagian orang kaya

 Pendepanan frasa sendi nama

1.    Predikat frasa sendi nama boleh juga dipindahkan ke bahagian hadapan sebelum subjek ayat.

2.    Frasa sendi nama yang boleh dikedepankan ialah frasa sendi nama sebagai predikat atau

frasa sendi nama yang berfungsi sebagai keterangan

Pendepanan frasa sendi nama sebagai predikat

a)    Komala dari sekolah

b)    Dari sekolah Komala

Pendepanan frasa sendi nama yang berfungsi sebagai keterangan

a)    Suzana melukis dengan cat

b)    Dengan cat suzana melukis

Pendepanan dalam Ayat Tanya

1.    Predikat dalam ayat tanya biasa dapat dikedepankan untuk memberi tekanan yang berlainan.

2.    Dalam hal ini, ayat tanya itu tidak disertai kata tanya.

a)    Zakaria ketua pelajar?

b)    Ketua pelajar Zakaria?

Struktur ayat tanya dengan kata tanya boleh bersusunan songsang dan kata tanya itu berada

pada posisi awal ayat.

Page 15: Persoalan tentang ayat dasar

a)    Nama kamu siapa?

b)    Siapa nama kamu?

Pendepanan dalam Ayat Majmuk

1.    Bahagian – bahagian daripada ayat majmuk boleh mengalami proses pendepanan.

 

Pendepanan dalam ayat gabungan

a)    Samad ke sekolah atau ke padang

b)    Ke sekolah atau ke padang Samad

Pendepanan dalam ayat relatif

a)    Budak yang berdiri itu adik saya

b)    Adik saya budak yang berdiri itu

Pendepanan dalam ayat komplemen

a)    Untuk melakukan tugas itu memang sukar

b)    Memang sukar untuk melakukan tugas itu.

Pendepanan dalam ayat keterangan

a)    Dia tidak dating kerana neneknya sakit

b)    Kerana neneknya sakit dia tidak datang

 

Pendepanan terbahagi

1.    Penyongsangan cara ini melibatkan sebahagian predikat dikedepankan dan sebahagian yang

lain di hujung ayat sesudah subjek.

a)    Kita patut berserah kepada Tuhan saja

Page 16: Persoalan tentang ayat dasar

b)    Kepada Tuhan saja kita patut berserah.

 

Dicatat oleh elLyieDa di Khamis, Mei 14, 2009

Komen

 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pautan pada catatan ini

Buat Pautan

Catatan TerbaruCatatan LamaLaman utama

Top of Form

Bottom of Form

Biodata

ELLYIEDA

Sendirian itu tidak bermakna sepi, dan sepi itu lebih baik daripada tin kosong.

LIHAT PROFIL LENGKAP SAYA

Ahli Blog

Terdapat ralat dalam alat ini

Page 17: Persoalan tentang ayat dasar

Labels

Komunikasi (1)

Pengajaran dan Pembelajaran (1)

Blog Archive

▼  2009 (51)

o ►  Disember (1)

o ►  Oktober (7)

o ►  September (20)

o ►  Ogos (4)

o ▼  Mei (19)

Assalamualaikum..Saya sering bermonolog serta memi...

PERSOALAN TENTANG AYAT DASAR

APAKAH KATA DAN FRASA?

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 f...

MINGGU 6 BMM3110

MINGGU 5 BMM3110

MINGGU 2 BMM3110

MINGGU 1 BMM3110

AYAT DASAR

Contoh Analisis Cerpen Dari Aspek Sintaksis

PEMAJMUKAN KATA NAMA

FIKIR-FIKIRKAN BERSAMA..BERKESAN ATAU TIDAK UNTUK ...

Martabatkan Bahasa Melayu

Apakah itu "Sintaksis"

Unit Morfologi

Pengenalan Morfologi

Penggunaan Video dalam Pengajaran dan Pembelajaran...

Gangguan Dalam Berkomunikasi

Realitinya Sebuah Impian

 

Page 18: Persoalan tentang ayat dasar

Ayat terbitan boleh didefinisikan sebagai ayat yang mengalami proses perubahan atau

tranformasi daripada ayat dasar.Ayat terbitan boleh terhasil dengan tiga cara iaitu penyusunan

semula,peluasan dan pengguguran

KONSEP AYAT TERBITAN

 

 Penerbitan sesuatu ayat dimaksudkan sebagai hasil daripada terlaksananya suatu

proses gramatis, iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi, yang berfungsi mengubah

aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Proses

transformasi mengakibatkan pengguguran,penyusunan dan perluasan.

 

(Tatabahasa Dewan, Edisi ketiga) 

Ayat terbitan diterbitkan daripada ayat dasar melalui mana-mana proses transformasi. Dari segi

bilangan klausa yang terdapat di dalamnya, ayat terbitan dapat dibahagikan kepada dua jenis,

iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Dari segi tujuan pula, ayat terbitan dapat dibahagikan

kepada beberapa jenis. Antaranya adalah penyata, ayat soal, ayat perintah dan ayat seru. 

 

Proses Penerbitan Ayat 

Dalam Bahasa Melayu, ayat terbitan boleh dibentuk dengan banyak cara. Antaranya adalah

melalui proses  pengguguran , penyusunan semula , peluasan (Abdullah Hassan et.all 2006)

Page 19: Persoalan tentang ayat dasar

DEFINISI KONSEP FRASA

(Nahu tranformasi generatif) Bahagian ayat kerana itu frasanya mungkin terdiri daripada kata,

rangkai kata atau klausa (anak ayat).• Tatabahasa Dewan - unit yang boleh terdiri daripada satu

susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang

berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih. (Asmah Hj. Omar) Frasa

sebagai unit yang dalam skala tatatingkat nahu yang menduduki peringkat di atas kata dan di

bawah klausa. Tetapi aliran tradisional, mengatakan frasa terdiri dari sekurang- kurangnya dua kata

yang letaknya berturutan tetapi tidak mempunyai subjek dan predikat.

DEFINISI KONSEP NAMA

Kamus Dewan edisi ketiga – Nama memberi pengertian sebagai panggilan atau sebutan bagi

orang (barang, tempat, pertumbuhan, dan lain-lain).

DEFINISI FRASA NAMA

(Liaw Yock Fang bersama Abdullah Hassan) Frasa yang boleh menggantikan kata nama di dalam

ayat. (Nik Safiah Karim) Binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau

beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. (Asmah Hj.

Omar) Mendefinisikan frasa nama sebagai frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan

predikat nama, di samping boleh menggantikan kata nama.

KONSTITUEN FRASA NAMA

Konstituen atau unsur yang menjadi frasa nama (FN) terdiri daripada kata nama sebagai unsur

intinya.• Unsur inti ini boleh hadir bersendirian dengan sederetan penerang yang wujud sebelum

(FN) atau sesudahnya

Page 20: Persoalan tentang ayat dasar

admin on November 18th, 2011

Oleh Hasfiza Abdullah

Pembinaan kompleks bangunan Parlimen yang menjadi lambang keagungan demokrasi berparlimen di Malaysia diilhamkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Sebelum bangunan Parlimen yang ada seperti sekarang ini dibina, persidangan pertama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman. Persidangan yang berlangsung pada 11 September 1959 ini julung kali diadakan dan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,

Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamed. Dewan yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, ini dibina pada 1935. Asalnya dimiliki Eu Tong Seng, pelombong dan pengusaha ladang getah yang kaya serta terkenal di Kuala Lumpur. Dewan Tunku Abdul Rahman kini dikenali sebagai Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC).

Pembinaan bangunan Parlimen bermula pada 1959. Jabatan Kerja Raya, dan Kementerian Kerja Raya, Pos dan Talikom, diarahkan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk menyelenggarakan kerja mereka bentuk dan membina bangunan Parlimen yang baharu. Pada bulan Disember 1959, kawasan berbukit dengan ketinggian 61 meter dari aras laut dan berkeluasan 16.2 hektar, terletak di arah timur laut Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, dipilih sebagai lokasi kompleks bangunan Parlimen. Kawasan ini dipilih kerana lokasinya yang strategik, iaitu terletak di atas bukit dan berhampiran dengan pusat bandar raya.

Posted in: Arkib Negara

Page 21: Persoalan tentang ayat dasar

Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja atau pun sederetan

perkataan. Jika dibentuk oleh sederetan perkataan , maka terdapat dua jenis hubungan antara

perkataan itu. Jenis pertama ialah jenis yang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan

inti bagi seluruh frasa nama itu, sementara perkataan atau perkataan yang lain merupakan 

penerang atau penerangpenerangnya. Jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada 

unsur inti di dalamnya.Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh

frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna

dalam inti itu. Contohnya, dalam frasa nama bapa budak itu, intinya ialah bapa,sementara

budak dan itu ialah penerang penerang yang menerangkan bapa.

 KONSTITUEN FRASA NAMA

Tatabahasa bahasa melayu - mengandungi aspek-aspek yang telah disusun secara sistematik

berdasarkan rumus-rumus tatabahasa bahasa melayu.

.

PERATURAN D-M

Diterangkan MenerangkanDiterangkan – unsur ini hadir pada kedudukan

pertama.Menerangkan - unsur penerang yang hadir pada kedudukanyang kedua.

KEKECUALIAN HUKUM D-M

Wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagi merasionalkan penggunaan sistem bahasa

yang sudah lazim digunapakai secara mantap dalam masyarakat penggunaan bahasa.

Sebagai rumusannya, sintaksis adalah secara etimologis bererti menempatkan

bersama-sama kata-kata menjadi kelompok kata, dan kelompok kata menjadi ayat. Menurut

istilah sintaksis dapat didefinisikan sebagai bahagian dari ilmu bahasa yang membicarakan

selok belok ayat, klausa, dan frasa. Sintaksis terkandung dengan 4 frasa iaitu frasa nama,

frasa adjektif, frasa sendi nama dan frasa kerja. Dalam setiap frasa pula mengandungi

beberapa sifat dan binaan ayat. Manakala frasa ialah satu unit tatabahasa berdasarkan kata

susunan yang mengandungi satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diluaskan menjadi

dua perkataan atau lebih.

Ciri frasa nama (FN) terdiri daripada satu perkataan atau beberapa binaan dalam satu

ayat. Manakala frasa kerja (FK) terdiri daripada kata kerja transitif dan tak transitif. Frasa

Adjektif (FA) pula susunan perkataan terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang

Page 22: Persoalan tentang ayat dasar

mengandungi kata sifar (Ajdektif).

Akhir sekali,Frasa Sendi Nama (FSN) yang terdiri daripada satu sendi nama dan satu

frasa sebagai pelengkap.Klausa pula merupakan unit gabungan perkataan yang mengandungi

subjek dan predikat. Fungsi klausa sebagai konstituen kepada ayat. Jenis klausa terdiri

daripada klausa bebas dan klausa terikat.

Daripada definisi-definisi yang telah dikemukakan, dapat disimpulkan bahawa sintaksis

adalah bahagian daripada tatabahasa yang membicarakan kaedah kombinasi kata menjadi

satuan gramatik yang lebih besar yang berupa frasa, klausa, dan ayat,serta penempatan

morfem-morfem suprasegmental (intonasi) sesuai dengan struktur semantik yang diinginkan

oleh pembicara sebagai dasarnya.

Proses penerbitan ayat terbentuk apabila beberapa unsur, sama ada unsur perkataan

atau unsur frasa mengalami penambahan pada frasa subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar

(Ahmad Khair Mohd Nor, 2003:147). Terdapat tiga proses penerbitan ayat dalam bahasa

Melayu, iai tu proses pengguguran, proses peluasan dan proses penyusunan semula.

Pendapat Nik Safiah Karim et al. (2008), Asmah Haji Omar (1993), Abdullah Hassan et al.

(2006) dan Arbak Othman (1980) berkaitan proses penerbitan ayat adalah hampir sama,

namun agak berbeza dari segi penggunaan istilah dan pembahagiannya. Nik Safiah

Karim et al. (2008) dan Abdullah Hassan et al. (2006) sependapat dalam penggunaan istilah

pengguguran, penyusunan semula dan peluasan ayat. Asmah Haji Omar (1993) pula

menggunakan istilah lain bagi proses pengguguran ayat, iaitu penghilangan.

Selain itu, Arbak Othman (1980) pula menggunakan istilah d e l e s i y a n g

b e r a s a l d a r i p a d a “ delection”  dalam bahasa Inggeris untuk proses pengguguran,

pergerakan untuk proses penyusunan semula dan penambahan untuk proses peluasan.

…/39

Berdasarkan pendapat Abdullah Hassan et al. (2006) dan Nik Safiah karim et al.

(2008) berkaitan dengan proses pengguguran ayat, dapatlah disimpulkan bahawa

proses peluasan yang utama dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu

pengguguran frasa nama sebagai subjek, pengguguran frasa predikat, pengguguran frasa

nama yang mendahului frasa relatif, dan pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti

dalam frasa nama.

Dalam proses penyusunan semula pula, Nik SafiahKarim et al.

(2008) dan Abdullah Hassan et al. (2006) masing-masing sependapat dalam membahagikan proses

penyusunan semula dalam bahasa Melayu kepada tiga jenis, iaitu penyusunan semula frasa

Page 23: Persoalan tentang ayat dasar

nama sebagai subjek, penyusunan semula frasa nama sebagai objek dan penyusunan semula

melalui ayat songsang. Walau bagaimanapun,Arbak Othman (1980) ada menambah satu

lagi proses penyusunan semula, iaitu transformasi relatif, manakala Asmah Haji Omar

(1993) pula tidak membuat pecahan-pecahan kecil dalam proses penyusunan semula ini seperti

yang dibuat oleh Nik Safiah Karim dan Abdullah Hassan. Di samping itu, Nik Safiah Karim et al.

(2008) dan Abdullah Hassan et al. (2006) juga bersependapat bahawa proses peluasan ayat

dalam bahasa Melayu boleh berlaku melalui peluasan frasa nama sebagai subjek,

peluasan frasa predikat, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses

komplementasi.

Walau bagaimanapun, Abdullah Hassane t a l . (2006) menambah satu lagi bentuk

peluasan, iaitu peluasan dengan frasa adverba (keterangan).

Sebagai rumusannya, sintaksis adalah secara etimologis bererti menempatkan

bersama-sama kata-kata menjadi kelompok kata, dan kelompok kata menjadi ayat. Menurut

istilah sintaksis dapat didefinisikan sebagai bahagian dari ilmu bahasa yang membicarakan

selok belok ayat, klausa, dan frasa. Sintaksis terkandung dengan 4 frasa iaitu frasa nama,

frasa adjektif, frasa sendi nama dan frasa kerja. Dalam setiap frasa pula mengandungi

beberapa sifat dan binaan ayat. Manakala frasa ialah satu unit tatabahasa berdasarkan kata

susunan yang mengandungi satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diluaskan menjadi

dua perkataan atau lebih.

Ciri frasa nama (FN) terdiri daripada satu perkataan atau beberapa binaan dalam satu

ayat. Manakala frasa kerja (FK) terdiri daripada kata kerja transitif dan tak transitif. Frasa

Adjektif (FA) pula susunan perkataan terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang

mengandungi kata sifar (Ajdektif).

Akhir sekali,Frasa Sendi Nama (FSN) yang terdiri daripada satu sendi nama dan satu

frasa sebagai pelengkap.Klausa pula merupakan unit gabungan perkataan yang mengandungi

subjek dan predikat. Fungsi klausa sebagai konstituen kepada ayat. Jenis klausa terdiri

daripada klausa bebas dan klausa terikat.

Daripada definisi-definisi yang telah dikemukakan, dapat disimpulkan bahawa sintaksis

adalah bahagian daripada tatabahasa yang membicarakan kaedah kombinasi kata menjadi

satuan gramatik yang lebih besar yang berupa frasa, klausa, dan ayat,serta penempatan

morfem-morfem suprasegmental (intonasi) sesuai dengan struktur semantik yang diinginkan

oleh pembicara sebagai dasarnya.

Proses penerbitan ayat terbentuk apabila beberapa unsur, sama ada unsur perkataan

atau unsur frasa mengalami penambahan pada frasa subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar

Page 24: Persoalan tentang ayat dasar

(Ahmad Khair Mohd Nor, 2003:147). Terdapat tiga proses penerbitan ayat dalam bahasa

Melayu, iai tu proses pengguguran, proses peluasan dan proses penyusunan semula.

Pendapat Nik Safiah Karim et al. (2008), Asmah Haji Omar (1993), Abdullah Hassan et al.

(2006) dan Arbak Othman (1980) berkaitan proses penerbitan ayat adalah hampir sama,

namun agak berbeza dari segi penggunaan istilah dan pembahagiannya. Nik Safiah

Karim et al. (2008) dan Abdullah Hassan et al. (2006) sependapat dalam penggunaan istilah

pengguguran, penyusunan semula dan peluasan ayat. Asmah Haji Omar (1993) pula

menggunakan istilah lain bagi proses pengguguran ayat, iaitu penghilangan.

Selain itu, Arbak Othman (1980) pula menggunakan istilah d e l e s i y a n g

b e r a s a l d a r i p a d a “ delection”  dalam bahasa Inggeris untuk proses pengguguran,

pergerakan untuk proses penyusunan semula dan penambahan untuk proses peluasan.

…/39

Berdasarkan pendapat Abdullah Hassan et al. (2006) dan Nik Safiah karim et al.

(2008) berkaitan dengan proses pengguguran ayat, dapatlah disimpulkan bahawa

proses peluasan yang utama dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu

pengguguran frasa nama sebagai subjek, pengguguran frasa predikat, pengguguran frasa

nama yang mendahului frasa relatif, dan pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti

dalam frasa nama.

Dalam proses penyusunan semula pula, Nik SafiahKarim et al.

(2008) dan Abdullah Hassan et al. (2006) masing-masing sependapat dalam membahagikan proses

penyusunan semula dalam bahasa Melayu kepada tiga jenis, iaitu penyusunan semula frasa

nama sebagai subjek, penyusunan semula frasa nama sebagai objek dan penyusunan semula

melalui ayat songsang. Walau bagaimanapun,Arbak Othman (1980) ada menambah satu

lagi proses penyusunan semula, iaitu transformasi relatif, manakala Asmah Haji Omar

(1993) pula tidak membuat pecahan-pecahan kecil dalam proses penyusunan semula ini seperti

yang dibuat oleh Nik Safiah Karim dan Abdullah Hassan. Di samping itu, Nik Safiah Karim et al.

(2008) dan Abdullah Hassan et al. (2006) juga bersependapat bahawa proses peluasan ayat

dalam bahasa Melayu boleh berlaku melalui peluasan frasa nama sebagai subjek,

peluasan frasa predikat, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses

komplementasi.

Walau bagaimanapun, Abdullah Hassane t a l . (2006) menambah satu lagi bentuk

peluasan, iaitu peluasan dengan frasa adverba (keterangan).