persepsi pelajar terhadap amali mata · pdf fileibu dan bapa . x 4.3 analisis data ......

22
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA PELAJARAN VOKASIONAL PERABOT DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK DI NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM. SATU TINJAUAN. ABD. MALEK BIN AHMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lynguyet

Post on 06-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA · PDF fileIbu dan bapa . x 4.3 Analisis Data ... pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan ... - Katering dan Penyajian

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA PELAJARAN VOKASIONAL

PERABOT DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK

DI NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM. SATU TINJAUAN.

ABD. MALEK BIN AHMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA · PDF fileIbu dan bapa . x 4.3 Analisis Data ... pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan ... - Katering dan Penyajian
Page 3: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA · PDF fileIbu dan bapa . x 4.3 Analisis Data ... pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan ... - Katering dan Penyajian

i

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA PELAJARAN VOKASIONAL

PERABOT DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK

DI NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM. SATU TINJAUAN.

ABD. MALEK BIN AHMAD

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 4: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA · PDF fileIbu dan bapa . x 4.3 Analisis Data ... pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan ... - Katering dan Penyajian
Page 5: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA · PDF fileIbu dan bapa . x 4.3 Analisis Data ... pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan ... - Katering dan Penyajian
Page 6: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA · PDF fileIbu dan bapa . x 4.3 Analisis Data ... pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan ... - Katering dan Penyajian

iv

DEDIKASI

Buat isteri tercinta & dihormati..........

Rahayu Bte Hj Abd Rahman

Biar segunung emas

Sesungguhnya pengorbananmu tidak dapat ku balas

Doamu sentiasa mengiringiku

Untuk mencapai kejayaan

Kejayaan milik kita bersama

Buat anak-anak yang ku sayangi.......

Aiman, Afiq dan Akil

Jadikanlah kejayaan ayahmu sebagai inspirasi dihari mendatang

Kalian bertiga mendorong semangat ayahmu

Dalam mengharungi kehidupan yang penuh liku

Buat semua keluarga, sanak saudara & rakan-rakan

Segala jasa dan sokongan

Akan ku kenang selamanya.........

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA · PDF fileIbu dan bapa . x 4.3 Analisis Data ... pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan ... - Katering dan Penyajian

v

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, dengan izin dan hidayah Allah SWT juga kekuatan yang

diberikan dapatlah penulis menyempurnakan laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

ini. Di kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada En. Mohsin Bin Uzir di atas segala bimbingan serta tunjukajar

yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan projek sarjana ini.

Tidak ketinggalan juga buat semua teman dan responden yang terlibat di atas

sokongan dan kerjasama yang telah diberikan. Tidak lupa juga kepada orang

perseorangan yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.

Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala jasa-jasa yang telah

diberikan. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kalian sepanjang

masa..

AMIN

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA · PDF fileIbu dan bapa . x 4.3 Analisis Data ... pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan ... - Katering dan Penyajian

vi

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan ini adalah kajian deskriptif yang berbentuk tinjaun.

Kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau persepsi pelajar-pelajar Tingkatan

Empat Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Johor terhadap mata Pelajaran

Vokasional Perabot. Kajian ini cuba menjawab persoalan kajian apakah persepsi

pelajar terhadap faktor-faktor kefahaman, minat, persekitaran dan latar belakang

pelajar dalam mempelajari mata pelajaran Membuat Perabot. Kajian ini dijalankan di

tiga buah sekolah menengah iaitu SMK Bukit Gambir Muar, SMK Dato Menteri Air

Itam Batu Pahat dan SMK Sri Perling Johor Bahru. Responden kajian terdiri

daripada 47 orang pelajar tingkatan empat dari tiga buah sekolah menengah di negeri

Johor yang menawarkan mata pelajaran Membuat Perabot. Data-data yang dikumpul

menggunakan kertas soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian komputer

SPSS for Windows 11.0 serta dilaporkan mengikut frekuensi, peratusan dan min.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA · PDF fileIbu dan bapa . x 4.3 Analisis Data ... pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan ... - Katering dan Penyajian

vii

ABSTRACTS

The descriptive research done using the surveying tecniques. The study was

conducted to explain and investigate the perception of the Form Four Secondary

school students in the state of Johore towards the vocational subject, that is

carpentary. This study was undertaken to find out the perception of these students

based on these factors, the readiness to learn, interested, inviroement and

background. The research was done at three difference secondary school in Johore

and there are SMK Bukit Gambir Muar, SMK Dato Menteri Air Itam and SMK Sri

Perling Johor Bahru. The respondents comprised 47 Form Four Students from three

school in Johore offering this subject. All the data were gathered using the

questionaires given. They were analyzed using SPSS for Ewindows 11.0 and the

reports are written in frequencies way and using percentage.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA · PDF fileIbu dan bapa . x 4.3 Analisis Data ... pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan ... - Katering dan Penyajian

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

PENGAKUAN PENSYARAH iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACTS vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAHAGIAN SATU

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Penyataan Masalah 7

1.3 Objektif Kajian 7

1.4 Persoalan Kajian 8

1.5 Kepentingan Kajian 8

1.6 Batasan Kajian 9

1.7 Definisi Istilah 9

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA · PDF fileIbu dan bapa . x 4.3 Analisis Data ... pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan ... - Katering dan Penyajian

ix

BAHAGIAN 2

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Fungsi Kerja Amali 18

2.3 Faktor Minat 19

2.4 Faktor Persekitaran 20

2.5 Faktor Latar Belakang Pelajar 21

BAHAGIAN 3

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 22

3.1 Rekabentuk Kajian 23

3.2 Lokasi Kajian 23

3.3 Populasi Kajian 23

3.4 Sampel Kajian 24

3.5 Instrumen Kajian 24

3.6 Kajian Rintis 27

3.7 Prosedur Kajian 28

3.8 Kaedah Analisis Data 29

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 32

4.2 Analisis Demografi Responden 33

4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Sekolah 33

4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Tingkatan 34

4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 34

4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 34

4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan 35

Ibu dan bapa

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA · PDF fileIbu dan bapa . x 4.3 Analisis Data ... pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan ... - Katering dan Penyajian

x

4.3 Analisis Data Item Soal selidik 36

4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian Pertama 37

4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian Kedua 39

4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian Ketiga 41

4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian Keempat 44

4.4 Peratusan Keseluruhan Persoalan Kajian 46

4.5 Penutup 47

BAHAGIAN LIMA

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 48

5.2 Rumusan

5.2.1 Profil Responden 49

5.2.2 Persoalan Persoalan Kajian 49

5.3 Perbincangan Persoalan Kajian 50

5.3.1 Persoalan Kajian Pertama 51

5.3.2 Persoalan Kajian Kedua 53

5.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 54

5.3.4 Persoalan Kajian Keempat 56

5.4 Cadangan 58

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 59

5.6 Penutup 59

RUJUKAN 60

LAMPIRAN 63

A Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia

B Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor D.T

C Borang Soal Selidik

D Dapatan Alpha Cronbach Kajian Rintis

E Dapatan Kajian Sebenar SPSS

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA · PDF fileIbu dan bapa . x 4.3 Analisis Data ... pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan ... - Katering dan Penyajian

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual Menunjukkan Item-Item Yang Diberikan

Kepada Responden 25

3.2 Jadual Menunjukkan Taburan Skor Mengikut

Pemeringkatan Skala Likert 26

3.3 Jadual Hubungan Persoalan Kajian Dengan

Bilangan Item Di Dalam Soal Selidik 26

3.4 Jadual Pengkelasan Skala Likert 29

3.5 Jadual pertimbangan Skor Peratus 30 3.6 Jadual Markat Skala Penyelidik 30

3.7 Jadual Perubahan Markat dan Skala 31

4.1 a) Jadual Taburan Responden Mengikut Sekolah 33

b) Jadual Taburan Responden Mengikut Jantina 34

c) Jadual Taburan Responden Mengikut Bangsa 34

d) Jadual Taburan Respoden Mnegikut Pekerjaan Bapa 35

e) Jadual Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu 36

4.2 Jadual Analisis Persoalan Kajian 1 37

4.3 Jadual Analisis Persoalan Kajian 2 39

4.4 Jadual Analisis Persoalan Kajian 3 41

4.5 Jadual Analisis Persoalan Kajian 4 44

4.6 Jadual Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 46

Page 14: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA · PDF fileIbu dan bapa . x 4.3 Analisis Data ... pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan ... - Katering dan Penyajian

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia

B Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Kedah D. Aman

C Borang Soal Selidik

D Dapatan Alpha Cronbach Kajian Rintis

E Dapatan Kajian Sebenar SPSS

Page 15: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA · PDF fileIbu dan bapa . x 4.3 Analisis Data ... pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan ... - Katering dan Penyajian

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Dekad ini, kemajuan dan pembangunan sesebuah masyarakat dan negara

adalah sangat bergantung kepada perkembangan teknologi dan industri. Sebagaimana

matlamat wawasan 2020 yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia ,

Dato Seri Dr. Mahathir Bin Mohammad pada tahun 1990, iaitu meletakkan matlamat

negara maju berteraskan perindustrian yang hendak dicapai oleh negara Malaysia

dalam tempoh 30 tahun. Justeru itu, adalah perlu sistem pendidikan disesuaikan

dalam merealisasi wawasan tersebut selari dengan arus perkembangan teknologi

pada masa kini terutamanya dalam mengendalikan penyediaan tenaga kerja yang

berkemahiran.

Pada 23 Jun 1999 Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan penawaran

mata pelajaran Teknologi Industri berdasarkan memorandum bertajuk “ Perluasan

Program Teknikal Dan Vokasional” yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan

pada masa itu Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Memorandum ini bertujuan bagi

memenuhi permintaan terhadap tenaga pekerja teknikal dan vokasional akibat dari

kepesatan ekonomi negara masa kini. Sebagai menyambut gesaan tersebut,

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Mata Pelajaran Vokasional

(MPV) di sekolah menengah akademik dimana ia adalah merupakan satu program

yang menjadi kesinambungan kepada mata pelajaran teknikal di sekolah akademik

iaitu mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Program ini bertujuan untuk

melahirkan sekumpulan individu dalam masyarakat kita yang berpengetahuan,

Page 16: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA · PDF fileIbu dan bapa . x 4.3 Analisis Data ... pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan ... - Katering dan Penyajian

2

berkemahiran dan terlatih dalam perkara asas dalam beberapa bidang pekerjaan yang

telah dikenalpasti (Sukatan Mata pelajaran Vokasional 2002).

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bidang Pendidikan Teknik dan

vokasional, Pusat Perkembangan Kurikulum, Dr Ahmad Mohd Sharip ( Berita

Harian 2003 ), objektif mata pelajaran vokasional adalah untuk memberi

pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan

teknologi yang terlibat seperti pendawaian elektrik, pemasangan paip, membuat

perabot dan sebagainya. Pengetahuan dan kemahiran ini dapat membantu pelajar

dalam mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran yang diperolehi dan

juga suatu usaha memupuk minat kepada pelajar untuk memulakan pekerjaan sendiri

secara kecil-kecilan . Mata pelajaran ini juga akan memberikan peluang kepada

pelajar yang berminat meneruskan latihan sehingga keperingkat yang lebih tinggi. Ini

selaras dengan hasrat untuk menyusun semula masyarakat yang progresif dan

berorientasikan sains dan teknologi seperti termaktub dalam Rukun Negara dan

Falsafah Pendidikan Negara. Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr. Wan Mohd

Zahid ( Berita Minggu , 1990 ) menyatakan bahawa pelajar seharusnya diberi

peluang yang sama rata mengikuti kursus pendidikan yang mempunyai semua unsur

teknologi dan keusahawanan. Ianya selaras dengan pendapat yang menyatakan

wujudnya kombinasi dunia pekerjaan dengan pendidikan di sekolah adalah perlu

( Fatimah Hamid Don, 1984 ).

Program Mata Pelajaran Vokasional merupakan sekumpulan mata pelajaran

berteraskan kemahiran yang ditawarkan di sekolah menengah akademik pada

peringkat Tingkatan Empat dan Lima. Program ini menawarkan 22 mata pelajaran

yang dikelompokkan dalam lima bidang usaha iaitu binaan, pembuatan, teknotani,

ekonomi rumah tangga dan aplikasi komputer. Penawaran pelbagai mata pelajaran

ini dirancang berperingkat-peringkat mulai tahun 2002 hingga tahun 2005. Bagi

fasa 1, lapan mata pelajaran ditawarkan mulai tahun 2002 iaitu :

- Pembinaaan Domestik

- Membuat Perabot

- Seni Reka Tanda

- Menservis Peralatan Elaktrik Domestik

Page 17: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA · PDF fileIbu dan bapa . x 4.3 Analisis Data ... pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan ... - Katering dan Penyajian

3

- Rekaan dan Jahitan Pakaian

- Katering dan Penyajian

- Landskap dan Nurseri

- Tanaman Makanan

Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Perabot adalah salah satu dari pilihan

yang ditawarkan kepada pelajar sebagai asas kepada perkembangan perindustrian

dalam penyediaan tenaga kerja, maka kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui

persepsi dan minat pelajar sekolah menengah harian biasa terhadap keberkesanan

kerja amali mata pelajaran vokasional Perabot.

1.1 Latar Belakang Masalah

Di sekolah menengah akademik , Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Perabot

telah ditawarkan untuk pelajar-pelajar di Tingkatan Empat dan Lima yang mana

kurikulum digubal bagi menghasilkan pembelajaran praktis dan kemahiran.

Kewujudan MPV di sekolah menengah akademik harian adalah lebih bertujuan

untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang lemah atau kurang berminat

dalam bidang akademik. Mata pelajaran ini adalah kesinambungan daripada

komponen Kemahiran Manipulatif Tambahan (Kemahiran Hidup Bersepadu) yang

pernah diikuti pelajar semasa di Tingkatan 1,2 dan 3 (Dr Ahmad Mohd Sharif ,

Pusat Perkembangan Kurikulum , Berita Harian 2003). Menurut Ainon Abdullah

(1994) sistem pendidikan negara kita memberikan pelbagai maklumat kepada

pelajar. Konsep belajar bererti menerima dan menyimpan maklumat tersebut untuk

dikeluarkan semula dalam dewan peperiksaan. Kegiatan belajar di dalam sistem

sekarang adalah kegiatan pasif dan reaktif. Oleh itu Kementerian Pendidikan

Malaysia telah memperkenalkan Mata Pelajaran Vokasional di sekolah menengah

akademik yang bertujuan memastikan pelajar akan menjalani satu proses

pembelajaran yang lebih aktif dan proaktif (Sukatan Mata Pelajaran Vokasional

Tingkatan Empat dan Lima, 2002).

Page 18: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA · PDF fileIbu dan bapa . x 4.3 Analisis Data ... pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan ... - Katering dan Penyajian

4

Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan perluasan kepada mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah. Penggubalan mata

pelajaran ini adalah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

dirancang bagi mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara

dengan membekalkan tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang perabot.

Penawaran mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan

untuk memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah akademik.

Dalam kurikulum membuat perabot tumpuan diberi kepada kemahiran dalam kerja

mereka bentuk, membuat dan membaik pulih perabot. Perabot yang dihasilkan

termasuk almari, kotak kecemasan, tiang lampu, kerusi dan beberapa jenis meja serta

rak. Pelajar juga digalakkan merebut peluang kerjaya dalam industri pembuatan

perabot. Penerapan nilai murni, sikap positif dan budaya kerja yang baik turut

disepadukan dalam mata pelajaran ini.

Objektif Mata Pelajaran Vokasional Perabot ini telah diterangkan dengan

jelas dalam buku Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah Ting 4 dan 5 , yang

disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

. Antara objektif-objektif tersebut adalah untuk membolehkan pelajar :-

1. Membuat perabot mengikut lukisan kerja

2. Melakar dan mentafsir lukisan projek

3. Mengenal pasti dan menyediakan bahan kerja perabot

4. Menggunakan dan menyenggara alatan dan mesin kerja perabot.

5. Membuat kerja kemasan

6. Mereka bentuk dan menghasilkan perabot rekaan sendiri serta membuat

anggaran kos.

7. Mengamalkan peraturan keselamatan dan etika kerja.

8. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan berkomunikasi

dengan berkesan.

Daripada objektif tersebut, kejayaan atau kegagalan sesuatu kurikulum yang

diperkenalkan tidaklah bergantung kepada pihak Kementerian Pendidikan sahaja,

pelbagai pihak mempunyai peranan masing-masing termasuklah guru, pelajar,

ibubapa dan masyarakat.

Page 19: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA · PDF fileIbu dan bapa . x 4.3 Analisis Data ... pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan ... - Katering dan Penyajian

5

Dalam menentukan kejayaan sesuatu kerja amali, pelajar adalah merupakan

elemen yang terpenting sekali, yang mana penilaian kejayaan sesuatu pengajaran

dibuat ke atas sejauh mana berlakunya perubahan tingkah laku terhadap pelajar.

Sejajar dengan pendapat Newable & Cannon ( 1989 ) memperkatakan pengajaran

menggunakan strategi projek memberi kesan yang mendalam kepada pelajar dalam

memahami sesuatu pembelajaran kerana kerja-kerja praktikal dan amali ialah

komponen penting dalam pembelajaran yang berteraskan sains dan teknologi. Justeru

itu kajian ini dijalankan untuk meninjau apakah penerimaan pelajar itu positif atau

negatif terhadap kefahaman mereka dalam kerja amali mata pelajaran vokasional

yang telah dilaksanakan di sekolah menengah akademik . Hasil kajian oleh Sabariah

( 1998 ) yang bertajuk “ Sikap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup

terhadap kerja amali Kemahiran Hidup “ mendapati bahawa kefahaman mereka

terhadap fungsi kerja amali adalah sangat penting. Sebanyak 85.2 % responden

bersetuju dan menyokong penyataan tersebut. Anggapan mereka adalah sangat perlu

kerana ia secara tidak langsung akan mempengaruhi sikap pelajar terhadap kerja

amali mata pelajaran vokasional yang menjadi kesinambungan mata pelajaran

Kemahiran Hidup.

Minat pelajar terhadap kerja amali juga merupakan faktor penting dalam

menentukan kejayaan pembelajaran mata pelajaran vokasional. Justeru itu kajian ini

dilakukan untuk mengetahui apakah pelajar-pelajar yang mengikuti MPV Perabot

berminat dengan mata pelajaran ini. Menurut Abu Zahari (1988) minat dan

kecenderungan manusia memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi

pencapaian pembelajaran seseorang. Minat yang telah dibangkitkan dalam sesuatu

bidang mata pelajaran mungkin dapat membuat pelajar terus berfikir dalam lapangan

itu sehinggalah dia menguasai mata pelajaran tersebut ( Crow & Crow 1980 ).

Pengaruh persekitaran juga turut memainkan peranan dalam menentukan

kejayaan sesuatu pembelajaran yang bercorak kerja amali ataupun teori. Persekitaran

bengkel yang baik, sesuai dan teratur akan lebih menggalakkan perubahan sikap

yang positif kepada pelajar. Oleh itu kajian ini turut meninjau pandangan pelajar

terhadap keadaan fizikal bengkel yang terdapat di sekolah . Kajian yang dibuat

termasuk meninjau keadaan bengkel dari segi susunatur, ruang kerja, keluasan

Page 20: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA · PDF fileIbu dan bapa . x 4.3 Analisis Data ... pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan ... - Katering dan Penyajian

6

bengkel, penyediaan kemudahan alatan dan mesin di dalam bengkel. Ini adalah

kerana menurut Pusat Perkembangan Kurukulum pemilihan sekolah adalah

berdasarkan kemudahan bengkel dan peralatan yang sesuai serta ruang yang

mencukupi mengikut keperluan mata pelajaran tertentu. Menurut Braker (1982)

makmal juga penting dalam menentukan kejayaan pembelajaran kerja amali kerana

ia adalah tempat untuk membina minat, membangunkan kemahiran serta memastikan

pelajar untuk belajar dengan lebih mendalam berkaitan dengan pertanian. Kajian

Hamimah ( 2000 ) beliau mendapati , makmal atau bengkel di sekolah perlulah

disediakan dengan persekitaran yang terancang dan memberangsangkan minat

pelajar untuk membuat kerja-kerja amali kerana dari persekitaran sedemikian akan

menyeronokkan pelajar untuk belajar. Antara faktor persekitaran lain yang akan turut

mempengaruhi pembelajaran kerja amali mata pelajaran vokasional ialah kurikulum

itu sendiri. Kurikulum memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk

dan mengembangkan minat pelajar agar minatnya dapat dikekalkan untuk tujuan

pembelajaran (Sharifah Alwiyah Alsagof,1987)

Selain daripada itu, faktor latar belakang keluarga pelajar juga akan di kaji

bagi meninjau tanggapan mereka terhadap peranan ahli keluarga dan rakan-rakan

dalam mempengaruhi penerimaan dan minat terhadap mata pelajaran ini. Contohnya

pekerjaan ibubapa dan ahli keluarga itu sendiri akan turut berperanan dalam

mempengaruhi minat pelajar terhadap kerja amali Mata Pelajaran Vokasional

Perabot. Ini kerana ibubapa boleh memainkan peranan penting dalam memupuk dan

meningkatkan minat pelajar terhadap sesuatu pelajaran . Menurut Koh Boh Boon &

Chua Tee Tee (1982 ), ibubapa yang sentiasa rapat dan meluangkan banyak masa

bersama anak-anak dengan mengikuti perkembangan aktiviti pembelajaran anak di

rumah akan meningkatkan minat pelajar . Sesuai dengan dapatan kajian oleh Omar

Saiddin ( 1995 ), yang mana hasil kajiannya mendapati latar belakang keluarga

seperti pekarjaan, status sosio ekonomi dan sikap ibu bapa yang positif terhadap

pendidikan serta galakan yang diberikan terhadap pembelajaran anak akan

meningkatkan lagi prestasi akademik, minat dan seterusnya pencapaian anak-anak

Page 21: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA · PDF fileIbu dan bapa . x 4.3 Analisis Data ... pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan ... - Katering dan Penyajian

7

1.2 Penyataan Masalah

Mata pelajaran vokasional adalah merupakan satu mata pelajaran yang baru

diperkenalkan bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan

kemahiran praktik dalam bidang teknologi. Justeru itu, kajian ini ditumpukan kepada

beberapa persoalan iaitu tentang kefahaman pelajar terhadap kerja amali membuat

Perabot. Selain itu penyelidik juga akan mengkaji sejauh mana minat pelajar

terhadap pembelajaran kerja amali. Kajian ini juga dilakukan untuk meninjau kesan

pengaruh persekitaran dan latar belakang keluarga terhadap pembelajaran kerja amali

Mata Pelajaran Vokasional Perabot.

1.3 Objektif Kajian

Kemahiran adalah asas kepada perkembangan industri dan mata pelajaran

vokasional perabot merupakan mata pelajaran baru yang membuka peluang kepada

pelajar untuk mempelajari bidang-bidang kemahiran yang berkaitan dengan gerak

kerja teknikal. Para pelajar seharusnya bersedia supaya tidak ketinggalan dalam

menyesuaikan diri dengan kerja-kerja yang melibatkan kemahiran, pengetahuan dan

pengalaman. Menyedari hakikat inilah, maka kajian dilakukan untuk :-

1.3.1 Untuk mengetahui kefahaman pelajar terhadap kerja amali

mata pelajaran vokasional perabot

1.3.2 Untuk mengetahui sejauh mana minat mereka dalam kerja amali

Perabot.

1.3.3 Untuk mengetahui pengaruh persekitaran dalam kerja amali perabot.

1.3.4 Untuk mengetahui sejauh mana peranan latar belakang keluarga

pelajar mempengaruhi dalam kerja amali Perabot.

Page 22: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALI MATA · PDF fileIbu dan bapa . x 4.3 Analisis Data ... pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan ... - Katering dan Penyajian

8

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan yang menjadi asas kepada kajian ini adalah :-

1.4.1 Apakah tanggapan pelajar terhadap kefahaman mereka dalam kerja

amali Perabot ?

1.4.2 Apakah tanggapan pelajar dari segi minat mereka dalam kerja

amali Perabot ?.

1.4.3 Apakah tanggapan pelajar terhadap pengaruh persekitaran dalam

kerja amali perabot ?.

1.4.4 Apakah tanggapan pelajar terhadap pengaruh latar belakang pelajar

dalam kerja amali perabot ?.

1.5 Kepentingan Kajian

Kejayaan atau kegagalan sesuatu sesi pengajaran dalam kerja amali

adalah bergantung kepada pelajar itu sendiri kerana merekalah yang menjalankan

kerja amali tersebut. Ianya tidaklah boleh disandarkan kepada peranan yang

dimainkan oleh pihak kerajaan sahaja tetapi peranan pelajar, keluarga, guru,

pengaruh luaran dan faktor persekitaran juga terlibat sama. Adalah menjadi harapan

penyelidik agar kajian yang dijalankan ini dapat :-

1.5.1 Membantu para pendidik agar dapat mempertingkatkan lagi peranan

mereka dalam memupuk minat pelajar-pelajar terhadap fungsi kerja

amali Perabot.

1.5.2 Menyedarkan pelbagai pihak seperti pihak Kementerian Pendidikan,

sekolah, guru, ibubapa dan keluarga tentang peranan mereka dalam

membantu pelajar untuk menjamin kejayaan kerja amali Perabot.

1.5.3 Memberi panduan kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam

menyelesaikan masalah sekiranya terdapat kelemahan dan

kekurangan yang wujud dalam pembelajaran kerja amali perabot.