ifolio.ukm.my · web viewmakan malam ini juga mempunyai agendanya tersendiri iaitu kami menyatukan...

7
NAMA: LAILATUL NADHIRAH BINTI ASRI NO. MATRIK: A150258 JAWATANKUASA: KETUA PENGARAH JAMUAN NAMA PROGRAM: MALAM INTEGRASI HIGHLANDERS (MIH) ANJURAN: TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR 2014/2015 KOLEJ IBRAHIM YAAKUB Dalam program anjuran Timbalan Ketua Eksekutif MEP Kolej Ibrahim Yaakub ini saya memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Jamuan telah mengemukan beberapa cadangan kepada AJK tertinggi mengenai katering-katering yang sesuai dan lazat hidangannya bagi majlis makan malam ini. Pada perangkaan saya, menu yang saya ingin saya tempah adalah seperti sajian ala Barat kerana tema bagi makan malam ini berkonsepkan taman. Makan malam ini juga mempunyai agendanya tersendiri iaitu kami menyatukan sekali majlis makan malam amal bagi anak-anak yatim seperti yang dicadangkan. katering-katering yang diambil adalah seperti katering chef selebriti iaitu catering Pak Engku dan katering yang diusahakan oleh rakan ibu saya sendiri. Namun cadangan ini masih dalam penelitian saya dan para AJK kerana memikirakan belanja dan juga kesesuaian harga yang ditawarkan bagi setiap menu yang akan diambil. Namun, saya juga telah berbincang dengan pengarah program tentang belanjawan yang diperuntukkan oleh pihak kolej kepada makanan sahaja dan mengikut perbincangan tersebut sejumlah RM15000-20000 telah diperuntukkan iaitu bersamaan RM20 bagi seorang pelajar. Mengikut jadual gerak kerja sesi merasa makanan yang akan ditempah akan dijalankan pada bulan Mac di mana sesi ini akan disertai oleh saya sendiri dan juga AJK-AJK yang lain. Hal ini membolehkan saya mendapat pendapat dan nasihat mengenai hidangan yang bakal dihidangkan kepada para pelajar dan para tetamu kelak. Pada masa yang sama, saya juga telah mencadangkan kepada AJK-AJK yang lain mengenai cenderahati ataupun “doorgift”

Upload: others

Post on 18-Jan-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewMakan malam ini juga mempunyai agendanya tersendiri iaitu kami menyatukan sekali majlis makan malam amal bagi anak-anak yatim seperti yang dicadangkan. katering-katering

NAMA: LAILATUL NADHIRAH BINTI ASRI

NO. MATRIK: A150258

JAWATANKUASA: KETUA PENGARAH JAMUAN

NAMA PROGRAM: MALAM INTEGRASI HIGHLANDERS (MIH)

ANJURAN: TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR 2014/2015 KOLEJ IBRAHIM YAAKUB

Dalam program anjuran Timbalan Ketua Eksekutif MEP Kolej Ibrahim Yaakub ini saya memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Jamuan telah mengemukan beberapa cadangan kepada AJK tertinggi mengenai katering-katering yang sesuai dan lazat hidangannya bagi majlis makan malam ini. Pada perangkaan saya, menu yang saya ingin saya tempah adalah seperti sajian ala Barat kerana tema bagi makan malam ini berkonsepkan taman. Makan malam ini juga mempunyai agendanya tersendiri iaitu kami menyatukan sekali majlis makan malam amal bagi anak-anak yatim seperti yang dicadangkan. katering-katering yang diambil adalah seperti katering chef selebriti iaitu catering Pak Engku dan katering yang diusahakan oleh rakan ibu saya sendiri. Namun cadangan ini masih dalam penelitian saya dan para AJK kerana memikirakan belanja dan juga kesesuaian harga yang ditawarkan bagi setiap menu yang akan diambil. Namun, saya juga telah berbincang dengan pengarah program tentang belanjawan yang diperuntukkan oleh pihak kolej kepada makanan sahaja dan mengikut perbincangan tersebut sejumlah RM15000-20000 telah diperuntukkan iaitu bersamaan RM20 bagi seorang pelajar. Mengikut jadual gerak kerja sesi merasa makanan yang akan ditempah akan dijalankan pada bulan Mac di mana sesi ini akan disertai oleh saya sendiri dan juga AJK-AJK yang lain. Hal ini membolehkan saya mendapat pendapat dan nasihat mengenai hidangan yang bakal dihidangkan kepada para pelajar dan para tetamu kelak. Pada masa yang sama, saya juga telah mencadangkan kepada AJK-AJK yang lain mengenai cenderahati ataupun “doorgift” yang akan diberikan kepada setiap tetamu yang hadir iaitu terdiri daripada kalangan penghuni Kolej Ibrahim Yaakub. Saya mencadangkan supaya cenderahati yang akan diberikan seperti gambar tertera dibawah ini kerana memudahkan pihak pengurusan program untuk mengaturkan nombor-nombor cabutan bertuah. Walaupun program ini bakal dilaksanakan pada semester 2 nanti, namun kami sebagai jawatankuasa tertinggi telah menggerakkan beberapa post bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini pada masa akan datang.

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewMakan malam ini juga mempunyai agendanya tersendiri iaitu kami menyatukan sekali majlis makan malam amal bagi anak-anak yatim seperti yang dicadangkan. katering-katering

Contoh cadangan cenderahati yang akan diberikan.

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewMakan malam ini juga mempunyai agendanya tersendiri iaitu kami menyatukan sekali majlis makan malam amal bagi anak-anak yatim seperti yang dicadangkan. katering-katering

Kumpulan whatsapp jawatankuasa tertinggi

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewMakan malam ini juga mempunyai agendanya tersendiri iaitu kami menyatukan sekali majlis makan malam amal bagi anak-anak yatim seperti yang dicadangkan. katering-katering

Cadangan katering

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewMakan malam ini juga mempunyai agendanya tersendiri iaitu kami menyatukan sekali majlis makan malam amal bagi anak-anak yatim seperti yang dicadangkan. katering-katering

PERANCANGAN

Minit mesyuarat 1

MINIT MESYUARAT TKE - 1.docx

Minit mesyuarat 2

MINIT MESYUARAT TKE - 2.docx

Minit mesyuarat 3

MINIT MESYUARAT TKE - 3.docx

Selain mengadakan mesyuarat kami juga mengaktifkan kumpulan whatsapp yang terdiri daripada AJK-AJK makan malam ini bagi memudahkan komunikasi apabila terdapat sebarang idea atau buah fikiran yang dapat dikongsikan bersama. Kami juga telah membincangkan tema yang akan kami bawakan pada makan malam ini pada awal penubuhan kumpulan whatsapp ini dan saya telah mengemukan idea saya dengan mencadangkan supaya tema “cowboy” dibawakan kerana pada pandangan saya tema ini jarang dilihat di majlis-majlis seperti ini. Namun, tema taman yang dipilih kerana mudah untuk menyediakan barangan hiasan yang bakal menghiasi DECTAR itu nanti dan banyak idea yang dikemukan mengikut tema yang dipilih.

KERTAS KERJA

KERTAS_KERJA1.docx

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewMakan malam ini juga mempunyai agendanya tersendiri iaitu kami menyatukan sekali majlis makan malam amal bagi anak-anak yatim seperti yang dicadangkan. katering-katering

SURAT KELULUSAN JPPEL